Angin bayu bertiup lembut
menyentuh pipi. Angin yang bertiup membuatkan kain paras betis ku mengikut
rentak angin. Tanpa memakai sandal yang aku jinjing ditangan aku berjalan di
atas pasir pantai. Aku berjalan sepanjang pantai. Sesekali rambut aku yang
lurus paras pinggang menghalang pandangan, aku sisir dibelakang cuping telinga
aku.
Matahari hampir beredar, bulan sedia di angkasa untuk memancarkan cahaya
terang di malam hari. Bau laut sungguh menenangkan aku saat ini.
Aku membuat keputusan untuk duduk di tepi pantai. Aku duduk sambil
memeluk kaki aku. Bayu dingin membuatkan badan aku sedikit menggigil
memandangkan aku hanya memakai baju berlengan pendek. Sudah lama aku tidak ke
sini sejak dia pergi ke suatu tempat yang jauh. Sangat jauh.
Masih jelas kenangan aku dengan dia. Orang yang sangat bermakna buat
aku. Kata-kata terakhirnya sentiasa di hati. Menjadi kata-kata semangat buat
aku untuk meneruskan hidup.
Hari ni genap 10 tahun dia pergi meninggalkan aku. Dia yang dikenali
sebagai Ayah. Pergi buat selama-lamanya. Air mata perlahan-lahan membasahi
pipiku. Takkan pernah aku cuba lupakan ayah.
Ibu meninggal sejurus aku dilahirkan ke dunia ini. Ayah lah yang menjaga
aku dari kecil tanpa seorang isteri. Bagiku ayah lah ibu. Tapi, kenapa begitu
cepat ayah pergi tinggalkan aku? Aku tahu ini adalah kehendak Tuhan. Dan aku
pasti, ayah pasti marah jika aku menyalahkan kehendakNya.
10 tahun yang lalu...
"Ayah! Sakura dah balik!" Aku memanggil ayah setelah aku
pulang dari sekolah.
Aku berlari anak di dalam rumah mencari ayah. Aku tidak menjumpai
kelibat ayah di ruang tamu mahupun di dapur.
'Ke mana agaknya ayah ya?' Aku berfikir sejenak. Bagaikan terdapat
mentol yang menyala terang di atas kepala aku, aku memetik jari. Aku dapat agak
di mana ayah berada tika ini. Bilik bacaan!
Aku mendaki tangga dengan pantas. Beg masih aku sandang di belakang.
Sampai sahaja di muka pintu aku berhenti. Penat berlari dari sekolah. Apabila
nafas aku kembali tenang, aku memulas tombol pintu perlahan. Aku mengintai apa
yang ayah aku sedang lakukan. Khusyuk yang amat. Aku balik pun dia tak sedar.
Ayah sedang membuat kerjanya. Ayah seorang penulis. Ayah tulis
macam-macam. Novel, skrip drama, lirik lagu pun ayah buat. Sebab itu ayah
sentiasa ada di rumah.
Aku masuk ke dalam bilik perlahan-lahan. Aku berjalan berjengkit supaya
ayah tidak sedar akan kehadiran aku. Sekarang, aku betul-betul berada di
belakang ayah.
Aku menutup mata ayah. Bahu ayah terjongket sedikit. Mungkin sebab
terkejut.
"Cuba teka siapa?" Aku menghaluskan sedikit suara aku. Aku
sudah tersenyum.
"Hmm, siapa ya?" Ayah meletakkan tangannya di dagu. Lagak
sedang berfikir padahal dia tahu siapa.
"Jasmine?"
"Bukan." Keluar dah. Ayah memang selalu suka macam tu. Bukan
nak sebut nama aku terus. Mesti nama orang lain.
"Camelia?" Again?! Ayah ni saja je. Merajuk
lah!
"Bukan. Ayah janganlah main-main. Takkan suara anak ayah pun ayah
tak kenal," aku berkata sedemikian. Namun, tangan aku masih menutup mata
ayah. Muka aku
sudah mula masam.
Kaki aku hetak
beberapa kali.
"Hahaha. Ayah gurau je. Mestilah ayah tahu. Sakura. Bidadari
ayah," ayah berkata sedemikian sambil memegang tangan aku lalu ditarik ke
bibirnya. Ayah mencium tangan aku bagai seorang putera yang mencium tangan
seorang puteri.
"Kalau ayah tahu kenapa ayah sebut nama perempuan lain? Kenapa tak
terus sebut nama Sakura je?" Aku mencebik. Merajuk aku masih tidak hilang
walaupun ayah melayan aku bagai seorang puteri.
"Ayah saja je. Nak main-main dengan bidadari ayah. Macam mana
sekolah? Seronok?" Ayah mencubit pipi aku. Berkat ayah menjaga aku, pipi
aku agak tembam dan seronok untuk dicubit. Ayah lah orangnya.
"Macam biasa. Tak ada yang baru pun. Stres lah ayah," aku mula
mengadu dengan ayah. Lupa terus merajuk aku tu.
"Stres apa sayang?" Ayah bertanya prihatin. Tangan aku berada
dalam genggamannya. Matanya ditumpukan seratus peratus kepadaku. Matanya
memandang tepat ke dalam mata aku.
"Stress la sebab exam dah nak dekat dah. Sakura
tak ready lagi. Nak tinggalkan sekolah, tinggalkan
kawan-kawan," nada aku perlahan. Rasa sebak hadir bila teringatkan bahawa
zaman persekolah aku akan berakhir beberapa bulan lagi.
"Tak mahu lah stress-stress. Bidadari ayah ni nanti tak cantik dah.
Biasalah tu. Setiap pertemuan ada perpisahan. Sakura nak sambung apa?"
Ayah cuba memujuk aku. Tangan sasanya lembut mengusap pipiku.
“Emm.. Sakura nak jadi illustrator.
Nanti buku ayah, cerita dari skrip ayah Sakura yang buat muka hadapan.” Kata
aku dengan mata
yang bersinar-sinar.
“Hahaha. Kalau macam
tu Sakura kenalah
belajar rajin-rajin. Ayah
pun tak sabar
tunggu kalau macam
ni. Nanti buku-buku
ayah mesti cantik-cantik
belaka. Sebab yang
buat muka hadapannya
Sakura, bidadari ayah
yang paling cantik.”
Aku tersenyum menampakkan
barisan gigiku. Sungguh
gembira dengan kata-kata
ayah aku. Sungguh, kalau
berbual dengan ayah,
pasti tidak lepas
untuk memuji aku.
Itu yang buat
aku makin sayang
ayah.
Seminggu kemudian…
Aku memasak
lauk kegemaran ayah.
Ayam paprik dengan
cendawan goreng salut
tepung. Bukan selalu
masak lauk ni.
Kebetulan bahan mentah
murah semalam di
pasar. Dapatlah beli
bahan masakan banyak
sikit.
Tugas masa-memasak,
mengemas rumah dan
seangkatan dengannya sudah
aku ambil alih.
Dulu masa kecil-kecil
ayah tak bagi.
Katanya aku kecil
lagi. Patut keluar
bermain dengan kawan.
Tapi aku kan
degil. Jadi aku
buat jugak sampaikan
ayah dah tak
tahu nak kata
apa.
Mula-mula tu
memang janggal. Asyik
luka je kalau
memasak. Tapi sekarang,
kalah chef kat
restoran. Nak kalahkan
chef kat hotel
memang tak lah.
Ayah sampai tak
nak makan luar
dah. Katanya masakan
aku lagi sedap.
“Dah siap!”
dalam asyik bermonolog,
siap dah menu
aku hari ni.
Lagi pun senang
je lauk hari ni. Campak
itu, campak ini,
dah siap.
Aku berlalu
menaiki tangga ke
bilik kerja ayah
aku. Pintu aku
ketuk. “Ayah, Sakura dah
siap masak. Mari
makan.”
Tiada balasan.
Pelik. Biasa ayah
menyahut. Melainkan ayah
tertidur. Tertidur lah
tu kalau tak
menyahut. Jadi, aku
buat keputusan untuk
buka sahaja pintu.
“Ayah. Bangun.
Ma… Ayah!!”
Melihat keadaan
ayah aku yang
terbaring di lantai
membuat aku panik. Tambah
dengan gelas pecah
di lantai.
“Ayah! Bangun
ayah! Bangun!” aku
menggoncang dan menampar-nampar pipi
ayah. Masih tidak
sedar.
“Tel.. telefon.
Ambulans.” Pantas aku menelefon
pihak hospital. Air
mata aku terus dan
terus menitis. Tidak
dapat aku tahan.
Masakan melihat keadaan
ayah aku tidak
setitis air mata
aku pun yang
gugur.
“Ayah, bangun
ayah. Jangan tinggalkan
Sakura.” Aku terus
menangis sehinggalah ayah
di bawa ke
hospital.
***
“Kenapa ayah tak
bagi tahu?”
“Ayah bukan sengaja
tak nak bagi
tahu. Ayah tak
nak bidadari ayah
ni sedih. Risau
tengok ayah. Ayah
nak bidadari ayah
ni senyum selalu.
Bukan masam macam
ni.”
“Tapi, Sakura risau.
Sakura tak tahu
apa-apa. Sakura tak
bersedia. Kalau ayah
bagi tahu Sakura,
sekurang-kurangnya Sakura tak
panik macam tadi.
Ayah, benda ni
ayah tak boleh
buat main. Ni
soal kesihatan ayah.
Kalau tak jadi
macam ni, agaknya
sampai bila-bila Sakura
tak tahu.” Air
mata aku kembali
mengalir setelah kering
selepas berjumpa doktor.
Ayah hanya diam. Wajahnya
pucat. Pandangannya sayu.
Ayah mengusap kepala
aku. Tangisan aku
makin kuat. Lalu
aku peluk ayah.
Membenamkan wajah aku di dada
ayah. Terhinjut-hinjut bahu aku menahan
esakan. Ayah mengusap
belakang aku. Aku
tahu. Ayah juga
menangis. Pelukan kami
eratkan. Sangat, seperti
tidak mahu dilepaskan.
Kenapa semua ni
harus terjadi? Aku
hilang mak. Kenapa
aku perlu hilang
ayah pula. Ayah
disahkan mengidap barah
otak. Patutlah ayah
kerap sakit kepala.
Aku ingatkan darah
tinggi ayah sahaja.
Rupanya ayah sembunyikan
sesuatu yang sangat
serius. Ayah perlu
segera dibedah. Jika
tidak, ayah mungkin
tidak dapat bertahan.
Tapi kata doktor,
ayah menolak.
“Ayah sayang Sakura
tak?” soal aku.
Aku ingin memujuk
ayah untuk melakukan
pembedahan.
“Ayah sayang sangat-sangat
dengan Sakura. Sakura
bidadari ayah. Takkan
ayah tak sayang.
Ayah tahu Sakura
nak ayah buat
pembedahan. Keputusan ayah
muktamad. Ayah takkan
buat pembedahan.” Kata-kata
ayah membuatkan aku
terluka.
“Kalau ayah tak
nak buat pembedahan,
sama saja ayah
tak sayang Sakura.
Ayah kata, Sakura
bidadari ayah. Tapi
ayah buat bidadari ayah
sedih. Ayah, Sakura
dah tak ada
sesiapa. Ayah je
yang Sakura ada.
Kalau ayah dah
tak ada Sakura
macam mana? Macam
mana Sakura nak
teruskan hidup? Sakura
tak nak tinggal
sorang-sorang. Kalau ayah
pergi, Sakura pun…”
“Apa Sakura merepek
ni ?! Jangan cakap
macam tu. Ayah
tak suka.”
Aku tersentak apabila
ayah memintas kata-kata
aku. Tambahan pula
ini kali pertama
ayah meninggikan suara.
Mata aku kembali
berkaca. Wajah ayah
sendiri agak terkejut.
Mungkin baru tersedar
akan keterlanjurannya.
“Sakura, ayah…” ayah
cuba mencapai tangan
aku. Tapi aku
pantas berdiri. Berlari
meninggalkan ayah sendiri.
Aku perlu masa
untuk bertenang. Kalau
tidak, pertelingkahan hanya
menjadi lebih teruk.
***
Aku duduk
di atas bangku
di tepi tasik.
Air mata aku
masih belum kering.
Mengenangkan ayah. Kenapa
ayah tak nak
dibedah? Kita bukan
tak mampu. Lebih
dari mampu. Ayah
penulis terkenal. Buku
ayah sentiasa mendapat
sambutan. Wang tak
pernah menjadi masalah.
Tapi kenapa ayah
berdegil? Ayah tak
sayang Sakura ke?
“Adik, adik ok?”
tanya satu suara.
Aku mengesat air
mata. Aku angguk
kepala.
“Adik kenapa?”
Aku hanya menggeleng
kepala.
“Adik, tenangkan bila
tengok tasik tu.
Tenang je bila
abang tengok.” Si
dia yang membahasakan
dirinya sebagai abang
tu memandang ke
arah tasik. Tapi
tidak pula dia
duduk di sebelah
aku.
“Adik kalau ada
masalah, ceritalah kat
abang. Abang orang
asing. Mungkin lepas
tu adik akan
lebih tenang. Pendam
je takkan selesaikan
masalah.” Pujuk lelaki
itu.
“Saya sebenarnya…” air
mata aku kembali
jatuh. Aku mula
bercerita dalam esakan.
Namun lelaki itu
hanya mendengar.
“Adik rasa, apa
yang adik perlu
buat?” tanya dia.
Aku diam dahulu
sebelum menjawab. “Dengar
penjelasan ayah.” Kata
aku perlahan.
Lelaki itu hanya
tersenyum. Kesian pula
kepada dia. Sepanjang
aku bercerita tidak
dia duduk di
sebelah aku. Mungkin
beragama Islam. Mungkin
dia tahu aku
ni Kristian. Tapi,
orang ramai semua salah
anggap aku perempuan
Muslim kerana wajah
aku seakan-akan orang melayu. Aku
pandang wajah dia.
Tapi pada saat
itu dia memandang
ke arah lain.
Aku pandang ke
arah yang sama.
Aku lihat seorang
gadis sedang duduk
di bawah pohon
redup. Dapat aku
tangkap ada buku
yang disandarkan pada
pehanya. Melukis barangkali.
Aku kembali memandang
lelaki itu. Lelaki
itu tersenyum nipis
melihat gadis itu.
“Abang suka kakak
tu?”
Lelaki itu tersentak.
Wajahnya mula merah.
Malu mungkin.
“Nampak sangat ke?”
aku hanya angguk.
Lelaki itu mengeluh.
“Cantikkan kakak tu.”
“Abang tak nak tegur
kakak tu ke?”
“Kalau tegur pun,
bukannya boleh dengar.
Kakak tu takkan
dengar. Sebab tu
abang tengok kakak
tu dari jauh
je.” Lelaki itu
mula bercerita. Berubah
kedudukan pula.
“Kenapa pulak? Abangkan
handsome. Takkan
kakak tu tak
pandang abang pulak.
Jangan-jangan kakak tu
saja pekakkan telinga.”
“Kakak tu memang
pekak pun. Kakak
tu dah hilang
deria pendengaran. Dia
kemalangan masa dia
kecil dulu.”
Aku terdiam. Tak
sangka pula kakak
tu memang pekak.
“Maaf. Saya tak
tahu.”
“Eh, tak apalah.
Abang pun baru
tahu 3 bulan
lepas. Agak-agak adik
ada idea tak
supaya abang boleh
tambat hati kakak
tu?” lelaki itu
bertanya kepada aku.
Aku berfikir sejenak.
“Bunga ros. Adik
suka bunga ros
putih. Ayah pernah
bagi kat adik
masa hari jadi
adik.” Aku tersenyum
mengenangkan memori lalu.
“Bagus juga idea
tu. Terima kasihlah
adik sebab tolong
abang. Malu pulak
orang umur 21
tahun macam abang
ni tanya kat
budak sekolah. Hahaha.
Almaklumlah, abang tak
pernah bercinta.”
Aku hanya tersenyum.
Haila, cinta pertama
ke. Semoga Berjaya
abang.
“Sama-sama. Terima kasih
jugak sebab dengar
adik cerita masalah.
Abang..”
“Hakimi.” Sambung lelaki
itu. Aku angguk
dan senyum.
“Saya Sakura.”
***
Aku berhenti
di depan pintu
wad ayah. Aku
pejam mata. Mencari
kekuatan. Aku melihat
bungkusan makanan. Aku
tidak terus ke
hospital selepas berjumpa
Abang Hakimi tetapi
aku pulang dan
masak lauk kegemaran
ayah. Ayam paprik.
Wajah aku cuba
serikan dengan senyuman.
Tidak mahu ayah
risau akan diriku.
Aku tolak
pintu dan masuk.
Ayah sedang menulis.
Aku geleng kepala.
Sakit-sakit pun masih
bekerja. Khusyuk betul
sampai aku yang
dah di depan
mata ni pun
ayah tak sedar.
Aku ambil peluang
untuk amati wajah
tua ayah. Tak
lah tua mana.
Baru pertengahan 40-an
umur ayah. Wajah
ayah pucat. Garis-garis
kedut di wajah
yang baru mula
kelihatan. Aku pejam
mata bila aku
rasa mata aku
mula panas.
“Ayah…” kata
aku perlahan.
Ayah terus
memandang aku. Bahunya
juga terhinjut sedikit
akibat terkejut. Aku
hadiahkan ayah senyuman.
Ayah membalas dengan
senyuman nipis. Mungkin
masih terkesan dengan
perbalahan tadi. Aku
beranikan diri. Aku
kuatkan diri untuk
mulakan dulu. Masa kami
untuk bersama makin
singkat. Jadi aku
perlu pastikan masa
yang berbaki ni
dipenuhi dengan memori
indah.
“Ayah, Sakura
masak ayam paprik.
Ada nasi sekali.
Makan jom ayah. Sakura
lapar.”
Aku memasamkan wajah.
Menunjukkan yang aku
benar-benar lapar. Ayah hanya
angguk sebagai balasan.
Aku hanya
tersenyum. Senyum seperti
selalu. Seperti biasa. Aku
tak
nak ayah risau
tentang aku. Sama macam
ayah yang tak
nak aku risau.
Sedikit sebanyak aku
dapat faham apa
yang ayah rasa.
Kami makan. Tapi
suasana
senyap sunyi. Tiada usik-mengusik,
gelak ketawa dan
gaduh-gaduh manja seperti
biasa. Aku rasa
masa berlalu dengan
sangat perlahan. Aku pula
sibuk merangka bagaimana
mahu memulakan perbualan.
Aku nak dengar
penjelasan ayah. Aku nak
tahu kenapa ayah
buat begitu. Aku nak
faham ayah lebih
lagi.
Selesai makan,
masih tiada sepatah
yang keluar dari
mulut masing-masing. Aku tarik
nafas. Wajah aku
angkat untuk bertentang
mata dengan ayah. Walaupun
sukar, tapi aku
paksakan diri. “Ayah,
boleh ayah cerita
kenapa ayah tak
nak bagi tahu
Sakura pasal penyakit
ayah? Kenapa ayah
tak nak buat
pembedahan, semua yang
ayah rahsiakan. Sakura nak
dengar, Sakura nak
tahu sebab Sakura
anak ayah, Sakura
sayang ayah.”
Ayah seperti
tidak mahu bercerita.
Ayah turut membalas
pandangan aku. Sekejap.
Kemudian ayah pejam
mata. Ayah tarik
nafas dalam-dalam. Ayah buka
mulut tapi ayah
masih tak cerita.
Macam ada sesuatu
yang haling ayah. Aku
ambil
tangan ayah. Aku cium
dan aku gengam
dengan kemas. Kemudian,
ayah mula bercerita.
“Ayah tak
beritahu Sakura sebab
ayah tak nak
Sakura risau. Ayah tak
bukan saja-saja tak
nak buat pembedahan.
Lagi pun ini
bukan kali pertama
ayah buat pembedahan.
Masih ingat masa
kamu sekolah rendah
ayah tinggalkan kamu
di rumah Aunty
Jane jiran sebelah?”
aku angguk. Aku
terkejut kerana ini
bukan kali pertama
ayah membuat pembedahan.
“Itu kali
pertama ayah buat
pembedahan. Sama, barah
otak cuma tak
serius. Barah tu masih boleh
dirawat dengan pembedahan.
Waktu tu peratus
berjaya tinggi. Kos pembedahan
bukan masalah. Ayah ada
simpanan. Lepas pembedahan
ayah tinggal di
hospital untuk seminggu.
Ayah tunggu luka
baik sebab tak
nak Sakura risau.
Tapi tahun lepas
barah ayah datang
balik. Makin serius.
Ayah mula-mula nak
buat pembedahan. Tapi kedudukan
barah tu dekat
dengan saraf. Peratus untuk
berjaya cuma 50-50. Risiko
tinggi.
Kalau gagal, ayah
mungkin lumpuh. Kalau ayah
lumpuh, Sakura nanti
sedih dan susah.
Ayah tak nak
tengok bidadari ayah
susah dan sedih.
Kemudian ayah terfikir,
kalau ayah mati,
sekurang-kurangnya Sakura tak
susah. Sakura pasti akan sedih
tapi ayah tahu
bidadari ayah ni kuat. Bidadari ayah
mampu teruskan hidup
berdikari walaupun ayah
tak ada. Sebab tu
ayah ambil keputusan
untuk tidak jalani
pembedahan.”
Air mata
aku mengalir mendengar
penjelasan ayah. Ayah kesat
air mata aku. Aku
terus peluk
ayah. Kemas. Aku biarkan
air mata aku
mengalir di bahu
ayah. Baru aku
tahu apa yang
ayah lalui selama
ni. Apa yang
buat, sebelum ayah
buat keputusan, ayah
selalu fikir pasal
aku. Dan aku
terima. Walaupun hati
aku sakit.
***
Sekarang dah
10 tahun berlalu.
Ayah hidup lebih
lama dari apa yang
doktor
anggarkan. Ayah sempat
juga berkenalan dengan
Abang Hakimi. Ayah dapat
melihat aku untuk
mendapat keputusan SPM. Tapi
tiga
hari berikutnya, ayah
pergi tinggalkan aku. Pergi
tidak
kembali. Buku terakhir
ayah menjadi pengubat
rindu aku kepada
ayah.
DIARI BUAT
BIDADARI
Itu buku
terakhir ayah. Ayah ceritakan
kali pertama bertemu
dengan mak sampailah
ayah menghembuskan nafasnya
yang terakhir. Buku ni
tak terus diterbitkan
sebab permintaan ayah
untuk aku supaya
aku yang mebuat
muka depan buku
ayah. Syukur, tamat
sahaja aku belajar
dalam bidang illustration
buku ayah diterbitkan.
Buku ayah dapat
sambutan yang hangat.
Meamndangkan itu buku
terakhir ayah.
Buku tu,
ibarat kisah cinta
ayah. Seperti buku
tu memang khas
buat aku. Kata-kata
terakhir buku tu
sangat bermakna buat
aku.
Bidadari saya, ayah
tak dapat bersama
dengan bidadari sebab
ayah kena pergi.
Ayah nak pergi
berjumpa dengan permaisuri
ayah dan bidadari.
Permaisuri dah lama
menunggu dan ayah
semakin rindu saban
hari mengingati permaisuri.
Tapi, berat hati
ayah untuk tinggalkan
bidadri seorang diri. Tapi
Tuhan
tak izinkan kita
untuk terus bersama.
Izinkan ayah pergi
dulu. Ayah tunggu
di sana bersama
permaisuri kita.
Ayah cintakan bidadari.
Bidadari bunga ayah
dan mak.
Aku kini
sudah relakan pemergian
ayah. Lama dulu. Abang
Hakimi
dan bonda membantu
aku. Mereka sentiasa
ada bila aku
perlukan walaupun kami berlainan agama.
Abang Hakimi sudah
berkahwin tujuh tahun
lepas dengan kakak
tu. Suka aku
tengok diorang. Walaupun kakak
tu ada kekurangan
tapi Abang Hakimi
terima kakak dengan
baik.
Aku sekarang
masih sendiri. Mungkin hati
aku masih belum
sedia untuk menerima
seseorang untuk menjadi
sebahagian hidup aku. Mungkin
masih
terkesan dengan pemergian
ayah. Tapi aku
berdoa agar aku
berjumpa dengan orang
yang sesuai. Insan seperti
ayah. Hahaha. Wujud ke orang macam
ayah. Belum jumpa
belum tahu.
Ayah, bidadari
ayah sihat saja. Ayah
kat
sana bahagia ke
dengan mak? Tiap-tiap hari bidadari ayah rindukan ayah. I miss you. Miss you so much. Sakura harap
kita dapat kembali
bersama di alam
sana nanti.
-TAMAT-
idaea dari lagu jepun Sakura Aite yo. rasanyala. udah lupa tajuk ^.^' hope you guys enjoy after a long time the last time i udpate my blog
No comments:
Post a Comment