"Dah sudah dah?" soal Dasuki tiba-tiba.
"S-U-D-A-H!" kata Iman, Qairul dan Redha serentak. Gaya macam budak tadika pun ada.
Dasuki dan Faizul hanya menggeleng. Amin pula masih menahan sesak di dada. Kesian.
"Iman, Amin, soalan along tak jawab lagi. Korang pergi tak berbulan madu?"
"Perlu ke?" tanya Iman semula.
"Perlu lah. Takkan itu pun nak tanya." celah Faizul.
"Kalau tak pergi tak boleh ke?" tanya Iman lagi.
"Ya Allah budak ni. Apa beza soalan tadi dengan soalan sekarang." kata Faizul.
"Eh, lain. Lain sangat sangat sangat sangat. Tadi tanya mesti ke pergi yang ni tanya kalau tak pergi. Patutlah Bahasa Melayu angah dapat B+ time SPM." Iman hanya menggelengkan kepalanya.
Pak!
"Aduh angah! Sakitlah. Tak boleh sakit lagi ke?" aduh Iman apabila di pukul oleh Faizul di pehanya.
"Rasakan. Nak sakit lagi boleh je." kata Faizul sambil mengacah dengan mengangkat tangannya gaya nak pukul.
"Ok ok ok. Tak mau dah. Tak apa angah. Alang ngadu kat kak Liyana." ugut Iman.
"Ugutlah. Tak takut pon." kata Faizul.
"Ok. Kak Liyana..." kata Iman.
"Ok ok. Janganlah ngadu kat kak Liyana kau tu." 'Iman ni tak boleh buat main langsung. Kalau dia ngadu kat Liyana aku tu, maunya dia membebel dekat aku 7 hari 7 malam.'
"Tau takut." senyum Iman berpuas hati. 'Pandai tak aku berlakon. Bukannya aku jerit kuat sangat pun sampai kak Liyana yang dekat tingkat dua tu boleh dengar.'
"Angah ce jangan kacau line. Kang mula lah si alang ni nak lari dari kita." celah Dasuki.
"Ok bos." kata Faizul sambil mengangkat tabik.
"Iman, Amin, soalan along tak jawab lagi. Korang pergi tak berbulan madu?" soal Dasuki lagi. 'Dah macam keset pulak aku rasa. Tanya soalan yang sama.'
"Alang ikut Amin. Kalau dia nak pergi Iman ikut je. Tapi tak boleh lama. Limit 4 hari je sebab alang tak ambik cuti lama."
"Lah kenapa tak ambik cuti lama." celah Qairul.
"Wahai Muhammad Qairul Iman ku sayang. Alang kamu ni, Nur Iman Sofea ni kan kerja doktor. Kamu ingat alang dapat cuti lama-lama ke?"
"Haah, ya tak ya jugak eh. Hihihi."
Dasuki menggeleng lagi. Masuk ni dah berapa kali aku geleng pun aku tak tau.
"Hah Amin, Iman dah bagi green light kat lampu isyarat. Kamu pulak?" tanya Dasuki kepada Amin.
"Abang Amin ok ke? Dari tadi usu tengok abang Amin asyik pegang je dada tu." tanya Redha risau.
"Hah?" bingun.
Semua mata sekarang ni tertumpu kepada Amin. Amin pula bingun dengan situasi sekarang ni. 'Kenapa diorang semua pandang aku semacam? Minah tu pun pandang aku macam nak tikam aku je. Diorang bincang pasal apa ek tadi?' desis Amin.
"Uda rasa uda tau." kata Qairul memecahkan sunyi.
Dasuki dan Faizul memandang antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna. Iman dengan Redha hanya membatu. Masih bingun dengan perubahan sikap along, angah dan uda. 'Apa yang diorang senyumkan tu. Uda tau apa?' desis Iman.
"Ta... tau a... apa?" tanya Amin gagap. 'Kenapalah penyakit gagap aku ni tak surut-surut.'
"Abang Amin cemburu." kata Qairul dengan bangga. Apa yang dibanggakan pun tak tau.
"Hah?!" 'Cemburu? Aku cemburu. Tapi dengan siapa dan sebab apa?' desis Amin bersoal jawab dengan diri sendiri.
"Pft, hahaha! Cemburu? Amin cemburu?" tawa Iman.
"Yup." Qairul mengiyakan.
"Hahaha. Tak masuk dek akal. Sebab apa nak cemburu?"
"Cemburulah tengok isteri dia lebih rapat dengan adik daripada dia." celah Faizul.
"Yup. You got it all correct brother." kata Qairul.
"A... abang Amin janganlah cemburu dengan usu." kata Redha serba salah.
Amin hanya membantu. Terkejut dengan kenyataan yang disampaikan oleh Faizul dan Qairul.
"Cemburu sebab alang rapat dengan usu? Angah, uda, apa salahnya alang rapat dengan usu. Adik alang ni. Lagi pun cemburu? Tak patut langsung." balas Iman.
"Alang, cemburu tu tk kenal erti adik-beradik atau pun jantina. Angah pun kadang-kadang cemburu jugak dengan kamu dengan kak Liyana kamu." jujur Faizul.
"Ya lah. Malas nak lawan dengan lawyer kita ni." kata Iman mengaku kalah sambil mengangkat tangan gaya pesalah.
"Dah dah. Ni sampai bila tak habis. Bila laong tanya Iman dengan Amin pasal bulan madu diorang ada je idea korang nak menyampuk. Hah Amin kamu pergi tak berbulan madu?" tanya Dasuki lagi.
"Amin tak kisah." jawab Amin.
"Hah kan bagus. Keputusannya korang akan pergi berbulan madu esok. Muktamad!" balas Faizul sambil mengetuk meja. Gaya seperti hakim memberi hukuman kepada petuduh.
"Esok? Tak cepat sangat ke?" soal Iman.
"Habis tu kamu nak pergi bila? Kamu ambik cuti seminggu je kan." kata Dasuki.
"Macam mana along tau?"
"Usu bagi tau."
Iman menjeling Redha. Redha sudah tidak sedap hati.
"Sekarang ni korang cakap je nak pergi mana. Kitorang tanggung." kata Faizul.
"Kitorang? Bukan kau sorang je ke angah." celah Dasuki.
"Banyak duit aku nak tanggung diorang. Kau, uda dengan usu sekali tanggung." jelas Faizul.
Dasuki hanya membuat mulut 'O' tanda faham.
"Alang nak pergi honermoon kat mana?" tanya Redha.
"Hmm. Ada tapi itu pun kalau Amin tak kisah lah."
"Hah Amin, kamu tak kisahkan kalau ikut Iman." tanya Dasuki inginkan kepastian.
"Tak kisah." 'Gilalah tak kisah. Maunya dia bawak aku lari ke Siam nak jual organ-organ aku tak ke parah.' namun hanya terluah di dalam hati sahaja.
"Alang nak honeymoon kat kampung opah."
Bersambung...
No comments:
Post a Comment