Tuesday, May 2, 2017

Cerpen : Diakah Putera Idamanku? (Final)

Satu bulan kemudian...
"Wei, tengok tak majalah yang ada gambar Ray pakai maskDreamy giler!"-kawan A
"Haah. Handsome gila-gila. Senyuman dia ya Allah, melting doh! Untung siapa yang jadi model dengan dia."-kawan B
"Haah, kau cakap baru perasan. Yang model sekali dengan dia pun cantik. Padan gila. Nampak natural je muka dia even bertopeng."-kawan C
"Ya ke? Entah-entah edit je. Nampak je natural. Susah nak cari yang cantik semula jadi sekarang ni. Banyak plastik je. Make up dua tiga inchi."-kawan D
"Ala, positif lah sikit. Mana boleh kita terus buat spekulasi sendiri. Kalau betul dia cantik semula jadi tak ke jadi fitnah. Berdosa tu."-kawan B
"Sudah, cukup sampai sini. Orang lain dah habis makan korang baik cepat. Kelas lagi 30 minit. Kita tak solat lagi ni."-kawan A
Begitulah perbualan empat sahabat tadi. Hanna duduk membelakangi mereka di kafeteria bersama dengan Hazwani. Khusyuk mendengar. Gila tak nak dengar?! Orang cakap pasal aku tu!
Tapi, aku memang cantik semula jadi. Tak ada tambah apa-apa. Tak ada calit sana calit sini. Ni muka ori tau. Puji diri sendiri kejap.
"Yang kau tersengih-sengih tu pasal apa? Kena sampuk?" kata Hazwani hairan. Tak pernah-pernah si Hanna ni nak senyum. Tiba-tiba senyum ke telinga pulak. Manalah tahu kut kena sampuk ke. Kalau betul kena sampuk nak lah panggil ustaz atau ustazah minta tolong ubatkan.
"Ish, mana adalah. Aku okay je. Sepatutnya kau gembita tau kawan kau ni senyum sampai ke telinga. Kau pun selalu cakap senyum kan sedekah," jawab aku. Senyuman aku matikan.
"Ada tengok majalah yang Ray model?" Aku yang mendengar soalan dari Hazwani tersedak. Tengah minum kut. Mujur tak tersembur. Kalau tak malu siut!
"Asal kau tersedak ni?" Tanya Hazwani sambil menggosok belakang aku.
Setelah aku kembali tenang, "Majalah apa?" tanya aku.
"Majalah yang Ray jadi model. Siap jadi cover muka depan lagi dengan gadis misteri. Bukan kau dah minat Ray ke?"
"Owh, majalah tu. Ada kat rumah. Majalah tu pun ada abang aku jadi dapat awal."
"Abang kau pun model dalam majalah tu? Patutlah dapat awal. Tapi serius, muka Ray gentle giler dalam majalah tu. Seronoknya model perempuan tu dapat shoot dengan Ray."
Hazwani meletakkan kedua-dua tangannya di pipinya. Matanya dipejamkan. Membayangkan bahawa dia lah yang model perempuan itu. Berangan je Hazwani ni.
Aku pulak rasa lain macam tengok si Hazwani ni. Dasyat betul penangan Ray ni. Kalah arak dengan dadah. At least tak membahayakan. Tapi kalau lah dapat tahu Ray dah ada awek mesti kesian awek dia. Boleh berlaku kes pembunuhan ni. Ish ish ish. Dunia tidak sekejam itu. Tapi siapa tahu kan?
~Kringgg!!! Kringgg!!!~
Telefon aku berdering. Siapa pulak lah yang telefon aku ni.
Aku terus angkat bila tengok nama angah yang tertera.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam. Hanna kena balik sekarang! Urgent! Angah datang ambil kat universiti adik. Tup!"
"Hello! Hello! Eh angah ni. Suka hati dia je suruh orang balik. Mentang-mentang hari ni dia yang hantarkan." Aku bebel sendiri.
"Asal dengan angah?" Tanya Hazwani.
"Entah dia ni. Ada ke patut suruh orang balik. Urgent katanya. Tak apa lah. Aku gerak dulu. Gaya macam dah on the way dah. Mujur kelas batal petang ni," kata aku sambil tangan sibuk mengemas barang.
"Hmm, ye lah. Aku pergi library lah. Aku sambung cari bahan untuk kerja kumpulan kita," kata Hazwani.
"Okay. Thanks beb." Aku tepuk belakang Hazwani sambik berlalu pergi. Tersedak si Hazwani tu. Aku tepuk masa dia sedap minum. Hahaha.
~~~
Pon! Pon!!
Aku terdengar bunyi hon. Aku mencari kereta yang membunyikan hon. Nampak angah melambai tangan dari dalam kereta. Aku pun pergi ke arah kereta angah.
"Apa yang urgent sangat?" Tanya aku sejurus masuk dan duduk di dalam kereta. Angah memulakan perjalanan.
"Ingat tak yang Hanna jadi model ganti model yang tak dapat datang?" Soalan apa lah angah ni. Gila tak ingat?! Kali pertama dalam hidup aku jadi model! Dengan Ray pulak tu.
"Ingat le. Ingat Hanna ni nyanyuk ke. Baru bulan lepas kan," jawab aku malas. Soalan yang diajukan tidak mencabar minda.
"Okay okay. Sebenarnya, lepas gambar Hanna dan Ray published, ada orang yang nak Hanna dan Ray photoshoot sekali. Ada jugak yang nak scout Hanna," angah bertutur dengan tenang sekali.
Aku pulak. Terkesima! Jantung buat kerja part-time pam darah.
"Tak nak lah! Masa tu Hanna pakai topeng. Semua tak cam yang Hanna model tu. Kalau tak pakai topeng habis lah Hanna. Tak pasal-pasal Hanna jadi buruan universiti. Hazwani pun tak tahu pasal ni," berkeras aku tak nak jadi model.
"Angah dah agak yang Hanna akan cakap macam tu. Jadi abang nak cipta identiti baru untuk Hanna," Hanif sudah tersenyum penuh makna. Aku pun teguk air liur. Lain macam je bunyi angah ni.
~~~
Tok! Tok! Tok!
Pintu diketuk dari luar.
"Masuk!" Satu suara garau membenarkan si pengetuk pintu masuk ke dalam bilik mesyuarat. Bilik kecil je. Bukannya macam bilik mesyuarat cikgu-cikgu kat sekolah ya.
Pintu dikuak perlahan. Hanif berdiri tegak dan tersenyum setelah membuka pintu. Hanif masuk dan duduk di atas kerusi yang disediakan berhadapan dengan empat orang yang dikenalinya.
"Mana orangnya Hanif?" Tanya suara garau itu tadi. Terdapat name tag yang tertulis,
TUAN PENGARAH
DATO YUNUS
"Orang? Eh, dia ni. Ingat ikut masuk sekali. Maaf ya. Saya panggil dia kejap Dato. Dia segan lah tu," Hanif memberikan senyuman semanis mungkin. Harap tak kena kencing manis lah ye. Hanif keluar dari bilik mesyuarat dan mencari orang yabg dimaksudkan.
"Hanna. Apa buat tu? Malu angah. Ingat Hanna ikut angah masuk. Tercegat apa lagi tu?" Hanif berkata perlahan. Cukup perlahan untuk mereka di dalam tidak mendengar perbualan mereka.
"Hanna segan lah. Topeng bagai. Rimas. Lagi pun Hanna tak reti lah nak jadi model. Hanna belajar lagi kut," aku memberikan alasan. Tapi semua tu munasabah okay.
"Ala, tak apa. Angah tolong uruskan. Trust me," Hanif mengeyitkan mata.
Aku menghembus nafas berat. Betul ke keputusan aku ni? Nanti orang ingat aku ni duk terkejar si Ray tu. Tapi memang aku harap dapat jumpa dia lagi pun. Hihihi.
Aku melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat membuntuti angah. Masuk je dalam bilik semua mata fokus kat aku. Aku pun apa lagi. Gugup lah! Nervous kut! Orang besar-besar dalam industri kut. Jangan main-main.
"Saya perkenalkan Puteri a.k.a Princess," Hanif perkenalkan aku.
"Bertopeng?" Kata seorang wanita dalam linkungan awal 40-an. Sebenarnya umur diorang ni aku agak lebih kurang baya je. Nampak agak berusia tapi kemas dan bergaya. Memang lain dari aku.
"Haah. Saya nak Puteri tampil bertopeng. Dan stage name dia Princess," jelas Hanif.
"Princess? Tak ada nama lain ke? Kenapa tak guna nama betul je? Biasa orang muda ni nak jadi terkenal. Nak dikenali ramai. Kenapa nak bertopeng?" Tanya lelaki berkaca mata. Bukan Dato tu ya. (Tak reti nak describe)
"Macam ni. Kalau boleh saya tak nak orang ramai tahu yang saya dan Puteri ada kaitan. Dia mahasiswi. Sebenarnya idea ni pun dari saya. Saja nak ikut Encik Mimpi. Lagi pun adik saya ni tak berapa mix dengan orang ramai sangat. Hanya kenalan rapat je. Saya tak nak bila dia jadi model hidup dia berubah 100% peratus. Kalau boleh saya nak dia lalui masa belajar dia macam pelajar universiti lain. Kalau guna nama betul tentu-tentu budak lain kenal dia. Saya harap Dato, Tuan, Puan, hormat keputusan saya," nah panjang berjela hujah Hanif. Caya lah angah! Mujur aku percaya angah 60% je. Mana boleh percaya lebih.
"Okay. Saya setuju. Tapi topeng tu memang terhad topeng itu je ke?" Tanya Dato Yunus.
"Topeng tak kesah topeng apa-apa. Ikut keadaan. Ikut tema. Tapi asalkan dia bertopeng. Wajahnya diselindung." Jawab Hanif.
"Kalau macam tu setuju lah ni? Ni kontrak dua tahun untuk Cik Puteri dan syarat-syarat yang telah kami dua belah pihak setujui. Kalau kontrak habis dan Cik Puteri masih berminat meneruskan kerjaya menjadi model kita boleh buat kontrak baru," kata lelaki berkaca mata. Tertulis nama Kasim pada tanda namanya.
"Terima kasih Dato, Tuan, Puan kerana sudi ambil saya menjadi model. Saya tak mampu janji yang saya boleh buat yang terbaik tapi saya akan berusaha keras," aku pula bersuara. Senyuman aku berikan. First impression tu penting.
Habis jugak mesyuarat yang tak sampai satu jam. Tapi tetap aku penat. Penat sebab jantung asyik berdegup laju.
Kami bersalaman. Salam dengan sama kaum je. Lain kaum aku dan angah tunduk hormat macam orang jepun dan korea.
~~~
Beberapa bulan kemudian...
"Hanna, hari ni Hanna ada photoshoot tau. Pukul 3 petang. Hanna dah habis kelas kan?" Tanya Hanif di dalam talian.
"Pukul hari ni pukul tiga? Hanna ada study group lah. Nak discuss untuk assigment. Tak boleh ganti hari lain ke?" Aku bertanya kembali.
Sekarang aku kat kampus. Baru selesai solat zohor dan kini nak ke kafe untuk discussion. Mujur Hazwani tak ada. Hazwani tak tahu yang aku dah jadi model. Lagi-lagi dengan stage name Princess. Mau digelaknya sebulan. Nanti dia kata aku ni berangan nak jadi tuan puteri.
Dah beberapa bulan aku jadi model. Mula-mula tak banyak sangat kerja yang aku dapat. Tapi lama-lama makin banyak dan sibuk pulak aku. Tapi setakat ni aku tak ada ponteng kelas lagi. Angah memang atur ikut jadual aku. Kebanyakkan kerja aku buat pada hujung minggu atau lewat petang.
"Hmm..nanti angah cuba bincang. Apa-apa angah call Hanna okay. Assalamualaikum," Hanif memutuskan talian. Aku menuruskan langkah aku yang tergendala.
Sampai je aku nampak Hazwani di kafe melambai ke arah aku. Aku melambai kembali.
"Lama tunggu?" Tanya aku kepada Hazwani selepas duduk di hadapannya.
"Tak lah jugak. Tapi Raziq dengan Rayyan tak dapat datang. Ada kerja katanya," jawab Hazwani sekali dengan info yang baru diterimanya daripada Raziq. Baru sahaja Raziq menghantar pesanan meminta maaf.
Mereka sudah berjanji ingin berbincang mengenai assignment baru mereka. Assignment sebelum ni mereka siap dengan jayanya. Siap dapat pujian lagi. Jealous satu kelas. Hahaha. Bangga kejap.
Kali ni berpasangan. Kalau ikutkan kebiasaan, aku dengan Hazwani. Entah kenapa kali ni pensyarah sendiri yang tentukan pasangan. Hasilnya aku dengan Rayyan. Hazwani bukan dengan Raziq tapi dengan kawan sekelas yang lain. Julia. Raziq dengan Naim. Jadi kami enam orang berbincang sekali di sebabkan aku tak nak berpisah dengan Hazwani. Sweet tak aku? Hihihi. Mujur yang lain tak kesah. Dan Raziq pun macam lega bila dapat bincang sekali dengan Rayyan. Kekadang aku rasa diorang tu gay. Tapi bila fikir balik aku pun lebih kurang. Mesti ada orang ingat aku ni lesbian dengan Hazwani.
Julia dan Naim ikut je. Katanya lebih ramai lebih bagus. Diorang kata macam tu sebenarnya nak ambil kesempatan nak date. Pasangan tengah hangat bercinta lah katakan.
"Kita kan dag janji. Diorang yang kata diorang boleh datang hari ni. Ni diorang pulak yang tak dapat datang," aku merungus geram.
"Nak buat macam mana. Macam urgent sangat aku tengok. Mesej je aku. Tak sempat datang sini pun. Aku rasa kena cancel sebab Julia dia sakit perut. Sakit perempuan lebih tepat. Kalau tinggal kita tiga orang macam mana nak teruskan," cadang Hazwani. Batang hidung si Naim ni pun tak nampak lagi.
Tiba-tiba telefon Hanna berbunyi. Melihat nama angah tertera pada skrin dia terus menjawab.
"Assalamualaikum Hanna. Angah tak dapat nak lambatkan atau cancel kerja Hanna hari ni. Angah dah suruh alang ambil Hanna kat universiti Hanna. Baju pun angah dah siapkan. Nanti tukar baju ya. Angah kena letak dulu. Ada mesyuarat mengejut. Assalamualaikum," talian dimatikan.
Hanna tak sempat balas apa-apa. "Waalaikumsalam."
"Siapa call?"
"Angah."
"Kenapa?"
"Tak ada apa lah," takkan aku bak bagi tau Hazwani yang angah suruh aku pergi kerja. Model pulak tu.
"Wei, aku rasa aku kena minta diri dulu lah. Aku ada kerja nak kena buat. Urgent. Alang on the way ambil aku. Kita cancel ek discussion kali ni."
"Itu ke sebab angah call kau?" Aku angguk
"Kerja apa yang urgent sangat tu? Tadi kata orang sekarang dia pulak yang sibuk," perli Hazwani.
"Ermm...ada lah. Angah dari tadi minta tolong. Urgent sangat lah tu sampai alang pun dah on the way. Aku gerak dulu lah ya. Sorry kita kena cancel discussion 
kita," aku merapatkan kedua tapak tangan aku. Tanda aku benar-benar minta maaf. Gugup jugak nak kelentong si Hazwani. Jangan dia perasan sudah.
'Hanna ni mesti ada sorok something. Tak pernah dia nak gugup. Tergesa-gesa bagai.' Hazwani bermonolog. Dapat dirasakan Hanna menyorokkan sesuatu.
~~~
"Ish! Jam pulak. Dah lambat ni!" Hanafi mendengus geram. Waktu macam ni pulak lah jalan sesak. Dah lambat nak ke studio dah ni. 15 minit lewat dah.
Aku pulak sudah nyenyak tidur. Penat kut! Kebetulan aku puasa hari ni. Dah lah sedap berair-cond. Memang lena aku tidur.
~~~
"Hanna! Bangun! Dah sampai! Lekas tukar baju. Alang nak lengahkan masa kejap. Mesti diorang dah marah-marah dah tu. Pergi basuh muka. Berleleh air liur," Hanafi menggoncang bahu aku. Terus terjaga. Aku mengelap mulut takut ada air liur. Mujur tak ada. Aku ni tidur tutup mulut tau.
Aku segera menukar pakaian dan memakai topeng ala-ala masquarade berwarna putih. Sempat jugak aku sembur minyak wangi. Mana tau kut-kut aku ni bau masam.
Aku terus ke bilik studio. Tapi jelas aku dengar alang kena marah. Sian alang. Aku yang lambat alang yang kena marah. Aku terus masuk.
"Kenapa lambat?! Janji jam 3 petang. Sekarang dah pukul 4.30! Saya tak kira saya tak akan bayar upah. Ingat saya ni tunggul ke kena tunggu kamu?!" Marag betul orang tu.
Hanafi dari tadi asyik tertunduk-tunduk dengan mulut tidak berhenti menyebut maaf. Ingat bagi alasan jam boleh lepas? Orang tengah marah mana nak terima sebarang alasan walaupun itu hakikatnya.
Aku pun minta maaf juga. Salah aku jugak. Dah lah jam, aku lambat tukar baju.
"Saya minta maaf sangat-sangat tuan. Saya tak kesah tuan tak bayar saya kerana memang salah saya. Maaf sekali lagi," aku tunduk dan memohon maaf lagi. Aku penat ni. Malas nak marah-marah. Hilang pahala puasa aku.
Orang tu pun nampak gayanya dah surut sikit marahnya. Aku hembus nafas lega.
"Sorry," ucap aku kepada alang.
"It's okay," kata Hanafi. Penat minta maaf. Hanafi keluar dari studio ingin membeli air. Kering tekaknya kerana memohon maaf. Dia kenal sangat dengan orang tu. Semua nak on time.
Aku mula mengambil tempat. Tapi mata aku tertacap pada satu susuk tubuh. Ray! And the band! Mereka tengah berbual. Tapi wajah mereka nampak macam tak puas hati. Aku pun apa lagi. Pasang telinga lah!
"Baru jadi model dah buat hal. Ingat muka cantik orang cair lah. Boleh lepas." Orang pertama. Wan, main drum.
"Cantik ke? Kalau cantik kenapa bertopeng. Mesti muka dia sebenarnya hodoh. Hahaha!" Orang kedua. Harris, main keyboard.
"Dah sudah korang. Korang pun sama je. Bukannya on time pun. Tak professional langsung." Orang ketiga. Raz, main gitar.
"Tsk. Cepatlah. Tak pasal-pasal jadual aku terganggu. Kalau nak datang lambat bagi lah tau awal-awal. Ni sekali dengan kita lambat." Orang keempat dan terakhir. Ray, vokal.
Aku rasa diorang tu pakai mic. Mana taknya kalau aku yang jauh ni boleh dengar. Aku yang dengar pun panas hati. Semua ngutuk aku. Tak apa. Rezeki aku hari ni dapat banyak pahala. Tapi tak sangka betul Ray pun macam tu. Lain betul tanggapan aku. Sah! Dia bukan putera aku! Mujur aku tak minat korang.
Photoshoot aku tamat dalam masa 30 minit je. Baju tukar sekali je. Jadi model untuk dua pasang baju. Aku pun dah semakin pandai untuk posing.
Aku tengok empat mulut tadi masih ada. Lepas ni giliran diorang lah tu. Aku selisih dengan diorang.
"Maaf lah sebab aku jadual korang terganggu. Maaf lah sebab aku ni tak cantik. Maaf jugak aku ni tak professional. Tapi sekurang-kurangnya aku tak cakap belakang. Aku cakap depan-depan. Harap muka handsome tapi mulut, sayang. Aku tak nampak pulak mic kat sini. Lain kali pasang speaker besar-besar supaya satu negara dengar. Assalamualaikum." Aku tamatkan dengan salam dan satu senyuman sinis aku hadiahkan.
Ni Hanna lah. Korang tak kenal siapa aku. Blah lah korang! Tersingkir dari senarai putera aku.
Empat orang tadi ternganga mulut. Ray hanya melihat Hanna. Dan dia tersenyum. Tiba-tiba dia teringat Hanna. Hanna yang langsung tidak tahu akan dirinya.
~~~
"Argh! Geramnya! Kalau aku jumpa lagi dengan diorang aku jahit mulut diorang tu!" Aku marah apabila teringatkan peristiwa seminggu lalu.
"Geram pasal apa?" tanya satu suara.
Aku terkejut apabila terdengar suara tu. Mujur tak melatah. Aku urut dada. Rayyan rupanya. Kalau nak tahu aku dengan Rayyan dah berbaik. Walaupun dia nerd dan aku tak suka cermin mata petak dia yang besar tu tapi aku rasa dia ni jauh lebih baik daripada Ray dan kawan-kawannya.
Sekarang kitorang kat KFC. Nak bincang assignment. Kitorang ambil keputusan jumpa kat sini. Bukan berdua. Bertiga. Aku angkut adik aku yang perempuan. Balik cuti dari Terengganu. Hazwani kata dia dah nak siap kerja dia. Senanglah dia sebab pasangan dia perempuan.
Aku je yang tak siap lagi. Sibuk kut! Tapi tak banyak yang tinggal. Gelarab nerd Ray memang tak sia-sia sebab kerja dia memang tip top.
Nak tau macam mana aku boleh rapat dengan dia? Hah. Satu hari tu aku geram sangat dengan Ray sampai aku tak fokus. Pensyarah yang perasab terus soal aku. Aku pun gabra lah. Hazwani pulak ke tandas. Tiba-tiba aku dengar satu suara dari belakang bagi jawapan. Dan jawapan tu betul. Yang tukang bagi tu Rayyan!
Sebab tu aku layan dia baik. Dia baik dengan aku takkan aku nak jahat dengan dia pulak.
"Achik, kenapa Qamar yang kena teman achik. Orang balik nak berehat ni dia bawak kita pergi dating dengan boy friend dia," Qamar mencebik.
"Siapa boyfriend achik? Achik tak ada boyfriend tau," aku nafi kata Qamar. Rayyan dikata boyfriend aku.
Puteri Qamar Nur Azimah menepuk dahi. 'Asal lah dungu sangat dia. Dia nak ada boyfriend? Tambah lagi dengan nerd? Dalam mimpi.'
"Qamar cakap boy friend. Kawan lelaki! Bukan teman lelaki. Kalau dia BOYFRIEND achik memang Qamar buat majlis kesyukuran sekarang jugak. Aduh!"
"Ambik kau. Mulut tu tak ada insurans. Main cakap je ikut rasa," kata Hanna selepas mencubit peha Qamar.
Qamar menggosok pehanya yang terasa perit. Gila tak perit. Hanna cubit dengan pulas sekali. Macam pulas telinga. Siapa pernah kena tau la rasanya.

Rayyan hanya tersenyum nipis melihat gelagat dua gadis di hadapannya. Matanya hanya tertumpu pada Hanna. Tak lepas dari tadi. Dalam sibuk berbincang pun matanya hanya melekat pada Hanna.
~~~
"Abang suka kat kak Hanna ke?" Tanya Qamar kepada Rayyan tiba-tiba.
Rayyan hanya diam. Terkejut dan gugup sebenarnya. Nampak sangat ke dia suka kat Hanna?
"Kalau abang suka abang kena banyak usaha lagi. Kak Hanna tu Qamar tengok macam dah boleh berlembut dengan abang. Sebelum ni jangan harap nak berlembut dengan mana-mana lelaki. Tak habis-habis dengan Prince Charming dia yang tak wujud tu. Ingat dia Cinderella ke apa. Tapi hari tu kak long ada cakap yang kak Hanna ada minat sorang model ni. Apa ke namanya. Ra.. Rayyan? Eh itu nama abang. Hah! Ray! Dekat sama dengan nama abang dah. Tapi hari tu dia cakap dia dah tak minat. Dia menyampah dengan si Ray tu. Katanya dia tu berlagak lah, sombong lah. Macam-macam lah. Sakit telinga dengar. Bla bla bla..." becok pulak mulut Qamar. Tak berhenti-henti bercakap.
Wajah Rayyan dah pucat lesi. Macam mana dia nak pikat Hanna kalau dia tak suka dengan Ray. Rayyan dan Ray orang yang sama! (mesti korang dapat agak kan. Cerita cliché lah katakan)
"Kau okay Rayyan? Pucat je aku tengok kau," tegur Hanna dari belakang. Tadi ke tandas. Perut tiba-tiba memulas. Rayyan hanya senyum.
"Kau memang tak banyak cakap eh. Diam je."
Rayyan hanya diam. Tidak menjawab soalan Hanna. Hanna melepaskan keluhan. Terus menyambung perbincangan mereka. Qamar pula dari tadi dengan telefonnya. Main game. Tak pun bermesej dengan kawannya.
~~~
"Kau kena tolong aku Raz."
"Tolong apa?"
"Aku minat kat sorang ni tapi dia tak suka Ray. Kalau lepas dia tau aku Ray then dia tak nak kawan dengan aku macam mana?"
"Wow! Kau minat someone? Siapa dia? Aku kenal?" Raziq sudah teruja.
"Kau kenal." Jawab Rayyan tidak berdalih.
"Uish. Siapa? Bagi tau lah aku."
"Hanna."
"Hanna?! Aku tak salah dengar kan. Puteri Hanna tu? Kau biar betul. Sejak bila kau baik dengan dia. Aku tak setuju. Dia tu sombong tau tak." Wajah ceri Raziq sudah berubah.
"Aku dah tertarik dekat dia. Nak buat macam mana." Satu keluhan di lepaskan.
"Apa yang menarik sangat kat dia sampai kau pun tertarik. Lepas tu kau kata dia tak suka Ray. Eh, punya handsome muka kau dia tak suka. Ingat dia tu cantik sangat ke."
"Memang dia cantik pun. Aku mula tertarik dekat dia sebab dia tak kenal dengan Ray."
"Kalau dia tak kenal dengan Ray, macam mana dia boleh tak suka kat Ray? Kau pernah jumpa dia sebagai Ray ke?"
Soalan Raziq menyedarkan Rayyan. Betul juga. Dia tidak pernah berjumpa dengan Hanna sebagai Ray. Tapi kenapa Qamar kata yang Hanna kata aku sombong berlagak bagai. Macam dia kenal sangat dengan Ray. Dia kena cari tau ni.
~~~
"Angah, alang. Achik nak berhenti jadi model boleh tak?"
"Kenapa nak berhenti? Achik dah tanda tangan kontrak tau. Mana boleh main nak berhenti je." Kata Hanif.
"Alah, achik penat lah. Lagi pun tak lama lagi achik nak exam."
"Achik tak nak terserempak dengan Ray kan?" tembak Hanafi.
Aku hanya membatu.
"Betul lah tu. Achik tak payah risau. Seminggu sebelum achik punya exam, kitorangkan kosongkan jadual achik. Kalau ada offer dengan Ray kitorang akan tolak. Tapi jangan nak berhenti mengejut. Nanti kita yang kena saman." Tegas Hanafi katakana. Aku hanya mengangguk tanda faham.
Memang itu yang aku nak elak. Menyampah aku dengan Ray. Macam dia bagus sangat. Setakat muka dia je yang cantik tapi sikap macam tu memang bukan prince charming aku. Lain lah Rayyan. Walaupun nerd tapi dia baik. Jangan-jangan dia tu handsome. Aku tak pernah lagi tengok muka dia betul-betul. Rambut dia kacau. Tutup mata dia. Tak rimas ke dia. Mungkin macam Beauty and The Beast. Nampak je macam tu tapi dia lah putera aku.
"Hah! Tersenyum-senyum dah kenapa? Berangan putera raja lagi ke?' tegur Hanif.
"Eh, mana ada senyum. Dah lah. Nak masuk bilik. Nak tidur." Aku terus lari masuk dalam bilik.
Aku rasa aku dah suka dekat si Rayyan tu lah. Agak-agak kalau aku ajak dia couple dia nak tak kat aku? Tapi Qamar cakap Rayyan tu macam suka aku. Bukan Qamar cakap tapi aku curi dengar. Tapi tak ke macam aku yang beriya? Macam perigi cari timba. Argh! Siti Khadijah pun yang mula melamar Nabi Muhammad s.a.w. Zaman moden sekarang pun ramai perempuan yang mula buka langkah dulu.
Kepada : Rayyan
Assalamualaikum. Saya rasa, saya dah mula suka kat awak. Nak tak awak dengan saya kita...bercinta?
Dan hantar. Aku dapat rasakan muka aku dah merah. Membahang je rasanya muka aku ni. Tapi nanti kalau dia tolak aku macam mana? Kalau sebenarnya dia tak suka aku macam mana?
Ting!!
Aku terus tengok telefon aku bila dengan bunyi mesej masuk. Daripada Rayyan.
Okay.
Aku gosok mata aku. Mata aku salah tengok kut. Aku tengok lagi sekali. Okay. Uwargh! Dia terima! Aku dah guling-guling atas katil. Gembiranya dalam hati. Bila punya kekasih. Hahaha!
Kejap. Tapi aku kena jujur dekat dia. Aku kena cakap yang aku ni model. Aku tak nak nanti ada salah faham. Alang-alang tu aku bagi tau si Hazwani. Aku rasa dia dah dapat syak lah aku ni ada sorok sesuatu. Ni lah peluangnya.
~~~
"Hah..."
Patutl lah Hanna tak suka kat Ray. Lepas satu kejutan datang lagi satu kejutan.
Aku tak sangka yang Hanna pun suka kat aku. Suka kat Rayyan yang nerd. Aku terus jawab okay bila dia ajak bercinta. Tak kan nak lepaskan peluang ni kut. Tapi aku tak sangka dia tu model aka Princess. Abang dia yang reka nama tu. Dan aku tak sangka abang dia tu si kembar tu. Orang yang aku admirer. Hanna dah jujur. Aku bila lagi? Aku kena fikirkan sesuatu.
~~~
"Ish. Mana Rayyan ni. Dah dekat 15 minit aku tunggu. Kata dah nak dekat sampai." Aku melihat jam. Mujur hari ni tak ada kerja.
"Eh, itu bukan Ray ke?"
"Haah lah. Wah! Jom tangkap gambar."
"Dia lagi handsome lah tengok depan-depan."
Aku yang terdengar suara orang ramai yang tersebut-sebut nama Ray terus toleh ke belakang. Aku duduk menghadap kaunter. Dan ya. Memang Ray. Apa dia buat kat sini? Eh? Dia senyum. Mesti lah kena senyum. Peminat dia ramai kat sini. Tapi kenapa dia macam datang ke sini. Dia tengok aku ke?
Ray berhenti di depan restoran tempat di mana dia berjanji untuk bertemu dengan Hanna. Dia keluarkan telefonnya dan mendail nombor Hanna.
Aku terus angkat bila telefon aku berbunyi. Rayyan. Tak pernah-pernah dia telefon aku.
"Assalamualaikum." Aku mulakan bicara.
"Waalaikumsalam. Saya ada permintaan nak buat tapi saya nak awak janji yang awak tak kan marah dan bencikan saya." Serius suara Ray.
"Okay. Saya janji."
"Saya ada kat luar restoran."
Aku terus toleh ke luar. Hanya Ray. Aku terus melambai dan tersenyum.
"Saya tau awak Ray." Jujur aku. Aku pun baru je tau.
"Macam mana awak tau?" wajah Ray aka Rayyan sudah berubah, kelakar tengok muka dia.
"Saya baru je tau semalam. Kan kita ada bermesej semalam. Saya ada kat set. Saya Nampak awak tapi saya sembunyi. Bila saya hantar mesej, telefon awak berbunyi. Sayaingat kebetulan je. Tapi bila saya hantar gambar yang kelkar saya perasan yang awak pun ketawa. Tapi saya tak terkejut sangat. Sebab saya dah dapat agak. Dan saya pun ada bayangkan wajah Rayyan yang nerd tu ada iras-iras Ray. Dan kali pertama saya tengok awak kat perpusktaan dulu saya perasan anak mata awak warna coklat. Sama dengan warna anak mata Ray. Tapi saya tunggu awak jujur."
Rayyan senyap. Aku matikan panggilan dan menghampiri Rayyan. Sebelum tu aku bayar dlu duit air yang dah habis aku minum. Aku ketawa tengok wajah Rayyan.
"Buruknya muka dia bila nangis." Aku bagi dia sehelai tisu untuk mengelap air mata yang mengalir. Aku tau ramai pelik dengan situasi ni. Aku pun tarik lengan baju dia ke kereta aku. Mujur dekat je kereta aku.
Aku pun hidupkan enjin kereta dan menuju ke Tasik Titiwangsa. Sepanjang perjalanan kami hanya senyap.
Sampai je di Tasik Titiwangsa aku terus mencari tempat yang agak redup. Rayyan hanya ikut dari belakang.
"Awak tak bencikan saya?" setelah sekian lama Rayyan menyepi akhirnya keluar juga suaranya. Ada emas ke dalam mulutnya.
"Buat apa nak marah. Awak bukannya buat salah. Awak bukannya penjenayah. Lagi pun kan saya dah janji tak akan marah awak."
"Tapi awak kan tak suka Ray."
"Saya memang tak suka dengan Ray. Tapi saya suka Rayyan. Saya dah lupa lah. Awak memang berhak marah saya waktu tu. Dah saya lambat. Tapi kena ubah lah jugak sikap tu. Manusia ni hanya pandang satu kesilapan orang walaupun dia begitu banyak melakukan kebaikan. Macam tu jugak saya."
"Kiranya awak sukalah dengan Ray?"
"Suka lah jugak. Dia kan prince charming saya."
"Rayyan?"
"Rayyan is the beast. Macam cerita Beauty and The Beast. You are my and only beast and prince charming."
"Dan awak satu-satunya princess saya. Jangan layan orang lain tau. Saya kuat jealous tau." Pesan Rayyan.
Aku hanya ketawa. Aku yang patut cemburu. Ray ni kacak sangat. Tapi siap sedia lah korang sebab Ray Princess punya.
-TAMAT-

1 comment: