“Saya cabar
awak.”
“Cabar apa?”
“Kalau awak
betul-betul, jujur, ikhlas,
serius sukakan saya,
saya cabar awak
untuk tunggu saya
habis belajar peringkat ijazah. Dalam
tempoh tu kalau
awak sukakan orang
lain anggap je
cabaran ini tak
pernah wujud. Sama
juga kalau awak
ada girlfriend. Dalam tempoh
ni kita hanya
berkawan.”
“Kalau saya
menang cabaran tu?”
“Kita kahwin.”
“Deal!”
Beberapa tahun
kemudian…
“Yunus, awek
tu cun lah.
Jom try nak?” ajak
Zaim.
Yunus geleng
kepala melihat Zaim
yang matanya yang
tak lepas memandang
gadis yang duduk
selang satu meja
dengan mereka. Pantang
nampak perempuan, semua
dia nak try. Patutlah
pun hubungannya tak
pernah kekal. Mata
tu suka sangat
usha orang.
“Yunus, dengar
tak apa aku
cakap?” tanya Zaim.
“Kau je
lah yang try. Aku
tak berminat.” Ujar
Yunus malas. Tangannya
ligat menulis nota-nota
penting.
“Takkan kau
masih dengan cabaran
tak masuk akal
tu? Terang-terang dia
tolak kau. Entah-entah
dia sendiri ada pakwe. Sia-sia
kau tunggu dia.”
Zaim tidak puas
hati melihat Yunus
yang tenang. Kalau
aku, memang aku
tak tunggu. Gila
apa suruh tunggu
sampai habis belajar.
“Aku kenal
dia. Dia tak
macam tu. Lagi
pun, aku percayakan
dia.” Tenang sahaja
Yunus berkata sedemikian.
“Apa-apalah. Kalau
kau kena reject nanti,
jangan kata aku warning.
Jangan cari aku
untuk kau kesat
hingus kau.” Zaim
membuat riak wajah
sedih. Yunus pula
hanya ketawa melihat
telatah Zaim yang
kebudak-budakan.
“Ya lah,
aku tak cari
kau. Aku cari
awek kau,” sakat
Yunus.
“Terlebih asam
punya kawan!” marah
Zaim apabila diusik
oleh Yunus. Mereka
ketawa bersama tanpa
menghiraukan orang disekeliling.
***
“Ya Allah!
Handsomenya Lee
Jong Suk!” jerit
aku.
“Ish kau
ni, kalau ya
pun perlahan lah
sikit suara kau
tu. Sakit telinga
aku. Kalau gegendang
telinga aku rosak
memang aku saman
kau.” Marah Lisa
kepada aku.
“Sorry weh. Aku
tak boleh tahan
tengok Lee Jong
Suk ni. Comel
gila dia dalam
drama ni,” kata
aku sambil tersengih.
Aku tengah mengulang
drama korea While You
Are Sleeping. Bibir
aku tidak lekang
dengan senyuman setiap
kali melihat Lee
Jong Suk. Huhuhu.
Kenapa dia handsome sangat.
Lisa geleng
kepala. Kawannya yang
seorang ni memang
hantu drama. Semua
drama dia tengok.
Tapi tak pernah
pun dia minat
mana-mana pelakon. Cuma
lepas tonton drama Pinocchio dia
jadi minat betul
pada Lee Jong
Suk. Katanya dia
pandai bawa watak
yang dilakonkan, handsome, lagi-lagi
bila senyum dan
comel. Pelakon kalau
tak kacak, tak cantik,
jangan harap nak
jadi pelakon popular.
“Kau dah
siap ke tutorial matematik?”
“Huh? Ada tuto ke?”
aku garu kepala yang
memang gatal. Ada
kutu ke?
“Ya Allah
mak cik sorang
ni. Adalah. Sebab
tu aku tanya.
Bukan main goyang kaki,
marathon tengok
drama Korea tu. Ingatkan
dah siap tuto.” Lisa
geleng kepala melihat
aku. Aku pun
hihihi je. Tu
je mampu.
“Lisaaa….”
“Buat sendiri!”
Lisa keluar dari
bilik dan menghempas
pintu dengan agak
kuat. Mujur tak
runtuh rumah ni.
Kalau runtuh, merempatlah
kita jawabnya.
“Alaaa…” aku
muncungkan bibir.
Sekarang aku dalam
dilemma. Macam mana
aku nak buat
matematik ni? Dah
lah paling menyampah
dengan subjek ni.
Menyesal pulak ambik
jurusan yang ada
matematik. Patut aku
lari ke bidang
bahasa je. Belajar
bahasa Korea ke
bahasa Jepun ke.
Tapi, mama papa
mesti tak berkenan
aku belajar bahasa
tu. Mesti suruh
aku belajar bahasa
Arab. Bahasa Arab
kan bahasa syurga.
Lupakan pasal bahasa
tu. Sekarang, macam mana
aku nak siapkan
kerja matematik aku?
Argh! Apa susah.
Buat je lah
dulu. Tak tau
baru tanya. Sekurangnya
ada usaha buat
sendiri walaupun aku
tahu mesti banyak
yang aku tak
tahu. Hahaha.
***
Aku berfikir. Nak
mesej dia ke
tak? Kalau dia
sibuk macam mana?
Kalau dia tengah
makan? Mungkin dah
tidur. Dia tu
jenis tidur awal.
Hmm…
“Kau kenapa Yunus?
Bukak tutup bukak
tutup telefon kau
tu.” Tegur Zaim.
“Hmm? Aku tengah
berfikir.” Jawab aku
pendek tapi penuh
tanda tanya. Nampaklah
muka pelik si
Zaim ni.
“Fikir apa?” Zaim
bertanya.
“Kau rasa, patut
ke aku mesej
dia?” aku bertanyakan
pendapat Zaim. Zaim
kan kaki tackle perempuan.
Habis satu kampus
orang perempuan dia
mengorat. Mak cik cleaner
pun jalan. Hahaha.
Okay. Tu gurau.
Dia peramah. Semua
orang dia tegur.
“Dia? Siapa?” Zaim
masih bertanya walaupun dapat
mengagak Yunus mahu
mesej siapa. Manlah
tahu dia terbuka
hati nak menerima
perempuan lain. Yunus
ni gila bapak
ramai peminat. Aku
pun kalah. Huh!
“Amira.”
Zaim
melepaskan keluhan. Dia
tak kenal Amira
tapi dia tahu
nama tu. Insan
yang telah mencuri
hati Yunus sampaikan
mamat tu tak pandang
perempuan lain. Dengan
malas Zaim menjawab. “Kau nak
mesej, mesej je
lah.”
“Kalau dia dah
tidur?”
Zaim tepuk dahi.
Kenapalah kawan aku
ni lurus sangat
bab-bab ni? Kalau
dia dah tidur
biarlah. Esok mesti
dia balas. Aduh.
“Kalau dah tidur
memanglah takkan balas
mesej kau. Tengok
pun tak. Tengah
seronok berada di
alam mimpi. Esok dia
balaslah. Aduh kau
ni.”
“Ermm… aku mesej
dia lah.” Putus
aku. Aku pun
mula menaip. Baru
sebaris ayat, aku
padam balik. Sepuluh
minit berlalu aku
masih belum siap
karang ayat.
Zaim yang melihat
mula panas hati.
Nak mesej pun
ambik masa yang
lama. Dia ni
buat karangan ke
buat ayat? Ke
buat cerpen terus.
“Bak sini telefon
kau.”
Zaim rampas telefon
aku kasar. Aku
agak terkejut tapi
aku biarkan je.
Mujur tak terjatuh
telefon aku tu.
Mahal kut aku
beli. Tak sampai
seminit Zaim selesai
menghantar mesej. Zaim
menyerahkan kembali telefon
aku. Bila aku
sambut je telefon
aku, dia terus
pergi dengan senyuman.
Senyuman dia agak
mencurigakan. Aku pun
bacalah apa yang
tulis. Gila terkejut aku
bila aku baca.
Assalamualaikum cinta. Tengah
buat apa tu?
Kasih kat sini
rindu dekat cinta.
Aku pun
apa lagi. Nak
padam mesej tu.
Gila ke apa
Zaim ni. Tak
pernah aku buat
ayat macam ni
kat Amira. Tapi
belum sempat, mesej
tu dah bertanda
biru. Menunjukkan Amira
sudah baca. Dan
sekarang dia tengah
typing.
Waalaikumsalam. Kau demam ke
apa ni? Tetiba
je kau. Termuntah
segala isi perut
aku baca. -_-
“Zaim!!” jerit
aku. Dapat aku
dengar Zaim sudah
ketawa besar. Malunya
aku! Mana aku
nak taruh muka
aku bila aku
jumpa dia balik.
Ibu! Yunus malu
gila nak mampus!
Muka aku pun
dah berbahang. Mesti
merah gila muka
aku. Aku kena
balas balik ni.
Tak pasal-pasal dia
salah faham pulak.
Tu bukan aku
yang hantar. Kawan
aku yang tulis.
Gila apa aku
nak tulis macam tu.
Aku pun gelilah.
Siap kau
Zaim. Berani kau
main ayat cinta
dengan buah hati
aku.
***
“Asal kau
berkerut je dahi?”
tanya Lisa.
“Si Yunus
ni ha. Ada
ke cinta kasih
bagai. Dia ingat
aku ni layan
jiwang ke? Ingat
aku cairlah bila
dia buat macam
ni. Rindu bagai.
Baru je cuti
sem lepas jumpa
dia.”
“Biarlah dia.
Dia jujur dengan
isi hati dia
yang dia rindu
kau. Kau pun
rindu dia kan.
Malam-malam macam ni
memang kau selalu
check telefon
kau. Ingat aku
tak tahu yang kau
tunggu dia mesej
kau. Kau jual
mahal lah sangat,
dia cari perempuan
lain nanti padan
muka kau. Memang
aku tepuk tangan
je nanti.” Bebel
Lisa panjang. Aku
tak tahu lah
dah berapa kali
aku dengar ayat
yang sama. Dah
sebiji macam astro.
Asyik ulang benda
sama je.
“Tapi dia
tak pernah-pernah mesej
macam ni dengan
aku. Lagi pun,
perempuan kenalah jual
mahal. Mana boleh
jual murah. Kita
ni ada harga
diri. Sia-sia je
Nabi Muhammad saw
mengangkat darjat kaum
hawa kalau kita
jual murah. Kau
tahu tak bertapa
kejamnya zaman sebelum
baginda yang membunuh
anak perempuan. Huhuhu.”
Aku membuat muka sedih.
“Kau ingat
aku ni jahil
sangat ke pasal
ilmu agama? Aku
tahulah. Tapi dalam
soal jodoh, kita
janganlah jual mahal
sangat. Kalau tak
memang jadi anak
dara tua lah
kau. Jual mahal
sangat. Semua laki
kau tak nak.”
“Bukan tak
nak. Tapi bukan
citarasa aku.”
“Citarasa kau
macam mana?”
“Aku nak
yang kontra dengan
aku. Aku ni
banyak mulut jadi
aku nak lelaki
yang agak pendiam.
Penyabar, amanah dan bertanggungjawab. Dan
boleh bimbing aku.” Ucap
aku bangga. Siapa
tak nak lelaki
yang macam tu kan?
“Hah! Apa
kata kau terima
je Yunus tu
jadi pakwe kau.
Dia pun kena
dengan citarasa kau.”
Cadang Lisa yang
mebuatkan aku tampar
bahu dia.
“Bercinta tu
haram. Perkara yang
haram tak boleh
jadi halal walaupun
berniat untuk bernikah. Aku
ni dah lah
banyak dosa. Jadi
aku tak nak
tambah dosa dengan bercinta. Biarlah
aku bercinta lepas
kahwin. Lagi manis dan
boleh kau buat
benda yang dulu
haram tapi sekarang
dah halal.” Hujah
aku.
“Ya lah
ustazah oi. Aku
nak masuk bilik.
Nak tidur. Dah
pukul 11 malam
dha. Tidur cepat.
Esok kelas pagi.”
Kata Lisa kepada
aku. Lebih kepada
mengarah sebenarnya. Sebelum
aku tidur, aku
kena selesaikan hal
dengan si Yunus
ni. Aku buka
mesej yang baru
tiba.
Tu bukan aku
yang hantar. Kawan
aku yang tulis.
Gila apa aku
nak tulis macam tu.
Aku pun gelilah.
Ohh. Mujur
kawan dia yang
tulis. Kalau dia
yang tulis, memang
aku karang syarahan
untuk dia. Ada
hati nak cinta
kasih dengan aku.
Macam orang ramai
kata, aku ni
hati kering. Muka
peramah tapi dalam
hati tak ada
taman. Hahaha.
Asal kawan kau
pulak yang mesej?
Mesej dihantar.
Tak sampai seminit,
mesej baru masuk.
Aku nak mesej
kau. Tengah aku type
dia ambil telefon
aku terus hantar
mesej tu sebelum
aku baca lagi.
Jangan risau. Maaflah
pasal kawan aku
tu. Tapi ada
betul jugak. Aku
rindu dengan kau.
Yunus ni
dah kenapa? Ke
kawan dia yang
mesej. Tapi gaya
macam dia. Terlupa
nak bernafas kejap
tadi. Haish. Kawan
ni pun. Tak
pasal-pasal aku pun blushing. Awak
kat sana, kita
pun rindu awak jugak.
Ahaks. Tapi, tak
semudah itu aku
nak mengaku. Ni
Amira hati kering.
Bye. Nak
tidur. Esok kelas
pagi-pagi buta. Simpanlah
rindu kau tu
untuk yang halal
ya. Assalamualaikum.
Aku pun
berlalu ke bilik
aku. Dalam perjalanan,
wajah aku berseri-seri
dengan senyuman. Mama,
orang tu rindu
kitalah! Hahaha.
***
Aku hampa
bila baca mesej
yang dihantar oleh
Amira. Macam biasa.
Dia berdalih kalau
aku mula cakap
soal hati dan
perasaan. Tak apalah.
Aku tahu perasaan
suka kat aku
mesti ada walaupun
sikit. Tak apa. Ni
semesta terakhir kau.
Jadi deal kita dah
hampir ke penghujung.
Aku pun
dah kumpul duit
sikit-sikit. Cuti sem
aku kerja sambilan.
Bukan habis belajar terus
kahwin. Tapi nak
merisik. Aku ni
ada lagi setahun.
Amira masuk maktab
perguruan. Jadi cikgu
sekolah rendah. Aku
pulak ambil pergigian.
Soal keluarga,
mak aku memang
dah tahu aku
suka Amira. Mak
yang perasan sendiri
masa tingkatan lima
masa satu kelas
datang ke rumah
beraya. Aku pun
pelik, macam mana
mak tahu? Kawan-kawan
aku memang tak
boleh lari sebab
diorang memang perasan
aku selalu pandang
Amira. Siapa yang
tak pandang crush diorang
kan?
Tapi, aku
kena pikat si
Amira tu. Biar
dia mengaku. Tapi
nak buat macam
mana? Ada idea?
***
“Wei! Mira!
Berita hangat!” jerit
Lisa dari luar
bilik. Terbantut aku
nak makan nasi
ni. Aku pun
apa lagi. Jeling
maut aku bagi
kat si Lisa
ni. Helang pun
kalah agaknya kalau
lawan jeling dengan
aku. Baru jeling
kejap terus dia
sambar aku. Tak
ke kalah dah
si helang tu.
“Kenapa?”
“Kau tengok
ni. Gambar ni.
Yunus dengan budak
perempuan. Rapat pulak
tu. Orang komen
selamat pengantin baru
lagi tu.” Lisa
menyerahkan telefonnya yang
terpapar gambar Yunus
dengan seorang perempuan
di Instagram.
Lagi sekali,
aku jeling Lisa. “Bukannya gambar
diorang berdua. Ramai-ramai.
Mungkin budak perempuan tu
kena tolak masa
bergambar. Tu yang
dia rapat gila
dengan Yunus. Cubalah
bersangka baik. Gambar-gambar
macam ni zaman
sekaarang dah tak
boleh jadi bahan
bukti sangat tau.
Melainkan video atau
kita tengok dengan
mata kita sendiri.
Tak pun kena
ada empat orang
saksi. Boleh jadi
fitnah tau kalau
kita salah tafsir
gambar ni. Dosa
memfitnah tu…”
“lagi besar
dari dosa membunuh.
Aku tahu lah.
Tak payah jadi
ustazah. Aku bagi
tau kau sebab
komen-komen ni hah. Kalau
tu aku pun
tahu. Tak payah
cakap. Suka hati
kau lah nak
bersangka baik. Nanti
dia betul dengan
perempuan tu jangan
cari aku. Siapa
suruh ego tu
tinggi sangat tak nak
mengaku kau tu
pun suka dia.
Dah aku nak
mandi.” Lisa berlalu
ke bilik selepas
mengahabiskan kata-katanya. Tapi
ada betul jugak
apa minah tu
cakap. Kalau betul
Yunus dah cari
orang lain?
Mama! Kakak
nak nangis! Baru
je bulan lepas
dia mesej aku
kata dia rindu
aku. Tak kan
lah dia dah
jumpa yang baru. Deal
dulu? Nampaknya aku
kena lupakan pertaruhan
tu. Tabahlah wahai
hati. Bukan jodoh
kau lah tu
dengan Yunus. Tapi,
macam mana aku
nak lupakan dia?
Aku crush dia dari
sekolah rendah kut.
Dah lah duduk
satu taman.
Aku kena
tamatkan deal ni. Aku
nak dia bahagia
walaupun bukan dengan
aku. Mencintai tak
semestinya memiliki ya
tak.
***
Assalamualaikum. Aku nak
tamatkan deal
kita. Itu pun
kalau kau ingat
lagi. Kalau kau
dah lupa lagi
bagus.
Dengan berat
hati aku tekan
butang send. Lemah segala
sendi aku. Nasi
petang tadi pun
aku tak habiskan.
Hilang selera aku.
Semua Lisa punya
pasal. Aku gastrik
esok memang dia
aku cari dulu.
***
Aku membaca
mesej yang baru
diterima. Berkerut dahinya
membaca. Gila apa
lupakan pertaruhan tu.
Sampai sekarang aku
suka Amira lagi
kut. Aku berfikir
sejenak. Aku buat
apa sampai dia
suruh lupakan pasal
tu. Ke dia
dah ada orang
lain? Erm… kenapa
ek?
Hah! Gambar!
Gambar yang aku upload
dekat Instagram. Aku
tersenyum. Nampaknya pertaruhan
ni memang akan
tamat tak lama
lagi. Yang pasti happy
ending!
Gambar tu
sebenarnya gambar lama.
Gambar tahun lepas.
Zaim punya idea
suruh buat Amira
cemburu. Katanya, manusia
dengan cemburu tak
boleh dipisahkan. Perasaan
tu dah sebati
dengan diri katanya.
Kali ni aku
setuju dengan dia.
Nanti aku belanja
mee goreng mamak
untuk kau Zaim.
Waalaikumsalam. Kenapa aku
kena lupakan pertaruhan
tu?
Aku tersenyum
bila aku balas
mesej tu. Hahaha.
Tak sabar nak
tunggu dia cakap dia suka
aku. Hahaha.
Sebab aku dah
jumpa zauj aku.
Okay. Sekarang
aku rasa nak
pitam. Dia suka
orang lain?! Mati-mati
aku ingat dia
ada perasaan kat
aku sikit. Zaim,
aku tak jadi
belanja kau lah
nampaknya. Plan tak berjaya.
Ohh. Ya ke.
Tak pe lah kalau
macam tu. Aku
doakan kau bahagia
dengan dia. Boleh
aku tahu siapa?
Soalan berani
mati aku. Gatal
sangat hati ni
nak tahu. Siap
sedia dengan tisu.
Malam ni aku
nak nangis puas-puas.
Kenapa kau nak
tahu? Tapi zauj
aku tu dah
ada orang yang
dia suka. Jadi,
aku tak tahu
nak bahagia ke
tak.
Okay. Ni
aku pelik. Kata
dah jumpa jodoh.
Tapi katanya jodoh
tu suka orang
lain. Sebelah tangan
lah kiranya.
Kita kan kawan.
Lagi pun nak
jugak aku tahu
siapa yang dah
berjaya ambil hati
Amira. Aku yang
dah lama suka
dekat Amira ni
pun tak berjaya.
Siapa kata kau
tak berjaya?
Habis tu? Kau
kata zauj kau
tu suka orang
lain.
Aku cakap dia
suka seseorang. Dan
seseorang tu ialah
aku.
Kejap. Zauj kau tu…
Kau lah pandai!
Kau tak main-main
kan?
Tak.
Betul ni?
Iya.
Serius?
Blah lah kau.
Malas aku cakap.
Aku tarik balik
karang.
Dan… Yahooo!!!
Mak, dia suka Yunus! Yunus
dah bertepuk dua belah tangan.
Zaim, aku sayang
kau Zaim! Kau
sahabat dunia akhirat
aku. Aku kahwin
nanti kau jad
pengapit aku. Kau
nak makan kat
hotel pun aku
sanggup belanja. Seronok
sangat aku sampai
lupa nak balas
mesej Amira.
Okay, aku percaya.
Jadi kita…?
Kawan. Kau ingat
kalau suka sama
suka tu kena
bercinta? Bukan bagi
aku. Kalau kau
suka dan sayangkan
seseorang kau takkan
ajak dia buat
benda jahat. Yang
haram tetap haram.
Tu keputusan aku.
Tu prinsip aku.
Okay. Tapi aku
masih nak cakap
terima kasih sebab
balas perasaan aku.
Sama-sama. Dah lah
aku nak tidur.
Panas pulak malam
ni. Assalamualaikum.
Nampaknya, malam
ni aku akan
mimpi indah. Ni
ke perasaannya bila
perasaan kita tu
berbalas? Sungguh aku
suka perasaan ni.
Amira, I love you.
Dalam hati je
berani. Kalau cakap
kat dia mesti
dia marah aku.
Hahaha. Sebab tu aku suka
dia.
***
Aku benamkan
wajah aku di
bantal dan aku
jerit. Lisa yang
tengok aku pelik.
Terus dia terjah
masuk bilik aku.
“Kau kenapa
Mira?”
“Aku buat
kerja gila tadi.”
“Kerja gila
apa?”
Aku bagi
dia telefon aku.
Aku tunjuk dia
mesej aku dengan
Yunus. Dan kemudian,
dia pun jerit.
Tapi aku dah
siap-siap tutup telinga.
Sebab Lisa jerit
macam Tarzan.
“Wei! Seriuslah
kau… ni Amira
ke? Sejak bila
kau buat keputusan
nak confess?”
“Kau punya
pasal lah. Aku
ingat nak batalkan
pertaruhan tu je.
Lepastu nak cakap
pasal gambar tu.
Alih-alih terbagi tau
pulak. Wei, aku
malu gila sekarang
ni.” Aku guling-guling
atas katil. Serius
malu gila aku
sekarang ni.
“Tak lama
lagi makan nasi
minyak lah kita.”
Lisa dah senyum
gatal.
“Eh eh.
Aku makan nasi
minyak kau dulu
okay. Yunus tu
ada lagi setahun
belajar. Kau tu
hah yang habis
belajar terus kahwin.
Untunglah dapat laki
senior dua tahun.
Cepat sikit kahwin.
Hahaha.”
“Ya lah.
Apa-apa je lah.
Walau apapun, syabas.
Anda telah berjaya
meluahkan perasaan anda
pada si dia.”
Kami bersalaman macam
aku ambil anugerah.
Hahaha.
Aku harap
keputusan ni tak
salah. Dan aku
berdoa semoga Allah
perlihara aku dan
Yunus daripada melakukan
maksiat dan perkara
yang boleh mendekati
zina. Jodoh tu
di tangan Allah.
Dan aku doa
supaya Yunus zauj
aku. Aminn.
-TAMAT-