"Hahaha!!"
"Tak baik tau buat uda macam
ni." kata Qairul sambil memuncungkan
bibirnya tanda protes.
"Ala. Biarlah sekali-sekala angah
dengan alang nak buli kamu. Bukan
selalu. Lepas ni alang dah tak boleh
nak buli kamu dah. Angah pun bila
balik sini je boleh buli kamu."
balas Faizul.
"Along, tengok angan dengan alang
ni. Diorang buli uda." ngadu uda.
Along, Muhammad Dasuki Iman memandang
Faizul dan Iman dengan pandangan yang
sepi. Tanpa sebarang kata. Krikk... Krikk...
"Along!!"
"Apa? Alongkan dah pandang angah
dengan alang."
"Bukan tu maksud uda."
"Tak apalah sekali-sekala diorang
mengusik kamu. Angah kamu tu bukannya
selalu balik sini. Lusa dah nak balik
Johor dah. Alang kamu pulak masa ni
lah nak bermanja dengan kamu. Lepas
ni taklah kamu rindu dengan manja
alang kamu tu sebab lepas ni abang
Amin saja lah dapat rasa manja alang
kamu tu."
"Haah. Biarlah angah dengan alang
nak bermanja dengan kamu. Tak lama
dua malam je lagi. Lepas ni angah
sibuk dengan kelas. Tak lah angah
rindu nak bermanja dengan kamu." celah
Faizul. Faizul merupakan seorang professor
di sebuah universiti di Johor.
"Hmm.. Lepas ni tak bolehlah
alang nak bermanja dengan kamu. Huhu...
Lepas ni jangan rindukan alang pulak
ya."
"Tak ada masa uda nak rindu.
Bermanja ke buli? Abang Amin, uda sebenarnya
bersimpati sangat-sangat dengan nasib abang
Amin. Kalau abang Amin ada masalah
dengan alang, gaduh dengan alang jangan
telefon uda tau. Uda, uda sayang
sangat kat abang Amin."
"Tak apa abang Amin. Kalau uda
tak nak tolong abang Amin usu boleh
tolong. Bak kata along siap sedia
berkhidmat." celah usu, Muhammad Redha
Iman sambil duduk
di sebelah Amin.
Dasuki hanya memandang adik bongsunya.
'Perli aku lah ni. Mentang-mentaglah aku
kerja polis selalu sebut ayat tu. Tak
apa usu. Siap along kerjakan kamu
malam ni. Hihihi.' Dasuki ketawa jahat
di dalam hati.
"Baik adik alang yang sorang
ni. Tak macam orang tu. Kata
je sayang tapi
tak bagi telefon
kalau ada masalah.
Huh.”
"Opocot mak engkau meletup!!" latah Dasuki.
Krikk... Krikk...
"Pfftt... Hahaha! Melatah along tak hiang lagi rupanya. Nampak sangat tadi along berangan. Berangan pasal apa? Haha." kata Faizul dengan tawanya masih bersisa.
"Diamlah!" balas Dasuki. Mukanya sudah berona merah akibat malu. 'Aduh, macam mana boleh terkantoi ni? Jangan dia tau rancangan aku sudah.'
"Aduh, sakitnya peha uda. Yang alang tetiba cubit peha uda kenapa? Taulah peha alang tak segebu peha uda ni. Tak payahlah jealous sampai cubit-cubit peha uda yang gebu tambah cantik ni." aduh Qairul. Masih sempat puji diri sendiri. Kalau bukan diri sendiri siapa lagi nak puji kitakan.
'Rasakan. Cubalah lagi sebut perkataan BENCI tu. Aku baru je set plan nak kenakan Amin. Kalau budak sorang ni sebut perkataan keramat tu alamatnya tak menjadilah plan aku.' desis Iman.
"Alah uda. Macam kamu tak kenal alang kamu ni. Diakan Cik Tam. Eh bukan Cik Tam tapi Puan Tam. Haha" kata Faizul.
"Sedapnya mulut berbicara. Ada ke patut samakan alang yang cun melecun dengan ketam yang enak lagi lazat tu." balas Iman.
'Nak termuntah aku. Puji diri sendiri nampak. Muka tak cun mana... Tak cun ke? Cun je aku tengok. Hihi' desis Amin sambil ketawa nipis. Nasib tidak ada siapa yang melihat telatahnya.
"Apa yang bising-bising tu?"
Bersambung...
No comments:
Post a Comment