"Atuk, tolong Iman." rintih Iman.
"Atuk tak nak masuk campur." kata atuk sambil mengangkat kedua-dua tangan tuanya ke atas seperti persalah. Memang persalah pun. Persalah atas kejadian yang melucukan. Hihi.
"Sesiapa yang sudi beri penjelasan atau perlu saya terjah je?" soal Amin dengan nada yang amat menggerunkan. Hantu pun boleh cabut lari litang pukang.
Iman menyiku lengan atuk. begitu juga atuk. Saling membalas siku. Nanti ada jugak yang dapat siku khas daripada Amin.
"Ehem. ehem!" dehem Amin. Boleh main siku-menyiku pulak. Orang tengah sirius diorang main-main. Memang mencabar kesabaran aku yang memang sah-sah nipis macam kulit bawang. Bawang apa mau? Bawang merah? Bawang putih? Bawang besar? Macam-macam ada!
"Baiklah. Dengan ini atuk mengaku yang atuk... atuk..." tersangkut-sangkut atuk membuat pengakuan. Seorang banduan yang sedang disoal siasat oleh Inspektor atas kesalahan yang telah dilakukan.
"Hic hic." suara orang tersedu.
Terkejut mengalahkan beruk Amin dan Iman melihat atuk yang menangis tersedu-sedu. Ni nangis betul-betul ke berlakon?! Eh, ni betul-betul lah! perlahan-lahan air mata insan yang tidak terdaya mengalir di pipi atuk yang berkedut. Hati orang tua memang macam kanak-kanak. Mudah tersentuh. Sensetif!
'Mampus aku. Aku mana tau nak pujuk orang. Ala... macam mana ni? Mummy, tolong manja! Manja tak bersalah!' jerit Amin namun tiada siapa yang mendengarnya. Nak tolong macam mana. Mummy kat Kuala Lumpur. Dia kat Kedah. Uwah!! Mummy manja nak balik! Tak nak duduk sini.
Dalam tidak sedar seorang lagi insan mengalirkan air matanya. Terkejut Iman melihat Amin yang tersedu-sedan menangis. Sorang-sorang nangis. Tau lah aku ni pandai pujuk. Tapi idea tidak muncul dalam kepalanya tika ini. Iman kalut! Bingun tak tau nak buat apa. Tiba-tiba mentol berwarna kuning muncul di atas kepalanya.
'Hah! Aku tau macam mana nak buat diorang berhenti menangis.' Iman bangun berlalu menuju ke dapur. Kemudian kembali bersama opah yang tercinta.
Atuk yang melihat opah yang semakin menghampiri cuba untuk melarikan diri. Nak tau sebab apa. Sebab....
"Kamu nak ke mana atuk oi. Dah tua-tua pun nak nangis mengalahkan budak kecik. Ingat sikit, awak tu dah tua umur dah 70 tahun. Bukan 7 tahun. Bla bla bla...." opah terus memberi ceramah kepada atuk.
Atuk pulak. Tak payah cakap terus duduk bersimpuh macam anak dara sambil menundukkan kepala. Gaya seperti menunggu hukuman yang bakal di jatuhkan.
Iman hanya tertawa melihat gelagat opah dan atuknya. Walaupun sudah berusia tapi di mata Iman mereka sangat sweet. Macam pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Iman melihat Amin yang masih terduduk menangis seperti anak kecil. Atuk dah settle sekarang tinggal Manja pulak.
"Apalah, muka je handsome tapi... ish ish ish." kata Iman. Kalau betul Amin yang dia kenal dulu masih sama pasti cara ni berkesan. Hihihi.
"Apa? Lelaki pun boleh nangis jugak tau." Amin membela diri.
"Aku tau kau nangis sebab apa."
"Sebab apa?"
"Kau rindu mummy kan." duga Iman. Dan ya! Bukan setakat telinga je muka Amin turut merah akibat malu. Ni malu tahap Gunung Everast ni. Iman semakin galak mengusik Amin.
"Dalam hati mesti kau kata macam ni. Ehem, ehem. Mummy tolong manja. Manja tak bersalah! Manja nak balik! kan."
BINGO!
"Ma... ma... mana a... ada. A... aku kan ta... tak... bo.. bo...boleh te... te... tengok o... orang nangis. Ka.. ka... kalau a... aku te... te... tengok a.. aku pun na... na... nangis jugak." bela Amin gagap. Kalau nak tipu jadi macam ni lah. Gagap! Memang tak boleh menipu.
"Crybaby." ejek Iman. Suka tengok Amin yang kalut. Comel!
Cop!
'Aku ngaku dia comel?! Dia yang perangai tak serupa jantan ni? Oh my Allah! Aku suka? Tak! Aku tak suka dia! Noktah!'
Iman menafikan perasaannya. Perasaan yang tidak dapat ditafsir oleh akal fikirannya.
Amin melihat Iman. Dia sudah berhenti menangis. Terima kasih atas bantuan Iman. Buat malu je menangis tak tentu pasal. Hanya Iman saja yang mampu membuat dia berhenti menangis dan dia jugak lah yang mampu membuat dia menangis. Dari zaman persekolahan lagi. Mummy pun tak boleh buat aku berhenti menangis secepat ni.
Dup dap!
Amin meletakkan tapak tangannya di dada. Dia dapat merasakan bahawa jantungnya memecut laju. Kalah pelumba kereta. 'Jantung, asal kau ni rajin sangat buat kerja overtime? Takkan sebab minah yang tak berapa nak perempuan? Tak, tak dan tak! Ingat janji kau Amin.
"Assalamualaikum! Atuk opah! Ira dah balik!"
"Waalaikumusalam! Masuklah." jemput opah.
"Opah, siapa datang? Tak pernah nampak pun kereta ni." ucap insan yang di kenali sebagai Ira sambil menaiki tangga rumah kayu itu.
"Opah, atuk Ira ta..." lidahnya kelu apabila melihat adegan itu. Atuk dan seorang lelaki yang tidak dikenalinya sedang duduk di atas lantai seperti seekor kucing di marahi oleh tuannya. Dan tuannya ialah opah dan...
"Akak!""
"Adik!" kata Iman dan Ira serentak.
"Akak! Adik rindu akak sangat sangat sangat!" kata Ira sambil memeluk Iman. Iman turut membalas pelukan itu. Atuk dan opah hanya menngeling. Sudah alim dengan sikap kedua-dua anak dara di depan mereka. Pantang berjumpa pasti berpeluk lepas tu berkepit 24 jam. Hanya Amin yang terpinga-pinga. Pelik apabila Iman membahasakan gadis itu dengan 'adik'.
'Sejak bila dia ada adik perempuan?' desis Amin penuh dengan tanda tanya. Dalam pada masa yang sama Amin berasa geram melihat kemesraan mereka.
Bersambung...
Bila nak sambung? Sweetnya diorang ni.. Hehehehe
ReplyDeletedalam proses tapi idea tak ade
DeleteOk.. I will wait for it ... :)
Deletemaaf sy terdelete komen awk kat bab 17... T.T minta maaf sgt2...Ira tu adik angkat Iman...dia tinggal kat kampung Iman jdi setiap kali Iman balik kampung diorang mesti bersama...dan terima kasih sbb sudi bce cerita sy sampai sekarang...klau ada apa2 kekurangan blh la tegur sy ^^
Delete