"Ada apa mummy?" balas Amin dan Iman serentak.
"Marilah sini. Duduk dengan mummy dan daddy."
"Ada apa mummy panggil manja?"
"Manja anak mummy, kamu dah pun besar dah kahwin pun. Tapi bagi mummy, mummy rasa macam baru je semalam mummy mengandung, melahirkan, menggendong, menyusukan kamu. Manja, mummy tahu manja tak suka dengan semua ni. Tapi mummy harap manja terima ya sebab mummy yakin dengan Iman. Iman, mummy tahu yang Iman tak suka dengan manja. Tapi mummy harap, Iman dapat terima manja seadanya."
"Insya-Allah mummy. Iman terima segala kelebihan dan kelemahan Amin. Tak ada manusia yang sempurna mummy. Semua manusia ada kekurangannya."
"Alhamdulillah kalau macam tu. Tenang je hati mummy. Amin kamu jaga Iman ni baik-baik. Hari ni kamu berdua tidurlah di rumah umi. Lepas ni nak tinggal kat sinikan? Tapi kalau manja dengan Iman nak pindah, mummy tak halang."
"Betul ke mummy? Amin, kita tidur dekat rumah umi lama sikit. Taklah saya rindu sangat kat umi."
"Perlu ke? Kalau kita tak tidur rumah umi tak boleh ke?"
"Kenapa? Risau saya buli awak?" duga Iman. 'Ish dia ni. Apa salahnya tidur rumah mertua. Aku dah ikut dia, apa salahnya dia ikut aku pulak.'
"Ermm... Ok lah. Hari ni manja tidur rumah umi." putus Amin.
"Yeah!" sorak Iman girang.
Semua teralih kepada Iman. Muka Iman mula berona merah.
"Ops. Maaf." kata Iman. 'Ish buat malu je. Habis jatuh saham.'
'Kelakar jugak Iman ni.' desis Amin.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Assalamualaikum!!"
"Waalaikumusalam. Eh, anak umi datang. Mari masuk ajak suami kamu. Jangan malu-malu."
"Memang tak malu pun." jawab Iman.
"La, awalnya alang balik. Baru sehari takkan dah dapat pikat ha..."
"Ala biarlah. Sibuk je uda. Tau lah jealous sebab alang kahwin dulu daripada kamu. Tu lah, cakap cakap lagi alang ni anak dara tua. Tak ada orang nak. Tau lah alang ni tak cantik macam tunang kamu tu. Bwek!" Iman menjelir lidah kepada adiknya, Muhammad Qairul Iman.
"Eh, tak ada masa orang nak jealous. Macamlah uda tak tau yang alang kahwin sebab umi suruh kan. Kalau umi dengan walid tak suruh mesti alang tak kahwin lagi." balas uda.
"Jodoh tu ditangan Allah. Nak buat macam mana kalau alang kamu tu kahwin awal daripada kamu. Redha je la." sampuk angah, Muhammad Faizul Iman.
"Hah, dengar cakap angah tu."
"Angah ni, selalu menangkan alang. Bukannya nak menangkan uda." cebik uda.
"Merajuk pulak adik angah yang sorang ni. Janganlah merajuk buruk muka tu. Nanti kalau buah hati nampak mesti saat ni jugak..." sengaja biarkan ayatnya tergantung.
"Saat ni jugak apa?" soal uda gelisah.
"Saat ni jugak dia pujuk."
Uda sudah senyum hingga ke telinga. Angah memberi isyarat kepada Iman untuk segera masuk ke dalam dan meniggalkan Qairul bermimpi di siang hari di luar.
Iman terus mencapai tangan Amin dan mengarahkan supaya Amin senyap. Amin hanya mengganguk. Setelah masuk ke dalam rumah, Faizul perlahan-lahan menutup pintu.
Qairul yang masih berangan tidak perasan bahawa hanya dia seorang di situ dan mula bergerak masuk ke dalam rumah. Satu, dua, tiga... Iman dan Faizul mengira perlahan-lahan di dalam rumah.
Kedebuk!
"ANGAH! ALANG!"
Bersambung...

No comments:
Post a Comment