nah! ni dia update cerpen. kesian kawan hampa sebab tak dapat baca cerpen. terhibur sis. so ni hadiahnya!
“Weh, tengok mamat
tu. Handsome
gila! Ani! Tengoklah
mamat yang aku
tunjuk tu.” Raziqah
marah aku bila
aku main telefon.
Langsung tak hiraukan
mamat yang dia
kata ‘handsome gila’ tu. Handsome
pun boleh gila
ke? Benda subjektif
tu. Bukan benda
hidup. Pelik aku.
Aku pun
tengoklah mamat tu.
Nak jaga hati
kawanlah katakan. Boleh
lah jugak aku
cuci mata sikit.
Eh! Bawa istighfar
banyak-banyak Ani Damia.
Aku tengok punya
tengok. Rasa dekat
lima minit jugak
lah. Okay, saja
hiperbola. Lima saat
je. Bagi aku
mamat tu…
“Biasa je
aku tengok.” Yup!
Itu jawapan dan
riaksi aku.
“Biasa kau
kata?! Punyalah macho, manly mamat
tu. Badan pun
tak sado sangat.
Sedap je mata
memandang, kau kata
biasa je? Sah
hati kering kau
ni.” Raziqah geleng
kepala. Aku jongket
bahu. Nak aku
kata apa? Dah
bagi aku mamat
tu biaasa-biasa je.
“Okaylah. Mamat
tu adalah rupa
jugak. Ada iras-iras
Amir Khan. Hidung
dengan warna kulit
dialah kut. Tapi
bagi aku biasa-biasa
je. Lain orang
lain definisi kacak.
Lain orang, lain
mata, lain hati,
lain citarasa, lain,
lain, lain apa
lagi ek? Ah,
semua lainlah. Dan
aku salah seorang.
Bagi aku dia
biasa tapi aku
tahu bagi orang
macam kau dia handsome
gila nak mampus
kan.” Ulas aku
panjang lebar.
Raziqah pandang
aku pelik. Aku
kedipkan mata beberapa
kali. Manalah tau
dia nak tengok
muka comel aku
ni ke. Hahaha.
Perasan jap. Ingatkan
buat muka comel
dapatlah coklat Kinder
Boeno ke. Tapi dapat
lain. Dapat cubitan
ketam dia. Rasa
dia, perghh! Sedap
beb! Rasa macam
kena renjat elektrik.
Sama macam bila
aku kenakan orang
dengan biji getah
aku gosok kat
simen dengan kelajuan
semaksima mungkin kemudian
sentuhkan tempat yang
kena gosok dengan
aku tu kat
tangan orang. Korang
rasa sakit ke
tak? Siapa tak
tahu rasa dia
macam mana sila-sila
cuba buat. Tapi
pastikan mangsa anda
tu ikhlas nak
kena ya.
Aku gosok
lengan aku yang
menjadi lokasi ketam
Raziqah. Buat jugak
muka sedih. Ingatkan
dia nak kesiankan
aku. Oh, aku
lupa. Raziqah tak
pernah kesiankan aku
bila aku jadi
mangsa penampar dengan
cubitan dia.
“Kau memang
tak ada perasaan
eh? Hati kering
kontang?” tanya Raziqah.
“Apa tak
ada perasaan? Ni aku tengah
sedih ni kau
ketamkan aku. Sakit tahu tak.
Ada ke patut
kata aku tak
ada perasaan. Sedih
ni bukan perasaan
ke?” balas aku.
“Eleh, kata
dah kebal dengan
ketam aku. Kau
lah acah muka
comel. Perasan. Nak
muntah aku bila
kau kedipkan mata.
Menyampah aku.”
“Ya lah.
Bukan tak ada
perasaan. Cuma tu
lah. Aku pun
tak tahu kenapa.
Kalau aku tak
ada perasaan, bukan
manusia dah tahu.
Tapi macam aku
kata tadi, bukan taste
aku lah kut
mamat tu. Dah
aku tengok biasa
je.” Jujur aku.
Jujur dari hati
yang dalam sedalam-dalamnya.
“Taste kau macam
mana sebenarnya? Pelik
aku. Nak masuk
empat tahun belajar,
tak pernah aku
dengar kau sebut crush-crush ni.
Aku je memanjang.
Yang senior tak, sebaya
pun tak. Junior pun
tak jugak. Jangan
kata kau minat
pensyarah-pensyarah kat sini.”
Raziqah membuat wajah
terkejut. Dan aku pun…
Pang!!
“Mulut tu
sebelum aku keluar
skill menjahit
aku tu, baik
senyap. Ada ke
patut cakap taste aku
pensyarah-pensyrah kat sini.
Taraf abang ayah
aku semua tu.
Tak nak aku. Taste
aku macam orang
lainlah. Dah aku rasa budak-budak
dalam kampus ni
biasa-biasa je, nak
buat macam mana.
Bukan boleh paksa
aku nak suka
jugak orang tu.
Lepas tu bukan
tak ada crush. Biasa
yang aku crush semua
dah taken dengan remain
peminat. Mestilah semua
yang aku berkenan
ada rupa dan
personaliti yang baik.
Lagi satu, cinta
pertama biasanya tak
kekal tahu. Yang
berjaya terkecuali sebab
yang tu cinta
sejati. Sehidup semati.
Jadi aku malas
nak fikir pasal
cinta ni sangat.
Kesian bakal bekas
kekasih aku frust menonggeng
nanti sebab putus
cinta dengan aku.
Hahaha.” Ambik kau
Raziqah. Panjang bebelan
aku. Tak senyap
jugak tak tahu
lah. Dapat penampar
aku sebiji dekat
lengan dia. Mengaduh
jugak si Raziqah.
Ingat ketam dia
je menyegat. Penampar
aku berbisa tahu.
“Ya lah,
ya lah. Ada
je kau ni
jawapan. Suka hati
kau lah. Nampaknya
lambatlah aku nak
merasa nasi minyak
kau kalau macam
ni lah kau
punya pemikiran. Asal
ada rupa dah
berpunya, ramai peminat.
Mana kau tahu
yang dia pun
ada hati kat
kau. Aku dah
Nampak dah potensi
kau tinggi.” Kata
Raziqah yang masih
menggosok lengannya.
Aku angkat
dua-dua belah kening.
Nak buat ala-ala
Ziana Zain tak
pandai jadi kita
angkat je la
dua-dua belah. Kan
senang cerita. Berbalik
kepada tadi, aku
bertanya kepada Raziqah.
“Potensi apa?”
“Potensi menjadi
andartu.”
Pang!!
Dapat lagi
penampar aku dekat
lengan yang sama.
Mulut tu tak
ada lampu isyarat
merah. Tu yang
cakap main lepas.
Tangan aku pun
membuat tugasnya. Ambik
kau. Doa lagi
benda tak baik.
Jangan dia pulak
yang jadi andartu
aku kahwin dulu.
Hahaha.
***
“Yusuf, mari
sini kejap.” Panggil
Puan Hanani atau
lebih dikenali sebagai
umi. Aku pergi
ke arah umi
yang berada di
ruang tamu. Aku
duduk di atas
sofa bersebelahan dengan
umi.
“Umi nak
apa?” tanya aku
lembut.
“Umi nak
tanya. Yusuf dah
ada yang Yusuf
berkenan?” tanya umi.
Aku hanya tersenyum
nipis. Ni tak
lain tak bukan
pasal kahwin lah
ni.
“Ada.” Jawab
aku.
“Siapa?” nampaknya
umi sangat teruja
bila aku kata
aku sudah ada
yang berkenan.
“Umi.” Jawab
aku ringkas. Umi
memasamkan wajahnya. Comel
umi bila masam.
Aku ketawa perlahan.
Alahai umi.
“Ish, Yusuf
ni. Suka macam
ni. Umi maksudkan
Yusuf dah ada
ke yang Yusuf
berkanan nak buat
isteri.”
“Maaf umi.
Hmm… tak ada
lah umi. Tak
jumpa lagi. Lagi
pun Yusuf sibuk
dengan kerja.” Ucap
aku.
“Hmm. Bilalah
Yusuf nak bawa
balik bakal menantu
untuk umi. Yusuf
bukan muda lagi.
Dah 27 tahun.
Adik kamu Darwish
pun dah nak
bertunang. Kamu bila
lagi?” umi tanya
lagi.
“Umi, pertemuan,
jodoh itu semua
kerja Allah. Dah
jodoh Darwish awal,
nak Yusuf buat
macam mana. Rezeki
umi. Ni rezeki
Darwish. Rezeki Yusuf
lain hari. Lagi
pun siapa yang
nak anak umi ni.
Anak umi ni
tak sekacak Fattah
Amin atau Shahrul
Ridzwan.” Ujarku.
“Siapa kata
anak umi ni
tak kacak. Semua
ciptaan Allah tu
indah dan cantik
semuanya. Bagi umi,
anak umi cukup
kacak. Tipulah kalau
tak ada yang
berminat dengan anak
umi ni.” Kata-kata
umi sedikit sebanyak
membuat aku bangga.
Kembang kejap. Hahaha.
Aku hanya
mendiamkan diri sebab
tak tahu nak
bidas apa. Kemudian…
“Kalau umi
carikan untuk Yusuf,
Yusuf nak tak?”
cadang umi.
Aku berfikir
sejenak. Okay jugak
kalau umi yang
carikan. Tak perlu
susah-susak aku nak
cari. Dan aku
yakin umi akan
cari yang terbaik
buat aku.
“Yusuf setuju. Kalau
itu yang terbaik.
Baik bagi umi
baik juga bagi Yusuf.”
***
Kringgg!! Kringgg!!
Telefon aku
memainkan lagu irama
yang menyakitkan telinga.
Kacau betul. Tengah
sedap aku tidur.
Siapalah kacau aku
pada pagi yang
indah ini. Tak
lah indah mana
sebab hujan. Tu yang
sedap tidur dengan
selimut tu. Hihihi.
“Hello, Assalamualaikum.” Jawab
kau malas. Langsung
aku tak tengok
nama pemanggil.
“Waalaikumsalam. Ni
mesti tak bangun
lagikan. Bertuah punya
anak dara. Bangun.
Dah pukul 9.
Apa ni anak
dara tidur sampai
lewat pagi ni.
Tak jadi orang
nak masuk meminang
kamu kalau tahu
perangai kamu ni.” Terus
tegak aku bila
dengar suara mama.
Mama memang tegas
dengan aku. Biasa
kalau anak perempuan
tunggal mak-mak sayang
lebihkan? Tapi bukan
mama. Mama tegas
gila dengan aku
supaya aku jadi
wanita yang sempurna
bagi pandangan orang
ramai. Sempurna sangat
kalau memasak pun
ke laut. Hahaha.
Bab menjahit dan
pastri aku handal.
“Alah mama.
Bukan selalu. Hari
ni je. Semalam
tidur lewat.”
“Tidur lewat
layan drama Korea
dia lah tu.”
Mama memang terbaik.
Tepat sekali tekaan
dia. Hahaha.
“Hihihi. Alah,
bukannya ada yang
nak merisik Ani
pun. Ani kan
tengah belajar lagi.
Mama sendiri pesan
waktu belajar, belajar
je. Jangan fikir
nak bercinta. Lepas
habis belajar baru
fikir.” Jawab aku.
Memang itu yang
mama selalu tekankan
dekat aku. Dan
aku pun ikut
je. Nampak tak
betapa solehahnya aku.
Hahaha.
“Itu lain.
Ni lain kalau
ada yang merisik
hantar cincin tanda.”
“Aik mama.
Macam ada yang
merisik Ani je.”
Gurau aku. Masakan
betul. Tapi kenapa
aku berdebar ni?
“Kalau mama
kata ada?”
“Mama ni.
Memang pandai buat
Ani terus segar.
Terus banyak hormone
adrenalin terembes dalam
badan Ani ni.
Lawak apa mama
buat pagi-pagi ni.”
Aku cuba menyedapkan
hati. Lain macam
dah bunyi mama
ni. Jangan kata
dia serius.
“Apa yang
lawaknya. Mama serius
ni. Ada orang
tanya pasal anak
dara mama ni.”
Terhenti sebentar nafas
aku. Mujur kembali
berfungsi normal. Kalau
tak, arwah dah
aku. Tak sempat
mama sambut menantu
lelakinya.
“Mama, Ani
kan belajar lagi.
Lagipun Ani malas
lah nak fikir
pasal ni. Bercinta
tak pernah tup-tup
kahwin. Macam dalam
novel lah mama.”
Aku memberi alasan.
Tak nak aku.
Belajar tak habis
nak kahwin.
“Bukan suruh
kahwin terus. Tunang
dulu. Kamu habis
belajar baru kahwin.
Bercinta lepas kahwin
kan boleh. Lagi
baik dan manis.
Nak pegang-pegang pun
dh halal. Lagipun
mama dah berkenan
dengan bakal menantu
mama tu.” Jelas
dengar suara bahagia
mama. Aku tak
cakap aku terima
mama dah berangan
dapat menantu.
“Jadi betullah
ada yang merisik
ni?” tanya aku
untuk kepastian. Makin
laju jantung aku
pam darah. Panas
pulak pagi-pagi ni.
“Bukanlah merisik.
Cuma bertanya. Kami
tukar gambar kamu
dengan anak dia.”
Aku hembus nafas
lega. Mujur tak
merisik lagi. Mujur
jugak mak tak
terima lagi.
“Mama tolak
lah. Ani tak
suka lah.” Putus
aku. Memang aku
tak suka pun.
Entah siapa mak
aku jodohkan dengan
aku. Aku kalau
boleh nak cari
sendiri.
“Ish kamu
ni. Belum kenal
lagi. Mama nak
kamu solat isthikarah.
Nanti mama hantar
gambar dia. Solat
tahu. Jangan tak
solat. Mama bagi
nombor telefon dia juga.
Mama dah bagi
nombor telefon kamu
dekat mak dia.
Mama letak dulu.
Nak masak untuk
ayah kamu. Assalamualaikum. Tut.”
“Terus letak.
Waalaikumsalam. Ish mama
ni. Eh, mama
mesej.” Aku buka Whatsapp
aku. Aku download gambar
yang mama hantar.
Riaksi aku bila
tengok muka laki tu.
“Pergh! Handsome gila!
Takkan tak ada
awek kut. Muka
suci bersih lagi
berseri ni tak
ada awek pelik
ni.” Muka laki
tu bersih Cuma
ada janggut sejemput.
Ikut sunnah. Kulit
sawo matang. Tak
cerah tak gelap.
Just nice.
Pakai cermin mata.
Nampak kematangan dia
di situ. Dari
gambar Nampak macam
tinggi. Yang penting,
ada lesung pipit you
all! Tu aku
suka. Hahaha. Senyuman
dia bertambah manis
bila ada lesung
pipit tu. Mahu
kena diabetes aku
kalau tengok dia
hari-hari.
Tapi pelik
kalau dia tak
ada awek. Muka
sekacak ni tak
ada awek pelik
gila. Ke dia
memilih? Kalau memilih
kenapa nak mak
dia yang carikan
calon untuk dia?
Aku ni dah
lah serba kekurangan.
Muka tak licin.
Berlambak parut jerawat.
Kulit tak cerah.
Kesan berjemur waktu
sekolah. Main sofbol
dan masuk kawad.
Lepas tu mandi
laut. Hahaha. Nak
ke dia dengan
aku ni?
***
Assalamualaikum Yusuf. Ni
gambar anak kawan
umi sekali dengan
nombor telefon anak
dia. Umi bagi
gambar Yusuf dengan
nombor telefon Yusuf
sekali dekat mak
dia. Yusuf tengoklah,
buat solat ishtikarah.
Kalau Yusuf rasa
dia bukan jodoh
Yusuf bagi tahu
umi ya.
Aku membaca
mesej yang dihantar
oleh umi. Aku
lihat gambar yang
umi titipkan sekali.
Biasa. Seperti gadis-gadis
lain. Tapi nampaklah
make up
tak tebal. Pakai
bedak sikit ataupun
foundation kut.
Bergaya tapi masih
menjaga aurat. Lagi
bagus kalau dia
berniqab. Mesti lagi
cantik.
Aku tutup
telefon aku dan
sambung kerja aku
yang tergendala. Namun,
satu suara yang
mengganggu fokus aku.
Sabar je lah.
Banyak betul dugaan
bila nak buat
kerja.
“Yusuf senyumkan
apa tadi? Akak
nampak bukan main
tersengih tengok telefon.
Lama pulak tu.
Dengan buah hati
ek,” teka Kak
Mastura.
Aku tutup
mulut aku. Kemudian
aku menjawab soalan
Kak Mastura. “Haah kak.
Dengan buah hati.
Umi mesej.”
“Tu buah
hati lain. Ingat
buah hati lain.
Tak sabar dah
akak nak makan
nasi minyak kamu.
Cepat-cepatlah cari jodoh
ya. Okaylah. Akak
nak sambung kerja.”
Aku senyum
ke tadi? Tak
perasan pun. Tapi
takkan Kak Mastura
salah nampak pulak.
Tapi tadi rasanya
tak senyum. Kemudian
aku senyum sendiri.
Kepala aku geling.
Haish, diri sendiri.
Macam-macam.
***
“Ani, kamu
dah solat ishtikarah?
Ada mimpi tak?”
aku habis je
kelas pada hari blue
Monday ni, mama dah
telefon tanya pasal
tu. Aku dah
juling mata ke
atas.
“Mama, bukan
semalam solat malam
tu terus mimpi.
Bagilah Ani masa.
Ani sibuk. Dah
hujung sem ni
dengan assignment dan final. Kalau
Ani setuju Ani
bagi tahu.” Putus
aku. Ingat sekali
solat terus dapat
petunjuk ke? Kena
berterusan tahu.
“Ya lah.
Mama tanya je.
Kadang-kadang sekali solat
terus mimpi. Kamu
ada mesej dia?”
“Mama, takkan
lah Ani mesej
dia dulu. Malulah.
Nanti dia ingat
Ani yang terhegeh-hegeh dekat
dia. Perigi cari
timba. Biarlah dia
mesej Ani dulu.”
Penat aku layan
mama ni. Tak
sabar nak dapat
menantu. Walhal abang
Aniq dah kahwin
kut. Tinggal aku
dengan Arif je.
Arif baru 20
tahun.
“Ya lah.
Apa-apa, telefon mama
ya. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Aku
hembus nafas. Cakap
dengan mama memang
penat sikit.
Aku tepuk
dahi. Aku lupa
nak tanya mama
nama penuh, umur,
kerja apa dan duduk mana.
Ah! Lain kali
boleh. Itu pun
kalau ingat lah.
Kena banyak makan
ksimis ni bagi
ingatan kuat. Elakkan
daripada makan minum
yang ada semut.
Sebut pasal makan
ni lapar pulak
perut ni. Makan
dulu lah baru
balik rumah sewa.
Baru aku
sampai dekat kafe
telefon aku berbunyi.
Raziqah telefon.
“Assalamualaikum Ani.
Jom makan luar.
Aku drive. Ada kedai
dekat area sini kawan
aku kata best.”
“Waalaikumsalam. Malaslah.
Aku nak makan
sekarang. Perut aku
dah buat konsert.
Aku kat kafe
dah ni.”
“Alah, jomlah
teman aku. Aku
ambik kau dekat
kafe. Aku dekat
parker kereta ni.
Tunggu aku tahu.
Assalamualaikum. Tut.”
“Terus letak
minah ni. Waalaikumsalam. Memang
malam ni kau
belanja aku. Nampaknya
makin susutlah dompet
aku. Makan luar
ni mahu seganda
makan dekat kafe.”
Aku pun tunggu
lah Raziqah datang
ambik aku dengan
kereta Myvi dia
tu. Berhenti je
kereta Raziah depan
aku terus aku
masuk duduk tempat
sebelah pemandu.
“Hari ni
kau belanja. Aku
tengah pokai ni.”
Kata aku.
“Tak ada
masalah. Aku belanja m pakai duit
kau. Hahaha.” Aku
jeling Raziqah bila
Raziqah cakap macam
tu. Tapi aku
tahu nanti dia
belanja aku. Raziqah
kan pemurah. Hahaha.
***
Restoran yang
Raziqah bawa memang
lawa habis. Bertemakan
rumah kampung. Makan
bersila. Tak ada
kerusi. Tradisional habis.
Makanan dia, murah
kut! Kalau nak
dibandingkan dengan kedai
lain memang ni
yang paling murah.
Lepas tu sediakan
sebuah rumah dijadikan
surau. Pintu belakang
untuk perempuan, pintu
depan untuk lelaki.
Makanan dia pun
sedap gila. Aku
suka gila tempat
ni.
Pandai kawan
Raziqah recommend tepat ni.
Kenapa aku tak pernah
dengar nama kedai
ni ek? Teratak
Umi Yusuf. Boleh
ajak mama denga
ayah makan sini
bila lawat aku.
Jatuh cinta kut.
Bukan makanan tradisional
je. Makanan barat
pun ada. Ada
jugak zon yang
berkerusi. Untuk yang
berkerusi roda dan
mereka yang tak
biasa makan bersila.
Aku memang bersilalah.
Almaklumlah, orang kampung
yang berhijrah ke
bandar.
Aku tengok
gambar pekerja-pekerja dekat
sini yang tergantung. Aku
perasan lelaki yang
sama yang pakai
apron hitam duduk
dekat tengah. Bos
restoran ni lah
kut. Kalau tengok
nampak muda lagi.
Dalam 20-an. Muda-muda
dah berjaya. Tapi
kenapa macam aku
pernah tengok muka
bos tu ek.
Dalam asyik
tenung muka bos
tu, tiba-tiba aku
rasa sejuk semacam
peha aku. Aku
pakai baju kurung
hari ni. Aku
tengok kain baju
kurung. Ais krim
vanilla! Percuma aku
dapat ais krim
yang tak boleh
dinikmati lagi. Aku
perasan pekerja dekat
sebelah aku. Muka
cuak dah pekerja
tu.
“Saya minta
maaf cik. Saya
tak sengaja. Ada
budak berlari terlanggar
saya.” Aku cari
budak yang dimaksudkan.
Aku nampak seorang
budak dah peluk
dengan mak dia.
Kemudian mak dia
bawa dia datang
ke arah aku.
“Adik, akak
minta maaf ya.
Anak akak berlari
tadi. Akak terlepas
pandang. Akak minta
maaf sangat-sangat. Habis
baju adik kotor.”
“Eh, tak
apa akak. Budak-budak
biasalah. Aktif. Saya
pakai seluar trek
dekat dalam. Jadi
tak apa. Nanti
saya basuh je
kain ni. Saya
pun dah nak
balik. Adik, tak
apa. Saya tak
marah. Saya tak report
dekat bos adik.
Tak sengaja kan.
Tak apa, adik
buat kerja adik.
Tandas dekat mana
ek?” aku malas
nak panjangkan cerita.
Lagipun tak sengajakan.
Kalau ikutkan hati
memang nak marah
tapi, kalau orang
dah minta maaf
takkan nak marah
lagi kan. Bukan
sengaja. Lagipun, ais
krim. Benda sejuk.
Bukan air panas.
Kalau tak, melecur
dah kaki aku.
Pekerja tu
tunjuk aku tandas.
Sekali lagi dia
minta maaf dan
tundukkan kepala. Naik
budak tu. Minta
maaf berkali-kali. Aku
masuk tandas dan
cuci kain aku.
Habis lenjun kain
aku. Nampaknya kena
tebalkan mukalah. Berbaju
kurung dengan seluar
trek. Mujur terdetik
hari ni nak
pakai seluar trek
dekat dalam. Kain
dalam semua basuh.
Hahaha. Bukan terdetik
namanya tapi terpaksa.
Aku kembali
duduk dengan Raziqah.
Dengan muka selamba
aku minum jus
epal aku yang
masih berbaki.
“Baik gila
kawan aku ni.
Kalau aku dah
marah dah pekerja
tu. Dengan budak
tu kena dengan
aku. Bangga aku
ada kawan macam
kau.” Kata Raziqah.
“Hah, jadi
apa kata kau
belanja untuk hari
ni. Aku tengah
tak ada mood ni.”
Aku muncungkan bibir
aku. Raziqah ketawa
seraya menganggukkan kepala.
Aku pula dah
bersorak plus tepuk tangan
sebab makan orang
belanja.
Tiba-tiba
datang seorang lelaki.
Dia bawak satu
bekas macam mangkuk
ais kacang tu.
Ada ais krim
perisa vanilla dengan
sirap coklat dan
wafer. Aku yang tengok
dah terliur. Ni
ais krim yang
aku teringin tadi.
Nak pesan tapi
mahal sangat bagi
pelajar macam aku.
Kejap, aku tak
pesan tapi kenapa
dia letak dekat
meja aku?
“Encik, saya tak
pesan ais krim
ni.” Aku panggil
lelaki tadi. Dia
pandang aku dan
senyum. Nampak lesung
pipit dia. Macam
kenal je lesung
pipit tu. Tapi
dekat mana ek?
“Ni bos
belanja. Makanan yang
cik berdua makan
bos tanggung sebagai
tanda maaf.” Jawab
lelaki itu. Terkejut
aku. Tapi tak
rugi ke bos
dia belanja aku
dengan Raziqah.
“Eh, tak apa. Makanan
kami bayar. Bukan
kecuaian pekerja sini
pun. Kemalangan tak
diundang. Dah nama
pun tak diundang
jadi kemalangan tadi tak
sengaja.” Jawab aku.
Takut pulak aku
bila bos restoran
ni nak belanja.
Cakap pun dha merapu.
Kalut sangat ni
lah jadinya.
Lelaki tu
senyum je. Aku
makin cuak. Kalau
ikutkan rezeki ni.
Tapi bukan salah
pekerja restoran.
“Tak apa
cik. Bos nak
belanja. Anggap je
rezeki. Rezeki tak
baik tolak.” Kata
lelaki tadi.
“Okay. Cakap
dekat bos terima
kasih banyak-banyak sebab
belanja kami.” Sampuk
Raziqah. Lelaki tadi
berlalu pergi meninggalkan
kami.
“Weh, asal
terima?” tanya aku
kepada Raziqah.
“Dah bos
dia nak belanja.
Apa salahnya. Rezeki
weh. Jimat duit
aku. Hahaha.” Oh,
itu sebenarnya. Nak
jimatkan duit dia.
Tapi terima kasih
bos atas air
krim ni. Ais
krim vanilla kau! Kegemaran aku! Bahagia
aku hari ni.
Lupa kejap pasal
calon mama tu.
***
“Assalamualaikum umi.
Umi, Yusuf terimalah
calon umi pilihkan
tu.” Aku terus
telefon umi selepas
berjumpa tanpa dirancang
dengan gadis yang
umi calonkan untuk
aku.
“Waalaikumsalam. Aik.
Umi baru bagi
gambar pagi tadi
Yusuf dah terima?”
“Tadi terjumpa
dia. Tapi dia
macam tak kenal
Yusuf. Dia makan
dekat restoran. Baik
orangnya.” Kata aku.
“Yusuf dah
solat ishtikarah?” tanya
umi mohon kepastian.
“Dah pagi
tadi. Benda baik,
Allah permudahkan urusan.
Terus dapat petunjuk.”
Aku tersenyum bila
teringatkan peristiwa tadi.
Bermacam-macam perasaan bila
tengok gadis tu.
Mula-mula risau
gadis itu buat
onar di restoran
dia atas kecuaian
pekerja aku. Tapi
gadis tu punya
lama hadam situasi.
Di tenungnya ais
krim yang dah
selamat mendarat atas
kain baju kurungnya.
Hampir terlepas ketawa
aku. Bila dia
dah tangkap situasi
dia tak terus
melenting. Dia dengar
dari dua belah
pihak. Dan dia
maafkan macam tu saja. Bukan
senang nak cari
gadis yang macam
tu. Masa dia
hantar ais krim
vanilla tadi pun
hampir dia ketawa
melihat riaksi gadis
tu. Jelas sangat
dia suka ais
krim vanilla. Jujur
gadis tu. Tak
ambil hak orang.
Bertanggungjawab. Dapat aku
rasakan bibir aku
menguntum senyuman.
“Kalau Yusuf
setuju, umi okay
je. Umi pun
berkenan dengan dia.
Manis je umi
tengok. Bolehlah umi
merisik dia ni
ya?”
“Boleh umi.
Kalau umi rasa
itu yang terbaik.
Okaylah umi. Yusuf
nak sambung kerja. Assalamualaikum.” Aku
memutuskan talian selepas
umi membalas salam
aku. Senyuman masih
tak lekang dari
wajah aku. Wajah
gadis tadi masih
bermain difikiran aku.
***
Dalam kereta
Raziqah, aku masih berfikir tentang
lelaki tadi. Mana
aku pernah tengok
muka dia ek? Familiar
sangat. Otak ni
lambat pulak berfikir.
“Kau fikirkan
apa Ani? Khusyuk
betul dah sampai
rumah pun kau
tak sedar.” Raziqah
menyedarkan aku dari
terus berfikir.
“Aku rasa
macam pernah tengok
muka lelaki yang
bagi ais krim
tadi. Tapi aku
lupa dekat mana.”
Jawab aku. Runsing
kepala aku bila
aku masih tak
jumpa jawapan. Jawab
soalan calculus pun tak
teruk macam ni.
“Jodoh kau
lah kut.” Acuh
tak acuh Raziqah
menjawab. Tapi,
“Hah! Jodoh!
Mamat yang mama
hantar gambar semalam.”
Akhirnya aku bertemu
dengan jawapan aku.
“Oh, gambar
lelaki handsome gila nak
mampus yang dah
berjaya melembapkan hati
kawan aku yang
dulu kering kontang
ni?” Raziqah sudah
teruja. Tapi aku
bagi jelingan dekat
dia sebab kata-kata
dia. Mulut tu
nanti aku letak
lampu isyarat supaya
cakap tu ada
brek. Raziqah memang
tahu pasal calon
tu sebab dia
ni suka ceroboh
telefon aku.
“Hah, yang
tu. Kenapa aku
tak perasan ek.
Dan aku rasa,
dia bos restoran
tu weh. Sebab
muka dia sama
macam dalam gambar.”
Aku sudah terkelu.
Takkan cepat sangat
dapat petunjuk? Macam
tak percaya je.
“Wah! Tak sangka
aku. Memang dia
jodoh kau kut.
Allah nak dekatkan
korang berdua. So sweet.”
Wajah Raziqah yang
merah. Watak utama
aku tapi dia
pulak yang blushing. Aku geleng
kepala. Malam ni
kena telefon mama.
***
Aku balik
hujung minggu ni
sebab aku dah
merdeka! Habis dah
tahun ketiga aku.
Tinggal setahun lagi
dan kemudian aku
akan degelar sebagai doktor fisioterapi.
Balik awal sebab
katanya orang tu
datang rumah.kalau ikutkan
nak lepak dengan
kawan-kawan sekelas dengan
kawan serumah. Tapi
dah orang tu
nak datang. Arif
pun balik jadi
boleh aku buli
dia basuh baju
aku. Hahaha. Bukan
dia basuh pun.
Campak dalam mesin basuh
je pun.
Keluarga lelaki
tu datang makan
tengah hari pada
hari Sabtu. Aku
tahu serba sedikit
pasal lelaki tu.
Nama Yusuf Hafiz.
Umur 27 tahun,
kiranya tua empat
tahun dari aku.
Kerja sebagai tukang
masak. Sebenarnya kerja
dekat hotel. Hotel
apa entah aku
tak ingat tapi
yang aku tahu
tapi yang pasti
hotel tiga bintang
korang! Restoran hari
tu dia kerja
situ bila dia
cuti. Restoran keluarga
dia. Dia ada
dua beradik je.
Dua-dua lelaki dan
dia abang. Aku
tahu semua ni
pun sebab aku
tanya umi. Kami
tak pernah bermesej.
Dia tak mesej
aku jadi aku
pun tak lah
mesej dia.
Aku setuju
nak jumpa pun
lepas puas aku
solat ishtikarah. Dan
aku yakin dengan
keputusan aku. Sebenarnya
minggu yang aku
jumpa dia dekat
restoran tu, mama
kata keluarga dia
nak datang risik
dah. Puas aku
kata bagi kitorang
jumpa dulu. Tunggu aku
cuti lama. Gila
ke apa lelaki
tu. Baru jumpa
sekali tanpa sengaja
dia terus suruh
mak dia risik
aku. Ish, tak
nak aku. Tak
puas hidup bujang!
Lagipun aku risau
sebenarnya. Yalah, cinta
pertamakan biasanya tak
berjaya sampai ke
jinjang pelamin. Kalau
berjaya mungkin akan
berpisah di kemudian
hari. Jadi aku
risaulah. Dah lah
aku tak pandai
masak. Dia pulak
tukang masak hotel
tiga bintang. Mampus
aku.
Aku berdoa
je semoga di
permudahkan urusan. Sekarang
dah pukul 10
pagi. Kalau ikutkan
keluarga laki tu
datag pukul 11.
Dan aku masih
berguling atas katil.
Teruk punya anak
dara. Tapi aku
dah mandi okay!
Wangi kut. Pakai
sabun jenama Lux.
Tak wangi jugak
aku saman kilang
tu. Okay, tu gurau.
Aku tengah berfikir
nak pakai baju
apa. Baju kurung
ke? Jubah pun
senang jugak. Pakai dress
macam beria pulak.
Kalau boleh aku
nak pakai seluar
jeans dengan
baju muslimah je.
Malas nak kena
gosok baju. Tapi
disebabkan mama bising
bila aku menyuarakan
pendapat, aku memilih
untuk pakai jubah.
Kalau tak mama
suruh pakai dress. Memang
tak lah. Jubah
warna biru pelahan.
Aku matchingkan dengan shawl warna
merah jambu. Kontra
gitu.
Lepas bersiap
aku turun bawah.
Konon nak tolong
apa yang patut.
Tapi terbantut sebab
mama.
“Lah, kenapa
tak makeup? Tak cantiklah
anak mama ni.”
“Ma, Ani
dah pakai foundation dah.
Dengan pelembap bibir.
Cukuplah ni. Buat
apa nak beria.
Nak jumpa je
kut.”
“Mama, tunangkan je
terus si Ani
ni.” Sampuk satu
suara yang aku
kenal sangat. Abang
Aniq!
“Bila abang
balik? Kata ada
kerja hari ni?”
aku tak pedulikan
kata-kata abang Aniq
tadi. Aku lebih
teruja bila dia
ada sekali. Maknanya
baby Anissa
pun adalah. Wah! Aunty
Ani rindu sama
anak saudaranya!
“Baru je
sampai. Adik abang
nak tuning mestilah abang
balik. Dengar dia
sebaya abang. Betul
ke?”
“Haah. Tua
rupanya abang Ani
ni. Ish ish
ish.” Saja aku
usii\k abang Aniq.
“Hah, maksudnya
Ani kahwin dengan
orang tua lah.
Hahaha!” dan aku
kena balik. Aku
kecilkan mata aku. Sungguh
aku tak puas
hati.
Aku berlalu
untuk membuat air.
Teh dengan milo
panas. Air sejuk
aku buat air
bandung. Bab buat
air memang serah
kat aku. Aku
juara buat air.
Perasan kejap.
“Assalamualaikum!”
“Hah! Dah
sampai dah. Mama
pergi sambut kejap.
Ani, tutup api
ya. Nanti keluar
bawa air sekali
ya.” Mama berlalu
untuk menyambut tetamu.
Jantung aku
berdegup laju. Macam
baru habis lari
pecut 100 meter
je. Berdebar pulak
aku. Habis sejuk
beku kaki dengan
tangan aku. Mula
dah berpeluh aku
ni. Aku baca
ayat kursi dan ayat
penenag hati. Harapnya
kurang sikit debar.
Aku rasa
dah 10 minit
berlalu jadi, aku
bawa air yang
aku buat tadi.
Aku bawa air
bandung sebab air
teh dengan milo
abang Aniq dan
Arif dah bawa
tadi. Menggeletar tangan
aku. Sempat aku
belek tudung aku.
Aku tarik nafas
dan hembus. Dan
aku pergi ke ruang
tamu dengan yakin.
Yakinlah sangat.
Aku sempat
jeling lelaki itu.
Masa aku pandang
dia, dia tengah
senyum. Senyuman tu.
Oh! Pemanis wajah
dia. Boleh pulak
masa aku jeling
dia, dia pandang
aku. Mujur aku
tak pakai pemerah
pipi sebab dah
ada yang semula
jadi. Malu gila!
“Ni ke Ani?” tanya wanita yang
aku rasa mak
lelaki tu. Aku
senyum dan aku
salam dengan dia.
Tak silap aku
nama dia Puan
Hanani. Nama pun
dah dekat-dekat. Memang
jodoh lah kut.
Hahaha. Ada empat
orang. Puan Hanani
je perempuan yang
lain lelaki. Yang
nampak berusia sikit
tu mesti ayah
dia. Lagi sorang
tu mesti adik
dia. Handsome jugak adik dia.
Sayang, aku dengar
dia dah tuning.
Baru nak kenenkan
dengan Raziqah. Boleh
jadi biras.
“Haah. Ni
lah anak Inah.
Ani Damia. Baru
dapat jumpa depan.
Student, biasalah
sibuk sikit. Yusuf
dah pernah jumpa
dengan Ani kan?”
tanya mama. Nama
mama Aminah Danisha.
Tak silap aku
mama dengan mak
Yusuf ni kawan
sekolah menengah. Tu
yang boleh kenal
tu.
“Haah, makcik.
Tapi jumpa tak
bertegur pun. Gitu-gitu
je.” Jawab Yusuf.
Bila aku dengar
suara dia, Ya
Allah! Cool gila suara
dia. Lembut je.
Cair aku dengar.
“Tak payah
lah panggil makcik.
Panggil mama je.”
Terlebih ramah pulak
mama ni.
Aku duduk
di sebelah mama. Itupun
sebab mama tarik
aku. Dari tadi
aku tengok ayah
diam je. Sedih
lah tu sebab
ada orang berkenan
dekat anak dia
ni. Aku manja
sangat-sangat dengan ayah.
Sebab ayah tak
tegas macam mama.
“Yusuf betul
berkenan dengan anak
pakcik ni? Anak
pakcik tak pandai
masak, kemas rumah
pun bila rajin
je. Kalau suruh
tolong buat itu
buat ini memang
liat.” Ambik kau.
Ayah sebut semua
benda buruk pasal
aku. Malu aku
Allah je tahu.
Mama dah jeling
ayah. Tapi ayah
buat tak tahu.
Abang Aniq dengan
Arif dah ketawa.
Siap diorang aku
sekeh sorang-sorang. Tak
pandai masak tu
ya. Kemas rumah
bila rajin pun ya
tapi aku taklah
liat sangat bila
mama dengan ayah
minta tolong. Jatuh
saham aku.
“Saya tak
kisah semua tu.
Kalau dia tak
pandai masak, saya
boleh masakkan untuk
dia. Kalau bab
kemas ni saya
pun lebih kurang
je. Tapi boleh
perbaiki. Memasak pun
boleh belajar. Kalau
Damia sudi saya
boleh ajarkan. Tugas
isteri bukan memasak
dalam Islam. Itu
cuma adat dan
kebiasaan masyarakat. Jadi
saya tak kisah
kalau dia tak
pandai masak. Lagipun,
bukan ke hidup
berpasangan ni kena saling
lengkap-melengkapi. Sesuailah kalau
macam tu.” Panjang
lebar dia menjawab.
Ayah pun terdiam.
Aku kagum cara
dia jawab. Tenang
dan lembut je.
Tapi satu perkara
aku terkejut. Dia
panggil aku Damia.
Tak pernah orang
panggil aku Damia.
“Ani ni
sebenarnya kurang sikit
kalau memasak ni.
Tapi dia suka
buat kek dan
menjahit.” Mama cuba
menaikkan saham aku.
Ni yang sayang
mama sangat-sangat ni.
“Oh, samalah
dengan saya. Suka
menjahit juga.” Kata
Puan Hanani. Aku
hanya mampu senyum.
Aku tak tahu
nak cakap apa.
Macam tak ada
suara pulak aku
hari ni. Lama
mereka berbual. Aku
banyak pandang kaki.
Aku tahu Yusuf
ada pandang-pandang aku
juga. Itu yang
aku tak selesa!
Ayah, abang
Aniq, Arif dengan
Yusuf nampaknya dah
ngam. Adik Yusuf,
Darwish pun masuk
air sekali. Lagi-lagi
Darwish dengan Arif
sama-sam main Dota.
Memang rancaklah mereka
berbual. Aku hanya
bersuara bila perlu.
Tiba-tiba jadi pendiam
hari ni. Biasa
aku paling kecoh.
Debar lah katakan.
Masa makan pun
macam tu. Aku
banyak senyap. Sampailah…
“Ani dengan
Yusuf pergilah berbual
dekat ruang tamu.
Kami bagi ruang
nak kenal-kenal.” Kata-kata
mama buat aku
membulatkan mata. Takkan
berdua je kut.
Tak nak aku.
Ingat nak ajak
Arif tapi dia
cabut dulu dengan
Darwish. Abang Aniq
dah naik atas
tengok Anissa. Ayah?
Mama dah tarik
ayah awal-awal. Sekarang
tinggal aku dengan
Yusuf. Awkward gila!
“Damia ingat
abang lagi?” dia
mulakan perbualan. Aku
angguk. Masih tak
pandang wajah dia.
Geli aku dengar
bila dia gelarkan
diri dia abang.
“Macam ni
lah. Kita terus
ke main point. Damia sudi
tak jadi isteri
abang?”
Aku terus
pandang dia. Mata
aku dah terbeliak
dah. Kemudian dia
ketawa. Lesung pipit
tu.
“Pandang pun
muka abang. Susah
betul nak bagi
Damia pandang muka
abang. Abang tahulah
abang ni tak
kacak. Mana padan
dengan Damia yang
cantik.”
“Siapa kata
awak tak kacak.
Kacak je bagi
saya. Saya yang
patut fikir macam
tu. Saya ni
mana cantik. Tak
padan dengan awak.
Kalau awak nak
tahu saya ni
susah nak puji
lelaki kacak tahu.”
Tiba-tiba jadi ramah
pulak aku. Dia
baca ayat apa
sampai aku boleh
jadi peramah. Dasyat
betul penangan lesung
pipit dia.
“Ya ke?
Wah, kiranya abang
kacaklah di depan
mata Damia. Damia, apa
kata Damia panggil
abang, abang. Lagi sedap abang dengar.
Lagipun abang tua
empat tahun dari
Damia.” Ah sudah.
Dia suruh aku
panggil dia abang. Ini
yang aku kurang
berkenan ni.
“Bukan saya
tak nak panggil
awak abang, tapi
tak sedia lagi.”
“Praktis dari
sekarang. Lepas kahwin
nanti tak lah
kekok sangat nak
panggil saya abang.”
“Ermm, nantilah
saya fikirkan. Ah,
kenapa awak panggil
saya Damia?”
“Saja. Orang
lain panggil Damia
Ani. Jadi abang
panggil Damia, Damia.
Rasa istimewa sikit.”
“Oh.” Senyap.
Aku tak tahu
nak borak pasal
apa. Kemudia aku
teringat.
“Kenapa awak
tak cakap apa-apa
ek masa jumpa
dekat restoran?”
“Saja. Ingat
Damia kenal abang.
Tapi Damia tak
kenal. Sedih jugak
lah abang.”
“Kenapa saya
ek? Mesti ramai
perempuan yang suka
dekat awak.” Yang
ni aku betul-betul
nak tahu.
“Tak tahu.
Tapi abang tertarik
dengan Damia. Sejak
abang nampak Damia
dekat restoran hari
tu. Dengan penampilan
Damia dan macam
mana Damia selesaikan
masalah. Tapi abang
rasa abang dah
tertarik dengan Damia
sejak tengok gamabr
Damia mungkin.” Aku
macam tak percaya dengan
pengakuan dia. Dia
ni tak malu
ke?
“Awak tak
kesah ke dengan
saya? Saya banyak
kekurangan.”
“Macam abang
cakap tadi, abang
tak kesah. Kita
hidup mesti lengkap-melengkapi. Abang
pun banyak kekurangan.
Kalau Damia nak
tahu, abang tak
pernah bercinta. Jadi
abang tak arif
sangat pasal cintan-cintun
ni. Dan ni
cinta pertama abang.”
Jujur Yusuf. Tak
tahu berapa banyak
kali aku terkejut.
Aku jadi risau
bila dia kata
ni cinta pertama
dia. Macam mana kalau
hubungan ni tak
berjaya?
“Awak tahu
tak yang cinta
pertama ni selalunya tak
berjaya?” aku tanya
dia.
“Mana Damia
tahu?” aku cuma
diam. Kemudian dia
tersenyum sebelum membalas.
“Berjaya atau
tidak itu hanya
Allah je tahu.
Kalau ditakdirkan jodoh
kita tak lama,
abang redha. Tapi
kalau boleh abang
nak Damia jadi
cinta pertama dan
terakhir abang. Masa
depan tak ada
siapa yang tahu.
Kalau Damia risau,
abang pun risau.
Tapi kita boleh
guna masa yang
ada untuk kita
kenal antara satu
sama lain. Supaya
kita lebih mengenali.
Satu je abang
nak ingatkan. Cinta
abang buat Allah
lagi besar daripada
orang lain. Abang
harap Damia pun
macam tu jugak. Jangan
sayang dan cintakan
abang lebih dari
Damia sayang dan
cintakan Allah.”
Kata-kata Yusuf
buat aku terpana.
Sungguh dia lain
dari yang lain.
Dia berbeza dari
mana-mana lelaki yang
aku kenal. Sekarang
aku yakin. Yang
dia boleh jadi
imam aku. Jadi
ketua keluarga yang
baik dan boleh
bimbing aku supaya
lagi dekat dengan
Allah. Mana aku
nak cari lelaki
sebaik Yusuf?
Daripada acara
kenal-kenal, tiba-tiba jadi
acara pertunangan. Terkejut
aku bila umi,
(umi suruh aku
panggil dia umi
jadi aku panggillah
umi) bawa keluar
cincin. Katanya cincin
tanda. Tapi abang
Aniq punya cadangan
kata tunang je
terus. Terus semua
setuju. Ayah dengan
mama tanya aku
setuju ke tak.
Malu-malu aku angguk.
Tak sangka aku
dah jadi tunang
orang. Yusuf pula,
senyum gembiralah dia
bila aku angguk
setuju. Tempoh bertunang
sampai aku habis belajar.
Setahun je lah
kiranya. Raziqah, nampaknya
aku kahwin dulu
dari kau. Tulah kata
aku jadi andartu.
Kan aku yang
naik pelamin dulu.
Yang paling aku
tak sangka, cincin
tu muat dekat jari
manis bealn kanan aku.
Umi kata, dia
ukur guna jari
kelingking Yusuf. Nampaknya jodoh
kami kuat. Anak dara
sekalian, mohon jangan
cemburu. Hahaha. Apapun,
aku doa supaya
cinta pertama aku
tak gagal macam
yang aku fikirkan.
Malah akan kekal
hingga ke syurga.
Dia cinta pertama
dan dia cinta
terakhir. Aminn.
-TAMAT-
No comments:
Post a Comment