Saturday, February 11, 2017

Manja Tak Bersalah! 28

"Siapa Zafiq?" Amin menyoal Iman.

"Kawan," jawab Iman.

"Ye ke? Ke kau ada hati dengan dia?" Teka Amin.

"Emm...ada la jugak dulu," jujur Iman.

'Jujurnya dia. Berlapik lah sikit. Patutnya dia kena jaga hati suami. Ni cakap lepas je. Huh!' Amin ingin merajuk. Merajuk? Hahaha.

"Aku jujur supaya kau tak ada syak aku ada scandal dengan dia. Memang lah aku suka dia tapi suka. Bukan cinta. Aku suka berkawan dengan dia. Tak lebih tak kurang. Tak payah nak merajuk. Dah elok muka tu handsome jadi buruk pulak aku tengok," jelas Iman.

Sedikit sebanyak penjelasan Iman menyenangkan hatinya. Menyenangkan? Macam-macam lah kau ni wahai hati. Tadi nak merajuk. Ni menyenangkan pulak. Dah lah jealous tak tentu pasal.

"Betul ni kau tak ada apa-apa dengan dia? Dia tu dah lah handsome. Kerja doktor. Gaji masyuk. Baik pulak tu tengok," Amin ingin kepastian.

"Ya Allah. Kau ni dah kenapa? Jealous? Aku pun kerja doktor jugak. Gaji aku pun masyuk. Aku pun baik. Nak kata handsome aku ni perempuan so aku ni cantik. Dey, aku tak pandang lah semua tu. Duniawi je. Asalkan dia baik hati budinya, cantik akhlaknya aku terima seadanya. Yang lain tu bonus," tekan Iman. Rungsing dia bila Amin ni banyak tanya.

"Eh eh, tak kuasa aku nak jealous dengan mamat tu!" Jawab Amin.

"Kalau tak ada kuasa jadi diam. Banyak cakap pulak. Kat hospital pun ajak gaduh. Cepat, kita solat dulu lepas tu pergi tengok result. Pening kepala aku layan kau," Iman mengurut dahinya. Mungkin kerana memandu terlampau lama. Tidur pun kurang untuk beberapa hari ni.

Mana tak kurang kalau asyik di ganggu je. Tilam keras lah. Nak pergi tandas lah. Nyamuk lah. Panas lah. Sejuk lah. Mujur suami. Sabar je lah wahai hati.

Perbalahan akhirnya berhenti dengan kedua-duanya berwajah masam mencuka. Orang yang lalu lalang pun tak berani nak tegur.

'Patutlah selalu buli aku rupanya dia ada orang lain. Buli mesti nak bagi aku tak tahan dengan dia then aku lepaskan dia. No! Aku takkan sesekali lepaskan dia! Aku nak balas balik apa yang dia buat kat aku dulu.' Itu tekad Amin.

'Arghh! Bencinya sakit kepala. Semua pun jadi tak betul. Ni yang aku tak suka sakit kepala. Semua yang orang buat salah. Ubat pulak tak bawak. Nanti minta dekat Darwishah.' Iman nengurut dahinya. Bedenyut-denyut rasanya. Macam nak meletup je kepala ni.
~~~

"Kaki Encik Amin tak ada yang patah ataupun retak. Cuma bengkak yang agak teruk. Saya nasihatkan supaya Encik Amin tidak banyak bergerak dan berjalan. Takut jadi lagi teruk. Saya bagi ubat sapu, bandage dan ubat tahan sakit. Kalau tiba-tiba sakit yang amat baru makan. Saya beri cuti rehat selama seminggu untuk Encik Amin ya," pesan Doktor Darwishah dan memberikan senyuman kepada Amin.

Amin terpegun dengan kecantikan dan kelembutan Doktor Darwishah. 'Kenapalah Iman tak macam Darwishah. Lembut je. Sejuk mata memandang. Ni nak cari gaduh je.' Amin membebel dalam hati. Dalam hati je berani. Depan-depan jangan harap berani nak cakap.

Mata Doktor Darwishah berkalih kepada Iman yang wajahnya agak pucat. Doktor Darwishah bangun lalu meletakkan tapak tangganya ke atas dahi Iman.

"Hmm...tak panas. Kau cukup tidur ke tak ni? Pucat je aku tengok muka kau ni," tanya Doktor Darwishah. Risau dengan sahabatnya. Bukannya mereka baru berkawan. Berkawan sejak universiti lagi. Hampir 10 tahun. Iman kalau tak cukup tidur memang senang nak demam.

Tapi boleh pulak dia kerja doktor yang masa kerjanya tak menentu.

"Sakit kepala sikit. Sebab penat kut. Ada panadol? Aku punya tinggal dalam kereta. Nak sebiji," pinta Iman. Jujur dia dah tak tahan dah.

"Ada. Kejap aku ambilkan." Doktor Darwishah membuka laci mejanya dan mengeluarkan sepapan panadol. Cawan dicapai dan diisi dengan air mineral yang baru dibelinya. Cawan diletakkan di atas mejanya. Sebiji panadol diberikan kepada Iman. Iman memasukkan panadol ke dalam mulutnya. Doktor Darwishah memberikan cawan yang berisi air tadi kepada Iman. Iman meneguk sedikit air dan mendongakkan kepala ke atas bagi memudahkan menelan panadol tadi. Air yang berbaki dia teguk sampai licin.

"Terima kasih." Ucap Iman sambil menyerahkan cawan kosong.

Doktor Darwishah menyambut huluran. "Sama-sama kasih. Ni larat ke nak bawak kereta. Sorang terseliuh sorang dah sakit kepala. Nak aku hantarkan ke?" Doktor Darwishah menawarkan dirinya.

"Tak apalah. Bukannya teruk sangat. Lagipun bukannya aku tak pernah bawak kereta masa sakit kepala. Dah telan panadol sat lagi elok la ni," Iman menolak tawaran Darwishah.

"Masalahnya ada nyawa lain kau bawak. Kalau kau sorang je tak apa jugak," kata Darwishah.

"Owh. Aku ni tak ada nyawa lah. Apa kau ingat aku ni kebal. Hantu?" Nada Iman sedikit meninggi. Walaupun dia tahu Darwishah hanya bergurau.

"Aku main je. Aku offer diri aku ni sebab aku risau kat kau lah. Suara pun tinggi sah sakit lagi," Darwishah hanya menggeleng kepala.

"Sikit je. Tak payah risau lah. Terima kasih sebab tawar diri nak hantar. Kejap lagi hilanglah sakit kepala lepas makan ubat," Iman senyum dan menolak lembut pelawaan Darwishah.

"Tak apa lah kalau macam tu. Kau ni kalau kata A, A lah sampai ke sudah. Degil. Hati-hati bawak kereta. Ni resit dan list ubat. Ambil kat farmasi ya," Darwishah menyerahkan resit dan senarai ubat untuk Amin. Iman menyambut.

Amin yang dari tadi menjadi patung cendana bersuara. "Terima kasih doktor."

Darwishah mengagguk dan senyum.
~~~

"Asal tak cakap kau tak sihat?" Tanya Amin. Agak-agak apa perasaan Amin ek?

'Aku ke punca dia tak sihat? Kalau betul... Yahuuu!!! Aku dah tahu cara nak buat dia bengang dengan aku. Aku akan buat dia penat dan meluat tengok aku. Lepas tu dia akan minta cerai. Bagus idea kau Amin.' Itulah rancangan jahat Amin. Agak-agak Iman atau diri dia sendiri yang tak tahan?

"Kalau aku bagi tahu kau nak buat apa? Dah jangan tanya aku. Senyap je. Nanti tak pasal-pasal aku marah kau pulak. Lepas tu mengadu kat mummy. Asal tak jadi reporter je?" Balas Iman. Nada dia tak setinggi tadi. Sakit kepala dah surut.

Amin pulak sudah diam. Takut jugak kena marah dengan Iman ni. Kalau aku menangis sebab kena marah macam mana? Jatuh lah air muka aku. Dah lah memang dah jatuh masa nikah dan majlis resepsi. Terasa jugak lah apa yang Iman cakap. Mestilah mengadu kat mummy. Balik nanti nak report apa yang Iman buat kat aku kat kampung. Kau tunggu Iman!

Bersambung...