"Hah! Dah sampai mana kamu? Bulan?" sergah atuk apabila melihat Nazirah yang jauh termenung. Teringatkan bakal suamilah tu.
"Hah? Apa atuk?" tanya Nazirah apabila terdengar suara kuat atuk.
"Ini bukan dekat bulan ni atuk. Ni dah sampai bintang ni." kata Amin.
Nazirah mencebik. Tidak suka apabila dipermainkan. Sebab itu dia suka dengan Iman. Iman tidak suka dan tidak pernah mempermainkannya. Sekadar gurau-gurau manja adalah. Rimas dengan usikan atuk dan untuk di elakkan daripada diusik Nazirah bangun berlalu ke dapur.
"Hah, nak mengadu kat kak Iman dia lah tu." usik atuk.
Nazirah tidak mengiraukan atuk dan meneruskan langkahnya. Kalau di layan atuk ni makin asyik mengusik orang.
"Atuknya, cuba jangan usik budak-budak ni!" jerit opah daripada dapur.
Kini giliran atuk pula mencebik. Amin pula sudah mula ketawa. Macam-macam gelagat keluarga Iman ni. Patutlah Iman ni suka usik orang. Tiga beradik ikut perangai atuk. Rasanya walid dengan Redha ikut perangai opah yang lebih suka memerhati. Qairul pulak macam Nazirah. Mangsa buli. Perangai pun lebih kurang.
Atuk! Amin! Jom makan. Makanan dah siap. Siapa lambat udang masak lemak speacial opah habis licin kami makan." ajak Iman daripada dapur. Sudah tidak sabar ingin memakan udang masak lemak speacial opah yang dibuat khas untuknya. Yum yum.
"Amin, jom cepat. Iman ni kalau udang masak lemak memang habis satu periuk dia makan sorang. Tak pasal-pasal kita kempunan." ajak atuk pula sambil bangun untuk menuju ke meja makan di dapur. Aroma udang masak lemak buatan opah menusuk hidung Amin menyebabkan perut Amin bernyanyi kuat. Harap-harap atuk tak dengar. Kalau tak jatuh saham aku yang baru je turun masa hari akad nikah.
"Atuk dengar." kata atuk sambil tersengih.
Darah telah menyerbu telinga Amin menyebabkan telinganya berwarna merah dan panas. Amin hanya menunduk malu semasa melangkah ke dapur. Malu!
~~
"Sedapnya masakan opah!" puji Amin.
"Terima kasih. Tambahlah lagi. Iman bagi nasi dekat suami kamu ni." arah opah kepada Iman yang sedang menikmati lauk kegemarannya. Udang masak lemak.
'Kacau line betullah. Orang tengah syok layan udang masak lemak speacial opah ni.' desis Iman geram. Geram-geram pun masih di kautkan juga nasi ke pinggan Amin. Sesudah itu Iman kembali menjamah makanannya.
'Baik jugak kau ni ya Iman.' bisik hati Amin.
"Kak Iman, nak nasi." kata Nazirah riang. Kalau dapat makan udang masak lemak speacial opah satu periuk nasi pun dia boleh habiskan.
"Makanlah. Opah ada buat lebih. Nanti kamu bawa balik bagi kat ibu dengan abah kamu."
"Okay!" 'Yeah, boleh makan udang masak lemak malam ni.' desis Nazirah riang.
~~
"Iman opah nak cakap sikit." kata opah kepada Iman yang sedang membasuh pinggan.
"Cakap apa opah?" tanya Iman.
"Kamu sayangkan Amin? Opah tengok kamu ni guna 'awak-saya' lah 'kau-aku' lah. Tak manis bila orang dengar tau. Gunalah 'abang-sayang' ke 'ayang-anje' ke."
Iman ketawa nipis. 'Abang-sayang'? 'Ayang-anje'? Gelilah. Tapi ada betulnya apa yang opah cakap. Bukan tak nak di panggil abang tapi dia segan. Nanti dia ingat aku ni jatuh cintun kat dia pulak. Tak nak aku.
"Iman, mula-mula tu memanglah malu nak bahasakan suami abang. Lagi-lagi kalau si suami tu muda atau sebaya. Tapi kemesraan dan perasaan kasih tu boleh hadir hanya daripada kata-kata. Kata-kata itu doa. Kalau kita berkata baik maka perkara yang baik tu akan terjadi. Walid dengan umi kamu sayangkan kamu. Jadi mereka takkan satukan kamu dengan orang yang mereka ta percaya. Mereka percayakan Amin yang Amin mampu jaga Iman. Walaupun kamu dulu selalu buli dia dulu, dia tetap terima kamu jadi isteri dia. Biasanya lelaki manalah yang nak kahwin dengan orang yang selalu buli dia." kata opah di tambah dengan usikkan.
Iman turut ketawa apabila mengenangkan zaman persekolahannya dulu. Memang di selalu buli Amin dulu. Mula-mula dia memang tak suka dengan sikap Amin jadi dia mula membulinya. Lama kelamaan membuli tu menjadi satu kebiasaan. Sampai sekarang pun aku buli dia lagi. Hihihi.
"Lelaki ni nak cari isteri yang dapat menggantikan ibunya. Yang sayang mereka macam ibu kita sayang kita. Yang boleh urus kita. Yang boleh beri semangat kepada kita. Yang boleh menjadi pendengar yang baik. Yang sentiasa berada di sisi kita tak kira susah senang, suka dan duka." tambah opah lagi.
Iman hanya mendiamkan diri. Menghadam segala nasihat opah. Tapi mampukah aku tanam perasaan cinta sedangkan aku tak pernah bercinta. Selesai sahaja membasuh pinggan, Iman melihat atuk dan Amin di ruang tamu. Mula-mula wajah Amin tegang kemudian Amin ketawa. Entah apa yang di sembangkan mereka.
Ingin tahu apa yang atuk dan Amin sembangkan? Nantikan bab yang seterusnya.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment