Wednesday, June 27, 2018

Manja Tak Bersalah! 31

Amin duduk di meja kerjanya. Melihatkan timbunan fail dan kertas kerja membuatkan dia melepaskan satu keluhan yang panjang.
"Aik, pengatin baru masuk kerja terus mengeluh? Rindu isteri ke?" Azman datang ke bilik Amin apabila ternampak Amin yang baru masuk ke bilik kerjanya.
Amin menjeling kawanya itu. Tak boleh tengok dia tenang. Mesti nak porak perandakan harinya. Dah lah dekat rumah dah cukup onar. Dekat pejabat pun nak onar?
"Banyak lah kau rindu. Aman sikit hidup aku bila dia tak ada. Kalau kau pun tak ada, lagi aman makmur hidup aku." Kata Amin sambil tangan menyusun fail.
"Sampai hati kau ye. Tadi aku tengok terkedek-kedek kau jalan. Sakit kaki ke?" Tanya Azman prihatin.
"Terseliuh." Jawab Amin sepatah.
"Ganas sangat kau ni sampai terseliuh kaki. Ke bini kau yang ganas?" Azman sudah tersengih nakal. Orang baru berkahwin, memang itu je lah dalam fikiran Azman.
Amin mencampak kotak pensilnya ke arah Azman. Otak kuning sangat. Tepat kena dahi Azman. Baru puas hati dia. Azman sudah mengaduh sakit sambil menggosok dahinya yang mula merah. Mujur kotak pensil yang lembut. Kalau keras atau dia baling fail keras ni, masuk ICU lah alamatnya.
"Otak kau kuning sangat. Pergi taruh sirap bagi merah balik. Aku jatuh dalam bendanglah. Tergelincir masa jalan dekat kampung." Jelas Amin lagi. Tak mahu Azman berfikir bukan-bukan.
"Aku gurau je. Main-main pun tak boleh. Aku keluarlah. Baik aku buat kerja aku." Azman berlalu keluar dari bilik Amin. Mulutnya tak habis-habis terkumat-kamit membebel pasal Amin. Nak mesra sikit dah sapat sakit. Tak mesra alam langsung!
Amin senang hati bila melihat Azman keluar dari biliknya. Tersenyum bahagia dia. Hilang sudah pengacau harinya. Bolehlah dia membuat kerjanya dengan aman.
Amin ralit dengan kerjanya sehinggakan jam sudah memunjukkan jam 9 malam tidak dia sedar. Kerjanya banyak tergendala kerana mengambil cuti kahwin mengejut. Dia ambil telefonnya. Ada missed call dari mummy dan mesej dari Iman. Memang Amin akan membiarkan telefonnya dalam mode vibrate kerana tidak mahu mengganggu fokusnya. Kalau klien telefon, mereka akan menerusi telefon pejabatnya.
Amin menelefon mummynya terlebih dahulu. Langsung tak hingin melihat mesej Iman.
"Assalamualaikum mummy! Maaflah tak dapat angkat call mummy. Manja sibuk kerja. Banyak yang tertangguh. Ada apa telefon manja?" Terus ceria suara Amin apabila panggilannya dijawab Puan Balqis. Mujur semua pekerja sudah balik. Kalau tak, semua terkejut dengan perubahan Amin.
Amin di tempat kerja sangat serius. Senyum pun tak nak. Jadi semua takut nak bertegur dengan Amin kecuali Azman yang terlebih friendly.
"Waalaikumsalam. Mummy nak tanya manja nak makan apa. Manja tak angkat telefon mummy agak dah manja sibuk. Ni nak mummy masak untuk manja ke atau manja nak beli makanan?"
"Ermm. Nak mummy masaklah. Malas nak beli luar. Mummy masak apa-apa je. Manja makan. Okay lah mummy. Manja nak kemas-kemas. Nanti manja balik. Assalamualaikum."
Amin menamatkan panggilan apabila Puan Balqis menjawab salamnya. Telefon di simpan ke dalam poket seluar. Barang yang bersepah atas meja kerjanya dia kemas. Sesudah itu dia solat di surau pejabat. Barulah dia pulang ke rumah.
Amin memakir keretanya. Amin masuk ke dalam rumah selepas memberi salam. Puan Balqis menyambut anaknya yang baru pulang. Jelas keletihan anaknya yang manja ni.
Amin menyalami Puan Balqis. Pipi Puan Balqis dia cium di kedua-dua belah. Puan Balqis turut memperlakukan perbuatan yang sama.
"Mummy dah masak spegeti karbonara untuk manja. Manja sukakan?" Amin hanya mengangguk suka.
Amin makan dengan berselera. Tengah hari tadi dia hanya menjamah sandwich. Memang dia lapar yang amat sekarang ni. Tiba-tiba dia teringatkan Iman.
'Mana pulak dia ni. Patutnya dia sambut aku balik kerja. Ni mummy yang sambut aku. Aku suka je mummy sambut aku. Terus hilang rasa penat aku. Tapi dia sebagai isteri aku kenalah layan aku. Aku baru balik kerja penat. Ni mesti dia dah tidur ni.' Amin berkata dalam hati. Sempat mengumpat Iman.
"Mummy, Iman mana?" Tanya Amin dengan muka tegang. Ada can dia nak kenakan si Iman tu. Kuasanya sebagai suami akan dia manfaatkan sepenuhnya. Muahahaha.
"Iman tak bagi tahu ke? Dia ada mesej mummy tadi kata dia tak balik malam ni. Dia on call. Katanya dia dah mesej manja. Manja tak baca ke?" Tanya Puan Balqis kembali.
Amin berfikir sejenak. Mesej? Ada rasanya dia tak baca. Amin keluarkan telefonnya dari poket seluar. Mesej Iman dia baca.
Assalamualaikum. Aku tak balik hari ni. Aku on call. Aku duduk hospital. Jangan tunggu aku sambut kau tau. Nanti mummy sambut kau balik kerja. Mesti kau sukakan. 😘
Amin nak termuntah tengok emoji yang Iman gunakan.
"Ada dia mesej?" Tanya Puan Balqis lagi.
Amin terkejut plus terkelu. Tapi dia anggukkan jugak.
"Manja manja. Lain kali bacalah mesej Iman tu. Mesti dia sibuk sangat dekat hospital tu sampai tak sempat nak telefon. Kesian menantu mummy. Baru nak baik demam, hari kerja sampai esok pagi. Manja, sebagai suami kena faham dengan kerja Iman yang tak menentu. Kerja lebih 24 jam. Ish, risau pulak mummy. Esok manja ambil dia di hospital ya. Kalau Iman bawa kereta risau jadi apa-apa." Pinta Puan Balqis selepas panjang leterannya.
Amin sudah memasamkan muka. Spegeti dia kuis-kuis dengan garfu bila Puan Balqis mula berleter. Bibirnya dimuncungkan seperti mulut itik. Tanda tidak suka.
"Manja dengar tak apa mummy cakap tadi?"
Amim mendengus.
"Dengar. Tapi manja pun penat juga. Manja pun pernah tak balik rumah siapkan kerja di pejabat. Tak ada pulak mummy suruh siapa-siapa ambil manja. Esok ada mesyuarat pagi. Mana sempat nak ambil dia. Sebelum ni elok je dia. Tak ada pulak dengar cerita dia kemalangan ke apa ke." Suara Amin naik satu oktaf. Tersedar kesilapannya meninggikan suara, Amin naik ke biliknya membiarkan makanannya yang tinggal separuh.
Puan Balqis hanya geleng kepala dengan sikap anaknya. Tahu bukan sengaja Amin meninggikan suara. Penat sangat agaknya anaknya itu.
Puan Balqis mengemas meja makan. Makanan yang berbaki Puan Balqis makan sehingga habis. Tak elok membazir. Amalam syaitan. Sesudah itu, Puan Balqis masuk ke biliknya.
"Ish, semua ni Iman punya pasal! Tak pasal-pasal aku tinggi suara dengan mummy. Jangan harap aku nak ambil dia esok." Marah Amin.
Matanya sudah bergenang dengan air mata. Rasa bersalah kerana meninggikan suara. Esok dia akan minta maaf dengan Puan Balqis.
Bersambung...

No comments:

Post a Comment