Amin duduk di taman mini milik Puan Auni. Hanya berteleku. Macam bertapa pun ada. Termenung mengingatkan berita yang baru diketahuinya.
"Haish.." satu keluhan terhambur.
"Bah!"
"Oh mak kau meletup-letup." latah Amin.
Krikk... Krikk...
"Pft. Hahaha. Apa teruk sangat latah kau ni. Hahaha." tawa Faizul.
"Maaf. Terlepas bang." kata Amin dalam malu. Habis merah telinganya.
"Tak payah berabang lah. Panggil je angah." kata Faizul ramah.
Senyap.
"Ada problem dengan Iman ke?" tanya Faizul memecahkan sunyi yang suram sejak sekian lama.
"Eh, tak ada lah. kitorang ok je. Kenapa a... angah ta... tanya?" 'Dan-dan pulak gagap.'
"Angah saje je tanya. Tadi angah nampak kamu mengeluh. Kenapa? Kamu takut angah terkam kamu ke sampai gagap? Masa nikah kelmarin pun kamu gagap. Pft." Faizul ketawa nipis apabila terkenangkan majlis akad nikah kelmarin. Bukan main payah lagi si Amin ni nak sebut nama Iman. Anti bebenor le.
"Kitorang tak gaduh. Tapi Amin baru tau yang umi ni keturunan raja." jelas Amin.
"La, pasal tu je ke. Ingatan pasal apa tadi. Apa yang nak dipeliknya?"
"Mana ada pelik tapi terkejut. Selama ni Amin tak tau pulak yang umi ni keturunan raja."
"Memanglah tak tau sebab umi tak pernah heboh. Rumah ni pun kitorang baru duduk sejak nenek kitorang meninggal 9 tahun lepas."
"Ooooo." panjang.
"Asal panjang sangat 'ooooo' nya?"
"Kenapa tak boleh?"
"Bukan tak boleh tapi..." tergantung.
"Tapi...."
"Tapi tak boleh panjangkan lagi ke? Hahaha." tawa Faizul sambil berlalu pergi.
Amin hanya mengelipkan matanya tanda bingun. 'Apa yang lawaknya? Hmm."
~~~~~~
Malam tu, ketika menjamu teh...
"Hah Amin, kamu tak ada rancang nak pergi berbulan madu ke?" tanya Dasuki.
Purgh!!
'Tak senonoh betul mamat ni. Laki siapa lah ni. Eh eh, bukan laki aku ke.' desis Iman sambil menggelengkan kepala.
Kali ni mangsa semburan Amin adalah lantai. Hai lantai, kalau kau boleh bercakap kompem kau pun melenting jugak.
"Aik Amin, along tanya je tak kan boleh tersembur pulak."
Amin sudah malu. Telinganya sudah berona merah. Merah menyala macam mentol!
"Hah alang, apa lagi. Pergi cari kain buruk lap lantai tu." arah Qairul. Iman hanya menjeling.
"Huh!"
Puan Auni hanya menggeleng melihat teletah anak-anaknya. Dah besar panjang, ada yang dah kahwin yang nak kahwin pun perangai macam budak. Tapi Puan Auni tetap bersyukur kerana hubungan anak-anaknya sangat utuh. Sehinggakan menantu-menantunya turut cemburu dengan keakraban mereka.
Iman kembali dengan kain buruk di tangan. Selesai mengelap air semburan Amin, Iman kembali berlalu ke dapur dan kembali duduk di sebelah Redha.
"Alang, kenapa tak duduk sebelah abang Amin?" tanya Redha.
"Saje. Alang nak duduk sebelah adik alang yang paling alang sayang." kata Iman sambil mengusap kepala Redha macam kucing. Redha hanya tersenyum simpul. Selesa dimanjakan oleh kakaknya. Kalau abang-abangnya yang ngusap kepalanya pasti ditepis. Hanya Iman sahaja yang boleh. Sebab tangan yang mengusap kepalanya sangat lembut dan hangat.
"Usu je? Uda ni tak sayang?" celah Qairul.
"Hmm." fikir Iman lama sambil mengusap dagunya. Ada gaya Conan tak yang dalam cite Detective Conan?
"Alang!" panggil Qairul.
"Ya. Tak payah lah jerit. Alang bukannya pekak lagi. Takkan lah alang tak sayang kat adik alang yang paling menyakitkan hati ni."
"Macam tak ikhlas je." kata Qairul sambil mengecilkan matanya.
"Memang tak ikhlas pon." balas Iman sambil mengenyitkan matanya.
"Huh!"
Kewujudan Amin seperti tidak dihiraukan. Namun tetiba perasan aneh menusuk ke dalam hatinya.
'Asal aku rase sesak nafas je ni?' desis Amin sambil memegang dadanya.
"Kenapa Amin? Cemburu?" duga Faizul.
"Eh, ma... mana... a... ada." 'Agaknya hari ni hari gagap aku kot.'
"Betullah tu."
"Mana ada." ujar Amin yakin.
"Habis tu kenapa gagap?"
Amin tidak menjawab. Dia sendiri keliru dengan perasaannya. Tiba-tiba hadir satu perasaan di dalam hatinya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana ingin ditafsirkan.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment