Jam di
dinding menunjukkan 6.45
pagi. Qaseh sudah
siap berbaju kurung
putih kain biru
sedang membelek wajahnya
di cermin sambil
membetulkan tudungnya. Qaseh
mengalihkan wajahnya ke
kanan dan ke
kiri bergilir-gilir. Matanya
tidak beralih dari
memandang cermin.
Selepas berpuas hati dengan penampilannya, Qaseh berlalu untuk bersarapan. Sarapan itu penting sebelum memulakan hari. Terutama bagi dirinya kerana hari ini merupakan kertas terakhir untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Qaseh duduk di kerusi. Di atas meja sudah tersedia dua keping roti bakar dan semug susu. Pasti mama yang menyediakannya. Mama tidak pernah gagal untuk menyediakan sarapan untuknya.
Qaseh menadah tangan untuk membaca doa. Selepas mengaminkan doanya, Qaseh menyuap sekeping roti bakar ke mulutnya. Selesai sahaja sarapan, Qaseh bangun. Mencari mamanya di dapur. Dari jauh, Qaseh dapat melihat susuk tubuh mamanya yang sedang membasuh pinggan. Qaseh memeluk mamanya dari belakang. Puan Hafizah, mama Qaseh agak terkejut dengan telatah anaknya. Namun senyuman manis tetap di beri. Senyumkan sedekah.
“Anak mama sudah sedia? Hari ini kertas akhir bukan?” tanya Puan Hafizah kepada anaknya. Tangan yang penuh dengan sabun di bersihkan dengan air yang mengalir daripada paip singki. Badan di pusingkan supaya dapat melihat wajah anak tunggalnya. Wajah yang putih mulus tanpa sebarang parut jerawat di tatapnya dengan penuh kasih sayang. Qaseh tidak menjawab persoalan mamanya. Tidak mahu terlalu yakin. Hanya membalas senyuman mamanya.
“InsyaAllah mama, Qaseh akan cuba apa yang Qaseh mampu. Mama doakan Qaseh ya.” Hanya itu yang mampu di balas. Memohon restu mama sebelum berangkat ke sekolah.
“Mama selalu doakan anak mama supaya berjaya dunia dan akhirat.” Balas Puan Hafizah.
“Okaylah mama. Qaseh pergi dulu.” Ucap Qaseh sambil mengucup tangan mamanya. Kemudian pipi mamanya kiri dan kanan di kucupnya.
“Assalamualaikum, Qaseh.” satu suara memberi salam dan memanggilnya. Pasti Hana. Qaseh melihat jam di pergelangan tangannya. Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi.
“Buat elok-elok. Baca doa sebelum jawab.” Pesan Puan Hafizah. Qaseh menganggukkan kepalanya lalu berlalu pergi ke ruang depan rumah. Qaseh mencapai beg dan kunci motornya. Kasut putih di sarungkan.
“Waalaikumsalam.” Jawab Qaseh. Tidak jawab salam berdosa. Boleh masuk api neraka. Qaseh menghidupkan enjin motornya. Helmet di pakai demi keselamatan. Enjin motor dihidupkan.
“Jom.”
~~~
“Cikgu harap kamu semua dapat menjawab kertas terakhir kamu dengan cemerlang.” Ucap Pengetua sekolah sebagai kata-kata semangat.
Hari ini merupakan kertas terakhir untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar aliran sains tulen. Qaseh meletakkan tapak tangan kanannya di dada. Merasa degupan jantung yang semakin pantas. Debaran menjawab kertas terakhir. Tidak sangka pejuangannya sebagai seorang pelajar sekolah menengah bakal berakhir. Masih segar diingatannya pada hari pertama kakinya menjejakkan kaki di sekolah menengah. Kini, semua itu bakal berakhir.
Satu per satu barisan pelajar tingkatan 5 aliran sains tulen bergerak masuk ke dewan peperiksaan. Qaseh duduk di tempatnya. Qaseh mencari kelibat sahabatnya, Hana. Kebetulan Hana juga memandang ke belakang. Pandangan mereka bertemu. Sebaris senyum di berikan.
Pengawas peperiksaan mula memberi taklimat. Selesai sahaja taklimat di beri, para pelajar mula menjawab. Qaseh menadah kedua-dua tangannya. Berdoa sebelum menjawab peperiksaan. Memohon pada yang Esa agar dipermudahkan urusannya. Qaseh mengaminkan doanya. Pen dicapai. Tangan mula menulis.
~~~
“Merdeka!” jerit
beberapa pelajar lelaki.
Akhirnya, mereka berjaya
mengharungi kertas terakhir
dengan jayanya. Pelajar
perempuan tiada kurangnya.
Senyuman sentiasa di
bibir. Tidak kurang
juga wajah yang
penuh kehampaan keluar
daripada dewan peperiksaan.
“Qaseh!” panggil Hana. Qaseh memandang Hana dengan senyuman.
“Ya, ada apa sahabatku Hana Nur Iman?” tanya Qaseh.
“Esok jangan lupa.” Kata Hana.
“Lupa apa?” Qaseh bingun.
“Bukan ke kita sudah berjanji mahu keluar dengan kawan-kawan yang lain tengok wayang. Menyambut kemerdekaan kita yang tidak berapa nak merdeka ini.” Kata Hana cuba mengingatkan Qaseh. Hana mengeluh panjang. Nasib hanya perkara seperti ini yang Qaseh sering lupa. Jika semua perkara lupa, ke lautlah SPM Qaseh.
“Oh, pasal itu. Mana boleh lupa. Saya ingatlah. Mustahil untuk saya lupa. Hari terakhir membuat kenangan bersama sahabat.”
“Kali terakhir?” Hana agak terkejut dengan apa yang baru diucapkan Qaseh.
Qaseh agak terkejut dengan keterlanjurannya. Namun, wajah tenang cuba dipamerkan. Tidak mahu Hana mahupun teman-teman lain tahu tentang apa yang bakal terjadi pada dirinya.
“Kali terakhir untuk kita berkumpul beramai-ramai. Esokkan semua turut serta. Lepas itu, semua sibuk dengan hal masing-masing. Ada yang pulang ke kampung. Ada yang mula mencari kerja sambilan.” Terang Qaseh.
“Oh. Walaupun sudah sibuk tidak semestinya kita tidak boleh berkumpul beramai-ramai lagi. Kita boleh cari tarikh yang sesuai.” Kata Hana. Qaseh hanya tersenyum sepi. Hana dapat mengesan perubahan air muka Qaseh. Dapat dirasakan bahawa Qaseh ada menyembunyikan sesuatu daripadanya.
~~~
“Merdeka juga kita akhirnya.” Kata Kamal. Dia kemudiannya memandang sahabatnya Rizki. Senyuman terukir di bibirnya apabila melihat Rizki. Rizki sedari tadi memandang teman sekelas mereka. Qaseh.
Kamal menyiku pinggang Rizki. “Kalau suka cakap suka. Nanti terlepas.” Kata Kamal di telinga Rizki.
Rizki agak terkejut dengan perbuatan Kamal. Mukanya mula berona merah. Malu di katakan sedemikian rupa. Namun tiada kata untuk membidas kata-kata Kamal. Apa yang di katakan oleh Kamal benar. Kalau suka kata suka.
“Bukan sekarang.” Hanya itu yang mampu di ucapkan Rizki.
“Kalau bukan sekarang bila? Bukannya engkau tidak tahu yang Qaseh itu ramai peminat.” Kata Kamal. Tidak berpuas hati dengan pandangan Rizki.
“Kalau jodoh tak ke mana.” Hanya itu yang mampu Rizki katakan. Rizki berlalu apabila melihat sebuah kereta yang di kenalinya sudah tiba di perkarangan sekolah. Pasti ibunya yang datang menjemputnya.
“Aku balik dulu. Jumpa esok.” Ucap Rizki mengakhiri perbualannya dengan Kamal.
~~~
“Qaseh sudah kemas
barang? Esok sudah
keluar dengan kawan.
Lusa kita sudah
mahu berangkat.” Tanya
Puan Hafizah kepada
anaknya.
Qaseh menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan. Suasana menjadi sunyi. Qaseh mencapai telefon bimbitnya. Lagu di pasang.
“Mama tahu Qaseh berat hati mahu berpindah. Tapi ini sudah keputusan papa.” Pujuk Puan Hafizah. Puan Hafizah tahu bahawa Qaseh enggan mengikutnya dan suami berhijrah ke Jepun.
“Qaseh naik atas dulu.” Kata Qaseh sambil mencium tangan Puan Hafizah. Sudah menjadi tabiatnya untuk bersalam dengan kedua-dua orang tuanya sebelum masuk tidur.
Qaseh dengan pantas menaiki tangga. Qaseh masuk ke bilik tidurnya. Pintu di kunci. Tidak mahu di ganggu saat itu. Perlahan-lahan air mata jernihnya mengalir. Sedari tadi cuba menahan air mata daripada gugur di depan mamanya. Tidak mahu mamanya risau. Malam itu, Qaseh tidur bertemankan air mata.
~~~
Keesokkan harinya, seperti yang di janjikan, Qaseh dan teman sekelasnya berkumpul di pusat membeli belah. Pelbagai aktiviti yang mereka lakukan. Menonton wayang, main boling, karoake, membeli belah dan makan. Sempat juga mereka bergambar tanda kenangan. Sepanjang hari itu, Qaseh tidak lekang dengan senyuman.
Rizki sedari tadi melihat Qaseh. Dapat di rasakan bahawa senyuman di wajah Qaseh hanya di buat-buat. Rizki menghampiri Hana. Ingin bertanya perihal Qaseh.
“Qaseh ada masalah ke?”
“Kenapa awak tanya?” Hana pelik dengan kelakuan Rizki. Tidak pernah jejaka tampan di depannya bertanya padanya perihal Qaseh. Hana dapat merasakan bahawa Rizki menyukai sahabatnya. Mana tidaknya kalau mata Rizki tidak lepas daripada memandang Qaseh.
“Tidak apalah.” Jawapan yang diberikan oleh Rizki membuatkan Hana bingun. Hana merapati Qaseh. Hana melihat wajah Qaseh yang tidak lekok dari senyuman.
Setelah memerhati tingkah laku Qaseh, Hana dapat merasakan sesuatu. Mungkin inilah yang dirasakan oleh Rizki tadi. Qaseh ada menyembunyikan sesuatu daripadanya.
“Qaseh, awak ada sesuatu yang mahu beritahu saya?” tanya Hana. Mungkin Qaseh akan lebih terbuka untuk berkongsi cerita.
Qaseh kelu dengan pertanyaan Hana. Seperti Hana dapat membaca isi hatinya. Namun dia sudah bertekad untuk merahsiakan perkara ini.
“Beritahu apa?” tanya Qaseh kembali. Cuba berdalih daripada menjawab pertanyaan Hana.
Hana hampa dengan jawapan Qaseh. Hana menggeleng kepalanya tanda berputus asa.
~~~
“Assalamualaikum.” Rizki memberi salam.
“Waalaikumsalam.” Jawab Puan Intan, ibu Rizki.
“Seronok keluar?” tanya Puan Intan.
“Seronok.” Jawab Rizki ceria seraya mengangguk.
“Kamu tahu, Puan Hafizah dengan anak dia mahu berhijrah ke Jepun. Esok mereka akan berangkat ke lapangan terbang. Ikut suaminya yang bekerja di Jepun. Rasanya dekat setahun juga suaminya sudah bekerja di Jepun. Agaknya tunggu anak habis SPM baru mahu berpindah.” Kata Puan Intan panjang lebar.
Rizki terdiam apabila ibunya berkata sedemikian. Qaseh akan berhijrah ke Jepun? Esok? Kenapa aku tidak pernah dengar? Qaseh tidak ada cakap apa-apa pun. Hana!
Rizki
bergegas masuk ke
dalam biliknya. Puan
Intan berasa aneh
dengan perubahan riak
di wajah anaknya
itu. Senyuman terukir
di bibir. Faham
apa yang berada
di dalam hati
anaknya.
Telefon di keluarkan. Nombor Hana di cari lalu di telefon. Rizki mundar-mandir di dalam biliknya. Hatinya berdebar. Jantungnya berdegup kencang. Mengharapkan apa yang di dengarnya tadi hanyalah khabar angin.
“Assalamualaikum.” Hana menjawab panggilan Rizki. Kebetulan dia baru sahaja sampai di rumah.
“Waalaikumsalam. Qaseh...” akibat khabar yang di sampaikan ibunya begitu mengejutkan, Rizki tidak tahu bagaimana untuk memberitahu Hana. Apatah lagi Hana merupakan sahabat Qaseh.
“Kenapa dengan Qaseh?” Hana cuba berlagak tenang. Debaran di hati semakin pantas.
“Qaseh, esok...” Rizki mula berasa berat hati untuk menghabiskan ayatnya. Rizki memejam mata. Nafas di tarik sedalam-dalamnya. Apabila hati sudah mula tenang Rizki menyambung ayatnya.
“Esok Qaseh akan berhijrah ke Jepun. Penerbangan dia esok.”
Pak!
“Hello, Hana? Hana awak okay ke?” tanya Rizki dalam talian.
Telefon bimbit Hana terlepas dari genggamannya. Jatuh di atas lantai. Air mata deras mengalir tanpa di pinta. Berita ini sangat mengejutkan. Hana jatuh terduduk. Bahu Hana terhenjut-henjut. Tangisannya semakin kuat.
~~~
Qaseh
memandang biliknya. Bilik
yang berwarna ungu
muda dan merah
jambu serta hiasan bilik di dalam
bilik itu sungguh
menyenangkannya.
Gambar-gambar yang tergantung
di dinding di
capai. Qaseh merenung
gambar itu. Air
matanya gugur. Rasa
hiba di hati
sungguh menyeksakan jiwanya.
Gambarnya bersama teman-teman
sekelasnya. Gambarnya bersama
Hana. Gambarnya bersama
guru-guru semasa sambutan
hari guru. Sungguh
kenangan itu akan
di simpan di
dalam hati.
“Qaseh, teksi sudah sampai.” Ucapnya Puan Hafizah. Sayu hatinya melihat anaknya yang begitu hiba. Andai dapat diubah segalanya pasti akan diubahnya. Namun semua ini sudah tersurat. Pasti ada hikmah disebalik semua ini.
Qaseh menyimpan gambar-gambar itu di dalam bagasinya. Akan di bawanya bersama ke Jepun. Hanya itu sahaja yang ada sebagai kenangannya di Malaysia. Selepas menzip bagasinya, Qaseh turun. Pintu rumah di kunci. Kaki melangkah ke arah teksi. Bagasi di simpan di ruang bagasi.
Puan Hafizah duduk di bahagian penumpang di belakang bersama Qaseh. Berharap agar kesedihan Qaseh akan berkurang. Tangan Qaseh di capai lalu diusap lembut. Qaseh meyandarkan kepalanya di bahu Puan Hafizah. Mata di pejam. Qaseh terlena akibat keletihan menangis.
Puan Hafizah mengucup kepala Qaseh. Bahu Qaseh diusap lembut. Ingin memberi kekuatan kepada Qaseh. Suapaya Qaseh tabah mengharungi cabaran dan ujian yang bakal mendatang.
Apabila Qaseh membuka mata, mereka sudah sampai di lapangan terbang. Qaseh menarik nafas sedalam-dalamnya. Cuba menenangkan hatinya. Cuba memberi kekuatan kepada hatinya agar tabah menghadapi semua dugaan ini.
Pintu kereta di buka. Bagasi di keluarkan. Qaseh dan Puan Hafizah berjalan beriringan ke tempat perlepasan. Qaseh duduk di kerusi yang di sediakan.
“Mama pergi ambil tiket dulu ya.” Pinta Puan Hafizah. Qaseh hanya menggangguk. Buat masa ini Qaseh tidak mahu bersuara.
Jam di tangan di lihat. Masih ada dua jam sebelum tiba masa berlepas. Qaseh melepaskan satu keluhan. Rasa sedih semakin menebal di dalam hati. Novel di keluarkan untuk mengisi masa lapang. Qaseh cuba menyibukkan diri agar perasaan sedih dapat di ketepikan walaupun sebentar.
“Baca novel saja.” Kata satu suara dari belakang.
Qaseh agak terejut. Suara itu betul-betul di sebelah telinganya. Suara itu amat di kenalinya. Suara yang menjadi peneman sepanjang dia bergelar pelajar. Hana!
Qaseh menoleh. Alangkah terkejutnya apabila Qaseh melihat bukan Hana seorang malah semua teman sekelasnya. Tanpa di pinta air matanya gugur lagi. Qaseh bangun dan terus memeluk tubuh Hana.
Qaseh menangis dan menangis. Hana menggosok belakang Qaseh cuba menenangkan Qaseh. Perlahan-lahan air mata Hana turut gugur. Seorang demi seorang teman perempuan Qaseh menghampiri dan memeluk mereka. Air mata mereka turut tidak ketinggalan untuk gugur menyembah bumi.
Mata yang di pandang tidak mereka hiraukan. Bagaikan mereka berada di dunia mereka sendiri. Setelah keadaan kembali tenang, pelukan mereka di leraikan. Hana mengusap air mata Qaseh. Jelas kelihatan wajah Qaseh yang merah dan matanya yang bengkak akibat menangis.
“Macam mana kamu semua tahu?” tanya Qaseh aneh. Air mata yang bersisa di lap dengan tisu.
“Rizki yang tahu dulu. Dia bagi tahu saya. Jadi kita semua pakat nak buat kejutan untuk awak.” Jelas Hana. Qaseh melihat Rizki dengan pandangan yang pelik.
“Saya tahu daripada ibu saya.” Bagaikan dapat membaca fikiran Qaseh, Rizki menjawab. Hana menggangguk.
“Sampai hati tidak bagi tahu kami tentang perkara sepenting ini.” Kata Hana agak kecewa. Seperti dia bukan sahabat yang baik kerana tidak tahu tentang pemergian Qaseh ke Jepun.
“Saya bukan tidak mahu beritahu kamu semua. Saya cuma rasa berat hati mahu beritahu perkara ini kepada kamu semua.” Jelas Qaseh.
“Kalau awak pergi tanpa sebarang kata lagi kami rasa sedih. Semalam seharian kita keluar. Kita berseronok dengan tamatnya peperiksaan. Tiba-tiba hari ini awak kena berpindah. Ke Jepun pula.” Kata Airin, teman sekelas Qaseh.
Mereka yang lain menggangguk tanda setuju. Qaseh tersenyum melihat mereka. Terbit perasaan gembira yang tidak terkata. Siapa sangka dengan adanya teman-temannya di sisi perasaan sedih dapat di ganti dengan perasaan yang lebih bermakna.
“Terima kasih.” Hanya itu yang dapat di ucapkan.
Dari jauh Puan Hafizah memerhati Qaseh dan teman-temannya. Lega hatinya melihat Qaseh yang tersenyum ceria kembali. Sudah lama Qaseh tidak tersenyum sedemikian rupa. Mengalir air mata keiibuannya.
“Rizki, bila kau mahu beritahu dia?” bisik Kamal di telinga Rizki.
Wajah Rizki mula berona merah. Apabila teringatkan apa yang bakal dibuatnya sebentar lagi membuatkan hatinya berdebar.
“Betul ke tindakan aku?” tanya Rizki kepada Kamal. Mohon kepastian.
“Apa yang tidak betulnya. Kaukan sudah lama sukakan dia. Baik kau luakan sekarang. Aku dengar lelaki Jepun kacak-kacak. Melepas kau nanti.” Balas Kamal.
Rizki menarik nafas dalam-dalam. Cuba menenangkan hatinya. Jantungnya berdegup semakin pantas. Rizki menghampiri Qaseh.
“Qaseh, saya mahu cakap sesuatu sekejap.” Kata Rizki. Qaseh hanya mengikut. Hana dan teman-teman yang lain sudah tersenyum. Faham apa yang ingin di ucapkan Rizki sebentar nanti.
Teman lelaki sudah bersorak tatkala melihat Rizki menghampiri Qaseh. Masing-masing sudah tahu bahawa Rizki menaruh hati kepada Qaseh. Mana tidaknya kalau hari-hari Rizki mencuri pandang Qaseh di dalam kelas mahupun di kantin.
Sudah ramai di antara mereka cuba mendekati Qaseh. Tetapi semua di tolak. Mereka ada terdengar bahawa Qaseh pernah memuji Rizki atas kepimpinan Rizki sebagai Ketua Pengawas.
Rizki juga tidak kurangnya. Ramai pelajar perempuan yang meluahkan kata suka tetapi semua di tolak. Jawapan Rizki cuma satu. Sudah ada yang bertakhta di hati.
“Awak mahu cakap apa?” tanya Qaseh. Aneh apabila melihat teman-teman lelakinya bersorak.
“Janji dengan saya yang awak tidakkan ketawa ataupun mencelah.” Pinta Rizki. Qaseh hanya mengangguk tanda setuju.
“Saya sukakan awak. Saya tidak tahu bila tapi sedar tidak sedar saya selalu perhatikan awak. Awak tidak perlu bagi tahu jawapan awak sekarang. Saya mahu ucapkan walaupun kita sudah berjauhan saya masih akan setia dengan perasaan saya terhadap awak. Cuma satu sahaja saya minta. Beri saya masa untuk melamar awak sebagai ratu di hati saya. Beri saya masa untuk buktikan bahawa saya mampu bahagiakan awak. Beri saya masa untuk saya melamar awak sebagai peneman hidup saya. Saya tahu semua ini akan memakan masa tapi hanya itu yang saya minta.” Ucap Rizki. Merah wajahnya tatkala mengucapkan kata-kata tersebut.
“Saya akan tunggu. Buktikan apa yang awak katakan tadi.” Balas Qaseh sambil tersenyum.
Rizki tergamam dengan apa yang baru di dengarnya tadi. Selepas tersedar dari lamunannya, Rizki mengeluarkan sebuah kotak. Di berikan kotak itu kepada Qaseh. Qaseh dengan senangnya menyambut kotak yang di hulurkan.
Melihat adegan itu, semua memberi tepukan dan bersorak riang. Wajah Qaseh dan Rizki berubah menjadi merah. Malu apabila baru tersedar bahawa mereka di perhatikan. Qaseh melihat sekelilingnya. Bertambah malunya apabila melihat beberapa orang yang tidak di kenalinya turut tersenyum melihat mereka.
Malu Qaseh semakin bertambah apabila matanya tertangkap wajah mamanya yang memerhati. Mamanya tersenyum tatkala mata mereka bertentangan. Kepala Qaseh di tundukkan. Qaseh berjalan menghampiri Hana. Hana tersenyum melihat sahabatnya. Sekurang-kurangnya hatinya tenang melihat senyuman Qaseh yang seceria dulu.
“Apa tunggu lagi. Jom selfie.” Ajak Kamal.
Semua berkumpul dan menangkap beberapa gambar dengan menggunakan telefon dan monopod Kamal. Sempat juga Kamal menangkap gambar Rizki dan Qaseh berdua. Senang hatinya apabila sahabatnya sudah meluahkan perasaan.
“Maaf ganggu. Qaseh masa sudah tiba.” Kata Puan Hafizah. Sejeurus itu satu pengunguman di utarkan mengenai pernebangan ke Jepun.
Wajah yang tadi gembira bertukar menjadi sayu. Suasana yang ceria menjadi hambar. Qaseh memeluk Hana . Lama. Kemudian seorang demi seorang teman perempuannya di peluk.
“Qaseh kami ada sesuatu untuk awak.” Kata Kamal. Baru teringat akan hadiah yang di belinya.
“Ini hadiah daripada kami semua.” Kata Kamal. Sebuah album gambar di beri kepada Qaseh. Qaseh menyambut dengan gembira.
“Qaseh, mari.” Ajak Puan Hafizah.
“Jangan lupa kami tahu. Kami sayang Qaseh sangat-sangat.” Kata Hana. Qaseh mengangguk.
“Kamu semua juga jangan lupakan saya. Kamu semualah sahabat terbaik dunia akhirat saya.” Ucap Qaseh sebelum berlalu pergi bersama bagasinya.
Qaseh melambaikan tangannya kepada Hana dan yang lain. Mereka turut melambai Qaseh. Duduk sahaja Qaseh di dalam perut kapal terbang, Qaseh membuka album yang baru di berikan. Terdapat gambar-gambar mereka sepanjang mereka bersekolah. Satu per satu di tatapnya. Tidak ketinggalan kata-kata semangat yang di tulis oleh mereka secara individu.
Inilah anugerah Allah yang tidak akan Qaseh lupakan sampai bila-bila. Sahabat dunia dan akhirat. Qaseh seterusnya mencapai kotak yang di berikan oleh Rizki. Di daam kotak itu terdapat patung beruang, sepucuk surat dan sekuntum bunga ros putih. Di leher patung beruang terdapat rantai perak berbentuk hati. Qaseh mengangkat patung beruang itu. Di bawahnya terdapat kotak muzik.
Qaseh membuka. Alunan lagu Canon in d Major di mainkan. Itu merupakan lagu kegemarannya. Mata Qaseh tertangkap sebentuk cincin perak yang bersorak bunga. Qaseh tersenyum. Tidak sangka Rizki akan melakukan sedemikian rupa.
Seterusnya, surat di capai. Di surat itu tertulis ayat yang membuatkan Qaseh tersenyum bahagia. Ayatnya hampir sama dengan ayat yang terdapat di helaian terakhir album.
I will always love you.
Puan Hafizah memandang Qaseh dengan gembira. Tenang hatinya melihat Qaseh sudah bersemangat kembali.
Qaseh menyimpan semua hadiah yang diterimanya. Kenangan bersama akan mereka yang bergelar sahabat tidak kan lupus di dalam ingatannya.
10 tahun
kemudian.
“Cantiknya
awak. Sejak balik
semakin cantik awak
ya.”
“Mana ada. Biasa-biasa
saja.”
“Pengatin
lelaki sudah sampai.”
Kata seorang wanita
tua, Puan Hafizah.
Degupan jantungnnya
semakin kencang. Dari bilik
ini dapat di dengar
lafaz akad yang
di ucapkan.
“Aku terima nikahnya
Nur Qaseh Imani
binti Ahmad Khairul
dengan mas kahwinnya
senaskah al-Quran.”
“Sah.”
Qaseh
mengucap syukur kepada
Tuhan kerana pada
hari ini dia
selamat bergelar isteri
kepada insan yang
di cintainya.
“Jemput
pengatin lelaki menyarungkan
cincin.”
Pengatin
lelaki bangun dan
menghampiri Qaseh. Pengatin
lelaki duduk di
hadapan Qaseh. Cincin
perak yang bertakhta
sebutir permata di
sarungkan di jari
manis Qaseh. Qaseh
mencium tangan lelaki
yang kini bergelar
suaminya.
“Terima kasih sebab sudi
tunggu. Macam yang
saya cakap, i will
always love you.”
Ucap Rizki. Kemudian dahi
Qaseh di cium
penuh kasih.
“Terima kasih juga
sebab setia dengan
perasaan awak. Terima
kasih juga sebab
awak tunaikan janji.”
Kata Qaseh sambil
tersenyum manis.
Qaseh kini bahagia
dengan kehidupannya. Segala yang
terjadi 10 tahun
yang lalu banyak
hikmahnya. Pelbagai cabaran
yang di harungi
dalam masa 10
tahun. Alhamdulillah kepada
Allah kerana memberikan
kebahagiaan yang tidak
terhingga kepadanya.