Sunday, December 13, 2015

Cerpen : My New Loves Story

'Saya sibuk. Kita lunch sama-sama lain kali.'

Ringkas. Hanya itu yang dapat dikatakan. Lelaki itu bukan lelaki yang aku kenal dulu. Jauh berubah. Mesej yang diterimanya dibaca berulang kali. Satu keluhan dilepaskan.

"Aik, pagi-pagi lagi dah mengeluh." Kata Wadina.

"Manalah aku tak mengeluh. Aqif, dia sibuk. Tak dapat keluar lunch sama-sama." Adu Dahlia.

"Lia, kau kena faham. Dia tu doktor. Bukannya ada banyak masa macam kita." Tegur Wadina.

"Aku tahulah dia tu doktor. Sibuk memanjang. Kita ni cikgu. Kalau aku tahu jadi macam ni, aku jadi jururawat." Kata Dahlia perlahan.

"Habis tu kenapa tak jadi?"

"Sebab aku fikir kalau dah kahwin aku risau anak-anak terabai. Aku tak nak anak-anak aku senasib macam aku. Mak ayah sibuk bekerja. Akhirnya berpisah. Aku tak nak. Aku nak anak-anak aku dapat kasih sayang secukupnya." Ujar Dahlia panjang lebar.

"Tak payah nak 'anak-anak' sangat. Sekarang belum kahwin pun dah jadi macam ni. Belum kahwin lagi."

"Malaslah cakap dengan kau. Makin panas je hati aku ni. Punyalah aku mengharap kau dapat sejukkan hati aku." Kata Dahlia lalu bangun meninggalkan Wadina. Wadina menggelengkan kepalanya melihat sikap Dahlia.
~~~
'Awak tengah buat apa? Saya baru sahaja habis kelas. Penat hari ni sebab kena siapkan laporan kerja. Kelas pula full dari pagi. Hujung minggu ni kita keluar nak? Dah lama kita tak keluar sama-sama. Lunch tadi awak makan apa? Saya tak makan lagi. Tiba-tiba tak ada selera. Okaylah awak, saya nak balik rumah. Merehatkan minda dan badan saya. Assalamualaikum. I love you (=^.^=)'

Mesej dihantar. Dahlia tersenyum sendiri apabila mesej itu berjaya dihantar kepada Aqif. Kaki mula melangkah ke kereta. Kereta dihidupkan. Dahlia memandu kereta menuju ke rumahnya.
~~~
"Dahlia, mari sini kejap. Mak nak tanya sikit."

Dahlia yang baru sahaja pulang berasa tidak sedap hati. 'Ni mesti nak tanya pasal Aqif. Aku nak jawab apa ek? Mak ni pun, orang baru balik terus jadi detektif.' Dahlia bermonolog sambil menggaru kepalanya yang memang gatal.

"Apa dia mak?"

"Bila Aqif nak masuk meminang? Nak kata tak ada duit, kerja dah dekat 2 tahun. Doktor pulak tu. Nak kata tak ada rumah, dia duduk rumah sewa. Mak bukannya apa, kamu ni bercinta dah lama. Kamu pun dah kerja. Elok lah sangat kalau kami berdua bersatu. Mak bukannya tak kenal dengan keluarga dia. Dia pun baik je orangnya. Mak memang berkanan sangat." Panjang lebar Puan Mawar melontarkan soalan berserta hujah. Memang patutlah ibu dinobatkan peguam terbaik. Hujah yang diberikan tidak dapat disangkal.

"Dia sibuk dengan kerja mak. Tak ada masa lagi nak bincang pasal kahwin ni. Lia pun tak sedia lagi." Jawab Dahlia. Sebenarnya dia turut ternanti-nanti akan Aqif untuk masuk meminangnya. Tapi dipendam sahaja. Mesej yang baru dihantarnya pun belum mendapat apa-apa balasan. Balasan yang dapat hanyalah dari Maxis.

"Sibuk-sibuk jugak, tapi ni soal masa depan kamu berdua. Apa jiran-jiran cakap nanti. Bercinta dah lama tapi tak kahwin-kahwin pun. Kalau tunggu kamu bersedia, bila mak dah tak ada belum tentu kamu dah sedia." Kata Puan Mawar.

"Ish mak ni, ke situ pulak."

"Ajal maut bukannya kita tahu. Mak teringin sangat nak tengok kamu bahagia berumah tangga."

"InshaAllah mak. Mak doakan kami ya."

"Mak sentiasa doakan kamu."
~~~
'Awak, mak tanya pasal kita. Mak tanya bila awak nak masuk meminang. Boleh tak hujung minggu ni kita jumpa bincang pasal ni?'

Mesej dihantar. Dahlia menanti balasan Aqif.

Seminit.
Lima minit.
Sepuluh minit.
30 minit.

Masih tiada balasan. Mata Dahlia semakin kuyu. Hampir sahaja dia terlelap terlefon berdiring tanda mesej diterima.

'Ok.'

Ok? Tu je? Punya lah panjang aku hantar ni je yang aku dapat. Tangan pantas menaip.

'Hari ahad, pukul 10 kat tempat biasa. ^_^ '

Dan hantar. Dahlia menanti balasan sehinggalah matanya tertutup terlena.
~~~
"Asal tak bersemangat je kau ni Lia?" Tanya Wadina prihatin.

"Aku rasa tak sedap hatilah Dina. Aqif dah lain sekarang ni. Bukan Aqif yang aku kenal dulu." Adu Dahlia.

"Lain yang macam mana?"

"Mesej aku dia balas lambat. Aku hantar banyak patah dua huruf je aku dapat, ok. Dulu dia hantar panjang je mesej. Sekarang dua huruf. Aku risaulah." Jelas Dahlia. Diluahkan perasaannya kepada sahabatnya Wadina.

"Dia sibuk kut." Wadina cuba menyedapkan hati Dahlia.

"Mungkin. Tapi kalau dia dah bosan dengan aku macam mana? Kalau dia dah ada perempuan lain macam mana? Aku tak boleh nak buang rasa sangsi."

"Tu aku tak tahu. Habis sekolah nanti teman aku ke kedai buku. Ada novel baru keluar. Kita makan sekali. Aku belanja." Pujuk Wadina. Dahlia hanya mengangguk dan tersenyum nipis. Tidak tahu kenapa hatinya tidak tenteram.
~~~
"Kau tunggu sini dulu. Aku nak ke ladies kejap. Order lah dulu." Kata Wadina apabila sampai sahaja di restoran.

Dahlia mengangguk. Kemudian matanya tertacap satu pasangan. Pasangan kekasih barangkali. Mesra semacam je. Yang perempuan cantik berpakaian jururawat. Pasti lelaki itu doktor. Dahlia merenung lama lelaki. Macam kenal je.

Jantung Dahlia seakan-akan terhenti. Air mata mula bertakung. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Lelaki itu ialah Aqif! Tepat sangkaannya. Aqif curang dengannya. Dahlia cuba menyembunyikan wajahnya daripada dilihat oleh Aqif.

"Lia, kenapa ni? Kau tak sihat ke?" Tanya Wadina. Risau apabila melihat Dahlia. Takkan tinggal kejap nak menangis kut?

"Dina, kita makan kat tempat lain. Macam tak best je makanan kat sini." Kata Dahlia lalu bangun dan melangkah meninggalkan restoran. Wadina hanya mengekori Dahlia.

"Kau kenapa Lia? Bagi tahu aku kalau-kalau aku boleh tolong. Jangan pendam je." Wadina semakin risau melihat Dahlia yang sudah mula menangis.

"Aqif. Dia dah ada perempuan lain."

"Mana kau tahu?"

"Dia ada kat restoran tadi. Dia nampak gembira je dengan perempuan tadi. Senyum je. Mesra je aku tengok. Senyuman tu lah yang aku selalu tengok masa kitorang mula-mula bercinta." Tangisan Dahlia semakin kuat. Wadina kelu untuk berkata. Wadina segera memeluk sahabatnya dengan harapan dapat memberikan kekuatan kepada Dahlia. Hanya itu yang dapat dilakukannya.
~~~
Seperti yang telah dijanjikan. Dahlia menunggu ketibaan Aqif. Walaupun sudah dihalang oleh Wadina dia tetap berkeras. Dia perlu menyelesaikan masalah ini. Hampir sejam Dahlia menunggu. Airnya sudah separuh gelas diminum. Aqif tidak pernah lewat sebelum ini.

Tiba-tiba datang seorang lelaki yang duduk di hadapannya. Dia cukup mengenali lelaki itu. Aqif! Tanpa keluar sepatah daripada mulut Aqif terus sahaja dia duduk.

"Assalamualaikum." Dahlia memulakan bicara.

"Waalaikumsalam." jawab Aqif perlahan.

"Awak..." belum pun Dahlia menghabiskan ayatnya Aqif mencelah.

"Kita putus."

Terasa sesak nafas Dahlia tatkala mendengar kata-kata Aqif. Dahlia terus membisu.

"Saya rasa kita tak boleh bersama. Lagi pun saya dah jumpa perempuan lain yang saya rasa lebih memahami saya." Kata Aqif lagi.

"Jadi awak rasa saya ni tak memahami awak?" Dahlia memberanikan diri. Air mata ditahan daripada gugur.

"Bukan macam tu. Saya ni doktor, awak kena faham. Saya bukannya ada banyak masa macam awak yang bekerja sebagai seorang guru. Dia seorang jururawat. Dia faham saya, selalu ada bila saya rasa susah. Dia baik." Tambah Aqif lagi.

Dahlia tidak dapar menahan air matanya daripada jatuh. Pilu hatinya sangat ini.

"Saya tahu kita dah lama bercinta. Saya tahu kita dah rancang macam-macam. Tapi saya mula rasa gelisah."

"Tak apa, saya faham. Nampak gayanya macam tulah. Kita tamat sekarang ni. Saya doakan awak bahagia dengan dia. Jujur saya cakap, dia cantik dan baik. Saya yakin awak dengan dia boleh bahagia. Nanti jangan lupa jemput saya masa kenduri nanti." Dahlia menggagahkan jiwanya untuk berkata sedemikian. Dahlia mengukir senyuman pahit lalu meletakkan  satu not duit RM10 di bawah gelasnya.

"Saya bahagia dapat kenal awak." Kata Dahlia sebelum pergi meninggalkan Aqif. Dahlia memandu keretanya tanpa tahu hala tuju. Kemudian, dia teringat taman yang sering dikunjunginya dengan Aqif. Taman itu menjadi hala tujunya.
~~~
Dahlia berjalan dan terus berjalan. Menikmati pemandangan indah ciptaan Tuhan. Satu persatu kenangannya bersama Aqif muncul di dalam mindanya. Air mata yang mengalir dikesatnya.

Dahlia duduk memeluk lutut di atas rumput. Mata yang memandangnya tidak dihiraukan.

"Dahlia?" Tegur satu suara garau.

Dahlia dengan pantas mengelap pipinya yang basah dek air mata. Dia memandang ke arah empunya suara.

"Haikal? Awak buat apa kat sini?" Tanya Dahlia kepada kawan lamanya. Kali terakhir mereka berjumpa pada hari konvokesyen. Dahlia mencari-cari kalau-kalau Haiqal datang bersama dengan kawan-kawannya.

"Saja jalan-jalan. Rehatkan minda. Saya sorang je." Seakan-akan faham apa yang dicari Dahlia. Dahlia hanya tersenyum nipis.

"Awak sorang je? Aqif tak ada?" Tanya Haiqal. Dahlia hanya tersenyum tawar mendengar nama Aqif.

"Kami dah tak ada apa-apa dah. Hubungan kami tamat. The end." Kata Dahlia. Haiqal agak terkejut.

"Bila?"

"Baru je."

"Owh."

Senyap.

"Jom teman saya tengok wayang. Ada filem baru keluar." Ajak Haiqal. Cuba untuk menceriakan Dahlia. Dahlia terdiam lama. Memikirkan jika perlu dia menerima ajakan Haiqal.

"Okay."
~~~
"Lawaknya cerita tadi. Memang terbaik. Awak dari dulu memang pandai pilih filem best." Kata Dahlia penuh riang. Masalahnya hilang buat seketika. Haiqal tersenyum lega melihat Dahlia yang sudah ceria.

'Kalau saya Dahlia, saya takkan sia-siakan awak.' Desis Haiqal.

"Lapar pula perut ni. Jom makan. Saya berlanja." Ajak Dahlia.

"Bab belanja tu saya suka. Jom. saya tahu satu tempat yang makanan dia memang meletop."kata Haiqal. Mereka meluangkan masa bersama. Dahlia tidak berhenti tersenyum dan ketawa.

Namun, ada satu pasang mata yang memerhatikan Dahlia dan Haiqal dari jauh.
~~~
"Seronok dating." Kata Aqif kepada Haiqal sebaik sahaja Haiqal pulang. Aqif dan Haiqal serumah tetapi Haiqal bekerja berlainan hospital dengan Aqif. Haiqal juga merupakan seorang doktor.

"Mana ada dating." Bidas Haiqal.

"Macamlah aku tak nampak kau dengan Dahlia tadi. Bukan main mesra aku tengok."

"Jealous ke??" Tanya Haiqal.

"Tak ada makna aku nak jealous. Aku dengan dia dah..."

"Over." Celah Haiqal. Aqif hanya mendiamkan diri.

"Apa salahnya seorang kawan menceriakan kawannya."

"Aku tahulah yang kau ni ada perasaan dengan dia."  Kata Aqif. Haiqal tidak dapat menafikan kata-kata Aqif. Ya, jujur dia katakan dia sudah lama jatuh hati dengan Dahlia. Cuma Dahlia pada waktu itu sudah menaruh hati pada sahabatnya, Aqif. Aqif juga pada waktu itu suka pada Dahlia. Jadi mereka mula bercinta selepas Dahlia mengucapkan kata-kata cinta.

Haiqal hanya tersenyum nipis.

"Apa salahnya aku muncul dalam hidup dia. Dia pun dah single. Biarlah aku jadi ubat untuk luka hati dia." Kata Haiqal.

"Kau nak kata aku ni penyebab luka dia? Nak kata aku ni pisau? Macam tu?" Bertubi-tubi soalan yang diajukan Aqif.

"Aku tak kata kau tu pisau. Bab yang lukakan hati dia tu betul. Aku tak kata. Kau yang mengaku. Sedar diri jugak kau kan." Kata Haiqal sambil menjongketkan sebelah keningnya. Haiqal mengambil keputusan untuk masuk ke dalam biliknya. Nanti meletus pulak perang dunia ketiga.

"Kau yang sia-siakan Dahlia Aqif. Kau yang lukakan hati dia." Haiqal berkata sendiri.
~~~
Ding, dong...

Bunyi mesej baru diterima. Dahlia tersenyum sendiri melihat nama penghantar itu. Haiqal!

"Amboi, happy je aku tengok kau. Biasa orang baru putus cinta menangis terguling-guling. Ni kau boleh senyum sampai ke telinga. Dah dapat pengganti ke?" Tanya Wadina apabila melihat Dahlia yang tersenyum.

"Sensetif tu. Aku dah tak nak ingat si Aqif tu dah. Haiqal yang hantar mesej. Aku terserempak dia semalam. Lama tak jumpa. Dia suka ungkit zaman belajar dulu." Kata Dahlia senang.

"Aku dapat rasakan bunga cinta Dahlia yang layu kembali segar." Kata Wadina tersenyum.

"Ish kau ni. Shuh! Pi sana." Halau Dahlia. Lagaknya seperti menghalau kucing.

"Owh, kau halau aku ya. Ingat kau sorang je ada. Aku pun ada lah. Aku jauh lebih advance dari kau." ucap Wadina sambil menunjukkan jari manisnya yang tersarung cincin emas.

"Taulah orang tu dah bertunang. Aku je bujang. Dah lah, layan kau sampai tua pun tak sudah."

"Ya lah. Aku pun nak pergi dah. Ada kelas. Bye." Lambai Wadina sambil melangkah pergi meninggalkan Dahlia. Dahlia membalas lambaian Wadina. Jari sibuk menaip untuk membalas mesej Haiqal.
~~~

"Lia, mak nak tanya. Kamu dengan Aqif macam mana? Hari tu dah bincangkan." Tanya Puan Mawar.

"Kami dah putus." Ringkas jawapan Dahlia. Puan Mawar agak terkejut mendengar kata-kata Dahlia.

"Lia, jangan nak bergurau. Ni bukan hal main-main."

"Betullah. Lia tak tipu. Kami dah putus. Aqif dah ada perempuan yang lebih baik, cantik, memahami, lembut dan ayu daripada Lia. Jadi dia pun pilih perempuan tu."

"Dia kerja apa?"

"Nurse." Puan Mawar melepaskan keluhan apabila mendengar jawapan anaknya.

"Mak suruh jadi nurse tak nak. Rugi saja kamu belajar perubatan tapi jadi cikgu. Kalau jadi nurse boleh la kamu bekerja sekali dengan Aqif tu. Tak adalah dia curang dengan kamu." Puan Mawar mula membebel.

"Mak, dah tak ada jodoh nak buat macam mana. Lagi pun Lia dah suka dengan kerja Lia." Dahlia cuba membela diri.

"Suka hati kamulah. Bukan senang nak cari lekaki yang macam Aqif tu."

"Senang je mak. Ramai je lelaki yang curang dalam dunia ni." Kata Dahlia perlahan namun cukup jelas di telinga Puan Mawar.

"Cakap dengan kamu memang takkan habis." Kata Puan Mawar geram lalu meninggalkan Dahlia.

"Apa yang bagus sangat dengan Aqif tu. Dah lah curang belakang aku." Kata Dahlia sendiri. Pipinya terasa panas dek air mata yang laju mengalir.
~~~

"Haiqal, kamu tu tak ada calon menantu untuk ibu ke? Ibu teringin sangat nak tengok kamu tu bernikah." Kata ibu Haiqal, Puan Hajah Sakinah di hujung telefon.

"Ibu, bukannya Haiqal tak cari. Calon tu ada dah tapi dia tu baru putus cinta. Biarlah dia tenang dulu." Kata Haiqal.

"Dah ada lah ni. Senang ibu dengar. Tapi, baru putus cinta? Kamu suka kekasih orang ke?"

"Dah suka nak buat macam mana. Baru je putus. Tapi bukan Haiqal penyebab. Haiqal pun baru jumpa dia balik ahad lepas." Jelas Haiqal. Takut ibunya tersalah anggap.

"Owh. Dia kerja apa?"

"Dia belajar perubatan sama macam Haiqal tapi kerja cikgu."

"Elok sangatlah tu. Nanti dah ada anak taklah terabai. Kalau dua-dua doktor memang tak menghadap anaklah jawabnya. Nanti mulalah bergaduh cerai bagai."

"Ish ibu ni. Ke situ pulak. Dia jadi cikgu pun sebab dia tak nak apa yang ibu cakap tadi jadi kat anak dia jugak. Dia tak nak anak dia nanti senasib dengan dia."

"Macam dah rapat je kamu berdua ni. Kalau dah macam tu biarlah ibu masuk meminang terus. Tadi kamu cakap dia tak nak anak dia senasib dengan dia, maksudnya mak ayah dia bercerai."

"Haah." AnggukHaiqal perlahan walaupun perlakuannya tidak dapat dilihat oleh ibunya.

"Kesiannya. Mak ayah dia kerja apa?"

"Mak dia peguam, ayah dia doktor. Sekarang dia tinggal dengan mak dia."

"Patutlah pun. Bagus-bagus mak ayah dia ni. Dua-dua sibuk kerja. Bila bercerai anak yang kena tempias."

"Ibu doalah agar anak-anak ibu hidup bahagia."

"Ibu sentiasa doakan anak-anak ibu. Abah kamu dah panggil. Lain kali pulak kita sembang. Assalamulaikum."

"Waalaikumsalam. Kirim salam kat abah." Salam dijawab sejurus itu talian dimatikan.

"Hmm..." Haiqal berfiki sejenak. Bagaimana dia mahu memikat Dahlia yang baru sahaja putus cinta. Pasti dia tidak mahu menjalinkan apa-apa hubungan mahupun bernikah.

"Kalau aku mula dari berkawan?" Haiqal memetik jarinya. Idea yang bernas! Aku berkawan dan ubat hati dia dulu. Kemudian baru aku melamar dia. Yes! You're a genius man! Haiqal bermonolog di dalam hati.

Perbuatan Haiqal itu diperhatikan oleh Aqif. Dia mula tidak senang dengan Haiqal yang ingin muncul dalam hidup Dahlia.

'Ish kau ni. Kau dengan Dahlia dah tak ada apa-apa. Biarlah si Haiqal tu masuk jarum. Bukannya kau terjejas.' Bisik hatinya yang satu.

Aqif berlalu meninggalakan Haiqal. Kemudian, telefon berdering minta diangkat. Nombor hospital tertera di skrin. Pasti ada kecemasan. Aqif menjawab panggilan dan mula bersiap.
~~~
"Mak tengok kamu ni tak ada gaya orang putus cinta je. Asyik bermesej je. Tersenyum-senyum pulak tu. Kamu bermesej dengan siapa?" Tanya Puan Mawar.

"Maklah orang kedua kata macam tu. Mesej dengan kawan sekuliah dulu." Jawab Dahlia.

"Lelaki atau perempuan?"

"Lelaki."

"Dah kerja?"

"Dah."

"Doktor?"

"Mak, nama pun kawan sekuliah. Kan Lia ambil jurusan perbutan. Jadi sama lah dengan dia. Bila belajar perubatan doktor lah jawabnya." Kata Dahlia. Penat pula menjawab soalan mak. Inilah padahnya bila mak peguam. Semua benda di tanya dengan teperinci.

"Kamu suka dia ke?" Tanya Puan Mawar lagi. Kali ini Dahlia tidak dapat menjawab.

'Aku suka Haiqal ke?' Soalan itu di tanya pada diri sendiri.

"Diam tu suka lah jawabnya. Suruh dia jumpa mak. Kalau dia serius boleh terus masuk meminang."

"Ish mak ni. Ke situ pulak. Lia tak nak fikir pasal tu lagilah mak. Lia nak enjoy dulu."

"Sebelum ni tak cukup enjoy ke? Lia, kamu tu dah 27 tahun. Dah nak masuk 28. Perempuan baya kamu sepatutnya dah berkahwin. Wadina pun dah bertunang. Kamu bila lagi." Bebel Puan Mawar kepada anaknya.

"Dah tak ada jodoh mak. Kalau ada kahwinlah. Ni tak ada." jawab Dahlia lalu terus melangkah masuk ke dalam bilik. Puan Mawar hanya mampu menggeleng melihat anak tunggalnya.

Satu keluhan dilepaskan dari mulut Puan Mawar. Wajahnya berubah sayu.
~~~
"Doktor Haiqal, asyiknya bermesej. Tahulah tengah lunch time. Sekarang saya tengok telefon tu tak lepas dari tangan." Kata seorang jururawat yang berusia 30-an.

"Mesej dengan kawan je kak. Tak salahkan? Sekarang waktu rehat. Kecemasan pun tak ada buat sementara ni." Haiqal menggelar wanita itu sebagai kak kerana menghormati perbezaan umur mereka.

"Akak tak tanye pun mesej dengan siapa. Ni mesti dengan buah hati ni. Kata aje kawan. Kalau akak terima kad jemputan dari kamu, siap kamu." Ugut jururawat itu, atau namanya Puan Hasnah a.k.a Kak Nah.

"Bagi saya, memang dia buah hati saya. Bagi dia tak tahulah. Akak doalah saya dengan dia berjodoh."

"InsyaAllah akak doakan. Nak jugak tengok gambar dia. Cantik ke comel ke."

Haiqal memberi telefonnya yang terpampang gambar Dahlia yang manis tersenyum.

"Cantiknya dia. Macam bunga." Puji Puan Hasnah.

"Memang bunga pun. Dahlia namanya." Kata Haiqal sambil tersenyum. Kalau Kak Hasnah yang memang cerewet bab kecantikkan pun dah puji Dahlia, ibu pun mesti suka. Bolehlah hantar gambar tu kat ibu.

"Memang sesuai dengan nama dia. Orang cantik macam dia ni takkan membujang lagi kut?" Tanya Puan Hasnah kehairanan.

"Baru putus cinta." mendatar sahaja suara Haiqal.

"Owh, kiranya kamu ni nak jadi ubat lah untuk luka dia." Haiqal hanya mengangguk malu.

"Apa punya orang lah tolak cinta cik bunga ni. Dah lah cantik, pandai jaga kehormatan pulak tu. Ni kalau kamu tak masuk meminang cepat-cepat, melepas kamu nanti. Melamar je terus. Bercinta lepas kahwin. Macam akak." nasihat Puan Hasnah. Almaklumlah, lebih makan garam. Puan Hasnah pun berkahwin berdasarkan pilihan keluarga. Sibuk dengan kerjaya. Alhamdulillah bahagia sekarang ni. Dah ada dua orang anak pun. Doakan yang ketiga pulak ye. Hihihi.

"Tengoklah kak. Ada jodoh tak ke mana. Tak lari gunung yang dikejar." Kata Haiqal. Mereka berborak sehinggalah masa rehat habis.
~~~
"Aku tengok kau ni, sejak jumpa balik dengan Haiqal happy semacam je." Ucap Wadina aneh. Ada apa-apa ke ni.

"Happy salah tak happy pun salah. Patutnya kau seronok kawan kau ni happy. Aku tahulah aku ni tak macam orang yang putus cinta macam dalam drama bagai tu. Frust menonggeng, nangis berguling-guling. Rare kut nak cari orang yang putus cinta macam aku." Sengih Dahlia.

"Kau lupa ke masa kau nampak Aqif dengan perempuan lain? Aku yang pujuk kau tau yang menangis tersedu-sedu. Kata orang dia pun sama. Lainnya kau dah nangis awal." Wadina mengungkit. Dahlia tersenyum sunggeng.

"Aku sarankan kau buat solat isthikarah. Mungkin dia jodoh kau. Aku dah tak nak tengok kau tu sedih. Habis lencun baju aku dek air mata kau." Wadina sempat bergurau dalam memberi nasihat. Dahlia terdiam seketika. Benar apa yang dikatakan Wadina. Perlahan-lahan Dahlia mengiyakan dan tersenyum tawar. Hatinya masih sedih dengan perpisahannya dengab Aqif. Hampir lima tahun mereka menjalinkan hubungan tapi inilah penamatnya.

Dahlia nekad untuk menerima dan melakukan apa yang dikatakan Wadina. Malam ini juga dia akan melakukan solat isthikarah. Hanya Allah sahaja tahu jodohnya. Jika benar Haiqal adalah imamnya, akan dia bawak Haiqal bertemu dengan orang tuanya.
~~~
Dahlia cantik berpakaian serba putih. Dahlia duduk bersimpuh ayu di bawah sepohon pokok besar yang redup. Tangannya asyik mengusap seekor arnab putih yang berbaring di atas pehanya. Tiba-tiba, arnab itu bangun dan melompat ke arah jejaka. Dahlia tidak mengecam jejaka itu. Dia menghampiri jejaka yang sedang memeluk arnab putih yang diusapnya. Kelihatan arnab itu sungguh manja di dalam dakapan jejaka itu. Muncul persaan cemburu melihat arnab yang akrab dengan jejaka itu. Jejaka itu memandang Dahlia lembut dan tersenyum. Cahaya yang terang membuatkan penglihatan Dahlua kabur. Namun sempat dia mengecam wajah jejaka itu. Dahlia tersenyum bahagia.
~~~
Jam loceng yang menyanyi lantang mengejutkan Dahlia yang lena dibuai mimpi. Dahlia tersenyum sejenak. Terasa tenang jiwanya saat itu. Sudah tiga malam dia mimpikan wajah yang sama. Jika wajah itu yang sentiasa menemaninya dalam tidur, maknanya benarlah dia jodohku. Ya Allah, jika itu petunjuh yang Engkau berikan, akan aku kuatkan hati ini untuk menerimanya sebagai imamku.

"Mak, hujung minggu ni mak free tak?" Tanya Dahlia kepada maknya. Mereka sedang menikmati sarapan pagi pada ketika itu.

"Free, kenapa? Nak bawa mak jumpa dengan bakal menantu mak ke?" Gurau Puan Mawar.

"Haah." Senyap.

"Uhuk uhuk!" Puan Mawar tersedak. Tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Biar betul?!

Dahlia menghulurkan segelas air yang pada saat itu memang ada di dalam genggaman Dahlia. Puan Mawar menyambut huluran anaknya dan meminum dengan rakus. Macam orang tak pernah minum air. Sedap sangat ke air tu?

"Kamu tak main-mainkan?" Soal Puan Mawar mohon kepastian.

"Betullah. Mak yang nak sangat jumpa diakan. Ni Lia nak bawa mak jumpa dengan dia lah. Ayah dah kata okay tadi. Dia pun okay. Tapi dia tak tahu pun yang Lia bawa mak dengan ayah."

"Kalau macam tu mak pun okay je. Baik kamu bagi tahu dia awal-awal. Nanti dia nervous pulak." Puan Mawar hanya mampu bersetuju.

"Tak apa. Nanti hari kejadian baru Lia bagi tahu. Nak test dia sikit." Kata Dahlia sambil tersenyum nakal. Puan Mawar hanya tersenyum. Melihat anaknya yang tersenyum bahagia membuatkan hatinya turut senang. Jika itu pikihan anaknya, pasti saja dia merestui. Lagi pun kerja doktor, pasti masa hadapan Dahlia terjamin. Dalam hatinya dia berdoa agar rumah tangga Dahlia nanti akan utuh sehingga ke jannah dan bukan hanya separuh jalan seprtinya.

Pada hari kejadian...

Haiqal duduk di hadapan orang tua Dahlia. Terkejut mengalahkan beruk dia apabila melihat orang tua Dahlia ada bersama. Nasib baik di rumah mak Dahlia. Kalau kat public, tak tahulah apa yang akan dicop orang untuknya. Patutlah Dahlia beriya-iya suruh dia ke rumah untuk mengambilnya. Rupanya sudah ada agenda tersendiri.

Peluh dingin sudah membasahi dahi Haiqal. 'Dahlia ni pun satu. Bukan nak bagi tahu awal-awal. Kalau tak aku pakailah smart sikit. Ni aku pakai t-shirt berkolar dengan seluar jeans.' Haiqal bermonolog sendiri.

Lagi terkejut Haiqal apabila mendapat tahu bahawa ayah Dahlia merupakan seorang pakar bedah di hospitalnya. Lagi bertambah gabra dibuatnya.

"Mak dah cakap bagi tahu dia awal-awal kamu tak nak. Tengok dia ni. Sampai berpeluh-peluh dah." Bebel Puan Mawar kepada Dahlia memecah hening. Dahlia tidak ambil peduli dengan bebelan maknya.

"Kecil je dunia ni ya. Ingatkan lelaki mana pula si Dahlia nak bawa jumpa. Dengan Aqif tak ada jodoh. Rupanya dengan doktor jugak jodohnya. Satu tempat kerja pulak tu." Kata Encik Dasuki. Senanglah dia nak menilai bakal menantunya kalau begitu. Boleh dia bertanya kepada teman sekerja dan para pesakit yang dirawat Haiqal.

"Manalah Lia tahu ayah dengan Haiqal kerja kat hospital yang sama." Adu Dahlia.

"Sudahlah tu. Jemput minum Haiqal." Puan Mawar menjemput Haiqal untuk neminum teh yang sudah dihidangkan di dalam cawan. Haiqal pun menghirup teh tersebut.

"Dah lama kenal dengan Dahlia?" Tanya Encik Dasuki. Haiqal tersedak dengan persoalan Encik Dasuki.

"Lama lah jugak. Satu kuliah masa berlajar dulu." Jawab Haiqal tenang. Sampai tersedak pun boleh dikata tenang ke?

"Kamu doktor bahagian apa?" Tanya Encik Dasuki lagi.

"Kalau lulus saya nak ambil bahagian peadatric tak pun pakar sakit tuan."

"Kalau dengan awak memang pasal kerja ajelah. Biar saya pulak tanya." Belum sempat Puan Mawar bertanya Encik Dasuki mencelah.

"Awak tu peguam. Keluar soalan yang tak diduga kelu dia nak jawab." Puan Mawar menjeling Encik Dasuki.

"Haiqal ikhlas sukakan anak makcik? Suka tu suka yang nak buat isteri ke?" Nafas Haiqal seakan-akan berhenti. KBAT betul soalan tu.

"Saya ikhlas sukakan anak makcik."kata Haiqal gugup. Sempat dia menjeling ke arah Dahlia. Dahlia kelihatan biasa saja mendengar perasaannya.

'Dia tak suka aku ke? Kalau dia tak suka aku kenapa dia bawak jumpa mak ayah dia? Ke dia memang bawak semua kawan-kawan dia jumpa mak ayah dia? Maknanya, aku perasan je lah yang Dahlia pun ada hati kat aku.' Pelbagai persoalan muncul di dalam fikirannya.

'Tak boleh jadi ni. Sementara ada peluang baik aku terus terang je.'

"Saya dah lama suka kat Dahlia. Sejak zaman kuliah lagi. Tapi Dahlia suka kat kawan saya Aqif jadi saya undur diri sebab Aqif pun suka dekat Dahlia. Saya pun ada juga nak masuk meminang Dahlia untuk dibuat isteri. Tapi saya tunggu masa yang sesuai sebab Dahlia baru saja putus dengan Aqif. Ingat nak berkawan saja dulu. Orang putus cinta biasalah, mesti tak nak ada jalin hubungan dengan lelaki lain." Kata Haiqal panjang lebar. Terasa ringan bahunya dapat meluahkan isi hatinya. Dia mengerling ke arah Dahlia. Kelihatan wajah Dahlia beroma merah. Malu!

Puan Mawar dan Encik Dasuki memandang antara satu sama lain. Mereka tersenyum.

"Kalau begitu hujung minggu depan bolehlah datang bawa rombongan merisik." Ucap Puan Mawar tenang.

Haiqal agak terkejut mendengar kata-kata Puan Mawar. Kali ni macam gorila pulak terkejutnya.

"Betul ke?" Tanya Haiqal mohon kepastian.

"Kalau dah suka eloklah terus bertunang. Lebih bagus. Kamu pun dah ada kerja." Kata Encik Dasuki.

"Lagi pun Dahlia pun setuju. Tenang hati kami berdua kalau Dahlia dah ada ikatan pertunangan. Dapat elakkan zina." Sambung Puan Mawar.

Haiqal memandang Dahlia yang masih dengan wajahnya yang merah akibat malu. Dahlia yang kebetulannya memandang Haiqal segera mengalihkan pandangan. Dahlia mengangguk perlahan.

Haiqal tersenyum lebar. Gembira. Tak sabar nak bagi tahu ibu.

"Dahlia ada permintaan." Dahlia yang pada mulanya membisu tiba-tiba bersuara.

"Permintaan apa pulak?" Tanya Puan Mawar.

"Dahlia nak merisik terus bertunang. Tak payah hantaran bagai tu. Jemput family je. Dahlia nak buat kecil-kecilan. Hantaran masa nikah je. Tempoh bertunang paling lama setahun. Tu je." Ucap Dahlia satu nafas. Nervous kut!

"Elok sangatlah kalau macam tu." Kata Encik Dasuki sambil mengangguk. Puan Mawar dan Haiqal turut mengangguk tanda setuju. Lebih senang kalau begitu.

Haiqal mengucap syukur kerana doanya untuk berjodohan dengan Dahlia termakbul. Ibu mesti gembira dengar berita ni. Haiqal berbual dengan orang tua Dahlia sehinggalah sampai masa makan tengah hari. Mereka makan bersama-sama pada waktu itu. Puan Mawar dan Encik Dasuki mula terpikat dengan Haiqal. Ada sesuatu yang Aqif tiada tetapi Haiqal ada. Mereka berharap hubungan mereka utuh hingga ke jannah.
~~~
"Sampai hati awakkan tak nak bagi tahu saya." Kata Haiqal berkecil hati.

"Nak test awak je. Nak tengok awak jujur ke tak dengan perasaan awak tu."

Haiqal terdiam seketika. Maknanya Dahlia tahulah aku suka kat dia?

"Saya tahu awak suka dari dulu lagi. Saya je buat tak tahu. Aqif yang bagi tahu saya yang awak suka kat saya." Kata Dahlia tenang. Haiqal hanya terdiam.

"Aqif dah putus dengan jururawat tu." sambung Dahlia lagi. Haiqal agak terkejut. Banyak betul rahsia si Aqif tu.

"Dia ada minta get back. Tapi saya tolak. Saya dah tawar hati dengan dia. Sebab hati saya ni akan berperisa dengan awak je." Ucap Dahlia malu. Haiqal juga turut malu mendengarnya.

"My new loves story start today." Kata Dahlia perlahan namun sempat ditangkap oleh Haiqal.

"You are my first love Dahlia." Ucap Haiqal romantis sambil tersenyum manis.

Ya, kisah cinta Dahlia dan Haiqal baru sahaja bermula. Kisah yang lalu biarkan berlalu. Yang penting life must go on.

-TAMAT-

Sunday, December 6, 2015

Manja Tak Bersalah! 22

Pon! Pon!!

Hadi  membunyikan  hon  setelah  sampai  di  perkarangan  kediaman  atuk  dan  opah  Iman. Hadi  mematikan enjin  kereta.  Di  pintu  masuk  kelihatan  kepala  atuk  terjengul  keluar.  Melihat  siapa  yang  telah  mengganggu  ketenangan  rumahnya.

'Siapa  pulak  yang  hon  kereta  depan  rumah  aku.  Ni  lah  budak  zaman  sekarang.  Bukan  nak  bagi  salam.  Hon  je.'  Atuk  merengus  geram  dalam  hati.

"Assalamualaikum!"

'Ha!  Tahu  pun  nak  bagi  salam.'  desis  atuk  dalam  hati.

"Waalaikumusalam."  atuk  menjawab.  Kelihatan  Iman  sedang  memimpin  Amin  yang  bermandikan  lumpur.  Almaklumlah,  jatuh  dalam  bendanglah  katakan.

"Hah  Iman.  Sudah  kenapa  dengan  si  Amin  tu  sampai  kena  berpimpin?  Berlumpur  pulak  tu.  Kamu  buli  dia  ke?"  duga  atuk  sambil  mengecilkan  mata.  Itulah,  zaman  sekolah  selalu  buli  orang.  Tak  pasal-pasal  kena  tuduh.

"Ish  atuk  ni.  Ke  situ  pulak  dia.  Mana  ada  buli.  Cucu  atuk  ni  paling  baik,  paling  ayu,  paling  cun  dan  tidak  ketinggalan..."

"paling  brutal."  celah  Hadi.  Hadi  sudah  mengekek  ketawa  melihat  Iman  yang  sudah  mengecilkan  mata  tanda  tidak  puas  hati.  Seiiras  pulak  dengan  atuk.  Hahaha.

"Ada  kamu  Hadi.  Bila  balik?"  tanya  atuk  apabila  menyedari  kewujudan  Hadi.

"Baru  je  atuk.  Dalam  perjalanan  ternampak  Iman  dekat  bendang.  Itu  yang  tumpangkan  Iman  sekali."  jelas  Hadi.

"Aduh!  Perlahan  lah  sikit  jalan.  Sakit  tahu  tak."  Amin  mengaduh  kesakitan.  Iman  hanya  melayan  kerenah  Amin.  Dasar  anak  manja!  Sakit  sikit  pun  tak  boleh  tahan.  Nasib  terseliuh.  Kalau  patah  tak  ke  lagi  haru.

"Kau  ni  jantan  ke  pondan?  Sakit  sikit  tahanlah.  Bukannya  orang  tak  tahu.  Tahan  sikit."  kata  Iman  sedikit  geram.

"Kenapa  dengan  Amin?  Terseliuh  ke?  Biar  dia  duduk  kat  tangga  dulu.  Kalau  bawa  masuk  rumah  habis  kotor  rumah  atuk.  Siapa  yang  nak  cuci?  Atuk  jugak.  Kejap  atuk  panggil  nenek  biar  urut  sikit.  Kalau  duduk  sini  melayan  kamu  Iman,  memang  tak  ke  mana  lah  jawabnya.  Melayan  kamu  sepuluh   tahun  tak  habis."  bebel  atuk  lalu  masuk  ke  dalam  rumah  mencari  kelibat  isteri.

Iman  tersenggih  seraya  membantu  Amin  untuk  duduk  di  atas  tangga  paling  bawah.  Kaki  kanan  Amin  diluruskan  untuk  mengurangkan  kesakitan.  Muka  Amin  berkerut  semasa  meluruskan  kakinya.  Hadi  hanya  memerhati.  Dari  apa  yang  dilihatnya,  dia  dapat  mengagak  bahawa  lelaki  itu  ialah  suami  Iman.

'Handsome  lagi  aku  dari  laki  Iman.'  puji  Hadi  dalam  hati.  Masuk  bakul  angkat  sendiri  betul.  Perasan. Bak  kata  Nazirah,  'loya  anak  tekak  dengar'.

"Iman,  aku  gerak  dulu.  Nak  jumpa  mak  dulu.  Lepas  isyak  aku  datang  jenguk."  kata  Hadi  untuk  berlalu  pergi.

'Baru  sahaja  sampai  sudah  menjadi  penyelamat.  Balik  jumpa  mak  berguru  macam  mana  nak  mengurat  buah  hati  lagi  bagus.'  desis  Hadi.  Nampak  sangat  tak  ikhlas  tolong.  Patutlah  si  Nazirah  susah  nak  lekat.

"Baliklah.  Aku  tak  suruh  pun  kau  tunggu  sampai  mamat  ni  baik.  Kirim  salam  kat  mak  cik  dan  pak  cik."  kata  Iman.  Tangan  dan  mata  tertumpu  pada  kaki  kanan  Amin.  Sementara  tunggu  nenek  sampai,  Iman  mengurut  kaki  Amin.

"Tak  boleh  ke  lembut  sikit  urut  tu.  Sakitlah."  adu  Amin.  Muka  sudah  berkerut  menahan  kesakitan.  Perit  kut.

"Banyak  songehlah  kau  ni.  Nak  buat  macam  mana.  Ni  dah  paling  lembut  dah  ni.  Nama  pun terseliuh.  Biasalah  sakit  tu.  Ni  mesti  kau  ada  buat  dosa  kat  aku  ni  sampai  terseliuh  kaki  kau  ni."  ucap  Iman  sambil  memandang  Amin.

"Astafirullahhala'zim,  macam  mana  boleh  jadi  macam  ni?"  Iman  dan  Amin  agak  terkejut  apabila  terdengar  suara  nenek.

"Terjatuh  dalam  bendang  nek."  kata  Amin.  Berusaha  dia  untuk  senyum  tapi  tidak  mampu.  Rasa  sakit  lebih  menguasai  pemikiran  Amin.

"Mari  sini  nenek  tengok.  Iman,  cari  tuala  kemudian  lap  lumpur  ni.  Boleh  Amin  masuk  baring.  Selesa  sikit."  arah  nenek.  Iman  hanya  menurut.

Nenek  sudah  bersedia  untuk  memuulakan  urutan.  Amin  yang melihat  gaya  nenek  sudah  tidak  senang  duduk.  jari  nenek  selamat  mendarat  di  atas  kaki  Amin.  Apabila  jari  nenek  menekan  kaki  Amin...

"Aduh!!  Nek,  sakit  nek!"  Amin  menjerit  kesakitan.  Iman  yang  berada  di  dalam  rumah  terdengar  jeritan  Amin  lalu  ketawa  kecil.

"Rasa  kau  urutan  nenek.  Aku  urut  tadi  kira  lembut  tu. Nenek  urut,  pergh!  Power  you!"  Iman  berkata  seorang  diri  sambil  memejamkan  mata.  Cuba  mengimbau  kenangan  dulu  di  mana  kakinya  terseliuh  dan  nenek  yang  menjadi  doktor  untuk  mengurut  kakinya.
~~~

"Aduh!  Nek!  Sakit!  Sakit  nek  sakit!"  Iman  mengaduh  kesakitan.

"Itulah,  panjat  lagi  pokok  rambutan  tu.  Nasib  baik  terseliuh  je.  Kalau  patah  macam  mana?  Tak  padan  dengan  perempuan.  Gatal  sangat  kaki  tu  nak  panjat  pokok  rambutan  tu  kenapa?  Kan  dah  jatuh.  Nasib  baik  rendah  je  pokok  tu."  nenek  membebel  sambil  tangan  sibuk  mengurut  kaki  Iman  yang  terseliuh.

"Benda  dah  nak  jadi  mak.  Tak  boleh  nak  buat  apa."  kata  ayah  Iman.

"Itulah  kamu,  manjakan  sangat  budak  ni."  nenek  berkata  geram.

"Aduh,  nek!  Sakit,  perlahanlah  sikit."  rayu  Iman.  Air  mata  mula  mengalir.

"Kalau  dia  tak  rasa  macam  ni  mana dia  nak  serik.  Biar  dia  rasa,  baru  dia  takut  nak  panjat  pokok  dah."  kata  atuk.

"Awak  pun  sama,  manjakan  sangat  cucu  awak  ni.  Macam  tak  kenal  dengan  cucu  awak  yang  tak  kenal  erti  serik.  Lagi  dilarang  lagi  dibuatnya."  atuk  pula  yang  kena  bebel  dengan  nenek.

"Manalah  saya  tak  manjakan  si  Iman  ni  ha.  Dia  je  lah  satu-satunya  cucu  perempuan  yang  saya  ada."  kata  atuk  sayu.

Nenek  tidak  mempedulikan  kata-kata  atuk  malah  terus  mengurut  kaki  Iman.  Itulah  padahnya  bila  panjat  pokok.  Niatnya  hanya  ingin  mengambil  buah  rambutan  yang  sudah  masak.  Warna  merah  rambutan  yang sudah  masak  menarik  badan  Iman  untuk  memanjat.  Kalau  pokok  rambutan  mesti  ada  semut.  nak  dikatakan  ada  kerengga.  Kalau  digigit  kerengga,  faham-faham  je  lah  rasa  sakitnya.

Iman  menangis  kesakitan.  Nenek  tidak  mengambil  kisah  akan  tangisan  Iman.  Berani  buat,  berani  tanggung!
~~~

"Aduh!  Sakit  mummy!"  Amin  menjerit  kesakitan.  'Aku  lebih  rela  Iman  urutkan  kalau  aku  tahu  jadi  macam  ni.  Huhuhu.'

"Apa  mummy  mummy?  Sakit  sikit  je  dah  teriak  panggil  mak.  Nasiblah  aku  dapat  cucu  menantu  macam  kamu  ni  Amin.'  kata  nenek.

"Aku  dulu  kena  urut  tak  adalah  sampai  jerit  panggil  mak  macam  budak  kecik.  Kiranya  kau  lagi  teruk  daripada  aku.  Tabahkan  hatimu  wahai  suamiku.  Ini  hanyalah  permulaan.  Kesakitan  yang  sebenar  bakal  menyusul  sebentar  lagi."  kata  Iman  penuh  dramatis.  Tuala  yang  diambil  digunakan  untuk  membersihkan  kaki  Amin  yang  berselumuh  dengan  lumpur.

Muka  Amin  sudah  berubah  pucat.  Tidak  lama  kemudian...

"Mummy!!!!"  Amin  menjerit  akibat  kesakitan  yang  amat  sangat.

'Nasib  aku  lah  dapat  laki  lembik  macam  dia.  Dah  jodoh  nak  buat  macam  mana,  iye  dok?'  desis  Iman  di  dalam  hati.

Bersambung...