"Qairina nak apa sayang?" Tanya Puan Qistina kepada anaknya yang berusia 5 tahun.
Dalam dakapannya
seorang kanak-kanak yang berusia
2 tahun.
Mereka tiga beranak berada di
sebuah kedai runcit. Ingin membeli keperluan dapur yang
tiba- tiba habis.
"Hmm, Qairina nak main
kat taman boleh tak mak?" Tanya Qairina petah.
Puan Qistina memandang taman yang tidak
jauh dari kedai runcit
ini. Memandangkan mereka tidak
berniat untuk berlama dan taman itu
dekat, Puan Qistina
mengizinkan Qairina.
"Pergilah main. Sekejap je. Melintas jalan jangan lupa
tengok kiri kanan," pesan Puan Qistina. Qairina sudah meloncat
gembira sambil bertepuk
tangan. Gembira betul nampaknya Qairina.
Qairina pantas berlari keluar menuju ke taman.
Kebetulan sampai giliran Puan Qistina untuk membayar barangan yang dibeli.
Namun, malang tidak berbau. Puan Qistina terdengar satu bunyi
dentuman yang kuat.
Dong!!
'Apa yang bunyi kuat sangat
tu?' Puan Qistina
melihat keluar. Jantungnya bagaikan berhenti mengepam darah. Pucat lesi wajahnya ketika itu. Di
saat melihat satu badan
terbaring berlumuran darah.
"Qairina!!"
~~~
20 tahun kemudian...
~~~
20 tahun kemudian...
"Qasirah, panggil kakak kejap.
Ajak dia makan,"
pinta Puan Qistina
kepada anak bongsunya, Sharifah
Nurul Qasirah.
“Ish, tak nak
lah mak. Bukannya
dia dengar pun
adik panggil dia,”
Qasirah sudah memuncungkan
bibirnya. Cukup tak
suka bila dirinya
di suruh memanggil kakaknya.
“Adik. Tak baik
cakap macam tu.
Pergi panggil kakak.
Ikut cakap mak.
Jangan banyak bunyi
pulak.” Arah abang
sulungnya, Syed Muhammad
Aslam.
“Ye lah.” Akhirnya
Qasirah akur. Bila
dah nada abangnya
begitu maknanya tak
boleh ingkar dah.
“Ambil kunci kat
tempat kunci. Ada
mak sangkut kat
situ.”
Qasirah membuka pintu
dengan menggunakan kunci
yang disebut oleh
Puan Qistina. Qasirah
melepaskan keluhan melihat
kakaknya, Sharifah Nurul
Qairina masih tidur.
Qasirah menghampiri kakaknya
dan menggoyang perlahan
bahu kakaknya. Dah
lah bilik kakaknya
gelap dan bersepah.
Melihat Qairina yang
sudah mula mengeliat,
Qasirah segera menaip
sesuatu pada telefon
Oppo miliknya dan
menghantar kepada kakaknya
menerusi aplikasi WhatsApp.
Telefon Samsung milik
Qairina berbunyi dan
bergetar menandakan ada
mesej masuk.
Qasirah :
Mak ajak sarapan.
Bangun cepat. Nanti
makanan sejuk.
Qairina dengan malas bangun dan
mencapai tuala. Bilik
air dituju. Qasirah
terus turun ke
meja makan.
“Mana kakak?” soalan
pertama yang keluar
dari mulut Puan
Qistina.
“Mandi.” Jawab Qasirah
sepatah.
Qasirah melihat sekeliling.
Ada yang kurang.
“Ayah mana mak?”
“Hari ni kan
hari Sabtu. Ada
ceramah pagi dekat
masjid.”
“Owh. Mak, adik
nak keluar dengan
kawan boleh? Nak
pergi shopping.”
“Keluar shopping dengan kawan
ke keluar dating dengan
boyfriend?” teka
Aslam.
“Ish, abang ni.
Suka hati orang
lah.” Qasirah menjeling
abangnya.
“Tengok tu mak.
Anak mak ni
dah gatal. Ada boyfriend.” Aslam
mula mengusik adiknya.
“Ish! Mana ada boyfriend. Kawan
je lah.” Qasirah
mengeskan bahawa dia
tidak punya teman
lelaki.
“Sudah! Depan rezeki
tak baik gaduh.
Kalau jodoh awal itu
namanya rezeki. Makan
cepat.”
~~~
Qairina pov.
Aku mengintai suasana
di meja makan.
Abang dengan adik
asyik berborak. Siap
ketawa lagi. Happy je
diorang.
Aku segera turun
bila mata mak
dan aku bertembung.
Aku mengambil tempat
duduk bertentangan dengan
adik aku. Aku
membasuh tangan dan
mencedok nasi lemak
buatan mak. Suasana
di meja makan
mula senyap. Tiada
seorang pun berkata-kata.
Aku melajukan kunyahan.
Dalam sibuk aku
menguyah makanan, aku
merasakan ada seseorang mencuit lengan
kanan aku. Aku
memandang mak yang
mencuit lengan aku.
Mak menulis sesuata
pada papan putih
kecil.
Qairina nak
keluar sekali dengan
Qasirah pergi shopping?
Belum sempat aku
membalas persoalan mak,
mak sudah menoleh
ke arah Qasirah.
Wajah Qasirah sudah
masam. Aku pasti
Qasirah tidak bersetuju
dengan cadangan mak.
“Ish mak ni. Mana
boleh kakak ikut.
Adik keluar dengan
kawan.”
“Adik!” abang pula
seperti mengatakan sesuatu.
Wajah abang agak
tegang.
Aku berhenti makan.
Mujur makanan dalam
pinggan aku sudah
habis. Aku mengeluarkan
telefon Samsung aku dan menghantar
mesej ke group keluarga.
Qairina : Dah kenyang.
Nak keluar.
Mak :
Ye lah. Hati-hati
jalan.
Aku bingkas bangun
bila membaca mesej
daripada mak. Pinggan
kotor aku bawa
ke singki dan
aku basuh berserta
cawan aku. Aku
masuk ke dalam
bilik. Tudung bawal
yang sudah sedia
aku gosok aku
pakai. Aku mencium
tangan mak. Kunci
kereta aku capai.
Aku menghidupkan enjin
kereta Myvi aku.
Laju kereta aku
pandu meninggalkan rumah
teres dua tingkat.
“Kamu lah adik.
Terasa dah kakak
kamu tu.” Marah
Aslam.
“Ish abang ni,
salah kan adik
pulak. Kakak tu
dah lah pekak.
Unsocial pulak
tu.”
“Adik!” jerit Aslam
separuh berbisik. Aslam
membuat isyarat mata
kepada Qasirah supaya
melihat mak yang
sudah berubah riak.
“Abang ni! Dah
lah! Adik keluar
dulu!” Qasirah menghentak
kaki tanda protes.
“Mak jangan terasa
dengan adik tu.
Biasalah dia.” Pujuk Aslam.
“Tak apa. Salah
mak jugak. Mak
cuai.” Puan Qistina
mengesat air mata
yang hamper terjatuh.
Pinggang kotor milik
Qasirah ke singki.
Aslam mengeluh perlahan.
Sedih melihat maknya
sedih.
Kejadian 20 tahun
dulu masih menghantui
mak. Bukan salah
mak Qairina jadi begitu. Kemalangan
itu tak ada
siapa dapat duga.
Namun akibat hentakan
kuat dan kecedaraan
yang teruk pada
bahagian kepala Qairina,
saraf pendengarannya terganggu
dan mengakibatkan Qairina
hilang satu deria.
Deria pendengaran. Sejak
itu Qairina tidak
bercakap dan lebih
banyak menyendiri. Salah
mak ke semua
ni terjadi? Semua
ni kehendak Allah.
~~~
Aku memakir kereta
aku di tempat
letak kereta. Aku
kini berada di Taman
Tasik Titiwangsa. Aku
duduk di bawah
pokok besar. Terlindung
dari cahaya matahari.
Aku keluarkan buku
lukisan aku. Aku
mula melakar pemandangan
pada saat itu.
Mata-mata yang melihat
aku biarkan sahaja.
Sejak aku hilang
deria pendengaran aku,
aku mula menyendiri.
Aku selalu berkurung
di dalam bilik
dan menangis. Sekolah
tadika langsung aku
tak pergi. Bila
aku umur tujuh
tahun, ayah aku
hantar aku ke
sekolah untuk budak
macam aku. Aku
rasa janggal sangat.
Tapi kat situ
aku jumpa dengan
ustazah yang banyak
tolong aku. Selalu
bagi nasihat dan
kata-kata semangat. Ustazah
jugak lah yang
sabra mengajar aku
mengaji yang dah
lama aku tinggal.
Lama-lama aku jadi
suka ke sekolah.
Tapi tak jugak
aku bercakap. Aku
hanya mengangguk dan menggeleng. Hanya
waktu mengaji je. Bila
dah mahir aku
senyap balik. Baca
dalam hati.
Selain daripada belajar
membaca dan mengira,
kami belajar juga
melukis, menjahit dan
memasak. Dan macam-macam
lagi kemahiran yang
kami belajar. Dan
sampai sekarang aku
melukis dan menjahit.
Cuma memasak tu
dah lama aku
tinggal.
Sedar tak sedar,
jam dah dekat
pukul satu tengah
hari. Aku mengemas
barang aku. Destinasi
aku seterusnya ke
kedai kek. Aku
suka pavlova. Aku suka jugak
kek red velvet, cheese
cake. Aku biasa
bungkus. Kemudian aku
ke kafe. Kafe
ni cuma menghidangkan
minuman dan ais
krim. Jadi makanan
dari luar boleh
di bawa masuk.
Kopi dekat sini
sedap. Aku suka
kafe ni sebab
kafe ni tak
ramai orang. Lagi-lagi
waktu tengah hari.
Kafe ni pun
banyak buku-buku. Boleh
aku baca sambil
menikmati kek aku.
Aku memilih satu
sudut yang agak
tersorok. Tempat yang
aku selalu duduk.
Baru sahaja aku
melabuhkan punggung aku
minuman aku sudah
sampai. Espresso. Pelayan itu
hanya tersenyum melihat
aku. Memang pelayan
itu yang selalu
menghidangkan kopi buat
aku. Dan ini
lah rutin bila
aku ke sini
sejak 5 tahun
dulu. Tak perlu
aku pesan, minuman
aku dah sampai.
Aku bangun dan
memilih satu novel.
Novel ni aku
tak pernah baca
lagi. Selain novel
aku baca komik
jugak. Lagi-lagi komik
jepun aka manga.
Aku suka baca
daripada tengok anime
atau drama. Bukannya
aku boleh dengar
apa orang tu
cakap. Baik aku
baca.
Aku duduk dan
membuka pavlova kegemaran aku.
Garfu yang pelayan
beri bersama dengan
kopi, aku guna.
Memang tiap kali
aku datang ke
sini memang aku
bawak sekali kek.
Macam-macam jenis kek
aku pernah bawa.
Bila bacaan aku sudah sampai
ke muka surat
100, aku meletakkan
kembali novel tu
di tempat asal.
Aku melihat jam.
Sudah hampir pukul
3. Aku menghabiskan
kopi aku yang
tinggal bersisa. Aku
menuju ke surau.
Ni satu lagi
yang aku suka.
Kafe ni ada
sediakan surau yang
cukup selesa.
Aku menunaikan solat
zohor. Usai solat,
aku tak terus
pulang. Aku duduk
kembali di tempat
aku. Tapi waktu
ni kafe sudah
mula ramai. Tapi
bukannya aku boleh
dengar bunyi bising.
Aku mengeluarkan buku
skrap. Buku ni
hampir sama dengan
buku lukisan aku
cuma saiz buku
ni A4.
Buku ni banyak
aku reka fesyen
baju muslimah. Tak
ketinggalan baju untuk
lelaki. Aku siap
warna lagi. Tapi
tak semua aku buat. Aku
lebih kepada kraf
tangan dan aku
jual online. Macam sapu
tangan ada motif
bunga atau kartun,
kait brooch, jahit totebag dan
macam-macam lagi. Hanya
sesekali je aku
reka baju. Bila
ada idea. Biasa
aku sambung lukis
kat buku lukisan
aku. Buku lukisan
aku tu dah
ada hampir 100
buah. Tebal-tebal pulak
tu. Mak ayah
aku pun tak
kesah. Diorang pun
suka bila aku ada
hobi macam ni
walaupun aku tak
pernah tunjuk lukisan-lukisan aku.
Aku rasa je
lah yang diorang
tak kesah. Hampir
tiap bulan jugak
aku beli buku
lukisan.
Konsitrasi aku terganggu
bila sekuntum bunga
ros putih berserta gula-gula
Chupa Chups
perisa coklat dan sticky
note elok terletak
di atas meja
aku. Aku melihat
sekeliling. Sekali lagi.
Aku tak dapat
melihat wajah empunya
diri.
Aku mula dapat
bunga sejak tiga
tahun dulu. Setiap
hari Sabtu bila
aku ke kafe
ni, mesti aku
akan dapat bunga.
Pada waktu yang
sama. Bunga yang
sama. Gula-gula yang
sama cuma berlainan
perisa. Dan hanya sekuntum ros
putih. Sticky note sentiasa
ada bersama.
Hari ni awak
lukis apa?
Mula-mula aku terima,
aku takut-takut jugak.
Aku mesti tinggalkan
bunga tu. Biar
pekerja kat kafe
ni uruskan. Lepas
dua bulan, masih
aku terima bunga.
Tapi ayat pada sticky
note tu buat
aku mula terima
dan makan gula-gula
tu. Dan aku
mula kumpul sticky note
tu.
Bunga ros
putih bermaksud cinta
yang suci.
Satu kuntum bunga maksudnya
cinta pandang pertama.
Satu kuntum bunga maksudnya
cinta pandang pertama.
Aku mula mengemas
barang. Sebelum pukul
6 aku kena
sampai di rumah.
Ini lah rutin
aku pada hari
Sabtu. Hari Ahad
aku banyak duduk
di rumah.
~~~
Hari Jumaat. Seperti
biasa aku akan
ke sekolah untuk
pelajar istimewa macam
aku. Sekolah aku
dulu. Ustazah yang
ajar aku sekarang
jadi guru besar
kat sekolah tu.
Hari-hari biasa aku
aku tolong mak
aku kat butik.
Aku jadi tukang
jahit. Kalau-kalau ada
yang nak singkatkan
kain, lengan ke
apa ke aku
yang buat. Dan
jahit manik kat
baju dan tudung.
Mak yang ajak
aku ke butik
lepas aku habis
tingkatan enam. Kemudian
aku tak sambung
belajar. Aku tak
sambung bidang kemahiran
sebab masa aku
sekolah aku dah
belajar.
Bila dah mula
aku terus kerja
dekat situ. Mak
bagi jugak gaji
bulan-bulan walaupun tak
banyak. Tapi aku
kan berniaga online jadi
ada jugak pendapatan
ekstra.
Aku pakir kereta
di tempat letak
kereta pelawat. Aku
tulis nama aku
dekat pejabat.
“Assalamualaikum Qairina,” aku
merasakan seseorang mencuit
aku. Wanita di
hadapan aku membuat
bahasa isyarat tangan
dengan pergerakan mulut.
Aku dapat tau
yang wanita ini
memberi salam.
Aku menoleh dan
tunduk hormat. Salam
ustazah aku jawab
dalam hati. Seyuman
nipis aku lekat
pada wajah. Sekadar
nak senangkan hati
ustazah. Ustazah selalu
risau pasal aku.
Aku dah besar
jadi aku tak
nak ustazah risau lagi.
Ustazah hanya tersenyum.mungkin dapat
mengetahui bahawa ini
bukan senyuman ikhlas
aku. Bukan senyuman
yang lahir dari
hati. Tapi hanya
senyuman paksaan. Senyuman
ini juga aku
berikan kepada keluarga
aku.
“Jom ikut bonda
ke kelas,” ajak
ustazah. Masih dengan
isyarat tangan dan
pergerakan mulut. Memang
ustazh gelarkan dirinya
bonda. Semua cikgu
dan pelajar kat
sini panggil ustazah
bonda. Cuma aku
je yang masih
gelarkan ustazah ustazah.
Aku lebih selesa
dengan panggilan tu.
Aku membuntuti ustazah.
Sekolah ni kecil
je. Tapi bersebelahan
dengan sekolah kebangsaan.
Padang kongsi. Satu
kelas maksimum lima orang.
Supaya mudah cikgu
yang mengajar kawal
dan focus kepada
pelajar.
Kami masuk ke
satu kelas. Guru
yang mengajar cikgu
lelaki. Jarang ada
cikgu lelaki. Semua
pelajar memberi salam
apabila ustazah masuk
ke dalam kelas.
Begitu juga dengan cikgu
tu. Aku masuk
kemudian. Bila ustazah
melambai ke arah
aku baru aku
masuk. Aku tak
pandang langsung cikgu
lelaki tu.
Masuk je aku
semua budak berlari
ke arah aku.
Ada yang menunjukkan
gambar yang mereka
lukis. Aku selalu
datang sini jadi
diorang kenal aku.
Biasa aku datang
aku bagi lukisan
baru. Tapi susah
sikit nak berkomunikasi
sebab kami masing-masing tak
dengar. Ni kelas
khas bagi pelajar
yang tak dapat
mendengar.
Aku cemburu tengok
pelajar-pelajar dekat sini.
Tersenyum gembira. Aku
pula masih berdiam
diri. Aku luangkan
masa dengan bermain
dengan mereka. Ajar
mereka. Kadang-kadang aku
ajar diorang menjahit.
Budak-budak pun suka.
“Jangan asyik tengok
anak dara orang.
Tak baik. Kalau
berkenan biar bonda
pinangkan,” kata bonda
pada cikgu lelaki
itu.
“Ish bonda ni.
Ke situ pula.
Biarlah Kimi yang
usahakan. Qairina pun
tak pandang pun
muka Kimi,” jawab
Cikgu Hakimi malu.
Bondanya memang sentiasa
mengusik dirinya.
“Bonda serius. Bonda
pun suka dekat
Qairina tu. Lagi
cepat bonda pinang
lagi cepat bonda
dapat menantu. Tunggu
usaha kamu tu
dah tiga tahun
bonda dengar. Umur
kamu dah 27
tahun. Jangan tunggu
lama sangat. Nanti
tak dapat kamu
yang menangis.” Pesan
Bonda Hafizah. Anak
lelaki sulungnya yang
sorang ni memanglah.
Hakimi hanya mengangguk
faham. Tiga tahun
dia usaha mendekati
Qairina dari jauh
dan tersembunyi. Dia
pun kalau boleh
tak nak lama-lama.
Benda baik buat
apa nak tangguhkan
bukan?
Hakimi terus memerhati
Qairina dari jauh.
Gadis yang telah
mencuri hatinya. Cinta
pandang pertama.
~~~
Aku memeluk ustazah
sebelum aku ke
kereta aku. Nak
ke pejabat pos.
Nak pos barang
orang tempah. Alhamdulillah. Banyak
tempahan dia terima.
Sampai sahaja aku
kereta, aku menoleh
ke belakang. Rasa
macam ada orang
pandang. Tapi tak
ada sesiapa pun.
Firasat aku je
kut. Aku masuk
dalam kereta.
“Fuh! Mujur dia
tak perasan aku.
Sensetif jugak Qairina
ni.” Hakimi mengelap
peluh di dahinya.
Hakimi keluar dari
tempat persembunyiannya. Di
sebalik kereta. Kereta
tu kebetulan bersebelahan
dengan kereta Qairina
parker tadi. Kebetulan
pulak itu kereta
dia. Hakimi lah
yang memerhati Qairina.
Hakimi masuk ke
dalam kereta. Waktu
persekolahan dah habis.
Lagi pun hari
Jumaat. Kena siap
untuk pergi menunaikan
kewajibannya sebagai kaum
Adam.
~~~
Hari Sabtu. Macam
yang diceritakan. Itu
lah rutin harian
aku. Tapi anehnya,
tempat aku selalu
duduk dekat Taman Tasik Titiwangsa
ada tiga kuntum
bunga ros putih,
gula-gula Chupa Chups perisa
strawberi krim dan sticky
note.
Aku melihat-lihat sekeliling.
Tak ada orang.
Aku ambil bunga
tu dan aku
baca.
Mesti awak
tertanya-tanya siapa saya.
Saya peminat no. 1 awak.
Jumpa di kafe nanti.
I Love You.
p/s : 3 kuntum bunga maksudnya
I Love You
Saya peminat no. 1 awak.
Jumpa di kafe nanti.
I Love You.
p/s : 3 kuntum bunga maksudnya
I Love You
Meremang bulu roma
aku. Peminat? Aku
buat apa sampai
aku ada peminat?
Jumpa di kafe.
Maksudnya yang bagi
aku bunga ni
orang yang sama
yang bagi aku
bunga dekat kafe.
Aku buka balutan
gula-gula tu dan
aku makan.
Aku tak boleh
nak fokus pada
lukisan aku. Aku
asyik terfikir tentang
insan yang bakal
aku jumpa nanti.
I
love you? Lelaki
atau perempuan? Tapi
aku yakin lelaki
yang bagi. Tapi
jujur, tulisan dia
cantik sangat. Aku
suka. Tapi dapat
ke terima aku
lepas dia tahu
aku tak boleh
dengar? Boleh ke dia terus
cintakan aku?
Tanpa aku sedar
air mata aku
mengalir. Sudah lama
aku tak mengalirkan
air mata. Perasaan
takut dibenci oleh
orang sekeliling masih
menghantui aku. Setelah
sekian lama aku
menangis tersedu-sedu.
~~~
Aku sekarang betul-betul
berada di depan
kafe. Tapi aku
teragak-agak untuk masuk.
Mampu ke aku
nak bertemu dengan
orang yang aku
tak kenal? Tapi
aku dah sampai
sini. Aku kena
berterus terang dekat
dia. Aku tak
nak bagi dia
harapan. Ya. Aku
kena jujur dengan
dia.
Aku masuk ke
dalam kafe. Aku
melihat-lihat sekeliling kalau-kalau
ada seseorang. Seseorang
yang aku bakal
jumpa. Tapi hampa.
Tak ada sesiapa
kecuali pelayan yang
selalu hidangkan minuman
aku.
Aku duduk di
tempat biasa aku.
Seperti biasa minuman
aku sampai. Dan
sekali lagi aku
dapat 20 kuntum
bunga ros putih
bersama gula-gula Chupa Chups
perisa vanilla. Belum
sempat aku tahan
pelayan tadi, pelayan
tu dah hilang.
Aku melihat bunga
ros putih itu. Sticky
note aku baca.
Kali ni agak
panjang.
Assalamualaikum buat
Hawaku,
maaf jika perbuatan saya hari ni buat awak tak senang hati.
Tapi saya harap sangat awak tak tolak cinta saya.
Kalau awak takut saya yang akan tinggalkan awak sebab kekurangan atau kelemahan awak, saya harap awak lupakan,
sebab tak pernah sedetik pun dalam fikiran saya untuk berhenti mencintai awak. Saya tahu awak hilang deria pendengaran.
p/s : 20 kuntum maksudnya saya jujur pada awak.
maaf jika perbuatan saya hari ni buat awak tak senang hati.
Tapi saya harap sangat awak tak tolak cinta saya.
Kalau awak takut saya yang akan tinggalkan awak sebab kekurangan atau kelemahan awak, saya harap awak lupakan,
sebab tak pernah sedetik pun dalam fikiran saya untuk berhenti mencintai awak. Saya tahu awak hilang deria pendengaran.
p/s : 20 kuntum maksudnya saya jujur pada awak.
Hakimi.
Dia tahu aku
tak boleh dengar?
Tapi macam mana?
Dan siapa Hakimi?
Selain keluarga, cikgu-cikgu,
jiran dan rakan
sekerja je yang
tahu. Macam mana
ada orang luar
tahu? Aku semakin
tak senang duduk.
Tiba-tiba ada orang
duduk di depan
aku. Aku bukan
terkejut tengok rupanya
yang kacak atau
hodoh sebab aku memang tak
tahu. Dia pakai
topeng?!
Kalau topeng muka
macam Encik Mimpi
tak apa juga
ni, beg kertas
yang warna coklat
tu. Ada gambar
emoji macam dalam
Whatsapp yang air
liur meleleh tu.
Aku sedaya upaya
tahan ketawa tapi…
“Hahaha!” terhambur juga
tawaku. Seketika kemudian
tawa aku reda.
Aku tengok lelaki
di hadapan aku
menanggalkan topengnya. Dan
sekali lagi aku
terkejut. Di sebalik
topeng, dia memakai
kaca mata hitam
dan topeng muka
yang orang pakai
bila selesema atau
batuk. Sempat juga
dia lap peluk
di dahi sebelum
memakai topi. Pasti
panas.
Macam aku kenal je
topi tu. Kemudian
dia tulis sesuatu.
Itu kali
pertama saya dengar
awak ketawa.
Terkejut saya. Pekerja dekat sini pun pandang sini.
Pelik tengok awak ketawa sampai tekan perut.
Sejak awak datang ke sini tak pernah pun awak bersuara mahupun ketawa.
Terkejut saya. Pekerja dekat sini pun pandang sini.
Pelik tengok awak ketawa sampai tekan perut.
Sejak awak datang ke sini tak pernah pun awak bersuara mahupun ketawa.
Aku semakin pelik
apabila lelaki di
hadapan aku tahu
begitu banyak pasal aku.
Siapa lelaki ni?
Tapi sah lah
lelaki ini yang
memberi aku bunga.
Kemudian dia tulis
lagi.
Mesti awak
pelikkan bila saya
tahu banyak perkara
pasal awak. Tiga
tahun saya perhatikan
awak,
tipulah kalau saya tak tahu sikit pun pasal awak.
tipulah kalau saya tak tahu sikit pun pasal awak.
Dia boleh baca
fikiran aku ke?
Dan dia tulis
lagi.
Kalau awak
nak tahu saya
ada kuasa psiki.
Saya boleh baca
fikiran orang. Hahaha.
Itu saya tipu.
Saya teka dan agak je dari air muka awak.
Saya teka dan agak je dari air muka awak.
Aku hanya mengangguk
bila aku baca.
Aku tak tahu
macam mana nak respond.
Aku ada banyak
soalan nak tanya
dia. Tapi aku
tak tahu nak
tanya macam mana.
Aku tengok dia
keluarkan satu kertas
A4. Tadi cuma
separuh saiz dari
kertas A4.
Nama saya
Muhammad Hakimi bin
Muhammad Ibrahim. Umur
27 tahun. Bekerja
sebagai seorang guru.
Warna kegemaran warna
putih. Makanan kegemaran
semua yang bonda
saya masak dan
bakal isteri saya
masak iaitu awak.
Hihihi. Aminn. Kalau
kita berjodoh. Minuman
kegemaran saya suka
yang manis-manis. Kiranya
semualah yang halal.
Lupa tarikh lahir.
29 Februari. Huhuhu.
Empat tahun sekali
je saya sambut
hari jadi. Saya
sebenarnya ada penyakit.
Penyakit dia pelik
sikit. Penyakit angau.
Ni semua sebab
Sharifah Nurul Qairina
binti Syed Azman
dan curi hati
saya. Dia dah
curi saya tiga
tahun dah. Sampai
sekarang dia tak
bagi balik. Mula-mula
jumpa dekat kafe.
Sebelum saya bekerja
sebagai guru saya
kerja sementara dekat
kafe. Kafe ni
sepupu saya punya.
Saya nak ambil
pesanan dia tapi
sepupu saya suruh
saya hidangkan espresso
terus dekat dia.
Saya ingat dia
sombong. Memang saya
mengutuk dia macam-macam.
Maafkan saya ya?
Kali kedua saya
jumpa dia dekat
sekolah tempat bonda
dan saya mengajar.
Dari situ lah
saya tahu dia
sebenarnya hilang deria
pendengaran. Tapi dia
tak bisu. Cuma
dia lebih memilih
untuk diam. Dan
dia anak murid
bonda yang bonda
selalu cerita dekat
saya masa saya
kecil. Bonda siap tunjuk lagi
gambar dia. Comel
sangat dia masa
kecil dulu. Tapi
yang membuatkan saya bertambah
jatuh hati bila
saya tengok lukisan
dia. Tiap-tiap hari
jumaat dia akan
datang dan bagi
lukisan yang dia
lukis. Macam-macam dia lukis.
Tapi yang paling
saya suka gambar
pelangi. Kenapa pelangi?
Sebab dari lukisan
tu saya tahu
dia gembira bila
dia lukis gambar
pelangi. Sejak dari
itu saya tak
boleh lupakan dia.
Saya buat solat
istiqarah. Kut-kut dia
jodoh saya. Hihihi.
Dan saya yakin
bahawa dia jodoh
saya. Tapi saya
tak berani nak
tegur dia. Sampai
lah saya dah
ada kerja tetap,
saya akan kerja
dekat kafe tanpa
bayaran semata-mata nak
hidangkan kopi kegemaran
dia dan bunga
ros putih. Masa
berlalu dengan pantas.
Tup-tup dah tiga
tahun saya bagi
dia bunga. Bonda
pun dah tahu
saya suka dekat
dia. Bonda siap
offer nak pinang
dia dah. Tapi
saying nak usaha
sendiri dulu. Saya
nak dia kenal
saya. Saya nak
dia terima saya.
Saya nak jadi
bahu untuk dia
bersandar. Tempat untuk
dia berlindung. Telinga
untuk mendengar masalah
dia. Dan gula untuk
espresso dia. Jujur
saya cakap, saya
cintakan dia sangat-sangat. Dan
saya nak dia
jadi yang halal
buat saya. Saya
tak kesah dan
tak ambil peduli
tentang kekurangan dia.
Saya terima dia
seadanya. Saya nak
dia simpan hati
saya. Jangan pulang-pulang
sebab saya dah
bagi hati saya dekat
dia. Jadi, sudi
tak awak jadi
pelengkap tulang rusuk
saya?
Tidak semena-mena air
mata aku mengalir
buat kali kedua
hari ni. Sungguh
aku terharu membaca
luahan hati dia.
Sungguh aku tak
sangka akan ada
insan yang akan
mencintai aku. Aku
ingat bila aku
pekak aku tak
akan bertemu dengan
jodoh aku. Jadi
aku tanam angan-angan
untuk berkahwin. Dan
tak pernah terlintas
pun dalam fikiran
aku.
Hakimi menanggalkan topi,
cermin mata hitam
dan topeng muka.
Peluh yang mengalir
dia lap dengan
tisu. Dan dia
senyum pada aku.
Sungguh aku terpesona
dengan ciptaan Allah
yang indah ini.
Hakimi menghulurkan tisu
baru kepada aku.
Aku teragak-agak nak
terima. Tapi akhirnya
aku ambil juga.
Muka aku dah
lenjun.
Setelah suasana kembali
tenang. Aku melihat
wajah Hakimi. Hanya
sesaat kemudian aku
tundukkan kepala. Terasa
panas pipi aku.
Satu kertas kecil
muncul dalam pandangan
aku.
Jawapan awak?
Aku perlahan-lahan angguk.
~~~
Seminggu kemudian…
Rumah aku dikunjungi
oleh Hakimi sekeluarga.
Aku sendiri terkejut
dengan kehadiran mereka.
Terutama ustazah. Aku
hanya duduk di
dalam bilik. Tapi
hati aku tak
tenang.
Telefon aku bergetar.
Ada mesej baru.
Mak :
Qairina, mari turun.
Kita berborak sama-sama.
Aku tarik nafas
dalam-dalam. Mengharap debaran
ni akan hilang.
Tapi tak mahu
hilang! Aku turun
juga ke bawah.
Mak tarik aku
duduk di sebelahnya.
Aku hanya tunduk
melihat lantai. Tak
berani nak angkat
muka. Aku genggam
tangan mak.
“Ustazah sekeluarga tak
kesah ke bermenantukan
anak saya? Maklumlah
anak saya ni…
ustazah sendiri tahu.
Terutama Hakimi. Betul
ke kamu nak
ambil anak pak
cik sebagai isteri
kamu?” tanya Encik
Syed Azman.
“Saya dan suami
tak kesah. Lagi
pun saya memang
berkenan sangat dengan
Qairina ni. Kalau
nak diikutkan dari
dulu saya pinang
Qairina. Tapi anak
bertuah saya ni
lah. Suruh tunggu
dulu. Ini pun
saya yang berkeras
nak datang jugak.”
“Saya ikhlas nak
ambil anak pak
cik sebagai isteri.”
Jujur Hakimi.
Encik Syed Azman
dan Puan Qistina
saling berpandangan.
Aku merasakan gengaman
tangan mak semakin
erat. Aku memandang
wajah mak. Wajah
yang lama aku
tak tatap sedekat
ini. Tanpa diundang
air mata aku
mengalir.
“Qairina minta maaf.
Qairina minta maaf
dekat mak dengan
ayah. Qairina banyak
dosa. Qairina anak
derhaka. Qairina tak
pernah senyum dekat
mak dengan ayah.
Qairina terlalu ikutkan
perasaan. Qairina, qairina…”
kata-kata aku terhenti
apabila mak memeluk aku.
Aku dapat rasakan
mak juga menangis.
Semakin deras air mata
aku mengalir. Aku
membenamkan wajah pada
leher mak. Dan
aku menangis sepuas-puasnya.
~~~
Ustazah menyarungkan cincin
emas di jari
manis kanan aku.
Aku menyalami ustazah
dan kami berpelukan.
Kemudian aku tutup
muka. Malu! Tambah
pulak aku yang
tiba-tiba menangis tadi.
Aku mengintai Hakimi
dari celah jari.
Hakimi perasan Qairina
yang sedang mengintai
dirinya. Kemudian dia
memberikan senyuman.
Wajah aku membahang
apabila melihat senyuman
Hakimi. Sungguh senyuman
dia amat menawan.
Aku melihat cincin
di jari manis
aku. Dalam tempoh
dua bulan aku
akan bergelar isteri kepada
Hakimi. Sungguh Allah
itu Maha Adil.
DIA tarik satu
nikmat dari aku
dan DIA gantikan
dengan kebahagiaan. Terima
kasih Allah.
-TAMAT-