Dalam sibuk atuk melihat telatah Iman yang memang macam budak kecil, atuk teringat sesutau. Sesuatu yang sering dilakukan oleh anak muda zaman sekarang.
"Kamu berdua tak pergi moon honey ke?" soal atuk. Itulah perkara yang ingin ditanyakan walaupun diri sendiri tak faham apa maksud moon honey.
Iman dan Amin hanya diam. Mereka saling berpandangan. Amin membuat isyarat mata. 'Binatang apa moon honey tu?' kononnya tak nak buat atuk kecil hati.
Iman yang tidak tahu apa maksudnya hanya mengerutkan dahinya. 'Mamat aku ni dah kenapa? Sakit mata ke? Baik aku tanya.'
"Kau ni dah kenapa terjengkit-jengkit mata kau? Sakit mata ke?" 'Hah ni barulah yang dilkatakan isteri mithali. Ambil berat pasal suami.'
Amin hanya menepuk dahinya. Dia ni takkan tak faham apa yang aku buat tadi. Tak boleh harap betullah minah ni.
"Kamu berdua ni, nak bermanis nanti-nanti lah."
Iman semakin bingun dengan atuknya. 'Tadi moon honey sekarang bermanis. Atuk aku ni nak cakap apa sebenarnya?'
Amin pula semakin faham apa yang ingin di sampaikan atuk Iman.
"Atuk, bukan bermanis tapi bersweet lah."
"Apa kaitan bermanis dengan bersweet?" soal Iman tanda tidak faham.
'Ish Iman ni kacau daun betullah. Tapi tak apa, memang aku nak tanya soalan yang sama pon.' desis atuk.
'Lambat betul kepala minah ni loading.' sekali lagi Amin menepuk dahinya.
"Sweet dalam bahasa melayu kan manis. Lagi satu, atuk bukan moon honey tapi honey moon." jelas Amin.
Dah macam kelas bahasa inggeris pon ada.
"Ooo..." serentak atuk dan Iman membuat mulut berbentuk O. Almaklum lah, like grandfather like grandchild.
"Ok faham." sambung Iman.
"Dah tu kamu berdua tak pergi moon honey ke?"
Sekali lagi Amin menepuk dahinya. Iman hanya menahan ketawa melihat Amin melayan atuknya. Bukan dia tak tau tapi sengaja pura-pura tak tahu. Kononnya nak tengok Amin betah tak dengan atuknya yang kuat mengusik.
'Kau ingat aku tak tau ke? Aku ni dulu cikgu bahasa inggeris tau. Aku sengaja buat macam sebab nak uji yang kau ni layak ke dengan cucu kesayangan aku ni.' desis atuk.
"Atuk bukan moon honey tapi honey moon. Ikut Amin sebut. Honey..."
Dan bermulalah kelas bahasa inggeris yang diajar oleh Amin.
"Honey...." atuk hanya menurut. 'Jadi macam budak-budak seronok jugak eh. Patutlah Iman selalu buat perangai.' desis atuk girang.
"moon."
"moo." sebut atuk penuh yakin.
Buat kali ketiga Amin menepuk dahinya. 'Sabar Amin sabar. Sabar itu separuh daripada iman.' pujuk Amin dalam hati. Orang sebut 'moon' disebutnya 'moo'. Apa ingat aku lembu ke moo moo ni.
Atuk perasan wajah Amin berubah triple 100%. Bukan double tapi triple. Terbit rasa kesian kepada cucu menantunya. Nasib kaulah Amin dapat atuk mentua yang baik lagi kuat menyakat ni. Mesti Amin dah tau perangai kebudak-budakkan Iman ni daripada siapa. Mestilah atuk Iman yang handsome ni.
Iman melihat Amin yang melayan kerenah atuknya. Bukan dia tak tau tapi sengaja dia diamkan. Nak tengok sejauh mana kesabaran Amin ni. Kalau layan atuk pun dah fed up, ni pulak nak layan kerenah aku yang jauh lagi teruk daripada atuk. Aku sedar perangai aku macam mana. Nak buang dah tak boleh sebab dah sebati dengan jasad ni.
"Atuk bukan moo tapi moon."
Atuk hanya senyap menahan tawa. Memang tak ada bakat nak jadi pelakon langsung. Lawak sikit dah tak boleh tahan. Amin mengerut dahi. Melihat atuk yang mengalaihkan wajahnya ke arah bertentangan. Amin mengecilkan matanya kemudian melihat pula Iman. Sama! Iman turut mengalihkan mukanya. Jelas kelihatan mukanya yang merah. Mesti gelakkan aku ni. Atuk borek cucu rintik! Amin menjeling Iman. Hanya Iman. Kalau jeling orang tua pulak nanti di cop kurang ajar.
Iman yang asyik menahan tawa berasa tidak sedap hati. Seperti ada memerhati. Iman memaling muka perlahan-lahan, perlahan-lahan... Zup! Seperti di panah petir meliat jelingan maut nak mampus Amin. Lidah Iman kelu. Kaku untuk berbicara. Namun dikuatkan juga untuk melawan panahan jeingan Amin yang tidak mempersona lagi tak macho.
"Ehem, ehem!" Iman berdehem dengan harapan atuknya sedar bahawa Amin telah mengetahui lakonannya yang memang tak ada gaya macam pelakon. Namun apakan daya, gegendang telinga atuknya sudah tidak dapat berfungsi dengan baik mengakibatkan pendengaran atuknya yang memang dari dulu tak berapa nak baik semakin kritikal!
Iman bangkit dan ditemani dengan jelingan Amin. 'Ish dia ni, main jeling-jeling pulak. Nanti tak pasal-pasal jatuh cinta dengan aku yang cun melecun ni.' desis Iman lalu duduk di sebelah atuknya.
Amin melihat gerak-geri Iman yang sangat mencurigakan. Iman berkata sesuatu namun tidak dapat didengarai.
"Atuk~" panggil Iman mendayu.
Atuk memandang Iman dengan sisa tawa yang masih berbaki.
"Ya sayang cucu atuk. Kenapa?" balas atuk.
Iman hanya membuat isyarat mata yang terarah kepada Amin. Atuk yang faham akan isyarat yang diberikan menoleh muka dan...
Gulp!
Atuk menelan air liurnya. Bertuah kau Iman dapat suami macam Amin. Boleh jatuh cinta dengan jelingan maut nak mampus Amin ni. Tajam menusuk kalbu. Atuk hanya tersengih.
"Atuk~" panggil Iman mendayu.
"Ya." balas atuk.
"Tolong Iman atuk."
Bersambung...
maaflah...baru berpeluang nak update...sibuk dgn exam n baru dapat bukak lappy
No comments:
Post a Comment