Kringgg!!!!
“Ermm..” aku
meraba meja kecil
di tepi katil
aku. Mencari jam
loceng aku yang
merdu menyanyi lagu
irama menyakitkan telinga.
Dapat pegang je
aku terus matikan
bunyi itu. Dan
aku pun sambung
lenaku yang terganggu.
Sejam kemudian...
“Raisya! Bangun!
Dah pukul tujuh
dah ni. Dah
solat subuh ke
belum? Solat subuh
gajah ke?!” selimut
yang menutupi tubuh
aku ditarik kasar.
“Ermm... kacaulah. Shuh
shuh. Aku ngantuk ni. Pergi
main jauh-jauh.”
“Ya
Allah budak ni.
Ingat aku ni
kucing ke apa
main shuh shuh
je. Ni yang
bikin baran ni.
Kau tunggu Raisya.
Siap kau aku
kerjakan.” Idea jahat
mula bermain difikiran
Hanis, kawan serumah
Raisya.
“Raisya, aku
kira sampai tiga
kau tak bangun
jugak memang banjir
katil kau.”
“...” tiada
balasan.
“Satu... dua...”
“TIGA!” sebaldi
air selamat membasahi
katil Raisya.
“Fuh! Mak!
Banjir mak! Tolong
Sya mak! Sya
tak pandai berenang!”
tangan aku melambai-lambai ke
udara.
“Eh
eh, mengigau pulak
budak ni. Hei
bangun Raisya oi!”
Hanis menampar-nampar wajah
Raisya.
BUUK!!
“Adoi!” kedua-duanya
mengadu kesakitan. Gila
kau tak sakit.
Kepala berlaga kau!
Bergegar otak. Nasib
tengkorak sama-sama keras.
“Kau
ni pun Raisya.
Nak bangun mengejut
pun warninglah siap-siap. Ni
main bangun je.
Benjol dahi aku
yang licin ni.
Hilang cun aku,”
Hanis menggosok dahinya
yang semakin merah.
Merah menahan sakit
dan merah menahan
marah.
“Yang muka
kau kat muka
aku kenapa? Memang
cari nahas lah
jawabnya. Nama pun
mengejut memang tak
ada warning-warning. Aduh! Kepala
kau ni batu
ke apa?”
“Dah! Pergi
bangun mandi solat
siap. Aku gerak
dulu. Aku ada
kelas pagi. Kunci
pintu jangan lupa.
Masuk dek pencuri,
penyamun, penyangak ke
naya je. Sarapan
pandai-pandai kau buat
sendiri. Hari ni
aku puasa sunat
hari Khamis. Assalamualaikum.” Hanis
pergi meninggalkan bilik
aku selepas memberi
pesanan yang panjang
berjela-jela-jela. Tak bosan
ke ayat sama
je yang dia
ulang. Aku yang
dengar pun naik
bosan. Dah hafal
pulak tu. Kalau
aku ajuk cakap
dia tak pasal-pasal
dapat buku lima
dia. Dia sekeh
kaw weh! Seminggu
sakit belum tentu
hilang.
“Eh
aku ni. Cakap
dalam hati lama-lama
pulak. Salam dia
tak berjawab lagi.
Waalaikumsalam. Hmm... mana
pergi jam loceng
aku yang comel
lagi cun ni?
Hah! Found you! 7.15.
Awal lagi, 7.15?!
Ya Allah, subuh
aku!” terus aku
lari masuk dalam
bilik air. Basuh
muka gosak gigi
dulu. Mandi kemudian.
Solat diutamakan.
***
“Uwargh..” aku meletakkan kepala
aku di atas
meja.
“Mengantuk ke
Cik Raisya oi?”
“Eh,
Fatin. Semalam aku
siapkan assignment Prof. Naim. Deadline
hari ni kan?”
“Haah. Aku
pun nak hantar
sat lagi. Nak
hantar sekali tak?
Pergi hantar sama-sama?”
ajak Fatin.
“Hah, cun!
Memang aku nak
ajak kau pun.
Senang kerja aku
tak payah ajak
kau.” Aku sudah
tersenyum sampai ke
telinga. Ke telinga
sangat kan. Ingat
bibir aku ni
panjang sangat ke
boleh sampai ke
telinga.
“Hmm, kenal
sangat dah kau
ni. Aku nak
pergi duduk tempat
aku. Jangan tidur
je dalam kelas.
Fokus sikit. Padan
lah pun kau
dapat lulus je time
exam.” Fatin menepuk
belakang aku. Tepuk
yang membunuh. Fatin
ni comel orangya.
Chubby! Pipi
macam pau. Rasanya
dah dapat bayangkan kan
macam mana Fatin
tepuk belakang aku.
Terus segar bugar
mata aku.
Fatin boleh
kata pelajar top dalam
jurusan aku. Aku
buat akaun. Hanis
buat kaunseling. Fatin
tempat duduk dia
depan sekali. Depan
pensyarah. Katanya barulah
ada semangat bila
duduk depan-depan. Aku
pulak tengah-tengah. Tersembunyi
sikit. Jadi kalau
aku tertidur ke
mengantuk ke tak
lah pensyarah perasan.
Korang jangan jadi
macam aku ni.
Aku ni contoh
yang tidak baik.
Yang baik jadikan
teladan yang buruk
jadikan sempadan. Ada
faham?
Puan Damia
masuk membuatkan semua
pelajar lain senyap.
Kelas bermula tanpa
gangguan. Tapi bukan
bagi aku. 30
minit berlalu dan
mata aku mula
kuyu. Dan aku
pun tersengguk-sengguk macam
burung berlatuk dan
akhirnya aku lena.
***
“Mengantuknya!” kata
aku sambil mengeliat. Merenggangkan
tangan je. Mengeliat
yang sopan okay.
Jangan nak tuduh
aku ni tak
sopan tak senonoh
bagai.
“Mengantuk apanya.
Aku rasa kau ni terlebih
tidur tau tak.
Sampai habis kelas
Puan Damia kau
tidur. Aku tengok
dia asyik pandang
kau je. Habislah
kau lepas ni
selalu kena dengan
dia je.” Bebel
Fatin. Macam Nobita
je si Raisya
ni. Macam mana
dia lulus ujian
pun aku tak
tau.
“Semua pensyarah
anti dengan aku.
Kalau aku jumpa
diorang mesti nak
tak nak layan
je. Kalau selisih
pun diorang buat
tak tau je.
Aku punya peramah
bagi salam pun
tak berjawab salam
aku. Macam lah
tak ada budak
lain yang tidur
dalam kelas diorang.
Mentang-mentang aku perempuan
senang-senang je diorang
nak anti aku.”
“Cuba kau
buktikan kat diorang
yang kau boleh
dapat pointer 3.5 dan
ke atas. Mesti
diorang tak anti
kau dah. Lagi
pun aku tengok
pointer kau
taklah teruk mana.
3 point something. Kalau
kau cuba mesti
kau boleh dapat better.”
Fatin memberikan idea.
Tapi aku gelak
je. Gelak tak
ikhlas. Nak tau
sebab apa?
“Aku pernah
cuba idea kau
tu. Aku bagi four
flat lagi tau.
Nak tau diorang kata
apa? Diorang kata
aku meniru. Baik
aku dapat pointer yang
sepadan dengan sikap
aku.” Aku jujur
dengan Fatin. Dah
dua tahun menuntut
di UiTM ni
tak pernah lagi
aku ulang semesta
apatah lagi gagal.
Jujur aku
cakap, aku sebenarnya
pandai. Bukan nak
riak lah tapi
betul aku pernah
dapat four flat. Sem
pertama dulu. Aku
memang kuat tidur
dari sekolah lagi
dan sampai sekarang
aku kuat tidur.
Tapi masa ujian aku
buat betul-betul. Sekali
cikgu terang terus melekat
dalam otak walaupun
aku tak faham.
Kat rumah aku
belajar dan buat
nota sendiri. Jadi
jangan kata aku
meniru masa ujian.
Tapi aku tak
suka lah nak
menunjuk aku ni
pandai. Jadi masa
ujian dalaman aku
buat biasa-biasa je.
Masa ujian besar
macam SPM baru
aku jawab sehabis
mungkin. Mak ayah
aku pun terkejut
aku dapat 8A
1B. B aku
matematik tambahan. Tak
cukup masa aku
jawab. Mengantuk punya
pasal. Kalau mak ayah aku
pun terkejut cikgu-cikgu
aku lagi lah
terkejut. Kawan-kawan tak
payah cakap. Semua
tak percaya. Aku sendiri
pun terkejut dan
tak percaya. Tapi
dah rezeki. Syukur
aku kepada Allah
dikurniakan ingatan yang
kuat.
“Owh, yang
sem satu tu.
Tapi sem tu
kan ramai yang four
flat. Bagi aku
pun soalan tu
senang. Tapi sebab
tak sempat jawab
tak dapat aku
nak rasa four flat.
Apa kata kau
dapat four flat setiap
kali ujian. Lepas
tu kau tolong
orang yang lemah.
Sambil-sambil tu ajar
aku sekali. Kau
kan pandai. Aku
tengok assignment kau tak
pernah kena tolak.”
“Hahaha. Tak
kerja aku nak
ajar orang. Aku
sendiri pun penat.
Dah lah, jom
hantar assignment Prof Naim.
Nanti dia bising
pulak lambat hantar.
Aku dengar ramai
dah hantar.” Alang-alang
dia dah ungkit
pasal assignment baik aku
ajak dia hantar
daripada dia mencadangkan
idea-idea yang kurang
bernas lagi.
“Haah lah.
Jom jom!” Fatin
terus tarik tangan
aku dan berlari
anak. Aku pun
ikutkan aje.
***
“Laparnya.” Aku
mengadu kelaparan. Kelas
petang batal. Boleh
lah aku tidur
puas-puas kat rumah
nanti. Tapi sekarang
kena isi perut
yang dah kosong
ni. Nak makan
apa ek?
Aku berjalan
menuju ke kafe
universiti. Aku melihat-lihat
menu yang dipaparkan.
Tengok-tengok jugak lauk-lauk
yang ada. Ramai
pulak orang. Dah
waktu makan mestilah
penuh. Teringin nak
makan makanan berkuah
lah hari ni.
Hmm...
Setelah berfikir-fikir untuk
makan apa di
tengah hari yang
panas lagi terik
ni aku pun order.
“Kak, kuey teow
kungfu satu. Air
nak air soya.”
“Okay dik!”
Aku pun
duduk di meja
kosong. Rezeki terus
dapat duduk. Sementara
menunggu makanan aku
sampai aku main
telefon aku. Tengok
Whatsapp, Telegram, Instagram,
Facebook, Twitter. Tapi
sayang tak ada
satu pun yang
menarik. Huhuhu.
“Kuey teow
kungfu siap!”
Dengar je
nama makanan aku,
aku pun terus
bangun. Tak pandang
kiri kanan aku
terus je ke
kaunter. Perut dah
lapar memang tak
ingat apa dahh.
Disebabkan itu aku
terlanggar seseorang. Dan
seseorang itu memakai
seluar, baju kemeja,
kasut kulit, dan free
hair. Mestilah free hair.
Lelaki kut yang
aku langgar.
“Maaf maaf.
Tak senggaja.” Aku
pun terus minta
maaf. Macam orang
jepun je dah
aku tunduk-tunduk. Kecut
perut aku. Aku
ni dah lah
tak biasa dengan
lelaki. Aku dulu
sekolah perempuan. Mana
ada lelaki. Jadi
memang aku tak
buat eye contact dengan
dia.
“Tak apa,
tak apa. Saya
okay. Saya pergi
dulu ya.” Kata
lelaki itu. Lelaki
tu pun berlalu
melepasi aku. Aku
pun tengok dia
pergi. Fuh! Tinggi
gila laki tu.
Badan pun tegap.
Merapu kejap.
Aku pun ambil
dan bayar makanan
aku bila perut
aku berbunyi. Macam
jam loceng je.
Masa makan
aku tercari-cari jugak
laki yang aku
langgar tadi. Aku ingat
dia pakai baju
warna apa. Dan
aku jumpa! Dia
duduk selang empat
meja dari aku
dan duduk menghadap
aku. Menghadap aku?!
Jangan dia perasan
aku tercari-cari dia
pulak. Terus aku
alih pandangan ke
arah makanan aku. Tapi mata
ni gatal je
nak pandang laki
tu.
Boleh tahan
muka dia. Kena
dengan taste aku. Tinggi,
kulit cerah. Pakai
cermin mata. Tapi
aku perasan yang
dia duduk dengan
sorang perempuan. Awek
dia lah tu. Taste
aku memang ramai
yang minat. Semua
lelaki yang aku
minat semua dah taken.
Bukan masa zaman
sekolah ya. Sejak
aku jejak masuk
ke universiti. Gatal
nak bercinta tapi
semua yang aku
minat dah ada
awek. Tak ada
awek pun dia
suka orang lain.
Dah jadi kebiasaan.
Dan aku tak
kesah. Aku ni
gatal je nak
bercinta tapi dengan
laki pun pemalu.
Lagi pun kalau
mak tau aku
bercinta masa berlajar,
mesti kena kejar
dengan pisau mak.
Cari nahas namanya.
Hmm, tapi
siapa je yang
tak nak bercinta.
Semua pun nak
merasa. Tapi aku
dah nekad nak
bercinta lepas nikah.
Lagi best. Nanti boleh
buat macam dalam
drama. Halal pun
halal. Dapat pahala
pulak tu.
Masalahnya siapa
lah yang nak
aku? Muka aku
bukannya licin. Kulit
pun tak lah
cerah mana. Biasa-biasa
je. Muka banyak
jerawat dan parut
jerawat. Tinggi aku
sederhana. Tak tinggi
sangat tak rendah
sangat. Just nice.
“Hah! Mengelamun
apa tu?”
“Uhuk
uhuk!”
tersedak aku di
buatnya. Siapa punya
angkara ni. Nasib
panjang umur lagi.
“Wei, sorry wei.
Aku tak nampak
kau tengah minum.”
“Kau Nurin,
memang nak aku
mati awal ke
apa? Main sergah
dari belakang. Mujur
nyawa aku panjang
lagi.” Marah aku.
Kalau korang pun
korang marah jugak
kan.
“Jujur wei
tak sengaja. Sorry gila-gila
wei. Kau pun
satu. Dari tadi
aku panggil tak
nyahut pun. Aku pun
sergah lah. Tak
sangka pulak kau
terkejut teruk sangat.
Mujur tak ada
penyakit melatah je,”
Nurin merapatkan tapak
tangannya. Tanda dia
betul-betul tidak sengaja
dan memohon kemaafan.
“Lain kali
jangan buat lagi.
Sesak dada aku
dibuatnya. Terberhenti kejap
jantung aku,” aku
maafkan sahaja. Dah
dia minta maaf,
maafkan je lah.
Lagi pun tak
sengajakan.
Nurin mengambil
tempat duduk di
hadapan aku. Terus
terhalang susuk lelaki
yang aku langgar
tadi. Elok jugak.
Daripada aku pandang
je laki tu,
nanti orang ingat
aku syok kat
pakwe orang. Haha,
bukan aku nak
kebas pakwe orang.
Tak hingin pun.
Berlambak lelaki kat
dunia ni even
bilangan perempuan lebih
ramai. Dan makin
ramai juga gay
dan lesbian. Huhuhu.
Apa nak jadi.
Dunia akhir zaman.
Tumpuan ku
beralih kepada Nurin
yang ada depan
mata. Bayangan wajah
lelaki tadi segera
aku buang daripad
fikiran aku.
***
“Maaf lambat.
Lama tunggu?” tanya
Iskandar kepad gadis
di hadapannya.
“Tak
lah
kejap sangat. Abang
dari mana lambat
sampai.” Iris memuncungkan
mulutnya.
“Kelas habis
lambat. Berlari tau
abang nak jumpa
Iris sampai terlanggar
orang. Mujur tak
tumpah makanan dia.”
“Tu lah.
Lari lagi kat
tempat awam. Kat
kafe pulak tu.
Laki ke perempuan?”
“Apa laki
apa perempuan?” Iskandaar
tanya balik kepada
Iris. Tak faham
dengan soalan Iris.
“Orang yang
abang langgar tu.
Lelaki ke perempuan?”
sabar je lah
Iris dengan abang
kau yang tersayang
ni. Mujur sayang,
kalau tak kepala
tu dah ketuk
dengan sudu ni.
“Owh, perempuan.
Ermm...hah. Tu dia
tengah makan. Selang
empat meja dari
kita,” Iskandar menunjuk
arah gadis yang
dia langgar tadi.
Tengah makan tak
dapat pulak nak
tengok muka dia.
“Mana-mana?” Iris
tercari-cari.
“Yang kamu
nak tau kenapa?
Jealous?” duga
Iskandar. Senyuman sudah
terserlah pada wajahnya.
“Mestilah jealous. Iris
sayang abang tau.
Sayang sangat-sangat,” wajah
Iris sudah berubah
menjadi sayu. Menharap
Iskandar memahami perasaannya.
Bertambah lebar
senyuman Iskandar melihat
Iris. “Abang tahu.
Abang pun sayang
Iris sangat-sangat.” Ucap
Iskandar sambil tersenyum.
Iris turut tersenyum
mendengar luahan yang keluar
dari bibir Iskandar.
***
“Jom jogging!” ajak
aku. Hanis yang
tengah makan pandang
aku pelik. Siap
angkat kening sebelah
lagi tu. Tau
lah aku tak
boleh buat.
“Kau demam
ke Raisya?” Hanis
bertanya prihatin. Biasa
waktu macam ni
Raisya tidur. Angin
apa dia tiba-tiba
nak jogging.
“Demam apanya.
Aku sihat walafiat. Saja
nak keluarkan peluh.
Jom lah teman.
Tak seronok lah
sorang-sorang,” ajak aku
lagi.
“Raisya, aku minta maaf
sangat-sangat. Bukan tak
nak teman kau
tapi assignment aku banyak.
Due date
dah nak dekat.
Kalau aku bertangguh
lagi banyak kerja
aku. Sorry tau,” serba
salah Hanis dibuatnya.
Bukan selalu Raisya
ajak keluar jogging. Sebulan
sekali pun belum
tentu. Kaki tidur
lah katakan.
“Ermm... tak
apa lah. Aku
pergi sorang. Aku jogging
kat kawasan kampus.
Kalau kau nak
udara segar datang
lah tau.”
“Okay.”
Aku mencapai
kunci motor dan
topi keledar. Kasut
sukan aku yang
berwarna ungu dan
hitam aku pakai.
Botol air yang
berisi air sejuk
dan tuala kecil
aku letak kat
dalam raga motor.
Enjin dihidupkan. Aku
meninggalkan rumah sewa
kami.
Jarak antara
rumah sewa dengan
kampus tak jauh
pun. Naik motor
10 minit dah
sampai. Boleh menyelit
lah katakan. Sampai
je kat kawasan
kampus aku parkir
motor aku dekat
kawasan padang. Tuala
kecil aku gantung
pada leher. Aku
memakai earphone dan memainkan
lagu daripada telefon
samsung aku. Telefon
aku pegang. Botol
air aku simpan
dalam tempat dalam
motor. Tak pasal-pasal
ada orang curi
minum air aku
nanti.
Aku mulakan
larian aku. Tapi
lari perlahan. Sampai
kat bawah pokok
yang redup dan
jauh dari orang
aku membuat senaman
panaskan badan. Lompat
bintang bagai. Baru
lah aku mula jogging.
Waktu petang
macam ni memang
ramai budak jogging. Tengok
orang jogging dengan kawan-kawan,
dengan pasangan masing-masing. Aku
ni sorang-sorang. Huhuhu.
Kebetulan lagu Lonely
tengah main. Lonely...i am
so lonely...all my own. Huhuhu.
“Kak Raisya!”
Siapa pulak
lah yang panggil aku
ni. Tapi ye
ke orang panggil
aku. Ke panggil
orang lain. Ramai
lagi kut kat
kampus ni nama
Raisya.
“Kak Raisya!!”
Eh, makin
kuat pulak suara
tu. Macam kat
belakang aku je.
Ada orang ke
kat belakang aku
ni?
“Mak!” jerit
aku. Terkejut punya
pasal sebab ada
orang kat belakang
aku.
“Lajunya kak
Raisya lari. Penat
Iris nak kejar.”
Iris termengah-mengah. Mencari
nafas.
“Mana lajunya.
Terkejut akak tengok
kamu ada kat
belakang akak.” Aku
urut dada. Hari
ni dah berapa
kali aku terkejut
ek. Sungguh tak
baik untuk jantung
aku ni.
“Iris panggil
kakak dari tadi.
Kakak tak nyahut pun.
Toleh pun tidak.”
Iris sudah muncung.
Iris ni memang
manja orangnya. Kalau
yang tak kenal
memang akan cop
dia gedik. Tapi
sebenarnya tak. Iris
manja dengan orang
yang dia rapat
je. Anak bongsu
lah katakan. Iris
ni junior. Muda setahun
dari aku. Ambil
bidang yang sama.
Masa dia orentasi
aku yang lead group
dia. Itu yang
rapat.
“Akak mana
tau kamu yang
panggil akak. Kalau
akak tau akak
toleh dah. Ingatkan
siapa lah yang
panggil kak Raisya
tadi. Dalam kampus
ni kan ramai
nama Raisya. Entah-entah
mak cik tukang
sapu pun nama
Raisya.” Jujur aku.
“Ye lah
akak. Akak sorang
je,” tanya Iris.
“Haah. Sorang
je. Tak ada
siapa nak teman.
Kamu sorang jugak
ke? Kalau sorang
jom teman akak jogging,” aku
jenguk-jenguk belakang Iris.
Kut ada orang
kejar. Dia lari
dengan pakwe tersayang
dia ke. Iris
kan comel. Tipu
kalau tak ada
yang tak nak teman.
“Tak. Dengan
abang Iskandar. Tadi
datang dengan dia. Lepas
tu dia nak
ke tandas pulak.
Kebetulan nampak akak
tu yang kejar
tu. Hah! Tu
dia.” Iris menunjuk
ke arah kanan.
Nampak ada sorang
laki yang berlari
ke arah kami.
“Iris kenapa
tinggal abang? Puas
abang cari. Mujur
Iris tak pergi
jauh,” kata Iskandar
dengan nafas tercungap-cungap. Lama
jugak dia tak
berlari.
Aku
dapat agak dia
ni lah abang
Iskandar Iris tu.
Aku pandang dia.
Macam pernah nampak
pulak muka dia. Familiar
sangat. Tapi kat
mana ek? Lambat
pulak otak loading. Data
lembap sangat.
Hah!
Dah ingat. Laki
yang aku langgar
siang tadi. Kan
dah cakap dia
ni dah berpunya.
Kiranya yang dekat
kafe tadi tu Iris lah.
Patut lah mesra
semacam je aku
tengok.
“Ni
siapa?” tanya Iskandar
kepada Iris.
“Ni
lah kak Raisya
yang Iris selalu
cerita dekat abang.
Kak Raisya, ni
abang Iskandar,” Iris
memperkenalkan Iskandar dengan
Raisya.
Aku
hanya menundukkan kepala.
Begitu juga dengan
Iskandar. Jangan dia
cam aku je.
‘Macam pernah
nampak je Rasiya
ni. Kat mana ye?’
Iskandar bersoal jawab
dengan diri sendiri.
Dalam hati je.
Nak tanya segan
pulak tengok Raisya
yang macam tak
selesa bila dipandang.
“Kak
Raisya jom lah jogging
sekali dengan kitorang,”
Iris memaut lengan
aku. Takkan nak
lari sekali kut.
Tak nak lah
kacau daun. Lagi
pun aku tak
selesa lah ada lelaki.
Tapi tak kan
nak tolak pulak.
Beriya Iris ajak
aku. Tak lah
aku bosan sangat.
“Erm... tak
ganggu ke?” tanya
aku.
“Ganggu apanya.
Tak ganggu lah.
Boleh Iris borak
dengan akak. Lama
dah tak jumpa
dengan akak.” Kata-kata
Iris membuat aku
rasa serba salah
nak tolak. Jadi
aku pun terima
lah ajakan Iris.
Iskandar pulak ikut
dari belakang. Lagi
lah aku tak
senang hati bila ada lelaki
kat belakang aku.
***
Iris : Assalamualaikum abang!
Tengah buat apa?
Iskandar
: Waalaikumsalam. Baru
habis mengaji. Iris
dah mengaji?
Iris : Iris
ABC :P
Iskandar
: Owh... Iris
tengah buat apa?
Iris : Tadi chat
dengan kak Raisya.
Tapi dah lama
dia tak balas.
Kak Raisya dah
tidur kut.
Iskandar
: Awalnya dia
tidur. Baru pukul
9. Iris dah
siap assignment?
Iris : Dah
nak siap. Tu
mesej kak Raisya.
Nak tanya pasal assignment. Banyak jugak
lah kak Raisya
tolong. Lambat lagi
prof nak kerja
ni.
Iskandar
: Baguslah kalau
macam tu. Abang
nak tanya boleh?
Iris : Tanya
apa?
Iskandar
: Iris memang
rapat ke dengan
kak Raisya tu?
Iris : Rapat
lah abang. Dia yang banyak
tolong Iris. Ingat
tak yang masa
Iris kena pulau
tu. Masa tu
kak Raisya je
yang sudi kawan
dengan Iris. Kak
Raisya yang tolong
Iris cari kawan.
Kak Raisya tu
pandai tau abang.
Iskandar
: Mana Iris
tau dia pandai?
Iris : Kak
Raisya tu sebenarnya
kena mark dengan ramai
pensyarah. Ada jugak
Prof Rasyid pesan
kat Iris jangan
rapat dengan kak
Raisya. Sebab prof
pernah nampak yang
Iris rapat dengan
kak Raisya.
Iskandar
: Kenapa sampai
macam tu sekali?
Iris : Sebab
kak Raisya selalu
tidur masa kuliah.
Tapi memang selalu
nampak kak Raisya
mengantuk.
Iskandar
: Sebab tu
ke dia tidur
awal? Tapi tak
kan tidur awal
pun boleh tertidur
dalam kuliah?
Iris : Kak
Raisya tu walaupun
tidur dalam kuliah,
pointer kak
Raisya tak pernah
kurang daripada 3.
Idea kak Raisya
pun semua best best.
Kak Raisya pernah
cakap dia belajar
awal pagi dan
buat nota sendiri.
Iris pernah pinjam nota
kak Raisya. Memang
senang faham.
Iskandar
: Amboi. Bukan main
lagi Iris puji
kak Raisya ye.
Melambung-lambung.
Iris : Hihihi.
Iris suka kak
Raisya. Kalau dia
jadi kakak Iris
kan seronok. Tapi
kenapa abang panggil
dia kak Raisya?
Dia muda dua
tahun dari abang
lah.
Iskandar
: Abang mana
tau dia umur
berapa. Okay lah.
Abang nak buat
kerja. Assalamualaikum.
Iris : Waalaikumsalam. Tidur
nanti mimpikan Iris
tau. Love you!
***
“Awak ni
tak habis-habis tidur
dalam kelas. Kat
rumah tak tidur
ke? Ke sibuk
bercinta sampai berjaga
lewat malam? Saya
tak pernah jumpa
mana-mana siswi macam
awak. Kaki tidur!
Kalau macam ni
lah sikap awak,
jangan harap awak
akan berjaya. Ambil
balik assignment awak ni!
Saya tak nak
semak awak punya!
Keluar!”
Aku keluar
dari bilik Prof.
Abby. Berdesing, bernanah
aku dengar ayat
dia. Sabar lah
wahai hati. Argh!
Aku nak nangis.
Aku nak balik.
Cepatlah cuti mid sem.
Aku dah tak
larat nak hadap semua
pensyarah kat sini.
Aku tak
kisah sangat apa
yang dia cakap
sebab semua tu betul.
Fakta! Memang aku
kaki tidur. Masalahnya
dia cakap kuat-kuat.
Semua yang ada
kat situ -pandang
aku pelik. Pensyarah
dan siswa lain.
Ada yang dah
mula berbisik-bisik. Prof
memang sengaja nak
bagi semua orang
dalam bilik ni
dengar. Patut lah
dia tiba-tiba suruh
biar pintu tu
terbukak.
Aku kesat
air mata aku yang hampir
gugur. Aku tarik
nafas dalam-dalam. Mugkin
betul cakap Fatin.
Kalau aku dapatkan
pointer tinggi
mesti semua pensyarah
senyap. Aku tak
harap diorang suka
aku. Aku cuma
nak pensyarah-pensyarah senyap
je dari mengata
aku.
Tapi aku
kena atasi masalah
tidur aku. Tapi
macam susah je
sebab masalah tidur
aku ni sejak
sekolah lagi. Bukan
baru lagi. Hmmm...
tak apa lah.
Kita cuba. Mana
tau boleh kurangkan.
Kena percaya pada
Allah. Yup! Allah
tak akan uji
hambaNya diluar kemampuan
hambaNya.
Aku kini
sudah ada azam
dan semangat baru.
Aku tengok jam.
Ada 30 minit
lagi sebelum kelas
mula. Kena marah
tadi buat aku
rasa marah. Tapi
kena pergi tandas
dulu. Basuh muka.
Hormon tak stabil
betul aku ni.
Senang sangat aku
nak nangis.
***
“Kesian aku
tengok budak tadi.
Teruk dia kena
dengan Prof. Abby.”
Kata Rais.
Iskandar hanya
mengangguk setuju. Dia
kenal siapa yang
kena marah tadi.
Raisya.
“Tapi patut
pun. Cari nahas
tidur dalam kuliah.
Macam tak biasa
je.” Kata Sufian
pula.
Iskandar hanya
diam. Tak menyampuk.
Apa yang dikata
dua orang kawannya
ada betulnya. Tapi
Prof pun agak-agak
lah nak marah
pun. Senyap-senyap sudah
lah. Ni dah
kira menjatuhkan maruah.
Mesti dia ada
sebab kenapa dia
tidur dalam kuliah.
Ttak boleh main
tuduh-tuduh je. Fitnah
dah jadinya.
“Jom lah.
Nanti lambat masuk
ke kelas tak
ada tempat duduk
pulak.” Iskandar menukar
topik dua orang
kawannya dan mengajak
mereka ke kelas.
***
Sekarang aku
lebih banyak bersenam.
Mengeluarkan peluh. Biar
otak aku cerdas
dan pengaliran darah
aku semakin baik.
Makan pun aku
kurangkan. Ke kelas
aku akan bawak
sekali gula-gula pudina
yang berangin gila
nak mati dengan
botol air tupperware
yang satu liter.
Tak lupa minyak
cap kapak. Mengantuk
je aku dalam
kelas, aku makan
gula-gula, kemudian minum air.
Minyak angin aku
sapu sikit bawah
mata aku. Biarlah
orang nak kata
apa aku letak
minyak angin kat
mata. Ingat senang
ke aku nak
bagi mata aku
segar-bugar.
Habis kuliah petang, aku
akan terus balik
dan tidur 30 minit je.
Barulah aku bersihkan
diri dan bersiap
pergi jogging. Hanis, Fatin
dan Nurin terkejut
tengok perubahan aku.
Ye lah. Aku
yang dulu kaki
tidur kini mata
tercelik. Tapi sampai
hujung minggu atau
tak ada kelas
pagi aku tidur
lama sikit. Qadar
tidur aku.
Kat
kelas selalu jugak
lah kena tegur
dengan pensyarah dan
budak lain.
“Tak tidur
pulak sleeping beauty kita
ni.”
“Tak
ngantuk ke Raisya?”
“Kenapa tak
tidur Cik Raisya?”
“Patut lah saya tak
dengar orang dengkur
rupanya Cik Raisya
kita ni jaga.”
Macam-macam lagi
lah. Manusia, manusia.
Suka sangat cari
kesalahan orang. Suka
sangat menyibuk hal
orang lain. Aku
tidur salah. Tak
tidur pun tak
kan salah jugak.
Tak faham aku.
Kelas pagi
batal last minute. Nak
balik rumah malas
pulak. Jadi aku
pilih ke perpustakaan.
Aku nak siapkan
assignment aku.
Sekarang aku akan
hantar assignment aku awal
paling kurang sehari.
Dan aku akan
hantar bila pensyarah
tak ada kat
tempat dia. Aku
letak fail aku
sekali dengan nota
yang fail tu
aku punya. Siap
tulis nama penuh
lagi. Nurul Raisya
binti Razman. Bukan
atas fail je
aku tulis, dalam
dan belakang sekali
aku tulis. Takut
orang ambil dan
ciplak aku punya
kerja. Pernah ada
satu kerja yang
aku hantar pensyarah
tak semak sebab
kata aku meniru.
Jenuh aku nak
siapkan balik. Apalah
nasib aku ni
kan.
***
“Kak Rasiya!”
Aku
toleh
belakang bila dengar
nama aku dipanggil.
Siapa lagi kalau
bukan Iris. Sekarang
aku tengah jogging. Tapi
bukan sorang-sorang. Ada
Hanis, Fatin dengan
Nurin. Diorang sekarang
selalu teman aku jogging.
Sebagai pemberi semangat
untuk aku atasi
masalah tidur aku.
Diorang memang sahabat
yang baik. Walaupun
Hanis lain bidang
dengan aku dia
tetap teman aku.
Diorang pulak jadi
terlebih bersemangat lepas
aku cerita sebab
aku berubah. Esok
dah mula cuti
semesta. Cuti nanti dapatlah
aku keputusan peperiksaan.
Peperiksaan kali ni
aku buat sehabis
baik. Tak macam
dulu sambil lewa.
Apa-apa keputusan nanti
aku redha.
“Iris. Sorang
je ke?” aku
tanya bila Iris
sudah ada depan
aku. Fatin dengan
Nurin kenal Iris.
Iris pun kenal
diorang. Jadi aku
Cuma perkenalkan Iris
dengan Hanis je.
“Tak. Dengan
abang Iskandar. Tu dia kat
belakang,” Iris menunjuk
seorang lelaki yang
tengah berlari ke
arah kami. Aku
cuma mengangguk faham.
Iskandar akhirnya sampai
menghampiri kami. Fatin
dan Nurin sudah
mula mencuit-cuit aku.
Nak suruh aku
kenalkan lah tu.
Pantang nampak laki
hensem. Hanis pula
buat muka biasa
je. Dia ada hati dengan
orang lain. Tu
yang muka dia
biasa je. Tapi
Hanis suka dalam
diam je.
“Abang Iskandar
ni kak Nurin
dan kak Fatin.
Diorang senior Iris dan
kawan kak Raisya,”
Iris terus perkenalkan
mereka. Senang kerja
aku tak payah
nak kenalkan diorang.
Aku bukannya rapat
dengan Iskandar ni.
Aku malu ada
lah sebab dia
orang yang aku
langgar dulu.
Iskandar hanya
senyum. Matanya tertumpu
pada Raisya. Iris
yang perasan pandangan
mata Iskandar kepada
Raisya hanya diam.
Terus dia pegang
tangan Iskandar. Bulat
terus mata Nurin
dengan Fatin. Melepas
pulak diorang. Iskandar
Iris punya nampaknya.
Aku pula buat
muka biasa. Aku
memang dah agak
diorang ni ada
hubungan. Hanis pun
berlagak biasa.
“Iris kalau
tak ada apa-apa,
kak Raisya lari
dulu ya. Kak
Raisya dengan kawan-kawan
kak Raisya hari
ni. Assalamualaikum.” Pinta
aku. Terus aku
tarik lengan Nurin
dan Fatin. Hanis
ikut dari belakang.
“Kenapa Iris
buat macam tu.
Mesti diorang salah
faham.” Tegur Iskandar.
“Biarlah. Iris
tengok kak Nurin
dengan kak Fatin
pandang abang lain
macam. Macam Iris
tak perasan yang
abang pun asyik
pandang kak Raisya.”
Jawab Iris. Bibir
dimuncungkan.
“Lah,
nampak sangat ke
abang pandang dia?
Iris cemburu?”
“Eh, tak
lah. Iris suka!
Kan Iris ada
cakap yang Iris
memang nak kak
Raisya jadi kakak
Iris. Lagi pun
Iris tengok abang
dengan kak Raisya
tu sepadan. Bila
abang nak bagi
tau yang abang
suka kat kak
Raisya?” tanya Iris.
Matanya turut bersinar.
Iskandar hanya
tersenyum. Bahu dijongketkan.
Tak tahu bila
dia nak luahkan
rasa hatinya. Dia
mengusap kepala adiknya,
Iris. Mesti terkejutkan.
Iskandar dengan Iris
adik beradik. Tapi
diorang rapat macam
pasangan bercinta. Jadi
memang ramai yang
salah faham. Diorang
pulak dah malas
nak terangkan. Hanya
kawan baik je
tau. Lagi pun
bagus juga. Tak
ada yang cuba
nak mengorat Iskandar
dan Iris. Ye
lah. Sama-sama kacak
dan cantik. Iris
pun suka begitu.
Memangg dia dah
pesan dekat Iskandar
kalau nak cari
kekasih kena lepas
ujian kelayakan Iris
dulu. Kiranya dia
yang nak pilihkan
untuk abangnya. Iskandar
pula tak banyak
soal. Sebab bukan
dia nak sangat
ada kekasih. Masih
awal baginya untuk
mencari insan sebagai
pendamping. Belajar lagi.
Duit pun mak
ayah bagi ada
hati nak bercinta.
***
Beberapa tahun
kemudian...
“Pelajar
terbaik keseluruhan, Nurul Raisya
binti Razman.”
“Tahniah Raisya!
Aku memang yakin
kau boleh berjaya.
Semua pensyarah diam
je bila nama
kau umum.” Kata
Nurin.
Aku hanya
tersenyum. Alhamdulillah. Hari
ni majlis konvokesyen
aku. Aku dapat
dua bintang. Tak
boleh nak dapat
dekan sebab mula-mula
belajar keputusan aku
bawah 3.5. Tapi
lepas kejadian aku
kena marah, keputusan
aku tak pernah
kurang dari 3.8. Selalu jugak
lah aku dapat
4. Memang mula-mula
ramai tak percaya
dan syak aku meniru.
Tapi aku teruskan
jugak dapat keputusan
bagus. Malas nak
layan. Sekarang aku
dah buktikan. Orang
yang suka tidur
pun boleh berjaya.
Keluarga aku
pun gembira dengan
keputusan aku. Adik
beradik aku lagi
lah macam tak
percaya aku dapat
dua bintang. Bila
diorang tanya keputusan
peperiksaan aku, aku
Cuma cakap ‘Alhamdulillah okay.
Lulus.’ Tu je
aku cakap. Jadi diorang ingat
keputusan aku biasa-biasa
je. Tak sangka
cemerlang rupanya keputusan
aku. Mak ayah
aku lagi lah.
Mula-mula ingat aku
menipu aku dapat
dua bintang. Aku
pun malas nak
layan. Tak nak
percaya sudah.
“Kak Raisya!”
aku toleh. Mencari
Iris. Dah cam
sangat suara tu.
Aku nampak dia
melambai. Aku nampak
dia tak berseorangan.
Ada Iskandar sekali.
Walaupun dan Iskandar
dah tamat belajar
pun diorang masih
berhubungan. Jealous pulak dengan
diorang. Ye lah.
Aku kan lonely. Hahaha.
“Tahniah kak
Raisya. Nanti kak
Raisya jangan lupa
Iris tau.” Ayat
yang sama Iris
cakap masa aku
dah nak keluar
dari rumah sewa.
Iris menyerahkan aku
sejambak coklat. Macam-macam jenis
coklat. Kit kat,
ferrero rocsher, hersyes.
Macam-macam lagi lah.
Macam bunga. Pandai
orang tu gubah
ya. Tengah-tengah ada
patung Doraemon dengan
topi. Aku memang
suka tengok Doraemon.
Sebab tu kut
aku boleh jadi
macam Nobita yang
suka tidur. Masuk
yang Iris bagi
dah ada dua
dah. Satu dari
kakak aku. Tak
lah besar mana.
Biasa-biasa je. Tapi
bunga betul.
Aku perkenalkan
Iris dengan keluarga
aku. Abang aku
yang bujang sudah
bisik kat aku
suruh aku kenalkan
diorang. Aku geleng
je. Malas nak
layan.
“Kak, abang
Iskandar nak cakap
sesuatu dengan akak.”
Bisik Iris perlahan.
Dia pulak tersenyum-senyum. Pelik
pulak aku tengok
si Iris. Dia
suka ke tengok
teman lelaki dia
bercakap dengan perempuan
lain. Mungkin dia
tak kisah dengan aku
kut sebab aku
ni mana ada
cantik dan comel
macam Iris. Aku
pun menghampiri Iskandar.
Gementar sebenarnya.
Jantung ni dah
pam darah dengan
laju lepas Iris
bisik cakap Iskandar
nak jumpa aku.
Keluarga aku dah
fikir bukan-bukan dah.
Nurin, Fatin dan Hanis
yang kebetulan ada
berdekatan dekat situ
pun dah bersorak.
Iskandar tak jauh
pun. Tapi ramai
orang jadi susah nak jalan.
Mujur iskandar tu
tinggi.
Aku tengok
Iskandar. Tangan dia dua-dua dekat
belakang. Aku dah
garu leher. Aku
tak biasa dengan
sittuasi ni. Lain
macam pulak perasaan
aku masa ni.
Iskanadar senyum. Aku
pun senyum balik.
Aku tengok dia
pandang kiri kanan.
Aku perhati wajah
dia. Nampak dia
dah gelap sikit.
Iskandar kan arkitek.
Mesti sebab berjemur
dekat site. Tu yang
Iris cerita. Pelik
jugak aku bila
Iris selalu cerita
pasal Iskandar dekat
aku.
“Awak sihat?”
Iskandar memulakan bicara.
Aku angguk.
“Tahniah.”
“Terima kasih.”
Krikk....krikk....krikk...
“Ermm..saya nak
bagi sesuatu.” Iskandar
memecah sunyi. Aku
jongket kening.
Iskandar bawa
tangannya yang memegang
sejambak bunga dan
berikan kepada aku.
Bunga plastik. Ada
kad yang tertulis
sesuatu. Aku sambut
dan baca kad
tu.
Sudi tak
jadi kawan saya
hingga saya lafaz
akad.
Kita bercinta lepas kahwin.
Saya suka awak.
Kita bercinta lepas kahwin.
Saya suka awak.
Terkejut aku
baca. Wajah aku
dah panas. Untung
aku tak pakai
pemerah pipi sebab
aku rasa pipi
aku dah merah
gila! Aku tutup
muka aku dengan
bunga supaya Iskandar
tak nampak wajah
aku. Aku perasan
wajah Iskandar pun
agak merah dan
dia tersenyum. Kemudian
aku baru teringat.
Bukan Iskandar dengan
Iris ke? Aku
pandang Iskandar dengan
pandangan yang pelik.
Aku kecilkan mata.
“Saya dengan
Iris adik beradik.
Bukan pasangan kekasih.
Kalau tak percaya
saya boleh tunjuk
ic saya.” Kata
Iskandar. Macam tau-tau
je apa yang
aku fikirkan. Bila
fikir balik, Iris
tak pernah pun
kata dia dengan
Iskandar bercinta. Aku
jadi malu sendiri
sebab aku ingat
Iskandar dengan Iris
bercinta. Kenapa aku
tak pernah terfikir diorang
ni adik beradik
eh? Agaknya muka
aku lagi merah
dari tadi.
“Jadi, apa
jawapan awak?”
“Wuuuu! Terima
lah!”
“So
sweet!”
Bila aku
dengar orang ramai
bersorak lagi lah
aku malu. Jujur,
aku ada minat
sikit dekat Iskandar.
Tapi tak tau
pulak dia pun
suka aku. Aku
pandang mak ayah,
kakak abang dan
adik aku. Mak
ayah aku pandang
lain macam je
walaupun nampak biasa-biasa.
Kakak abang dengan
adik aku tak
payah cakap. Pegang
fon. Aku rasa
diorang rakam atau
pun tangkap gambar.
Aku pulak baru
perasan yang Iris tak
jauh dari aku.
Pegang fon jugak.
Aku pandang
Iskandar balik. Perlahan-lahan aku
angguk. Kali pertama
dalam sejarah orang
luahkan perasaan kat
aku depan-depan. Tak
lama lepas tu
aku dengar ramai
orang tepuk tangan.
Aku terus lari
dekat mak aku.
Iskandar dah
tersenyum. Dia tunduk.
Malu lah tu.
Dia berdehem banyak
kali. Tangan dia
gosok belakang leher.
Ke kiri dan
ke kanan dia
pandang.
Aku
sembunyi belakang mak
aku. Nurin Fatin
dan Hanis dah
mula usik, cuit
aku. Aku intai.
Nampak ayah tengah sembang
dengan Iskandar. Risau
jugak aku tengok.
Masa kakak aku
nak tunang dulu
bukan main banyak
soalan ayah aku
tanya dekat abang
Yunus. Sekarang kakak
dah mengandung anak
nombor dua. Baru
lima bulan. Bawa
jugak lah si comel
Yusuf. Gatal nak
datang jugak. Abang
Yunus tak datang
sebab kerja luar
daerah.
Lama pulak
ayah sembang. Aku
tengok senyum je
ayah. Siap gelak
pulak tu. Kira
okay lah tu.
“Makan nasi
minyak le kita.”
Kata abang aku,
Rasyid. Kakak dengan
mak aku senyum je.
“Boleh lah
kak Raisya jadi
kakak Iris. Tak
sabarnya. Boleh tidur
sekali dengan kak
Raisya.” Iris lah
yang paling gembira.
Dari dulu dia
memang nak aku
jadi kakak dia.
Dan tak lama
akan termakbul lah
impian dia tu.
Aku tak
ada nak cakap
apa. Kalau dia
jodoh aku, aku
terima dengan hati
yang terbuka luas.
Cinta pandang pertama
kut. Aku minat
dia lepas aku
langgar dia. Tapi
kan aku ingat
dia bercinta dengan
Iris jadi aku
tanam je perasaan
minat tu. Tak
sangka pula akan
bercambah perasaan tu. Aku
bersyukur pada Allah.
Aku dah tak
minta apa-apa dah.
Aku bersyukur dengan kejayaan
aku, dengan kebahagiaan
aku dengan kehidupan
aku.
Segala usaha
aku selama ni
terbalas. Sungguh Allah
Maha Mendengar. Allah
dengar doa aku
pagi petang siang
malam. Aku doa
agar kebahagian ini
akan kekal hingga
ke syurga. Amin.
-TAMAT-
double update untuk korang ^_^ semua tu rekaan semata...tiada kaitan dengan realiti
No comments:
Post a Comment