“Kakak, kamu
kan dah habis
belajar. Lepas ni
kamu nak buat
apa?” tanya mama
Amira, Puan Azilah.
Aku fikir
sejenak. Aku baru
seminggu balik ke
rumah lepas tamat
pengajian aku di
maktab perguruan. Alhamdulillah
aku lulus dengan
jayanya. Nak kata
cemerlang, keputusan aku
biasa-biasa je. Cikgu
apa? Cikgu Sains.
Itu major aku. minor cikgu
Matematik. Tamat je
pengajian aku terus
daftar untuk kerja.
Harap dapat dekat
dengan rumah mama.
Boleh duduk rumah
mama je. Hihihi.
“Kakak nak
cari kerja cikgu
ganti. Kalau ada
lah. Tak pun
kerja kat tempat
tuisen ke, pengasuh
ke, tadika ke.
Tapi kerja suri
rumah pun macam
seronok jugak.” Aku angkat
kening dekat mama. Mama jeling
aku. Aku terus
ketawa besar. Saja sakat
mama. Mama pun
cikgu juga. Cikgu
Bahasa Melayu. Tapi
dah bersara.
“Kalau kakak
nak, nanti mama
tanya-tanyakan kalau ada
kerja cikgu ganti.
Tapi sementara itu,
kakak ajar anak
kawan-kawan mama subjek
sains dengan matematik.
Diorang minta tolong
ajar anak diorang.
Yuran ikut suka
kamu nak tetap
berapa. Tapi jangan
tinggi sangat. Niat
kita yang pertama
nak mendidik dan
memberi ilmu. Jangan
nak kira duit
je.”
Aku berfikir.
Seronok jugak. Tak
perlu keluar duit
minyak. Biar diorang
yang datang sini.
Tapi dengan ‘kawan-kawan’, berapa
ramai yang aku kena
ajar ni?
“Berapa orang
ma?”
“Tiga ke
lima orang je.
Kawan mama tiga
orang je. Lepas
tu anak-anak diorang
bawak kawan diorang
sorang. Anak Cik
Nani pun ada
sekali.” Terang mama.
“Hmm, okay
lah kalau macam
tu. Tak ramai
sangat. Boleh fokus
dekat diorang sikit.
Nak mula bila?”
kena tahu juga
bila. Boleh prepare sikit.
“Minggu depan?”
“Cun!”
***
Sudah sebulan
aku mengajar anak-anak
kawan mama. Boleh
tahan penat jugak.
Seminggu dua hari
je. Hari Ahad
dan Jumaat. Dari
jam 8.30 malam
hingga jam 10.00
malam. Cukuplah satu
jam setengah. Rehat
10 minit. Sehari
satu subjek. Yuran
aku buat bila
budak-budak ni datang
kelas je. Tak
mahal. RM5.00 sehari.
Aku ada lima
orang pelajar. Sehari
aku boleh dapat
RM25.00. Dua hari
dah RM50.00. Sebulan
ada empat minggu.
Jadi aku boleh
dapat RM200.00 sebulan.
Masyuk lah juga.
Duit minyak tak
ada. Cuma keluar
duit untuk beli
buku latihan, beli
papan putih dan marker.
Baki aku guna.
Muahahaha.
Aku capai
telefon bimbit aku.
Tiada mesej baru.
Sejak aku study week
hari tu, satu
mesej aku tak
dapat dari Yunus.
Kiranya dah dekat
dua bulan dia
tak mesej aku. biasa kalau
dia lapang dan
hari Sabtu dia
mesej aku. Yang
aku peliknya, aku
mesej pun dia
tak balas. Tak bluetick
pun! Mana mamat
ni pergi. Aku
cari lain baru
padan muka dia.
Okay, aku gurau
je. Mana aku
nak jumpa orang
macam Yunus tu. Crush
dari zaman sekolah
pulak tu. Huhuhu.
“Bah!!”
“Oh mak
aku rindu rindu…
fuhhh.” Aku urut
dada. Aku jeling
penjenayah yang telah
membuat aku melatah.
Tak lain tak
bukan, satu-satunya adik
perempuan aku. Anisa!
“Oh, kakak
rindu someone eh. Mesti
buah hati kakak.
Kena bagi tahu
mama ni. Mamaaa!”
jerit Anisa sambil
berlari ke ibu
mereka.
Puan Azilah
geleng kepala dengan
telatah anak daranya.
Kemudian, dia tersenyum.
Kalau anak daranya
dua orang tu
ada, memang riuh.
Kalau bukan kakak
yang sakat adik,
adik yang sakat
kakak. Kalau bukan
sakat menyakat, bergaduh.
Itulah kerja dua
orang anak daranya
kalau di rumah.
“Hah, kenapa?
Dari bawah mama
dengar suara kamu
berdua dia atas.”
Puan Azilah bertanya
kepada Anisa yang
tercungap-cungap.
“Ma, ma,
kakak kan, dia
kan, ada bu…hmmph!”
belum sepat Anisa
menghabiskan katanya, Amira
menekup mulut Anisa.
Bertambah pelik Puan
Azilah. Habis berkerut
dahinya.
“Mama jangan
percaya cakap adik
ni. Dia ni
memang suka fikir
benda itu je.”
Kata aku sambil
cuba seret adik
aku masuk ke
bilik atas. Tapi
adik aku ni
pengotor yang amat.
Dia…
‘Slurp’
“Ma!!! Geli!
Eeiii, pengotor! Ma! Adik jilat
tangan Mira!” Dia
jilat tangan aku!!
Terloncat aku sebab
geli. Tangan aku
kibas dengan gelinya.
Terus aku ke
bilik air untuk
basuh tangan. Entah
berapa kali aku
picit sabun detol
supaya kuman-kuman di
tangan aku terhapus.
Pengotornya adik aku
ni. Siapa ajar
dia ni?
Dapat aku
dengan suara Anisa
yang ketawa kemenangan.
Bila hilang suara
ketawanya, aku agak
dia tengah cerita
dekat mama pasal
buah hati. Mampus
aku! aku mana
pernah cerita dekat
keluarga aku soal
hati dan perasaan.
Aku cerita dekat
kawan aku yang
satu tu je.
Aku cuba tenangkan
diri. Aku tilik
wajah aku. aku
pastikan wajah aku
tak merah. Amira
hati kering. Aku
ulang berkali-kali sebelum
aku keluar menghampiri
mama dan Anisa.
Tapi bila sampai
je, papa pun
ada sekali! Aku
redha je dah
ni. Kantoi pun
kantoi lah.
Aku duduk
sebelah papa, Encik
Harith. Aku memang
manja lagi dengan
papa. Sebab jarak
aku dengan abang
aku lima tahun.
Aku ada dua
orang abang. Aku
anak ke-3. Adik
aku pula muda
dua tahun. Masih
belajar dalam bidang
IT. Dia memang
minat dengan komputer.
Sekepala dengan abang
sulung aku. yang
sulung tua tujuh
tahun dari aku.
Dah kahwin you all!
“Betul ke
kakak dah ada
buah hati?” tanya
papa. Riak wajah
papa agak muram.
Aku diam.
Aku fikir balik.
Nak jujur ke
tak? Malulah nak
bagi tahu. Dah
lah mama papa
kenal keluarga Yunus
tu. Selalu solat
Jemaah di masjid
sama. Hmm. Otak
oh otak. Sila brain.
“Kakak, papa
tanya ni. Betul
ke kakak ada
buah hati?” soalan
papa buat aku
kembali sedar. Secara
automatik aku mengangguk.
“Kan adik
dah cakap.” Bangga
Anisa kerana tekaannya
tepat.
“Siapa?” serentak
Puan Azilah dan
Encik Harith bertanya.
“Papa lah
buah hati kakak.”
Kata aku sambil
peluk lengan papa.
Papa apa lagi.
Tersenyum lebar dia.
“Papa je
ke?” tanya Puan
Azilah.
“Mama pun
buah hati kakak.
Muah!” aku bagi flying
kiss kepada mama.
Pujuk mama. Mama
sambut dan lekapkan
pada dadanya. Aku
pun tepuk tangan
dan menjerit ‘wuuuu!’.
“Kakak berdalih.
Kakak saja tak
nak bagi tahu.
Adik perasan kakak
dari tahun lepas
selalu pegang telefon.
Mesej sambil senyum-senyum. Sekarang
selalu pegang telefon.
Check telefon.
Tunggu buah hati
mesej lah tu.”
Anisa tidak percaya
kerana perubahan kakaknya
sangat ketara. Dia
nak curi tengok
telefon, ada kata
laluan lah pulak.
Macam-macam dia cuba.
Tarikh lahir kakaknya
dan keluarganya, nombor
kad pengenalan, nombor
telefon, nombor rumah
dan nombor plat
kereta. Tapi hampa.
Semuanya salah!
Aku memang
tak dapat nafi
sebab apa yang
Anisa kata tu
betul. Dia sendiri
sedar. Dan dia
sedar adiknya kalau
ada peluang dia
akan cuba kata
laluan telefonya. Jadi
dia ambil langkah
awal dengan ubah
kata laluan. Kata
laluan tu semua
orang tak tahu.
Dia dengan Lisa
je tahu. Tarikh
lahir Yunus! Hahaha.
Sampai sudah dia
tak dapat buka.
Lagi pun aku
jujur apa. Mama
papa buah hati
dari dulu kini
dan selamanya.
“Sudah lah
tu. Pergi masuk
bilik. Macam-macam kamu
berdua ni.” Kata
Puan Azilah sambil
geleng kepala. Anisa
muncung tidak puas
hati. Tapi kakinya
tetap melangkah ke
bilik mereka berdua.
Amira dan Anisa
sebilik. Sebab itu
Anisa tahu perubahan
kakaknya dan Amira
tahu perbuatan Anisa.
Encik Harith
juga berlalu ke
biliknya. Mahu membaca
buku ilmiah sebelum
tidur. Tinggal Puan
Azilah dan Amira
sahaja.
“Yunus kan
buah hati kakak?”
“Uhuk! Uhuk!”
terus aku tersedak
air liur. Elok
pula nama Yunus
keluar dari mulut
mamanya bila dia
nak telan air
liur. Selepas batuk
aku reda, aku
pandang mama.
“Tak payah
tipu lah. Mama
tahu lama dah.
Mak Yunus cerita
dekat mama yang
Yunus dah lama
suka dekat anak
mama ni.”
“Mak Yunus
cakap Yunus suka
kakak je. Tak
ada pun mak
Yunus cakap yang
kakak pun suka
dekat Yunus.” Kata
aku spontan. Kemudian
aku tekup mulut
aku. terlepas cakap!
“Betullah buah
hati kakak Yunus
tu?” Puan Azilah
mahu kepastian. Dia
saja kata begitu
kerana mahu pancing
Amira.
Aku angguk.
Dah terlepas pun.
Biarlah. Huhuhu.
“Bila dia
nak merisik?” tanya
Puan Azilah lagi.
“Merisik apanya
mama. Dia ada
setahun lagi ma.
Kakak pun tak
dapat kerja lagi
ni. Nak lah
kumpul duit dulu.
Nak merasa duit
sendiri, nak bagi
mama papa rasa
duit dari hasil
titik peluh kakak.”
“Tak nak
mama rasa. Mesti
bau busuk dan
rasa masin. Eii!”
Puan Azilah buat
muka gelinya.
“Ma!” aku
menjerit dengan jawapan
mama. Suka tau
buat macam tu.
Puan Azilah ketawa.
Suka Puan Azilah
bila dapat usik
anak daranya.
“Mama kata
merisik. Tanda kamu
tu. Dah suka,
tunangkan dulu. Kalau
ikutkan, mama nikahkan
aja kamu ni.
Fikirkan dia belajar
lagi je. Anak
mama ni ramai
yang berkenan buat
menantu. Kesian pulak
Yunus. Mama pun
berkenan dengan dia.
Baik budaknya.” Puji
Puan Azilah di
akhir kata.
Aku terdiam
seketika sebelum menjawab.
“Tengoklah macam mana.
Kakak dah lama
tak mesej dia.
Jangan-jangan dia dah
lupakan kakak tak.
Dekat universiti mesti
ramai yang lagi
cantik, lagi baik,
lagi bagus dari
kakak.”
Puan Azilah
tersenyum melihat perubahan
pada wajah anak
daranya sebelum berkata.
“Yunus anak yang
baik. Taat dan
hormat pada orang
tua. Mama tak
susah hati nak
serahkan anak mama
kepada Yunus. Sebabnya dia
setia. Perasaan dia
dari dulu hingga
sekarang terhadap kakak
tak pernah berkurang
malah bertambah. Mama
yakin Yunus boleh
jadi khalifah yang
baik untuk kakak
dan bakal zuriat
kakak. Mama percaya
dia mampu buat
kakak bahagia. Jadi,
kakak juga kena
yakin dah percaya
terhadap Yunus.”
Aku tak
mampu berkata apa-apa.
Air mata aku
mengalir mendengarkan kata-kata
mama. Terus aku
menghampiri mama dan
aku peluk erat. Mama
memabalas pelukkan
aku dan menggosok
belakang aku dengan
lembut membuatkan tangisan
aku makin kuat. Sungguh
aku
tak mahu berpisah
daripada mama. Insan yang
telah banyak berkorban
buat aku. Nyawa,
harta dan masa.
“Mama jangan
cakap mama nak
serahkan kakak dekat
Yunus. Kakak takkan
pergi mana-mana. Mama patut
gembira sebab akan
dapat ahli baru
dalam keluarga ni.” Kata
aku
dalam pelukan. Puan
Azilah hanya mengangguk tanda
setuju.
‘Ya Allah,
andai sudah tertulis
bahawa Yunus merupakan
insan buat anakku,
maka Engkau dekatkanlah
mereka dan permudahkan
urusan mereka. Berikan mereka
kekuatan untuk menempuhi
dugaan di masa
akan datang.’ Doa Puan
Azilah dalam hati.
***
Enam bulan
kemudian…
“Kakak, nanti
tukar baju kurung
ke jubah ke,
yang elok sikit.
Tudung pun sama. Ada
orang
nak datang pagi
ni.”
Itu yang
mama cakap. Orang
datang rumah tapi
kena bersiap lawa. Apa
kes?
Mama pun lain
macam je hari
ni. Ceria je. Hari
ni
pun bukan main
mama masak beria.
Mee bandung dengan
cucur udang sayur
kucai. Adik pun
sama. Senyum macam
kucing miang. Dalam merungut
aku ikutkan aja. Baju
kurung
moden kosong warna
hijau perlahan jadi
pilihan. Aku kenakan
dengan tudung bawal
warna krim. Bedak aku
tepek pada wajah
dengan lip gloss warna
merah jambu. Dan siap! Simple!
Tanpa diundang,
adik aku masuk
ke bilik dan
tutup pintu. Pasti tetamu
sudah sampai. Adik aku
ni biasanya kalau
tetamu datang dia
menyorok dalam bilik.
Tapi kali ni
aku pelik tengok
adik aku ni. Bertambah
pelik
bila aku tengok
senyuman dia. Macam ada
sesuatu yang dia
sorokkan. Tapi dia hanya diam
tak berkata. Sesekali dia
tengok aku dan
ketawa tanpa mengeluarkan
bunyi. Bahu dia
sahaja yang terhenjut.
Aku tilik wajah
aku di cermin.
Aku rasa okay
je.
Tak lama
kemudian, papa masuk
dalam bilik. Wajah papa
serius. Tiada senyuman.
Papa pandang wajah
aku. Aku pun buat perkara
sama.
“Kakak suka
Yunus?” soalan yang
terpacul dari mulut
papa amat mengejutkan.
Wajah aku terasa
panas. Aku alih
wajah aku dan
aku diam. Jantung aku
main peranan dengan
mengepam laju darah
dalam tubuh aku.
“Diam tanda
iya.” Jawab Anisa. Aku
pandang
Anisa. Aku bulatkan
mata aku. Dia
hanya ketawa melihat
reaksi aku.
“Betul?” tanya
papa lagi sekali.
Kali ni aku
angguk. Terus aku
tutup wajah aku
dengan bantal. Malu!
“Alhamdulillah.” Aku terkejut
bila dengar dua
suara yang aku
macam pernah dengar.
Aku alih bantal dari wajah untuk
melihat empunya suara.
Terus jatuh bantal
aku bila aku
lihat wajah orang
tua Yunus. Apakah semua
ini?!
“Mira terima
pinangan makcik dan
pakcik ya? Untuk Yunus?”
secara aku automatik
aku angguk laju.
Anisa tepuk
tangan. Papa hanya
tersenyum nipis. Mama yang
aku tak sedar
bila muncul hanya
tersenyum di sebelah
papa. Mak Yunus
menyarungkan cincin emas
tanpa corak dia
jari manis belah
kanan aku. kemudian,
dia peluk aku
dan cium pipi
aku kiri dan kanan. Aku
hanya
tersenyum. Aku cuba
hadam. Pinang? Yunus?
Aku? Maksudnya, aku,
Yunus, bertunang? Okay,
aku nak pitam.
Orang tua
Yunus berlalu ke
ruang tamu lepas
bergambar dengan aku. Adik perempuan
Yunus turut hadir.
Hilang saja kelibat
mereka aku mencari
mama dan papa. Adik
aku
sudah turun bersama
adik perempuan Yunus.
Mereka berkawan rapat.
Aku nampak kelibat
mama dan papa
di dalam bilik
mereka. Aku terdengar
suara esakan. Bukan mama
tapi papa. Air mata
aku terus jatuh
bila melihat mama
yang memeluk papa
untuk memujuk papa. Sama
macam
aku menangis dengan
mama dulu.
Terus aku peluk
papa. Papa agak
terkejut dengan kehadiran
aku. “Papa, kakak takkan
lupakan papa. Sayang kakak
dekat papa takkan
pernah kurang. Malah akan
bertambah. Sebab, papa
lelaki pertama yang
kakak sayang.” Ucap aku.
Encik Harith
tersenyum mendengar kata-kata
anak daranya. Dia membalas
pelukan Amira. Dia tidak
sangka anak perempuannya
kini sudah dewasa.
Seperti baru semalam
dia azankan anaknya.
Sudah sampai masa
dia serahkan tanggungjawab membimbing
Amira kepada lelaki
bergelar suami. Puan Azilah
turut mengalirkan air
mata melihat adegan
dua beranak. Terharu melihat
kasih sayang antara
mereka. Siapa sangka
bahawa anak perempuan
mereka yang paling
manja bakal mendirikan
rumah tangga. Sungguh Puan
Azilah bersyukur kerana
majlis ini berjalan
dengan lancar.
***
“Jadi?”
Zulaikha adik
aku dan kawan
rapatnya, Anisa membuat
thumbs up.
Aku pun, apa
lagi, “Yes!”
Mereka hanya
ketawa dan geleng
kepala melihat aku.
Aku dah tak
kesah apa diorang
kata. Yang pasti
aku dengan Amira
kini bergelar tunangan.
“Mira mana?”
tanya aku kepada
Anisa.
“Hmm, buat
drama air mata
dengan mama dan
papa lah kut. Mama
papa
tak turun lagi. Lepas
tu
papa macam nak
nangis je tadi.”
Teka Anisa. Mengenangkan kakaknya
yang memang dan
manja dengan papa,
ada kemungkinan drama
air mata tengah
berlangsung.
Aku jadi
serba salah. Terasa macam
aku rampas sesuatu
yang bukan milik
aku. Risau pula
kalau-kalau papa Amra
tak setuju dengan
pertunangan ni. Tapi kalau
dia tak setuju,
boleh saja dia
tolak. Dia kan
wali Amira. Amira masih
tanggungjawab papanya.
Dalam sibuk
aku berfikir, entah
sejak bila Zulaikha
dan Anisa menghilang.
Kini depan aku
papa Amira. Gulp!
“Pakcik, akan
serahkan tanggungjawab pakcik
kepada kamu bila
tiba waktunya. Dalam tempoh
ni, buktikan kepada
pakcik, yang kamu
betul-betul serius dengan
anak pakcik.” Itu sahaja
yang keluar dari
mulut papa Amira.
Aku berasa gembira
tapi dalam masa
yang sama, satu
beban baru tersandang
di bahu aku. Berdebar pula.
Aku lihat
kelibat Amira. Sungguh cantik
dia hari ni. Walaupun
itu
pakaian biasanya. Bila sudah
di lamun cinta
semua nampak indah-indah
saja. Betul tak? Amira
mendekati aku
yang berada di
luar rumah. Aku segan
nak masuk bila
mak dan ayah sudah masuk
dan keluar dari
bilik Amira.
Amira berdiri sebelah
aku. Dia pandang
bawah. Aku pandang
depan. Kekok. Kemudian aku
teringat sesuatu.
“Aku minta
maaf lagi sekali
sebab lama tak
mesej kau. Telefon aku
rosak masuk dalam
jamban.”
“Tahu. Mama ada
cerita.”
“Ermm, terima
kasih sebab terima
pinangan saya.”
Amira hanya
mengangguk. Sungguh, situasi
ni kekok gila!
“Saya akan
cuba jadi isteri
yang baik dan
solehah bila sah
sahaja saya jadi
isteri awak. Saya harap
awak akan bimbing saya
untuk lebih dekat
dengan Allah. Sama-sama
kita perbaiki kelemahan
kita dan cuba
melengkapi antara satu
sama lain.” Kata Amira.
‘Debarnya! Sejak bila
aku pakai awak
saya dengan Yunus
ni? Biasa aku
kau je. Arghh!
Biarlah!’ desis Amira.
“Pfft, sejak
bila berawak saya? Lepas
tu
mana dapat ayat romantis
tu?”
aku ketawa. Cuba menghilangkan
kekok.
“Dari novel.
Huh!” nampaknya Amira
dah seperti dulu. Amira
masuk
ke dalam rumah.
Aku pula masih
di luar.
Hanya Allah
sahaja yang tahu
bertapa bersyukurnya aku
bila pinangan aku diterima. Biarlah orang
kata tak ada
masa nak berseronok
zaman bujang. Yang aku
pasti, aku nak
hubungan aku dengan
Amira halal disisi
agama. Walaupun akan
masa beberapa tahun
lagi memandangkan aku
masih belajar. Tapi sekurangnya,
aku tahu Amira
terima aku sebagai
suami. Itu sudah
memadai. Alhamdulillah.
-TAMAT-
atas permintaan untuk sambungan Crush, ni sis buatkan. enjoy!