Wednesday, November 25, 2015

Cerpen : Please Be Nice With Me

"Bertunang?!" Iman Amani agak terkejut apabila sahabatnya ingin bertunang.

"Yup." Kata Suraya seraya menganggukkan kepalanya.

"Kau tak pernah pun cakap yang kau ada teman istemewa." Iman mula berkecil hati.

"Kalau aku cakap nanti kau bandingkan pula dengan abang kau. Habis lari dia sebab ingat kau nak aku kahwin dengan abang kau. Kau tu dah lah selalu menangkan abang kau saja." Bebel Suraya. Arif benar dengan sikap sahabatnya itu.

"Hihihi." Iman ketawa mendengar bebelan Suraya.

"Tak peliklah kalau tak ada lelaki yang nak dekat kau. Asyik menangkan abang kau saja. Kalau kahwin dengan kau mesti cemburu dua puluh empat jam sehari." Tambah Suraya lagi.

"Nak buat macam mana. Semua lelaki yang aku suka tak ada seorang pun yang macam abang aku. Sejak dia dah kahwin, aku sunyi. Berkepit je dengan bini dia tu. Selalu menangkan bini dia. Aku ni adik dia." Iman meluahkan perasaannya. Teringat akan kisah di mana dia secara tidak sengajanya tertumpahkan air panas ke atas tangan kakak iparnya. Teruk dimarahi oleh abangnya.

"Orang baru kahwin biasalah. Darah manis." Suraya segera memujuk Iman apabila reaksi wajah Iman mula berubah.

"Aku tekilan sangat. Dia tak pernah nak marah aku sebelum ni." Air mata mula bertakung di birai mata.

"Hai. Lama tunggu?" Sapa satu suara. Terus kering air mata Iman akibat terkejut. Spoil!

"Waalaikumsalam." Kata Suraya tanda menyindir.

"Maaf. Assalamualaikum." Ucap empunya suara tadi.

"Waalaikumsalam. Bukan bagus memberi salam. Sama-sama mendoakan kesejahteraan masing-masing." Kata Suraya. Lagak ustazah pula gayanya.

"Maaf. Tak sabar nak jumpa awak sampai terlupa nak beri salam. Ni Iman ke? Saya Taufiq." Tanya Taufiq seraya memperkenalkan diri kepada Iman. Iman pantas berpaling.

Iman mengangkat tangan tanda mengiyakan. Tidak berminat mahu bermesra dengan lelaki sejak pergaduhan abangnya itu.

"Ni saya kenalkan kawan baik saya. Terserempak tadi jadi saya ajak dia ikut sekali. Tak apakan?" Tanya Taufiq kepada Suraya.

"Tak apa. Duduklah dan pesan makanan. Kami dah pesan tadi. Sedang menunggu je habuan kami." jelas Suraya.

"Apa nama awak? Isteri tak marah ke kalau tengok awak ada kat sini. Tercukup orang pula untuk buat double date." Tanya Suraya. Risau pula sahabatnya diserang nanti. Iman masih dengan wajah mencukanya.

"Saya Ahmad Iman. Panggil Iman je. Saya ni bujang lagi. Jadi jangan risau sebab tak ada siapa yang nak serang awak berdua." Jawab Ahmad Iman.

"Eh, nama awak sama dengan sahabat saya ni. Iman Amani."jawab Suraya sambil menepuk belakang Iman. Iman yang sedang minum hampir tersedak akan tepukan Suraya. Terbatuk-batuk Iman di buatnya.

"Haah, baru perasaan. Macam berjodoh pula. Padan juga dua-dua masil solo." Kata Taufiq sambil ketawa nipis apabila melihat Iman yang sedang terbatuk dek tepukan Suraya.

"Nasib tak arwah aku ni. Memang tak sayang kawan betul kau ni kan. Aku tengah melayan perasaan kau tepuk belakang aku. Tengah aku minum pula tu." Merah padam wajah Iman apabila berkata sedemikian.

"Bagus pun. Biar kau kembali ke dunia realiti. Tak payah nak melayan perasaan sangat. Abang kau bukan sengaja nak marahkan kau." Suraya menggelengkan kepalanya melihat sikap Iman.

"Gaduh dengan abang ke?" Tanya Taufiq berani. Berdasarkan cerita Suraya Iman ada brother-complex. Sentiasa menangkan dan tak boleh melihat abangnya bersama dengan orang lain.

Iman hanya mendiamkan diri. Tidak berminat untuk menjawab persoalan Taufiq.

"Merajuk dengan abang sebab abang dia lebihkan isteri dia. Biasalah orang darah manis. Abang dia termarah dia sebab dia tertumpahkan air panas. Terkena tangan isteri dia. Tu yang kena marah tu." Jawab Suraya menggantikan Iman. Iman menjeling ke arah Suraya. Sesuka hati beritahu masalahnya kepada orang yang dia tidak kenal. Sudahlah bercinta tak beritahu. Tup tup sudah nak bertunang.

"Biasalah orang yang baru berkahwin. Mesti awak rapat dengan abang awak sampai awak berkecil hati dengan abang awak bukan." Ucap Ahmad Iman.

Iman memandang jejaka yang duduk di hadapan dia. Iman merenung tepat ke arah anak mata Ahmad Iman. Ahmad Iman mula tak senang duduk melihat Iman yang merenungnya.

"Yang kau tenung dia macam orang kebulur kenapa. Lapar sangat ke sampai orang pun kau nak baham? Ke..." Suraya memarahinya. Ayat tergantungnya seakan-akan bertanya adakah dia sudah jatuh hati kepada insan di hadapannya.

"Agak-agaklah. Dalam hati aku cuma ada abang aku je." Kata Iman sambil tersenyum. Mula mengimbas kembali kenangan dahulu di mana abangnya memanjakannya. Bermain denganya dan lain-lain. Tak tahulah sudah sampai ke bulan atau matahari Iman mengimbas kembali.

"Kalau aku dapat anak, aku tak bagi anak aku bermanja dengan abangnya. Nanti jadi macam kau." Kata Suraya. Iman mencebik.

Iman bangun tanda protes. Merajuk dengan Suraya. Rajuk dengan abang belum habis. Tambah pula dengan rajuk sahabat baiknya. Iman berlalu pulang tanpa berkata apa-apa.

"Biar je dia. Jangan di layan sangat dia tu. Sebab itulah sampai sekarang belum kahwin. Kalau nak diikutkan ramai je orang yang yang suka kat dia. Tapi sikap dia tu je lah orang tak tahan." Suraya menggelengkan kepalanya. Mereka meneruskan acara mereka tanpa Iman.

Ahmad Iman melihat Iman sehingga Iman hilang dari pandangan mata. Kemudian dia tersenyum sendiri.

"Boleh tak saya nak contact number Iman?"
~~~
"Iman, abang minta maaf sebab marahkan Iman. Abang bukan sengaja. Tapi Iman juga yang salah sebab tumpahkan air panas." Pujuk Ahmad Idlan, abang Iman.

"Kenapa abang pula yang kena minta maaf. Iman yang salahkan sebab tumpahkan air panas. Jadi Iman yang kena minta maaf. Minta maaf sangat-sangat ya kak, abang." Kata Iman sambil senyum yang tidak ikhlas. Iman ingin masuk ke dalam biliknya selepas pulang daripada acara makan tengah hari yang tidak jadi baginya. Sampai sahaja di rumah abangnya terus meminta maaf kepadanya.

'Kenapalah aku tak sewa rumah je. Kalau aku tahu abang ada aku tak balik tadi. Aku rasa macam nak pindah dari rumah mak dan abah ni je.' Desis Iman. Masih berkecil hati dengan abangnya.

"Abang tahu Iman marahkan abang lagi. Iman janganlah macam ni. Sedih hati abang tengok adik abang ni macam ni. Mana adik abang yang sentiasa tersenyum macam kanak-kanak riang bila abang balik?" Idlan masih memujuk adiknya. Tidak sangka rajuk adiknya kali ini lebih lama dari apa yang di jangkanya.

"Adik abang tu dah tak wujud." Jawab Iman lalu berlari masuk ke dalam bilik.

Idlan tergamam melihat sikap adiknya itu. Rasa seperti mahu menangis apabila mendengar kata-kata yang diucapkan Iman.

"Suadahlah Idlan. Nanti sejuklah hati Iman tu."kata Puan Intan, mak Idlan dan Iman.

"Tapi mak.."

"Iman tu mana pernah merajuk lama dengan kamu." Celah Encik Amir, abah Idlan dan Iman.

"Betul tu Idlan. Kamu yang manjakan dia sangat. Mak dah pesan dari awal jangan manjakan Iman sangat. Macam ni lah jadinya." Kata Puan Intan

Idlan hanya mendiamkan diri.

"Betul kata mak abang. Abang lagi kenal dengan Iman. Abang dengan Iman rapat jadi tak mungkin Iman nak merajuk lama." Pujuk Manisah,isteri Idlan. Idlan hanya merenung lantai. Satu keluhan di lepaskan.
~~~
Iman menghempas pintu dengan kuat. Menunjukkan bahawa dia masih berkecil hati dengan Idlan.

"Semua salah aku. Aku cakap aku tak sengaja tak nak percaya. Tahulah isteri dia tu lagi cantik lagi manis dari aku. Tapi tak payahlah bela dia sangat." Air mata Iman mulai gugur. Bunyi deringan telefon bimbit Iman mengganggu Iman.

'Siapa yang mesej aku ni? Tak kenal pula nombor ni.' Desis Iman.

Assalamualikum Iman. Saya Ahmad Iman. Kawan Taufiq. Boleh berkenalan?

'Macam mana dia ada nombor telefon aku ni? Mesti Suraya punya kerja.' Duga Iman. Iman membiarkan sahaja mesej itu tidak berbalas. Tiada mood untuk berkenalan dengan sesiapa.

Telefon bimbit Iman berdering kembali.

Iman dah makan? Tadi tak sempat nak makan sekali. Kalau tak boleh kita berbual.

'Mamat ni nak apa sebenarnya?' Iman mulai rimas. Sekali lagi Iman tidak membalas mesej daripada Ahmad Iman. Selang beberapa minit telefonnya berdering kembali.

Baru-baru ni adik perempuan saya baru je bernikah. Seronok saya tengok dia bahagia. Tapi sedih juga sebab dia akan berpindah dan duduk dengan suami dia. Saya dengan dia rapat sangat sebab kami kembar. Rasa macam tak ada kembar pula lepas dia dah bernikah. Dulu kalau pergi mana-mana mesti bersama.

Mesej kali ini lebih panjang.

'Bila pula aku tanya dia pasal adik kembar dia. Tapi, situasi dia macam aku lah.' Jari Iman pantas menaip.

Saya tak ada selera nak makan. Maaf sebab tak balas mesej awak dengan sengaja. Saya faham perasaan tu. Tapi awak mesti lagi sedih sebab awak kembar.

Mesej di hantar. Tidak lama kemudian mesej baru di terima.

Hihi..tak apa. Saya tahu. Sedih memabg sedih tapi saya gembira tengok dia bahagia. Jadi kita kawan?

Jari Iman menaip lagi.

Yup. Kita kawan (≡^∇^≡)

Mesej di hantar. Iman mulai senang dengan Ahmad Iman.
~~~
"Aku tengok kau ni tak habis-habis bermesej. Mesej dengan siapa kau ni?" Tanya Suraya apabila melihat Iman yang bermesej sambil tersenyum.

"Mesej dengan Ahmad Iman." Jawab Iman ringkas. Suraya agak terkejut.

"Sejak bila kau rapat dengan dia?" soal Suraya.

"Sejak kau bagi dia nombor telefon aku kat dia. Dia ni funny lah." Kata Iman sambil tersenyum.

Suraya mulai rimas melihat Iman yang sibuk bermesej. Suraya dengan pantas merampas telefon bimbit Iman. Wajah Iman sudah mencuka.

"Sudahlah tu. Kat majlis pertunangan aku juga kau nak bermesej. Sebelum ni tak pula aku nampak kau bermesej." Kata Suraya.

"Dia sibuk dengan kerja. Aku pun sibuk dengan kerja. Bertambah sibuk bila kau tak ada." jawab Iman.

"Suraya,mari ke depan. Nak sarung cincin." Panggil Puan Khatijah, ibu Suraya.

Suraya yang cantik memakai jubah putih bermanik hitam bangun diiringi dengan Iman yang memakai baju kurung moden berwarna kelabu. Mereka ke ruang tamu untuk menyarung cincin.

Ibu Taufiq, Puan Hajah Sakinah menyarung cincin di jari manis Suraya apabila Suraya duduk dan bersalam dengannya.

"Cantik Suraya ni. Tepat sangat pilihan Taufiq." Puji Puan Hajah Sakinah.

Suraya tersenyum malu. Iman tersenyum melihat Suraya yang tampak bahagia. Dalam 6 bulan begelar Puan Suraya pula.

"Yang ni apa nama?" Sapa Puan Hajah Sakinah kepada Iman.

"Iman Amani." Jawab Iman.

Puan Hajah Khatijah tersenyum. Begitu juga Iman.
~~~
"Aku keluar kejap." Ucap Iman. Suraya hanya menganggukkan kepala.

Mata Iman meliar mencari kelibat seseorang. Matanya tertacap pada susuk tubuh yang di kenalinya itu. Selang beberapa langkah, Iman kaku melihat Ahmad Iman berbual dengan abangnya dengan mesra.

Idlan melihat kelibat adiknya lalu secara spontan dia memanggil Iman sambil melambai.

"Iman!"

Iman agak terkejut apabila abangnya menyeru namanya. Ahmad Iman memandang Iman sambil tersenyum. Iman melangkah ke arah Idlan dan Ahmad Iman.

"A..." belum sempat Idlan menghabiskan satu perkataan, dia membisu.

"A apa abang?" Tanya Iman.

"Bila di fikirkan balik, abang tak nak kenalkan Iman dengan Iman." Ucap Idlan. Iman terpinga-pinga. Memang sejak dari kecil abangnya tidak pernah memperkenalkan temannya kepada Iman.

"Kami dah kenal Idlan. Dah berkawan pun." Kata Ahmad Iman sambil tersenyum.

Iman terkejut dengan pengkauan Ahmad Iman. Idlan terkaku.

"Ma..ma...macam ma..mana ka..kamu..ke...ke...kenal a..a..adik aku?" Idlan gagap. Tidak menyangka bahawa mereka sudah berkenalan.

"Saya kawan dengan tunang Suraya, Taufiq. Kami ada terserempak kemudian Taufiq ajak makan sekali. Dari situ saya mula berkenalan dengan Iman." Jujur Ahmad Iman.

"Jadi, pe...perem..puan yang..kamu su...su..suka tu?"

Ahmad Iman hanya tersenyum. Iman tidak dapat mentafsir apa yang mereka maksudkan. Perempuan? Suka? Idlan sudah ada teman istemewa?

"Iman! Kamu tak boleh kahwin tanpa restu abang! Abang tak izinkan kamu kahwin dengan dia! Kamu tak boleh kahwin dan itu muktamad! Titik!" Tegas Idlan.

Air mata Iman sudah bergenang. Iman menuju ke arah kakak iparnya. Manisah yang mendengar perbualan mereka hanya menggelengkan kepala. Mereka berlalu pergi. Sempat Manisah menjelerkan lidah ke arah Idlan. Idlan terpaku dengan perbuatan isterinya.

"Sejak bila kamu berdua jadi geng ni?"

"Baru je." Jawab Manisah.

"Boleh join geng tak?" Tanya Ahmad Iman.

"Dialu-alukan."
~~~
"Macam mana awak kenal dengan abang saya?" Soal Iman kepada Ahmad Iman.

"Kawan sekerja." Jawab Ahmad Iman ringkas.

"Jadi awak dah lama kenal dengan saya?"

"Kenal tu tak tapi abang awak selalu cerita pasal awak dekat saya. Mungkin sebab nama kita sama. Tapi masa kali pertama jumpa awak tu saya dah tahu itu awak berdasarkan cerita abang awak." Jawab Ahmad Iman panjang lebar.

"Kenapa tak bagi tahu saya? Awak nak mempermainkan perasaan saya? Kalau awak dah ada teman istemewa kenapa nak berkawan dengan saya?" Bertalu-talu soalan yang diajukan kepada Ahmad Iman.

"Saya tak ada niat nak tipu awak. Saya jujur dan ikhlas nak berkawan dengan awak. Pasal teman istemewa tu memang ada tapi..."

"Tapi apa?"

"Tapi saya tak tahu orang tu ada perasaan dengan saya atau tak. Sebab orang tu selalu menangkan abang dia. Saya pula yang cemburu. Bila saya ajak keluar jumpa mesti kena minta izin abang dia. Mestilah abang dia ikut sekali. Abang dia tu mana bagi adik dia keluar dengan mana-mana lelaki. Sudah lah jual mahal. Bila saya mesej dia ajak berkawan dia tak balas pun. Penat saya tunggu. Lepas itu dia anggap saya ni macam kaunselor dia. Semua masalah dia dengan abang dia, dia bagi tahu saya. Saya pula yang kena selesaikan. Sudah lah abang dia baru je reject saya depan." Panjang lebar Ahmad Iman meluahkan perasaan.

Iman terpaku. Semua yang dikatakan Ahmad Iman berkenaan dirinya.

"Apa nama teman istemewa awak?" Tanya Iman berani.

"Nama dia Iman Amani Binti Amir."

Muka Iman mula bertukar warna.

"Jadi, apa kedudukan saya dalam hati awak?" Tanya Ahmad Iman sambil tersenyum menawan.

"Kalau awak nak saya jadikan awak teman istemewa, awak kena ikut semua yang ada dalam buku ni." Kata Iman seraya memberi sebuah buku nota kecil.

Belum sempat Ahmad Iman membuka Iman mencelah.

"Baca dekat rumah. Kalau setuju, jumpa mak, abah dan abang saya untuk minta izin." Kata Iman sebelem meninggalkan Ahmad Iman terpinga-pinga.
~~~
On this occasion,
thank you very much
for choosing someone like me
Before using,
please read
this instruction manual carefully.

1. Always handle me properly with care.
2.I'm a limited-edition item,
No return, no exchange
3.Please be understanding
4.There would be times
when I'd get bad mood suddenly
Even though, I wouldn't answer
if you asked me the reason,
But I'd get angry if you left me alone
5.Get along with me until the end

I'd be long-lasted,
1.If you periodically praised me
like said how beautiful my nails
2.Please notice even the slightest changing
3.Watch over me carefully

In case,
I've gotten aged
and you start to look for others
I want you to recall
the day of our first meet

4.Give me a little present in usual day is greatly effective
Your sense for choosing present
is important, too
But a short and pure love letter
is my greatest happiness

5.Once in a while, take me for a trip
6.In our anniversary,
let's go to a fashionable dinner
I won't say anything
about your appearance
but be cool when you escort me
I'd accept all of your everything
with vast heart and deep love

From now on, please get along with me
Even though I'm like this,
please forgive and smile for me
Cherish me forever.
Please be nice with me.
~~~

"Assalamualaikum, tuan, puan, kami datang nak membawa hajat. Kami nak masuk meminang anak tuan dan puan, Iman Amani untuk anak kami, Ahmad Iman."

-TAMAT-

Inspirasi dari lagu Nishino Kana-Torisetsu (Instruction manual)