Keletuk keletuk!
Bunyi seseorang sedang memasak di dapur.
"Iman tak payah susah-susah masak. Kamu tu mesti penat, semalam pun kamu tidur dekat pukul tiga pagi. Biar Mak Mah yang masak. Lagipun tugas masak memasak ni biasanya Puan Balqis yang uruskan. Mak Mah sediakan bahan je." kata Mak Mah pembantu rumah Puan Balqis.
Mak Mah dah lama berkhidmat dengan Puan Balqis sekeluarga sejak Basyirah, anak sulung Puan Balqis masih kecil. Ketika Puan Balqis sarat mengandungkan Amin. Tugas masak memasak ni memang Puan Balqis yang buat kerana bagi Puan Balqis itu merupakan tanggungjawabnya. Kecuali juadah minum petang atau kuih-muih. Puan Balqis masih lagi berguru denggan Mak Mah.
"Tak apalah Mak Mah. Bukannya susah mana pun. Lagipun dah tanggungjawab Iman kena jaga makan minum suami Iman Mak Mah. Lagipun Iman masak nasi goreng je. Bukannya susah mana pun. Iman nak bagi Mak Mah rasa air tangan Iman ni." kata Iman.
"Kak Mah! Bukan Qis dah cakap ke..." belum sempat Puan Balqis menghabiskan ayatnya, dirinya terkedu apabila melihat menantunya sedang memasak di dapur. 'Sejuk perut kak Auni mengandungkan si Iman. Sejuk je hati ni. Lepas ni aku tak payah risau pasal makan minum manja.'
"Iman sayang, tak payah buat kerja ni. Ini tugas mummy. Iman pun mesti penat. Semalam Iman tidur pukul berapa dan dekat mana? Mummy tak nampak pun Iman keluar daripada bilik. Ni pun mummy baru gerak manja dari tidur. Manja ni dari dulu sampai sekarang suka sangat solat subuh gajah." kata Puan Balqis. Ada nada berbau geram di hujung katanya.
"Ala mummy, ini pun tugas Iman jugak kena layan suami Iman. Iman masak nasi goreng je mummy. Bukan susah sangat pun. Iman nak bagi mummy, daddy, kelurga kakak dengan keluarga adik rasa air tangan Iman. Iman tidur dalam biliklah mummy. Iman dah gerak Amin tadi tapi dia liat nak bangun. Iman pun solatlah dulu. Lepas gerak balik tapi tak ada tindak balas. Lebih baik subuh gajah mummy daripada subuh dinasor." adu Iman.
'Haish... pagi-pagi dah buat dosa. Memang aku tidur dalam bilik, bilik tetatmu. Nasib tak ada orang kalau tak memang aku tidur atas sofa je. Tapi pasal gerak Amin tu aku tak tipu. Aku memang ada gerak dia. Bukan sekali dua tapi lima enam kali.' desis Iman. Dalam hati sudah tidak dapat tahan perasaan geramnya yang membuak-buak.
"Betul tu sayang. Mummy pun dah tak tau macam mana nak bersihkan otak manja tu. Hari ni mummy benarkan Iman masak sarapan. Mummy baru je nak tunjuk skill mummy. Tak apa esok kamu pulak rasa air tangan mummy." kata Puan Balqis sambil tersenyum. Tiba-tiba muncul satu mentol di atas kepala Puan Balqis.
"Iman mummy ada rancangan."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Emm... Sedapnya yang. Inilah nasi goreng yang paling sedap yang abang pernah makan." kata Encik Amir.
"Haah lah mummy. Sedap sangat. Kalau mummy masak nasi goreng hari-hari pun manja sanggup." ujar Amin.
'Hahaha... Amacam sedap tak nasi goreng aku?' desis Iman riang.
"Haah lah mummy. Kalau macam ni lah hari-hari, adik nak sarapan dekat rumah mummy je. Sedap sangat." kata Batrisya . Suaminya di sisi sudah ketawa halus dengan gelagat isterinya. Comel sangat.
"Habis tu suami kamu siapa nak layan. Takkan kamu nak suruh kak Iman kamu masak untuk suami kamu." kata Basyirah.
"Kak Iman ke yang masak. Superb la nasi goreng akak."
"Bunga mawar harum sekali,
Sama juga bunga deasi,
Nasi goreng enak sekali,
Boleh kongsi?" tanya Batrisya sambil berpantun.
"Tergantung bintang tinggi sekali,
Pastinya sukar untuk beroleh,
Kedekut ilmu jangan sekali,
Mestilah boleh." balas Iman sambil tersenyum. 'Apa salahnya tunjuk skill depan...'
Purgh!!
Semua tertoleh mencari empunya badan.
"Manja! Apa ni? Tak senonoh betul budak ni. Yang kamu tiba-tiba sembur air kat Iman ni kenapa?" marah Puan Balqis.
"Manja tak bersalah! Iman yang bersalah!" nafi Amin.
"Ya Allah budak ni. Dah terang lagi bersuluh dia yang bersalah di tuduh pulak mangsa semburan. Nasib baik jus, kalau teh o panas macam mana? Kesian menantu kesayangan mummy ni."
"Tak apa mummy. Sikit je." kata Iman. Matanya mula berkaca. 'Sabar Iman sabar. Allah nak uji kesabaran kau.' desis Iman cuba menyenangkan hatinya.
Iman terus berlalu pergi ke bilik tidur. Iman tidak turun semula ke meja makan kerana seleranya hilang.
'Sebelum dapat tau nasi goreng tu aku yang masak, punyalah dia beria-ria puji. Bila dah tau, ada ke patut dia sembur aku dengan air dari mulut dia.' perlahan-lahan air matanya mengalir.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment