Friday, May 20, 2016

Manja Tak Bersalah! 23

Iman sedaya upaya menahan tawa. Bahunya terhenjut-henjut menahan tawa. Mulutnya ditekup dengan telapak tangannya supaya tidak terhambur. Amin yang melihat hanya memberikan jelingan maut.

"Nak gelak, gelak je lah. Tak payah tahan," akhirnya terburai juga tawa Iman.

"Hahaha!! Lawak lah kau ni Amin. Jujur aku cakap ni lawak paling best," kata Iman dengan tawa yang masih bersisa.

Wajah Amin sudah masam asam jawa. Hahaha. Comel!

Kisahnya begini...

"Iman, aku nak mandi. Bilik air kat mana?" Amin bertanya kepada Iman. Badannya sudah melekit-lekit. Ditambah pula kesan lumpur jatuh tadi. Kaki pun kurang sikit sakit lepas diurut opah.

"Larat ke nak mandi?" Iman menjawab pertanyaan Amin dengan soalan. Patutlah SPM Bahasa Melayu dapat A je.  Spoil habis keputusan dia. Subjek tu je yang dia gagal dapat A+. Subjek lain habis dikaut A+. Bersyukur lah nak.

"Eeii, ingat aku ni lembik sangat ke. Aku nak mandi lah. Badan aku dah melekit ni," bebel Amin. Membebel je tau. Patutlah tak ada yang melekat. Dah lah cakap macam kereta api. Laju je.

"Ish, ye lah. Jom aku tunjukkan. Boleh ke jalan?" Terbit rasa kasihan apabila melihat Amin yang terkial-kial mahu berdiri.

"Boleh."

Iman terus pergi ke arah Amin. Lengan Amin diangkat dan diletakkan di atas belakang lehernya. Tangannya melingkar di pinggang Amin. Tubuh Amin sudah tegak berdiri dengan bantuan Iman.

Amin terkejut dengan tindakan mengejut Iman. Kena rasuk ke apa? Tetiba baik je. Namun pertolongan Iman diterima baik. Tiada protes. Kaki dah sakit. Nanti tak pasal-pasal tempat lain pulak yang sakit.

"Sayang jugak kau kat aku kan," kata Amin bangga. Kembang kempis hidungnya. Siapa tak bangga kalau ada isteri yang penyayang dan prihatin kan. Ciri-ciri isteri idaman kot!

"Dah tu siapa lagi nak sayang kau? Lipas kat kaki kau?"

'Lipas?'

Tiba-tiba kakinya terasa sesuatu bergerak di atasnya. Lembut dan halus. Amin memandang kakinya.

"Mummy!!!!" Tanpa berlengah Amin terus melompat dan memeluk Iman. Kakinya dikibas-kibas sebelum disilangkan di badan Iman. Tangannya yang satu memang sedia ada di belakang leher Iman ditambah lagi sebelah tangannya. Ala-ala princess gitu. Terkejut Iman di buatnya. Mujur sahaja di sempat mengimbangkan badannya. Kalau tak memang macam tupai jatuh ke tanah dah gayanya.

Iman mengambil nafas. Terkejut punya pasal tambahan satu beban yang melilit badannya menyebabkan dia sesak nafas.

'Kuat jugak aku nak tampung mamat ni,' sempat Iman bermonolog.

Iman memandang Amin yang gelisah. Peluh macam air terjun. Banyak gila!

Amin tercari-cari lipas jahanam tu. Berani dia jalan atas kaki putih aku yang suci lagi murni. Dia menoleh kiri dan kanan. Matanya berhenti mencari makhluk kecil itu apabila matanya tertacap pada wajah Iman. Wajah Iman begitu hampir dengan wajahnya.

'Kenapa aku tak perasan yang dia ni cantik gila? Serius perempuan yang secantik dia tak ada pendamping? Untunglah aku dapat bini cun. Muka suci tanpa solekan, bibir merah yang munggil, parut jerawat..ada lah satu dua tapi tak nampak sangat,'

Amin ralit menilik wajah Iman. Iman pula yang rasa lain macam. Dah kenapa dia tengok-tengok aku? Tangan aku ni dah lenguh angkat dia. Hmm...apa kata kita test sound. Hihihi. Senyuman jahat sudah mekar di wajah.

Iman mendekatkan wajah mereka. Amin tidak sedar bahawa wajah mereka begitu hampir. Cukup hampir untuk merasakan hembusan nafas masing-masing.

Amin seakan-akan tersedar apabila wajah Iman begitu dekat dengan lehernya. Deruan nafas Iman membuatkan jantung laju melakukan tugas.

"Bangun Encik Amin oiii!!!" Jerit Iman lantang di telinga Amin. Amin yang terkejut cepat-cepat menutup telinganya. Bergegar gegendang telinga sia!

"Ish kau ni! Kat telinga aku jugak nak test suara. Sakit telinga aku," marah Amin apabila diperlakukan sedemikian. Iman hanya ketawa.

"Dah tu kau tu dok sibuk tilik muka apa tu pasal apa?"

"Mana ada aku tilik," Amin menafikan. 'Aduh, dia perasan lah pulak. Mana nak taruh muka handsome aku ni.'

"Aku ni bukan apa. Boleh je nak angkut kau dengan princess like. Tapi aku takut kau je lah yang tak nak," Amin berasa pelik dengan apa yang baru didengarnya. Dia memerhati keadaan meraka.

Zupp!!

Laju darah mengalir ke wajahnya. "Wei turunkan aku," perlahan Amin meminta. Wajahnya berona merah. Malu!

Iman yang senang hati menurunkan Amin. Nak lepas mengejut nanti tempat lain pulak sakit. Jadi Iman turunkan Amin dengan perlahan.

"Okay, jom aku tunjukkan bilik air," Amin hanya mengangguk.
~~~
"Serius ke?"

"Apa yang serius?"

"Kau nak aku mandi kat tempat macam ni?"

"Dah tu nak mandi mana?"

Amin melihat bilik air dihadapannya. Jamban kena cangkung. Tak ada shower. Kena cebuk you! Tak ada lampu. Hari dah nak malam ni kut. Nak mandi macam mana kalau gelap?

Amin memandang Iman. Jelas terpancar bahawa Amin tidak mahu mandi di bilik air ni.

"Kau nak mandi ke tak? Bau kau ni dah lah busuk. Kalah bau taik ayam. Nak aku teman ke?"

"Rela aku mandi bilik air ni asalkan kau tak ada depan aku. Dah lah. Pergi sana, aku nak mandi," pantas Amin menolak. Gila apa nak dia teman. Takkan!

Pintu dikunci. Amin duduk di atas kerusi plastik kecil yang sedia ada. Dia melihat sekeliling. Mujur ada cahaya matahari senja yang menyuluh membantunya untuk melihat.

'Nak mandi macam mana ek?' Amin menggaru rambutnya yang memang gatal. 'Eh, apa yang bergerak tu?'

"Iman, kamu buat apa kat luar ni?" Tegur atuk apabila terlihat cucunya masih di luar rumah.

"Tak ada buat apa. Menikmati keindahan Allah. Kenapa?" Balas Iman. Takkan nak bagi tahu atuk kut yang aku dajal Amin?

"Jangab kelentonglah. Atuk kenal kamu ni. Amin mana?"

Iman hanya tersengih lalu menunjukkan bilik air yang berada di seberang. Atuk hanya menggeleng.

"Iman, Iman. Kenapa tak cakap? Syabas! Bagus cucu atuk ni. Tak payah atuk susah-susah kenakan dia," balas atuk sambil ketawa.

Iman lupa yang atuknya satu kepala dengannya. Cayalah atuk!

"Jangan sampai opah tahu pulak. Naya kamu nanti," nasihat atuk sambil menepuk lembut bahu Iman. Iman hanya menunjukkan thumbs up sambil tersenyum.

"Iman!!!"

Perbualan Iman dengan atuk terhenti apabila Amin menjerit. Amin segera keluar dan berlari ke arah Iman. Sebelum sampai ke Iman, haish...malang tak berbau lah katakan. Terjatuh pulak. Elok pulak mendarat mencium tanah merah itu.

Iman dan atuk terkejut dengan apa yang berlaku. Tidak dapat menahan tawa terlepas jua tawa mereka

Itulah kisahnya...

"Kau ni kan. Dah lah tu. Baik kau tolong urut kaki aku ni. Sakit balik lah," rengek Amin.

"Dah tu siapa suruh lari?"

"Ada katak...besar," Amin berkata perlahan namun jelas.

"Amin, Amin. Katak pun nak takut. Dah lah, malas nak debat. Meh sini kaki, aku urut," Amin hanya menurut. Kejadian tadi menyebabkan dirinya mengalami kejutan melampau. Haish, apa lah nasib.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment