Saturday, September 10, 2016

Cerpen : Diakah Putera Idamanku? (Part 1)

Aku duduk dia atas buayan kayu yang dihiasi bunga-bunga pelbagai warna. Aku memakai gaun berwarna pastel merah jambu tudung shawl berwarna putih suci. Aku bernyanyi kecil sambil menikmati permandangan indah ciptaan Allah.

Pandangan aku dimatikan dengan bunyi derapan kuda. Aku lihat seorang jejaka menaiki kuda putih. Oh, puteraku sudah sampai menjemputku!

Jejaka itu menghampiriku dengan senyuman yang menawan. Dia menghulurkan tangannya. Belum sempat aku menyambut tangannya...

Kringggg!!!!

"Oh mak kau prince charming!" dan...

Kedebuk!!

"Aduh! Sakitnya Kepala aku," aku mengaduh kesakitan. Mana taknya kalau kepala ni cium lantai. Karpet pula basuh. Kalau ada karpet taklah sakit.

"Puteri Qistina Nur Hanna! Apa yang bising-bising tu?" Jerit Puan Hajah Nur Hanisah dari tingkat bawah rumah. Pagi-pagi dah bising.

"Tak ada apa mama!" Balasku. Ni kalau mama tahu mesti jadi bahan sebulan.

Aku tengok jam loceng yang mengganggu aku dengan putera aku. Aku pun senyapkan jam loceng yang dari tadi asyik berbunyi.

"Kacau je aku dengan prince charming aku. Sikit je lagi aku nak capai tangan sasa dia. Huhu," aku berkata sendiri.

Aku pandang lagi sekali jam loceng aku. Pukul 8.15 pagi. Awal lagi. Kelas mula pukul 9.00 pagi. Kejap. 8.15?

"Oh no! Dah lewat!" Aku menjerit kecil sebelum terus menerpa ke arah bilik air. Aku segera membersihkan diri.

'Macam mana boleh terlajak tidur ni?' Aku bertanya kepada diri sendiri.

Selesai mandi aku mencapai baju kurung moden berwarna ungun dah biru. Tudung shawl warna biru di padankan. Make up nipis aku hias di wajah. Aku mencapai beg galas dan segera ke dapur untuk sarapan.

"Assalamualaikum mama," ucapku sambil mencium pipi mamaku.

"Waalaikumsalam. Lambat bangun anak mama hari ni. Ingatkan tak ada kelas," kata mama

"Terlajak tidur. Bagun je dah lewat. Okaylah ma, Hanna dah lewat ni. Hanna gerak dulu," aku mengambil satu keping roti yang sudah disapu mentega kacang dan coklat. Susu aku minum dengan rakus. Aku terus menyalami tangan mama dan mencium pipinya sebelum meninggalkan rumah.

Kunci kereta aku capai. Enjin kereta dihidupkan. Kereta Myvi ku laju meninggalkan perkarangan rumah. UiTM Shah Alam menjadi destinasiku.
~~~
"Tak sempat, tak sempat," aku berkata sambil berlari anak menuju dewan kuliah. Mana taknya kalau tadi jenuh cari parking dan akhirnya dapat tempat jauh dari dewan kuliah. Pensyarah yang ni pulak jenis datang awal. Haish.

Aku menolak kasar pintu dewan kuliah.

"Sempat!"

"Banyak lah kau punya sempat. Pensyarah dah masuk," jelas Hazwani.

"Aku masuk 5 saat lebih awal. Kiranya akulah yang sampai dulu," aku tak mahu kalah. Aku lawan balik apa yang kawanku katakan. Nyaris lewat doh.

"Ye pah, dah cepat duduk. Nanti kena marah dengan pensyarah," arah Hazwani. Aku mengambil tempat duduk di sebelahnya. Sebelah aku masih ada kerusi kosong. Niat nak letak beg kat situ tapi nanti ade orang baru datang tak ada tempat pulak.

Masin mulut aku memang ada orang datang dan duduk di sebelah aku.

"Lewat kamu datang Rayyan. Jalan jam ke?" Sindir pensyarah itu. Mana taknya kalau itulah alasan yang selalu dia dapat bila ada mahasiswa dan mahasiswi datang lewat. Cukup pantang kalau ada yang lewat datang kelasnya.

Rayyan yang dimaksudkan ialah orang yang duduk di sebelah aku. Aku tak lah kenal sangat Rayyan ni sebab aku tak pernah duduk dekat dengan lelaki dan aku tak pernah pandang mahasiswa kat sini. Sebabnya tak ada sorang pun putera aku. Huhuhu. Bilalah putera aku nak datang jemput aku?

"...ri, Puteri!"

"Ya puteraku!" Aku terkejut dan tersasul. Apa lagi, tekup mulut lah aku. Muka aku pun dah blushing. Malu wei!!

"Banyak lah awak punya putera. Dari tadi saya panggil awak tak menyahut. Itulah berangan lagi. Siap jumpa dengan putera ya," perli pensyarah itu, Encik Tarmizi. Semua orang pula tengok aku, ada yang berbisik, ada yang tahan gelak. Gelak lepas pun ada. Arghh!

"Dah, senyap. Kita sambung kita punya pelajaran," Encik Tarmizi meneruskan pelajaran. Aku pula yang tak dapat fokus akibat malu. Huhuhu. Nak balik..

Aku meletakkan muka ku di atas meja dan menyilangkan tanganku di atas meja. Sesekali aku mengalihkan pandangan ke arah Rayyan.

Hmm...rambut depan tutup mata, pakai spec petak, kulit kuning langsat, rambut hitam tapi sekali pandang macam coklat sikit, mata dia...tak nampak warna apa, badan...hmm...boleh la. Tak sado sangat tak keding sangat.

Tapi tak dapat tandingi puteraku. Rambut blonde, anak mata warna biru, kulit putih suci, badan sado. Tapi sado sangat tak syok jugak. Senyuman menawan. Haila, melting!

"Puteri, kau berangan apa lagi tu. Baik kau fokus. Encik Tarmizi pandang sini lain macam doh. Bangun lah wei," di sebabkan kata-kata Hazwani aku bingkas bangun. Aku pun buat-buat ambil note.
~~~
"Engkau berangan apa dalam kelas? Nasib mood Encik Tarmizi hari ni cerah. Kalau tak teruk kita kena dengan assignment dia yang merapu," bebel Hazwani. Aku pun layan je. Siapa lagi nak dengar dia bebel selain kawan dia yag mithali ni.

"Malam tadi aku mimpi prince charming," kataku sambil tersengih. Hazwani memang dah masak dengan perangai aku.

"Tak habis lagi dengan prince charming dia. Bangunlah wahai sahabatku! Jangan bermimpi di siang hari," kata Hazwani sambil menggoncang bahuku. Pening kejap.

"Aku bangunlah ni. Tapi aku tak boleh lah lupa muka dia. Hensem giler. Melting doh!" Ucapku. Hazwani hanya menggeleng kepala.

"Ikut kau lah. Aku nak pergi beli breakfast kejap. Aku tak breakfast tadi," kata Hazwani. Nanti tak pasal-pasal dapat gastrik.

"Pergilah. Aku nak pergi library. Aku tunggu kau kat tempat biasa," aku dan Hazwani berpisah. Kami ke destinasi masing-masing. Bahan untuk assingment Prof. Suriati tak cukup lagi. Nak kena hantar minggu depan. Lewat sesaat jangan harap dia nak terima.

Aku pun masuk ke dalam library. Udara dingin daripada pendingin hawa menyapa kulitku. Sejuk!

Aku mencari buku yang diperlukan. Satu-persatu aku ambil buku yang berkaitan. Buku di susun mengikut abjad memudahkan pencarianku. Tiba di buku yang terakhir...

"Huruf S,S,S dan gotcha!" Belum sempat aku ambil buku tu ada orang lain yang lebih pantas mengambil. Aku melopong. Aku rasa burung pun boleh buat sarang kat dalam mulut aku ni.

'Dia ambik dan blah macam tu je? Aku ni punya lah bertungkus lumus cari tup tup dia ambil macam tu je,' aku bebel di dalam hati. Geram yang amat!

Aku mengekori orang yang telah merampas buku aku. Err..bukan aku punya, library punya. Hendap punya hendap, akhirnya aku berjaya mengesan lokasi penjenayah tersebut. Dah macam polis pulak. Tapi nak jadi cam Shinichi Kudo dalam cerita Detective Conan. Hensem doh Shinichi! Nasib Ran punya.

Aku perhati penjenayah tersebut. Aku pun...

"Oh my Allah! Rayyan?! Mamat nerd?" Dalam banyak-banyak manusia dalam kampus ni, kenapa dia jugak? Kenapa bukan Prince Charming aku? Huhuhu T.T

Aku pun melangkah longlai ke tempat duduk yang biasa aku dengan Hazwani duduk. Patah seribu hatiku bila terkenangkan buku tu~~

Eh, dah melalut dah aku. Tak apalah. Nanti dia dah tak guna aku ambik lah. End of the story. Apa susah ye dok.

Aku mula menelaah. Sedar tak sedar Hazwani duduk di depan aku.

"Sorry lambat. Dah dapat apa yang diminta?"

"Tak. Ada satu buku tak dapat," kataku lemah.

"Asal tak dapat? Ada orang guna?" Hazwani meneka aku pun angguk lah. Dah itu kenyataannya. Nak buat macam mana.

"Alah, biasalah. Buku library. Macam tak pernah kena. Kita buat mana yang ada depan mata dulu,"kata Hazwani sedikit sebanyak mengubat hatiku.

"Saya nak buku ni boleh?" Dalam sibuk kami menelaah, boleh pulak ada satu suara garau kacau. Terbantut idea yang ada dalam kepala. Aku dengan Hazwani memandang empunya suara. Rayyan!

"Buku yang mana?" Hazwani bertanya kembali. Rayyan menunjukkan buku yang ada di depan aku. Aku tengah guna buku ni kut.

"Owh, boleh tapi dengan syarat awak bagi buku yang awak pegang," Hazwani mula dengan sesi tawar-menawar. Aku yang tak setuju mencuit lengan Hazwani dengan pen.

"Aku nak guna lagi lah," bisikku.

"Alah, bagi lah dia pinjam. Kita boleh ambil buku dia," cadang Hazwani.

"Ermm...kejap, aku nak salin. Sikit je lagi," kataku.

"Awak, nanti kami bagi awak. Kami ada sikit lagi je. Dah siap kami bagi. Jangan bagi orang lain pulak buku tu," pesan Hazwani kepada Rayyan.

Rayyan menganggukkan kepala tanda setuju. Dia terus meninggalkan meja kami. Aku pula masih tekun menyiapkan kerja. Nak buat kerja pun tak senang.

"Asal tak bagi dia pinjam?" Hazwani seperti kehairanan dengan sikap aku. Macam baru kenal aku semalam je minah ni.

"Aku tak suka dia lah," aku pun jujurlah dengan perasaan aku. Serius aku cakap aku tak suka dia. Nerd doh!

"Tak profesional lah kau ni. Nanti aku nak kau sendiri yang pergi bagi dan ambil buku tu kat dia. Aku nak kau pergi sendiri. Boleh pulak tak suka. Asal nerd je tak suka.  Entah-entah dia putera kau," bebel Hazwani panjang. Suka-suki je kata Rayyan tu prince charming kita. Huh!

Seperti yang diarahkan, aku pun bangun untuk bertukar buku. Aku tercari-cari kelibat Rayyan. Mata aku tertacap satu susuk yang aku kenali. Kepalanya diletakkan di atas meja berlapikkan lengan. Tidur barangkali. Aku mengambil kesempatan untuk mengamati wajahnya. Hmm, boleh tahan lah muka dia.

Aku terkejut apabila mata yang tadi terpejam terbuka secara tiba-tiba. Akibat dia mengeringkan kepala semasa tidur tadi, jelas kelihatan warna anak mata Rayyan. Warna coklat cair! Cantik doh!

"Awak nak apa?" Tanya Rayyan. Suaranya agak serak kerana baru bangun tidur.

"Nah buku yang awak nak tadi," aku menghulurkan buku yang dipinta. Tapi kan, jantung aku ni laju je berdetak. Macam orang lari pecut.

"Owh, terima kasih," Rayyan menyambut huluranku. Buku bertukar tangan. Setelah dapat apa yang diinginkan aku berpaling dan meninggalkan Rayyan.

"Rayyan, mata kau boleh nampak lah. Cover sikit. Nanti ada orang perasan," tegur Raziq. Habis lah kantoi pasal Rayyan. Tak pasal-pasal tukar universiti.

Rayyan hanya akur dan membetulkan rambutnya. Namun, fikirannya masih memikirkan Puteri.
~~~
"Akhirnya, siap jugak," Hazwani mengeliat kecil. Hampir tiga jam bertapa dalam library. Sejuk!

"Jom gerak. Solat, makan tengah hari pastu ke dewan kuliah. Ada satu kelas dengan Prof. Fauzi," satu-persatu rancangan Hazwani katakan. Mujur hari ni dua kelas je. Memang boleh manfaatkan masa yang ada untuk siapkan tugasan.

"Okay, jom," aku pula bersuara tanda setuju.

Dalam perjalanan, aku terlihat satu majalah yang dihiasi seorang model lelaki yang agak tampan. Mata model itu sungguh menarik perhatian aku. Coklat cair. Sama macam warna mata Rayyan.

Bila tengok betul-betul, ada iras-iras si Rayyan tu. 'Nah, tak mungkin,' aku menafikan. Macam langit dengan bumi.

"Hanna! Kau buat apa? Cepatlah, aku dah lapar ni," Hazwani menjerit memanggilku.

"Coming!" Aku menyahut. Wajah Rayyan dan model itu terus-menerus bermain di layar mindaku.
~~~
"Asal kau beli majalah tu?" Hazwani bertanya kehairanan. Mana taknya kalau aku beli majalah yang ada model lelaki tadi. Macam magnet je model tu sampai buat aku beli. Aku pun pelik.

"Entah," itulah jawapan yang aku rasa tepat dan sesuai dalam situasi aku.

"Entah kau cakap. Ingat aku tak perasan yang kau asyik tenung gambar model tu. Aku tau lah dia tu hensem," kata Hazwani.

"Mungkin dia prince charming aku," kata aku sambil tersengih. Hahaha. Dah mai dah perangai princess aku.

"Dalam mimpi kau lah nak dapat dia. Kau tau tak dia ni famous nak mampus. Satu dunia kena dia tau tak," wajah Hazwani sangat melucukan bagi aku. Dengan mata terbeliak dan riak wajah terkejut.

"Amboi, bukan main lagi kau ye. Kau pun minat dia ek?" aku meneka.

"Gila kau tak minat! Hampir semua budak kampus minat dia tau. Yang tak minat laki je. Senyuman dia manis bak madu. Renungan matanya menikam menusuk kalbu," geli pulak aku tengok Hazwani ni.

"Kenapa aku tak pernah tau pun?"

"Macam mana kau nak tau kalau kau dok termimpikan prince charming kau yang tak pernah wujud tu," nampak sangat Hazwani meluat. Meluat-meluat pun layan jugak aku ni. Hihihi.

Hazwani meneruskan lagi pengenalan model itu yang dikenalani sebagai Ray kepada aku. Rupanya dia ni penyanyi jugak. Bukan tu je. Dia ni kacukan. Tak tau lah kacuk dengan negara mana yang pasti mata dia asli. Bukan cibtact lense. Yang aku kagum ialah prinsip dia.

No touching or a photo with any woman. Only the choosing one is allowed to. Please respect me as a Muslim.

Woah! Memang aku tabik spring dengan dia.

Rayyan dari jauh hanya memerhati Hanna dan Hazwani. Terbit satu senyuman di bibir.
~~~
"Okay Ray, kau ada lagi satu photoshoot and then habis buat hari ni. Tapi jangan lupa pasal training kita malam ni," kata Raz kepada aku. Aku hanya mengangguk faham.

Penat sebenarnya. Mana taknya kalau lepas habis kuliah terus ke studio. Jadual padat sangat. Satu senyuman terukir di bibir.

'Tak sangka masih ada insan yang tak kenal aku,' aku berkata sendiri di dalam hati. Satu tawa halus aku lepaskan.

"Ray!"

"Coming!"
~~~
"Hmm..." aku sedang menjalankan misi. Satu siasatan sedang dilaksanakan.

Biodata dia tak banyak. Nampaknya, suspek seorang yang secretive. Susah nak meneruskan siasatan kalau macam ni.

"Hah! Buat apa tu?"

"Oh my prince charming! Ya Allah, terkejut Hanna. Tak reti bagi salam ke?" Aku mengurut dada. Terkejut punya pasal. Nasib tak buka langkah silat. Akak aku yang sorang ni memang nak kena. Meh sini aku bagi jelingan maut sikit.

"Ingat kak long takut la dengan jelingan maut kamu tu? Kak long tak heranlah. Kamu buat apa tu?" Puteri Qairina Nur Jannah, kakak aku yang satu bertanya. Sempat dia menjeling-jeling komputer riba aku.

"Tak ada apalah," kataku lalu menutup komputer riba.

"Ye lah tu. Macam kak long tak nampak kamu tengok profile model terkenal, Ray. Sejak bila kamu minat dengan model ni?" Jannah bertanya teruja. Mana taknya kalau adiknya yang in love with prince charming dalam cerita dongeng sudah mula menaruh minat kepada insan realiti. Satu pencapaian yang memberansangkan.

"Dah tau tanya pulak. Entah lah akak. Dia macam ada something different. Macam ada sesuatu yang menarik perhatian Hanna untuk mengenali dia," jujur aku.

"Wuuu, adik kak long dah fall in love dengan orang sebenar! Tapi, taste kamu tinggi sangat. Model macam Ray plus penyanyi tu mana nak pandang orang biasa macam kita," dah jatuh cinta dengan orang sebenar kira bagus. Tapi mustahil untuk dapat insam tersebut.

"Siapa kata Hanna fall in love dengan dia. I just like his eyes," aku berkata sambil tersengih.

"Eleh, sengih macam monyet. Tak payah tipulah. Kak long kenal kamu. Okay lah, akak kena gerak dulu. Kak long nak pergi ambil abang ipar kamu kat airport," Jannah meminta diri untuk beredar. Dua minggu berjauhan dengan sang suami. Gila tak rindu? Huhuhu.

"Ya lah kak long oi. Hati-hati drive," aku sempat berpesan kepada kakak aku. Macam ni lah kehidupan bila kak Jannah dah kahwin. Umur beza tak jauh sangat. Dia 26 aku 23. Atas aku ada dua orang abang. Twins! 24 tahun. Bawah aku pun twins jugak. Tapi lelaki dan perempuan. Yang itu 20 tahun.

Tapi kat rumah just ada aku dan abang kembar aku. Yang kecil sorang dekat Sabah sorang dekat Terengganu. Yang abang aku, dua-dua dah kerja. Sorang jadi usahawan. Take over syarikat papa. Sorang lagi pun kerja dengan papa as accountant but, dua-dua ada kerja sambilan. Alang jadi fotografer. Tu memang minat dia. Angah yang take over jadi model.

Wait! Angah kan model dan Alang fotografer. Mesti kenal dengan Ray. Strategi kini dirancang.
~~~
"Angah...." suara aku sengaja manjakan. Macam kucing parsi nak bermanja dengan tuan pun ada. Aku pun duduk di sebelah angah, Megat Qairil Ahmad Hanif yang tadi asyik menonton televisyen. Alang, Megat Qairul Ahmad Hanafi hanya memerhati.

"Ni tak lain tak bukan mesti nak apa-apa ni. Kalau tak mana ada nak bermanja dengan angah," kata Hanif. Macam tau-tau je. Hihihi.

"Boleh tak next time achik nak ikut angah atau alang ke studio?" Pintaku dengan mata dikerdipkan berkali-kali. Cuba memujuk angah dengan alang.

"Buat apa nak ikut? Bukan achik tak minat ke dengan mana-mana artis? Kenapa tiba-tiba nak ikut pula?" Aku dah agak dah angah akan tanya macam tu. Tak apa, jawapan telah aku karang.

"Achik nak..."

"Achik nak intip Ray kan?" Siapa pulak lah yang kacau line? Aku apa lagi jeling lah yang tukang jawab. Alang!

"Huh?! Intip Ray? Buat apa intip mamat tu? Lepas tu mana kau tau alang?" Hanif bertanya kepada adik kembarnya.

"Kak long cakap. Terserempak kat kedai makan yang selalu kita pergi dengan abang long. Kak long pun cerita lah yang adik kita ni dah tangkap cintun dengan Ray," tenang Hanafi menutur kata. Aku pulak dah gugup. Kalau dengan alang okay sikit. Alang tak banyak songeh macam angah.

"Tangkap cintun? Achik, kalau achik nak jatuh cinta boleh tapi bukan dengan Ray! Never! Latar belakang dia mana kita tau. Bla bla bla...," dah mula dah syarahan angah. Alang lah ni. Suka kenakan kita. Suka lah tu kita kena leter. Buktinya, bahu dia dah terhenjut-henjut tahan gelak. Huh!

Nampaknya misi kali ini gagal. Huhuhu..
~~~
Satu keluhan aku lepaskan. Hazwani memandang aku.

"Awat kau ni? Mengeluh je?"

"Angah...dia tak bagi ikut pergi studio," aku berkata lemah.

"Kau nak buat apa pun ke studio?"

"Manalah tau terjumpa Ray,"

"Wei, kau biar betul? Sampai macam tu sekali?"

"Ya lah. Aku nak pastikan perasaan aku ni betul ke tak,"

"Tak payah lah. Kau tu kan jarang tengok lelaki. Lelaki yang kau tengok pun keluarga kau, lecturer. Kau mana tengok mahasiswa kat sini,"

"Mungkin lah kut," aku berkata lemah.
~~~
"Baik, saya akan agihkan kamu semua mengikut kumpulan. Setiap kumpulan ada 4-5 orang. Kumpulan ini muktamad. Sebarang bantahan tidak dapat diterima," tegas kata Prof. Diana. Kalau itu keputusan Prof. memang tak dapat dibidas.

Kedengaran keluhan ramai mahasiswa dan mahasiswi. Aku pun turur mengeluh.

'Nama aku ada kat kumpulan 7. Yeay! Satu group dengan Hazwani!' Aku mula bersorak riang dalam hati. Hazwani pun sama. Bukan senang nak dapat satu geng.

Namun kegembiraan ku hanya sebentar. Dua orang lagi ahli dengan Rayyan dan Raziq! Kenapa mesti mereka? Dua orang tu kejap ada kejap tak ada dalam kelas. Aduh, susah cenggini.

"Okay apa dua orang tu. Kerja diorang selalu dapat pujian daripada lecturer," eh, macam boleh baca fikiran aku pulak Hazwani ni.

"Hai korang," sapa satu suara garau. Raziq rupanya.

"Hai," Hazwani membalas. Aku? Apa lagi sunyi sepi lah.

'Eii, sombongnya minah ni. Harap dia bukan fans aku. Kalau tak jangan harap dapat layanan macam fans yang lain,' Raziq berkata di dalam hati. Menyampah dengan Hanna.

"Korang bila free? Kita ada 2 minggu nak siapkan assignment ni. Ke nak agih tugas je?" Hazwani memberi cadangan.

"Okay jugak tu. Nak contact number korang. Senang nak inform apa-apa," Raziq meminta. Hazwani memberi nombor telefon dia dan aku.

"Maaflah dengan kawan saya ni. Dia memang pemalu 'sikit' dengan orang yang dia tak kenal," Hazwani memohon maaf bagi pihak. Perkataan sikit sengaja ditekankan. Aku apa lagi, jeling lah!

"Apa jeling-jeling? Ingat comel?" Hazwani marah aku. Raziq pulak ketawa melihat kami.

"Rapat jugak korang berdua ni,"

"Mana tak rapat kalau dari zaman sekolah berkawan," jujur Hazwani. Actually, dari tadika lebih tepat.

"Owh patut lah. Okay lah, kitorang gerak dulu. Ada hal. Malam ni kita bincang kat whatsapp okay," Raziq pun berlalu pergi.

"Sikit-sikit ada hal. Macam penting sangat je," aku berkata perlahan dengan harapan aku je yang dengar.

"Kau tu, sikit-sikit jeling. Nanti juling mata kau nanti, baru tau. Penting lah tu kalau diorang tergesa-gesa. Optimis sikit boleh tak," kata Hazwani tegas. Nasib lah dapat kawan macam ni.

Dengar pulak Hazwani ni. Patut lah ujian lisan dia selalu dapat markah meletup kebabom. Telinga arnab betul.

"Dah jom. Aku nak balik. Malam ni aku nak keluar dinner dengan my beloved family. Aku blah dulu," Hazwani pun blah dari situ. Tinggal aku di dewan kuliah.

Nak buat apa ek? Hah! Nampaknya mentol dah menyala terang. Hihihi.
~~~
"Hanif, ni baju kau hari ni. Tadi ada kru bagi. Tersilap orang lah tu," kata Hanafi lalu menyerahkan pakaian Hanif. Pakaian itu bertukar tangan.

"Susah bila ada kembar. Asyik tersilap orang je. Kau shoot gambar siapa hari ni?" Hanif bertanya kepada Hanafi memandangkan Hanafi membawa kameranya.

"Aku shoot gambar kau. Lepas tu gambar Ray and the band," Hanafi berkata ringkas.

"Ray lagi. Apa yang ada pada dia sampai achik pun sekali minat dia?" Hanif tertanya-tanya. Ya lah adiknya yang satu tu mana kisah dengan dunia artis ni.

"Kak long cakap mata dia. Alah, biasa lah tu. Kacukan lah katakan," jawab Hanafi.

"Ya ke? Aku nak ikut kau lah photoshoot Ray tu nanti. Aku nak tengok apa yang ada pada dia yang buat achik tertarik," tekad Hanif. Hanafi sudah menggelengkan kepala. Malas nak menghalang.

"Ikut suka kau lah Nif oi. Jangan kacau kerja aku sudah," pesan Hanafi. Mereka berlalu mengambil tempat apabila Hanif sudah segak memperagakan pakaian yang diminta.
~~~
"Nafi, mana Ray tu? Tak nampak pun," bisik Hanif.

"Kejap lagi sampai lah tu. Dia tak silap aku student jugak. Ada kelas lah tu" kata Hanafi yang matanya masih membelik kameranya.

"Wei, yang tu ke?" Perbuatan Hanafi terbantut apabila Hanif menepuk bahunya. Dia memandang ke arah yang di tunjukkan Hanif.

"Betullah tu,"

"Biasa je aku tengok. Hensem lagi aku," angkat baku sendiri nampak.

"Dah lah, aku nak siap. Diorang dah sampai tu. Kejap lagi photoshoot lah," Hanafi mengambil tempat. Hanif  pula ingin beredar. Matanya tertacap pada satu susuk yang amat di kenali. Achik!

"Achik!" Hanif menjerit memanggil Hanna. Hanna pula memusingkan badan apabila terdengar namanya di sebut. Hanna melihat Hanif di muka pintu. Hanna pun menghampiri Hanif.

"Achik buat apa kat sini? Macam mana boleh masuk?" Tanya Hanif.

"Nak tengok angah dengan alang lah. Achik cakap kat pak cik jaga yang achik ni nak adik angah dengan alang. Tu yang dapat masuk," jelas Hanna.

"Buat apa nak tengon angah dengan alang? Selama ni tak pernah pun nak tengok. Ni mesti nak cari Ray kan," duga Hanif.

"Asyik-asyik Ray. Aduh, ingat achik kisah sangat ke dengan dia,"

"Kalau macam tu kenapa?"

"Korang berdua boleh senyap tak? Orang tengah buat kerja kat dalam. Korang bising ganggu kitorang," pesan Hanafi. Tak tahan pula dia dengar suara Hanif dengan Hanna di luar. Kuat sangat. Mujur tak mula lagi

"Sorry. Jom pergi kafeteria," Hanif mengajak Hanna. Hanna mengangguk setuju. Hanafi kalau dah mengamuk, hanya Allah je tahu.

Hanna mengekori Hanif yang sudah mula melangkah. Hanafi masuk ke dalam studio kembali.

"Maaf bising tadi. Kita boleh mula sekarang," Hanafi memohon maaf dan memulakan sesi bergambar.
~~~
"Alah, mana model kita ni? Tak sampai-sampai," kata seseorang. Mungkin kru di sini.

"Kenapa ni?" Hanif bertanya kepada insan tersebut.

"Model tak sampai lagi. Pengarah dah marah tu," telefon milik insan tersebut berbunyi.

"Hah?! Tak dapat datang? You tak boleh buat macam ni. You dah banyak kali cancel kita punya photoshoot. He, hello? Kurang ajar betul dia letak telefon," mungkin model yag ditunggu telefon tak dapat datang. Muka orang tu dah pucat dah.

"Ada apa-apa yang boleh saya tolong?" Hanif menawarkan bantuan. Kalau-kalau dia boleh gantikan model tu.

"Thanks tapi awak tak boleh tolong. Model yang kami tunggu tu perempuan. Melainkan..." insan tersebut yang di kenali sebangai Cik Lily memandang Hanna. Dari atas hingga ke bawah.

"Kalau cik tak keberatan, boleh tak gantikan model kami?" Tanya Cik Lily kepada Hanna. Hanna sudah terlopong. Gila ke suruh dia yang tak ada pengalaman ni jadi model?

"Cik jangan risau sebab baju yang cik akan pakai ada dengan tudung. Cik tak perlu risau sebab baju itu pun menutup aurat," cik Lily cuba menyakinkan Hanna.

Hanna memandang Hanif. Hanif yang memahami maksud pandangan Hanna hanya mengangguk tanda terima permintaan cik Lily. Hanna lambat-lambat mengangguk setuju.

"Terima kasih banyak-banyak cik dan encik!" Tampak bersinar wajah cik Lily. Lega benar dapat cari pengganti.

"Tak payah ber'encik' lah. Panggil je Hanif. Ni adik saya Hanna," jelas Hanif. Cik Lily hanya mengangguk.

"Okay, jangan buang masa. Jom ikut saya ke bilik persalinan," Cik Lily menarik tangan Hanna menuju ke bilik yang di maksudkan.

Sepasang gaun berlengan panjang berwarna krim dan coklat sungguh menambat hati Hanna. Ala-ala gaun dalam cerita princess gitu. Mata Hanna sudah bersinar.

"Okay, awak tukar baju dulu. Nanti akan ada orang yang akan make up awak. Kalau awak risau nanti orang kenal awak, jangan risau sebab tema kita masquared. Jadi takkan ada siapa yang akan cam awak," cik Lily menyakinkan Hanna lagi. Hanna dah tak kisah asalkan dia dapat pakai gaun tu.

"Mana model kita ni?! Dah dekat dua jam tunggu takkan tak sampai-sampai lagi?!" Marah pengarah. Ingat orang lain tak ada kerja ke nak kena tunggu dia?!

'Mak ai, garang giler pengarah tu. Kalau Hanna kena marah macam mana? Dia tu mana boleh kena tengkin,' Hanif mula risau apabila melihat amarah pengarah itu. Kalau kena tunggu dua jam gila tak mengamuk? 'Mana pulak Hanna ni. Lama pulak dia bersiap,' Hanif tercari-cari kelibat Hanna.

"Maaf lambat tuan pengarah. Model yang sepatutnya tak dapat datang. Tapi tuan jangan risau sebab saya dapat cari pengganti," cik Lily cuba memujuk pengarah itu. Dia memanggil Hanna untuk masuk.

Hanna melangkah keluar menghampiri cik Lily dan tuan pengarah.

'Ya Allah, jangan dia tengking aku sudah lah. Aku ni lemah semangat,' Hanna berdoa dalam hati. Lambat-lambat Hanna melangkah. Lembik kepala lutut sia!

"Hmm.." pengarah itu memandang Hanna dari atas hingga bawah.

'Udah kenapa dia pandang aku macam tu?' Hanna mula gugup.

"Okay cun. Cepat kita mulakan," arah pengarah itu. Hanna melepas nafas lega. Fuh!

Hanna mula posing seperti yang diminta. Cahaya kamera menyebabkan Hanna silau. Namun senyum tetap terukir.

"Nif, macam mana Hanna boleh jadi model pulak ni?" Pertanyaan Hanafi yang tiba-tiba mengejutkan Hanif. Nasib tak ada penyakit jantung. Kalau tak, dalam bumi dah dia sekarang.

"Kau ni, memang tak sayang kembar betul. Terkejut aku. Nampak tak perempuan yang kat hujung tu. Hah, tadi terserempak dia masa nak pergi kafe. Dia tunggu model untuk sesi ni tapi tak dapat datang. Aku offer nak tolong tapi model tu perempuan jadi Hanna tolong gantikan tempat model tu," panjang lebar Hanif bercerita hanya anggukkan di bals oleh Hanafi. Angguk je lah yang mampu.

"Okay cun!" Kata pengarah. Tiba-tiba...

"Maaf terlewat!" Datang seorang yang segak mengenakan baju ala-ala putera raja.

Sungguh Hanna terpegun. Gila tak terpegun, prince charming kot! Walaupun tak ada rambut blonde rambut coklat pekat pun jadi.

"Okay saya nak awak berdua berdiri bersebelahan," arah pengarah itu. Hanna turuti saja. Begitu juga dengan prince charming. Pelbagai posing mereka lakukan.

Jantung Hanna berdetak sama laju dengan cahaya kamera. Berdebar kut!

"Okay! Cukup sampai hari ni saja. Terima kasih kepada semua," hampir dua jam berposing, pengarah menamatkan sesi bergambar.

'Fuh, penatnya! Taubat aku nak buat kerja ni lagi,' Hanna serik dengan pengalamannya hari ni. Dah lah kena berdiri lama. Posing itu posing ini. Panas pulak tu. Serik, serik.

"Terima kasih Hanna sebab sudi tolong akak! Kalau Hanna tak ada mesti akak kena pecat," ucap Cik Lily tiba-tiba membuatkan Hanna sedikit terperanjat. Mujur dia kuat semangat.

"Tak ada apalah. Hari ni saya tolong akak. Hari lain akak tolong saya pulak," balas Hanna.

"Hanna!" Panggil Hanif agak kuat.

"Okaylah akak. Abang dah panggil. Nak pergi tukar baju dulu. Saya minta diri dulu," pinta Hanna mengundur diri.

"Okay. Terima kasih sekali lagi tau," mereka sempat berpelukan sebelum pergi haluan masing-masing.
~~~
"Seronok jadi model?" Tanya Hanafi di dalam kereta.

"Tak! Penat! Macam mana angah boleh tahan?" Pantas Hanna menjawab. Taubat. Tak nak buat dah! Hanna mengipas tangannya untuk menyejukkan wajahnya. Berpeluh sakan. Macam air terjun.

"Hahaha. Angah dah biasa. Itu lah, gatal lagi nak ikut. Dapat la rasa jadi model. Tapi dia cakap upah nanti dia bagi dekat achik," jawab Hanif.

"Dapat upah?! Wuuu, seronoknya!" Hanna bersorak gembira.

"Seronoklah dapat upah," kata Hanif yang berada di tempat duduk penumpang hadapan.

Hanna tersenyum sampai ke telinga. Baru lima minit dalam kereta, Hanna telah terlelap keletihan. Hanif dan Hanafi hanya ketawa halus melihat Hannah. Letih betul.

Bersambung...
Panjang sangat draft so decide kita bahagikan part. Sorry...dah tak macam cerpen pulak ada bersambung...but wait for the next part!!

No comments:

Post a Comment