Wednesday, June 27, 2018

Manja Tak Bersalah! 32

Iman mengurut kepalanya yang berdenyut-denyut. Sakit kepalanya datang kembali. Badan dia pun terasa agak panas. Iman ambil termometernya. Suhu badannya dia check.
39.7°C. Suhu badannya naik kembali. Iman mengeluh. Dia baru sahaja mandi untuk malam ini. Pagi tadi sudah dia makan panadol. Nampaknya dia kena makan ubat lagi. Tapi ubat yang tidak mengantuk. Sebelum itu, perutnya harus berisi dulu.
Iman ke meja kerjanya. Satu pek bubur nasi segera jenama Know dan mangkuk dia ambil. Dia buka pek itu dan tuang ke dalam mangkuk. Dia ke pantri untuk mengambil air panas.
Siap sahaja bubur segeranya, segelas air dia ambil untuk makan ubat. Iman duduk di meja pantri dan makan bubur nasinya.
Kalau nak diikutkan rasa nak muntah sahaja, tapi digagahkan juga untuk menghabiskan semangkuk bubur. Ubat yanga baru diambil di farmasi dia ambil sebiji dan ditelannya. Air diminum sehingga separuh gelas.
Iman menyandarkan badannya ke kerusi. Kepala diurut supaya rasa sakit kepala berkurang. Apalah nasib dapat on call masa macam ni. Seksa!
"Puan Iman kita ni tak sihat ke?"
Iman toleh ke belakang. Melihat siapa yang menegurnya.
Yahya tersenyum melihat Iman.
"Kau Yahya. Demam sikit. Dah makan ubat dah." Jawab Iman lemah.
"Muka merah kau kata sikit. Kau baliklah. Suruh suami kau ambil." Saran Yahya.
Iman menggeleng kepala tanda enggan berbuat demikian. Bukan tak pernah jadi macam seperti ini sepanjang bekerja sebagai seorang doktor. Cuma kali ini teruk sikit.
"Kau ni memang degil betullah. Kalau kau tak nak balik, jom masuk air. Aku minta mana-mana nurse cucuk kau. Nanti aku buat record untuk kau." Yahya mengalah. Kalau Iman kata tidak sampai ke sudahlah tidak dia. Sudah lama bekerja dengan Iman, buat dia cukup kenal dengan Iman.
Iman diam seketika. Memikirkan cadangan Yahya. Akhirnya dia bersetuju saja. Daripada biar demam dia melarat baik dia pergi masuk air. Suhu pun boleh tahan tinggi.
"Okay lah."
~~~
'Dah pagi tapi dia tak balik lagi?! Nak kena Iman ni. Dia balik siap dia aku kerjakan. Macam mana nak jadi isteri mithali tapi makan pakai suami tak jaga. Aku pun kerja jugak tapi tahu jalan balik rumah. Pagi-pagi dah buat orang panas hati. Geramnya aku!' Amin membebel dalam hati. Geram betul Amin dengan Iman.
"Manja dah siap? Mari sarapan sama-sama. Mummy masak nasi goreng cina dengan telur dadar." Puan Balqis tersenyum bila melihat Amin yang lengkap berpakaian kerja.
Nasi dicedok ke atas pinggan Amin. Sekeping telur dadar diletakkan di atas nasi. Milo panas dituang ke dalam cawan dan diberikan kepada Amin.
Amin mendapat idea. Dia mahu menggunakan situasi sekarang yang mana Iman tak balik rumah untuk memburukkan Iman di mata mummynya. Pasti mummynya akan berpihak kepada Amin.
"Mummy, mana menantu kesayangan mummy tu? Tak balik-balik. Lupa jalan, Waze ada. Dia sengaja nak kenakan manja. Mummy kena ajar sikit menantu mummy tu macam mana nak jadi isteri mithali macam mummy. Ni tak. Baru hari pertama kerja dia dah buat hal." Adu Amin kepada Puan Balqis.
Puan Balqis agak terkejut bila Amin berkata sedemikian. Gayanya seperti dia tidak tahu yang Iman ada on call dan akan berada di hospital sepanjang malam. Tapi Iman kata sudah mesej kepada Amin. Hmm...
"Manja tak tahu ke buat-buat tak tahu?" Tanya Puan Balqis ingin kepastian.
"Tahu apa mummy?" Amin sengetkan kepala ke kanan dengan mata terkedip-kedip.
Puan Balqis mengeluh. Bertuah punya manja.
"Iman kan on call semalam. Dia duduk dekat hospital. Iman kata dia ada mesej manja dalam mesej yang mummy dapat dari dia. Manja tak baca mesej Iman ke?" Walaupun geram, Puan Balqis masih berkata lembut.
'Mesej?' Amin berfikir sejenak. Kemudian Amin teringat mesej yang dia baca semalam. Amin tepuk dahi. Silap langkah!
Amin telan air liur. Amin jeling sedikit ke arah Puan Balqis. Puan Balqis sedang tersenyum lebar ke arahnya. Tiba-tiba Amin rasa sejuk. Bulu romanya meremang. Wajah Amin menjadi pucat. Puan Balqis kalau senyum macam tu, kena siap sedia wahai telinga. Panjang tazkirah pagi ni.
Dan bermulalah sesi tazkirah Puan Balqis kepada Amin dengan panjang lebarnya. Mujur Amin tak lewat masuk pejabat.
Amin menghempaskan tubuhnya di kerusinya. Satu keluhan panjang dilepaskan.
"Apalah nasib pagi-pagi dah kena tazkirah. Ini semua Iman punya pasal. Manja tak bersalah..." Sayu suara Amin berkata sedemikian dengan nada yang perlahan.
Terang-terang salah dia, tetap disalahkan Iman.
"Itulah, lain kali prihatin sikit. Isteri doktor bukan kerani. Masa kerja bukan tentu. Ada shift. Masa kerja pun lagi panjang dari kerja biasa. Jangan cari buruk orang je." Itulah serba sedikit ayat tazkirah Puan Balqis.
~~~
Puan Balqis tawaf di ruang tamu. Sesekali jam di dinding dilihatnya. Wajahnya jelas kerisauan.
"Kenapa awak bertawaf ni? Saya yang dari tadi perhati pening jadinya." Kata Encik Amir setelah hampir 15 minit memerhatikan tingkah laku isterinya.
"Saya risaulah abang. Menantu kita Iman tak balik-balik. Dah pukul 10.30 dah. Katanya balik pagi. Ni tak sampai-sampai lagi ni. Kalau jadi apa-apa? Dah lah kerja 24 jam." Puan Balqis meluahkan perasaannya kepada suaminya.
"Awak ni. Ke situ pula fikirnya. Iman bukan baru kerja. Dah lama dia kerja. Pandailah dia nak urus. Doa yang baik-baik." Encik Amir cuba menenangkan isterinya. Dia juga turut risau. Tapi jika dia juga turut risau dan panik, pasti isterinya bertambah risau dan fikir yang bukan-bukan.
Ping! Pinggg!
Puan Balqis dan Encik Amir serentak toleh ke tingkap depan. Melihat siapa yang menghon kereta di depan rumah.
Puan Balqis tersenyum bila melihat kereta Iman berada di hadapan rumah. Puan Balqis membuka pintu pagar dan menyambut Iman dengan senyuman. Namun, senyuman Puan Balqis hilang apabila melihat wajah pucat Iman.
Iman menyalami tangan mertuanya. Iman meminta izin untuk naik ke bilik untuk berehat. Malam ini dia kerja juga. Belum sempat Iman naiki tangga, Puan Balqis menahannya.
Puan Balqis meletakkan tapak tangannya di dahi Iman. Tak panas sangat. Tapi wajah pucat Iman membuatkan Puan Balqis sangat risau.
"Mummy, Iman okay. Dah makan panadol tadi. Nanti baiklah ni." Iman cuba menyedapkan hati Puan Balqis.
"Betul tu Balqis. Bagi Iman berehat dulu. Iman, naik atas bersihkan diri lepas tu rehat ya." Iman mengangguk dan minta diri lagi sekali sejurus sahaja Encik Amir berkata sedemikian.
"Awak masaklah bubur ke sup ke untuk Iman. Mesti dia lapar. Bagi dia ruang untuk rehat dulu. Dia baru balikkan." Puan Balqis setuju dengan kata-kata suaminya. Terus Puan Balqis ke dapur untuk masak untuk menantunya.
Bersambung...

Manja Tak Bersalah! 31

Amin duduk di meja kerjanya. Melihatkan timbunan fail dan kertas kerja membuatkan dia melepaskan satu keluhan yang panjang.
"Aik, pengatin baru masuk kerja terus mengeluh? Rindu isteri ke?" Azman datang ke bilik Amin apabila ternampak Amin yang baru masuk ke bilik kerjanya.
Amin menjeling kawanya itu. Tak boleh tengok dia tenang. Mesti nak porak perandakan harinya. Dah lah dekat rumah dah cukup onar. Dekat pejabat pun nak onar?
"Banyak lah kau rindu. Aman sikit hidup aku bila dia tak ada. Kalau kau pun tak ada, lagi aman makmur hidup aku." Kata Amin sambil tangan menyusun fail.
"Sampai hati kau ye. Tadi aku tengok terkedek-kedek kau jalan. Sakit kaki ke?" Tanya Azman prihatin.
"Terseliuh." Jawab Amin sepatah.
"Ganas sangat kau ni sampai terseliuh kaki. Ke bini kau yang ganas?" Azman sudah tersengih nakal. Orang baru berkahwin, memang itu je lah dalam fikiran Azman.
Amin mencampak kotak pensilnya ke arah Azman. Otak kuning sangat. Tepat kena dahi Azman. Baru puas hati dia. Azman sudah mengaduh sakit sambil menggosok dahinya yang mula merah. Mujur kotak pensil yang lembut. Kalau keras atau dia baling fail keras ni, masuk ICU lah alamatnya.
"Otak kau kuning sangat. Pergi taruh sirap bagi merah balik. Aku jatuh dalam bendanglah. Tergelincir masa jalan dekat kampung." Jelas Amin lagi. Tak mahu Azman berfikir bukan-bukan.
"Aku gurau je. Main-main pun tak boleh. Aku keluarlah. Baik aku buat kerja aku." Azman berlalu keluar dari bilik Amin. Mulutnya tak habis-habis terkumat-kamit membebel pasal Amin. Nak mesra sikit dah sapat sakit. Tak mesra alam langsung!
Amin senang hati bila melihat Azman keluar dari biliknya. Tersenyum bahagia dia. Hilang sudah pengacau harinya. Bolehlah dia membuat kerjanya dengan aman.
Amin ralit dengan kerjanya sehinggakan jam sudah memunjukkan jam 9 malam tidak dia sedar. Kerjanya banyak tergendala kerana mengambil cuti kahwin mengejut. Dia ambil telefonnya. Ada missed call dari mummy dan mesej dari Iman. Memang Amin akan membiarkan telefonnya dalam mode vibrate kerana tidak mahu mengganggu fokusnya. Kalau klien telefon, mereka akan menerusi telefon pejabatnya.
Amin menelefon mummynya terlebih dahulu. Langsung tak hingin melihat mesej Iman.
"Assalamualaikum mummy! Maaflah tak dapat angkat call mummy. Manja sibuk kerja. Banyak yang tertangguh. Ada apa telefon manja?" Terus ceria suara Amin apabila panggilannya dijawab Puan Balqis. Mujur semua pekerja sudah balik. Kalau tak, semua terkejut dengan perubahan Amin.
Amin di tempat kerja sangat serius. Senyum pun tak nak. Jadi semua takut nak bertegur dengan Amin kecuali Azman yang terlebih friendly.
"Waalaikumsalam. Mummy nak tanya manja nak makan apa. Manja tak angkat telefon mummy agak dah manja sibuk. Ni nak mummy masak untuk manja ke atau manja nak beli makanan?"
"Ermm. Nak mummy masaklah. Malas nak beli luar. Mummy masak apa-apa je. Manja makan. Okay lah mummy. Manja nak kemas-kemas. Nanti manja balik. Assalamualaikum."
Amin menamatkan panggilan apabila Puan Balqis menjawab salamnya. Telefon di simpan ke dalam poket seluar. Barang yang bersepah atas meja kerjanya dia kemas. Sesudah itu dia solat di surau pejabat. Barulah dia pulang ke rumah.
Amin memakir keretanya. Amin masuk ke dalam rumah selepas memberi salam. Puan Balqis menyambut anaknya yang baru pulang. Jelas keletihan anaknya yang manja ni.
Amin menyalami Puan Balqis. Pipi Puan Balqis dia cium di kedua-dua belah. Puan Balqis turut memperlakukan perbuatan yang sama.
"Mummy dah masak spegeti karbonara untuk manja. Manja sukakan?" Amin hanya mengangguk suka.
Amin makan dengan berselera. Tengah hari tadi dia hanya menjamah sandwich. Memang dia lapar yang amat sekarang ni. Tiba-tiba dia teringatkan Iman.
'Mana pulak dia ni. Patutnya dia sambut aku balik kerja. Ni mummy yang sambut aku. Aku suka je mummy sambut aku. Terus hilang rasa penat aku. Tapi dia sebagai isteri aku kenalah layan aku. Aku baru balik kerja penat. Ni mesti dia dah tidur ni.' Amin berkata dalam hati. Sempat mengumpat Iman.
"Mummy, Iman mana?" Tanya Amin dengan muka tegang. Ada can dia nak kenakan si Iman tu. Kuasanya sebagai suami akan dia manfaatkan sepenuhnya. Muahahaha.
"Iman tak bagi tahu ke? Dia ada mesej mummy tadi kata dia tak balik malam ni. Dia on call. Katanya dia dah mesej manja. Manja tak baca ke?" Tanya Puan Balqis kembali.
Amin berfikir sejenak. Mesej? Ada rasanya dia tak baca. Amin keluarkan telefonnya dari poket seluar. Mesej Iman dia baca.
Assalamualaikum. Aku tak balik hari ni. Aku on call. Aku duduk hospital. Jangan tunggu aku sambut kau tau. Nanti mummy sambut kau balik kerja. Mesti kau sukakan. 😘
Amin nak termuntah tengok emoji yang Iman gunakan.
"Ada dia mesej?" Tanya Puan Balqis lagi.
Amin terkejut plus terkelu. Tapi dia anggukkan jugak.
"Manja manja. Lain kali bacalah mesej Iman tu. Mesti dia sibuk sangat dekat hospital tu sampai tak sempat nak telefon. Kesian menantu mummy. Baru nak baik demam, hari kerja sampai esok pagi. Manja, sebagai suami kena faham dengan kerja Iman yang tak menentu. Kerja lebih 24 jam. Ish, risau pulak mummy. Esok manja ambil dia di hospital ya. Kalau Iman bawa kereta risau jadi apa-apa." Pinta Puan Balqis selepas panjang leterannya.
Amin sudah memasamkan muka. Spegeti dia kuis-kuis dengan garfu bila Puan Balqis mula berleter. Bibirnya dimuncungkan seperti mulut itik. Tanda tidak suka.
"Manja dengar tak apa mummy cakap tadi?"
Amim mendengus.
"Dengar. Tapi manja pun penat juga. Manja pun pernah tak balik rumah siapkan kerja di pejabat. Tak ada pulak mummy suruh siapa-siapa ambil manja. Esok ada mesyuarat pagi. Mana sempat nak ambil dia. Sebelum ni elok je dia. Tak ada pulak dengar cerita dia kemalangan ke apa ke." Suara Amin naik satu oktaf. Tersedar kesilapannya meninggikan suara, Amin naik ke biliknya membiarkan makanannya yang tinggal separuh.
Puan Balqis hanya geleng kepala dengan sikap anaknya. Tahu bukan sengaja Amin meninggikan suara. Penat sangat agaknya anaknya itu.
Puan Balqis mengemas meja makan. Makanan yang berbaki Puan Balqis makan sehingga habis. Tak elok membazir. Amalam syaitan. Sesudah itu, Puan Balqis masuk ke biliknya.
"Ish, semua ni Iman punya pasal! Tak pasal-pasal aku tinggi suara dengan mummy. Jangan harap aku nak ambil dia esok." Marah Amin.
Matanya sudah bergenang dengan air mata. Rasa bersalah kerana meninggikan suara. Esok dia akan minta maaf dengan Puan Balqis.
Bersambung...

Manja Tak Bersalah! 30

"Hihihi."
"Dah lah gelak tu," merah menyala wajah Amin. Mana taknya kalau mumny dengan Iman sama-sama gelakkan dirinya. Paling berkecil hati dengan mummy. Mummy tak pernah usik manja. Dah lah usik guna hantu. Pegang torch light rambut mummy yang panjang dilepaskan. Macam pontianak. Gila kau tak cabut lari. Siap nyorok dalam bilik mummy dengan daddy.
"Hahaha. Mummy tak sangka kamu ni takut hantu lagi. Patutlah tidur pun nak ada cahaya. Tak nak tinggal sorang-sorang. Sanggup pergi rumah kakak atau adik kalau mummy dengan daddy bercuti. Ingatkan dah besar hilang takut hantu kamu tu. Lagi pun first time mummy usik kamu," kata Puan Balqis dengan tawa yang masih bersisa.
"Mummy kalau nak tau masa dekat kampung tu waktu malam je dia nak dekat-dekat, peluk-peluk Iman. Kalau siang jangan harap dia bak berkepit dengan Iman," kata Iman apabila hilang tawanya.
"Mana ada aku dekat-dekat, peluk-peluk kau. Aku dekat-dekat, peluk-peluk dengan bantal peluk je. Lagi pun siang kau pergi merayap. Mentang-mentang aku sakit kaki suka hati je tinggal suami ye. Huh!" Amin tak puas hati. Amin mengadu kepada mummynya. Habis kantoi dia peluk Iman.
Kat kampung tu malam-malam dah lah gelap. Banyak nyamuk pulak tu. Mujur pasang kelambu dan ubat nyamuk. Tapi ubat nyamuk tu bau busuk. Pakai yang asap punya. Yang elektrik punya kan ada. Alat canggih ada tak nak manfaatkan. Lepastu dah lah ada bunyi yang menakutkan tengah-tengah malam. Seram sejuk aku. Bantal peluk tak ada pulak. Jadi aku peluklah si Iman tu.
"Eleh, tak nak mengaku." Iman makin memprovok Amin. Suka tengok Amin kalut.
Amin rasa tercabar. "Kau.."
"Sudah. Manja, jom turun bawah. Bagi Iman ni berehat. Kesian dia baru bangun kita kacau dia. Mummy ada masak lauk favourite manja." Puan Balqis mencelah untuk mengelak daripada berlakunya perang lidah. Sambil tu bagi ruang untuk Iman berehat. Kesian. Baru balik honeymoon terus pengsan.
Amin sudah teruja. Sudah lama tak makan masakan mummy. Walaupun masakan opah Iman sedap tapi tak setanding masakan mummy. Air tangan mummy lah katakan.
Iman hanya geleng kepala melihat telatah Amin. Macam budak-budak. Tak apalah. Ceria sikit hari aku melayan kerenah budak-budak dia tu.
Amin membuntuti Puan Balqis keluar dari bilik. Iman ambil peluang untuk merehatkan diri. Sakit kepala masih terasa.
'Esok kerja shift pagi pulak. Mujur ada baju yang dah basuh kat kampung. Tak payah aku balik rumah umi. Esok budak housemen ship masuk. Kena...' Dalam asyik berfikir, Iman akhirnya terlena. 
"Selamat pengatin baru!"
"Eh mak kau pengatin baru." Iman melatah. Iman melihat suspek yang terkejutkan dia.
Hanis tersenyum bila Iman menjelingnya. Iman mengurut dadanya lepas melihat suspek.
"SubahanaAllah Hanis oi. Cuba bagi salam lain kali. Sekurangnya kau doakan aku. Ni sergah aku. Habis aku melatah. Aduh, mujur bernyawa lagi." Bebel Iman.
"Hahaha. Sorry. Saja nak usik kau. Jangan cepat sangat jadi ahli kubur. Kesian laki kau baru kahwin tak sampai dua minggu dah menduda." Hanis hanya tersenyum. Ingat Iman je kuat mengusik. Aku pun dua kali lima, lima kali dua je dengan Iman.
"Mulut kau. Nanti aku jahit karang bau nak senyap kut. Aku baru nak buka fail ni dah lupa dah aku nak buat apa."
"Ya lah. Dah minta maafkan tadi. Budak housemen dah masuk. Kau kena briefing kan kejap lagi. Jangan lambat sangat. Nanti lambat pulak habis. Aku pergi dulu. Assalamualaikum." Hanis berlalu meninggalkan Iman.
"Ya lah. Waalaikumsalam." Jawab Iman yang matanya tertumpu pada fail.
'Tahu pulak nak bagi salam. Ingat dah lupa dah. Sabar je lah.'
Iman terus menyelak fail pesakit. Cuti lama, jadi naklah tahu pesakit mana dah keluar, mana yang baru masuk, keadaan pesakit. Macam-macamlah.
Lepas satu ketika, leher mula rasa sengal. Iman menggosok belakang leher yang berlapik dengan tudung bawal. Kepala digerakkan ke kiri dan kanan sehingga menghasilkan bunyi.
"Doktor, tadi saya dengar doktor kena bagi briefing kepada doktor pelatih. Dah dekat sejam doktor semak fail tu. Tak mula lagi ke?" Tegur seorang jururawat yang dalam linkungan awal 20-an. Orang baru mungkin.
Iman melihat jam tangannya. Terbeliak mata Iman bila melihat jamnya. Taklimat dah mula 30 minit yang lalu. Telefon dia check kalau-kalau ada panggilan masuk.
10 missed call 17 mesej Whatsapp.
Iman tepuk dahi. 'Mampus aku!' Jururawat tadi hanya tersenyum. Lawak gaya kalut doktor Iman.
"Terima kasih ingatkan saya. Saya pergi dulu ya. Terima kasih sekali lagi." Iman menundukkan sedikit kepalanya sebelum beali pergi. Bukan jalan laju tapi berlari anak.
'Mampus, mampus, mampus!' Entah berapa kali manpus Iman berkata dalam hati. Yang pasti masak dia nanti.
Kena marah satu. Kena usik mesti. Dahlah baru balik cuti kahwin. Disebabkan ramai orang menggunakan khidmat lif, Iman memilih untuk menggunakan khidmat tangga. Mujur turun tangga. Kalau daki tak ke semput.
Iman mengangkat sikit kain baju kurungnya bagi memeduhkan dia untuk berlari. Ingat nak nampak formal lah hari ni. Tapi kalau tahu jadi macam ni aku pakai seluar si Amin tu. Labuh pun labuh lah asalkan senang nak lari.
Dalam 10 minit, Iman sampai ke dewan taklimat. Semua mata tertumpu ke arahnya. Hanis pula sudah tahan tawanya. Begitu juga dengan beberapa kenalannya.
Kalau dah tudung dah senget, dahi basah dengan peluh dan dengan semputnya, mana tak jadu perhatian. Tapi Iman jalan dan duduk di sebelah Hanid dengan cool dan yakin.
"Nampaknya pengatin baru kita dah sampai. Mungkin tadi berangan, rindu dekat suami lah kut. Tapi jangan bawa sampai ke bilik bedah ya semua. Habis pesakit kita. Kita kena sentiasa fokus dan peka..." Pengarah hospital terus berucap. Sempat juga dia mengusik tambah dengan menyindir Iman.
"Rindu encik abang ke Iman oi?" Hanis sudah mula mengusik.
Iman menjuling matanya ke atas. Penat berlari belum habis. Dah lah baru baik demam. Tabahlah wahai jasad dan rohani. Hari ni mesti teruk kau kena. Kena usik!
Bersambung...
Hai readers sekalian! Setelah sekian lama akhirnya sis update cite ni ~T_T~
Maaflah kerana lama menyepi. Manja je menyepi, cerpen adalah update beberapa kali.
Maaf lagi sekali buat readers. Terima kasih kerana masih setia dengan Manja Tak Bersalah! Sis terharu 😭
Sis cuba untuk selalukan menulis. Cuma, x janji 👉👈
Sebenarnya,terdetik juga dlm hati nak unpublish, tapi sis sayang and sis teringat dekat pembaca setia .(,,•́ . •̀,,)
Have fun!! Kalau byk typo harap maaflah ya 😅