"Ermm..." Iman berjalan-jalan di bendang sambil mendepakan kedua-dua tangannya. Ala-ala macam heroin dalam cerita Titanic. Sungguh nyaman udara di sini. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa begitu mengasyikkan. Hilang segala kekusutan yang berada dalam mindanya.
Amin hanya membuntuti Iman. Kalau nak diikutkan dia malas untuk turun ke bendang. Takut pacat dan lintah. Geli! Ini pun opah yang suruh teman.
"Segarnya. Kan best kalau dapat duduk sini." Iman berkata seorang diri. Sejak dulu lagi Iman berhasrat untuk tinggal di kampung. Walid dan umi on je. Lagi seronok kalau Iman pindah di sini. Boleh jaga atuk dan opah. Tetapi impiannya hancur apabila pemohonannya tidak di luluskan.
"Apa yang seronoknya tinggal kat sini? Banyak nyamuk. Habis gatal-gatal kulit aku." kata Amin. Amin paling benci dengan nyamuk. Lepas di gigit pasti gatal-gatal. Sebab itulah biliknya sentiasa di pasang ubat nyamuk setiap malam. Walaupun rumahnya tiada nyamuk tapi Amin masih memasang ubat nyamuk. Manalah tahu kot-kot naymuk dari jirang sebelah datang berhijrah ke rumahnya. Dah jemu dengan darah yang sama.
"Seronoklah. Udara kat kampung tak tercemar. Bukan macam bandar. Masalh sosial di kampung pun tak setinggi dengan bandar. Setakat nyamuk apalah sangat. Pasang jelah ubat nyamuk. Tak pun kelambu." bidas Iman. Nyamuk pun nak kecoh. Dah darah manusia ni makanan dia nak buat macam mana.
Amin memasamkan mukanya. Malas mahu bertekak dengan Iman. Asyik dia je yang menang.
"Jomlah balik. Dah senja ni. Nanti gelap tak nampak." ajak Amin. Takut nak balik waktu senja sorang-sorang. Biasanya waktu senja ni 'dia' selalu kacau. Nanti tak pasal-pasal kena culik. Tahulah aku ni handsome. Semua terpikat. Tapi sorry to say, I dah kahwin ok. Macam dah terima hakikat je yang dia dah berkahwin dengan Iman. Terima? Never and ever!
"Ala kejap la. Baru je sampai. Belum gelap lagi. Bukan selalu dapat balik." kata Iman. Masih lagi mahu bersiar-siar di bendang.
"Jomlah ba..." mana silapnya Amin terjatuh dan tersungkur di dalam bendang. Habis kotor baju dan seluarnya. Amin mendengus. Tak pasal-pasal terjatuh kat dalam bendang. Amin cuba keluar daripada situ tetapi...
"Arghh!!" bagaikan kejutan elektrik di kakinya. Ni mesti dah terseliuh. Aduh, sakitnya!
"Iman, tolong aku!" jerit Amin meminta tolong. Kakinya benar-benar sakit. Air matanya sudah bergenang di birai mata. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya kakinya itu.
Iman yang sedari tadi hanya melihat Amin dari jauh menahan tawa. Ketawa melihat Amin yang berlumuran dengan lumpur. Namun apabila terdengar suara Amin yang meminta tolong terbit perasaan kasihan. Apatah lagi apabila Amin sudah mula menunjukkan tanda-tanda mahu menangis.
'Apalah nasib aku dapat suami yang lembik macam dia.' Iman bermonolog.
Sampai sahaja di depan Amin, Iman menghulurkan tangannya untuk membantu Amin. Dengan pantas Amin menyambut huluran itu. Tidak sanggup lagi untuk berendam di dalam lumpur. Takut-takut ada ular. Mohon di jauhkan!
"Boleh ke tak?" tanya Iman prihatin apabila melihat Amin yang terkial-kial untuk keluar daripada lumpur. Amin hanya menggelengkan kepala. Air mata sudah meluncur laju membasahi pipinya.
"Tak payahlah nangis. Bukannya tak boleh keluar." kata Iman. Bab air mata ni memang aku lemah sikit. Menyampah pulak aku tengok mamat ni. Jatuh sikit dah nangis.
Tiba-tiba sebuah kereta Vios berhenti berhampiran dengan mereka. Turun seorang jejaka daripada kereta Vios tersebut. Dia menghampiri Iman dan Amin.
"Iman?" sapa jejaka tersebut.
Iman amat mengenali suara tersebut. "Hadi?"
"Lama tak jumpa kau Iman. Apa khabar sihat?" soal Hadi ceria. Almaklumlah lama tak jumpa dengan sahabat lama. Tapi tak kena tempatlah nak bertanya khabar.
"Tak. Kau tak nampak aku tengah buat apa? Alang-alang kau ada kat sini apa kata kau tolong aku tarik dia ni keluar." cadang Iman. Dari tadi dia berusaha untuk menarik Amin ni keluar tetapi tak berhasil.
Hadi melihat Amin yang berada di dalam lumpur. Dengan senang hati dia menghulurkan tangannya untuk membantu. Akhirnya Amin berjaya keluar daripada lumpur itu. Taubat! Lepas ni tak nak pergi bendang dah.
"Fuh! Terima kasih Hadi sebab tolong. Kalau tak ada kau tak tahu lah macam mana nak tarik dia keluar." ucap Iman. Penat tarik Amin ni.
"Kasih di terima. Jomlah aku hantar korang balik. Kesian aku tengok korang ni." ajak Hadi.
"Tak apalah. Nanti kotor pulak kereta kau tu." tolak Iman.
"Boleh bangun ke tak?" tanya Iman kepada Amin. Terkebil-kebil nak bangun.
Amin menggelengkan kepalanya. "Kaki sakit." katanya perlahan sambil menunjukkan kaki kanannya.
Iman memicit kaki Amin. Tidak semene-mene Amin menjerit. Sah terseliuh!
"Kaki ni dah terseliuh ni." kata Iman.
"Jomlah aku tumpangkan. Kalau tak nak kotor aku alas dengan kain. Kesian dia ni. Kaki terseliuh. Macam mana nak jalan." kata Hadi. Kesian pulak tengok lelaki itu. Sudah tersedu-sedu. Semasa menolongnya keluar, jelas kelihatan bahawa lelaki itu menangis. Seperti dia tidak dapat keluar daripada lumpur.
Amin memandang Iman dengan harapan Iman menerima pelawaan jejaka tersebut. Kaki dah lah sakit. Mana larat nak jalan.
Iman yang melihat Amin faham apa yang diinginkannya. Nak balik jalan kaki memang susah.
"Okey lah. Aku terima perlawaan kau tu. Tolong aku pimpin dia jap." pinta Iman kepada Hadi. Mereka memimpin Amin hingga ke kereta. Sesudah mengalaskan tempat duduk dengan kain pelekat, Iman membantu Amin masuk ke dalam. Iman mengambil tempa di sebelah Amin. Hadi sudah bersedia di tempat pemandu.
Setelah memastikan bahawa semua sudah berada di dalam kereta, Hadi mula memandu keretanya. Menuju ke rumah atuk dan opah Iman.
Bersambung...