Sunday, December 13, 2015

Cerpen : My New Loves Story

'Saya sibuk. Kita lunch sama-sama lain kali.'

Ringkas. Hanya itu yang dapat dikatakan. Lelaki itu bukan lelaki yang aku kenal dulu. Jauh berubah. Mesej yang diterimanya dibaca berulang kali. Satu keluhan dilepaskan.

"Aik, pagi-pagi lagi dah mengeluh." Kata Wadina.

"Manalah aku tak mengeluh. Aqif, dia sibuk. Tak dapat keluar lunch sama-sama." Adu Dahlia.

"Lia, kau kena faham. Dia tu doktor. Bukannya ada banyak masa macam kita." Tegur Wadina.

"Aku tahulah dia tu doktor. Sibuk memanjang. Kita ni cikgu. Kalau aku tahu jadi macam ni, aku jadi jururawat." Kata Dahlia perlahan.

"Habis tu kenapa tak jadi?"

"Sebab aku fikir kalau dah kahwin aku risau anak-anak terabai. Aku tak nak anak-anak aku senasib macam aku. Mak ayah sibuk bekerja. Akhirnya berpisah. Aku tak nak. Aku nak anak-anak aku dapat kasih sayang secukupnya." Ujar Dahlia panjang lebar.

"Tak payah nak 'anak-anak' sangat. Sekarang belum kahwin pun dah jadi macam ni. Belum kahwin lagi."

"Malaslah cakap dengan kau. Makin panas je hati aku ni. Punyalah aku mengharap kau dapat sejukkan hati aku." Kata Dahlia lalu bangun meninggalkan Wadina. Wadina menggelengkan kepalanya melihat sikap Dahlia.
~~~
'Awak tengah buat apa? Saya baru sahaja habis kelas. Penat hari ni sebab kena siapkan laporan kerja. Kelas pula full dari pagi. Hujung minggu ni kita keluar nak? Dah lama kita tak keluar sama-sama. Lunch tadi awak makan apa? Saya tak makan lagi. Tiba-tiba tak ada selera. Okaylah awak, saya nak balik rumah. Merehatkan minda dan badan saya. Assalamualaikum. I love you (=^.^=)'

Mesej dihantar. Dahlia tersenyum sendiri apabila mesej itu berjaya dihantar kepada Aqif. Kaki mula melangkah ke kereta. Kereta dihidupkan. Dahlia memandu kereta menuju ke rumahnya.
~~~
"Dahlia, mari sini kejap. Mak nak tanya sikit."

Dahlia yang baru sahaja pulang berasa tidak sedap hati. 'Ni mesti nak tanya pasal Aqif. Aku nak jawab apa ek? Mak ni pun, orang baru balik terus jadi detektif.' Dahlia bermonolog sambil menggaru kepalanya yang memang gatal.

"Apa dia mak?"

"Bila Aqif nak masuk meminang? Nak kata tak ada duit, kerja dah dekat 2 tahun. Doktor pulak tu. Nak kata tak ada rumah, dia duduk rumah sewa. Mak bukannya apa, kamu ni bercinta dah lama. Kamu pun dah kerja. Elok lah sangat kalau kami berdua bersatu. Mak bukannya tak kenal dengan keluarga dia. Dia pun baik je orangnya. Mak memang berkanan sangat." Panjang lebar Puan Mawar melontarkan soalan berserta hujah. Memang patutlah ibu dinobatkan peguam terbaik. Hujah yang diberikan tidak dapat disangkal.

"Dia sibuk dengan kerja mak. Tak ada masa lagi nak bincang pasal kahwin ni. Lia pun tak sedia lagi." Jawab Dahlia. Sebenarnya dia turut ternanti-nanti akan Aqif untuk masuk meminangnya. Tapi dipendam sahaja. Mesej yang baru dihantarnya pun belum mendapat apa-apa balasan. Balasan yang dapat hanyalah dari Maxis.

"Sibuk-sibuk jugak, tapi ni soal masa depan kamu berdua. Apa jiran-jiran cakap nanti. Bercinta dah lama tapi tak kahwin-kahwin pun. Kalau tunggu kamu bersedia, bila mak dah tak ada belum tentu kamu dah sedia." Kata Puan Mawar.

"Ish mak ni, ke situ pulak."

"Ajal maut bukannya kita tahu. Mak teringin sangat nak tengok kamu bahagia berumah tangga."

"InshaAllah mak. Mak doakan kami ya."

"Mak sentiasa doakan kamu."
~~~
'Awak, mak tanya pasal kita. Mak tanya bila awak nak masuk meminang. Boleh tak hujung minggu ni kita jumpa bincang pasal ni?'

Mesej dihantar. Dahlia menanti balasan Aqif.

Seminit.
Lima minit.
Sepuluh minit.
30 minit.

Masih tiada balasan. Mata Dahlia semakin kuyu. Hampir sahaja dia terlelap terlefon berdiring tanda mesej diterima.

'Ok.'

Ok? Tu je? Punya lah panjang aku hantar ni je yang aku dapat. Tangan pantas menaip.

'Hari ahad, pukul 10 kat tempat biasa. ^_^ '

Dan hantar. Dahlia menanti balasan sehinggalah matanya tertutup terlena.
~~~
"Asal tak bersemangat je kau ni Lia?" Tanya Wadina prihatin.

"Aku rasa tak sedap hatilah Dina. Aqif dah lain sekarang ni. Bukan Aqif yang aku kenal dulu." Adu Dahlia.

"Lain yang macam mana?"

"Mesej aku dia balas lambat. Aku hantar banyak patah dua huruf je aku dapat, ok. Dulu dia hantar panjang je mesej. Sekarang dua huruf. Aku risaulah." Jelas Dahlia. Diluahkan perasaannya kepada sahabatnya Wadina.

"Dia sibuk kut." Wadina cuba menyedapkan hati Dahlia.

"Mungkin. Tapi kalau dia dah bosan dengan aku macam mana? Kalau dia dah ada perempuan lain macam mana? Aku tak boleh nak buang rasa sangsi."

"Tu aku tak tahu. Habis sekolah nanti teman aku ke kedai buku. Ada novel baru keluar. Kita makan sekali. Aku belanja." Pujuk Wadina. Dahlia hanya mengangguk dan tersenyum nipis. Tidak tahu kenapa hatinya tidak tenteram.
~~~
"Kau tunggu sini dulu. Aku nak ke ladies kejap. Order lah dulu." Kata Wadina apabila sampai sahaja di restoran.

Dahlia mengangguk. Kemudian matanya tertacap satu pasangan. Pasangan kekasih barangkali. Mesra semacam je. Yang perempuan cantik berpakaian jururawat. Pasti lelaki itu doktor. Dahlia merenung lama lelaki. Macam kenal je.

Jantung Dahlia seakan-akan terhenti. Air mata mula bertakung. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Lelaki itu ialah Aqif! Tepat sangkaannya. Aqif curang dengannya. Dahlia cuba menyembunyikan wajahnya daripada dilihat oleh Aqif.

"Lia, kenapa ni? Kau tak sihat ke?" Tanya Wadina. Risau apabila melihat Dahlia. Takkan tinggal kejap nak menangis kut?

"Dina, kita makan kat tempat lain. Macam tak best je makanan kat sini." Kata Dahlia lalu bangun dan melangkah meninggalkan restoran. Wadina hanya mengekori Dahlia.

"Kau kenapa Lia? Bagi tahu aku kalau-kalau aku boleh tolong. Jangan pendam je." Wadina semakin risau melihat Dahlia yang sudah mula menangis.

"Aqif. Dia dah ada perempuan lain."

"Mana kau tahu?"

"Dia ada kat restoran tadi. Dia nampak gembira je dengan perempuan tadi. Senyum je. Mesra je aku tengok. Senyuman tu lah yang aku selalu tengok masa kitorang mula-mula bercinta." Tangisan Dahlia semakin kuat. Wadina kelu untuk berkata. Wadina segera memeluk sahabatnya dengan harapan dapat memberikan kekuatan kepada Dahlia. Hanya itu yang dapat dilakukannya.
~~~
Seperti yang telah dijanjikan. Dahlia menunggu ketibaan Aqif. Walaupun sudah dihalang oleh Wadina dia tetap berkeras. Dia perlu menyelesaikan masalah ini. Hampir sejam Dahlia menunggu. Airnya sudah separuh gelas diminum. Aqif tidak pernah lewat sebelum ini.

Tiba-tiba datang seorang lelaki yang duduk di hadapannya. Dia cukup mengenali lelaki itu. Aqif! Tanpa keluar sepatah daripada mulut Aqif terus sahaja dia duduk.

"Assalamualaikum." Dahlia memulakan bicara.

"Waalaikumsalam." jawab Aqif perlahan.

"Awak..." belum pun Dahlia menghabiskan ayatnya Aqif mencelah.

"Kita putus."

Terasa sesak nafas Dahlia tatkala mendengar kata-kata Aqif. Dahlia terus membisu.

"Saya rasa kita tak boleh bersama. Lagi pun saya dah jumpa perempuan lain yang saya rasa lebih memahami saya." Kata Aqif lagi.

"Jadi awak rasa saya ni tak memahami awak?" Dahlia memberanikan diri. Air mata ditahan daripada gugur.

"Bukan macam tu. Saya ni doktor, awak kena faham. Saya bukannya ada banyak masa macam awak yang bekerja sebagai seorang guru. Dia seorang jururawat. Dia faham saya, selalu ada bila saya rasa susah. Dia baik." Tambah Aqif lagi.

Dahlia tidak dapar menahan air matanya daripada jatuh. Pilu hatinya sangat ini.

"Saya tahu kita dah lama bercinta. Saya tahu kita dah rancang macam-macam. Tapi saya mula rasa gelisah."

"Tak apa, saya faham. Nampak gayanya macam tulah. Kita tamat sekarang ni. Saya doakan awak bahagia dengan dia. Jujur saya cakap, dia cantik dan baik. Saya yakin awak dengan dia boleh bahagia. Nanti jangan lupa jemput saya masa kenduri nanti." Dahlia menggagahkan jiwanya untuk berkata sedemikian. Dahlia mengukir senyuman pahit lalu meletakkan  satu not duit RM10 di bawah gelasnya.

"Saya bahagia dapat kenal awak." Kata Dahlia sebelum pergi meninggalkan Aqif. Dahlia memandu keretanya tanpa tahu hala tuju. Kemudian, dia teringat taman yang sering dikunjunginya dengan Aqif. Taman itu menjadi hala tujunya.
~~~
Dahlia berjalan dan terus berjalan. Menikmati pemandangan indah ciptaan Tuhan. Satu persatu kenangannya bersama Aqif muncul di dalam mindanya. Air mata yang mengalir dikesatnya.

Dahlia duduk memeluk lutut di atas rumput. Mata yang memandangnya tidak dihiraukan.

"Dahlia?" Tegur satu suara garau.

Dahlia dengan pantas mengelap pipinya yang basah dek air mata. Dia memandang ke arah empunya suara.

"Haikal? Awak buat apa kat sini?" Tanya Dahlia kepada kawan lamanya. Kali terakhir mereka berjumpa pada hari konvokesyen. Dahlia mencari-cari kalau-kalau Haiqal datang bersama dengan kawan-kawannya.

"Saja jalan-jalan. Rehatkan minda. Saya sorang je." Seakan-akan faham apa yang dicari Dahlia. Dahlia hanya tersenyum nipis.

"Awak sorang je? Aqif tak ada?" Tanya Haiqal. Dahlia hanya tersenyum tawar mendengar nama Aqif.

"Kami dah tak ada apa-apa dah. Hubungan kami tamat. The end." Kata Dahlia. Haiqal agak terkejut.

"Bila?"

"Baru je."

"Owh."

Senyap.

"Jom teman saya tengok wayang. Ada filem baru keluar." Ajak Haiqal. Cuba untuk menceriakan Dahlia. Dahlia terdiam lama. Memikirkan jika perlu dia menerima ajakan Haiqal.

"Okay."
~~~
"Lawaknya cerita tadi. Memang terbaik. Awak dari dulu memang pandai pilih filem best." Kata Dahlia penuh riang. Masalahnya hilang buat seketika. Haiqal tersenyum lega melihat Dahlia yang sudah ceria.

'Kalau saya Dahlia, saya takkan sia-siakan awak.' Desis Haiqal.

"Lapar pula perut ni. Jom makan. Saya berlanja." Ajak Dahlia.

"Bab belanja tu saya suka. Jom. saya tahu satu tempat yang makanan dia memang meletop."kata Haiqal. Mereka meluangkan masa bersama. Dahlia tidak berhenti tersenyum dan ketawa.

Namun, ada satu pasang mata yang memerhatikan Dahlia dan Haiqal dari jauh.
~~~
"Seronok dating." Kata Aqif kepada Haiqal sebaik sahaja Haiqal pulang. Aqif dan Haiqal serumah tetapi Haiqal bekerja berlainan hospital dengan Aqif. Haiqal juga merupakan seorang doktor.

"Mana ada dating." Bidas Haiqal.

"Macamlah aku tak nampak kau dengan Dahlia tadi. Bukan main mesra aku tengok."

"Jealous ke??" Tanya Haiqal.

"Tak ada makna aku nak jealous. Aku dengan dia dah..."

"Over." Celah Haiqal. Aqif hanya mendiamkan diri.

"Apa salahnya seorang kawan menceriakan kawannya."

"Aku tahulah yang kau ni ada perasaan dengan dia."  Kata Aqif. Haiqal tidak dapat menafikan kata-kata Aqif. Ya, jujur dia katakan dia sudah lama jatuh hati dengan Dahlia. Cuma Dahlia pada waktu itu sudah menaruh hati pada sahabatnya, Aqif. Aqif juga pada waktu itu suka pada Dahlia. Jadi mereka mula bercinta selepas Dahlia mengucapkan kata-kata cinta.

Haiqal hanya tersenyum nipis.

"Apa salahnya aku muncul dalam hidup dia. Dia pun dah single. Biarlah aku jadi ubat untuk luka hati dia." Kata Haiqal.

"Kau nak kata aku ni penyebab luka dia? Nak kata aku ni pisau? Macam tu?" Bertubi-tubi soalan yang diajukan Aqif.

"Aku tak kata kau tu pisau. Bab yang lukakan hati dia tu betul. Aku tak kata. Kau yang mengaku. Sedar diri jugak kau kan." Kata Haiqal sambil menjongketkan sebelah keningnya. Haiqal mengambil keputusan untuk masuk ke dalam biliknya. Nanti meletus pulak perang dunia ketiga.

"Kau yang sia-siakan Dahlia Aqif. Kau yang lukakan hati dia." Haiqal berkata sendiri.
~~~
Ding, dong...

Bunyi mesej baru diterima. Dahlia tersenyum sendiri melihat nama penghantar itu. Haiqal!

"Amboi, happy je aku tengok kau. Biasa orang baru putus cinta menangis terguling-guling. Ni kau boleh senyum sampai ke telinga. Dah dapat pengganti ke?" Tanya Wadina apabila melihat Dahlia yang tersenyum.

"Sensetif tu. Aku dah tak nak ingat si Aqif tu dah. Haiqal yang hantar mesej. Aku terserempak dia semalam. Lama tak jumpa. Dia suka ungkit zaman belajar dulu." Kata Dahlia senang.

"Aku dapat rasakan bunga cinta Dahlia yang layu kembali segar." Kata Wadina tersenyum.

"Ish kau ni. Shuh! Pi sana." Halau Dahlia. Lagaknya seperti menghalau kucing.

"Owh, kau halau aku ya. Ingat kau sorang je ada. Aku pun ada lah. Aku jauh lebih advance dari kau." ucap Wadina sambil menunjukkan jari manisnya yang tersarung cincin emas.

"Taulah orang tu dah bertunang. Aku je bujang. Dah lah, layan kau sampai tua pun tak sudah."

"Ya lah. Aku pun nak pergi dah. Ada kelas. Bye." Lambai Wadina sambil melangkah pergi meninggalkan Dahlia. Dahlia membalas lambaian Wadina. Jari sibuk menaip untuk membalas mesej Haiqal.
~~~

"Lia, mak nak tanya. Kamu dengan Aqif macam mana? Hari tu dah bincangkan." Tanya Puan Mawar.

"Kami dah putus." Ringkas jawapan Dahlia. Puan Mawar agak terkejut mendengar kata-kata Dahlia.

"Lia, jangan nak bergurau. Ni bukan hal main-main."

"Betullah. Lia tak tipu. Kami dah putus. Aqif dah ada perempuan yang lebih baik, cantik, memahami, lembut dan ayu daripada Lia. Jadi dia pun pilih perempuan tu."

"Dia kerja apa?"

"Nurse." Puan Mawar melepaskan keluhan apabila mendengar jawapan anaknya.

"Mak suruh jadi nurse tak nak. Rugi saja kamu belajar perubatan tapi jadi cikgu. Kalau jadi nurse boleh la kamu bekerja sekali dengan Aqif tu. Tak adalah dia curang dengan kamu." Puan Mawar mula membebel.

"Mak, dah tak ada jodoh nak buat macam mana. Lagi pun Lia dah suka dengan kerja Lia." Dahlia cuba membela diri.

"Suka hati kamulah. Bukan senang nak cari lekaki yang macam Aqif tu."

"Senang je mak. Ramai je lelaki yang curang dalam dunia ni." Kata Dahlia perlahan namun cukup jelas di telinga Puan Mawar.

"Cakap dengan kamu memang takkan habis." Kata Puan Mawar geram lalu meninggalkan Dahlia.

"Apa yang bagus sangat dengan Aqif tu. Dah lah curang belakang aku." Kata Dahlia sendiri. Pipinya terasa panas dek air mata yang laju mengalir.
~~~

"Haiqal, kamu tu tak ada calon menantu untuk ibu ke? Ibu teringin sangat nak tengok kamu tu bernikah." Kata ibu Haiqal, Puan Hajah Sakinah di hujung telefon.

"Ibu, bukannya Haiqal tak cari. Calon tu ada dah tapi dia tu baru putus cinta. Biarlah dia tenang dulu." Kata Haiqal.

"Dah ada lah ni. Senang ibu dengar. Tapi, baru putus cinta? Kamu suka kekasih orang ke?"

"Dah suka nak buat macam mana. Baru je putus. Tapi bukan Haiqal penyebab. Haiqal pun baru jumpa dia balik ahad lepas." Jelas Haiqal. Takut ibunya tersalah anggap.

"Owh. Dia kerja apa?"

"Dia belajar perubatan sama macam Haiqal tapi kerja cikgu."

"Elok sangatlah tu. Nanti dah ada anak taklah terabai. Kalau dua-dua doktor memang tak menghadap anaklah jawabnya. Nanti mulalah bergaduh cerai bagai."

"Ish ibu ni. Ke situ pulak. Dia jadi cikgu pun sebab dia tak nak apa yang ibu cakap tadi jadi kat anak dia jugak. Dia tak nak anak dia nanti senasib dengan dia."

"Macam dah rapat je kamu berdua ni. Kalau dah macam tu biarlah ibu masuk meminang terus. Tadi kamu cakap dia tak nak anak dia senasib dengan dia, maksudnya mak ayah dia bercerai."

"Haah." AnggukHaiqal perlahan walaupun perlakuannya tidak dapat dilihat oleh ibunya.

"Kesiannya. Mak ayah dia kerja apa?"

"Mak dia peguam, ayah dia doktor. Sekarang dia tinggal dengan mak dia."

"Patutlah pun. Bagus-bagus mak ayah dia ni. Dua-dua sibuk kerja. Bila bercerai anak yang kena tempias."

"Ibu doalah agar anak-anak ibu hidup bahagia."

"Ibu sentiasa doakan anak-anak ibu. Abah kamu dah panggil. Lain kali pulak kita sembang. Assalamulaikum."

"Waalaikumsalam. Kirim salam kat abah." Salam dijawab sejurus itu talian dimatikan.

"Hmm..." Haiqal berfiki sejenak. Bagaimana dia mahu memikat Dahlia yang baru sahaja putus cinta. Pasti dia tidak mahu menjalinkan apa-apa hubungan mahupun bernikah.

"Kalau aku mula dari berkawan?" Haiqal memetik jarinya. Idea yang bernas! Aku berkawan dan ubat hati dia dulu. Kemudian baru aku melamar dia. Yes! You're a genius man! Haiqal bermonolog di dalam hati.

Perbuatan Haiqal itu diperhatikan oleh Aqif. Dia mula tidak senang dengan Haiqal yang ingin muncul dalam hidup Dahlia.

'Ish kau ni. Kau dengan Dahlia dah tak ada apa-apa. Biarlah si Haiqal tu masuk jarum. Bukannya kau terjejas.' Bisik hatinya yang satu.

Aqif berlalu meninggalakan Haiqal. Kemudian, telefon berdering minta diangkat. Nombor hospital tertera di skrin. Pasti ada kecemasan. Aqif menjawab panggilan dan mula bersiap.
~~~
"Mak tengok kamu ni tak ada gaya orang putus cinta je. Asyik bermesej je. Tersenyum-senyum pulak tu. Kamu bermesej dengan siapa?" Tanya Puan Mawar.

"Maklah orang kedua kata macam tu. Mesej dengan kawan sekuliah dulu." Jawab Dahlia.

"Lelaki atau perempuan?"

"Lelaki."

"Dah kerja?"

"Dah."

"Doktor?"

"Mak, nama pun kawan sekuliah. Kan Lia ambil jurusan perbutan. Jadi sama lah dengan dia. Bila belajar perubatan doktor lah jawabnya." Kata Dahlia. Penat pula menjawab soalan mak. Inilah padahnya bila mak peguam. Semua benda di tanya dengan teperinci.

"Kamu suka dia ke?" Tanya Puan Mawar lagi. Kali ini Dahlia tidak dapat menjawab.

'Aku suka Haiqal ke?' Soalan itu di tanya pada diri sendiri.

"Diam tu suka lah jawabnya. Suruh dia jumpa mak. Kalau dia serius boleh terus masuk meminang."

"Ish mak ni. Ke situ pulak. Lia tak nak fikir pasal tu lagilah mak. Lia nak enjoy dulu."

"Sebelum ni tak cukup enjoy ke? Lia, kamu tu dah 27 tahun. Dah nak masuk 28. Perempuan baya kamu sepatutnya dah berkahwin. Wadina pun dah bertunang. Kamu bila lagi." Bebel Puan Mawar kepada anaknya.

"Dah tak ada jodoh mak. Kalau ada kahwinlah. Ni tak ada." jawab Dahlia lalu terus melangkah masuk ke dalam bilik. Puan Mawar hanya mampu menggeleng melihat anak tunggalnya.

Satu keluhan dilepaskan dari mulut Puan Mawar. Wajahnya berubah sayu.
~~~
"Doktor Haiqal, asyiknya bermesej. Tahulah tengah lunch time. Sekarang saya tengok telefon tu tak lepas dari tangan." Kata seorang jururawat yang berusia 30-an.

"Mesej dengan kawan je kak. Tak salahkan? Sekarang waktu rehat. Kecemasan pun tak ada buat sementara ni." Haiqal menggelar wanita itu sebagai kak kerana menghormati perbezaan umur mereka.

"Akak tak tanye pun mesej dengan siapa. Ni mesti dengan buah hati ni. Kata aje kawan. Kalau akak terima kad jemputan dari kamu, siap kamu." Ugut jururawat itu, atau namanya Puan Hasnah a.k.a Kak Nah.

"Bagi saya, memang dia buah hati saya. Bagi dia tak tahulah. Akak doalah saya dengan dia berjodoh."

"InsyaAllah akak doakan. Nak jugak tengok gambar dia. Cantik ke comel ke."

Haiqal memberi telefonnya yang terpampang gambar Dahlia yang manis tersenyum.

"Cantiknya dia. Macam bunga." Puji Puan Hasnah.

"Memang bunga pun. Dahlia namanya." Kata Haiqal sambil tersenyum. Kalau Kak Hasnah yang memang cerewet bab kecantikkan pun dah puji Dahlia, ibu pun mesti suka. Bolehlah hantar gambar tu kat ibu.

"Memang sesuai dengan nama dia. Orang cantik macam dia ni takkan membujang lagi kut?" Tanya Puan Hasnah kehairanan.

"Baru putus cinta." mendatar sahaja suara Haiqal.

"Owh, kiranya kamu ni nak jadi ubat lah untuk luka dia." Haiqal hanya mengangguk malu.

"Apa punya orang lah tolak cinta cik bunga ni. Dah lah cantik, pandai jaga kehormatan pulak tu. Ni kalau kamu tak masuk meminang cepat-cepat, melepas kamu nanti. Melamar je terus. Bercinta lepas kahwin. Macam akak." nasihat Puan Hasnah. Almaklumlah, lebih makan garam. Puan Hasnah pun berkahwin berdasarkan pilihan keluarga. Sibuk dengan kerjaya. Alhamdulillah bahagia sekarang ni. Dah ada dua orang anak pun. Doakan yang ketiga pulak ye. Hihihi.

"Tengoklah kak. Ada jodoh tak ke mana. Tak lari gunung yang dikejar." Kata Haiqal. Mereka berborak sehinggalah masa rehat habis.
~~~
"Aku tengok kau ni, sejak jumpa balik dengan Haiqal happy semacam je." Ucap Wadina aneh. Ada apa-apa ke ni.

"Happy salah tak happy pun salah. Patutnya kau seronok kawan kau ni happy. Aku tahulah aku ni tak macam orang yang putus cinta macam dalam drama bagai tu. Frust menonggeng, nangis berguling-guling. Rare kut nak cari orang yang putus cinta macam aku." Sengih Dahlia.

"Kau lupa ke masa kau nampak Aqif dengan perempuan lain? Aku yang pujuk kau tau yang menangis tersedu-sedu. Kata orang dia pun sama. Lainnya kau dah nangis awal." Wadina mengungkit. Dahlia tersenyum sunggeng.

"Aku sarankan kau buat solat isthikarah. Mungkin dia jodoh kau. Aku dah tak nak tengok kau tu sedih. Habis lencun baju aku dek air mata kau." Wadina sempat bergurau dalam memberi nasihat. Dahlia terdiam seketika. Benar apa yang dikatakan Wadina. Perlahan-lahan Dahlia mengiyakan dan tersenyum tawar. Hatinya masih sedih dengan perpisahannya dengab Aqif. Hampir lima tahun mereka menjalinkan hubungan tapi inilah penamatnya.

Dahlia nekad untuk menerima dan melakukan apa yang dikatakan Wadina. Malam ini juga dia akan melakukan solat isthikarah. Hanya Allah sahaja tahu jodohnya. Jika benar Haiqal adalah imamnya, akan dia bawak Haiqal bertemu dengan orang tuanya.
~~~
Dahlia cantik berpakaian serba putih. Dahlia duduk bersimpuh ayu di bawah sepohon pokok besar yang redup. Tangannya asyik mengusap seekor arnab putih yang berbaring di atas pehanya. Tiba-tiba, arnab itu bangun dan melompat ke arah jejaka. Dahlia tidak mengecam jejaka itu. Dia menghampiri jejaka yang sedang memeluk arnab putih yang diusapnya. Kelihatan arnab itu sungguh manja di dalam dakapan jejaka itu. Muncul persaan cemburu melihat arnab yang akrab dengan jejaka itu. Jejaka itu memandang Dahlia lembut dan tersenyum. Cahaya yang terang membuatkan penglihatan Dahlua kabur. Namun sempat dia mengecam wajah jejaka itu. Dahlia tersenyum bahagia.
~~~
Jam loceng yang menyanyi lantang mengejutkan Dahlia yang lena dibuai mimpi. Dahlia tersenyum sejenak. Terasa tenang jiwanya saat itu. Sudah tiga malam dia mimpikan wajah yang sama. Jika wajah itu yang sentiasa menemaninya dalam tidur, maknanya benarlah dia jodohku. Ya Allah, jika itu petunjuh yang Engkau berikan, akan aku kuatkan hati ini untuk menerimanya sebagai imamku.

"Mak, hujung minggu ni mak free tak?" Tanya Dahlia kepada maknya. Mereka sedang menikmati sarapan pagi pada ketika itu.

"Free, kenapa? Nak bawa mak jumpa dengan bakal menantu mak ke?" Gurau Puan Mawar.

"Haah." Senyap.

"Uhuk uhuk!" Puan Mawar tersedak. Tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Biar betul?!

Dahlia menghulurkan segelas air yang pada saat itu memang ada di dalam genggaman Dahlia. Puan Mawar menyambut huluran anaknya dan meminum dengan rakus. Macam orang tak pernah minum air. Sedap sangat ke air tu?

"Kamu tak main-mainkan?" Soal Puan Mawar mohon kepastian.

"Betullah. Mak yang nak sangat jumpa diakan. Ni Lia nak bawa mak jumpa dengan dia lah. Ayah dah kata okay tadi. Dia pun okay. Tapi dia tak tahu pun yang Lia bawa mak dengan ayah."

"Kalau macam tu mak pun okay je. Baik kamu bagi tahu dia awal-awal. Nanti dia nervous pulak." Puan Mawar hanya mampu bersetuju.

"Tak apa. Nanti hari kejadian baru Lia bagi tahu. Nak test dia sikit." Kata Dahlia sambil tersenyum nakal. Puan Mawar hanya tersenyum. Melihat anaknya yang tersenyum bahagia membuatkan hatinya turut senang. Jika itu pikihan anaknya, pasti saja dia merestui. Lagi pun kerja doktor, pasti masa hadapan Dahlia terjamin. Dalam hatinya dia berdoa agar rumah tangga Dahlia nanti akan utuh sehingga ke jannah dan bukan hanya separuh jalan seprtinya.

Pada hari kejadian...

Haiqal duduk di hadapan orang tua Dahlia. Terkejut mengalahkan beruk dia apabila melihat orang tua Dahlia ada bersama. Nasib baik di rumah mak Dahlia. Kalau kat public, tak tahulah apa yang akan dicop orang untuknya. Patutlah Dahlia beriya-iya suruh dia ke rumah untuk mengambilnya. Rupanya sudah ada agenda tersendiri.

Peluh dingin sudah membasahi dahi Haiqal. 'Dahlia ni pun satu. Bukan nak bagi tahu awal-awal. Kalau tak aku pakailah smart sikit. Ni aku pakai t-shirt berkolar dengan seluar jeans.' Haiqal bermonolog sendiri.

Lagi terkejut Haiqal apabila mendapat tahu bahawa ayah Dahlia merupakan seorang pakar bedah di hospitalnya. Lagi bertambah gabra dibuatnya.

"Mak dah cakap bagi tahu dia awal-awal kamu tak nak. Tengok dia ni. Sampai berpeluh-peluh dah." Bebel Puan Mawar kepada Dahlia memecah hening. Dahlia tidak ambil peduli dengan bebelan maknya.

"Kecil je dunia ni ya. Ingatkan lelaki mana pula si Dahlia nak bawa jumpa. Dengan Aqif tak ada jodoh. Rupanya dengan doktor jugak jodohnya. Satu tempat kerja pulak tu." Kata Encik Dasuki. Senanglah dia nak menilai bakal menantunya kalau begitu. Boleh dia bertanya kepada teman sekerja dan para pesakit yang dirawat Haiqal.

"Manalah Lia tahu ayah dengan Haiqal kerja kat hospital yang sama." Adu Dahlia.

"Sudahlah tu. Jemput minum Haiqal." Puan Mawar menjemput Haiqal untuk neminum teh yang sudah dihidangkan di dalam cawan. Haiqal pun menghirup teh tersebut.

"Dah lama kenal dengan Dahlia?" Tanya Encik Dasuki. Haiqal tersedak dengan persoalan Encik Dasuki.

"Lama lah jugak. Satu kuliah masa berlajar dulu." Jawab Haiqal tenang. Sampai tersedak pun boleh dikata tenang ke?

"Kamu doktor bahagian apa?" Tanya Encik Dasuki lagi.

"Kalau lulus saya nak ambil bahagian peadatric tak pun pakar sakit tuan."

"Kalau dengan awak memang pasal kerja ajelah. Biar saya pulak tanya." Belum sempat Puan Mawar bertanya Encik Dasuki mencelah.

"Awak tu peguam. Keluar soalan yang tak diduga kelu dia nak jawab." Puan Mawar menjeling Encik Dasuki.

"Haiqal ikhlas sukakan anak makcik? Suka tu suka yang nak buat isteri ke?" Nafas Haiqal seakan-akan berhenti. KBAT betul soalan tu.

"Saya ikhlas sukakan anak makcik."kata Haiqal gugup. Sempat dia menjeling ke arah Dahlia. Dahlia kelihatan biasa saja mendengar perasaannya.

'Dia tak suka aku ke? Kalau dia tak suka aku kenapa dia bawak jumpa mak ayah dia? Ke dia memang bawak semua kawan-kawan dia jumpa mak ayah dia? Maknanya, aku perasan je lah yang Dahlia pun ada hati kat aku.' Pelbagai persoalan muncul di dalam fikirannya.

'Tak boleh jadi ni. Sementara ada peluang baik aku terus terang je.'

"Saya dah lama suka kat Dahlia. Sejak zaman kuliah lagi. Tapi Dahlia suka kat kawan saya Aqif jadi saya undur diri sebab Aqif pun suka dekat Dahlia. Saya pun ada juga nak masuk meminang Dahlia untuk dibuat isteri. Tapi saya tunggu masa yang sesuai sebab Dahlia baru saja putus dengan Aqif. Ingat nak berkawan saja dulu. Orang putus cinta biasalah, mesti tak nak ada jalin hubungan dengan lelaki lain." Kata Haiqal panjang lebar. Terasa ringan bahunya dapat meluahkan isi hatinya. Dia mengerling ke arah Dahlia. Kelihatan wajah Dahlia beroma merah. Malu!

Puan Mawar dan Encik Dasuki memandang antara satu sama lain. Mereka tersenyum.

"Kalau begitu hujung minggu depan bolehlah datang bawa rombongan merisik." Ucap Puan Mawar tenang.

Haiqal agak terkejut mendengar kata-kata Puan Mawar. Kali ni macam gorila pulak terkejutnya.

"Betul ke?" Tanya Haiqal mohon kepastian.

"Kalau dah suka eloklah terus bertunang. Lebih bagus. Kamu pun dah ada kerja." Kata Encik Dasuki.

"Lagi pun Dahlia pun setuju. Tenang hati kami berdua kalau Dahlia dah ada ikatan pertunangan. Dapat elakkan zina." Sambung Puan Mawar.

Haiqal memandang Dahlia yang masih dengan wajahnya yang merah akibat malu. Dahlia yang kebetulannya memandang Haiqal segera mengalihkan pandangan. Dahlia mengangguk perlahan.

Haiqal tersenyum lebar. Gembira. Tak sabar nak bagi tahu ibu.

"Dahlia ada permintaan." Dahlia yang pada mulanya membisu tiba-tiba bersuara.

"Permintaan apa pulak?" Tanya Puan Mawar.

"Dahlia nak merisik terus bertunang. Tak payah hantaran bagai tu. Jemput family je. Dahlia nak buat kecil-kecilan. Hantaran masa nikah je. Tempoh bertunang paling lama setahun. Tu je." Ucap Dahlia satu nafas. Nervous kut!

"Elok sangatlah kalau macam tu." Kata Encik Dasuki sambil mengangguk. Puan Mawar dan Haiqal turut mengangguk tanda setuju. Lebih senang kalau begitu.

Haiqal mengucap syukur kerana doanya untuk berjodohan dengan Dahlia termakbul. Ibu mesti gembira dengar berita ni. Haiqal berbual dengan orang tua Dahlia sehinggalah sampai masa makan tengah hari. Mereka makan bersama-sama pada waktu itu. Puan Mawar dan Encik Dasuki mula terpikat dengan Haiqal. Ada sesuatu yang Aqif tiada tetapi Haiqal ada. Mereka berharap hubungan mereka utuh hingga ke jannah.
~~~
"Sampai hati awakkan tak nak bagi tahu saya." Kata Haiqal berkecil hati.

"Nak test awak je. Nak tengok awak jujur ke tak dengan perasaan awak tu."

Haiqal terdiam seketika. Maknanya Dahlia tahulah aku suka kat dia?

"Saya tahu awak suka dari dulu lagi. Saya je buat tak tahu. Aqif yang bagi tahu saya yang awak suka kat saya." Kata Dahlia tenang. Haiqal hanya terdiam.

"Aqif dah putus dengan jururawat tu." sambung Dahlia lagi. Haiqal agak terkejut. Banyak betul rahsia si Aqif tu.

"Dia ada minta get back. Tapi saya tolak. Saya dah tawar hati dengan dia. Sebab hati saya ni akan berperisa dengan awak je." Ucap Dahlia malu. Haiqal juga turut malu mendengarnya.

"My new loves story start today." Kata Dahlia perlahan namun sempat ditangkap oleh Haiqal.

"You are my first love Dahlia." Ucap Haiqal romantis sambil tersenyum manis.

Ya, kisah cinta Dahlia dan Haiqal baru sahaja bermula. Kisah yang lalu biarkan berlalu. Yang penting life must go on.

-TAMAT-

Sunday, December 6, 2015

Manja Tak Bersalah! 22

Pon! Pon!!

Hadi  membunyikan  hon  setelah  sampai  di  perkarangan  kediaman  atuk  dan  opah  Iman. Hadi  mematikan enjin  kereta.  Di  pintu  masuk  kelihatan  kepala  atuk  terjengul  keluar.  Melihat  siapa  yang  telah  mengganggu  ketenangan  rumahnya.

'Siapa  pulak  yang  hon  kereta  depan  rumah  aku.  Ni  lah  budak  zaman  sekarang.  Bukan  nak  bagi  salam.  Hon  je.'  Atuk  merengus  geram  dalam  hati.

"Assalamualaikum!"

'Ha!  Tahu  pun  nak  bagi  salam.'  desis  atuk  dalam  hati.

"Waalaikumusalam."  atuk  menjawab.  Kelihatan  Iman  sedang  memimpin  Amin  yang  bermandikan  lumpur.  Almaklumlah,  jatuh  dalam  bendanglah  katakan.

"Hah  Iman.  Sudah  kenapa  dengan  si  Amin  tu  sampai  kena  berpimpin?  Berlumpur  pulak  tu.  Kamu  buli  dia  ke?"  duga  atuk  sambil  mengecilkan  mata.  Itulah,  zaman  sekolah  selalu  buli  orang.  Tak  pasal-pasal  kena  tuduh.

"Ish  atuk  ni.  Ke  situ  pulak  dia.  Mana  ada  buli.  Cucu  atuk  ni  paling  baik,  paling  ayu,  paling  cun  dan  tidak  ketinggalan..."

"paling  brutal."  celah  Hadi.  Hadi  sudah  mengekek  ketawa  melihat  Iman  yang  sudah  mengecilkan  mata  tanda  tidak  puas  hati.  Seiiras  pulak  dengan  atuk.  Hahaha.

"Ada  kamu  Hadi.  Bila  balik?"  tanya  atuk  apabila  menyedari  kewujudan  Hadi.

"Baru  je  atuk.  Dalam  perjalanan  ternampak  Iman  dekat  bendang.  Itu  yang  tumpangkan  Iman  sekali."  jelas  Hadi.

"Aduh!  Perlahan  lah  sikit  jalan.  Sakit  tahu  tak."  Amin  mengaduh  kesakitan.  Iman  hanya  melayan  kerenah  Amin.  Dasar  anak  manja!  Sakit  sikit  pun  tak  boleh  tahan.  Nasib  terseliuh.  Kalau  patah  tak  ke  lagi  haru.

"Kau  ni  jantan  ke  pondan?  Sakit  sikit  tahanlah.  Bukannya  orang  tak  tahu.  Tahan  sikit."  kata  Iman  sedikit  geram.

"Kenapa  dengan  Amin?  Terseliuh  ke?  Biar  dia  duduk  kat  tangga  dulu.  Kalau  bawa  masuk  rumah  habis  kotor  rumah  atuk.  Siapa  yang  nak  cuci?  Atuk  jugak.  Kejap  atuk  panggil  nenek  biar  urut  sikit.  Kalau  duduk  sini  melayan  kamu  Iman,  memang  tak  ke  mana  lah  jawabnya.  Melayan  kamu  sepuluh   tahun  tak  habis."  bebel  atuk  lalu  masuk  ke  dalam  rumah  mencari  kelibat  isteri.

Iman  tersenggih  seraya  membantu  Amin  untuk  duduk  di  atas  tangga  paling  bawah.  Kaki  kanan  Amin  diluruskan  untuk  mengurangkan  kesakitan.  Muka  Amin  berkerut  semasa  meluruskan  kakinya.  Hadi  hanya  memerhati.  Dari  apa  yang  dilihatnya,  dia  dapat  mengagak  bahawa  lelaki  itu  ialah  suami  Iman.

'Handsome  lagi  aku  dari  laki  Iman.'  puji  Hadi  dalam  hati.  Masuk  bakul  angkat  sendiri  betul.  Perasan. Bak  kata  Nazirah,  'loya  anak  tekak  dengar'.

"Iman,  aku  gerak  dulu.  Nak  jumpa  mak  dulu.  Lepas  isyak  aku  datang  jenguk."  kata  Hadi  untuk  berlalu  pergi.

'Baru  sahaja  sampai  sudah  menjadi  penyelamat.  Balik  jumpa  mak  berguru  macam  mana  nak  mengurat  buah  hati  lagi  bagus.'  desis  Hadi.  Nampak  sangat  tak  ikhlas  tolong.  Patutlah  si  Nazirah  susah  nak  lekat.

"Baliklah.  Aku  tak  suruh  pun  kau  tunggu  sampai  mamat  ni  baik.  Kirim  salam  kat  mak  cik  dan  pak  cik."  kata  Iman.  Tangan  dan  mata  tertumpu  pada  kaki  kanan  Amin.  Sementara  tunggu  nenek  sampai,  Iman  mengurut  kaki  Amin.

"Tak  boleh  ke  lembut  sikit  urut  tu.  Sakitlah."  adu  Amin.  Muka  sudah  berkerut  menahan  kesakitan.  Perit  kut.

"Banyak  songehlah  kau  ni.  Nak  buat  macam  mana.  Ni  dah  paling  lembut  dah  ni.  Nama  pun terseliuh.  Biasalah  sakit  tu.  Ni  mesti  kau  ada  buat  dosa  kat  aku  ni  sampai  terseliuh  kaki  kau  ni."  ucap  Iman  sambil  memandang  Amin.

"Astafirullahhala'zim,  macam  mana  boleh  jadi  macam  ni?"  Iman  dan  Amin  agak  terkejut  apabila  terdengar  suara  nenek.

"Terjatuh  dalam  bendang  nek."  kata  Amin.  Berusaha  dia  untuk  senyum  tapi  tidak  mampu.  Rasa  sakit  lebih  menguasai  pemikiran  Amin.

"Mari  sini  nenek  tengok.  Iman,  cari  tuala  kemudian  lap  lumpur  ni.  Boleh  Amin  masuk  baring.  Selesa  sikit."  arah  nenek.  Iman  hanya  menurut.

Nenek  sudah  bersedia  untuk  memuulakan  urutan.  Amin  yang melihat  gaya  nenek  sudah  tidak  senang  duduk.  jari  nenek  selamat  mendarat  di  atas  kaki  Amin.  Apabila  jari  nenek  menekan  kaki  Amin...

"Aduh!!  Nek,  sakit  nek!"  Amin  menjerit  kesakitan.  Iman  yang  berada  di  dalam  rumah  terdengar  jeritan  Amin  lalu  ketawa  kecil.

"Rasa  kau  urutan  nenek.  Aku  urut  tadi  kira  lembut  tu. Nenek  urut,  pergh!  Power  you!"  Iman  berkata  seorang  diri  sambil  memejamkan  mata.  Cuba  mengimbau  kenangan  dulu  di  mana  kakinya  terseliuh  dan  nenek  yang  menjadi  doktor  untuk  mengurut  kakinya.
~~~

"Aduh!  Nek!  Sakit!  Sakit  nek  sakit!"  Iman  mengaduh  kesakitan.

"Itulah,  panjat  lagi  pokok  rambutan  tu.  Nasib  baik  terseliuh  je.  Kalau  patah  macam  mana?  Tak  padan  dengan  perempuan.  Gatal  sangat  kaki  tu  nak  panjat  pokok  rambutan  tu  kenapa?  Kan  dah  jatuh.  Nasib  baik  rendah  je  pokok  tu."  nenek  membebel  sambil  tangan  sibuk  mengurut  kaki  Iman  yang  terseliuh.

"Benda  dah  nak  jadi  mak.  Tak  boleh  nak  buat  apa."  kata  ayah  Iman.

"Itulah  kamu,  manjakan  sangat  budak  ni."  nenek  berkata  geram.

"Aduh,  nek!  Sakit,  perlahanlah  sikit."  rayu  Iman.  Air  mata  mula  mengalir.

"Kalau  dia  tak  rasa  macam  ni  mana dia  nak  serik.  Biar  dia  rasa,  baru  dia  takut  nak  panjat  pokok  dah."  kata  atuk.

"Awak  pun  sama,  manjakan  sangat  cucu  awak  ni.  Macam  tak  kenal  dengan  cucu  awak  yang  tak  kenal  erti  serik.  Lagi  dilarang  lagi  dibuatnya."  atuk  pula  yang  kena  bebel  dengan  nenek.

"Manalah  saya  tak  manjakan  si  Iman  ni  ha.  Dia  je  lah  satu-satunya  cucu  perempuan  yang  saya  ada."  kata  atuk  sayu.

Nenek  tidak  mempedulikan  kata-kata  atuk  malah  terus  mengurut  kaki  Iman.  Itulah  padahnya  bila  panjat  pokok.  Niatnya  hanya  ingin  mengambil  buah  rambutan  yang  sudah  masak.  Warna  merah  rambutan  yang sudah  masak  menarik  badan  Iman  untuk  memanjat.  Kalau  pokok  rambutan  mesti  ada  semut.  nak  dikatakan  ada  kerengga.  Kalau  digigit  kerengga,  faham-faham  je  lah  rasa  sakitnya.

Iman  menangis  kesakitan.  Nenek  tidak  mengambil  kisah  akan  tangisan  Iman.  Berani  buat,  berani  tanggung!
~~~

"Aduh!  Sakit  mummy!"  Amin  menjerit  kesakitan.  'Aku  lebih  rela  Iman  urutkan  kalau  aku  tahu  jadi  macam  ni.  Huhuhu.'

"Apa  mummy  mummy?  Sakit  sikit  je  dah  teriak  panggil  mak.  Nasiblah  aku  dapat  cucu  menantu  macam  kamu  ni  Amin.'  kata  nenek.

"Aku  dulu  kena  urut  tak  adalah  sampai  jerit  panggil  mak  macam  budak  kecik.  Kiranya  kau  lagi  teruk  daripada  aku.  Tabahkan  hatimu  wahai  suamiku.  Ini  hanyalah  permulaan.  Kesakitan  yang  sebenar  bakal  menyusul  sebentar  lagi."  kata  Iman  penuh  dramatis.  Tuala  yang  diambil  digunakan  untuk  membersihkan  kaki  Amin  yang  berselumuh  dengan  lumpur.

Muka  Amin  sudah  berubah  pucat.  Tidak  lama  kemudian...

"Mummy!!!!"  Amin  menjerit  akibat  kesakitan  yang  amat  sangat.

'Nasib  aku  lah  dapat  laki  lembik  macam  dia.  Dah  jodoh  nak  buat  macam  mana,  iye  dok?'  desis  Iman  di  dalam  hati.

Bersambung...

Wednesday, November 25, 2015

Cerpen : Please Be Nice With Me

"Bertunang?!" Iman Amani agak terkejut apabila sahabatnya ingin bertunang.

"Yup." Kata Suraya seraya menganggukkan kepalanya.

"Kau tak pernah pun cakap yang kau ada teman istemewa." Iman mula berkecil hati.

"Kalau aku cakap nanti kau bandingkan pula dengan abang kau. Habis lari dia sebab ingat kau nak aku kahwin dengan abang kau. Kau tu dah lah selalu menangkan abang kau saja." Bebel Suraya. Arif benar dengan sikap sahabatnya itu.

"Hihihi." Iman ketawa mendengar bebelan Suraya.

"Tak peliklah kalau tak ada lelaki yang nak dekat kau. Asyik menangkan abang kau saja. Kalau kahwin dengan kau mesti cemburu dua puluh empat jam sehari." Tambah Suraya lagi.

"Nak buat macam mana. Semua lelaki yang aku suka tak ada seorang pun yang macam abang aku. Sejak dia dah kahwin, aku sunyi. Berkepit je dengan bini dia tu. Selalu menangkan bini dia. Aku ni adik dia." Iman meluahkan perasaannya. Teringat akan kisah di mana dia secara tidak sengajanya tertumpahkan air panas ke atas tangan kakak iparnya. Teruk dimarahi oleh abangnya.

"Orang baru kahwin biasalah. Darah manis." Suraya segera memujuk Iman apabila reaksi wajah Iman mula berubah.

"Aku tekilan sangat. Dia tak pernah nak marah aku sebelum ni." Air mata mula bertakung di birai mata.

"Hai. Lama tunggu?" Sapa satu suara. Terus kering air mata Iman akibat terkejut. Spoil!

"Waalaikumsalam." Kata Suraya tanda menyindir.

"Maaf. Assalamualaikum." Ucap empunya suara tadi.

"Waalaikumsalam. Bukan bagus memberi salam. Sama-sama mendoakan kesejahteraan masing-masing." Kata Suraya. Lagak ustazah pula gayanya.

"Maaf. Tak sabar nak jumpa awak sampai terlupa nak beri salam. Ni Iman ke? Saya Taufiq." Tanya Taufiq seraya memperkenalkan diri kepada Iman. Iman pantas berpaling.

Iman mengangkat tangan tanda mengiyakan. Tidak berminat mahu bermesra dengan lelaki sejak pergaduhan abangnya itu.

"Ni saya kenalkan kawan baik saya. Terserempak tadi jadi saya ajak dia ikut sekali. Tak apakan?" Tanya Taufiq kepada Suraya.

"Tak apa. Duduklah dan pesan makanan. Kami dah pesan tadi. Sedang menunggu je habuan kami." jelas Suraya.

"Apa nama awak? Isteri tak marah ke kalau tengok awak ada kat sini. Tercukup orang pula untuk buat double date." Tanya Suraya. Risau pula sahabatnya diserang nanti. Iman masih dengan wajah mencukanya.

"Saya Ahmad Iman. Panggil Iman je. Saya ni bujang lagi. Jadi jangan risau sebab tak ada siapa yang nak serang awak berdua." Jawab Ahmad Iman.

"Eh, nama awak sama dengan sahabat saya ni. Iman Amani."jawab Suraya sambil menepuk belakang Iman. Iman yang sedang minum hampir tersedak akan tepukan Suraya. Terbatuk-batuk Iman di buatnya.

"Haah, baru perasaan. Macam berjodoh pula. Padan juga dua-dua masil solo." Kata Taufiq sambil ketawa nipis apabila melihat Iman yang sedang terbatuk dek tepukan Suraya.

"Nasib tak arwah aku ni. Memang tak sayang kawan betul kau ni kan. Aku tengah melayan perasaan kau tepuk belakang aku. Tengah aku minum pula tu." Merah padam wajah Iman apabila berkata sedemikian.

"Bagus pun. Biar kau kembali ke dunia realiti. Tak payah nak melayan perasaan sangat. Abang kau bukan sengaja nak marahkan kau." Suraya menggelengkan kepalanya melihat sikap Iman.

"Gaduh dengan abang ke?" Tanya Taufiq berani. Berdasarkan cerita Suraya Iman ada brother-complex. Sentiasa menangkan dan tak boleh melihat abangnya bersama dengan orang lain.

Iman hanya mendiamkan diri. Tidak berminat untuk menjawab persoalan Taufiq.

"Merajuk dengan abang sebab abang dia lebihkan isteri dia. Biasalah orang darah manis. Abang dia termarah dia sebab dia tertumpahkan air panas. Terkena tangan isteri dia. Tu yang kena marah tu." Jawab Suraya menggantikan Iman. Iman menjeling ke arah Suraya. Sesuka hati beritahu masalahnya kepada orang yang dia tidak kenal. Sudahlah bercinta tak beritahu. Tup tup sudah nak bertunang.

"Biasalah orang yang baru berkahwin. Mesti awak rapat dengan abang awak sampai awak berkecil hati dengan abang awak bukan." Ucap Ahmad Iman.

Iman memandang jejaka yang duduk di hadapan dia. Iman merenung tepat ke arah anak mata Ahmad Iman. Ahmad Iman mula tak senang duduk melihat Iman yang merenungnya.

"Yang kau tenung dia macam orang kebulur kenapa. Lapar sangat ke sampai orang pun kau nak baham? Ke..." Suraya memarahinya. Ayat tergantungnya seakan-akan bertanya adakah dia sudah jatuh hati kepada insan di hadapannya.

"Agak-agaklah. Dalam hati aku cuma ada abang aku je." Kata Iman sambil tersenyum. Mula mengimbas kembali kenangan dahulu di mana abangnya memanjakannya. Bermain denganya dan lain-lain. Tak tahulah sudah sampai ke bulan atau matahari Iman mengimbas kembali.

"Kalau aku dapat anak, aku tak bagi anak aku bermanja dengan abangnya. Nanti jadi macam kau." Kata Suraya. Iman mencebik.

Iman bangun tanda protes. Merajuk dengan Suraya. Rajuk dengan abang belum habis. Tambah pula dengan rajuk sahabat baiknya. Iman berlalu pulang tanpa berkata apa-apa.

"Biar je dia. Jangan di layan sangat dia tu. Sebab itulah sampai sekarang belum kahwin. Kalau nak diikutkan ramai je orang yang yang suka kat dia. Tapi sikap dia tu je lah orang tak tahan." Suraya menggelengkan kepalanya. Mereka meneruskan acara mereka tanpa Iman.

Ahmad Iman melihat Iman sehingga Iman hilang dari pandangan mata. Kemudian dia tersenyum sendiri.

"Boleh tak saya nak contact number Iman?"
~~~
"Iman, abang minta maaf sebab marahkan Iman. Abang bukan sengaja. Tapi Iman juga yang salah sebab tumpahkan air panas." Pujuk Ahmad Idlan, abang Iman.

"Kenapa abang pula yang kena minta maaf. Iman yang salahkan sebab tumpahkan air panas. Jadi Iman yang kena minta maaf. Minta maaf sangat-sangat ya kak, abang." Kata Iman sambil senyum yang tidak ikhlas. Iman ingin masuk ke dalam biliknya selepas pulang daripada acara makan tengah hari yang tidak jadi baginya. Sampai sahaja di rumah abangnya terus meminta maaf kepadanya.

'Kenapalah aku tak sewa rumah je. Kalau aku tahu abang ada aku tak balik tadi. Aku rasa macam nak pindah dari rumah mak dan abah ni je.' Desis Iman. Masih berkecil hati dengan abangnya.

"Abang tahu Iman marahkan abang lagi. Iman janganlah macam ni. Sedih hati abang tengok adik abang ni macam ni. Mana adik abang yang sentiasa tersenyum macam kanak-kanak riang bila abang balik?" Idlan masih memujuk adiknya. Tidak sangka rajuk adiknya kali ini lebih lama dari apa yang di jangkanya.

"Adik abang tu dah tak wujud." Jawab Iman lalu berlari masuk ke dalam bilik.

Idlan tergamam melihat sikap adiknya itu. Rasa seperti mahu menangis apabila mendengar kata-kata yang diucapkan Iman.

"Suadahlah Idlan. Nanti sejuklah hati Iman tu."kata Puan Intan, mak Idlan dan Iman.

"Tapi mak.."

"Iman tu mana pernah merajuk lama dengan kamu." Celah Encik Amir, abah Idlan dan Iman.

"Betul tu Idlan. Kamu yang manjakan dia sangat. Mak dah pesan dari awal jangan manjakan Iman sangat. Macam ni lah jadinya." Kata Puan Intan

Idlan hanya mendiamkan diri.

"Betul kata mak abang. Abang lagi kenal dengan Iman. Abang dengan Iman rapat jadi tak mungkin Iman nak merajuk lama." Pujuk Manisah,isteri Idlan. Idlan hanya merenung lantai. Satu keluhan di lepaskan.
~~~
Iman menghempas pintu dengan kuat. Menunjukkan bahawa dia masih berkecil hati dengan Idlan.

"Semua salah aku. Aku cakap aku tak sengaja tak nak percaya. Tahulah isteri dia tu lagi cantik lagi manis dari aku. Tapi tak payahlah bela dia sangat." Air mata Iman mulai gugur. Bunyi deringan telefon bimbit Iman mengganggu Iman.

'Siapa yang mesej aku ni? Tak kenal pula nombor ni.' Desis Iman.

Assalamualikum Iman. Saya Ahmad Iman. Kawan Taufiq. Boleh berkenalan?

'Macam mana dia ada nombor telefon aku ni? Mesti Suraya punya kerja.' Duga Iman. Iman membiarkan sahaja mesej itu tidak berbalas. Tiada mood untuk berkenalan dengan sesiapa.

Telefon bimbit Iman berdering kembali.

Iman dah makan? Tadi tak sempat nak makan sekali. Kalau tak boleh kita berbual.

'Mamat ni nak apa sebenarnya?' Iman mulai rimas. Sekali lagi Iman tidak membalas mesej daripada Ahmad Iman. Selang beberapa minit telefonnya berdering kembali.

Baru-baru ni adik perempuan saya baru je bernikah. Seronok saya tengok dia bahagia. Tapi sedih juga sebab dia akan berpindah dan duduk dengan suami dia. Saya dengan dia rapat sangat sebab kami kembar. Rasa macam tak ada kembar pula lepas dia dah bernikah. Dulu kalau pergi mana-mana mesti bersama.

Mesej kali ini lebih panjang.

'Bila pula aku tanya dia pasal adik kembar dia. Tapi, situasi dia macam aku lah.' Jari Iman pantas menaip.

Saya tak ada selera nak makan. Maaf sebab tak balas mesej awak dengan sengaja. Saya faham perasaan tu. Tapi awak mesti lagi sedih sebab awak kembar.

Mesej di hantar. Tidak lama kemudian mesej baru di terima.

Hihi..tak apa. Saya tahu. Sedih memabg sedih tapi saya gembira tengok dia bahagia. Jadi kita kawan?

Jari Iman menaip lagi.

Yup. Kita kawan (≡^∇^≡)

Mesej di hantar. Iman mulai senang dengan Ahmad Iman.
~~~
"Aku tengok kau ni tak habis-habis bermesej. Mesej dengan siapa kau ni?" Tanya Suraya apabila melihat Iman yang bermesej sambil tersenyum.

"Mesej dengan Ahmad Iman." Jawab Iman ringkas. Suraya agak terkejut.

"Sejak bila kau rapat dengan dia?" soal Suraya.

"Sejak kau bagi dia nombor telefon aku kat dia. Dia ni funny lah." Kata Iman sambil tersenyum.

Suraya mulai rimas melihat Iman yang sibuk bermesej. Suraya dengan pantas merampas telefon bimbit Iman. Wajah Iman sudah mencuka.

"Sudahlah tu. Kat majlis pertunangan aku juga kau nak bermesej. Sebelum ni tak pula aku nampak kau bermesej." Kata Suraya.

"Dia sibuk dengan kerja. Aku pun sibuk dengan kerja. Bertambah sibuk bila kau tak ada." jawab Iman.

"Suraya,mari ke depan. Nak sarung cincin." Panggil Puan Khatijah, ibu Suraya.

Suraya yang cantik memakai jubah putih bermanik hitam bangun diiringi dengan Iman yang memakai baju kurung moden berwarna kelabu. Mereka ke ruang tamu untuk menyarung cincin.

Ibu Taufiq, Puan Hajah Sakinah menyarung cincin di jari manis Suraya apabila Suraya duduk dan bersalam dengannya.

"Cantik Suraya ni. Tepat sangat pilihan Taufiq." Puji Puan Hajah Sakinah.

Suraya tersenyum malu. Iman tersenyum melihat Suraya yang tampak bahagia. Dalam 6 bulan begelar Puan Suraya pula.

"Yang ni apa nama?" Sapa Puan Hajah Sakinah kepada Iman.

"Iman Amani." Jawab Iman.

Puan Hajah Khatijah tersenyum. Begitu juga Iman.
~~~
"Aku keluar kejap." Ucap Iman. Suraya hanya menganggukkan kepala.

Mata Iman meliar mencari kelibat seseorang. Matanya tertacap pada susuk tubuh yang di kenalinya itu. Selang beberapa langkah, Iman kaku melihat Ahmad Iman berbual dengan abangnya dengan mesra.

Idlan melihat kelibat adiknya lalu secara spontan dia memanggil Iman sambil melambai.

"Iman!"

Iman agak terkejut apabila abangnya menyeru namanya. Ahmad Iman memandang Iman sambil tersenyum. Iman melangkah ke arah Idlan dan Ahmad Iman.

"A..." belum sempat Idlan menghabiskan satu perkataan, dia membisu.

"A apa abang?" Tanya Iman.

"Bila di fikirkan balik, abang tak nak kenalkan Iman dengan Iman." Ucap Idlan. Iman terpinga-pinga. Memang sejak dari kecil abangnya tidak pernah memperkenalkan temannya kepada Iman.

"Kami dah kenal Idlan. Dah berkawan pun." Kata Ahmad Iman sambil tersenyum.

Iman terkejut dengan pengkauan Ahmad Iman. Idlan terkaku.

"Ma..ma...macam ma..mana ka..kamu..ke...ke...kenal a..a..adik aku?" Idlan gagap. Tidak menyangka bahawa mereka sudah berkenalan.

"Saya kawan dengan tunang Suraya, Taufiq. Kami ada terserempak kemudian Taufiq ajak makan sekali. Dari situ saya mula berkenalan dengan Iman." Jujur Ahmad Iman.

"Jadi, pe...perem..puan yang..kamu su...su..suka tu?"

Ahmad Iman hanya tersenyum. Iman tidak dapat mentafsir apa yang mereka maksudkan. Perempuan? Suka? Idlan sudah ada teman istemewa?

"Iman! Kamu tak boleh kahwin tanpa restu abang! Abang tak izinkan kamu kahwin dengan dia! Kamu tak boleh kahwin dan itu muktamad! Titik!" Tegas Idlan.

Air mata Iman sudah bergenang. Iman menuju ke arah kakak iparnya. Manisah yang mendengar perbualan mereka hanya menggelengkan kepala. Mereka berlalu pergi. Sempat Manisah menjelerkan lidah ke arah Idlan. Idlan terpaku dengan perbuatan isterinya.

"Sejak bila kamu berdua jadi geng ni?"

"Baru je." Jawab Manisah.

"Boleh join geng tak?" Tanya Ahmad Iman.

"Dialu-alukan."
~~~
"Macam mana awak kenal dengan abang saya?" Soal Iman kepada Ahmad Iman.

"Kawan sekerja." Jawab Ahmad Iman ringkas.

"Jadi awak dah lama kenal dengan saya?"

"Kenal tu tak tapi abang awak selalu cerita pasal awak dekat saya. Mungkin sebab nama kita sama. Tapi masa kali pertama jumpa awak tu saya dah tahu itu awak berdasarkan cerita abang awak." Jawab Ahmad Iman panjang lebar.

"Kenapa tak bagi tahu saya? Awak nak mempermainkan perasaan saya? Kalau awak dah ada teman istemewa kenapa nak berkawan dengan saya?" Bertalu-talu soalan yang diajukan kepada Ahmad Iman.

"Saya tak ada niat nak tipu awak. Saya jujur dan ikhlas nak berkawan dengan awak. Pasal teman istemewa tu memang ada tapi..."

"Tapi apa?"

"Tapi saya tak tahu orang tu ada perasaan dengan saya atau tak. Sebab orang tu selalu menangkan abang dia. Saya pula yang cemburu. Bila saya ajak keluar jumpa mesti kena minta izin abang dia. Mestilah abang dia ikut sekali. Abang dia tu mana bagi adik dia keluar dengan mana-mana lelaki. Sudah lah jual mahal. Bila saya mesej dia ajak berkawan dia tak balas pun. Penat saya tunggu. Lepas itu dia anggap saya ni macam kaunselor dia. Semua masalah dia dengan abang dia, dia bagi tahu saya. Saya pula yang kena selesaikan. Sudah lah abang dia baru je reject saya depan." Panjang lebar Ahmad Iman meluahkan perasaan.

Iman terpaku. Semua yang dikatakan Ahmad Iman berkenaan dirinya.

"Apa nama teman istemewa awak?" Tanya Iman berani.

"Nama dia Iman Amani Binti Amir."

Muka Iman mula bertukar warna.

"Jadi, apa kedudukan saya dalam hati awak?" Tanya Ahmad Iman sambil tersenyum menawan.

"Kalau awak nak saya jadikan awak teman istemewa, awak kena ikut semua yang ada dalam buku ni." Kata Iman seraya memberi sebuah buku nota kecil.

Belum sempat Ahmad Iman membuka Iman mencelah.

"Baca dekat rumah. Kalau setuju, jumpa mak, abah dan abang saya untuk minta izin." Kata Iman sebelem meninggalkan Ahmad Iman terpinga-pinga.
~~~
On this occasion,
thank you very much
for choosing someone like me
Before using,
please read
this instruction manual carefully.

1. Always handle me properly with care.
2.I'm a limited-edition item,
No return, no exchange
3.Please be understanding
4.There would be times
when I'd get bad mood suddenly
Even though, I wouldn't answer
if you asked me the reason,
But I'd get angry if you left me alone
5.Get along with me until the end

I'd be long-lasted,
1.If you periodically praised me
like said how beautiful my nails
2.Please notice even the slightest changing
3.Watch over me carefully

In case,
I've gotten aged
and you start to look for others
I want you to recall
the day of our first meet

4.Give me a little present in usual day is greatly effective
Your sense for choosing present
is important, too
But a short and pure love letter
is my greatest happiness

5.Once in a while, take me for a trip
6.In our anniversary,
let's go to a fashionable dinner
I won't say anything
about your appearance
but be cool when you escort me
I'd accept all of your everything
with vast heart and deep love

From now on, please get along with me
Even though I'm like this,
please forgive and smile for me
Cherish me forever.
Please be nice with me.
~~~

"Assalamualaikum, tuan, puan, kami datang nak membawa hajat. Kami nak masuk meminang anak tuan dan puan, Iman Amani untuk anak kami, Ahmad Iman."

-TAMAT-

Inspirasi dari lagu Nishino Kana-Torisetsu (Instruction manual)

Monday, July 13, 2015

Cerpen : I Will Always Love You

           Jam  di  dinding  menunjukkan  6.45  pagi.  Qaseh  sudah  siap  berbaju  kurung  putih  kain  biru  sedang  membelek  wajahnya  di  cermin  sambil  membetulkan  tudungnya.  Qaseh  mengalihkan  wajahnya  ke  kanan  dan  ke  kiri  bergilir-gilir.  Matanya  tidak  beralih  dari  memandang  cermin.

Selepas  berpuas  hati  dengan  penampilannya,  Qaseh  berlalu  untuk  bersarapan.  Sarapan  itu  penting  sebelum  memulakan  hari.  Terutama  bagi  dirinya  kerana  hari  ini  merupakan  kertas  terakhir  untuk  peperiksaan  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM).  Qaseh  duduk  di  kerusi.  Di  atas  meja  sudah  tersedia  dua  keping  roti  bakar  dan  semug  susu.  Pasti  mama  yang  menyediakannya.  Mama  tidak  pernah  gagal  untuk  menyediakan  sarapan  untuknya.

Qaseh  menadah  tangan  untuk  membaca  doa.  Selepas  mengaminkan  doanya,  Qaseh  menyuap  sekeping  roti  bakar  ke  mulutnya.  Selesai  sahaja  sarapan,  Qaseh  bangun.  Mencari  mamanya  di  dapur.  Dari  jauh,  Qaseh  dapat  melihat  susuk  tubuh  mamanya  yang  sedang  membasuh  pinggan.  Qaseh  memeluk  mamanya  dari  belakang.  Puan  Hafizah,  mama  Qaseh  agak  terkejut  dengan  telatah  anaknya.  Namun  senyuman  manis  tetap  di  beri.  Senyumkan  sedekah.

“Anak  mama  sudah  sedia?  Hari  ini  kertas  akhir  bukan?”  tanya  Puan  Hafizah  kepada  anaknya.  Tangan  yang  penuh  dengan  sabun  di  bersihkan  dengan  air  yang  mengalir  daripada   paip  singki.  Badan  di  pusingkan  supaya  dapat  melihat  wajah  anak  tunggalnya.  Wajah  yang  putih  mulus  tanpa  sebarang  parut  jerawat  di  tatapnya  dengan  penuh  kasih  sayang.  Qaseh  tidak  menjawab  persoalan  mamanya.  Tidak  mahu  terlalu  yakin.  Hanya  membalas  senyuman  mamanya.

“InsyaAllah  mama,  Qaseh  akan  cuba  apa  yang  Qaseh  mampu.  Mama  doakan  Qaseh  ya.”  Hanya  itu  yang  mampu  di  balas.  Memohon  restu  mama  sebelum  berangkat  ke  sekolah.

“Mama  selalu  doakan  anak  mama  supaya  berjaya  dunia  dan  akhirat.”  Balas  Puan  Hafizah.

“Okaylah  mama.  Qaseh  pergi  dulu.”  Ucap  Qaseh  sambil  mengucup  tangan  mamanya.  Kemudian  pipi  mamanya  kiri  dan  kanan  di  kucupnya.

“Assalamualaikum,  Qaseh.”  satu  suara  memberi  salam  dan  memanggilnya.  Pasti  Hana.  Qaseh  melihat  jam  di  pergelangan  tangannya.  Jam  menunjukkan  pukul  7.00  pagi.

“Buat  elok-elok.  Baca  doa  sebelum  jawab.”  Pesan  Puan  Hafizah.  Qaseh  menganggukkan  kepalanya  lalu  berlalu  pergi  ke  ruang  depan  rumah.  Qaseh  mencapai  beg  dan  kunci  motornya.  Kasut  putih  di  sarungkan.

“Waalaikumsalam.”  Jawab  Qaseh.  Tidak  jawab  salam  berdosa.  Boleh  masuk  api  neraka.  Qaseh  menghidupkan  enjin  motornya.  Helmet  di  pakai  demi  keselamatan.  Enjin  motor  dihidupkan.

“Jom.”
~~~

            “Cikgu  harap  kamu  semua  dapat  menjawab  kertas  terakhir  kamu  dengan  cemerlang.”  Ucap  Pengetua  sekolah  sebagai  kata-kata  semangat.

            Hari  ini  merupakan  kertas  terakhir  untuk  peperiksaan  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)  bagi  pelajar  aliran  sains  tulen.  Qaseh  meletakkan  tapak  tangan  kanannya  di  dada.  Merasa  degupan  jantung  yang  semakin  pantas.  Debaran  menjawab  kertas  terakhir.  Tidak  sangka  pejuangannya  sebagai  seorang  pelajar  sekolah  menengah  bakal  berakhir.  Masih  segar  diingatannya  pada  hari  pertama  kakinya  menjejakkan  kaki  di  sekolah  menengah.  Kini,  semua  itu  bakal  berakhir.

            Satu  per  satu  barisan  pelajar   tingkatan  5  aliran  sains  tulen  bergerak  masuk  ke  dewan  peperiksaan.  Qaseh  duduk  di  tempatnya.  Qaseh  mencari  kelibat  sahabatnya,  Hana.  Kebetulan  Hana  juga  memandang  ke  belakang.  Pandangan  mereka  bertemu.  Sebaris  senyum  di  berikan.

            Pengawas  peperiksaan  mula  memberi  taklimat.  Selesai  sahaja  taklimat  di  beri,  para  pelajar  mula  menjawab.  Qaseh  menadah  kedua-dua  tangannya.  Berdoa  sebelum  menjawab  peperiksaan.  Memohon  pada  yang  Esa  agar  dipermudahkan  urusannya.  Qaseh  mengaminkan  doanya.  Pen  dicapai.  Tangan  mula  menulis.
~~~
           
             “Merdeka!”  jerit  beberapa  pelajar  lelaki.  Akhirnya,  mereka  berjaya  mengharungi  kertas  terakhir  dengan  jayanya.  Pelajar  perempuan  tiada  kurangnya.  Senyuman  sentiasa  di  bibir.  Tidak  kurang  juga  wajah  yang  penuh  kehampaan  keluar  daripada  dewan  peperiksaan.

            “Qaseh!”  panggil  Hana.  Qaseh  memandang  Hana  dengan  senyuman.

            “Ya,  ada  apa  sahabatku  Hana  Nur  Iman?”  tanya  Qaseh.

            “Esok  jangan  lupa.”  Kata  Hana.

            “Lupa  apa?”  Qaseh  bingun.

            “Bukan  ke  kita  sudah  berjanji  mahu  keluar  dengan  kawan-kawan  yang  lain  tengok  wayang.  Menyambut  kemerdekaan  kita  yang  tidak  berapa  nak  merdeka  ini.”  Kata  Hana  cuba  mengingatkan  Qaseh.  Hana  mengeluh  panjang.  Nasib  hanya  perkara  seperti  ini  yang  Qaseh  sering  lupa.  Jika  semua  perkara  lupa,  ke  lautlah  SPM  Qaseh.

            “Oh,  pasal  itu.  Mana  boleh  lupa.  Saya  ingatlah.  Mustahil  untuk  saya  lupa.  Hari  terakhir  membuat  kenangan  bersama  sahabat.”

            “Kali  terakhir?”  Hana  agak  terkejut  dengan  apa  yang  baru  diucapkan  Qaseh.

            Qaseh  agak  terkejut  dengan  keterlanjurannya.  Namun,  wajah  tenang  cuba  dipamerkan.  Tidak  mahu  Hana  mahupun  teman-teman  lain  tahu  tentang  apa  yang  bakal  terjadi  pada  dirinya.

            “Kali  terakhir  untuk  kita  berkumpul  beramai-ramai.  Esokkan  semua  turut  serta.  Lepas  itu,  semua  sibuk  dengan  hal  masing-masing.  Ada  yang  pulang  ke kampung.  Ada  yang  mula  mencari  kerja  sambilan.”  Terang  Qaseh.

            “Oh.  Walaupun  sudah  sibuk  tidak  semestinya  kita  tidak  boleh  berkumpul  beramai-ramai  lagi.   Kita  boleh  cari  tarikh  yang  sesuai.”  Kata  Hana.  Qaseh  hanya  tersenyum  sepi.  Hana  dapat  mengesan  perubahan  air  muka  Qaseh.  Dapat  dirasakan  bahawa  Qaseh  ada  menyembunyikan  sesuatu  daripadanya.
~~~

            “Merdeka  juga  kita  akhirnya.”  Kata  Kamal.  Dia  kemudiannya  memandang  sahabatnya  Rizki.  Senyuman  terukir  di  bibirnya  apabila  melihat  Rizki.  Rizki  sedari  tadi  memandang  teman  sekelas  mereka.  Qaseh.

            Kamal  menyiku  pinggang  Rizki.  “Kalau  suka  cakap  suka.  Nanti  terlepas.”  Kata  Kamal  di  telinga  Rizki.

            Rizki  agak  terkejut  dengan  perbuatan  Kamal.  Mukanya  mula  berona  merah.  Malu  di  katakan   sedemikian  rupa.  Namun  tiada  kata  untuk  membidas  kata-kata  Kamal.  Apa  yang  di  katakan  oleh  Kamal  benar.  Kalau  suka  kata  suka.

            “Bukan  sekarang.”  Hanya  itu  yang  mampu  di  ucapkan  Rizki.

            “Kalau  bukan  sekarang  bila?  Bukannya  engkau  tidak  tahu  yang  Qaseh  itu  ramai  peminat.”  Kata  Kamal.  Tidak   berpuas  hati  dengan  pandangan  Rizki.

            “Kalau  jodoh  tak  ke  mana.”  Hanya  itu  yang  mampu  Rizki  katakan.  Rizki  berlalu  apabila  melihat  sebuah  kereta  yang  di  kenalinya  sudah  tiba  di  perkarangan  sekolah.  Pasti  ibunya  yang  datang  menjemputnya.

            “Aku  balik  dulu.  Jumpa  esok.”  Ucap  Rizki  mengakhiri  perbualannya  dengan  Kamal.
~~~
            “Qaseh  sudah  kemas  barang?  Esok  sudah  keluar  dengan  kawan.  Lusa  kita  sudah  mahu  berangkat.”  Tanya  Puan  Hafizah  kepada  anaknya.

            Qaseh  menganggukkan  kepalanya  tanda  mengiyakan.  Suasana  menjadi  sunyi.  Qaseh  mencapai  telefon  bimbitnya.  Lagu  di  pasang.

            “Mama  tahu  Qaseh  berat  hati  mahu  berpindah.  Tapi  ini  sudah  keputusan  papa.”  Pujuk  Puan  Hafizah.  Puan  Hafizah tahu  bahawa  Qaseh  enggan  mengikutnya  dan  suami berhijrah  ke  Jepun.

            “Qaseh  naik  atas  dulu.”  Kata  Qaseh  sambil  mencium  tangan  Puan Hafizah.  Sudah  menjadi  tabiatnya  untuk  bersalam  dengan  kedua-dua  orang  tuanya  sebelum  masuk  tidur.

            Qaseh  dengan  pantas  menaiki  tangga.  Qaseh  masuk  ke  bilik  tidurnya.  Pintu  di  kunci.  Tidak  mahu  di  ganggu  saat  itu.  Perlahan-lahan  air  mata  jernihnya  mengalir.  Sedari  tadi  cuba  menahan  air  mata  daripada  gugur  di  depan  mamanya.  Tidak  mahu  mamanya  risau.  Malam  itu,  Qaseh  tidur  bertemankan  air  mata.
~~~

           Keesokkan  harinya,  seperti  yang  di  janjikan,  Qaseh  dan  teman  sekelasnya  berkumpul  di  pusat  membeli  belah.  Pelbagai  aktiviti  yang  mereka  lakukan.  Menonton  wayang,  main  boling,  karoake,  membeli  belah  dan  makan.  Sempat  juga  mereka  bergambar  tanda  kenangan.  Sepanjang  hari  itu,  Qaseh  tidak  lekang  dengan  senyuman.

            Rizki  sedari  tadi  melihat  Qaseh.  Dapat  di  rasakan  bahawa  senyuman  di  wajah  Qaseh  hanya  di  buat-buat.  Rizki  menghampiri  Hana.  Ingin  bertanya  perihal  Qaseh.

            “Qaseh  ada  masalah  ke?”

            “Kenapa  awak  tanya?”  Hana  pelik  dengan  kelakuan  Rizki.  Tidak  pernah  jejaka  tampan  di  depannya  bertanya  padanya  perihal  Qaseh.  Hana  dapat  merasakan  bahawa  Rizki  menyukai  sahabatnya.  Mana  tidaknya  kalau  mata  Rizki  tidak  lepas  daripada  memandang  Qaseh.

            “Tidak  apalah.”  Jawapan  yang  diberikan  oleh  Rizki  membuatkan  Hana  bingun.  Hana  merapati  Qaseh.  Hana  melihat  wajah  Qaseh  yang  tidak  lekok  dari  senyuman.

            Setelah  memerhati  tingkah  laku  Qaseh,  Hana  dapat  merasakan  sesuatu.  Mungkin  inilah  yang  dirasakan  oleh  Rizki  tadi.  Qaseh  ada  menyembunyikan  sesuatu  daripadanya.

            “Qaseh,  awak  ada  sesuatu  yang  mahu  beritahu  saya?”  tanya  Hana.  Mungkin  Qaseh  akan  lebih  terbuka  untuk  berkongsi  cerita.

            Qaseh  kelu  dengan  pertanyaan  Hana.  Seperti  Hana  dapat  membaca  isi  hatinya.  Namun  dia  sudah  bertekad  untuk  merahsiakan  perkara  ini.

            “Beritahu  apa?”  tanya  Qaseh  kembali.  Cuba  berdalih  daripada  menjawab  pertanyaan  Hana.

            Hana  hampa  dengan  jawapan  Qaseh.  Hana  menggeleng  kepalanya  tanda  berputus  asa.
~~~

            “Assalamualaikum.”  Rizki  memberi  salam.

            “Waalaikumsalam.”  Jawab  Puan  Intan,  ibu  Rizki.

            “Seronok  keluar?”  tanya  Puan  Intan.

            “Seronok.”  Jawab  Rizki  ceria  seraya  mengangguk.

            “Kamu  tahu,  Puan  Hafizah  dengan  anak  dia  mahu  berhijrah  ke  Jepun.  Esok  mereka  akan  berangkat  ke  lapangan  terbang.  Ikut  suaminya  yang  bekerja  di  Jepun.  Rasanya  dekat  setahun  juga  suaminya  sudah  bekerja  di  Jepun.  Agaknya  tunggu  anak  habis  SPM  baru  mahu  berpindah.”  Kata  Puan  Intan  panjang  lebar.

            Rizki  terdiam  apabila  ibunya  berkata  sedemikian.  Qaseh  akan  berhijrah  ke  Jepun?  Esok?  Kenapa  aku  tidak  pernah  dengar?  Qaseh  tidak  ada  cakap  apa-apa  pun.  Hana!

            Rizki  bergegas  masuk  ke  dalam  biliknya.  Puan  Intan  berasa  aneh  dengan  perubahan  riak  di  wajah  anaknya  itu.  Senyuman  terukir  di  bibir.  Faham  apa  yang  berada  di  dalam  hati  anaknya.

Telefon  di  keluarkan.  Nombor  Hana  di  cari  lalu  di  telefon.  Rizki  mundar-mandir  di  dalam  biliknya.  Hatinya  berdebar.  Jantungnya  berdegup  kencang.  Mengharapkan  apa  yang  di  dengarnya  tadi  hanyalah  khabar  angin.

“Assalamualaikum.”  Hana  menjawab  panggilan  Rizki.  Kebetulan  dia  baru  sahaja  sampai  di  rumah.

“Waalaikumsalam.  Qaseh...”  akibat  khabar  yang  di  sampaikan  ibunya  begitu  mengejutkan,  Rizki  tidak  tahu  bagaimana  untuk  memberitahu  Hana.  Apatah  lagi  Hana  merupakan  sahabat  Qaseh.

“Kenapa  dengan  Qaseh?”  Hana  cuba  berlagak  tenang.  Debaran  di  hati  semakin  pantas.

“Qaseh,  esok...”  Rizki  mula  berasa  berat  hati  untuk  menghabiskan  ayatnya.  Rizki  memejam  mata.  Nafas  di  tarik  sedalam-dalamnya.  Apabila  hati  sudah  mula  tenang  Rizki  menyambung  ayatnya.

“Esok  Qaseh  akan  berhijrah  ke  Jepun.  Penerbangan  dia  esok.”

Pak!

“Hello,  Hana?  Hana  awak  okay  ke?”  tanya  Rizki  dalam  talian.

Telefon  bimbit  Hana  terlepas  dari  genggamannya.  Jatuh  di  atas  lantai.  Air  mata  deras  mengalir  tanpa  di  pinta.  Berita  ini  sangat  mengejutkan.  Hana  jatuh  terduduk.  Bahu  Hana  terhenjut-henjut.  Tangisannya  semakin  kuat.

~~~

            Qaseh  memandang  biliknya.  Bilik  yang  berwarna  ungu  muda  dan  merah  jambu  serta  hiasan  bilik  di  dalam  bilik  itu  sungguh  menyenangkannya.  Gambar-gambar  yang  tergantung  di  dinding  di  capai.  Qaseh  merenung  gambar  itu.  Air  matanya  gugur.  Rasa  hiba  di  hati  sungguh  menyeksakan  jiwanya.  Gambarnya  bersama  teman-teman  sekelasnya.  Gambarnya  bersama  Hana.  Gambarnya  bersama  guru-guru  semasa  sambutan  hari  guru.  Sungguh  kenangan  itu  akan  di  simpan  di  dalam  hati.

“Qaseh,  teksi  sudah  sampai.”  Ucapnya  Puan  Hafizah.  Sayu  hatinya  melihat  anaknya  yang  begitu  hiba.  Andai  dapat  diubah  segalanya  pasti  akan  diubahnya.  Namun  semua  ini  sudah  tersurat.  Pasti  ada  hikmah  disebalik  semua  ini.

Qaseh  menyimpan  gambar-gambar  itu  di  dalam  bagasinya.  Akan  di  bawanya  bersama  ke  Jepun.  Hanya  itu  sahaja  yang  ada  sebagai  kenangannya  di  Malaysia.  Selepas  menzip  bagasinya,  Qaseh  turun.  Pintu  rumah  di  kunci.  Kaki  melangkah  ke  arah   teksi.  Bagasi  di  simpan  di  ruang  bagasi.

Puan  Hafizah  duduk  di  bahagian  penumpang  di  belakang  bersama  Qaseh.  Berharap  agar  kesedihan  Qaseh  akan  berkurang.  Tangan  Qaseh  di  capai  lalu  diusap  lembut.  Qaseh  meyandarkan  kepalanya  di  bahu  Puan  Hafizah.  Mata  di  pejam.  Qaseh  terlena  akibat  keletihan  menangis.

Puan  Hafizah  mengucup  kepala  Qaseh.  Bahu  Qaseh  diusap  lembut.  Ingin  memberi  kekuatan  kepada  Qaseh.  Suapaya  Qaseh  tabah  mengharungi  cabaran  dan  ujian  yang  bakal  mendatang.

Apabila  Qaseh  membuka  mata,  mereka  sudah  sampai  di  lapangan  terbang.  Qaseh  menarik  nafas  sedalam-dalamnya.  Cuba  menenangkan  hatinya.  Cuba  memberi  kekuatan  kepada  hatinya  agar  tabah  menghadapi  semua  dugaan  ini.

Pintu  kereta  di  buka.  Bagasi  di  keluarkan.  Qaseh  dan  Puan  Hafizah  berjalan  beriringan  ke  tempat  perlepasan.  Qaseh  duduk  di  kerusi  yang  di  sediakan.

“Mama  pergi  ambil  tiket  dulu  ya.”  Pinta  Puan  Hafizah.  Qaseh   hanya  menggangguk.  Buat  masa  ini  Qaseh  tidak  mahu  bersuara.

Jam  di  tangan  di  lihat.  Masih  ada  dua  jam  sebelum  tiba  masa  berlepas.  Qaseh  melepaskan  satu  keluhan.  Rasa  sedih  semakin  menebal  di  dalam  hati.  Novel  di  keluarkan  untuk  mengisi  masa  lapang.  Qaseh  cuba  menyibukkan  diri  agar  perasaan  sedih  dapat  di  ketepikan  walaupun  sebentar.

“Baca  novel  saja.”  Kata  satu  suara  dari  belakang.

Qaseh  agak  terejut.  Suara  itu  betul-betul  di  sebelah  telinganya.  Suara  itu  amat  di  kenalinya.  Suara  yang  menjadi  peneman  sepanjang  dia  bergelar  pelajar.  Hana!

Qaseh  menoleh.  Alangkah  terkejutnya  apabila  Qaseh  melihat  bukan  Hana  seorang  malah  semua  teman  sekelasnya.  Tanpa  di  pinta  air  matanya  gugur  lagi.  Qaseh  bangun  dan  terus  memeluk  tubuh  Hana.

Qaseh  menangis  dan  menangis.  Hana  menggosok  belakang  Qaseh  cuba  menenangkan  Qaseh.  Perlahan-lahan  air  mata  Hana  turut  gugur.  Seorang  demi  seorang  teman  perempuan  Qaseh  menghampiri  dan  memeluk  mereka.  Air  mata  mereka  turut  tidak  ketinggalan  untuk  gugur  menyembah  bumi.

Mata  yang  di  pandang  tidak  mereka  hiraukan.  Bagaikan  mereka  berada  di  dunia  mereka  sendiri.  Setelah  keadaan  kembali  tenang,  pelukan  mereka  di  leraikan.  Hana  mengusap  air  mata  Qaseh.  Jelas  kelihatan  wajah  Qaseh  yang  merah  dan  matanya  yang  bengkak  akibat  menangis.

“Macam  mana  kamu  semua  tahu?”  tanya  Qaseh  aneh.  Air  mata  yang  bersisa  di  lap  dengan  tisu.

“Rizki  yang  tahu  dulu.  Dia  bagi  tahu  saya.  Jadi  kita  semua  pakat  nak  buat  kejutan  untuk  awak.”  Jelas  Hana.  Qaseh  melihat  Rizki  dengan  pandangan  yang  pelik.

“Saya  tahu  daripada  ibu  saya.”  Bagaikan  dapat  membaca  fikiran  Qaseh,  Rizki  menjawab.  Hana  menggangguk.

“Sampai  hati  tidak  bagi  tahu  kami  tentang  perkara  sepenting  ini.”  Kata  Hana  agak  kecewa.  Seperti  dia  bukan  sahabat  yang  baik  kerana  tidak  tahu  tentang  pemergian  Qaseh  ke  Jepun.

“Saya  bukan  tidak  mahu  beritahu  kamu  semua.  Saya  cuma  rasa  berat  hati  mahu  beritahu  perkara  ini  kepada kamu  semua.”  Jelas  Qaseh.

“Kalau  awak  pergi  tanpa  sebarang  kata  lagi  kami  rasa  sedih.  Semalam  seharian  kita  keluar.  Kita  berseronok  dengan  tamatnya  peperiksaan.  Tiba-tiba  hari  ini  awak  kena  berpindah.  Ke  Jepun  pula.”  Kata  Airin,  teman  sekelas  Qaseh.

Mereka  yang  lain  menggangguk  tanda  setuju.  Qaseh  tersenyum  melihat  mereka.  Terbit  perasaan  gembira yang  tidak  terkata.  Siapa  sangka  dengan  adanya  teman-temannya  di  sisi  perasaan  sedih  dapat  di  ganti  dengan  perasaan  yang  lebih  bermakna.

“Terima  kasih.”  Hanya  itu  yang  dapat  di  ucapkan.

Dari  jauh  Puan  Hafizah  memerhati  Qaseh  dan  teman-temannya.  Lega  hatinya  melihat  Qaseh  yang  tersenyum  ceria  kembali.  Sudah  lama  Qaseh  tidak  tersenyum  sedemikian  rupa.  Mengalir  air  mata  keiibuannya.

“Rizki,  bila  kau  mahu  beritahu  dia?”  bisik  Kamal  di  telinga  Rizki.

Wajah  Rizki  mula  berona  merah.  Apabila  teringatkan  apa  yang  bakal  dibuatnya  sebentar  lagi  membuatkan  hatinya  berdebar.

“Betul  ke  tindakan  aku?”  tanya  Rizki  kepada  Kamal.  Mohon  kepastian.

“Apa  yang  tidak  betulnya.  Kaukan  sudah  lama  sukakan  dia.  Baik  kau  luakan  sekarang.  Aku  dengar  lelaki  Jepun  kacak-kacak.  Melepas  kau  nanti.”  Balas  Kamal.

Rizki  menarik  nafas  dalam-dalam.  Cuba  menenangkan  hatinya.  Jantungnya  berdegup  semakin  pantas.  Rizki  menghampiri  Qaseh.

“Qaseh,  saya  mahu  cakap  sesuatu  sekejap.”  Kata  Rizki.  Qaseh  hanya  mengikut.  Hana  dan  teman-teman  yang  lain  sudah  tersenyum.  Faham  apa  yang  ingin  di  ucapkan  Rizki  sebentar  nanti.

Teman  lelaki  sudah  bersorak  tatkala  melihat  Rizki  menghampiri  Qaseh.  Masing-masing  sudah  tahu  bahawa  Rizki  menaruh  hati  kepada  Qaseh.  Mana  tidaknya  kalau  hari-hari  Rizki  mencuri  pandang  Qaseh  di  dalam  kelas  mahupun  di  kantin.

Sudah  ramai  di  antara  mereka  cuba  mendekati  Qaseh.  Tetapi  semua  di  tolak.  Mereka  ada  terdengar  bahawa  Qaseh  pernah  memuji  Rizki  atas  kepimpinan  Rizki  sebagai  Ketua  Pengawas.

Rizki  juga  tidak  kurangnya.  Ramai  pelajar  perempuan  yang  meluahkan  kata  suka  tetapi  semua di  tolak.  Jawapan  Rizki  cuma  satu.  Sudah  ada  yang  bertakhta  di  hati.

“Awak  mahu  cakap  apa?”  tanya  Qaseh.  Aneh  apabila  melihat  teman-teman  lelakinya  bersorak.

“Janji  dengan  saya  yang  awak  tidakkan  ketawa  ataupun  mencelah.”  Pinta  Rizki.  Qaseh  hanya  mengangguk  tanda  setuju.

“Saya  sukakan  awak.  Saya  tidak  tahu  bila  tapi  sedar  tidak  sedar  saya  selalu  perhatikan  awak.  Awak  tidak  perlu  bagi  tahu  jawapan  awak  sekarang.  Saya  mahu  ucapkan  walaupun  kita  sudah  berjauhan  saya  masih  akan  setia  dengan  perasaan  saya  terhadap  awak.  Cuma  satu  sahaja  saya  minta.  Beri  saya  masa  untuk  melamar  awak  sebagai  ratu  di  hati  saya.  Beri  saya  masa  untuk  buktikan  bahawa  saya  mampu  bahagiakan  awak.  Beri  saya  masa  untuk  saya  melamar  awak  sebagai  peneman  hidup  saya.  Saya  tahu  semua  ini  akan  memakan  masa  tapi  hanya  itu  yang  saya  minta.”  Ucap  Rizki.  Merah  wajahnya  tatkala  mengucapkan  kata-kata  tersebut.

“Saya  akan  tunggu.  Buktikan  apa  yang  awak  katakan  tadi.”  Balas  Qaseh  sambil  tersenyum.

Rizki  tergamam  dengan  apa  yang  baru  di  dengarnya  tadi.  Selepas  tersedar  dari  lamunannya,  Rizki  mengeluarkan  sebuah  kotak.  Di  berikan  kotak  itu  kepada  Qaseh.  Qaseh  dengan  senangnya  menyambut  kotak  yang  di  hulurkan.

Melihat  adegan  itu,  semua  memberi  tepukan  dan  bersorak  riang.  Wajah  Qaseh  dan  Rizki  berubah  menjadi  merah.  Malu  apabila  baru  tersedar  bahawa  mereka  di  perhatikan.  Qaseh  melihat  sekelilingnya.  Bertambah  malunya  apabila  melihat  beberapa  orang  yang  tidak  di  kenalinya  turut  tersenyum  melihat  mereka.

Malu  Qaseh  semakin  bertambah  apabila  matanya  tertangkap  wajah  mamanya  yang  memerhati.  Mamanya  tersenyum  tatkala  mata  mereka  bertentangan.  Kepala  Qaseh  di  tundukkan.  Qaseh  berjalan  menghampiri  Hana.  Hana  tersenyum  melihat  sahabatnya.  Sekurang-kurangnya  hatinya  tenang  melihat  senyuman  Qaseh  yang  seceria  dulu.

“Apa  tunggu  lagi.  Jom  selfie.”  Ajak  Kamal.

Semua  berkumpul  dan  menangkap  beberapa  gambar  dengan  menggunakan  telefon  dan  monopod  Kamal.  Sempat  juga  Kamal  menangkap  gambar  Rizki  dan  Qaseh  berdua.  Senang  hatinya  apabila  sahabatnya  sudah  meluahkan  perasaan.

“Maaf  ganggu.  Qaseh  masa  sudah  tiba.”  Kata  Puan  Hafizah.  Sejeurus  itu  satu  pengunguman  di  utarkan  mengenai  pernebangan  ke  Jepun.

Wajah  yang  tadi  gembira  bertukar  menjadi  sayu.  Suasana  yang  ceria  menjadi  hambar.  Qaseh  memeluk  Hana .  Lama.  Kemudian  seorang  demi  seorang  teman  perempuannya  di  peluk.

“Qaseh  kami ada  sesuatu  untuk  awak.”  Kata  Kamal.  Baru  teringat  akan  hadiah  yang  di  belinya.

“Ini  hadiah  daripada  kami  semua.”  Kata  Kamal.  Sebuah  album  gambar  di  beri  kepada  Qaseh.  Qaseh  menyambut  dengan  gembira.

“Qaseh,  mari.”  Ajak  Puan  Hafizah.

“Jangan  lupa  kami  tahu.  Kami  sayang  Qaseh  sangat-sangat.”  Kata  Hana.  Qaseh  mengangguk.

“Kamu  semua  juga  jangan  lupakan  saya.  Kamu  semualah  sahabat  terbaik  dunia  akhirat  saya.”  Ucap  Qaseh  sebelum  berlalu  pergi  bersama  bagasinya.

Qaseh  melambaikan  tangannya  kepada  Hana  dan  yang  lain.  Mereka  turut  melambai  Qaseh.  Duduk  sahaja  Qaseh  di  dalam  perut  kapal  terbang,  Qaseh  membuka  album  yang  baru  di  berikan.  Terdapat  gambar-gambar  mereka  sepanjang  mereka  bersekolah.  Satu  per  satu  di  tatapnya.  Tidak  ketinggalan  kata-kata  semangat  yang  di  tulis  oleh  mereka  secara  individu.

Inilah  anugerah  Allah  yang  tidak  akan  Qaseh  lupakan  sampai  bila-bila.  Sahabat  dunia  dan  akhirat.  Qaseh  seterusnya  mencapai  kotak  yang  di  berikan  oleh  Rizki.  Di  daam  kotak  itu  terdapat  patung  beruang,  sepucuk  surat  dan  sekuntum  bunga  ros  putih.  Di  leher  patung  beruang  terdapat  rantai  perak  berbentuk  hati.  Qaseh  mengangkat  patung  beruang  itu.  Di  bawahnya  terdapat  kotak  muzik.

Qaseh  membuka.  Alunan  lagu  Canon  in d  Major  di  mainkan.  Itu  merupakan  lagu  kegemarannya.  Mata  Qaseh  tertangkap  sebentuk  cincin  perak  yang  bersorak  bunga.  Qaseh  tersenyum.  Tidak  sangka  Rizki  akan  melakukan  sedemikian  rupa.

Seterusnya,  surat  di  capai.  Di  surat  itu  tertulis  ayat yang  membuatkan  Qaseh  tersenyum  bahagia.  Ayatnya  hampir  sama  dengan  ayat  yang  terdapat  di  helaian  terakhir  album.

I  will  always  love  you.

Puan  Hafizah  memandang  Qaseh  dengan  gembira.  Tenang  hatinya  melihat  Qaseh  sudah  bersemangat  kembali.

Qaseh  menyimpan  semua  hadiah  yang  diterimanya.  Kenangan  bersama  akan  mereka  yang  bergelar  sahabat  tidak  kan  lupus  di  dalam  ingatannya.

10  tahun  kemudian.

            “Cantiknya  awak.  Sejak  balik  semakin  cantik  awak  ya.”

            “Mana  ada.  Biasa-biasa  saja.”

            “Pengatin  lelaki  sudah  sampai.”  Kata  seorang  wanita  tua,  Puan  Hafizah.

            Degupan  jantungnnya  semakin  kencang.  Dari  bilik  ini  dapat  di  dengar  lafaz  akad  yang  di  ucapkan.

            “Aku  terima  nikahnya  Nur  Qaseh  Imani  binti  Ahmad  Khairul  dengan  mas  kahwinnya  senaskah  al-Quran.”

            “Sah.”

            Qaseh  mengucap  syukur  kepada  Tuhan  kerana  pada  hari  ini  dia  selamat  bergelar  isteri  kepada  insan  yang  di  cintainya.

            “Jemput  pengatin  lelaki  menyarungkan  cincin.”

            Pengatin  lelaki  bangun  dan  menghampiri  Qaseh.  Pengatin  lelaki  duduk  di  hadapan  Qaseh.  Cincin  perak  yang  bertakhta  sebutir  permata  di  sarungkan  di  jari  manis  Qaseh.  Qaseh  mencium  tangan  lelaki  yang  kini  bergelar  suaminya.

            “Terima  kasih  sebab sudi  tunggu.  Macam  yang  saya  cakap,  i  will  always  love  you.”  Ucap  Rizki.  Kemudian  dahi  Qaseh  di  cium  penuh  kasih.

            “Terima  kasih  juga  sebab  setia  dengan  perasaan  awak.  Terima  kasih  juga  sebab  awak  tunaikan  janji.”  Kata  Qaseh  sambil  tersenyum  manis.

            Qaseh  kini  bahagia  dengan  kehidupannya.  Segala  yang  terjadi  10  tahun  yang  lalu  banyak  hikmahnya.  Pelbagai  cabaran  yang  di  harungi  dalam  masa  10  tahun.  Alhamdulillah  kepada  Allah  kerana  memberikan  kebahagiaan  yang  tidak  terhingga  kepadanya.

-Tamat-
gambar from manga Faster Than a Kiss ^_^