"Assalamualaikum! Opah atuk!" Iman memberi salam.
Krikk...krikk...
"Assalamualaikum!!" 'Mana opah dengan atuk ni. Hmm...' Iman berfikir sejenak.
"Ha!" jerit Iman sambil memetikkan jarinya.
'Sudah kenapa minah ni. Buat terkejut aku je. Nasib tak gugur jantung aku ni. Kalau tak menjanda lah kau minah.' desis Amin sambil memerhatikan Iman. Iman berlalu menuju ke bealakng rumah kayu yang tersegam indah ni.
Satu,dua,tiga.
"Opah!"
"Oh opah-opah anak cucu opah!" latah opah, Puan Imamah sambil menjirus air sungai yang baru diambilnya dengan baldi ke arah Iman.
Amin yang terdengar latahan itu terus menuju ke arah suara tersebut. Amin terpaku apabila melihat Iman. Bukan terpaku sebab cun melecun tapi sebab Iman sudah basah lencun melencun. Amin tidak dapat menahan tawanya lalu Amin melepaskan saja. Dah lawak takkan tak gelak kut. Gelak jangan tak gelak.
"Hahaha! Padan muka. Tu lah terkejutkan orang lagi dah terima padahnya. Haha." kata Amin dengan tawanya yang masih bersisa.
"Ya Allah Iman. Macam mana boleh basah ni?" tanya opah.
"Opah lah yang buat. Siapa lagi yang pegang baldi kat sini." jawab Iman sambil memuncungkan mulutnya ke arah baldi di tangan opah.
Opah membuat mulut 'O'. "Bukan sengaja. Dah kamu terkejutkan opah. Bukannya kamu tak tau opah kalau melatah humban semua benda. Lain kali tu bagilah salam."
"Opah, Iman dah bagi salam dua kali tau opah. Kalau Iman bagi salam yang ketiga alamatnya, memeng Iman balik Kuala Lumpur balik. Merajuk dengan opah. Pintu rumah terbuka luas macam mulut buaya." balas Iman.
"Apa yang bising-bising tu. Dari depan rumah saya boleh dengar. Hah Iman, bila kamu balik? Kenapa tak bagi tau atuk?"
Iman tidak membalas persoalan atuknya. Hanya membatu dan memandang wajah tua atuknya. Cuba meraih simpati atuknya dengan membuat riak hendak menangis.
'Ish atuk ni. Tak nampak ke cucu kesayangan atuk ni dah basah cun melecun. Nasib baik cucu atuk ni cun lagi tau, Hihi masuk kereta bawak sendiri.'
"Iman kenapa kamu ni basah lencun ni? Atuk tau lah kamu kecik-kecik dulu selalu mandi sungai kat belakang rumah dengan abang-abang kamu tu. Takkan kempunan sangat sampai tak menyempat tunggu petang sikit kot. Tengah hari buta jugak la kamu nak mandi." sambung atuk apabila persoalannya tadi dibalas dengan wajah minta simpati Iman.
"Haish atuk ni, nak membebel pun nanti-nanti lah. Opah tadi simbah air kat Iman tu pasal basah lencun ni." adu Iman.
"Hmm.Ni mesti kes kamu terkejutkan opah kamu kan." teka atuk.
"Wah! Macam mana atuk tau ni. Atuk memang genius kampung lah atuk." puji Iman.
"Genius kampung je ke? Atuk kamu ni dah lame kenal, hidup dengan opah kamu tu tau. Luar dalam opah kamu atuk kenal tau." jelas atuk.
"Amboi atuk sampai luar dalam tu." kata Iman sambil mengangkat sebelah kening matanya.
"Macam-macam lah kamu ni. Kalau melayan kamu ni sampai atuk matilah tak sudah." atuk ingin berlalu pergi tetapi niat terhalang apabila melihat susuk tubuh yang tak dikenalinya berada tidak jauh dari situ.
"Hah kamu ni siapa? Buat apa kamu datang sini? Iman kamu pergi naik atas. Baju kamu tu dah lah basah takkan kamu nak berdiri macam patung biar lelaki ni tengok kamu." arah atuk.
"Biarlah. Mahram kot atuk. Bukan dosa dia tengok Iman macam ni.?
"Mahram kamu kata?!" suara atuk sedikit menaik. Iman agak terkejut dengan tingkah laku atuk yang berubah 200% mendadak. 'Buang tabiat ke apa atuk aku ni. Takkan dia tak cam AMin kot. Bukan aku ade bagi gambar kahwi aku kata atuk ke? Patutlah atuk ni tak pakai cermin mata.' Iman ketawa nipis.
"Yang kamu gelak ni kenapa? Dah kenapa sampuk ke?"
"Ish ke situ pulak atuknya. Atuknya tu kan Amin. Cucu menantu baru kita. Suami si Iman ni." jelas opah. Dah rabun tak nak pakai cermin mata. Ego tak sudah.
Atuk segera memakai cermin mata. Amin hanya tersenyum nipis apabila atuk Iman yang bercermin mata memandangnya.
"Acum!" bersin Iman kesejukkan.
"Ya Allah lupa pulak cucu aku yang sorang ni basah lencun. Iman pergi naik atas mandi. Nanti demam pulak. Kamu ni demam payah nak kebah." arah opah.
"Yes ma'am!" kata Iman sambil mengangkat tabik.
~~~
"Nama apa?" tanya opah kepada Amin.
"Amin opah." jawab Amin ringkas.
"Nama penuh?" soal atuk pulak.
"Ahmad Muhammad Amin bin Muhammad Amir."
Atuk hanya membuat mulut O sambil mengangguk kepala.
"Amin opah minta maaf lah sebab tak pergi kenduri kahwin kamu. Walid Iman ni dari dulu suka sangat buat perkara mendadak. Masa dia nak kahwin dengan umi Iman pun tiba-tiba. Jenuh kami nak buat persiapan.
"Tak apa opah. Amin faham." 'Aku pun kena kahwin paksa. Baru dapat tau minggu lepas tup-tup minggu berikutnya kena nikah terus.' desis Amin.
"Biarlah diorang nak kahwin awal ke lambat ke. Perkara baik buat apa di lambat-lambatkan. Cucu awak tu pun bukannya muda lagi. Umur nak masuk 30 tahun."
"Amboi atuk, sedapnya mulut berbicara. Iman belum masuk 29 tahun lagi tau." cebik Iman.
"Mulut atuk bukan setakat sedap tau. Secukup rasa."
Iman tarik muka. Iman mendekati opahnya.
"Opahh..." rengek Iman.
"Ya kenapa sayang." balas opah.
"Opah, Iman rindu dengan udang masak lemak opah." kata Iman sambil membuat mata ala-ala Push In Butt.
"Udang masak lemak opah je ke yang kamu rindu, opah kamu ni tak rindu?"
"Rindu tapi..." sengaja dibiarkan tergantung.
"Rindu lagi masakan opah." sambung Iman sambil tersengih,
"Macam-macamlah kamu ni. Kebetulan memang opah nak masak udang masak lemak. Tuah kamu la Iman oi." balas opah senang.
"Yeah! Dapat makan udang masak lemak!" Iman bersorak riang. Seriang kanak-kanak ribena.
Amin dan atuk hanya menggeling kepala melihat terletah Iman.
Bersambung...
maaf la lambat update....sibuk dgn exam n so on...kebetulan plak lappy mak rosak...ni pon gune kakak punye :P