Saturday, August 27, 2016

Cerpen : My Loves Story

"Aku terima nikahnya Nur Dahlia binti Dasuki dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai."

"Sah."

"Alhamdulillah." Orang ramai mengucap syukur kerana dengan sekali lafaz pasangan bahagia selesai di ijab kabul.

Ustaz membacakan doa. Pengatin lelaki terus membuat solat sunat di makmumkan oleh pengatin perempuan sebelum sesi pembatalan air sembahyang sejurus mengaminkan doa.

Pengatin lelaki menyarungkan cicin emas perak di jari manis pengatin perempuan. Pengatin perempuan mencium tangan pengatin lama. Terasa hangat tangan itu beradaa dalam gengaman.

Pengatin perempuan menyarungkan cincin seperti yang dilakukan pengatin lelaki tadi. Pengatin lelaki mencium dahi pengatin perempuan. Terada syahdu hati Dahlia. Ya, kina dia dan Haiqal sah sebagai suami isteri. Setelah enam bulan bertunang, akhirnya statusnya berubah.

Ya Allah, berkatilah masjid yang telah kami bina. Bimbinglah kami agar kami tidak tersasar jauh dariMu. ENGKAU restuilah rumah tangga kami. Itu doa Dahlia.

~~~

"Ibu," Dahlia memanggil ibu mertuanya. Ada hajat dia bertemu dengan ibu mertuanya. Alhamdulillah majlis persepsi dua-dua belah pihak sudah selesai.

"Ada apa Lia?" Tanya Puan Hajah Sakinah. Syukur anaknya sudah mendirikan rumah tangga. Dapat pulak isteri macam Dahlia. Lemah lembut, baik, penyayang, hormat orang tua pula tu.

"Boleh tak ibu ajar Lia masak makanan kegemaran Haiqal?" Itulah hajatnya ingin berjumpa dengan ibu.

Puan Hajah Sakinah tersenyum melihat menantunya. "Boleh sangat. Bila nak mula?"

"Tapi ibu, Lia ni tak pandai masak. Setakat goreng-goreng tu boleh lah," jujur Dahlia. Buat apa nak malukan? Kata pun bak berlajar. Bagi tahu siap-siap nanti tak adalah kena teruk-teruk.

"Memasak bukannya susah pun Lia. Senang je,"

"Kalau macam tu. Okaylah ibu. Sekarang tengah cuti sekolah. Haiqal pula sibuk dengan kerja dekat hospital. Ermm...apa kata Lia minta tinggal sini seminggu dua dari Haiqal?" Dahlia memberi cadangan.

"Elok sangatlah tu. Boleh teman ibu dekat sini. Boleh berbual panjang dengan Lia," kata Puan Hajah Sakinah gembira. Menantu sulung kut.

"Nanti Lia cakap dekat Haiqal."

~~~

"Awak,"

"Ya sayang, nak apa?" Haiqal memandang Dahlia yang sudah macam udang galah. Merah gila! Comel pulak.

"Saya nak tinggal kat sini dalam seminggu dua ni boleh?"

"Seminggu dua?!"

"Shushh! Suara awak tu kuat sangat lah. Nanti apa pulak orang kata," Dahlia sudah kalut apabila tanda-tanda nak tinggal dekat rumah mak mertua seperti tak diizinkan.

"Sayang nak buat apa tinggal sini? Lama pulak tu. Kita baru kahwin kut. Sampai hati sayang nak tinggal hubby sorang-sorang," wajah Haiqal sudah masam mencuka. Macam jeruk pun ada. Dah kecut-kecut dah sebab air keluar.

'Eh laki aku ni. Masa tunang tak ada pulak nak guna sayang bagai. Ada lah sikit-sikit dulu. Meremang bulu roma aku,' desis Dahlia.

"Saya nak teman ibu. Lagi pun awak nanti sibuk kat hospital. Lagi pun saya tengah cuti sekolah. Boleh saya teman ibu kat sini," Dahlia cuba supaya Haiqal izinkan dia tinggal di rumah ibunya.

"Jadi sebab saya sibuk awak nak tinggalkan saya dan duduk dekat sini? Sayang, saya boleh cuba cari masa untuk awak. Saya pun kalau boleh tak nak sibuk. Saya nak luangkan masa dengan awak," luah Haiqah. Jujur dia pun ingin meluangkan masanya dengan Dahlia. Namun, masanya sangat terhad. Banyak masa dihabiskan di hospital.

Haiqal duduk bersila di atas katil sambil menyilangkan tangannya. Tanda protes. Tidak setuju dengan idea Dahlia.

'Merajuk lah tu,' teka Dahlia.

Dahlia merapati Haiqal. Dia duduk di sebelah Haiqal. Haiqal memusingkan badannya. Tak nak tengok muka Dahlia. Merajuk!

"Awak.."

Tiada balasan daripada Haiqal.

"Hubby sayang, boleh lah sayang tinggal kat sini. Hubby kan ada cakap yang hubby banyak kerja kat hospital. Hubby selesaikan dulu kerja hubby. Lepas tu kita pergi honeymoon nak?" Dahlia cuba memujuk Haiqal dengan mengubah kata ganti nama mereka. Suara juga dimanjakan.

"Betul sayang nak pergi honeymoon dengan hubby?" Nampaknya Haiqal memakan pujukan Dahlia.

"Sayang janji. Pasangan suami isteri yang manalah tak nak pergi honeymoon? Tapi sayang nak duduk sini. Sayang nak teman ibu. Hubby pun tak habis pindah barang masuk rumah baru kita kan."

"Ya lah. Tapi hubby bagi 4 hari je. Mana boleh lama-lama terpisah dengan sayang biy ni. Rindu," kata Haiqal manja. Badan di pusingkan menghadap Dahlia. Pipi Dahlia dicubit manja.

"Yeay! Sayang biy!" Tanpa sedar Dahlia memeluk Haiqal. Haiqal agak terkejut dengan tindakan Dahlia.

Dahlia bagaikan baru tersedar cuba menjarakkan ruang antara mereka. Namun, Haiqal menarik badan Dahlia kembali dan memeluk Dahlia erat. Wajah Dahlia sudah merah akibat malu. Terasa panas wajahnya saat ni.

Haiqal melonggarkan pelukan tapi tanggannya masih setia di pinggang Dahlia. Haiqal merapatkan wajah mereka. Dahlia dapat merasakan hembusan nafas Haiqal.

Perlahan-lahan, Haiqal mengucup dahi Dahlia. Dahlia memejamkan matanya dan merelakan perbuatan Haiqal.
~~~
"Assalamualaikum ibu."

"Waalaikumsalam Dahlia. Haiqal mana?"

"Ada dekat depan dengan ayah. Ibu masak apa ni?" Tanya Dahlia apabila melihat ibu memotong sayur.

"Ibu nak masak nasi goreng kampung. Haiqal suka tau nasi goreng kampung. Mari ibu ajarkan," ajak Hajah Sakinah kepada menantunya.

"Assalamualaikum ayah," sapa Haiqal kepada Haji Harun yang duduk bersantai sambil membaca surat khabar.

"Waalaikumsalam. Awal bangun. Biasa tidur lagi waktu ni. "

"Mestilah bangun ayah. Tak ada orang kat sebelah. Tak lena tidur," usik Sharmila, adik perempuan Haiqal.

"Ish dia ni, pergi tolong ibu dekat dapur. Menyemak je," halau Haiqal. Sebenarnya tahan malu. Sebab apa yang Sharmila cakap tu betul. Hihihi.

"Alaa...bagi lah Mila rehat. Isteri abang ada tolong. Buat apa ramai-ramai dekat dapur tu," kata Sharmila malas. Penat kut. Seharian berdiri, ke sana ke mari. Lenguh kaki ni tak hilang lagi.

"Alasan je tu. Mila kalau masuk dapur habis macam reban ayam. Bersepah. Lepas tu bukan dia nak kemas. Ibu jugak," celah Hakim, adik lelaki Haiqal dan abang kepada Sharmila.

"Hei! Mila kemas okay. Lepas ni kalau abang Akim minta tolong Mila masak, Mila tak nak masak," mula sudah sesi rajuk-merajuk Sharmila. Sehari tak merajuk tak sah. Manja! Anak bongsu lah katakan.

"Eleh, abang Akim boleh masak sendiri lah. Lagi uhmm dari Mila masak," puji Hakim kepada diri  sendiri. Siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri. Ye dok.

"Sudah le tu. Asal abang balik je kamu berdua bergaduh. Naik bernanah telinga abang dengar kamu berdua bertikam lidah," Haiqal cuba meredakan adik-adiknya yang sedang hangat berdebat.

"Siapa suruh dengar!" Serentak Hakim dan Sharmila berkata sedemikian. Haiqal menggelengkan kepalanya tanda mengalah. Malas sudah layan adik-adiknya. Entah bila baru reda pun tak tahu. Kalau masa diorang kecik senang je nak diamkan diorang. Ayah tarik telinga dua-dua. Baru senyap.

"Apa yang riuh tu? Sampai ke dapur boleh dengar. Mari makan. Nasi goreng kampung dah siap," ajak Hajah Sakinah. Bila semua berkumpul memang riuh. Bila tinggal berdua sunyi je. Cepat-cepat lah dapat cucu. Boleh main dengan cucu!

"Wuu, patut lah wangi je. Sampai perut Haiqal ni nyanyi lagu rock dah," kata Haiqal girang. Jujur dia memang lapar. Dapat nasi goreng buatan ibu memang seronok perut dia hadam.

Mereka duduk di meja makan. Haiqal sudah semestinya menyimpan tempat duduk untuk Dahlia. Mana boleh berpisah. Sampai sanggup halau adik tu. Tak bagi duduk sebelah dia.

"Dahlia, cedok nasi untuk Haiqal," arah Hajah Sakinah.

Dahlia hanya turuti. Dicedoknya nasi goreng ke dalam pinggan untuk Haiqal, suami tersayang. Jelas senyuman gembira terpamir di wajah Haiqal.

Dahlia menyerahkan pinggan yang sudah dia cedok nasi goreng. Haiqal menyambut huluran Dahlia.

Haiqal membaca doa makan. Selesai mengaminkan doa, mereka sekeluarga menjamu selera.

Asyik betul mereka makan. Dahlia pula dalam menguyah nasi, dijeling juga suaminya. First time kut masak tak guna perencah!

Dahlia perhatikan riak wajah Haiqal. 'Berdebarnya rasa. Agak-agak dia perasan tak yang aku yang masak?'

"Dahlia yang masak eh nasi goreng ni?" Tu dia. Nak sangat. Tanya Haiqal. Dahlia apa lagi. Tersedak dia bila ditanya.

Haiqal cepat-cepat menuang air dan hulurkan kepada Dahlia. Dahlia meminum air dengan rakus.

"Ish kamu ni Haiqal. Kan dah tersedak si Dahlia ni. Kalau ya pun Dahlia yang masak apa salahnya?" Marah Hajah Sakinah.

"Kak Lia yang masak?!" Jerit Hakim dan Sharmila serentak.

"Kamu berdua ni kan. Dari tadi menjerit. Kalau perlahan tak apa. Ni orang duduk taman sebelah pun boleh dengar," marah Haji Harun.

"Terkejut. Nak buat macam mana. Suara ni tak boleh control," jawab Hakim.

"Tindakan refleks ayah," sokong Sharmila.

"Sudah, orang tersedak bukannya nak tolong. Bising je," Hajah Sakinah bersuara. Haiqal hanya menggelengkan kepala. Tangannya sibuk menggosok belakang Dahlia. Dengan harapan Dahlia semakim lega.

"Dah okay," kata Dahlia perlahan.

"Haiqal, bawak si Dahlia ni masuk bilik. Pucat dah ibu tengok muka dia," Hajah Sakinah memberi cadangan. Haiqal mengangguk setuju.

Haiqal membantu Dahlia berdiri. Dahlia cuba menolak tubuh Haiqal yang amat rapat dengannya. Tersedak je, bukannya nak terberanak.

"Sayang okay?" Tanya Haiqal risau.

"Okay lah. Tak payah risau sangat. Pergilah sambung makan tu," Dahlia cuba menenangkan Haiqal. Kalut sangat. Habis terbantut selera dia.

"Nanti lah. Risau lah tengok sayang ni."

"Lia okay lah. Tersedak je. Bukannya tercekik. Tak ada tulang pun nak tercekik."

"Ye...tapi betul ke sayang yang masak?"

Dahlia telan air liur. KBAT sangat soalannya.

"Kalau betul kenapa? Tak sedap eh?"

"Bukan tak sedap. Cuma...rasa dia lain.."

"Lain macam mana?" Dahlia memotong percakapan Haiqal.

"Dengar apa yang biy nak cakap ni. Rasa dia lain lah sebab biy kenal masakan ibu. Dekat 29 tahun biy makan masakan ibu. Jadi biy tau bukan yang masak sebab rasa sedap dia lain dari rasa sedap ibu," puji Haiqal.

"Jadi sedap lah nasi goreng tu?" Haiqal mengangguk mengiyakan. Dahlia sudah tersenyum gembira.

Secara tidak sedar ada sesuatu yang hinggap di pipi Dahlia. Lembut tapi hangat.

"Kiss sebab sayang sudi masak untuk biy dan sebab sayang comel sangat. Geram," kata Haiqal sambil mencuit hidung Dahlia. Wajah Dahlia merah macam lobster.

"Hahaha!" Haiqal ketawa melihat wajah Dahlia. Dahlia tidak turut ketawa tapi senyum bahagia. Alhamdulillah dia bahagia.
~~~
"Hai pengatin baru! Awal masuk kerja?" Sapa Doktor Luqman. Kawan sekerja Haiqal.

"Tak dapat cuti lama. Awal lah masuk kerja," kata Haiqal kurang bersemangat.

"Asal tak bersemangat je tengok. Biasa orang baru kahwin muka berseri," tanya Luqman. Risau pulak tengok kawannya begitu.

"Tak ada lah. Bini aku kat rumah mak aku," jujur Haiqal.

"Owh, kes rindu lah ni. Asal tak tinggal sekali?"

"Rumah sewa yang aku baru sewa tu boleh masuk esok. Tapi aku tak boleh nak pindah barang esok. Barang aku tak siap pack lagi. Barang rumah pun tak sampai lagi. Masa beli tu tak ada stock."

"Owh. Bila masuk rumah baru?"

"Hari jumaat. Aku ambil cuti empat hari. Nak jugak pergi honeymoon."

"Chill lah bro. Pejam celik pejam celik cepat je jumaat tu datang. Okay lah. Aku nak tengok patient aku. Blah dulu."

"Ye lah." Susuk badan Luqman semakin hilang dari penglihatan.

"Nak buat apa ek? Call Lia lah." Telefon dicapai. Nama Sayang dicari.

Tutt tutt...

"Hello assalamualaikum," Dahlia mengangkat telefon dan memberi salam. Apalah suami aku nak ni. Tak sampai 24 jam dah telefon.

Rumah keluarga Haiqal di Seremban. Rumah mak Dahlia di Damansara. Haiqal kerja di Hospital Sungai Buloh. Tinggal di Damansara.

Tak lah jauh mana pun sebenarnya Seremban dengan Damansara. Ada jugak idea dia nak berulang ke Seremban-Damansara. Gila apa? Dalam ekonomi yang tidak stabil, kita kena menyimpan duit untuk masa akan datang. Bazir petrol je berulang.

"Waalaikumsalam. Sayang buat apa?"

"Tolong ibu kemas rumah. Kenapa?"

"Tak ada apa. Rindu."

"Ish awak ni. Tak sampai 24 jam pun lagi dah rindu."

"Setiap saat tau biy rindu sayang."

"Mengadalah awak ni."

"Sayang..."

"Ye saya. Nak apa?"

"Tak nak lah panggil biy awak. Panggil lah abang ke, honey ke. Lagi best kalau sayang guna biy. Baru nampak mesra plus sweet."

"Segan lah."

"Apa yang nak disegannya?"

"Saya tak biasa. Tak apa, perlahan-lahan saya cuba ye. Dah lah, tak ada kerja ke call saya ni?"

"Nak mula lah ni. Tapi nak dengar suara sayang dulu." Ya Allah. Gediknya aku dengar suami aku cakap. Mujur suami. Kalau tak dah lama letak telefon. Ngilu telinga dengar.

"Dah dengarkan. Pergilah buat kerja. Tengok-tengok patient tu. Nanti ada patient complain plak. Doktor tak buat kerja. Nanti awak nak bagi saya makan apa kalau awak tak kerja?"

"Biy bagi sayang makan hati biy. Hihihi. Biy letak dulu tau. Orang dah pandang biy lain macam dah. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

"Amboi Doktor Haiqal. Bukan main biy-sayang bagai. Tau lah tengah bahagia sekarang ni," tegur Kak Nah.

"Kak Nah dengar ke? Malu lah pulak," Haiqal menggaru kepalanya yang gatal. Kelimumur banyak lah ni.

"Dari lif boleh dengar. Terasa gelombang bahagia dia ni," usik Hasnah.

"Hihihi. Kita sembang nanti lah kak. Kena tengok patient. Dah lewat ni," Haiqal meminta izin mengundur diri. Kepalanya ditundukkan sedikit sebelum berlalu pergi.

"Ya lah," Hasnah menyambung kerjanya. Fail di tangan dikemaskini.
~~~
"Dah sedia Dahlia?"

"Sedia!" Kata Dahlia penuh bersemangat. Hari ni kelas pertamanya dengan ibu mertuanya. Kelas memasak!

Hampir dua jam mereka bertapa di dapur. Riuh-rendah di dapur dapat didengar oleh Haji Harun yang sedang menonton televisyen.

Elok juga ada Dahlia. Gembira Hajah Sakinah sampai senyum hingga ke telinga. Menantu sulung lah katakan. Kalau tak moyok je. Sakit mata memandang.

"Ada bakat Lia ni. Semuanya menjadi. Ibu tengok Lia ni bukanlah janggal sangat kat dapur ni. Pandai guna pisau, tengok api. Ingatkan Lia memang tak tahu menahu pasal kerja dapur."

"Boleh lah sikit-sikit. Lia ada jugak tolong mama kat rumah. Kalau mama balik lambat atau penat lepas balik kerja, Lia yang take over kerja-kerja dapur. Tapi Lia pandai masak yang simple je. Setakat goreng-goreng lepas lah. Kalau suruh buat gulai ke masak kurma ke itu Lia tak reti," jujur Dahlia. Langsung tidak segan memberitahu kelemahannya. Ini lah masanya untuk dia perbaiki kelemahannya. Nak jaga hati suami kenalah jaga perut dulu.

"Bagus Lia ni. Jarang nak jumpa orang macam Lia. Jujur, lemah lembut, sopan. Untung Haiqal dapat Lia. Untung juga ibu dapat bermenantukan Lia. Pandai Haiqal pilih," Hajah Sakinah tersenyum sambil berkata sedemikian. Akibat lama berdiri kakinya terasa lenguh. Hajah Sakinah duduk di atas kerusi sambil matanya memerhatikan Dahlia yang sedang mengacau gulai.

"Ish ibu ni. Puji lebih-lebih pulak. Bukan Lia sorang je yang dalam dunia ni yang jujur. Ramai lagi. Lagi jujur dari Lia pun ada."

"Ya lah. Kamu cakap apa kat Haiqal sampai dia bagi kamu tinggal sini?" Hajah Sakinah agak tertanya-tanya. Tengok Haiqal balik semalam punya lewat. Pukul 11 malam tak balik lagi. Berkepit je dengan Dahlia. Nampak sangat tak nak berpisah. Sejak bila jadi manja macam tu pun tak tahu lah.

"Ada lah ibu. Rahsia. Tapi dia tak tahu pun yang Lia tinggal sebab nak belajar masak. Lia cakap nak teman ibu. Tapi susah jugak lah nak pujuk dia. Haiqal memang manja ke mak?" Dahlia bertanya ingin tahu. Dulu, jujur cakap, understanding giler! Memahami sungguh. Sekarang...susah betul nak pujuk. Baru seminggu kahwin.

"Entah lah Lia. Haiqal dia ni cepat beralah. Mungkin sebab dia anak sulung. Sebab itu kut dia senang je nak beralah, dengar kata. Tak banyak kerenah lah kiranya. Mungkin dia pendam je rasa nak bermanja-manja. Dah ada isteri itu lah kut dia lepas perasaan nak bermanja tu," kata Hajah Sakinah panjang lebar. Tersenyum nipis apabila teringatkan Haiqal semasa kecil-kecil dahulu.

"Boleh jadu jugak. Tapi Lia je yang tak reti. Lia kan anak tunggal," ucap Dahlia dengan nada lemah. Pernah sekali dia meminta untuk dapat adik sempena hari jadinya yang keenam. Sunyi. Tak ada kawan untuk bermain. Mama dan papa sibuk dengan kerja.

"Tak ada rezeki lah tu. Mama dan papa Lia mesti nak bagi Lia adik juga. Kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukannya. Lia kan dah dapat adik sekarang. Ada Hakim dan Sharmila," pujuk Hajah Sakinah.

Dahlia mengangguk. Bila teringatkan balik, lucu sangat. Budak-budak lah katakan. Wajah mama dan papa terkejut sangat. Mesti tak sangka yang anaknya akan minta adik untuk hadiah hari jadi.

Masa tu mama dan papa masih bersama. Berpisah ketika umurnya 10 tahun. Waktu tu sedih jugak lah. Tapi walaupun berpisah, papa tetap papa dan mama tetap mama. Tak ada apa yang berubah pun. Tapi depends dekat individu. Lain orang lain caranya.

Empat hari sudah berlalu...

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam! Haiqal, masuk lah," Haji Harun menyambut kedatangan anaknya. Tujuan kedatangan, tak payah cakap. Dah tahu dah. Nak ambil Dahlia lah!

Haiqal masuk ke dalam rumah. Bau harum rendang boleh dihidu oleh Haiqal walaupun baru berada di muka pintu.

"Sedapnya bau. Ibu masak rendang ke ayah?" Tanya Haiqal setelah menyalami ayahnya.

"Ibu mana ada. Ibu keluar. Hari ni kan hari jumaat. Ibu pergi pasar," kata Haji Harun. Kebiasaannya pada hari jumaat ada pasar tani.

"Haah. Lupa pulak. Habis tu, siapa yang masak?" Haiqal semakin pelik. Nak kata Sharmila, dia pun ada di universiti. Siapa lagi orang perempuan kat dalam rumah?

"Siapa lagi kalau bukan isteri kamu," jawab Haji Harun. Itu pun tak tau ka? Aiyoyo.

"Betul ke ayah?" Haiqal mohon kepastian. Macam tak percaya je.

"Pergi lah tengok sendiri. Orang cakap tak nak dengar," Haji Harun malas melayan Haiqal. Orang cakap betul dia tak percaya pulak.

Haiqal menuju ke dapur. Satu susuk yang amat dirinduinya ditatap. Walaupun tubuh itu membelakanginya, tapi dia cukup kenal susuk itu. Terus dia memeluk erat tubuh itu.

"Astafirullah'azim! Kus semangat," Dahlia menggosok dadanya. Terkejut apabila sesuatu tiba-tiba memeluknya dari belakang.

Hidung Dahlia mencium satu wangian yang amat dia kenal. Bau minyak wangi Haiqal. Tambahan pulak tangan sasa yang erat memeluk pinggang nya. Mujur di tangannya senduk dan bukan pisau. Kalau tak ada jugak yang nak merasa naik ambulans.

"Bila sampai?" Tanya Dahlia apabila dia sudah tenang. Terkejut sangat. Nasib jantungnya sihat wal'afiat.

"Baru je," kata Haiqal. Wajahnya disembamkan ke leher Dahlia yang agak cerah. Disebabkan Dahlia mengikat sanggul rambutnya kerana panjang yang amat, lehernya terdedah. Terasa panas apabila Haiqal menyebamkan wajahnya. Terasa hembusan nafas Haiqal. Kalau tak ikat rambut, jadi puntianak lah Dahlia. Mana taknya kalau panjang rambutnya separas pinggang.

"Biy, ayah tengok lah. Malu. Duduk dekat depan. Saya kan tengah masak," Dahlia cuba memujuk Haiqal untuk melepaskan pelukan. Lidahnya juga sudah terbiasa memanggil Haiqal biy. Kalau setiap kali telefon minta kena panggil biy tak ke lama-lama terbiasa.

"Tak nak. Nak duduk dengan sayang. Bila sayang pandai masak rendang? Kata dulu tak pandai masak," Haiqal menggeratkan lagi pelukan. Tak mahu lepaskan Dahlia. Tak lalu dah tahan rindu berjauhan dengan tulang rusuknya.

"Sayang belajar dari ibu," jawab Dahlia ringkas.

"Sebab itu lah sayang beria nak tinggal sini. Nak belajar masak. Sampai hati sayang. Sanggup tinggalkan biy," suara Haiqal menunjukkan tanda-tanda untuk merajuk.

"Untuk biy jugak. Nanti takkan nak makan lauk bergoreng je. Tak ke jemu? Biy pun mesti nak variasi. Tak nak makan lauk yang sama. Sebab tu sayang tinggal kat sini. Berlajar dengan ibu masak lauk kegemaran biy. Sayang kena jaga perut biy ni. Baru tuan dia tak cari lain," Dahkia mengusap lembut tangan Haiqal yang setia di pinggangnya. Diluahkan segala yang terbuku di hati.

"Kali ni biy maafkan. Sebab sayang buat semua ni untuk biy. Lepas ni nak buat apa pun kena cakap straight to the point. Kesian tau biy hari-hari rindu dekat sayang. Tapi biy tahu sayang, sayang gila-gila dekat biy sampai sanggup buat semua ni. Thanks sayang," Haiqal meleraikan pelukan. Tubuh Dahlia dipusingkan 180° darjah supaya mereka bertentangan mata.

Wajah Haiqal dirapatkan dengan wajah Dahlia. Hampir sahaja bibir mereka bertemu...

"Apa bau hangit ni?! Ya Allah! Haiqal! Yang kamu kacau isteri kamu memasak tu kenapa? Hangit rendang tu nanti. Kamu makan yang hangit tu," marah Hajah Sakinah apabila melihat adegan 18+. Nak buat pun kat dapur. Buat lah kat dalam bilik. Ish ish ish.

"Hihihi. Tak sengaja," Haiqal ketawa tak bersalah.

Dahlia pula tak payah kata. Malu tambah kalut. Merah menyala wajahnya. Tambahan pula rendang yang hampir hangit tu.

Inilah bibit permulaan kisah percintaan Dahlia dan Haiqal sebagai suami isteri. Banyak lagi liku-liku kehidupan yang perlu mereka harungi. Tapi, masa ini, kita nikmati dahulu. Saat-saat bahagia harus kita nikmati sehabis mungkin. Saat-saat ni macam makan gula-gula. Sangat manis tapi bila-bila masa manis itu akan hilang. Waktu itu, sama-sama lah buat balik gula-gula tu. Dapat rasa lagi manis gula-gula itu.

                              -TAMAT-

Friday, August 26, 2016

Dear Reader,

Kepada pembaca Manja Tak Bersalah! dan cerpen saya, minta maaf sangat2 sebab jarang update ::>_<::

Kalau dulu sibuk dengan aktiviti sekolah, aktif sana sini, sekarang nak fokus untuk SPM. Sekarang tengah trial. InsyaAllah lepas habis SPM saya update banyak2. Banyak dah saya draft dekat buku conteng tapi tak taip kat sini. Buat jugak sambil2 release stress. Belajar 24/7 jam pun tak elok jugak. Saya minta maaf sekali lagi kepada pembaca setia. Doakan kejayaan saya dalam SPM 2016!! 💪

Mungkin ada yang tak tahu tapi saya ada jugak buat cerita genre fantasi. Tapi nama bukan nama melayu. Mix. Dah campur nama orang putuh, jepun. Cerita shoujo pun ada jugak. Boleh take a look kat blog lagi satu.
shoujohotsukoi.blogspot.com