"Apa yang bising-bising tu? Sampai ke dapur pun boleh dengar." tanya Nur Hana Halwa, isteri Dasuki.
"Mana tak bising akak kalau mastermind dah ada depan mata. Kita pun boleh dilupa. Faham-faham je lah perangai Iman yang happy-go-lucky tu." celah Liyana Iwani, isteri Faizul.
"Assalamualaikum akak-akak iparku sekalian! Miss me?" tanya Iman sambil mengenyitkan matanya.
"Waalaikumusalam. Mana boleh tak rindu dekat adik ipar akak yang paling cantik ni. Iman tak ada sunyi je rumah ni. Bising pun sebab dengar abang dengan adik kamu ni gaduh." balas Hana.
"Aik. Iman baru tak ada sehari dah rindu. Saya ni yang selalu kerja luar tak pulak awak nak rindu." kata Dasuki dalam nada yang sedih.
"Along, tolong jangan jealous dengan alang along. Alang tau alang boleh membahagiakan kak Hana." kata Iman. Sengaja ingin mengusik abang dengan kakak iparnya.
Yang lain hanya ketawa nipis dengan telatah Iman. Kenal benar sikap Iman yang sukakan berdrama dengan adik-beradik. Hanya Faizul dan Qairul sahaja yang ketawa sehinggan senak perut.
Along yang tidak berpuas hati membaling bantal kusyen ke arah Iman dan... Iman berjaya menangkapnya dengan cantik sekali. Iman hanya menjelir lidah ke arah Dasuki. Seronok dapat mengusik abangnya.
"Hubungan orang adik-beradik sangat rapat. Seronok akak bila balik sini. Almaklumlah akak anak tunggal, keluarga jauh di Kyoto, Jepun. Dasuki sayang awak tak payah nak cemburu dengan Iman. Saya faham kerja awak sebagai seorang arkitek. Sepatutnya saya yang cemburu tengok hubungan awak dengan Iman." jujur Hana.
Ibu Hana merupakan warga Jepun manakala ayahnya berasal dari Kelantan. Namun kedua-dua ibu bapanya merupakan anak yatim piatu sejak kecil. Ibu Hana memiliki keluarga angkat yang beragama Islam di sana dan masih hidup namu ibunya amat menyanyagi mereka, ayahnya mengambil keputusan untuk menetap terus di sana.
"Haah. Dengar cakap kak Hana along. Tak payah nak cemburu dengan alang yang memang cun ni." kata Iman.
"Alang ni tak malu ke puji diri sendiri depan abang Amin. Alang sebagai seorang isteri..."
"Ok. Stop, stop. Alang tau. Alang taulah kamu tahfiz, pensyarah agama kat UIA, tau hukum agama. Alang pun ta jugak hukum agama cuma pengetahuan alang tak macam kamu. Alang puji diri sendiri dengan keluarga je. Takkan lah alang nak puji diri sendiri dekat tempat awam. Alang pun ada rasa malu lah." celah Iman. 'Uda ni kalau dah mula tazkirah mau dekat sejam baru habis tazkira dia. Pastu ulang ayat yang sama.'
"Tapi uda, alang memang yang paling cantik dalam adik-beradik. Alangkan satu-satunya perempuan dalam adik-beradik. Tapi kalau bandingkan dengan umi, umi lagi cantik." jelas Redha.
"Terima kasih usu. Usu memang memahami alang." ucap Iman dalam nada terharu.
"Barulah ceria sikit rumah ni. Kena ada Iman baru meriah rumah ni. Kalau tak asyik bergaduh je." sampuk walid, Encik Idris.
"Walid, Iman mana ni walid? Anak walid semua Iman." soal Faizul. Nama mereka adik-beradik semuanya ada nama Iman.
"Iman mana lagi. Nur Iman Sofea lah." balas walid.
"Hihi. Riuh sangat ke Iman ni walid?" tanya Iman malu.
"Taklah. Tapi baru seronok bila Iman balik. Kalau tak asyik bergaduh je lah abang dengan adik kamu tu. Redha je yang tak gaduh."
"Usu memang. Senyap je. Suka jadi perhati." celah Faizul.
"Hihi. Kalau usu sampuk nanti kena tengkin. Lebih baik diam walaupun sakit jugak telinga ni dengar." kata usu.
'Perli aku lah tu.' desis Dasuki, Faizul dan Qairul.
"Bagus adik alang ni. Tak macam abang-abang dia yang jenis baran." tambah Iman. Sengaja menambahkan minyak ke atas api yang sudah bara.
"Alang!!" serentak Dasuki, Faizul dan Qairul.
"Hah tengok tu. Baru cakap sikit dah naik. Alang tak bayangkan situasi rumah tangga along dengan angah."
Pak! Flop!
Satu cubitan dan satu tamparan hinggap di peha Iman. satu banta kusyen selamat mendarat di atas muka Iman.
'Ni yang bikin gua panas ni.' marah Iman tapi dalam hati.
"Pft." Amin ketawa nipis melihat gelagat Iman dengan adik-beradiknya.
'Gelaklah puas-puas Amin manja sebab lepas ni kau akan menjerit macam perempuan macam pagi tadi.' desis Iman.
'Nampaknya aura jahat alang dah keluar. Nasib kau lah Amin dapat isteri macam Iman.' desis Faizul.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment