Saturday, March 4, 2017

Cerpen : Dari Hati Ke Hati

1. My New Love Story
2. My Loves Story
3. Dari Hati Ke Hati - Aqif


Jam menunjukkan jam 10.30 pagi. Aqif baru sahaja sampai di rumahnya. On call semalam. Tak balik rumah. Lebih 24 jam di hospital.

Akibat penat yang amat, Aqif membuat keputusan untuk tidur. Walaupun badannya melekit dengan peluh dan badannya dah sama bau dengan kambing, tak nak jugak dia pergi mandi. Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang jangan tiru perangai si Aqif ni ye. Hihihi.

"Woi Aqif! Bangun! Dah nak masuk asar ni. Kau dah solat zohor ke belum?" Kejut kawan serumahnya, Faiz.

Aqif menegliat. Jam di tangan dilihatnya. Macam nak terkeluar je biji mata tu tengok jam dah pukul 4 petang. Qadar tidur punya pasal. Cepat Aqif mandi dan solat.

Aqif duduk di sofa selepas makan malam. Disebabkan dia skip breakfast dan lunch dia makan sampai tiga pinggan. Si Faiz geleng kepala je tengok. Mujur beli banyak lauk sebab tahu si Aqif ni kebulur. Nasi je masak sendiri. Kalau dulu ada Haiqal ada la jugak lauk yang dimasak sendiri. Ni dia dah pindah, dah kahwin tak ada la orang nak masak.

Aqif hanya duduk termenung. Entah apa yang difikirkannya. Faiz yang tengok je pun rasa pelik. Kalau dulu tinggal bertiga adalah riuh sikit. Sikit je la sebab dua-dua doktor. Sekali berkumpul boleh la jugak riuh. Tapi kejap je la. Semua muka macam zombi je.

"Wei, termenung je. Tak keluar dating ke?" Tanya Faiz cuba memecah sunyi. Biasa si Aqif ni nampak jugak lah dia sesekali pegang handphone dia.

"Nak dating apa kalau girlfriend pun tak ada," balas Aqif lemah. Satu keluhan dilepaskan.

"Serius lah kau?! Tipu lah orang macam kau ni tak ada awek," Faiz seakan-akan tidak percaya. Haiqal pun dah kahwin. Takkan si Aqif ni tak ada.

Aqif bab awek dia jarang cerita dekat orang. Nanti tak jadi sia-sia je. Dan Faiz pun tak tahu yang ex-awek Aqif ialah isteri Haiqal sekarang.

~Begitu engkau ku banggakan,
Tak mungkin sakitku rasakan,
Namun apa yang aku dapatkan,
Kau kini berpindah halauan.

Tanpa ada alasan,
Aku yang kau salahkan,
Melempar batu sembunyi tangan.

Kau berpindah hati,
Dari hati ke hati,
Sakit di hati,
Tanpa kau fikirkan hati ku ini.

Kau berpindah hati,
Dari hati ke hati,
Sakit di hati,
Tanpa kau hiraukan semua janji~

'Kenapa lah lagu ni pulak yang radio mainkan.' Aqif mendengus.

Ya lah. Terasa Aqif. Seakan-akan lagu ni khas ditujukan kepada dia. Ya. Dia berpindah dari hati ke hati. Dari bunga lain ke bunga lain. Daripada Dahlia kepada bunga yang asing kepadanya. Tapi disebabkan bunga itu menarik minatnya dia meninggalkan bunga dahlia.

'Kenapa lah aku bodoh sangat tinggalkan Dahlia. Kerja dah bagus. Doktor lagi tu. Tapi bodoh lah kau ni Aqif.' Aqif merungus. Tak guna dia nak memarahi diri sendiri atas kebodohan sendiri.

Masih segar di fikiran. Wajah Dahlia yang manis tersenyum buatnya. Senyuman itu hanya buat dirinya. Bukan orang lain.

"Argh!!" 

"Woi! Yang tiba-tiba kau jerit asal? Terkejut aku. Pi sambung tidur kau tu," kata Faiz kepada Aqif. Digosok perlahan dadanya. Mujur tak mati terkejut. Tak kahwin lagi wei. Bagi lah aku kahwin dulu.

"Sorry. Aku masuk bilik dulu ek," Aqif terus meluru masuk ke dalam bilik. Fikirannya serabut.

"Kenapa susah sangat aku nak lupakan kau Dahlia. Betul lah kata orang. Kita takkan tahu sayang kita dekat seseorang selagi kita tak kehilangannya. Aku dah hilang kau. Kau dah jadi milik orang lain. Kenapa kau cepat berubah hati? Atau kau nak balas apa yang aku buat dekat kau? Aku nak kita kembali pun kau tolak. Kau memang dah cintakan Haiqal ke Lia?" Perlahan air mata Aqif mengalir di pipi.

Kesibukan di hospital membuatkkan dia jarang meluangkan masa dengan Dahlia. Banyak masa diluangkan di hospital. Sarah, jururawat yang memahami. Aku ingat kalau dia pasangan aku dia akan faham aku. Tapi tak. Pantang nampak bersembang dengan perempuan. Tak kira rakan sejawat atau pesakit pasti cemburu. Mak cik cleaner pun nak cemburu.

Aqif mencapai handphone. Aplikasi Facebook dibuka. Terpampang gambar Dahlia dan Haiqal. Aqif terus melihat gambar itu. 

"Senyuman ni yang aku rindu. Nampaknya kau memang dah sepenuhnya cintakan Haiqal. Mungkin dia memang jodoh kau dan bukan aku. Dan mungkin ini cara Allah nak satukan korang berdua. Aku redha. Aku doakan kau bahagia Dahlia."

Jodoh itu ditangan Allah. Kita hanya mampu merancang. Bertahun bercinta tak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan. Buat pasangan bercinta, jangan frust menonggeng. Move on. Doa supaya Allah hadirkan jodoh untuk kita.

-TAMAT-

Sy tak pernah bercinta so kalau ade terkurang sorry la ek. Rase penulisan sy kurang memuaskan maaf sangat². Hope korang enjot ~^O^~ 

2 comments:

  1. Dah lama saya tunggu update,baru perasaan dah ada entry baru.. good job... Teruskan berkarya -Imah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...manja tak bersalah! memang tergantung lama...sementara nak siap buat cerpen dulu...terima kasih sudi baca karya saya ^.^

      Delete