Sunday, April 24, 2016

Cerpen : Please Be Nice With Me 2

"Abang!!!" Jerit Iman memanggil Ahmad Idlan.

"Apa yang bising-bising ni?" Ujar Puan Intan. Tak habis-habis Idlan dengan Iman.

"Mak, abang sorok baju nikah Iman..,"kata Iman meleret. Matanya mula berkaca.

"Astafirullah al'azim Idlan. Masa kamu nak nikah Iman buat penrangai, sorok cincin nikah. Kamu pula buat perangai sorok baju nikah Iman. Adik kamu nak pakai baju apa pula lusa kalau kamu dah sorok baju dia?" kata Puan Intan seraya menggelengkan kepalanya. Teringat pula semasa hari pernikahan Idlan. Jenuh mencari cincin nikah disorok dek Iman. Kena tengking dengan Idlan baru nak bagi tu pun merajuk seminggu.

"Biarlah. Batalkan aje nikah tu. Tak payah kahwin," kata Idlan ego.

"Awak, tak baik tahu buat macam tu kat Iman. Biarlah dia kahwin dengan si Iman tu. Awak pun kenalkan dengan Iman. Baik orangnya." Manisah cuba memujuk suaminya. Sayang sangat kat adik sampai sorok baju nikah.

"Idlam, kamu jangan nak buat hal," kata Encik Amir dengan nada mengugut. Telan air liur juga Idlan bila dengar abahnya kata begitu. Namun ego menguasai diri. Dia masih dengan tekadnya untuk membatalkan pernikahan Iman.

"Sampai hati abangkan..," kata Iman. Air matanya mula gugur. Dia bingkas mengambil kunci keretanya lalu enjin dihidupkan. Pedal minyak ditekan. Keretanya mula meninggalkan perkarangan rumah.
~~~
Ahmad Iman yang sedang tekun memilih hadiah untuk Iman sempena pernikahan mereka terganggu apabila telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

'Iman?' Ahmad Iman berasa aneh kerana Iman menelefonnya. Namun dijawab juga panggilan itu.

"Assalamualaikum, kenapa Iman?" Ahmad Iman memberi salam dan bertanyakan kenapa Iman menelefonnya. Jarang Iman nak telefonnya. Selalunya dia yang mengambil inisiatif untuk menelefon buah hatinya.

"Waalikumsalam...tsk, tsk.." jawab Iman tersedu.

"Awak kenapa ni? Awak nangis ke?" Ahmad Iman mula cemas. Adakah sesuatu yang buruk telah terjadi pada Iman?

"Abang..."

"Kenapa dengan abang?"

"Dia sorok baju nikah..."

"Hah? Sorok baju nikah? Pft, hahaha," Ahmad Iman ketawa apabila mendengar apa yang dikatakan tunangnya itu. Macam budak-budak bakal abang iparnya. Muka je macho tapi, hahaha. Lawaklah!

"Awak, saya serius ni. Awak gelak pulak," Iman seakan-akan ingin mula merajuk. Abangnya sudah buat hal, tunangnya pula boleh ketawa pasal itu. Ini masalah besar tahu!

"Maaf, dah tak gelak dah. Habis tu awak jumpa tak?" Tanya Ahmad Iman prihatin. Iman sekali merajuk payah nak pujuk. Namun tawanya masih bersisa.

"Cari tapi tak jumpa," nada Iman sungguh sayu. Tak bersemangat aja bunyinya. Orang dah nak nikah gembira ni sedih pula.

"Ala, kenapa bunyi tak semangat aje?"

"Macam mana nak bersemangat. Abang buat hal. Ni mesti nak balas dendam sebab Iman dulu pun ada sorok barang nikah dia jugak," Iman mula membuka cerita tentang dia yang menyorok cincin nikah abangnya. Bukan sorok dalam almari tapi dalam freezer tempat ais batu. Memang orang tak jumpa. Tempat persembunyian yang sangat strategik.

"Awak sorok apa?" Ahmad Iman bertanya. Sorok bila dengar cerita tentang Iman dan Idlan. Walaupun kekadang tu cemburu lah jugak dengan hubungan mereka.

"Cincin nikah. Sorok dalam freezer,"ucap Iman ringkas.

Ahmad Iman sedaya upaya menahan tawa. Serius lawak! Dalam freezer disoroknya. Memang tak akan jumpalah jawabnya.

"Menyesal tak rakam. Macam beruk abang cari," Iman ketawa nipis dihujung kata. Tenang sikit hati dia bila dapat dengar suara buah hatinya. Hihihi

"Hahaha. Sekarang macam mana?" Tanya Ahmad Iman. Risau juga dia. Nanti tak jadi nikah pula sebab baju kena sorok. Haru.

"Entahlah. Saya kat luar."

"Awak kat mana?"

"Dekat taman je. Tak tahu nak pergi mana. Suraya pergi beli barang untuk hantaran dia. Tak cukup bahan. Kelam-kabut dia," ucap Iman.

"Owh. Saya ada di shopping complex. Awak tunggu sekejap. Nanti saya datang."

"Hmm, saya pergi shopping complex je lah. Boleh saya tengok barang. Kut ada yang tak cukup lagi."

"Okay."

Sebelum perbualan mereka berakhir, Iman dapat menangkap satu suara yang tidak dikenalinya. Suara perempuan!

Ayat yang dapat ditangkap...

Abang...nak yang ni..

Pergh!! Meleret dia berela-ela. Kalah kain ela dekat Jakel.

'Dia keluar dengan siapa?'

Hati Iman mula tidak sedap hati.
~~~
Kita jumpa dekat restoran biasa.

Pesanan yang diterima daripada Ahmad Iman dibaca. Hatinya berasa tidak enak sejak panggilan tadi berakhir. Suara wanita tadi amat menarik perhatiannya.

~Pelbagai soalan yang berada di minda,
Banyak tanda tanya dan juga jawapannya,
Otak kata jangan hati pula kata ya,
Hidup tak menentu adakah ini cinta~

Maka, bernyanyi kecillah Iman dalam dilema. Orang susah hati menggelabah, ni siap bernyanyi lagu Najwa Latif Cinta Muka Buku. Macam orang tak ada masalah.

Iman berjalan menuju ke destinasi. Hampir sahaja dia dengan meja yang diduduki oleh tunang tersayang, dia melihat Ahmad Iman beramah-mesra, bergelak ketawa. Yang gatal matanya kerana dapat melihat mereka bertepuk tampar dan wanita itu memegang tangan Ahmad Iman!

Tangan ni dah sedia untuk menumbuk. Cuma tak ada mangsa dan korban je.

Iman sakit hati melihat kemesraan mereka. Kalau boleh nak korek biji mata lepas tu buang ke dalam tong sampah. Eh, derma kat orang buta. Lagi besar pahala.

"Lia tahu abang sayang kat Lia. Tak payah bohong," satu baris ayat yang sempat ditangkap oleh gegendang telinga Iman.

Perghh!!! Bernanah telinga! Gedik giler minah tu. Rasa macam nak cabaikan mulut minah tu. Aku pun tak macam tu.

Tak pernah macam tu? Hmm... adakah kerana aku yang tidak mempunyai intonasi gedik tahap Tera dan tidak pandai bermanja mengalahkan kucing parsi? Adakah disebabkan itu Ahmad Iman sanggup mencari yang lain?

Oh tidak!!

Kalau macam tu, aku yang mengundang permasalahan ini. Kalaulah ak ikut nasihat Suraya untuk jadi minah gedik mungkin tak jadi macam ni. Huhu..

Nasi sudah jadi bubur.

Iman mengambil keputusan untuk pulang tanpa bertemu dengan Ahmad Iman. Tak ada guna dia terus berada di situ kalau hanya membuatkan hatinya sedih, terluka, dikhianati, tertipu dan seangkatan dengannya.

Iman berlalu pergi. Air mata gugur menyembah bumi. Mata-mata yang melihat dibiarkan sahaja terus melihat. Bila lagi nak tengok agenda ala-ala dalam drama kan?
~~~
"Dah lama kita tunggu. Air yang Lia pesan pun dah nak habis. Mana tunang abang tak sampai-sampai lagi ni?" Rengek Lia ataupun lebih dikenali sebagai Kamelia.

"Entahlah. Sekejap abang telefon dia," Ahmad Iman menelefon Iman namun panggilannya tidak dijawab. Telefon buat kali kedua, telefon Iman dimatikan.

'Iman ni kenapa? Tadi bukan ke dia yang ajak jumpa. Sekarang batang hidung pun tak nampak lagi. Telefon dimatikan pulak tu. Tak pernah dia macam ni,' Ahamd Iman bermonolog di dalam hati. Wajahnya berkerut.

"Macam atuk je dah abang ni kerutkan dahi. Kenapa? Dia tak angkat call?" Duga Kamelia. Ahmad Iman menganggukkan kepala.

"Hmm, nampkanya tak ada rezeki nak tengok bakal kak ipar Lia," ucap Kamelia sambil melepaskan satu keluhan.

"Kamu lah yang gatal sangat pergi melancong masa abang tunang hari tu. Lagipun, kan abang dah hantar gambar dia dekat kamu," balas Ahmad Iman.

"Liakan baru habis belajar. Mestilah nak merehatkan minda yang asyik diperah ni. Lagipun abang pun salah. Tunang tak terancang. Tup tup ada calon. Tak bagi tahu Lia pun," nada suara Lia kedengaran sayu.

"Bukan abang tak nak bagi tahu. Masa tu masih berkawan."

"Hmm.. Tunang abang ni mana? Dekat 40 minit tunggu. Entah-entah tak datang kut."

"Ya la kut. Tak apalah, nanti abang pergi rumah dia. Risau jugak abang kalau-kalau jadi apa-apa kat dia. Melepas kamu nak dapat bakal kak ipar cun," gurau Ahmad Iman.

"Lia rasa, abang yang frust menonggeng sebab tak dapat bini cun. Lia nak ikut pergi rumah bakal kak ipar?" Tanya Kamelia dengan mata yang bersinar-sinar bagai bintang di langit malam. Cewah!!

"Kamu kena balik rumah. Tolong apa yang patut," kata Ahmad Iman sambil bangun meninggalkan restoran itu. Sebelum itu, dia membayar untuk minuman yang mereka pesan.
~~~
Kereta Iman meluncur laju masuk ke dalam perkarangan rumahnya. Iman segera masuk ke dalam bilik. Semua yang ada memandang aneh.

Orang kalau nak kahwin, berseri-seri je. Kalah kuih seri muka. Ni masam je. Macan mempelam muda. Sedapnya makan dwngan kuah rojak. Sekali rasa nak lagi.

Ahmad Idlan yang paling terkesan. Sebab dialah punca utama kenapa Iman menangis pagi tadi. Dialah yang jadi suspek utama dalam kes ini. Semua mata memandangnya. Tidak ketinggalan isteri tercinta.

"Okay, Idlan pujuk Iman sekarang," katanya sambil mengangkat kedua-dua tanganya macam pesalah. Memang pesalah pun.

Pintu bilik Iman diketuk.

"Iman, bukan pintu ni. Bagi abang masuk," kata Idlan lembut. Nak pujuk adik tercinta, kenalah lembut.

Pintu dibuka perlahan-lahan. Idlan masuk. Pintu ditutupnya perlahan-lahan.

Belum sempat Idlan bersuara, Iman telah memeluknya erat. Habis basah t-shirtnya akibat air mata Iman.

Sah!

Bukan salahnya Iman menangis.

"Ini mesti kerja si Iman tu yang buat adik abang menangis macam ni. Cakap kat abang apa yang dia buat kat adik abang yang comel ni sampai jadi tak comel."

"Adik nampak dia dengan perempuan lain..." ucap Iman perlahan tapi jelas.

"Dia apa?!" Api kemarahan Idlan sedang membara. Berani kau menduakan adik aku ya Iman. Siap kau aku kerjakan.

Kebetulan pula pada ketika itu...

"Assalamualaikum!" Suara Ahmad Iman memberi salam.

"Adik abang tunggu sini ya, biar abang ajar dia cukup-cukup," selesai sahaja berkata sedemikian, Idlan meninggalkan Iman di dalam bilik. Tangan ni dah lama tak tumbuk orang.

Ahmad Iman tidak databg bersendirian, Kamelia turut mengekori. Jenuh di suruh untuk tinggal di rumah tetapi dia enggan.

"Waalaikumsalam, Iman jemput masuk," pelawa Puan Intan. Kamelia menyalami Puan Intan.

"Iman ada tak mak cik?" Tanya Ahmad Iman.

"Ada dia di dalam bilik. Merajuk lagi lah tu kut dengan abangnya. Yang ini siapa?" Belum sempat Ahmad Iman menjawab...

"Iman! Baik kau keluar dari sini. Lepas apa yang kau buat kat adik aku masih berani tunjuk muka dekat sini. Pernikahan ini akan dibatalkan!" Tegas Idlan menghalau Ahmad Iman.

"Idlan, apa yang kamu cakap ni?" Kata Encik Amir. Nadanya satu not lebih rendah berbanding Idlan namun mampu membuatkan lututnya lembut. Telan air liur Idlan.

"Apa yang Iman buat sampai mesri batalkan pernikahan? Persiapan dah nak siap. Majlis tu lusa Idlan. Mak long kamu dari Johor sanggup datang ke sini seminggu lebih awal untuk majlis ni," Puan Intan pula bersuara. Lebih lembut namun mampu melembutkan sendinya.

Ahmad Iman pula terpinga-pinga. Apa yang dia buat? Kamelia pula, terkedu. Kaku terus. Keras je. Kalah batu.

"Iman ni curang dengan adik kesayangan Idlan. Mana Idlan tak marah."

"Curang? Betul ke kamu curang Iman?" Tanya Puan Intan lembut.

"Mana ada saya curang mak cik," Ahmad Iman membela diri.

"Habis, siapa perempuan tu?" Entah bila Iman turun pun tak tahu. Tup-tup dah ada dekat sebelah Idlan. Idlan pun apa lagi,

"Eh mak kau pi berambus!" Keluarlah sifat melatahnya.

Krikk...krikk...

"Hahahaha!!!!!" Meletuslah ketawa semua yang berada di situ. Ahmad Iman, Manisah, Kamelia dan Iman sedaya upaya menahan tawa. Habis merah muka mereka tahan gelak.

Idlan pula merahnya jangan cakap. Macam lobster!

"Iman, janganlah tetiba muncul tepi abang." Marah Idlan. Iman pula, apa lagi. Berlari ke belakang kak iparnya, Manisah dan memandang abangnya dengan mata yang berkaca.

Prangg!! Hancur hatinya apabila melihat Iman sedemikian.

"Umm, saya rasa ada sedikit salah faham di sini. Perempuan kat sebelah saya ni, adik saya, Kamelia." Jelas Ahmad Iman memecah sunyi.

"Adik? Awak tak cakap pun awak ada adik perempuan lain selain kembar awak," Iman yang masih di posisi yang sama bertanya.

"Kenapa abang tak cerita pasal Lia dekat kak Iman? Tengok apa yang dah jadi. Kalau Lia tak ikut mesti abang tak jadi kahwin. Menangis tak berlagu lah jawabnya." Marah Kamelia pula.

"Manalah abang tahu jadi macam ni." Bela Ahmad Iman.

"Sudah, dua-dua Iman pergi berbincang dekat luar. Selesaikan salah faham ni," celah Puan Intan. Macam-macam kerenah.

Mereka apa lagi, keluarlah. Kamelia pula di jemput Puan Intan untuk masuk.
~~~
"Sekarang apa yang awak nak tahu?" Tanya Ahmad Iman lembut sambik memandang tepat mata Iman. Jelas mata Iman agak bengkak kerana menagis. Perasaan berasalah menyerbu sanubarinya.

"Betul dia adik awak?"

"Betul."

"Kenapa saya tak pernah nampak dia?"

"Masa kita tunang, dia dekat Korea. Melancong dengab kawan. Merehatkan minda memandangkan dia baru habis belajar. Dia baru balik minggu lepas."

"Masa saya telefon awak, saya dengan suara perempuan. Siapa pulak dia?"

"Orang yang sama. Lia, dia teman saya shopping."

"Jadi awak tak curang?" Kini Iman membuat mata yang comel macam anak kucing. Nak saja Ahmad Iman memeluk Iman tapi bukan mahram. Sabar hati, lusa je.

"Tak. Saya sayang awak tahu. Tak ada perempuan lain selain awak dalam hati saya selain mak dan ahli keluarga perempuan saya."

Iman mengangguk. Wajahnya ditundukkan. Malu kerana salah faham. Namun, Iman baru teringat satu perkara. Baju nikah!!

"Abang!!! Baju nikah adik!!" Jerit Iman sekuat hati. Ahmad Iman hanya ketawa geli hati dengan gelagat dua beradik itu.

Ahmad Idlan apa lagi. Kalut habis. Mulalah adegan kejar-mengejar dua beradik ini.

Ahmad Iman masuk ke dalam dan melihat aksi itu. Geli hati melihat Iman dan Idlan.

"Abang, baik abang bagi balik baju nikah Iman sebelum..." sengaja Manisah tidak menyambung kata-katanya. Dia hanya tersenyum manis bak madu lebah.

Idlan yang melihat menelan air liur. 'Nanti tak pasal-pasal aku tidur luar pulak seminggu.' Idlan bermonolog.

Idlan berjalan menghampiri kabinet dapur yang berada di atas. Kabinet itu Puan Intan menyimpan semua koleksi tuppurware nya. Di sebalik tappurware di hadapan ada satu bekas air yang kecil yang berwarna. Di keluarkan bekas itu dan dipeluknya.

Idlan memandang orang-orang yang berada di situ. Perlahan-lahan Idlan mengeluarkan baju nikah Iman yang berwarna putih. Memanglah tak nampak sebab bekas itu bukan lut sinar.

Iman apa lagi terus menyambar baju nikahnya dan tersenyum gembira. Selesai sudah masalahnya.

Iman memberikan senyuman manis kepada tunangnya yang tersayang.

"Jangan pandang lama-lama. Iman, sekali lagi kau buat adik aku menangis aku takkan lepaskan kau." Idlan memberi amaran.

"Kau pun apa kurangnya. Buat bakal isteri aku menangis tunggu je hadiah dari aku." Kata Ahmad Iman sambik tersenyum. Ada aura gelap di sekeliling Ahmad Iman yang membuatkan Idlan gugup.

"Alhamdulillah. Selesai semua masalah. Jadi pernikahan duteruskan macam yang dirancang." Kata putus dari Puan Intan mendapat sambutan.

Dugaan sebelun bernikah. Biasalah. Yang penting cara kita selesaikan masalah. Semoga masjid yang bakal dibina ini akan utuh. Aminn.

-TAMAT-

No comments:

Post a Comment