Iman dan opah berada di dapur sedang membersihkan meja dan peralatan memasak. Nazirah pula sudah balik apabila sudah menerima udang masak lemak speacial daripada opah. Kini Amin dan atuk berada di ruang tamu.
"Amin, atuk nak cakap sikit."
"Cakap banyak pun tak apa. Bunyi macam serius je." jawab Amin sambil menyuakan segelas air rozel ke mulut.
"Kamu suka dengan Iman?"
Purgh!! Air yang diminum tersembur sikit dari mulutnya. Mujur tidak tersembur ke muka atuk macam dia tersembur kat muka Iman hari tu. Hihihi.
'Soalan maut tu. Aku nak jawab apa ek?' desis Amin gusar. "Atuk kata nak cakap bukan tanya. Tapi kenapa atuk tanya ya?" Amin cuba menyembunyikan perasaan gusarnya.
"Atuk tahu kamu selalu kena buli dengan Iman waktu sekolah dulu." kata atuk tenang. Atuk dapat menghidu perasaan gusar Amin.
"Macam mana atuk tahu?" Amin masih cuba berlagak tenang tapi dalam hati betapa terkejutnya dia apabila atuk mengetahui sejarah gelapnya. Menjadi mangsa buli Iman!
"Iman tu dari kecil selalu balik sini. Sampai sanggup naik bas sorang-sorang semata-mata nak balik. Umi dengan walid dia ada je larang dia daripada balik sendiri. Tapi Iman tu degil. Sangat degil. Di sebabkan kedegilannya umi dan walid mengarahkan supaya adik-beradik dia yang lain ikut Iman balik kampung secara bergilir-gilir. Adik-beradik dia bukan tak suka balik sini tapi masing-masing sibuk. Sibuk dengan hal masing-masing. Setiap kali Iman balik kampung macam-macam perkara dia cerita. Banyak jugak Iman cerita pasal kamu dulu." balas atuk dengan panjang lebar sambil menunding jari telunjuk ke arah Amin.
Amin agak terkejut dengan apa yang baru di sampaikan oleh atuk. Bagaikan terkena renjatan elektrik sahaja rasanya. Entah apa yang Iman ceritakan pasal dia dekat atuk.
"Dia cerita yang kamu ni lembut, anak manja, berlagak dan sombong. Macam-macam lah. Sebab itu dia selalu buli kamu. Dia kata perlu ke bagi tahu semua orang yang kita ni anak orang kelas atasan. Mak ayah kaya sedangkan semua itu hanya pinjaman. Lelaki mana-boleh lembik. Kena kuat sebab bakal menjadi pemimpin keluarga. Ada lagi sebab kenapa dia buli kamu."
"Sebab? Sebab apa?" tanya Amin penuh tanda tanya.
"Sebab dia nak kamu kuat. Kalau kena buli sikit sudah nak nangis, sudah nak mengadu dekat mak atuk pun rasa kamu ni lembik dulu. Lagi-lagi bila si pembulinya perempuan. Hahaha!" atuk ketawa sakan.
Amin hanya menebalkan sahaja mukanya. Malunya! Tak sangka atuk tahu semua pasal kisahnya. Bukannya nak bersimpati tetapi di gelaknya. Nasiblah aku dapat atuk mentua macam ni.
"Kita ni lelaki, besar tanggungjawab kita. Tanggungjawab kita sebagai seorang anak dan sebagai seorang pemimpin keluarga. Atuk tahu dan atuk yakin kamu mesti ada niat nak balas dendam segala perbuatan Iman dekat kamu dulukan." kata atuk. Atuk hanya menduga tentang balas dendam. Manalah tahu kut-kut tekaannya tepat dan...
memang tepat pun!
"Mana atuk tahu?" Amin sudah resah. 'Macam mana atuk tahu ni. Mampus aku kena dengan atuk. Iman ni mesti cucu kesayangan atuk.' desis Amin resah.
"Owh, jadi betullah kamu ada niat nak balas dendam dekat Iman. Atuk teka je. Tak sangka tepat pula." atuk berasa bangga dengan pencapaiannya kali ini. Hebat tak?
Amin pula sudah menepuk dahi. 'Kantoi. Kalau aku tahu atuk teka je tadi dah lama aku cakap aku tak ada niat macam tu.' desis Amin penuh penyesalan.
"Kamu buanglah jauh-jauh perasaan nak balas dendam tu. Tapi macam seronok jugak bunyinya. Tak apa nanti atuk tolong kamu balas balik dekat Iman." kata atuk memberi harapan.
"Betul ke atuk? Macam tak percaya je atuk nak tolong." Amin sedikit risau. Risau jika atuk sudah berkomplot dengan Iman bagaimana mummynya berkomplot dengan Iman.
"Iya, atuk tolong. Tolong kamu buat Iman jatuh cinta dekat kamu." kata atuk dengan nada berbisik.
Telinga Amin sudah memerah. Malu. Bab cinta ni dia memang lembap sikit. Tapi macam syok je. Boleh dia buat Iman tergila-gilakan dia kemudian dia akan tolak. Tapi boleh ke aku tolak dia? Nanti tak pasal-pasal aku pulak yang jatuh cinta kat minah tu.
"Sambil tu kamu boleh insafkan dia tu sikit. Nakal sangat budak tu. entah perangai siapa yang diikut Iman tu. Adik beradik dia pun taklah nakal sangat macam dia." atuk menggelengkan kepalanya apabila mengenangkan sikap Iman yang tersangat nakal.
Amin hanya ketawa nipis kerana dia tahu perangai siapa yang Iman ikut. Perangai atuk!
Bersambung...
Bila nk sambung?
ReplyDeleteBest..happy go lucky..
komen bintun taha buat sy bersemangat nk sambung
ReplyDelete