"Mummy! Manja tak nak kahwin dengan dia! Mummy tak ingat ke dulu dia selalu buli manja kat sekolah." adu Amin apabila mendapat tahu bahawa uminya ingin menjodohkan dia dengan gadis yang meninggalkan kisah pahit di antara mereka.
"Mummy tak nak dengar apa-apa alasan daripada mulut manja. Ini keputusan mummy dengan daddy. Sampai bila kamu nak hidup membujang. Kamu tu bukan makin muda tapi makin tua. Sekarang umur kamu dah 29 tahun. Mummy ni teringin sangat nak dapat cucu. Lagi pun mummy tengok dia baik je. Dulu dengan sekarang tak sama manja sayang oi! Mummy tak kira manja kena jugak kahwin dengan Iman." marah Puan Balqis apabila anaknya yang satu itu membantah dengan keputusannya.
"Manja tak nak kahwin. Lagi-lagi dengan perempuan tu. Mummy, cucu mummy sekarang ni dah ada lima orang. tak lama lagi dapat lagi sorang. Apa yang tak cukup mummy?" kata Amin tidak berpuas hati. Teringin nak cucu konon. Kak long baru saja selamat melahirkan bayi lelaki dan adik akan mendapat cahaya mata yang kedua. Apa yang tak cukup mummy?
"Manja tak nak kahwin. Manja nak duduk dengan mummy dengan daddy. Nanti bila dah kahwin kena pindah rumah dan yang paling menakutkan apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan minah kaki buli tu. Manja tak nak!"
"Manja jangan buat mummy macam ni. Keluarga sana dah setuju. Takkan nak batalkan. Manja kalau sayang mummy dengan daddy, ikut apa yang mummy suruh. Mummy sayang manja sebab tu mummy dengan daddy buat semua ni. Mummy teringin nak dapat cucu daripada manja. Kisah lama tak perlu diungkit. Tak ada faedahnya. Mummy tengok dia dah banyak berubah. Makin cantik, makin lembut dan makin sopan. Mummy yakin manja akan bahagia nanti." susah betul nak pujuk anak aku yang sorang ni.
"Manja sayang mummy dengan daddy tapi mummy dengan daddy tak adil buat manja macam ni." sayu suara Amin.
"Manja dengar sini. Manja sayang mummy dengan daddy tak?" soal Puan Balqis.
"Mestilah sayang. Mummy dengan daddy dah bersusah payah besarkan manja." kata Amin.
"Kalau sayang buat apa yang mummy suruh. Manja tak nak jadi anak derhakakan?" pancing Puan Balqis. Dia tahu, anak lelaki tunggalnya akan patuh akan arahannya jika di kaitkan tentang anak derhaka. Anaknya yang satu ini lurus orangnya.
Amin segera menggeleng. Dia diam sejenak. 'Macam mana ni. Kalau tak ikut jadi anak derhaka tapi ini melibatkan masa depan aku.'
"Baiklah mummy. Manja akan buat, tapi dengan satu syarat. Manja tak nak pindah rumah. Manja nak tinggal kat sini dengan mummy dengan daddy." akhirnya Amin turutkan juga.
'Pulak dah. Haish...makin banyaklah rambut aku yang gugur lepas ni.' desis Puan Balqis.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Kahwin?!" jerit Iman. Tidak menyangka bahawa umi dan walidnya ingin menjodohkan dirinya dengan lelaki yang pernah menjadi mangsa bulinya dulu.
"Ya, kahwin. Iman umur kamu dah nak masuk 29 tahun. Along, angah dengan uda dah kahwin. Usu pula dah bertunang dah pun. Kamu bila lagi? Alang, kamu satu-satunya anak perempuan umi dengan walid. Umi dengan walid nak tengok kamu berumah tangga. Sepatutnya, kamu sekarang ni dah pun berkahwin. Dah boleh ada anak sorang dua dah." kata Puan Auni lembut.
"Tapi umi bukan dengan dia. Umi dah lupa ke perangai dia macam mana. Manja terlampau. Umi, alang akan berkahwin tapi bukan dengan dia." kata Iman. Dia tidak mahu bersuamikan dengan lelaki yang manja. Anak mak tak apa lagi sebab baginya anak mak sangat bagus kerana dia sayangkan maknya. Tapi bukan dengan dia.
"Kamu dah ada pilihan sendiri ke?" tanya walid.
Iman terdiam lalu menggeleng.
"Apa salahnya kalau kamu berkahwin dengan Amin. Baik pekertinya. Sopan, ada kerjaya dan penyayang. Alang kahwin sajalah dengan dia. Yang penting dalam perkahwinan adalah restu keluarga. Walid dengan umi masing-masing kenal dengan keluarga Amin. Kamu pun bukan tak kenal dia. Satu sekolahkan dulu." kata walid serius.
Iman terdiam. Bila walidnya sudah masuk campur memang tak boleh nak bantah. Aku bukan tak nak tapi dengan dia macam kucing dengan tikus. Aku kucing dia tikus. Argh! Ikut je lah. Takkan aku nak bantah pulak. Umi dengan walid macam berharap sangat aku berkahwin.
"Ok. Iman setuju. Bila majlis pertunangan nak langsung?" tanya Iman.
Puan Auni dan suaminya tersenyum. Bersyukur kerana anak gadisnya tidak membantah dengan keputusan mereka.
"Tak perlu bertunang. Umi dengan walid bercadang nak nikahkan kamu berdua minggu depan pagi jumaat. Keluarga Amin pun dah setuju." kata Puan Auni. Tidak sabar nak dapat menantu lelaki. maklumlah, Iman sahaja anak gadis yang dia punya.
"Minggu depan?!" jerit Iman.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seminggu sudah berlalu...
"Ahmad Muhammad Amin bin Ahmad Amir."
"Saya..."
"Aku nikahkan dikau dengan anakku Nur Iman Sofea binti Muhammad Idris dengan mas kahwinnya seratus satu ringgit tunai."
"Aku terima ni... ni... kahnya Nu... nur..."
"Amin, cuba bawa bertenang. Pergi solat sunat hajat dulu. Daddy rasa kalau tunggu kamu habiskan sebaris ayat memang tahun depan baru sah." kata Encik Amir
'Daddy ni saja je. Bukan nak pertahankan manja. Buat malu je. Habis jatuh saham.' desis Amin.
Telinganya sudah bertukar merah. Memang dari kecil, telinganya akan bertukar menjadi merah jika malu.
Setelah selesai solat, Amin kembali duduk dihadapan Encik Idris.
"Kita cuba lagi sekali ya. Biasalah kalau gemuruh tu. Walid dulu pun gemuruh juga masa nak akad nikah." kata Encik Idris cuba menengkan Amin.
"Aku nikahkan dikau dengan anakku Nur Iman Sofea binti Muhammad Idris dengan mas kahwinnya seratus satu ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Nur Iman Sofea binti Muhammad Idris dengan mas kahwinnya seratus satu ringgit tunai."
"Sah."
"Alhamdulillah. Sekarang bolehlah pengantin lelaki sarungkan cincin. Tadi gagap sebab terpersona dengan isteri dia kut." usik jurunikah.
Telinga Amin semakin merah dengan usikan jurunikah. 'Muka dia pun aku tak tau macam mana. Nak pula aku terpersona dengan dia.' desis.
Amin berlalu pergi ke arah mummynya yang duduk bersebelahan dengan pengantin perempuan yang kini sah menjadi isterinya.
"Manja, ambil cincin ni dan sarungkan kat jari manis belah kiri." kata Puan Balqis.
Amin menurut tanpa berkata apa-apa. Dia langsung tidak memandang wajah pengantin perempuan sehingganlah...
"Pengantin lelaki sila cium dahi pengantin perempuan." kata seorang jurugambar.
Amin menurut sahaja namun belum sempat dia mencium dahi isterinya dia kaku. 'Betul ke ni Iman yang selalu buli aku dulu? Cantiknya dia. Macam bidadari dari syurga.' Amin terpena dengan kecantikkan Iman. Iman yang memakai jubah putih sungguh cantik tanpa perlu memakai solekkan yang tebal. Cukup sekadar bedak nipis, blusher dan pelembab bibir sudah cukup untuk menyerlahkan kecantikkan semula jadinya.
'Dia ni dah kenapa pandang aku macam nak makan aku je?' desis Iman tak senang duduk.
"Ehem... kalau ya pun dah tak sabar, tunggulah dulu. Malam nanti kamu tenunglah isteri kamu puas-puas." kata Puan Balqis. Kedengaran ketawa halus di telinga Amin dan Iman. Telinga Amin sudah memerah tidak kurangnya dengan Iman dengan mukanya seperti udang bakar.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pada malam itu juga majlis kesykuran dan persepsi diadakan. Puan Balqis yang mencadangkan kepada Puan Auni untuk membuat majlis persepsi pada hari yang sama. Tidak perlu majlis menyambut pengantin. Lebih menjimatkan kos jika melakukan kedua-duanya sekali memandangkan kedua-dua belah keluarga tinggal di kawasan yang sama.
Semasa pengantin sampai tiba-tiba...
Kedebuk!
Semua tetamu segera mengalih pandangan dan mencari dari mana datangnya bunyi sebentar tadi. Satu, dua, tiga dan...
"Hahaha. Macam mana pengantin boleh terjatuh ni?" salah seorang tetamu berkata.
"Manja Iman, macam mana boleh terjatuh ni? Buat malu je kamu berdua ni. Cepat bangun. Kamu nak makan dekat sini ke?" kata Puan Auni. Sedaya upaya menahan tawa daripada terhambur. Alihai anak dara aku yang satu ni. Ada saja yang tak kena.
"Bukan sengaja umi. Amin ni pijak kain baju alang." adu Iman. 'Ish dia ni. Tak pasal-pasal aku jatuh. Buat malu aku je. Mana aku nak letak muka aku yang cun melecun ni?'
"Kenapa saya pulak? Manja tak bersalah mummy. Iman saja nak tuduh manja mummy." adu Amin cuba untuk mempertahanan diri. 'Bila masa pula aku pijal kain baju dia. Kejap... aku ada pijaklah. Maaflah sayangku Iman. Abang manja tak sengaja.' desis Amin.
"Sudah tak payah nak bertekak. Dua-dua sama salah. Dua-dua sama cuai." kata Puan Balqis.
"Ok." serentak Iman dan Amin berkata lalu bangun dan meneruskan majlis yang tergendala akibat kemalangan kecil sebentar tadi.
Tepat jam dua belas malam...
"Hari ni alang tidur rumah mummy ya. Bolehkan akak?" ajak Puan Balqis.
"Boleh je. Nanti esok lusa tidur rumah umi dan walid pula ya Amin." kata Puan Auni.
"Insya Allah umi." kata Amin.
Iman tidak berkata apa-apa.
Di dalam kereta, Amin dan Iman masing-masing berdiam diri. Tidak tahu topik apa yang perlu di bualkan.
Iman sedari tadi tidak selesa dengan Amin yang sedari tadi asyik mengerling ke arah dia. 'Dah kenapa dia ni asyik pandang aku ni. Muka aku comot ke?' desis Iman.
'Cunnya dia sekarang ni. Tak sia-sia aku terima dia. Tapi perangai dia macam mana eh? Jangan-jangan macam dulu lagi tak. Kasar dan garang macam singa betina.' desis Amin.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment