"Assalamualaikum! Mummy!" Jerit Amin. Sampai je rumah terus berlari ke pintu rumah. Iman yang melihat tercegang.
"Kaki terseliuh pun boleh lari pecut?" Ucap Iman perlahan. Hanya dia yang dengar. Almaklumlah ditinggalkan sendiri di dalam kereta.
"Waalaikumsalam! Anak mummy dah balik?" Sambut Puan Balqis ceria.
Amin telah mendepakan kedua-dua tangannya ke udara. Mata dipejamkan. Sedia menyambut pelukan daripada Puan Balqis.
Sesaat. Dua saat. Tiga saat.
'Aik. Asal lama sangat mummy nak sambut aku ni?' Disebabkan kehairanan dia membuka sebelah mata sedikit.
'Mana ibu ni. Tak ada pun.'
"Kenapa muka Iman pucat ni?" Amin terdengar suara Puan Balqis dari jauh. Jauh? Tadi bukan ada depan aku ke?
Alangkah terkejutnya Amin apabila melihat mummynya berada di kereta dan sedang membelek wajah Iman. Memang muka Iman pucat sikit. Pucat je. Aku, kaki siao berbalut kut. Mana boleh! Mummy aku pun dia nak rampas ke?!
Amin menghampiri Iman dan mummy. Bibir dimuncungkan. Merajuk!
"Mummy..." rengek Amin.
"Ya," Puan Balqis menyahut tetapi tidak memandang Amin.
"Mummy!" Jerit Amin. Kakinya dia hentak gaya anak kecil. Tak sakit pulak kaki dia hentak cenggitu.
"Kenapa manja? Kan kaki manja sakit masuklah dalam. Iman pun masuk dalam. Nanti biar Pak Mal yang angkat semua beg. Risau mummy tengok Iman. Pucat sangat muka Iman ni," kata Puan Balqis tetapi masih tidak menghadap Amin.
Bertapa hancurnya hati Amin tika itu. Hancur, hancur aku. Bila-bila saja hancur hancur aku. Huhuhu.
Amin menhampiri Puan Balqis. Amin berhenti apabila dia betul-betul berada di belakang Puan Balqis.
"Mummy..." Amin merengek lagi.
"Ala, manja boleh jalankan. Tadi elok je berlari ke pintu," akhirnya Puan Balqis menoleh. Saja nak mengusik anak manja ni.
"Mummy pimpin la Amin masuk ke dalam. Kaki Amin tak baik lagi. Tak boleh banyak bergerak. Nanti makin teruk. Beg-beg yang ada dalam boot kereta biar..."
"Ya Allah Iman!"
~~~
"Ermm..."
"Iman dah sedar? Alhamdulillah," Puan Balqis mengucap syukur. Lega hatinya apabila menantunya sudah sedar.
Panik dibuatnya tiba-tiba pengsan. Amin usah dikata. Membatu terus. Mata pulak tak berkelip.
"Iman kat mana?" Tanya Iman. Suaranya agak serak. Sakit tekak sudah mari.
"Dalam bilik Amin. Iman pengsan tadi," kata Puan Balqis.
'Pengsan?! Dah tu siapa yang angkat aku? Tak mungkin Amin. Jalan pun tak betul.' Iman tertanya-tanya. Tapi tak pulak dia bertanya terus kepada Puan Balqis.
"Daddy dengan mummy yang papah Iman sampai bilik. Jangan risau, Iman tak berat. Nak suruh Amin, jalan pun tak betul. Nanti makin teruk pulak kaki dia tu. Tapi dia macam risau betul dengan Iman. Jangan-jangan dia dah jatuh cinta dengan Iman tak?" Senyum Puan Balqis.
"Owh. Maaflah mummy. Tak pasal-pasal mummy dengan daddy kena papah Iman. Amin nak jatuh cinta dengan Iman? Mustahil lah mummy. Dia tu benci betul dengan Iman," kata Iman. Macam tahu-tahu je apa yang ada dalam fikiran Iman.
"Aik. Kalau Allah nak wujudkan perasaan cinta dalam diri Amin tu mana ada mustahil. Kuasa Allah. Kita je yang tak tahu. Mummy selalu doa supaya Amin terbuka hati dengan Iman," Puan Balqis mengusap kepala Iman.
Iman hanya tersenyum nipis. Tak tahu nak kata apa. Betul apa yang mummy cakap. Kalau dah kehendakNya apa-apa boleh jadi.
~~~
Amin ulang-alik di depan pintu biliknya. Nak masuk ke tak?
Encik Amir yang melihat menggeleng. Mana tak geleng bila tengok anak ulang-alik. Dia pun jadi pening.
"Masuk je lah dalam bilik kalau risau. Daddy yang pening tengok kamu," terluah juga isi hati Encik Amir.
"Erm...erm..." Amin menggaru kepala.
"Erm erm. Tergaru-garu kepala pulak. Ada kutu ke? Masuk je la. Orang dalam bukannya nak makan kamu pun," Encik Amir akhirnya masuk ke dalam bilik tidurnya. Makin lama tengok si Amin tu makin pening kepala.
'Masuk je Amin. Macam daddy cakap, diorang bukannya nak makan kau. Bukannya mummy dengan Iman makan manusia. Tapi Iman ni, kalau dia makan aku macam mana? Tapi kan dia sakit. Takkan lah larat nak terkam aku. Tapi Iman ni bukannya boleh tafsir dan ramal tindak-tanduk dia. Tapi...'
Sementara Amin yang masih bertapi-tapi dengan diri sendiri...
"Mummy, bukak pintu tu. Rasanya Amin ada kat luar. Pusing depan pintu," kata Iman kepada Puan Balqis.
"Mana kamu tau Iman? Entah-entah dia kat dapur kut," nafi Puan Balqis.
Iman menjuih bibirnya ke arah pintu. Tapi arah bibirnya di lantai. Puan Balqis pun tengok apa yang Iman tuju. Nampak bayang orang jalan ke hulu ke hilir.
"Hmm. Kejapnya Iman. Mummy tengok manja kejap," pinta Puan Balqis. Iman hanya mengangguk membenarkan.
Puan Balqis memulas tombol pintu. Di buka sedikit pintu. Intai apa yang dibuat oleh manja.
Amin masih dengan dirinya. Bertapi-tapi dari tadi sampai Puan Balqis yang tengok dari celah pintu pun tak perasaan.
Muncul pulak idea dalam fikiran Puan Balqis.
"Manja~~" suara Puan Balqis sengaja dihaluskan apabila Amin membelakangi pintu. Ala macam suara hantu tu.
'Gulp! Siapa pulak panggil aku ni. Jap. Jangan-jangan Iman. Sengaja pura-pura sakit. Sekarang dia nak jadi hantu konon nak takutkan aku. Huh! Aku dah faham permainan kau lah Iman!' Bangga kejap Amin sebab sangka dia dah tahu permainan Iman.
Amin memusingkan badan dengan senyuman bangganya. Tapi...
"Oh mak manja tak bersalah!"
Bersambung...
~~~
Maaf lama tak update. Lepas ni makin jarang update sebab nak sambung belajar dah. Sementara ada masa akan diusahakan update sebanyak boleh. Thank for reading and voting u alls
Sunday, March 19, 2017
Saturday, March 4, 2017
Cerpen : Dari Hati Ke Hati
1. My New Love Story
2. My Loves Story
3. Dari Hati Ke Hati - Aqif
Jam menunjukkan jam 10.30 pagi. Aqif baru sahaja sampai di rumahnya. On call semalam. Tak balik rumah. Lebih 24 jam di hospital.
Akibat penat yang amat, Aqif membuat keputusan untuk tidur. Walaupun badannya melekit dengan peluh dan badannya dah sama bau dengan kambing, tak nak jugak dia pergi mandi. Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang jangan tiru perangai si Aqif ni ye. Hihihi.
"Woi Aqif! Bangun! Dah nak masuk asar ni. Kau dah solat zohor ke belum?" Kejut kawan serumahnya, Faiz.
Aqif menegliat. Jam di tangan dilihatnya. Macam nak terkeluar je biji mata tu tengok jam dah pukul 4 petang. Qadar tidur punya pasal. Cepat Aqif mandi dan solat.
Aqif duduk di sofa selepas makan malam. Disebabkan dia skip breakfast dan lunch dia makan sampai tiga pinggan. Si Faiz geleng kepala je tengok. Mujur beli banyak lauk sebab tahu si Aqif ni kebulur. Nasi je masak sendiri. Kalau dulu ada Haiqal ada la jugak lauk yang dimasak sendiri. Ni dia dah pindah, dah kahwin tak ada la orang nak masak.
Aqif hanya duduk termenung. Entah apa yang difikirkannya. Faiz yang tengok je pun rasa pelik. Kalau dulu tinggal bertiga adalah riuh sikit. Sikit je la sebab dua-dua doktor. Sekali berkumpul boleh la jugak riuh. Tapi kejap je la. Semua muka macam zombi je.
"Wei, termenung je. Tak keluar dating ke?" Tanya Faiz cuba memecah sunyi. Biasa si Aqif ni nampak jugak lah dia sesekali pegang handphone dia.
"Nak dating apa kalau girlfriend pun tak ada," balas Aqif lemah. Satu keluhan dilepaskan.
"Serius lah kau?! Tipu lah orang macam kau ni tak ada awek," Faiz seakan-akan tidak percaya. Haiqal pun dah kahwin. Takkan si Aqif ni tak ada.
Aqif bab awek dia jarang cerita dekat orang. Nanti tak jadi sia-sia je. Dan Faiz pun tak tahu yang ex-awek Aqif ialah isteri Haiqal sekarang.
~Begitu engkau ku banggakan,
Tak mungkin sakitku rasakan,
Namun apa yang aku dapatkan,
Kau kini berpindah halauan.
Tanpa ada alasan,
Aku yang kau salahkan,
Melempar batu sembunyi tangan.
Kau berpindah hati,
Dari hati ke hati,
Sakit di hati,
Tanpa kau fikirkan hati ku ini.
Kau berpindah hati,
Dari hati ke hati,
Sakit di hati,
Tanpa kau hiraukan semua janji~
'Kenapa lah lagu ni pulak yang radio mainkan.' Aqif mendengus.
Ya lah. Terasa Aqif. Seakan-akan lagu ni khas ditujukan kepada dia. Ya. Dia berpindah dari hati ke hati. Dari bunga lain ke bunga lain. Daripada Dahlia kepada bunga yang asing kepadanya. Tapi disebabkan bunga itu menarik minatnya dia meninggalkan bunga dahlia.
'Kenapa lah aku bodoh sangat tinggalkan Dahlia. Kerja dah bagus. Doktor lagi tu. Tapi bodoh lah kau ni Aqif.' Aqif merungus. Tak guna dia nak memarahi diri sendiri atas kebodohan sendiri.
Masih segar di fikiran. Wajah Dahlia yang manis tersenyum buatnya. Senyuman itu hanya buat dirinya. Bukan orang lain.
"Argh!!"
"Woi! Yang tiba-tiba kau jerit asal? Terkejut aku. Pi sambung tidur kau tu," kata Faiz kepada Aqif. Digosok perlahan dadanya. Mujur tak mati terkejut. Tak kahwin lagi wei. Bagi lah aku kahwin dulu.
"Sorry. Aku masuk bilik dulu ek," Aqif terus meluru masuk ke dalam bilik. Fikirannya serabut.
"Kenapa susah sangat aku nak lupakan kau Dahlia. Betul lah kata orang. Kita takkan tahu sayang kita dekat seseorang selagi kita tak kehilangannya. Aku dah hilang kau. Kau dah jadi milik orang lain. Kenapa kau cepat berubah hati? Atau kau nak balas apa yang aku buat dekat kau? Aku nak kita kembali pun kau tolak. Kau memang dah cintakan Haiqal ke Lia?" Perlahan air mata Aqif mengalir di pipi.
Kesibukan di hospital membuatkkan dia jarang meluangkan masa dengan Dahlia. Banyak masa diluangkan di hospital. Sarah, jururawat yang memahami. Aku ingat kalau dia pasangan aku dia akan faham aku. Tapi tak. Pantang nampak bersembang dengan perempuan. Tak kira rakan sejawat atau pesakit pasti cemburu. Mak cik cleaner pun nak cemburu.
Aqif mencapai handphone. Aplikasi Facebook dibuka. Terpampang gambar Dahlia dan Haiqal. Aqif terus melihat gambar itu.
"Senyuman ni yang aku rindu. Nampaknya kau memang dah sepenuhnya cintakan Haiqal. Mungkin dia memang jodoh kau dan bukan aku. Dan mungkin ini cara Allah nak satukan korang berdua. Aku redha. Aku doakan kau bahagia Dahlia."
Jodoh itu ditangan Allah. Kita hanya mampu merancang. Bertahun bercinta tak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan. Buat pasangan bercinta, jangan frust menonggeng. Move on. Doa supaya Allah hadirkan jodoh untuk kita.
-TAMAT-
Sy tak pernah bercinta so kalau ade terkurang sorry la ek. Rase penulisan sy kurang memuaskan maaf sangat². Hope korang enjot ~^O^~
Subscribe to:
Posts (Atom)