Amin melangkah ke arah isterinya. Satu, dua, ti... 'Ish! Apa yang kau tengah fikirkan ni? Buang nafsu kau tu jauh-jauh. Kau tak ingat ke prinsip kau sebelum kau terima untuk kahwin dengan dia. Kau takkan cair, jatuh hati, jatuh kasih, jatuh sayang dan yang sewaktu dengannya lah. Dan kau dah janji kau nak balas balik perbuatan dia kat kau dulu. Inilah masa yang sesuai. Dia dah pun jadi isteri kau jadi dia tak boleh bantah apa yang kau suruh.' desis Amin sambil menampar-nampar kedua-dua belah pipinya.
'Dia ni dah kenapa. Dari tadi aku tengok dia macam...macam...macam apa ek? Macam apa-apa ajalah. Yang pasti firasat aku kata dia ada niat tak baik dengan aku. Ish! Laki aku ni. Tak tau malu ke? Aku ni dah lah malu nak tengok dia yang tak berbaju tu. Nasib tak ada bulu dada. Eh! Sejak bila kau dah terima dia sebagai pasangan hidup aku? Hmm...' desis Iman. Iman tidak sanggup lagi untuk melihat Amin yang tidak berbaju itu. 'Lebih baik aku tegur dia. Kalau tak, mesti aku ni yang cun melecun ni terbakar macam udang kena bakar. Tapi nak guna perkataan apa? Abang? Ish tak nak lah aku. Guna awak je lah.'
"Ehem... ehem... Boleh tak awak pakai baju? Tak malu ke atau awak ada niat tak baik dengan saya?" teka Iman.
"Hah?" terkejut Amin apabila ditegur lalu melihat keadaan dirinya yang tak berbaju. Nasib berseluar.
Satu... dua... tiga... jup!
Muka Amin terus berona merah akibat malu lalu bergegas masuk ke bilik air. Iman yang tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa terus menghamburkan tawanya.
"Hahaha! Apalah slow sangat dia ni? Lama betul dia loading."
"Emm... emm... Janganlah gelak. Ma... ma... mana a... a... aku ta... ta... tau ka... ka... kau ya... yang ke... ke... tuk... pin... pin... pintu ta.. tadi. La... la... gi... pun... a... a... aku... ma... ma... mana... a... ada... ni... niat... tak... ba... ba... ik de... de... ngan... kau." kata Amin gagap. 'Ish! Aku ni dah kenapa tetiba gagap.'
"Ye lah tu. Kalau tak ada pasal kau gagap?" kata Iman tidak mahu mengalah. 'Mamat ni, aku ni punyalah baik guna awak, dia guna kau. Dia ingat aku ni lembu? Tak ada niat tak baik konon. Yang tergagap tu pasal apa?' desis Iman tak berpuas hati.
"Ma... ma... mana a... ada a... a... aku ga... ga... gap." nafi Amin. Sudah terang lagi bersuluh masih ingin menafikan lagi. Ego punya pasal.
"Eh, kau tau tak gagap tu macam mana?" tanya Iman.
"Tak!" jerit Amin.
Tahap kesabaran Iman sudah tahap maksima. 'Relaks Iman relaks. Ingat dia dah jadi suami kau, kau kena kawal intonasi suara kau.'
"Meh sini aku terangkan kat kau. Gagap tu maksudnya cakap tersekat-sekat, tersangkut-sangkut. Asyik jam je mulut tu bila nak cakap." kata Iman. Kedengaran nada geram tambah menyampah dalam kata-katanya.
'Hihi... Seronoknya dapat buat dia bengang. Sabar Iman, sabar. Sabar itu separuh daripada iman. Sesuai dengan nama kau Iman.' Senang hati Amin dapat membuat Iman bengang.
"Manja! Iman sayang! Kenapa bising-bising ni? Dah dekat pukul dua pagi dah ni. Pergi la tidur. Dengar jiran sebelah tak ke malu." kata Puan Balqis. Kurang senang apabila tidurnya serta suaminya diganggu.
"Maaf mummy. Kuat sangat ke suara Iman.?"
"Taklah kuat sangat tapi bolehlah jugak mummy dengan daddy dengar."
"Maaflah mummy kalau Iman mengganggu."
"Tak apa. Ni mummy nak bagi tau, kalau manja ada niat tak baik dengan Iman bagi tau mummy. Nanti kita fikir rancangan kenakan dia balik. Mummy masuk tidur dulu. Assalamualaikum." kata Puan Balqis sambil menghadiahkan senyuman kepada menantunya.
'Pergh! Sporting gila mak mertua aku ni. Sanggup dia nak berkomplot dengan aku kenakan anak manja dia. Ini yang seronok ni. Bertuah aku dapat mak mertua yang sporting macam ni.' desis Iman girang.
'Hatchum! Asal tetiba aku bersih ni? Ni mesti mummy dengan Iman tengah mengumpat pasal aku tu pasal senyap tetiba je.' teka Amin.
Iman mengambil keputusan untuk mandi di bilik air bawah. Nak tunggu si Amin ni selesai memang sampai esok pagilah aku ni tak mandi.
"Aku mandi dekat bilik air bawah."
"Ok." jawab Amin. Tiba-tiba Amin mendapat idea. 'Iman ni baru permulaan.' Amin sudah ketawa jahat dalam hati.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
'Boleh tahan besar jugak bilik air bawah ni. Memang padanlah, daddy pangkat Dato'.' desis Iman.
Sampai sahaja di muka pintu...
'Aik? Asal tak boleh bukak ni. Jangan cakap mamat ni kunci aku kat luar. Harap-harap dia tak tidur lagi.'
Tok tok tok.
Senyap.
Tok tok tok!
Sah dia dah tidur. Dia ni memang saja nak kenakan aku. 'Tak apa Amin, tak apa. Hari ni hari kau. Esok lusa hari aku. Ada ubi ada batas, ada hari aku balas. Sekarang ni aku nak tidur kat mana?'
Amin tidak lagi mendengar bunyi ketukan. 'Dia dah pergi kot. Hahaha... Iman tu baru sikit. Kau tunggulah nanti. Aku kenakan kau lagi teruk daripada ni. Lagipun mummy sudah semestinya geng dengan aku.'
Bersambung...
No comments:
Post a Comment