Friday, May 20, 2016

Manja Tak Bersalah! 23

Iman sedaya upaya menahan tawa. Bahunya terhenjut-henjut menahan tawa. Mulutnya ditekup dengan telapak tangannya supaya tidak terhambur. Amin yang melihat hanya memberikan jelingan maut.

"Nak gelak, gelak je lah. Tak payah tahan," akhirnya terburai juga tawa Iman.

"Hahaha!! Lawak lah kau ni Amin. Jujur aku cakap ni lawak paling best," kata Iman dengan tawa yang masih bersisa.

Wajah Amin sudah masam asam jawa. Hahaha. Comel!

Kisahnya begini...

"Iman, aku nak mandi. Bilik air kat mana?" Amin bertanya kepada Iman. Badannya sudah melekit-lekit. Ditambah pula kesan lumpur jatuh tadi. Kaki pun kurang sikit sakit lepas diurut opah.

"Larat ke nak mandi?" Iman menjawab pertanyaan Amin dengan soalan. Patutlah SPM Bahasa Melayu dapat A je.  Spoil habis keputusan dia. Subjek tu je yang dia gagal dapat A+. Subjek lain habis dikaut A+. Bersyukur lah nak.

"Eeii, ingat aku ni lembik sangat ke. Aku nak mandi lah. Badan aku dah melekit ni," bebel Amin. Membebel je tau. Patutlah tak ada yang melekat. Dah lah cakap macam kereta api. Laju je.

"Ish, ye lah. Jom aku tunjukkan. Boleh ke jalan?" Terbit rasa kasihan apabila melihat Amin yang terkial-kial mahu berdiri.

"Boleh."

Iman terus pergi ke arah Amin. Lengan Amin diangkat dan diletakkan di atas belakang lehernya. Tangannya melingkar di pinggang Amin. Tubuh Amin sudah tegak berdiri dengan bantuan Iman.

Amin terkejut dengan tindakan mengejut Iman. Kena rasuk ke apa? Tetiba baik je. Namun pertolongan Iman diterima baik. Tiada protes. Kaki dah sakit. Nanti tak pasal-pasal tempat lain pulak yang sakit.

"Sayang jugak kau kat aku kan," kata Amin bangga. Kembang kempis hidungnya. Siapa tak bangga kalau ada isteri yang penyayang dan prihatin kan. Ciri-ciri isteri idaman kot!

"Dah tu siapa lagi nak sayang kau? Lipas kat kaki kau?"

'Lipas?'

Tiba-tiba kakinya terasa sesuatu bergerak di atasnya. Lembut dan halus. Amin memandang kakinya.

"Mummy!!!!" Tanpa berlengah Amin terus melompat dan memeluk Iman. Kakinya dikibas-kibas sebelum disilangkan di badan Iman. Tangannya yang satu memang sedia ada di belakang leher Iman ditambah lagi sebelah tangannya. Ala-ala princess gitu. Terkejut Iman di buatnya. Mujur sahaja di sempat mengimbangkan badannya. Kalau tak memang macam tupai jatuh ke tanah dah gayanya.

Iman mengambil nafas. Terkejut punya pasal tambahan satu beban yang melilit badannya menyebabkan dia sesak nafas.

'Kuat jugak aku nak tampung mamat ni,' sempat Iman bermonolog.

Iman memandang Amin yang gelisah. Peluh macam air terjun. Banyak gila!

Amin tercari-cari lipas jahanam tu. Berani dia jalan atas kaki putih aku yang suci lagi murni. Dia menoleh kiri dan kanan. Matanya berhenti mencari makhluk kecil itu apabila matanya tertacap pada wajah Iman. Wajah Iman begitu hampir dengan wajahnya.

'Kenapa aku tak perasan yang dia ni cantik gila? Serius perempuan yang secantik dia tak ada pendamping? Untunglah aku dapat bini cun. Muka suci tanpa solekan, bibir merah yang munggil, parut jerawat..ada lah satu dua tapi tak nampak sangat,'

Amin ralit menilik wajah Iman. Iman pula yang rasa lain macam. Dah kenapa dia tengok-tengok aku? Tangan aku ni dah lenguh angkat dia. Hmm...apa kata kita test sound. Hihihi. Senyuman jahat sudah mekar di wajah.

Iman mendekatkan wajah mereka. Amin tidak sedar bahawa wajah mereka begitu hampir. Cukup hampir untuk merasakan hembusan nafas masing-masing.

Amin seakan-akan tersedar apabila wajah Iman begitu dekat dengan lehernya. Deruan nafas Iman membuatkan jantung laju melakukan tugas.

"Bangun Encik Amin oiii!!!" Jerit Iman lantang di telinga Amin. Amin yang terkejut cepat-cepat menutup telinganya. Bergegar gegendang telinga sia!

"Ish kau ni! Kat telinga aku jugak nak test suara. Sakit telinga aku," marah Amin apabila diperlakukan sedemikian. Iman hanya ketawa.

"Dah tu kau tu dok sibuk tilik muka apa tu pasal apa?"

"Mana ada aku tilik," Amin menafikan. 'Aduh, dia perasan lah pulak. Mana nak taruh muka handsome aku ni.'

"Aku ni bukan apa. Boleh je nak angkut kau dengan princess like. Tapi aku takut kau je lah yang tak nak," Amin berasa pelik dengan apa yang baru didengarnya. Dia memerhati keadaan meraka.

Zupp!!

Laju darah mengalir ke wajahnya. "Wei turunkan aku," perlahan Amin meminta. Wajahnya berona merah. Malu!

Iman yang senang hati menurunkan Amin. Nak lepas mengejut nanti tempat lain pulak sakit. Jadi Iman turunkan Amin dengan perlahan.

"Okay, jom aku tunjukkan bilik air," Amin hanya mengangguk.
~~~
"Serius ke?"

"Apa yang serius?"

"Kau nak aku mandi kat tempat macam ni?"

"Dah tu nak mandi mana?"

Amin melihat bilik air dihadapannya. Jamban kena cangkung. Tak ada shower. Kena cebuk you! Tak ada lampu. Hari dah nak malam ni kut. Nak mandi macam mana kalau gelap?

Amin memandang Iman. Jelas terpancar bahawa Amin tidak mahu mandi di bilik air ni.

"Kau nak mandi ke tak? Bau kau ni dah lah busuk. Kalah bau taik ayam. Nak aku teman ke?"

"Rela aku mandi bilik air ni asalkan kau tak ada depan aku. Dah lah. Pergi sana, aku nak mandi," pantas Amin menolak. Gila apa nak dia teman. Takkan!

Pintu dikunci. Amin duduk di atas kerusi plastik kecil yang sedia ada. Dia melihat sekeliling. Mujur ada cahaya matahari senja yang menyuluh membantunya untuk melihat.

'Nak mandi macam mana ek?' Amin menggaru rambutnya yang memang gatal. 'Eh, apa yang bergerak tu?'

"Iman, kamu buat apa kat luar ni?" Tegur atuk apabila terlihat cucunya masih di luar rumah.

"Tak ada buat apa. Menikmati keindahan Allah. Kenapa?" Balas Iman. Takkan nak bagi tahu atuk kut yang aku dajal Amin?

"Jangab kelentonglah. Atuk kenal kamu ni. Amin mana?"

Iman hanya tersengih lalu menunjukkan bilik air yang berada di seberang. Atuk hanya menggeleng.

"Iman, Iman. Kenapa tak cakap? Syabas! Bagus cucu atuk ni. Tak payah atuk susah-susah kenakan dia," balas atuk sambil ketawa.

Iman lupa yang atuknya satu kepala dengannya. Cayalah atuk!

"Jangan sampai opah tahu pulak. Naya kamu nanti," nasihat atuk sambil menepuk lembut bahu Iman. Iman hanya menunjukkan thumbs up sambil tersenyum.

"Iman!!!"

Perbualan Iman dengan atuk terhenti apabila Amin menjerit. Amin segera keluar dan berlari ke arah Iman. Sebelum sampai ke Iman, haish...malang tak berbau lah katakan. Terjatuh pulak. Elok pulak mendarat mencium tanah merah itu.

Iman dan atuk terkejut dengan apa yang berlaku. Tidak dapat menahan tawa terlepas jua tawa mereka

Itulah kisahnya...

"Kau ni kan. Dah lah tu. Baik kau tolong urut kaki aku ni. Sakit balik lah," rengek Amin.

"Dah tu siapa suruh lari?"

"Ada katak...besar," Amin berkata perlahan namun jelas.

"Amin, Amin. Katak pun nak takut. Dah lah, malas nak debat. Meh sini kaki, aku urut," Amin hanya menurut. Kejadian tadi menyebabkan dirinya mengalami kejutan melampau. Haish, apa lah nasib.

Bersambung...

Saturday, May 14, 2016

Cerpen : Jangan Pernah Tinggalkan Aku

Krinnngggg!!!

Nyanyian jam loceng mengejutkan Irdina daripada mimpi.

Irdina mengeliat kecil. Matanya tertacap gambarnya bersama orang yang tersayang. Mereka sedang tersenyum bahagia. Irdina tersenyum sendiri.

Masih segar bermain di ingatan Irdina saat bahagia itu.
~~~
"Dina, aku rasa aku dah fall in love lah," kata Fazrina sambil tersenyum malu.

"Serius?! Dengan siapa?" Irdina teruja mendengar apabila sahabatnya sudah jatuh cinta. Bukan senang nak buat sahabatnya yang seorang ni jatuh cinta. Mahal gila harga cintanya. Kalau korang offer mana-mana artis macam Izzue Islam ke Rosham Noor ke sikit pun dia tak berminat.

"Kau kenal," senyumnya semakin melebar. Haish, bahagianya rasa.

"Aku kenal? Siapa?"

"Mikail," tatkala menyebut nama jejaka itu Fazrina tersenyum dah wajahnya mula berona merah. Namun, tidak bagi Irdina.

Mikail?!

'Kenapa mesti Mikail?' Kecewa Irdina hanya di dalam hatinya.

"Wei, nanti tolong adjust aku dengan dia tau. Kau kan rapat dengan dia," pinta Fazrina sambil membuat muka comel.

... Tiada balasan.

"Helloo~~" kata Fazrina sambil melambai tangan di muka Irdina.

"Eh, sorry. Kau kata apa tadi?" Irdina baru sedar dari lamunannya. Fazrina membuat muka tak puas hati.

"Boleh pulak mengelamun. Aku cakap nanti tolong adjust aku dengan Mikail. Kau kan rapat dengan dia," ulang Fazrina. Entah apa-apa sahabat aku seorang ni. Boleh pulak mengelamun.

"Owh, okay."

"Yeah! Thanks Dina! Kau lah sahabat aku dunia dan akhirat," ucap Fazrina riang. Haribya sedang berbunga-bunga.

Irdina pula sudah tidak sedap hati. Bagaikan sesuatu yang buruk akan terjadi.
~~~
Jumpa awak kat tempat biasa -Irdina-

Mesej di hantar. Tidak sampai seminit, telefonnya berbunyi tanda mesej masuk.

Okay-Mikail-
~~~
"Kenapa tiba-tiba nak jumpa?" Tanya Mikail kepada Irdina. Jarang Irdina ingin berjumpa dengannya.

"Pasal Fazrina," Irdina berkata perlahan. Satu keluhan dilepaskan.

"Kenapa dengan Fazrina? Macam besar je masalah," tanya Mikail prihatin. Risau singgah di hatinya melihat Irdina, kekasihnya berwajah pucat.

"Dia, suka awak," kata Irdina perlahan namun jelas di gegendang telinga Mikail. Mikail agak terkejut dengan apa yang baru di dengarnya.

"Awak cakap apa?" Mikail masih cuba berlagak tenang. Kalau dia turut cemas, pasti Irdina makin tidak keruan.

"Saya tak cakap apa-apa. Tapi dia minta saya tolong adjustkan awak berdua. Apa yang saya kena buat?" Irdina bertambah resah.

"Awak tak jujur ke dengan dia yang kita ni bersama?" Irdina menggelengkan kepalanya apabila disoal sedemikian.

Mikail meraup wajahnya. Dia tahu kenapa Irdina berkeras merahsiakan hubungan mereka. Kerana Fazrina yang amat membencikan lelaki! Kerana ingin menjaga perasaan Fazrina, Irdina terpaksa merahsiakan hubungannya dengan Mikail.

Ada sebab kenapa hanya Mikail sahaja yang berani mendekati mereka. Kerana Mikail merupakan teman baik Irdina sejak di bangku sekolah. Merangkap senior mereka. Mikail juga merupakan ketua pelajar semasa sekolah menengah.

"Sekarang awak nak buat apa?" Tanya Mikail lagi. Risau apa yang bermain di dalam kotak fikirannya menjadi nyata.

"Awak..." Irdina seperti teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya.

Mikail ternanti-nanti. Jantungnya memainkan irama gendang.

"Awak rapat dengan Faz dulu boleh?"

Pak!!

Mikail menepuk dahinya kuat. Bahu Irdina juga terhenjut sedikit akibat terkejut.

"Saya dah agak dah awak nak cakap macam tu," Mikail menghembus nafas kasar.

"Kenapa awak cakap macam tu?"

"Saya dah kenal awak lama dah. Awak, perkara ni mana boleh buat main. Ni soal hati dan perasaan. Perasaan saya dan juga perasaan Fazrina."

"Perasaan saya awak tak fikir?" Mikail terkedu apabila Irdina berkata sedemikian.

"Awak, saya tahu susah. Saya pun tak nak awak rapat dengan Faz. Tapi dia satu-satunya sahabat saya," Irdina cuba memujuk Mikail.

"Kalau macam tu biar saya saja jadi sahabat awak," Mikail mencelah. Dia tiada mood untuk berbahas.

"Ni dah datang dah angin monsun dia. Awak, saya janji saya akan jujur dengan Faz pasal kita. Bagi saya sedikit waktu," Irdina memujuk lagi.

Akhirnya Mikail mengangguk setuju. "Saya tak nak ada sesiapa yang terluka. Janji dengan saya," terus mati senyuman Irdina apabila Mikail berkata sedemikian.

Irdina hanya mendiamkan dirinya. "Saya tak janji."
~~~
"Irdina!!" Jerit Fazrina memanggil Irdina. Terus di peluk tubuh Irdina dari belakang.

"Ya Allah Faz! Terkejut aku. Jangan sergah, peluk-peluk dari belakang. Lemah semangat aku," kata Irdina sambil memasamkan muka. Merajuk!

"Alalala Dina, jangan lah majuk. Tak comel dah kawan kita ni," Faz memujuk dengan membuat suara manjanya. Mujur sekarang tiada siapa di dalam dewan kuliah. Kalau tak terkejut mengalahkan gorila aku rasa budak sekuliah yang lain. Meremang bulu roma kot!

"Janji tak buat lagi?" Fazrina menggelengkan kepalanya.

"Dina, weekend ni kau free tak?" Fazrina bertanya kepada Irdina apabila Irdina sudah tidak merajuk lagi dengannya.

"Hmm, pagi aku free kut. Malam aku ada kerja. Kenapa?"

"Hah, cantik! Aku cadang nak pergi picnic. Nanti kau ajaklah Mikail sekali. Lepas tu kita pergi jalan-jalan ke, tengok wayang ke. Nak tak?" Mata Fazrina kini bersinar-sinar. Irdina berasa serba salah mahu menolak.

Petang tu sebenarnya, dia sudah berjanji dengan Mikail mahu ke rumah bonda. Hmm, macam mana ni?

"Nanti aku tanya Mikail. Kalau dia free aku bagi tahu," kata Irdina putus.

"Yeay! Kaulah sahabat aku dunia akhirat!" Fazrina kini teruja menanti hujung minggu ini.
~~~
Assalamualikum awak, free tak hujung minggu ni?-Irdina-

Pagi insha Allah saya free. Kenapa?-Mikail-

Faz ajak picnic.-Irdina-

Awak kata apa?-Mikail-

Saya cakap yang saya tanya awak dulu.-Irdina-

Esokkan kita nak ke rumah bonda.-Mikail-

Saya tahu. Sebab itu saya tanya awak dulu.-Irdina-

Tengoklah macam mana.-Mikail-

Mesej Mikail itu merupakan perbualan terakhir mereka pada malam itu.

Irdina gelisah memikirkan masalah yang dihadapinya. Patutkah dia jujur dengan Fazrina?

Dia tidak mahu melihat Fazrina kecewa. Lagi-lagi Fazrina kini sudah terbuka hati untuk menerima lelaki dalam hidupnya.

'Ya Allah, betulkah keputusan hambaMu ini? Bimbinglah aku ya Allah.'
~~~
"Dina!!" Jerit Fazrina memanggil sahabatnya apabila melihat kelibat Irdina yang seakan-akan mencari seseorang. Pasti mencari dirinya.

Irdina yang terdengar namanya diseru terus mencari empunya suara. Bibirnya terukir senyuman apabila melihat Fazrina yang sudah siap duduk di atas tikar. Irdina melangkah menghampiri Fazrina.

"Kau bawak apa?" Tanya Fazrina apabila melihat Irdina datang bukan bertangan kosong.

"Sandiwch dan macaroni bakar," ujar Irdina sambil menayang bekal yang di bawanya sebagai habuan mereka di pagi hari. Tidak ketinggalan milo dan teh panas.

Fazrina sudah teruja mendengar menu yang di bawa Irdina. Air tangan Irdina memang meletup. The best!

"Kau bawak apa?" Irdina bertanya kepada Fazrina apabila terlihat bekal makanan di sisi Fazrina.

"Hihi. Aku bawak...puding karamel dan cheesekut!" Ujar Fazrina teruja. Irdina sudah bertepuk tangan. Dessert kegemarannya mana boleh terlepas.

"Wei, Mikhail datang tak?" Fazrina tertunggu-tunggu bila buah hatinya akan muncul. Nak jugak tunjuk skill masaknya. Walaupun hanya tahu buat dessert je.

"Tak tahu. Kalau dia free datang lah tu," jawab Irdina. Namun, dalan hatinya berdoa agar Mikhail tidak munculkan diri. Entah kenapa perasaannya tidak enak.

"Hmm, so kita je lah hari ni. Tak apa, datang ke tak picnic kita kena tetap jalan," Fazrina sudah tidak sabar mengisi perutnya yang sudah menyanyikan lagu balada minta diisi.

Sementara mereka menjamah makanan,

"Sedapnya makan. Macam tak ingat dunia," Fazrina dan Irdina cepat-cepat beralih pandangan kepada punca suara tersebut. Mikhail!

"Datang jugak awak kan. Ingatkan tak datang tadi," Fazrina tersenyum hingga ke telinga apabila melihat susuk tubuh yang amat di sukainya. Irdina pula tidak seceria tadi.

Fazrina menepuk tempat di sebelahnya dan mengajak Mikhail duduk. Mikhail duduk di sebelah Fazrina, berhadapan dengan Irdina. Irdina sudah menundukkan kepalanya. Melarikan pandangannya daripada bertembung dengan Mikhail.

Irdina yang melihat kemesraan Mikhail dan Fazrina berasa seakan-akan hatinya ditikam bertubi-tubi. Sakit hatinya saat itu. Namun, tetap dihadiahkan juga senyuman kepada mereka.

Mikhail menyedari perubahan Irdina. Walaupun dia masih tersenyum tetapi dia tahu itu bukan senyuman yang dirinduinya. Senyuman itu plastik!

"Awak nak rasa cheesekut yang saya buat. Sedap tau. Irdina paling suka ni," Fazrina menghulurkan sedikit cheesekut buatannya ke atas pinggan kertas kepada Mikhail.

Mikhail teragak-agak untuk menerimanya. 'Aduh, cheese? Muaklah.' Mikhail berkata di dalam hati.

"Mikhail tak suka cheese. Benda manis pun tak," kata-kata Irdina telah menyelamatkan Mikhail daripada terpaksa makan makanan yang memuakkannya.

"Owh, habis tu awak nak makan apa?" Fazrina bertanya. Kebetulan pula makanan yang dibawanya manis-manis belaka.

"Ni saya ada buatkan sandwich sardin dan telur. Awak sukakan?" Irdina menghulurkan bekal makanan yang mengandungi sandwich. Sandwich Irdina memang memikat selera kerana cukup seimbang. Ada sayur, itu yang penting.

"Terima kasih," ujar Mikhail sambil makan sandwich buatan Irdina. Sedapnya sampai menjilat jari!

"Eee, sayur!" Fazrina sudah membuat muka cuak apabila melihat Mikhail makan sandwich yang penuh dengan sayuran hijau. Mana sardinnya?

"Sayur lah baik untuk kesihata. Cuba awak rasa. Sayur Irdina ni sedap tau. Crunchy," kata Mikhail sambil makan sandwich itu dengan rakus.

Fazrina hanya menggeleng. Dia mengambil keputusan untuk makan sandwich telur. Tiba-tiba Fazrina tersedak. Irdina terus menghulurkan secawan air milo panas kepada Fazrina.

Fazrina berasa lega selepas minum air milo. Macam manalah boleh tercekik? Buat malu je depan Mikhail.

Irdina menggeleng kepala melihat Fazrina. Makan tak ingat dunia. Irdina menuangkan air teh panas ke dalam cawan plastik dan dihulurkan kepada Mikhail. Mikhail menyambut huluran Irdina dengan gembira.

'Ingat jugak dia yang aku suka minum teh O panas pagi-pagi.' Mikhail bermonolog gembira.

Fazrina memandang tingkah laku Irdina dan Mikhail. Macam suami isteri. Bahagia je tengok. Apa yang diberi Irdina pasti disambut dengan senyuman oleh Mikhail.

"Eh, dah lewat. Faz aku kena gerak dulu. Aku ada janji," kata Irdina sambil mengemas.

"Haah, aku pun kena gerak," Mikhail turut bersuara.

"Owh. Kalau macam tu aku pun gerak lah," kata Fazrina lalu dikemasnya tempat mereka.

Fazrina berasa aneh apabila melihat Irdina dan Mikhail berjalan bersama. Mungkin satu jalan. Tapi mereka berbual mesra. Siap tersenyum lagi. Setahunya Irdina ni pendiam dan pemalu. Mikhail juga banyak tersenyum apabila bersama Irdina berbandingnya.

Fazrina mengambil keputusan untuk mengekori mereka. Fazrina terkejut apabila melihat Irdina yang masuk ke dalam kereta Mikhail. Memang Irdina tidak tahu memandu. Tetapi sudah jadi kebiasaan Irdina untuk menggunakan pengangkutan awam.

Fazrina mengekori mereka sehinggalah kereta Mikhail berhenti di hadapan sebuah rumah. Agak besar.

Rumah Yayasan Jannatul Firdaus.

'Buat apa mereka datang ke sini? Setahu aku ni rumah anak yatim yang Irdina tinggal dulu.' Fazrina semakin curiga dengan hubungan mereka.

"Assalamualikum bonda. Bonda apa khabar?" Irdina menyalami tangan tua yang dipanggil sebagai bonda itu lalu memeluk wanita tua itu.

"Bonda sihat, alhamdulillah. Dina sihat?" Tanya bonda pula.

"Alhamdulillah bonda. Macam yang bonda lihat."

"Bodyguard Irdina sihat?" Tanya bonda kepada Mikhail.

"Sihat bonda. Tapi sejak bila Mikahil jadi bodyguard dia?" Tanya Mikhail tidak puas hati. Bodyguard je taraf aku? Suami tak layak?

"Sejak kamu ada niat nak memperisterikan Irdina." Usik bonda. Mikhail sudah tersenyum.

Fazrina yang terdengar perbualan mereka terkejut? Isteri?!

"Ish bonda ni. Ke situ pulak." Irdina sudah malu apabila bonda berkata sedemikian.

"Apa yang nak dimalukan. Betul kan apa yang bonda cakap. Bila nak masuk meminangnya Mikhail. Baik kamu cepat. Anak bonda yang sorang ni ramai yang berkenan." Muka Irdina sudah merah apabila dikata sedemikian.

"Irdina ni ha, nak habiskan belajar. Mikhail pun ada satu semesta lagi. InsyaAllah habis je Mikhail belajar adalah rombongan hantar cincin." Kata Mikhail tanpa segan silu. Memang hajatnya ingin bersatu dengan Irdina telah diketahui oleh orang tuanya. Orang tuanya juga bersetuju dengan pilihan hatinya.

Fazrina yang dari tadi mendengar perbualan mereka mula menitiskan air mata.

'Sampai hati kau tipu aku Irdina.' Desis hati Fazrina. Tidak menyangka bahawa sahabatnya sanggup berahsia dengannya tentang perkara yang sepenting ini.

"Kakak kenapa nangis?" Tanya seorang kanak-kanak yang merupakan penghuni rumah tersebut.

Suara kanak-kanak yang lantang itu menarik perhatian Irdina, Mikhail dan bonda. Irdina agak terkejut apabila melihat Fazrina ada di sebalik pintu.

Fazrina mengamnil keputusan untuk pergi meninggalkan tempat itu. Hatinya sungguh sakit dipermainkan oleh Irdina dan Mikhail.

Mikhail terkedu. Kejadian ini berlaku dengan begitu pantas. Irdina mengejar Fazrina namun kereta Fazrina meluncur laju meninggalkan kawasan itu.

Mikhail mengekori Irdina.

"Awak, apa yang saya nak buat sekarang? Faz mesti dengar apa yang kita bualkan tadi." Irdina tidak mampu menahan air matanya daripada gugur menyembah bumi. Mikhail cuba memujuk Irdina.

"Bonda, apa yang Dina kena buat sekarang? Faz mesti marah dengan Dina sebab rahsiakan pasal ni." Tangis Irdina semakin kuat. Mikhail buntu bagaimana lagi untuk menenangkan Irdina.

"Dina kena buat. Bincang elok-elok dengan Faz. Mungkin dah sampai masanya Fazrina tahu perkara yang sebenar." Kata-kata bonda berjaya membuatkan tangisan Irdina semakin reda. Tetapi hatinya tetap gelisah. Inikah yang dirasakannya tadi?
~~~
"Sampai hati kau Dina mainkan perasaan aku! Kau pun Mikhail!" Marah Fazrina tidak dapat dibendung. Dia memukul stereng keretanya dengan kuat. Dia memandu keretanya dengan laju. Selaju amarah dan kecewanya.

Tidak pernah disangka bahawa Irdina sanggup menipunya. Kenapa dia mesti terima permintaan aku untuk dia dapat bersama dengan Mikhail? Kenapa Irdina sanggup berahsia dengannya tentang hubangan dia dengan Mikhail? Siapa aku dalam hidup dia?

Pelbagai persoalan muncul di dalam fikirannya. Yang pasti dia amat terkilan!
~~~
Di dewan kuliah, Irdina tercari-cari kelibat Fazrina. Dia ingin memberitahu Fazrina tentang perkara yang sebenar. Tentang dia dan Mikhail.

"Fazrina!" Irdina memanggil Fazrina apabila matanya tertacap kepada susuk tubuh amat dikenalinya. Irdina menghampiri Fazrina.

"Faz, aku ada benda nak bagi tahu kau." Ucap Irdina takut-takut. Wajah Fazrina tak seceria dulu.

"Tak ada apa yang perlu kau bagi tahu. Aku dah tahu segala-galanya. Sampai hati kau kan. Permainkan perasaan aku? Kau tahukan yang aku ni pernah sakit hati dengan lelaki? Sebab lelakilah maruah aku tergadai! Aku ingat Mikhail berbeza sebab dia terima aku seadanya. Rupanya korang tikam aku dari belakang!" Suara Fazrina mula meninggi.

Ya. Maruah Fazrina tercalar kerana kekasihnya dulu telah mencabulinya. Sejak dari itu, Fazrina membenci lelaki dan menganggap mereka semuanya sama! Bernafsu! Hanya Mikhail dan Irdina sahaja yang tahu perkara ini selain keluarganya. Kerana Mikhaillah yang telah menyelamatkannya dulu.

"Faz, aku minta maaf. Aku bukan sengaja tak nak jujur dengan kau. Tak pernah terdetik pun aku nak permainkan perasaan kau." Air mata Irdina tidak dapat dibendung lagi. Mujur tidak ada orang pada ketika itu. Kelas akan bermula setengah jam sahaja lagi.

"Aku tak nak dengar apa-apa lagi! Mulai sekarang, kau bukan sahabat aku lagi!" Marah Fazrina kepada Irdina lalu meninggalkan Irdina sendirian.

Irdina tidak mampu mengejar Fazrina. Hatinya sakit apabila Fazrina berkata sedemikia. Kata-kata itulah yang tidak ingin didengarnya. Dia tidak ada sesiapa di dunia ini selain Fazrina, Mikhail dan bonda. Orang tuanya yang sangat dicintai Irdina telah lama pergi bertemu dengan Ilahi. Hanya Fazrina tempat dia mengadu.

Kini semuanya musnah. Irdina tidak lagi bertemu dengan Fazrina sejak hari itu.
~~~
"Sayang termenung apa tu?" Tegur satu suara garau mematikan lamunan Irdina.

"Eh, tak ada apa abang. Dina teringat Fazrina," kata Irdina kepada suaminya, Mikhail.

"Sayang, tak baik termenung sahaja. Tak baik untuk kesihatan sayang dengan baby." Kata Mikhail perlahan sambil mengusap lembut perut Irdina yang baru kelihatan sedikit besar. Usia kandungan Irdina baru mencecah empat bulan. Mereka telah mendirikan rumah tangga sejak setahun yang lalu.

"Dah tiga tahun Fazrina menghilang tanpa khabar berita." Ucap Irdina perlahan. Luluh hatinya apabila teringatkan Fazrina.

"InsyaAllah kalau ada rezeki, sayang akan jumpa Fazrina. Sayang berdoa kepada Allah supaya diketemukan dengan Fazrina," pujuk Mikhail. Kehilangan Fazrina memberi impak yang besar dalam hidup Irdina.

"Assalamualikum!" Satu suara memberi salam. Mikhail bergegas ke pintu untuk melihat gerangan yang mrmberi salam.

"Siapa abang?" Tanya Irdina setelah dia menyarungkan tudung. Mana tahu tetamu mereka adalah lelaki.

"Tak tahu. Dia membelakangkan badan. Nampak macam perempuan," ujar Mikhail.

"Biar saya pergi tengok." Mikhail membenarkan Irdina pergi.

"Waalaikumsalam. Cari siapa?" Tanya Irdina kepada wanita yang tidak dikenalinya.

"Saya nak jumpa dengan sahabat saya, Irdina." Kata wanita dihadapannya sambil memusingkan badannya.

Irdina menutup mulutnya. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya kini. Fazrina!

Irdina segara membuka pagar dan memeluk sahabat yang dirinduinya. Tiga tahun mereka terpisah akhirnya mereka diketemukan kembali.

Irdina tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir. Daoanya selama ini dimakbulkan oleh Allah. Syukur alhamdulillah!

Fazrina menggosok belakang Irdina lembut. Sungguh dia rindu dengan sahabatnya. Dia terlampau ikutkan perasaan. Sejak pergaduhannya dengan Irdina tiga tahun lepas dia membawa diri ke Mesir untuk menyambung pelajaran.

"Mana kau pergi Faz? Aku rindu kau sangat-sangat," Irdina meluahkan perasaannya. Sunggub dia rindu dengan sahabatnya!

"Aku sambung belajar ke overseas. Aku baru balik dari Mesir," kata Fazrina seraya melapaskan pelukan. Ingin sahaja dia meneruskan sesi peluk-memeluj tetapi segan apabila diperhatikan.

"Hai Mikhail, apa khabar?" Tanya Fazrina apabila melihat Mikhaik di muka pintu.

"Alhamdulillah. Macam yang kau tengok." Kata Mikhail.

"Bersatu jugak korang ek. Aku rasa perut kau ni buncit sikit lah. Kau pregnant eh?" Tanya Fazrina.

Irdina mengangguk malu. Tapi bahagia. Sungguh.

Fazrina sudah teruja. Wajahnya sangat gembira. Tenang hatinya melihat Irdina sekarang. Tidak lagi keseorangan.

"Siapa tu?" Tanya Irdina apabila melihat seorang jejaka tampan keluar daripada kereta hitam milik Fazrina.

"Owh, kenalkan. Megat Faruq. My beloved husband." Ucap Fazrina. Faruq bersalaman dengan Mikhail.

"Faz, janji dengan aku yang kau takkan tinggalkan aku lagi."

"Aku janji yang aku takkan tinggalkan sahabat aku lagi." Ikrar Fazrina. Irdina senyum bahagia.

Dia bersyukur kerana pershabatannya dengan Fazrina kembali bertaut. Dia turut senang melihat Fazrina yang bahagia dengan suaminya. Semoga kebahagiaannya ini kekal hingga ke syurga. Amin.

-TAMAT-