"Hah, Ira bila kamu sampai?" tanya opah kepada Nazirah.
"Baru je opah. Rindu kat kampung tu yang balik. Tapi esok dah kena balik. Tak dapat cuti lama." balas Ira. Kerja sebagai seorang jururawat memang susah sikit nak dapat cuti lagi-lagi orang baru macam dia. Tapi lagi senang dapat cuti daripada doktor. Ada doktor ni 3 hari tak balik rumah sebab pesakit ramai.
Kemudian opah berlalu pergi ke dapur untuk melunaskan kerja yang tertangguh akibat atuk yang mula berdrama tadi.
"Ira kamu bila pulak nak kahwin. Kak Iman kamu dah kahwin dah. Itu lah atuk dah pesan jangan membenci nanti nikah lah jawabnya." jelas atuk.
"Eh eh atuk ni, perli nampak. Pembetulan. Bukan benci tapi tak suka." celah Iman. Benci dan tak suka lain maksudkan? Biarlah. Tapi betul jugak apa yang orang dulu-dulu kata. Contohnya aku. Berkahwin dengan lelaki yang aku tak suka masa zaman sekolah. Ni yang di kata jodoh.
"Alah atuk, Ira muda lagi. Baru..." belum sempat Nazirah menghabiskan ayatnya atuk segera mencelah.
"Kamu ingat 25 tu muda ke? Kita ni bukan makin muda tapi makin tua. Takkan kamu nak tunggu umur macam kak Iman kamu baru nak kahwin. Itu pun pilihan umi dan walid. Kalau bukan sebab umi dan walid dia suruh alamatnya jadi anak dara tua la kak Iman kamu tu." bebel atuk sambil memperli Iman.
Panas je telinga ni dengar atuk memperlinya. Lihat Amin sudah ketawa sakan sambil menekan perut. 'Gelakkan orang dia pun sama je.' desis Iman. Dia tidak faham kalau perempuan kahwin lambat di gelar anak dara tua. Kalau lelaki pulak elok je gelaran bujang. Ini tidak adil! Untuk menyejukkan telinganya yang panas, dia mengambil keputusan untuk ke dapur. Membantu apa yang patut. Lagi bagus, dapat pahala. Daripada dengar atuk membebel pasal dirinya yang bikin panas baik dia tolong opah kesayangan.
"Kak Iman nak ke mana.?" tanya Nazirah pelik melihat Iman yang telah bangun.
"Nak cari pahala buat bekalan ke akhirat." balas Iman penuh makna.
"Biar lah dia Ira. Elok pun. dah jadi isteri mesti kena pandai jaga perut suami. Nak pikat suami mesti kena mula dari perut. Bukan gitu Amin?"
Amin hanya ketawa sambil menganggukkan kepalanya.
"Ira, Hafif apa khabar? Biasanya dia mengekor je ke mana kamu pergi?" tanya atuk.
"Entah tak tahu. Biarlah. Aman dunia." balas Nazirah.
"Hafif siapa pulak? Teman lelaki Ira ya." duga Amin.
"Teman lelaki? Tolonglah. Ira single mingle twingle tahu." balas Nazirah.
"Bukan teman lelaki tapi bakal suami." kata atuk.
"Atuk!!" jerit Nazirah. Tidak suka di katakan bahawa Hafif itu bakal suaminya. Seperti Nazirah amat membenci laki-laki yang bernama Hafif tu.
"Hah ni lagi sorang. Bencilah kamu dengan si Hafif tu. Nanti kamu kahwin dengan dia jugak macam kak Iman kamu. Kahwin dengan lelaki yang dia tak suka. Lebih kuranglah kes kamu berdua ni." kata atuk.
"Bukan bencilah atuk. Tak suka je. Rimaslah dengan dia." balas Nazirah malas. Teringatkan panggillan daripada ibunya beberapa hari yang lalu.
"Assalamualaikum Ira."
"Waalaikumusalam ibu. Ibu sihat?"
"Sihat alhamdulillah. Ira ibu ada sesuatu yang nak beritahu."
"Apa dia ibu."
"Tapi janji dulu."
"Janji apa pulak ibu? Lain macam je bunyinya. Berjanji bagai."
"Janji kamu takkan menjerit bila ibu cakap perkara ini."
"Ira tak nak janji sebab walaupun Ira janji tapi berita tu sangat mengejutkan Ira, pasti Ira jerit." jelas Nazirah.
"Ya lah. Tadi ada orang datang."
"Siapa ibu? Macam serius je." tanya Nazirah penuh perasaan ingin tahu.
"Mak ayah Hafif."
"Owh. Buat apa pak cik dengan mak cik datang?"
Ibu Nazirah menarik nafas perlahan-lahan sebelum menghabiskan ayatnya.
"Diorang datang merisik kamu."
"Lah, merisik je. Jap, merisik?!" Nazirah agak terkejut dengan berita yang di terimanya.
"Ya. Merisik." ucap Ibu Nazirah tenang.
"No way!"
Begitulah ceritanya. Hafif, Hafif. Asal kau suruh mak ayah kau datang merisik aku? Aku tak sedia lagilah nak kahwin.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment