"Amin! Kamu ni dah kenapa? Yang kamu pergi sembur kat isteri kamu kenapa? Penat je dia masak, ini balasan yang dia dapat?" marah Basyirah.
"Ayang sabar ayang. Depan rezeki tak elok marah-marah." kata suaminya, Muhammad Arfa.
"Manja tak bersalah! Siapa suruh dia duduk depan manja. Manja manalah tau yang dia masak. Siap berpantun lagi pagi-pagi ni. Buang tabiat ke apa. Mana tak terkejut tambah lagi terkejut masa manja tengah minum." Amin mempertahankan diri.
"Manja tak bersalah, manja tak bersalah. Abang boleh tak berhenti guna perkataan 'MANJA' tu? Abang tu dah tua. Umur nak dekat 30 tahun. Dah kahwin pulak tu. Abang tak kesian ke kat kak Iman?" marah Batrisya pula.
"Risya sayang, kenapa marah-marah ni. Awak tu tengah mengandung. Cuba bersabar sikit. Nanti tak pasal-pasal anak kita pemarah orangnya. Habis tu saya ni ta tualah ya. Awak pun panggil abang 'MANJA'." sayu suami Batrisya, Ahmad Adwa Tahfiz. Terasa sebab dia sendiri suka menggelar dirinya manja.
"Awak lain. Awak ber'manja' dengan saya je. Dengan orang lain tak." pujuk Batrisya. 'Ala...sensetifnya suami aku ni. Comel je dia buat muka sedih. Dah lah baby face. Ni yang buat aku lagi sayang kat dia ni.'
"Sudah! Kamu ni dah kahwin ke belum kahwin ke sama je. Tak berubah jugak perangai lama kamu bertiga. pantang berjumpa pasti bertelingkah. Tak malu ke kalau anak-anak dengar?" tegas Encik Amir.
Semua terdiam. Bila big boss dah mula bersuara memang orang lain tak boleh berkata-kata dah. Nanti tak pasal-pasal kena amuk. Daddy kalau dah intonasi macam tu maknanya tak sukalah tu.
"Hah! Kenapa semua senyap? Dah bisu?" kata Encik Amir.
"Abang, tadi dia sendiri yang cakap tak malu ke kalau anak-anak dengar. Dia pulak tak malu ke kalau cucu-cucu kesayangan dia tu dengar." kata Puan Balqis seakan-akan menyindir.
"Aik. Awak pun nak menangkan budak-budak ni ke?" kata Encik Amir tak mahu mengaku kalah.
"Saya tak pilih mana-mana pihak. Saya cuma ingatkan je. Awak tu bukannya boleh nak marah-marah sangat nanti mulalah darah tinggi awak tu serang balik. Bila dah serang nanti kena masuk hospital mulalah merengek nak minta keluar. Kalau yang rawat tu anak awak sendiri tak apa jugak." bebel Puan Balqis.
Encik Amir hanya membisu. Kalau small boss dah mula bersuara memang tak boleh menang. Ada saja yang nak di kenakan balik. Kita balas sepatah dia balas sejuta patah. Almaklumlah bekas peguamlah katakan.
"Kenapa senyap? Dah bisu?" ciplak Puan Balqis.
Encik Amir hanya menjeling.
Yang lain hanya mampu ketawa halus. Tak berani nak ketawa kuat-kuat.
"Ibu, abah kenapa mak ngah tadi. Along nampak mak ngah nangis. Siapa yang buat mak ngah?" tanya Muhammad Akwa, anak sulung Puan Barisyah bersama suaminya.
"Pak ngah yang buat along. Marah sikit kat pak ngah." belum sempat Barisyah membuka mulut, Batrisya terlebih dahulu menjawab bagi pihak kakaknya. Barisyah membiarkan saja adiknya melayan kerenah anak sulungnya itu.
"Kenapa pak ngah buat mak ngah sampai nangis? Kesian mak ngah." kata Akwa. Petah sungguh berkata-kata walaupun baru menjangkau lima tahun. Mungkin nak jadi peguam macam nenek dengan ibu dia kot.
Batrisya hanya ketawa manakala Amin menjeling ke arah adiknya. Bukannya nak protect aku tapi menjatuhkan lagi saham aku.
"Akwa jangan percaya cakap mak usu. Mak usu main-main je." Amin sekali lagi mempertahankan dirinya.
"Sudah. Jangan ungkit lagi. Hari ni giliran adik manja kakak kemaskan meja. Kakak hari ni nak balik sebab esok kakak ada kes esok kena masuk mahkamah. Along panggil adik-adik suruh siap. Kita nak balik." kata Barisyah. 'Kalau aku duduk lama lagi kat sini boleh gila aku di buatnya dengan perangai adik-adik bertuah aku ni.' desis Barisyah.
"Ok. Jom abah tolong kita kemas barang." ajak Akwa.
"Ok. Jom!" kata Arfa.
"Kita pun nak kena gerak ni. Pagi tadi abang dapat call ada pesakit abang sesak nafas semalam. Nasib ada si Latif gantikan abang." kata Tahfiz. Terbit perasaan risau di hatinya.
"Ok. Risy ikut je." kata Batrisya.
"Kejap. Ni siapa nak kemas ni?" tanya Amin. Mummy dengan daddy sudah lama berlalu pergi.
"Bukan tadi kakak cakap adik manja kena buat ke? Abangkan adik manja tu." kata Batrisya berlalu pergi. Tahfiz hanya mampu ketawa halus manakala Batrisya tersenyum puas kerana dapat mengenakan abangnya.
"Lagi satu, periuk belanga kat belakang rumah tu manja tolong basuhkan ya." pesan Puan Balqis. Sengaja dia berpesan kepada kak mah untuk tidak membasuh periuk belanga kat belakang rumah tu. Nak suruh anak manja dia yang sorang ni.
Amin tidak mampu berkata-kata. Pagi-pagi dah kena buli.
Iman yang sedari tadi hanya menjadi pendengar setia di balik dinding. 'Cayalah kakak dengan mummy ni. Memang terbaik. Akwa pun pandai berlakon. Hihi.' desis Iman sambil mengenyitkan mata ke arah kakak dengan mummynya. Mereka hanya tersenyum. Sebenarnya Iman yang suruh Akwa bertanya sedemikian. Sengaja ingin mengenekan suaminya. 'Amin ni baru sikit. Tulah lain kali jangan kejutkan kucing parsi yang tengah tidur.'
Bersambung...