Pon! Pon!!
Hadi membunyikan hon setelah sampai di perkarangan kediaman atuk dan opah Iman. Hadi mematikan enjin kereta. Di pintu masuk kelihatan kepala atuk terjengul keluar. Melihat siapa yang telah mengganggu ketenangan rumahnya.
'Siapa pulak yang hon kereta depan rumah aku. Ni lah budak zaman sekarang. Bukan nak bagi salam. Hon je.' Atuk merengus geram dalam hati.
"Assalamualaikum!"
'Ha! Tahu pun nak bagi salam.' desis atuk dalam hati.
"Waalaikumusalam." atuk menjawab. Kelihatan Iman sedang memimpin Amin yang bermandikan lumpur. Almaklumlah, jatuh dalam bendanglah katakan.
"Hah Iman. Sudah kenapa dengan si Amin tu sampai kena berpimpin? Berlumpur pulak tu. Kamu buli dia ke?" duga atuk sambil mengecilkan mata. Itulah, zaman sekolah selalu buli orang. Tak pasal-pasal kena tuduh.
"Ish atuk ni. Ke situ pulak dia. Mana ada buli. Cucu atuk ni paling baik, paling ayu, paling cun dan tidak ketinggalan..."
"paling brutal." celah Hadi. Hadi sudah mengekek ketawa melihat Iman yang sudah mengecilkan mata tanda tidak puas hati. Seiiras pulak dengan atuk. Hahaha.
"Ada kamu Hadi. Bila balik?" tanya atuk apabila menyedari kewujudan Hadi.
"Baru je atuk. Dalam perjalanan ternampak Iman dekat bendang. Itu yang tumpangkan Iman sekali." jelas Hadi.
"Aduh! Perlahan lah sikit jalan. Sakit tahu tak." Amin mengaduh kesakitan. Iman hanya melayan kerenah Amin. Dasar anak manja! Sakit sikit pun tak boleh tahan. Nasib terseliuh. Kalau patah tak ke lagi haru.
"Kau ni jantan ke pondan? Sakit sikit tahanlah. Bukannya orang tak tahu. Tahan sikit." kata Iman sedikit geram.
"Kenapa dengan Amin? Terseliuh ke? Biar dia duduk kat tangga dulu. Kalau bawa masuk rumah habis kotor rumah atuk. Siapa yang nak cuci? Atuk jugak. Kejap atuk panggil nenek biar urut sikit. Kalau duduk sini melayan kamu Iman, memang tak ke mana lah jawabnya. Melayan kamu sepuluh tahun tak habis." bebel atuk lalu masuk ke dalam rumah mencari kelibat isteri.
Iman tersenggih seraya membantu Amin untuk duduk di atas tangga paling bawah. Kaki kanan Amin diluruskan untuk mengurangkan kesakitan. Muka Amin berkerut semasa meluruskan kakinya. Hadi hanya memerhati. Dari apa yang dilihatnya, dia dapat mengagak bahawa lelaki itu ialah suami Iman.
'Handsome lagi aku dari laki Iman.' puji Hadi dalam hati. Masuk bakul angkat sendiri betul. Perasan. Bak kata Nazirah, 'loya anak tekak dengar'.
"Iman, aku gerak dulu. Nak jumpa mak dulu. Lepas isyak aku datang jenguk." kata Hadi untuk berlalu pergi.
'Baru sahaja sampai sudah menjadi penyelamat. Balik jumpa mak berguru macam mana nak mengurat buah hati lagi bagus.' desis Hadi. Nampak sangat tak ikhlas tolong. Patutlah si Nazirah susah nak lekat.
"Baliklah. Aku tak suruh pun kau tunggu sampai mamat ni baik. Kirim salam kat mak cik dan pak cik." kata Iman. Tangan dan mata tertumpu pada kaki kanan Amin. Sementara tunggu nenek sampai, Iman mengurut kaki Amin.
"Tak boleh ke lembut sikit urut tu. Sakitlah." adu Amin. Muka sudah berkerut menahan kesakitan. Perit kut.
"Banyak songehlah kau ni. Nak buat macam mana. Ni dah paling lembut dah ni. Nama pun terseliuh. Biasalah sakit tu. Ni mesti kau ada buat dosa kat aku ni sampai terseliuh kaki kau ni." ucap Iman sambil memandang Amin.
"Astafirullahhala'zim, macam mana boleh jadi macam ni?" Iman dan Amin agak terkejut apabila terdengar suara nenek.
"Terjatuh dalam bendang nek." kata Amin. Berusaha dia untuk senyum tapi tidak mampu. Rasa sakit lebih menguasai pemikiran Amin.
"Mari sini nenek tengok. Iman, cari tuala kemudian lap lumpur ni. Boleh Amin masuk baring. Selesa sikit." arah nenek. Iman hanya menurut.
Nenek sudah bersedia untuk memuulakan urutan. Amin yang melihat gaya nenek sudah tidak senang duduk. jari nenek selamat mendarat di atas kaki Amin. Apabila jari nenek menekan kaki Amin...
"Aduh!! Nek, sakit nek!" Amin menjerit kesakitan. Iman yang berada di dalam rumah terdengar jeritan Amin lalu ketawa kecil.
"Rasa kau urutan nenek. Aku urut tadi kira lembut tu. Nenek urut, pergh! Power you!" Iman berkata seorang diri sambil memejamkan mata. Cuba mengimbau kenangan dulu di mana kakinya terseliuh dan nenek yang menjadi doktor untuk mengurut kakinya.
~~~
"Aduh! Nek! Sakit! Sakit nek sakit!" Iman mengaduh kesakitan.
"Itulah, panjat lagi pokok rambutan tu. Nasib baik terseliuh je. Kalau patah macam mana? Tak padan dengan perempuan. Gatal sangat kaki tu nak panjat pokok rambutan tu kenapa? Kan dah jatuh. Nasib baik rendah je pokok tu." nenek membebel sambil tangan sibuk mengurut kaki Iman yang terseliuh.
"Benda dah nak jadi mak. Tak boleh nak buat apa." kata ayah Iman.
"Itulah kamu, manjakan sangat budak ni." nenek berkata geram.
"Aduh, nek! Sakit, perlahanlah sikit." rayu Iman. Air mata mula mengalir.
"Kalau dia tak rasa macam ni mana dia nak serik. Biar dia rasa, baru dia takut nak panjat pokok dah." kata atuk.
"Awak pun sama, manjakan sangat cucu awak ni. Macam tak kenal dengan cucu awak yang tak kenal erti serik. Lagi dilarang lagi dibuatnya." atuk pula yang kena bebel dengan nenek.
"Manalah saya tak manjakan si Iman ni ha. Dia je lah satu-satunya cucu perempuan yang saya ada." kata atuk sayu.
Nenek tidak mempedulikan kata-kata atuk malah terus mengurut kaki Iman. Itulah padahnya bila panjat pokok. Niatnya hanya ingin mengambil buah rambutan yang sudah masak. Warna merah rambutan yang sudah masak menarik badan Iman untuk memanjat. Kalau pokok rambutan mesti ada semut. nak dikatakan ada kerengga. Kalau digigit kerengga, faham-faham je lah rasa sakitnya.
Iman menangis kesakitan. Nenek tidak mengambil kisah akan tangisan Iman. Berani buat, berani tanggung!
~~~
"Aduh! Sakit mummy!" Amin menjerit kesakitan. 'Aku lebih rela Iman urutkan kalau aku tahu jadi macam ni. Huhuhu.'
"Apa mummy mummy? Sakit sikit je dah teriak panggil mak. Nasiblah aku dapat cucu menantu macam kamu ni Amin.' kata nenek.
"Aku dulu kena urut tak adalah sampai jerit panggil mak macam budak kecik. Kiranya kau lagi teruk daripada aku. Tabahkan hatimu wahai suamiku. Ini hanyalah permulaan. Kesakitan yang sebenar bakal menyusul sebentar lagi." kata Iman penuh dramatis. Tuala yang diambil digunakan untuk membersihkan kaki Amin yang berselumuh dengan lumpur.
Muka Amin sudah berubah pucat. Tidak lama kemudian...
"Mummy!!!!" Amin menjerit akibat kesakitan yang amat sangat.
'Nasib aku lah dapat laki lembik macam dia. Dah jodoh nak buat macam mana, iye dok?' desis Iman di dalam hati.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment