"Emm... Sedapnya masakan umi. Sehingga menjilat 10 jari." kata Iman.
"Bagi alang semua sedap. Apa yang tak sedap? Bagi katu dengan batu pun cakap sedap." kata Qairul.
Iman hanya menjeling dengan jelingan maut plus mampus terhadap Qairul. Qairul hanya buat dunno sahaja dengan jelingan maut plus mampus kakaknya.
'Sibuk je budak ni. Puji masakan mak sendiri pun salah ke?'
'Ada aku heran dengan jelingan maut plus mampus tu? Ni Muhammad Qairul Iman lah. Tak gerun dengan jelingan tu.'
'Hah! Aku ada idea.' desis Iman sambil tersenggih. Terang kepala otaknya dengan rancangan yang bakal dia lakukan.
~~~~~~~
"Uda, mai sini kejap." panggil Iman.
Qairul hanya menurut.
"Hah, nak apa?" tanya Qairul.
"Kat atas meja makan ada kotakkan?" tanya Iman.
"Haah ada. Kenapa?"
"Itu hadiah alang untuk uda. Alang tak bagi lagikan hadiah sempena pertunangan uda dengan Wafa?"
"Aik. Nak hujan dah ke?" dalih Qairul sambil melihat luar tingkap dapur. Cerah. Tak ada tanda nak hujan pun.
"Alang demam ek?" tanya Qairul sambil menyentuh dahi Iman. "Tak demam."
"Kamu ni dah kenapa sentuh dahi alang? Sikit punya cerah katanya nak hujan. Alang yang sihat megah berdiri depan kamu pun kamu cakap alang demam?" kata Iman. Nadanya sedikit meninggi. 'Terima je lah 'hadiah' alang tu.' desis Iman.
"Tak ada lah. Hari tu mintak alang kata tunggu lepas nikah. Tup tup hari dapat. Siapa yang tak pelik." balas Qairul.
"Tapi tak apa lah. Terima kasih alang sebab bagi hadiah. Sayang alang." kata Qairul sambil menghadiahkan flying kiss kepada Iman.
"Sama-sama." balas Iman sambil membuat aksi yang sama. 'Kita tengok lah nanti sampai bila sayang kamu tu. Hahaha' Iman ketawa jahat dalam hati.
"Uda bukak ek?"
"Bukaklah."
Qairul membuka kotak itu.
'Satu... Dua... Tiga..' Iman mengira dalam hati sambil berlalu beredar.
Toink! Toink!
"UMI!!!"
'Yes!' sorak Iman.
"Ehem ehem." seseorang berdehem.
'Gulp.' Iman menelan air liurnya. Kelat.
"Tak payah takutlah alang. Angah tau lah semua tu kerja alang."
Iman meneloh melihat tubuh lelaki yang tegap berdiri di belakangnya. Dan di belakang lelaki itu ada seorang lagi makhluk ciptaan ALLAH yang amat dikenalinya. Amin!
"Terbaik!" kata Faizul sambil membuat aksi tumbs up Boboiboy lalu mengenyitkan matanya.
Iman mengeluh lega. Wink! Iman mengenyitkan matanya juga.
"Umi tolong uda umi. Ada katak umi. Uda takut. Alang! Uda benci alang!" jerit Qairul hampir menangis.
"I love you too. Muah!" balas Iman sambil membuat flying kiss.
Amin yang selama ni membisu akhirnya tewas dengan telatah Iman dan adik-beradiknya.
"Hahaha!" tawa Amin pecah.
"Abang Amin! Tolong uda. Uda takut plus geli dengan katak ni. Alang!!"
"Hahaha! Baru katak takkan lah lari sampai naik meja. Habislah runtuh meja makan ni. Tak macho lah." celah Dasuki.
"Macho tak macho lain cite. Sekarang ni tolonglah uda. Umi!"
"Umi tak ada. Keluar pergi pasar dengan walid sekali dengan kak Hana dan kak Liyana." balas Dasuki.
"Anybody help me!!" teriak Qairul.
Bersambung...
maaf kalau kurang menarik
No comments:
Post a Comment