"Akak bila sampai?" soal Ira.
"Baru je. Kamu pulak bila balik dari Jepun? Tak bagi tau akak pun." balas Iman dan menanyakan soalan yang sama kepada gadis yang bernama Ira.
Dalam mereka sibuk berbual, Amin melihat kemesraan mereka dengan penuh iri hati. 'Kalau dengan aku bukan main garang lagi. Senyum pun nak tak nak je. Dengan family okay je. Senyum pun sampai ke telinga.' desis Amin penuh geram. Manalah Iman nak senyum kat kau kalau kau selalu cari pasal dengan dia. Mana tak naik bengang.
Atuk yang melihat perubahan air muka Amin hanya tersenyum nipis. Nampak sangat yang Amin cemburu. Cepatlah aku dapat cicik baru! Atuk bersorak riang.
Amin yang tidak tahan melihat kemesraan Iman dengan gadis yang tidak di kenalinya itu memberanikan diri untuk bersuara.
"Ehem, ehem!"
"Kau ni dari tadi berdehem. Sakit tekak ke?" tanya Iman. Amacam ada ciri-ciri isteri mithali tak?
"Bukan sakit tekak la. Kau tak nak kenalkan aku dengan orang ni ke?" jawab Amin.
"Orang-orang. Kita ada nama lah." balas Ira tidak puas hati. Namun dia sendiri tertanya-tanya siapakah jejaka itu? Tengok Iman tak pakai tudung. Redha ke? Tak silap aku Redha chubby-chubby. Comel je. Bukan macam mamat ni, so-so je.
"Ni saya kenalkan, Nur Nazirah Amirah binti Faris Idlan a.k.a Ira merangkap adik angkat aku kat kampung ni. Ira ni akak kenalkan Ahmad Muhammad Amin bin Ahmad Amir merangkap..." Iman senyap seketika. Membiarkan Ira tertanya-tanya.
'Aish, segan pulak nak mengaku yang mamat ni suami aku. Mana taknya baru bulan lepas aku balik kampung sorang-sorang. Alih-alih hari aku balik berdua dengan insan yang bergelar suami.' desis Iman. Namun di gagahkan jua mulutnya untuk menyambung kata-katanya yang tergantung.
"suami akak." nah bukan main besar lagi Ira ternganga. Buat malu je. Jatuh saham kau adik.
"Suami?! Asal akak tak bagi tau yang akak dah kahwin? Bulan lepas akak telefon tak ada pulak akak cakap yang akak dah tunang. Kenapa Ira tak dapat kad jemputan ke majlis pernikahan akak?" bertalu-talu soalan yang diaju Ira sehinggakan Iman sendiri pening tak tahu soalan mana yang harus di jawabnya.
Amin yang melihat Iman yang menggelabah dengan soalan yang diajukan dengan rela hatinya menjawab soalan tersebut.
"Kami kahwin secara mengejut. Parents kita orang yang buat perancangan minggu lepas. Majlis pun buat kecil-kecilan je. Insya Allah ada masa kami buat majlis kat kampung jadi maaflah kalau Ira tak dapat kad jemputan dari kami." jawapan yang di berikan oleh Amin sungguh yakin tapi hakikatnya dia menyesal!
'Kenapalah aku ni pandai sangat cakap akan buat majlis kat kampung! Cukuplah majlis hari tu yang sangat memalukan aku.' raung Amin dalam hati. Amin melihat Ira.
Mata yang bulat dan sedikit berair kelihatan bersinar apabila mendengar jawapan Amin.
'Kenapa dia pandang aku macam.... minta di BELAI!' Amin menutup mulut dan hidungnya dan memandang ke arah lain kerana risau kalau-kalau hidungnya berdarah akibat kecomelan mata Ira. Sejak dari kecil lagi Amin akan mengalami nosebleed apabila melihat sesuatu yang comel namun pandangan mata Ira turut mengikut pandangan Amin.
Kanan.
Kiri.
Kanan lagi.
'Argh! Kenapa dia ikut!' jerit Amin kuat di sudut hatinya. Pada pandangan Amin, Ira bagai seekor kucing yang berbulu putih gebu yang manja yang setia untuk di belai. Comel sangat!
Iman pula yang melihat keadaan mereka hanya menggeleng. Kalau nak tau pandngan Iman terhadap Amin dalam versi haiwan, Amin tak ubah seperti, seperti... Seperti apa eh? Buat apa nak pandang dia macam haiwan? Allah jadikan manusia ada akal nak pulak di jadikan macam haiwan yang tak berakal.
"Ira, mana boleh pandang lelaki yang bukan mahram macam tu. Dosa." nasihat Iman kepada Ira. Kalau nak kata dia cemburu pun boleh sebab memang dia sedang cemburu! Cemburu sebab Ira membuat mata yang comel itu kepada Amin yang selama ini hanya dia yang punya. Mana boleh macam ni! Mata tu aku je yang boleh tengok.
Tanpa Amin sedari, Iman mengusap kepala Ira dan Ira seperti sangat selesa! Perasaan Amin ketika itu ialah... CEMBURU! Ya, cemburu! Cemburu kerana tidak berpeluang untuk merasa usapan daripada Iman yang kelihatan lembut. Lembut?!
Amin bagaikan baru tersedar daripada khayalannya. 'Takkan minah ni selembut ini? Selama dia kenal Iman tak pernah dia menunjukkan wajah yang penuh kelembutan ni pada dirinya kecuali family aku dan family dia. Mestilah dia tunjukkan sifat yang penuh kelembutan pada family tapi aku ni pun family dia jugak. Kedudukan aku lebih tinggi daripada orang lain tahu iaitu aku ni suami dia! S-U-A-M-I!'
Pada masa itu Amin seakan-akan lupa akan prinsipnya dua tiga hari yang lepas. Prinsip untuk membalas perbuatan Iman dahulu!
Yang manakah yang menjadi keutamaan Amin saat ini? Membalas perbuatan Iman atau melayan perasaan cemburu dan perasaan aneh yang semakin membesar dalam dirinya tanpa sedar? Bagaimana pula Iman? Adakah dia juga mempunyai adenga? Hanya Allah sahaja yang tahu.
Bersambung...
maaflah lambat update... da habis exam lagi2 tengah cuti ni sy kadang-kadang lupa pasal blog ni ditambah lgi idea yang kong dalam kepala ;P...aktiviti sy skang ni...layan anime n manga dan kebetulaan manga yang sy bce ni main character menulis novel cinta walaupun dia sendiri x tau apa tu cinta... untuk bab seterusnya sy ingin para pembaca memberi komen tentang penulisan sy setakat ni... segala komen yang di beri akan sy terima dgn hati yang terbuka...kalau nak bgi cadangan untuk jalan cerita yang berikutnya pun boleh ^.^