"Dah lah tu uda oi. Tak usah nak merajuk lagi. Alang main-main je tadi. Saje nak bermesra dengan adik akak yang paling tak macho ni." pujuk Iman.
"Huh!" balas Qairul.
"Ei, dah lah tak macho. Buat macam tu lagi lah tak macho. Merajuk lah kamu. Alang tak nak pujuk."
Senyap.
'Ya ALLAH! Kenapa lah adik aku yang sorang ni sensetif sangat. Ngusik sikit dah touchink. Hah, aku ada idea macam mana nak pulihkan budak sorang ni dari penyakit bisu dia.' desis Iman. Kalau dulu lampu mentol kali ni lampu syiling yang dah terang menyala atas kepala Iman.
Click!
Qairul segera menoleh ke arah Iman. Terkejut beruk Qairul apabila Iman dengan selambanya menunjukkan gambarnya yang cantik tertera pada skrin telefon bimbit alangnya. Beruk pun tak terejut macam Qairul.
"Alang!!" jerit Qairul.
"Yeah! Syukur alhamdulillah ya Allah sebab akhirnya adik aku yang tak berapa nak macho ni mengalunkan suaranya yang tak berapa nak merdu tu. Merdu lagu suara katak." ucap Iman sambil menadah tangan mendongak ke atas.
"Ya Allah kamu berdua ni tak habis-habis lagi ke?" soal Dasuki tiba-tiba.
"Tak. Macam mana nak sudah kalau adik along yang paling manja ni merajuk." adu Iman.
"Alang tak payah nak mengadu dengan along. Alang yang buat pandai lah bertanggungjawab." kata Qairul.
"Alang memang tak reti nak bertanggungjawab nak pujuk kamu pun. Tapi alang bertanggunggjawab untuk buat kamu merajuk." kata Iman sambil tersengih.
"Sudah lah tu kamu berdua. Pening kepala along tengok kamu berdua."
"Siapa suruh along pening." kata Iman.
Dasuki hanya menjeling Iman. Ada je yang nak di jawab. Macam mana lah boleh jadi doktor. patutnya jadi penguam sesuai sangat dengan dia suka putar belit.
"...long... along... ALONG!!"
"Oi! Agak-agak lah nak jerit pun. Along bukannya pekak sampai kamu kena jerit sebelah telinga along. Aduh sakitnya telinga aku." aduh Dasuki.
"Uda dah panggil uda banyak kali dah tapi along je yang ta dengar." balas Qairul.
"Kamu nak apa?" tanya Dasuki.
"Along suruh alang padam gambar alang yang baru alang tangkap." pinta Qairul sambil membuat mata comel menagih simpati.
"Hmm. Ya lah. Alang kamu padam gambar uda. Sudah-sudah le ngusik adik kamu. Pergi ngusi laki kamu tu ada jugak faedahnya." kata Dasuki.
"Dah padam dah. Kamu ni uda tak syok langsung. Sikit-sikit ngadu. Huh!"
Iman berlalu masuk ke dalam bilik dia.
"Lantak kamu along, uda. Alang kamu dah sentap. Angah tak nak masuk campur tolak." kata Faizul sambil mengangkat tangan seperti tanda menyerah.
~~~~~~~~~~~
Tok tok tok!
"Masuk lah. Pintu tak kunci."
Amin melangkah masuk ke dalam kamar Iman dan... Wow!
'Cantik giler hiasan bilik dia. Tak girly sangat tapi, memang sesuai pun dengan perangai dia yang macam lelaki.' desis Amin
"Aku tau lah kau terpukau dengan hiasan bilik aku. Ingat bilik kau je cantik. Bilik aku lagi cantik plus cun melecun tau." kata Iman seakan-akan dapat membaca fikiran Amin.
"Ma.. mana ada. Bilik aku lagi cantik tau." bidas Amin tidak mahu mengaku kalah.
"Pape je lah." balas Iman bosan. Bosan mahu melayan kerenah Amin yang kebudak-budakan.
"Wei, kau sentap ek dengan abang dan adik kau?" tanya Amin.
"Tak lah. Kenapa kau tanya?"
"Tadi angah kau cakap kau sentap."
"Owh biasa lah tu. Angah tu saja je. Aku dah masak ranum sangat dah dengan perangai uda yang 2x5 dengan kau. Yang lainnya uda ni hafaz al-Quran."
"Aku tau lah aku ni tak hafaz al-Quran. Tak payah lah perli aku. Aku tau aku ni bukannya baik sangat." sayu suara Amin.
"Bila masa pulak aku perli kau? Mana ada orang yang sempurna dalam dunia. Semua pernah buat silap plus salah. Aku pun bukannya hafaz al-Quran. Stakat surah-surah lazim tu boleh lah."
Senyap. Masing-masing membisu.
"Iman."
"Hmm."
"Bukan kau kata kau ni bukan kaya ke?" soal Amin.
"Memang aku tak kaya pun. Kenapa?"
"Tapi lain yang aku nampak."
"Apa yang lain?"
"Rumah kau besar, mungkin lagi besar dari rumah aku. Bilik kau penuh dengan hiasan yang berjenama mahal." jujur Amin. Dis sendiri tidak menyangka bahawa rumah gadis yang baginya berasal dari keluarga sederhana merupakan keluarga yang kaya.
"Rumah ni bukan walid dan umi yang beli." kata Iman tidak berminat.
"Kenapa kau kata macam tu?"
"Rumah ni sebenarnya rumah nenek aku. Tapi sekarang ni nenek ada at kampung."
"Owh, rumah nenek kau. Rumah nenek?!" jerit Amin.
"Kus semangat. Yang kau ni terkejut sangat kenapa?"
"Kaya nenek kau dapat beli rumah sebesar ni. Tapi nenek kau yang belah mana?" ucap Amin tidak percaya.
"Mana ada kaya. Yang kaya mak ayah nenek aku. Nenek belah umi."
"Pulak. Asal?" soal Amin semakin berminat. 'Rupanya banyak yang aku tak tau pasal dia.'
"Mana lah aku tau. Yang aku tau ayah kepada nenek aku keturunan Tengku mak nenek aku pulak keturunan Syed."
"Tengku?! Apa nama penuh umi?"
"Tengku Nur Auni Zahrah binti Tengku Muhammad Ibrahim. Eh yang kau ni tetibe banyak tanya apa pasal?" rimas Iman apabila sedari tadi asyik diajukan pelbagai soalan. 'Nasib dia suami aku. Bolehlah aku bagi tau dia serba-serbi pasal keluarga aku.'
Bersambung...
No comments:
Post a Comment