Monday, December 12, 2016

Manja Tak Bersalah! 25

Selepas sarapan, Iman dan Amin duduk di dalam bilik Iman. Amin yang bergolek atas katil manakala Iman duduk di atas lantai bersandarkan katil sambil membaca majalah.

Disebabkan kaki Amin kini sudah berbalut macam popiah, agak sukar untuknya berjalan. Jadi tak bolehlah nak bawak pusing kampung.

Naik kereta? Tak seronoklah pusing kampung naik kereta. Tak ada suasana kampung.

Jadi mereka mengambil keputusan untuk bermalas-malas di dalam bilik memandangkan dalam bilik ada pendingin hawa.

"Iman," panggil Amin.

"Ya," Iman menyahut.

"Imann.." panggil Amin lagi.

"Ya nak apa?" Iman mula menyampah.

"Iimmaannnn...."

"Ish, kau nak apa? Iman, Iman. Cuba cakap," Iman mula hilang sabar. Bukan tak menyahut. Tapi menyahut.

"Aku bosan," sayu suara Amin.

"Dah tu kau nak buat apa? Kaki kau tu tengah sakit. Bengkak pulak tu," Iman geram. Tapi salah dia jugak sebab buat kaki Amin sampai bengkak teruk. Boleh tahan lah bengkak tu.

"Salah kau jugak. Kenakan aku lagi," marah Amin.

"Aku tak sangka kau nak jatuh bilik air dan aku tak sangka ada katak kat bilik air luar. Selama ni aku guna okay je."

"Kau ada guna bilik air tu?! Tak geli ke?" Amin agak terkejut dengan pengakuan Iman. Gila betul minah ni. Bilik air macam longkang pun dia sanggup guna.

"Geli apanya. Elok je aku tengok. Bukannya selalu guna pun. Bila terdesak je. Tapi jangan guna musim kemarau. Ular suka duduk dalam tu."

"Ular?! Kau pernah jumpa ular ke?"

"Anak ular ya. Mak bapak ular tak pernah lagi. Kalau mak bapak ular aku jumpa aku pun cabut."

Amin dan Iman semakin rancak berborak. Iman menjawab segala pertanyaan Amin. Dah suami tanya kenalah jawab. Barulah isteri mithali kan.

Opah dan atuk memerhati di balik celah pintu yang terbuka sedikit. Terbit perasaan suka melihat Amin dan Iman.

Iman bukannya tak ada yang berkenan. Tak dilayan je dek Iman. Katanya biar ummi dan walid yang cari. Senang cerita.

"Assalamualaikum! Iman oh Iman!"

"Waalaikumsalam!" Iman menjawab salam apabila terdengar namanta dipanggil.

'Siapa pulak yang panggil aku ni. Suara lelaki. Lelaki mana pulak yang cari aku?' Iman bersoal jawab dalam hatinya.

'Siapa pulaklah yang kacau aku bersembang dengan Iman ni. Kacau daun betullah. Suara lelaki pulak tu. Ada hati nak kacau isteri orang,' Amin marah-marah dalam hati. Ada nada cemburu dalam ayatnya. Cemburu ke?

Iman melihat gerangan insan yang memanggilnya. Opah dan atuk macam malas nak layan tetamu tak diundang.

'Lah, dia ke.' Iman terus keluar setelah memakai tudung.

"Nak apa Hadi?"

"Hihihi. Macam tahu tahu je aku nak sesuatu. Tapi kita cakap kat bawah pokok rambutan atuk. Boleh duduk. Panaslah berdiri kat sini," Hadi tersengih macam kambing.

Iman menjeling. Macam perempuan pulak dia ni. Panas sikit pun dah tak tahan. Api neraka lagi panas tahu.

Merek beriringan pergi ke pokok rambutan yang di maksudkan. Mereka duduk dia atas kerusi kayu yang atuk buat khas untuk bersantai pada petang hari. Siap ada meja bulat lagi. Boleh minum petang sambil tengok pemandangan sawah padi.

"Hah, nak apa?" Iman mengulang kembali soalannya.

"Cuba bersabar sikit. Patutlah kahwin pun tak menyempat. Kau ni bukan penyabar rupanya," Hadi berkata sekadar untuk bergurau sambik tersengih. Namun sengihannya mati apabila dijeling tajam oleh Iman.

"Okay okay. Tolong aku pikat Ira?" Pinta Hadi.

Iman agak terkejut. Pikat Ira?! Fuh! Bukan senang tahu si Ira tu nak kat orang.

"Asal kau nak pikat dia?" Iman inginkan kepastian. Kena tahu sebab musababnya. Barulah boleh rancang strategi.

"Hari tu aku ada minta mak merisikkan Ira. Tapi sampai sekarang tak ada jawapan dari dia," satu sahaja suara Hadi. Saty keluhan dilepaskan.

"Owh, kaulah yang merisik adik aku," Iman mengecilkan matanya. Direnung tajam wajah Hadi. Hadi menelan air liur.

'Salah pilih orang ke aku ni?' Hadi bermonolog.

"Wah! Tahniah! Aku memang suka dan nak korang bersama. Tak sangka betul-betul pulak," Iman bertepuk tangan tatkala berkata-kata. Wajahnya nampak gembira sekaki. Gila tak gembira. Berita baik kut! Dari kecik diorang ni kawan gaduh kawan gaduh. Memang syak si Hadi ni suka kat Ira. Tak sangka pulak tepat pulak firasat ni.

"Fuh.. ingatkan nak kena baham dengan kau. Jadi, boleh tolong tak?" Tanya Hadi lagi sekali.

"Mestilah boleh!" Iman pantas bersetuju sambil menbuat thumbs-up ala-ala Boboiboy.

"Okay cun. Aku nak pergi ke pekan beli barang. Apa-apa plan roger tau," Hadi bangun dan berjalan menuju ke keretanya.

Iman melihat saja Hadi yang semakin hilang dari pandangan. Sempat dia melambai dan senyum ke arah Hadi apabila kereta yabg dipandu oleh Hadi meninggalkan perkarangan rumah atuk dan opahnya.

"Haish...jadi jugak diorang ni ya. Ya Allah, jodohkan lah mereka berdua. Amin," doa Iman.

"Ish, Iman tu. Asal seronok sangat dia tu. Dah lah aku tak dengar apa yang diorang sembangkan. Bukan main lagi dia senyum. Sampai ke belakng kepala pulak tu," kata Amin perlahan.

Amin hanya memerhati daripada jendela bilik. Mujur setentang dengab tempat Iman dan Hadi berbual. Bolehlah sekodeng diorang. Masalahnya bilik Iman ni hujung dunia. Tak dengar lah pulak. Huhuhu. Sadisnya.

"Apa yang dia senyum tu. Tak habis-habis," Amin mengomel sendiri. Amin terus memerhati Iman.

'Cantiknya dia bila dia senyum macam tu. Tapi sayang. Senyuman tu bukan untuk aku. Tapi untuk lelaki lain. Kenapa dengan lelaki lain kau boleh tersenyum manis tapi dengan aku kau garang kalah naga. Kau suka sakat aku, buli aku.' Hati Amin mula berbisik sayu.

"Kalau lah kau tahu yang kau ni cinta pertama aku dulu dan sekarang. Kalau lah kau perangai perempuan tu lebih sikit dah lama aku mengorat kau tahu." Amin terus memandang wajah Iman. Isterinya yang sah.

Bersambung...
~~~~~~~

Wow!! Amin mengaku Iman first love dia!! macam mana boleh terjadi? Apa cerita projek balas dendam Amin? Di teruskan atau pun tak ek? Iman pulak, apa perasaan dia terhadap Amin...huhuhu...teruskan membaca!! Thanks kerana sudi baca cerita ni. kalau ada kurang boleh komen dan nyatakannya. Let's make this story even better!! Sorry kalau banyak typo ^_^||

Wednesday, November 30, 2016

Manja Tak Bersalah! 24

"Amin, bangun. Solat subuh," Iman mengejutkan Amin setelah tidurnya terganggu dek bunyi ayam berkokok.

Amin mengeliat kecil. Dia memusingkan badannya daripada ke kanan ke kiri. Iman menggeleng.

"Amin, bangun lah," kali ni Iman menggocangkan badan Amin. Amin menarik selimut menutupi seluruh badannya termasuk kepala.

Iman menarik selimut. Panas hatinya! Amin apa lagi, tarik balik selimut lah. Sejuk tau!

Iman menepuk dahinya. 'Apalah liat sangat laki aku ni nak bangun. Nasib, nasib.'

Pandangan Iman beralih kepada kaki Amin yang elok berbalut. Lepas urut lagi sekali semalam, terus dia membalut kaki Amin. Kurang sikit tekanan yang di alami kaki tu. Cepat sikit baik.

Sebuah mentol yang bernyala kuning terang timbul di atas kepala Iman. Niat jahat telah lahir di dalam hati. Hihihi.

"Kaki ni, kalau aku bengkokkan agak-agak boleh patah tak?" Iman bertanya kepada diri sendiri. Tangannya perlahan-lahan menghampiri kaki Amin yang berbalut.

Belum sempat disentuh, laju kaki itu bergerak menghampiri tubuh.

"Kau nak buat apa dengan kaki aku?" Nada Amin agak tinggi walaupun dalam keadaan mamai. Tangan kanannya sibuk menggesek matanya. 'Kacau orang tidur betul lah minah ni,' marah Amin dalam hati.

"Hah, bangun pun. Liat benor nak bangun. Dah pergi mandi lepas tu solat," arah Iman. Ada gaya komando tak? Haha.

Amin mendepakan kedua-dua tangannya ke depan. Matanya di pejamkan. Rasa mengatuk masih menguasai diri.

"Alololo...nak dukung ke baby boo busuk kita ni. Meh sini meh kita dukung dia ya," kata Iman sambil menepuk tanggan macam mengagah bayi.

"Hei! Ingat aku ni budak kecik ke nak agah-agah? Aku dah besar okay. Dah tepi, biar aku bangun sendiri," Amin mengipas tangannya seakan-akan menghalau kucing.

Amin cuba berdiri sendiri namun gagal. Kakinya yang masih berbalut menyukarkan dia untuk bangun. Iman segera membantu Amin. Iman memapah Amin ke bilik air.

'Tau pulak diam mamat ni. Dah sakit baru nak dengar cakap orang,' Iman berkata dalam hati. Sebenarnya tak sampai hati nak biar si Amin ni jalan sendiri. Ye lah, dia bertanggungjawab atas kaki Amin yang makin parah.

Sampai di depan pintu bilik air, Iman melepaskan pegangannya. Dia biarkan Amin sendiri di dalam bilik air. Gila nak ikut sekali!

Perasaan Amin pulak...

'Aik, asal baik sangat minah ni nak tolong aku? Selama ni dia tak kisah pun kat aku. Sayang jugak dia kat aku kan. Hahaha,' Amin bermonolog.

Bangga kejap Amin apabila Iman mengambil berat mengenai dirinya. Untung aku dapat bini macam ni. Eh, mengaku bini nampak. Biarlah, sekali-sekala. Bukan selalu. Hahaha.

Iman memimpin Amin hingga ke muka pintu bilik air. Bukan bilik air luar rumah ya. Bilik air dalam rumah. Serik dah nak hantar ke luar rumah. Dapat dengar ceramah free daripada Hajah Fauziah a.k.a opah.

Dari pukul 7 malam sampai ke 11 malam. Kalau tak nak sambung lagi. Tapi semua orang nak tidur. Mengantuk. Bateri opah pun dah low. Kena charge dulu bagi full.

Benda yang dicakapnya ulang je. Macam kaset pun ada. Sampai sekarang melekat dekat serebrum ni.

"Kamu ni Iman. Suka sangat mengusik. Dari kecik sampai sekarang, umur dah 29 tahun tak habis-habis mengusik. Kalau dengan abang adik kamu tak apalah. Diorang dah masak sangat perangai kamu. Kamu buat pulak dekat laki kamu ni. Nak mengusik boleh tapi berpada-pada. Mengusik apa kalau sampai patah kaki laki kamu dibuatnya. Pelik betul opah. Orang baru kahwin, romantik je. Kamu ni pulak. Haish. Patutlah kamu ni lambat kahwin. Opah baya kamu ni, ayah kamu dah sekolah tahu. Apa nak jadi dengan kamu pun tak tahu lah. Tengok kaki laki kamu ni. Makin bengkak opah tengok. Apalah guna opah buat bilik air dalam rumah yang lengkap semuanya. Kamu pergi suruh dia mandi bilik air luar rumah tu pasal apa? Mujur katak je. Kalau tiba-tiba ada ular macam mana? Tak nak fikir langsung sebelum nak mengusik. Tak padan dengan perempuan pulak tu. Seronok mengusik laki sampai kaki bengkak macam ni? Sudah lah tu dengan perangai kaki mengusik kamu tu. Kamu tu dah kahwin. Buatlah macam dah kahwin."

Itulah bingkisan ceramah semalam. Tu bagi sikit je. Tu je yang ingat. Lepas tu dah tak dengar sangat. Mengantuk menyerang.

Kembali ke dunia realiti...

"Sampai sini je. Aku boleh sendiri," Amin memberhentikan langkah dan berkata sedemikian apabila sampai di muka pintu bilik air.

"Betul ni?" Aku meminta kepastian. Iyalah, aku punca kaki dia sampai bengkak gitu.

"Betul. Kenapa? Kau nak teman aku mandi?" Amin mula dengan idea nakalnya. Namun, huh! Salah orang lah Amin oi!

"Aku okay je. Aku tak kesah. Boleh aku bersihkan kau dari atas hujung rambut hingga ke ibu jari kaki. Celah-celah, dalam-dalam kau pun aku sanggup. Isteri mithali lah katakan," Iman menjungkit kening kanannya.

Wajah Amin sudah sedikit kelat. Gila kau nak basuh satu badan. Tak nak aku!

"Aku mandi sendiri! Dah pergi sana!" Amin mengipas tangannya gaya menghalau. Apa ingat Iman tu kucing ke apa?

"Suka hati kau lah. Yang pasti, kalau jatuh kedebuk jangan salahkan aku. Aku dah offer," kata Iman sambil berlalu pergi.

Owh, lupa nak pesan. Adik-adik, dalam-dalam tu otak dia. Nak uji mental dia. Tapi dia tak bagi. Huhuhu. Celah-celah pulak ketiak dia lah. Takut lah tu ketiak dia ber'hutan'. Hahaha!! Jangan buat gini kat laki hampa ya!!

Iman berjalan ke dapur. Menjenguk opah tercinta membuat sarapan.

"Opah masak apa?" Tanya Iman. Opah ketika itu sedang memegang sudip. Macam tengah goreng je.

"Tengah dayung sampan," balas opah nak tak nak. Rabun dah ke cucu aku ni. Tak nampak aku tengah goreng ni.

Aku mencebik. "Opah...tak lawak lah. Lawak hambar. Opah tengah goreng apa?" Tanya Iman lagi.

"Cuba datang tolong opah goreng. Ni tak. Dok tanya buat apa goreng apa. Daripada duduk tambah lemak, baik bakar lemak tolong opah masak," bebel opah.

"Ye lah, mula dah ceramah perdana opah. Meh sini Iman tolong."

Bersambung..
Hari ni kita lanje bab baru. sempena meraikan kemerdekaanku!! 😁 merdeka habis SPM je...perjalanan masih jauh. Keep reading my story 😉



Saturday, September 10, 2016

Cerpen : Diakah Putera Idamanku? (Part 1)

Aku duduk dia atas buayan kayu yang dihiasi bunga-bunga pelbagai warna. Aku memakai gaun berwarna pastel merah jambu tudung shawl berwarna putih suci. Aku bernyanyi kecil sambil menikmati permandangan indah ciptaan Allah.

Pandangan aku dimatikan dengan bunyi derapan kuda. Aku lihat seorang jejaka menaiki kuda putih. Oh, puteraku sudah sampai menjemputku!

Jejaka itu menghampiriku dengan senyuman yang menawan. Dia menghulurkan tangannya. Belum sempat aku menyambut tangannya...

Kringggg!!!!

"Oh mak kau prince charming!" dan...

Kedebuk!!

"Aduh! Sakitnya Kepala aku," aku mengaduh kesakitan. Mana taknya kalau kepala ni cium lantai. Karpet pula basuh. Kalau ada karpet taklah sakit.

"Puteri Qistina Nur Hanna! Apa yang bising-bising tu?" Jerit Puan Hajah Nur Hanisah dari tingkat bawah rumah. Pagi-pagi dah bising.

"Tak ada apa mama!" Balasku. Ni kalau mama tahu mesti jadi bahan sebulan.

Aku tengok jam loceng yang mengganggu aku dengan putera aku. Aku pun senyapkan jam loceng yang dari tadi asyik berbunyi.

"Kacau je aku dengan prince charming aku. Sikit je lagi aku nak capai tangan sasa dia. Huhu," aku berkata sendiri.

Aku pandang lagi sekali jam loceng aku. Pukul 8.15 pagi. Awal lagi. Kelas mula pukul 9.00 pagi. Kejap. 8.15?

"Oh no! Dah lewat!" Aku menjerit kecil sebelum terus menerpa ke arah bilik air. Aku segera membersihkan diri.

'Macam mana boleh terlajak tidur ni?' Aku bertanya kepada diri sendiri.

Selesai mandi aku mencapai baju kurung moden berwarna ungun dah biru. Tudung shawl warna biru di padankan. Make up nipis aku hias di wajah. Aku mencapai beg galas dan segera ke dapur untuk sarapan.

"Assalamualaikum mama," ucapku sambil mencium pipi mamaku.

"Waalaikumsalam. Lambat bangun anak mama hari ni. Ingatkan tak ada kelas," kata mama

"Terlajak tidur. Bagun je dah lewat. Okaylah ma, Hanna dah lewat ni. Hanna gerak dulu," aku mengambil satu keping roti yang sudah disapu mentega kacang dan coklat. Susu aku minum dengan rakus. Aku terus menyalami tangan mama dan mencium pipinya sebelum meninggalkan rumah.

Kunci kereta aku capai. Enjin kereta dihidupkan. Kereta Myvi ku laju meninggalkan perkarangan rumah. UiTM Shah Alam menjadi destinasiku.
~~~
"Tak sempat, tak sempat," aku berkata sambil berlari anak menuju dewan kuliah. Mana taknya kalau tadi jenuh cari parking dan akhirnya dapat tempat jauh dari dewan kuliah. Pensyarah yang ni pulak jenis datang awal. Haish.

Aku menolak kasar pintu dewan kuliah.

"Sempat!"

"Banyak lah kau punya sempat. Pensyarah dah masuk," jelas Hazwani.

"Aku masuk 5 saat lebih awal. Kiranya akulah yang sampai dulu," aku tak mahu kalah. Aku lawan balik apa yang kawanku katakan. Nyaris lewat doh.

"Ye pah, dah cepat duduk. Nanti kena marah dengan pensyarah," arah Hazwani. Aku mengambil tempat duduk di sebelahnya. Sebelah aku masih ada kerusi kosong. Niat nak letak beg kat situ tapi nanti ade orang baru datang tak ada tempat pulak.

Masin mulut aku memang ada orang datang dan duduk di sebelah aku.

"Lewat kamu datang Rayyan. Jalan jam ke?" Sindir pensyarah itu. Mana taknya kalau itulah alasan yang selalu dia dapat bila ada mahasiswa dan mahasiswi datang lewat. Cukup pantang kalau ada yang lewat datang kelasnya.

Rayyan yang dimaksudkan ialah orang yang duduk di sebelah aku. Aku tak lah kenal sangat Rayyan ni sebab aku tak pernah duduk dekat dengan lelaki dan aku tak pernah pandang mahasiswa kat sini. Sebabnya tak ada sorang pun putera aku. Huhuhu. Bilalah putera aku nak datang jemput aku?

"...ri, Puteri!"

"Ya puteraku!" Aku terkejut dan tersasul. Apa lagi, tekup mulut lah aku. Muka aku pun dah blushing. Malu wei!!

"Banyak lah awak punya putera. Dari tadi saya panggil awak tak menyahut. Itulah berangan lagi. Siap jumpa dengan putera ya," perli pensyarah itu, Encik Tarmizi. Semua orang pula tengok aku, ada yang berbisik, ada yang tahan gelak. Gelak lepas pun ada. Arghh!

"Dah, senyap. Kita sambung kita punya pelajaran," Encik Tarmizi meneruskan pelajaran. Aku pula yang tak dapat fokus akibat malu. Huhuhu. Nak balik..

Aku meletakkan muka ku di atas meja dan menyilangkan tanganku di atas meja. Sesekali aku mengalihkan pandangan ke arah Rayyan.

Hmm...rambut depan tutup mata, pakai spec petak, kulit kuning langsat, rambut hitam tapi sekali pandang macam coklat sikit, mata dia...tak nampak warna apa, badan...hmm...boleh la. Tak sado sangat tak keding sangat.

Tapi tak dapat tandingi puteraku. Rambut blonde, anak mata warna biru, kulit putih suci, badan sado. Tapi sado sangat tak syok jugak. Senyuman menawan. Haila, melting!

"Puteri, kau berangan apa lagi tu. Baik kau fokus. Encik Tarmizi pandang sini lain macam doh. Bangun lah wei," di sebabkan kata-kata Hazwani aku bingkas bangun. Aku pun buat-buat ambil note.
~~~
"Engkau berangan apa dalam kelas? Nasib mood Encik Tarmizi hari ni cerah. Kalau tak teruk kita kena dengan assignment dia yang merapu," bebel Hazwani. Aku pun layan je. Siapa lagi nak dengar dia bebel selain kawan dia yag mithali ni.

"Malam tadi aku mimpi prince charming," kataku sambil tersengih. Hazwani memang dah masak dengan perangai aku.

"Tak habis lagi dengan prince charming dia. Bangunlah wahai sahabatku! Jangan bermimpi di siang hari," kata Hazwani sambil menggoncang bahuku. Pening kejap.

"Aku bangunlah ni. Tapi aku tak boleh lah lupa muka dia. Hensem giler. Melting doh!" Ucapku. Hazwani hanya menggeleng kepala.

"Ikut kau lah. Aku nak pergi beli breakfast kejap. Aku tak breakfast tadi," kata Hazwani. Nanti tak pasal-pasal dapat gastrik.

"Pergilah. Aku nak pergi library. Aku tunggu kau kat tempat biasa," aku dan Hazwani berpisah. Kami ke destinasi masing-masing. Bahan untuk assingment Prof. Suriati tak cukup lagi. Nak kena hantar minggu depan. Lewat sesaat jangan harap dia nak terima.

Aku pun masuk ke dalam library. Udara dingin daripada pendingin hawa menyapa kulitku. Sejuk!

Aku mencari buku yang diperlukan. Satu-persatu aku ambil buku yang berkaitan. Buku di susun mengikut abjad memudahkan pencarianku. Tiba di buku yang terakhir...

"Huruf S,S,S dan gotcha!" Belum sempat aku ambil buku tu ada orang lain yang lebih pantas mengambil. Aku melopong. Aku rasa burung pun boleh buat sarang kat dalam mulut aku ni.

'Dia ambik dan blah macam tu je? Aku ni punya lah bertungkus lumus cari tup tup dia ambil macam tu je,' aku bebel di dalam hati. Geram yang amat!

Aku mengekori orang yang telah merampas buku aku. Err..bukan aku punya, library punya. Hendap punya hendap, akhirnya aku berjaya mengesan lokasi penjenayah tersebut. Dah macam polis pulak. Tapi nak jadi cam Shinichi Kudo dalam cerita Detective Conan. Hensem doh Shinichi! Nasib Ran punya.

Aku perhati penjenayah tersebut. Aku pun...

"Oh my Allah! Rayyan?! Mamat nerd?" Dalam banyak-banyak manusia dalam kampus ni, kenapa dia jugak? Kenapa bukan Prince Charming aku? Huhuhu T.T

Aku pun melangkah longlai ke tempat duduk yang biasa aku dengan Hazwani duduk. Patah seribu hatiku bila terkenangkan buku tu~~

Eh, dah melalut dah aku. Tak apalah. Nanti dia dah tak guna aku ambik lah. End of the story. Apa susah ye dok.

Aku mula menelaah. Sedar tak sedar Hazwani duduk di depan aku.

"Sorry lambat. Dah dapat apa yang diminta?"

"Tak. Ada satu buku tak dapat," kataku lemah.

"Asal tak dapat? Ada orang guna?" Hazwani meneka aku pun angguk lah. Dah itu kenyataannya. Nak buat macam mana.

"Alah, biasalah. Buku library. Macam tak pernah kena. Kita buat mana yang ada depan mata dulu,"kata Hazwani sedikit sebanyak mengubat hatiku.

"Saya nak buku ni boleh?" Dalam sibuk kami menelaah, boleh pulak ada satu suara garau kacau. Terbantut idea yang ada dalam kepala. Aku dengan Hazwani memandang empunya suara. Rayyan!

"Buku yang mana?" Hazwani bertanya kembali. Rayyan menunjukkan buku yang ada di depan aku. Aku tengah guna buku ni kut.

"Owh, boleh tapi dengan syarat awak bagi buku yang awak pegang," Hazwani mula dengan sesi tawar-menawar. Aku yang tak setuju mencuit lengan Hazwani dengan pen.

"Aku nak guna lagi lah," bisikku.

"Alah, bagi lah dia pinjam. Kita boleh ambil buku dia," cadang Hazwani.

"Ermm...kejap, aku nak salin. Sikit je lagi," kataku.

"Awak, nanti kami bagi awak. Kami ada sikit lagi je. Dah siap kami bagi. Jangan bagi orang lain pulak buku tu," pesan Hazwani kepada Rayyan.

Rayyan menganggukkan kepala tanda setuju. Dia terus meninggalkan meja kami. Aku pula masih tekun menyiapkan kerja. Nak buat kerja pun tak senang.

"Asal tak bagi dia pinjam?" Hazwani seperti kehairanan dengan sikap aku. Macam baru kenal aku semalam je minah ni.

"Aku tak suka dia lah," aku pun jujurlah dengan perasaan aku. Serius aku cakap aku tak suka dia. Nerd doh!

"Tak profesional lah kau ni. Nanti aku nak kau sendiri yang pergi bagi dan ambil buku tu kat dia. Aku nak kau pergi sendiri. Boleh pulak tak suka. Asal nerd je tak suka.  Entah-entah dia putera kau," bebel Hazwani panjang. Suka-suki je kata Rayyan tu prince charming kita. Huh!

Seperti yang diarahkan, aku pun bangun untuk bertukar buku. Aku tercari-cari kelibat Rayyan. Mata aku tertacap satu susuk yang aku kenali. Kepalanya diletakkan di atas meja berlapikkan lengan. Tidur barangkali. Aku mengambil kesempatan untuk mengamati wajahnya. Hmm, boleh tahan lah muka dia.

Aku terkejut apabila mata yang tadi terpejam terbuka secara tiba-tiba. Akibat dia mengeringkan kepala semasa tidur tadi, jelas kelihatan warna anak mata Rayyan. Warna coklat cair! Cantik doh!

"Awak nak apa?" Tanya Rayyan. Suaranya agak serak kerana baru bangun tidur.

"Nah buku yang awak nak tadi," aku menghulurkan buku yang dipinta. Tapi kan, jantung aku ni laju je berdetak. Macam orang lari pecut.

"Owh, terima kasih," Rayyan menyambut huluranku. Buku bertukar tangan. Setelah dapat apa yang diinginkan aku berpaling dan meninggalkan Rayyan.

"Rayyan, mata kau boleh nampak lah. Cover sikit. Nanti ada orang perasan," tegur Raziq. Habis lah kantoi pasal Rayyan. Tak pasal-pasal tukar universiti.

Rayyan hanya akur dan membetulkan rambutnya. Namun, fikirannya masih memikirkan Puteri.
~~~
"Akhirnya, siap jugak," Hazwani mengeliat kecil. Hampir tiga jam bertapa dalam library. Sejuk!

"Jom gerak. Solat, makan tengah hari pastu ke dewan kuliah. Ada satu kelas dengan Prof. Fauzi," satu-persatu rancangan Hazwani katakan. Mujur hari ni dua kelas je. Memang boleh manfaatkan masa yang ada untuk siapkan tugasan.

"Okay, jom," aku pula bersuara tanda setuju.

Dalam perjalanan, aku terlihat satu majalah yang dihiasi seorang model lelaki yang agak tampan. Mata model itu sungguh menarik perhatian aku. Coklat cair. Sama macam warna mata Rayyan.

Bila tengok betul-betul, ada iras-iras si Rayyan tu. 'Nah, tak mungkin,' aku menafikan. Macam langit dengan bumi.

"Hanna! Kau buat apa? Cepatlah, aku dah lapar ni," Hazwani menjerit memanggilku.

"Coming!" Aku menyahut. Wajah Rayyan dan model itu terus-menerus bermain di layar mindaku.
~~~
"Asal kau beli majalah tu?" Hazwani bertanya kehairanan. Mana taknya kalau aku beli majalah yang ada model lelaki tadi. Macam magnet je model tu sampai buat aku beli. Aku pun pelik.

"Entah," itulah jawapan yang aku rasa tepat dan sesuai dalam situasi aku.

"Entah kau cakap. Ingat aku tak perasan yang kau asyik tenung gambar model tu. Aku tau lah dia tu hensem," kata Hazwani.

"Mungkin dia prince charming aku," kata aku sambil tersengih. Hahaha. Dah mai dah perangai princess aku.

"Dalam mimpi kau lah nak dapat dia. Kau tau tak dia ni famous nak mampus. Satu dunia kena dia tau tak," wajah Hazwani sangat melucukan bagi aku. Dengan mata terbeliak dan riak wajah terkejut.

"Amboi, bukan main lagi kau ye. Kau pun minat dia ek?" aku meneka.

"Gila kau tak minat! Hampir semua budak kampus minat dia tau. Yang tak minat laki je. Senyuman dia manis bak madu. Renungan matanya menikam menusuk kalbu," geli pulak aku tengok Hazwani ni.

"Kenapa aku tak pernah tau pun?"

"Macam mana kau nak tau kalau kau dok termimpikan prince charming kau yang tak pernah wujud tu," nampak sangat Hazwani meluat. Meluat-meluat pun layan jugak aku ni. Hihihi.

Hazwani meneruskan lagi pengenalan model itu yang dikenalani sebagai Ray kepada aku. Rupanya dia ni penyanyi jugak. Bukan tu je. Dia ni kacukan. Tak tau lah kacuk dengan negara mana yang pasti mata dia asli. Bukan cibtact lense. Yang aku kagum ialah prinsip dia.

No touching or a photo with any woman. Only the choosing one is allowed to. Please respect me as a Muslim.

Woah! Memang aku tabik spring dengan dia.

Rayyan dari jauh hanya memerhati Hanna dan Hazwani. Terbit satu senyuman di bibir.
~~~
"Okay Ray, kau ada lagi satu photoshoot and then habis buat hari ni. Tapi jangan lupa pasal training kita malam ni," kata Raz kepada aku. Aku hanya mengangguk faham.

Penat sebenarnya. Mana taknya kalau lepas habis kuliah terus ke studio. Jadual padat sangat. Satu senyuman terukir di bibir.

'Tak sangka masih ada insan yang tak kenal aku,' aku berkata sendiri di dalam hati. Satu tawa halus aku lepaskan.

"Ray!"

"Coming!"
~~~
"Hmm..." aku sedang menjalankan misi. Satu siasatan sedang dilaksanakan.

Biodata dia tak banyak. Nampaknya, suspek seorang yang secretive. Susah nak meneruskan siasatan kalau macam ni.

"Hah! Buat apa tu?"

"Oh my prince charming! Ya Allah, terkejut Hanna. Tak reti bagi salam ke?" Aku mengurut dada. Terkejut punya pasal. Nasib tak buka langkah silat. Akak aku yang sorang ni memang nak kena. Meh sini aku bagi jelingan maut sikit.

"Ingat kak long takut la dengan jelingan maut kamu tu? Kak long tak heranlah. Kamu buat apa tu?" Puteri Qairina Nur Jannah, kakak aku yang satu bertanya. Sempat dia menjeling-jeling komputer riba aku.

"Tak ada apalah," kataku lalu menutup komputer riba.

"Ye lah tu. Macam kak long tak nampak kamu tengok profile model terkenal, Ray. Sejak bila kamu minat dengan model ni?" Jannah bertanya teruja. Mana taknya kalau adiknya yang in love with prince charming dalam cerita dongeng sudah mula menaruh minat kepada insan realiti. Satu pencapaian yang memberansangkan.

"Dah tau tanya pulak. Entah lah akak. Dia macam ada something different. Macam ada sesuatu yang menarik perhatian Hanna untuk mengenali dia," jujur aku.

"Wuuu, adik kak long dah fall in love dengan orang sebenar! Tapi, taste kamu tinggi sangat. Model macam Ray plus penyanyi tu mana nak pandang orang biasa macam kita," dah jatuh cinta dengan orang sebenar kira bagus. Tapi mustahil untuk dapat insam tersebut.

"Siapa kata Hanna fall in love dengan dia. I just like his eyes," aku berkata sambil tersengih.

"Eleh, sengih macam monyet. Tak payah tipulah. Kak long kenal kamu. Okay lah, akak kena gerak dulu. Kak long nak pergi ambil abang ipar kamu kat airport," Jannah meminta diri untuk beredar. Dua minggu berjauhan dengan sang suami. Gila tak rindu? Huhuhu.

"Ya lah kak long oi. Hati-hati drive," aku sempat berpesan kepada kakak aku. Macam ni lah kehidupan bila kak Jannah dah kahwin. Umur beza tak jauh sangat. Dia 26 aku 23. Atas aku ada dua orang abang. Twins! 24 tahun. Bawah aku pun twins jugak. Tapi lelaki dan perempuan. Yang itu 20 tahun.

Tapi kat rumah just ada aku dan abang kembar aku. Yang kecil sorang dekat Sabah sorang dekat Terengganu. Yang abang aku, dua-dua dah kerja. Sorang jadi usahawan. Take over syarikat papa. Sorang lagi pun kerja dengan papa as accountant but, dua-dua ada kerja sambilan. Alang jadi fotografer. Tu memang minat dia. Angah yang take over jadi model.

Wait! Angah kan model dan Alang fotografer. Mesti kenal dengan Ray. Strategi kini dirancang.
~~~
"Angah...." suara aku sengaja manjakan. Macam kucing parsi nak bermanja dengan tuan pun ada. Aku pun duduk di sebelah angah, Megat Qairil Ahmad Hanif yang tadi asyik menonton televisyen. Alang, Megat Qairul Ahmad Hanafi hanya memerhati.

"Ni tak lain tak bukan mesti nak apa-apa ni. Kalau tak mana ada nak bermanja dengan angah," kata Hanif. Macam tau-tau je. Hihihi.

"Boleh tak next time achik nak ikut angah atau alang ke studio?" Pintaku dengan mata dikerdipkan berkali-kali. Cuba memujuk angah dengan alang.

"Buat apa nak ikut? Bukan achik tak minat ke dengan mana-mana artis? Kenapa tiba-tiba nak ikut pula?" Aku dah agak dah angah akan tanya macam tu. Tak apa, jawapan telah aku karang.

"Achik nak..."

"Achik nak intip Ray kan?" Siapa pulak lah yang kacau line? Aku apa lagi jeling lah yang tukang jawab. Alang!

"Huh?! Intip Ray? Buat apa intip mamat tu? Lepas tu mana kau tau alang?" Hanif bertanya kepada adik kembarnya.

"Kak long cakap. Terserempak kat kedai makan yang selalu kita pergi dengan abang long. Kak long pun cerita lah yang adik kita ni dah tangkap cintun dengan Ray," tenang Hanafi menutur kata. Aku pulak dah gugup. Kalau dengan alang okay sikit. Alang tak banyak songeh macam angah.

"Tangkap cintun? Achik, kalau achik nak jatuh cinta boleh tapi bukan dengan Ray! Never! Latar belakang dia mana kita tau. Bla bla bla...," dah mula dah syarahan angah. Alang lah ni. Suka kenakan kita. Suka lah tu kita kena leter. Buktinya, bahu dia dah terhenjut-henjut tahan gelak. Huh!

Nampaknya misi kali ini gagal. Huhuhu..
~~~
Satu keluhan aku lepaskan. Hazwani memandang aku.

"Awat kau ni? Mengeluh je?"

"Angah...dia tak bagi ikut pergi studio," aku berkata lemah.

"Kau nak buat apa pun ke studio?"

"Manalah tau terjumpa Ray,"

"Wei, kau biar betul? Sampai macam tu sekali?"

"Ya lah. Aku nak pastikan perasaan aku ni betul ke tak,"

"Tak payah lah. Kau tu kan jarang tengok lelaki. Lelaki yang kau tengok pun keluarga kau, lecturer. Kau mana tengok mahasiswa kat sini,"

"Mungkin lah kut," aku berkata lemah.
~~~
"Baik, saya akan agihkan kamu semua mengikut kumpulan. Setiap kumpulan ada 4-5 orang. Kumpulan ini muktamad. Sebarang bantahan tidak dapat diterima," tegas kata Prof. Diana. Kalau itu keputusan Prof. memang tak dapat dibidas.

Kedengaran keluhan ramai mahasiswa dan mahasiswi. Aku pun turur mengeluh.

'Nama aku ada kat kumpulan 7. Yeay! Satu group dengan Hazwani!' Aku mula bersorak riang dalam hati. Hazwani pun sama. Bukan senang nak dapat satu geng.

Namun kegembiraan ku hanya sebentar. Dua orang lagi ahli dengan Rayyan dan Raziq! Kenapa mesti mereka? Dua orang tu kejap ada kejap tak ada dalam kelas. Aduh, susah cenggini.

"Okay apa dua orang tu. Kerja diorang selalu dapat pujian daripada lecturer," eh, macam boleh baca fikiran aku pulak Hazwani ni.

"Hai korang," sapa satu suara garau. Raziq rupanya.

"Hai," Hazwani membalas. Aku? Apa lagi sunyi sepi lah.

'Eii, sombongnya minah ni. Harap dia bukan fans aku. Kalau tak jangan harap dapat layanan macam fans yang lain,' Raziq berkata di dalam hati. Menyampah dengan Hanna.

"Korang bila free? Kita ada 2 minggu nak siapkan assignment ni. Ke nak agih tugas je?" Hazwani memberi cadangan.

"Okay jugak tu. Nak contact number korang. Senang nak inform apa-apa," Raziq meminta. Hazwani memberi nombor telefon dia dan aku.

"Maaflah dengan kawan saya ni. Dia memang pemalu 'sikit' dengan orang yang dia tak kenal," Hazwani memohon maaf bagi pihak. Perkataan sikit sengaja ditekankan. Aku apa lagi, jeling lah!

"Apa jeling-jeling? Ingat comel?" Hazwani marah aku. Raziq pulak ketawa melihat kami.

"Rapat jugak korang berdua ni,"

"Mana tak rapat kalau dari zaman sekolah berkawan," jujur Hazwani. Actually, dari tadika lebih tepat.

"Owh patut lah. Okay lah, kitorang gerak dulu. Ada hal. Malam ni kita bincang kat whatsapp okay," Raziq pun berlalu pergi.

"Sikit-sikit ada hal. Macam penting sangat je," aku berkata perlahan dengan harapan aku je yang dengar.

"Kau tu, sikit-sikit jeling. Nanti juling mata kau nanti, baru tau. Penting lah tu kalau diorang tergesa-gesa. Optimis sikit boleh tak," kata Hazwani tegas. Nasib lah dapat kawan macam ni.

Dengar pulak Hazwani ni. Patut lah ujian lisan dia selalu dapat markah meletup kebabom. Telinga arnab betul.

"Dah jom. Aku nak balik. Malam ni aku nak keluar dinner dengan my beloved family. Aku blah dulu," Hazwani pun blah dari situ. Tinggal aku di dewan kuliah.

Nak buat apa ek? Hah! Nampaknya mentol dah menyala terang. Hihihi.
~~~
"Hanif, ni baju kau hari ni. Tadi ada kru bagi. Tersilap orang lah tu," kata Hanafi lalu menyerahkan pakaian Hanif. Pakaian itu bertukar tangan.

"Susah bila ada kembar. Asyik tersilap orang je. Kau shoot gambar siapa hari ni?" Hanif bertanya kepada Hanafi memandangkan Hanafi membawa kameranya.

"Aku shoot gambar kau. Lepas tu gambar Ray and the band," Hanafi berkata ringkas.

"Ray lagi. Apa yang ada pada dia sampai achik pun sekali minat dia?" Hanif tertanya-tanya. Ya lah adiknya yang satu tu mana kisah dengan dunia artis ni.

"Kak long cakap mata dia. Alah, biasa lah tu. Kacukan lah katakan," jawab Hanafi.

"Ya ke? Aku nak ikut kau lah photoshoot Ray tu nanti. Aku nak tengok apa yang ada pada dia yang buat achik tertarik," tekad Hanif. Hanafi sudah menggelengkan kepala. Malas nak menghalang.

"Ikut suka kau lah Nif oi. Jangan kacau kerja aku sudah," pesan Hanafi. Mereka berlalu mengambil tempat apabila Hanif sudah segak memperagakan pakaian yang diminta.
~~~
"Nafi, mana Ray tu? Tak nampak pun," bisik Hanif.

"Kejap lagi sampai lah tu. Dia tak silap aku student jugak. Ada kelas lah tu" kata Hanafi yang matanya masih membelik kameranya.

"Wei, yang tu ke?" Perbuatan Hanafi terbantut apabila Hanif menepuk bahunya. Dia memandang ke arah yang di tunjukkan Hanif.

"Betullah tu,"

"Biasa je aku tengok. Hensem lagi aku," angkat baku sendiri nampak.

"Dah lah, aku nak siap. Diorang dah sampai tu. Kejap lagi photoshoot lah," Hanafi mengambil tempat. Hanif  pula ingin beredar. Matanya tertacap pada satu susuk yang amat di kenali. Achik!

"Achik!" Hanif menjerit memanggil Hanna. Hanna pula memusingkan badan apabila terdengar namanya di sebut. Hanna melihat Hanif di muka pintu. Hanna pun menghampiri Hanif.

"Achik buat apa kat sini? Macam mana boleh masuk?" Tanya Hanif.

"Nak tengok angah dengan alang lah. Achik cakap kat pak cik jaga yang achik ni nak adik angah dengan alang. Tu yang dapat masuk," jelas Hanna.

"Buat apa nak tengon angah dengan alang? Selama ni tak pernah pun nak tengok. Ni mesti nak cari Ray kan," duga Hanif.

"Asyik-asyik Ray. Aduh, ingat achik kisah sangat ke dengan dia,"

"Kalau macam tu kenapa?"

"Korang berdua boleh senyap tak? Orang tengah buat kerja kat dalam. Korang bising ganggu kitorang," pesan Hanafi. Tak tahan pula dia dengar suara Hanif dengan Hanna di luar. Kuat sangat. Mujur tak mula lagi

"Sorry. Jom pergi kafeteria," Hanif mengajak Hanna. Hanna mengangguk setuju. Hanafi kalau dah mengamuk, hanya Allah je tahu.

Hanna mengekori Hanif yang sudah mula melangkah. Hanafi masuk ke dalam studio kembali.

"Maaf bising tadi. Kita boleh mula sekarang," Hanafi memohon maaf dan memulakan sesi bergambar.
~~~
"Alah, mana model kita ni? Tak sampai-sampai," kata seseorang. Mungkin kru di sini.

"Kenapa ni?" Hanif bertanya kepada insan tersebut.

"Model tak sampai lagi. Pengarah dah marah tu," telefon milik insan tersebut berbunyi.

"Hah?! Tak dapat datang? You tak boleh buat macam ni. You dah banyak kali cancel kita punya photoshoot. He, hello? Kurang ajar betul dia letak telefon," mungkin model yag ditunggu telefon tak dapat datang. Muka orang tu dah pucat dah.

"Ada apa-apa yang boleh saya tolong?" Hanif menawarkan bantuan. Kalau-kalau dia boleh gantikan model tu.

"Thanks tapi awak tak boleh tolong. Model yang kami tunggu tu perempuan. Melainkan..." insan tersebut yang di kenali sebangai Cik Lily memandang Hanna. Dari atas hingga ke bawah.

"Kalau cik tak keberatan, boleh tak gantikan model kami?" Tanya Cik Lily kepada Hanna. Hanna sudah terlopong. Gila ke suruh dia yang tak ada pengalaman ni jadi model?

"Cik jangan risau sebab baju yang cik akan pakai ada dengan tudung. Cik tak perlu risau sebab baju itu pun menutup aurat," cik Lily cuba menyakinkan Hanna.

Hanna memandang Hanif. Hanif yang memahami maksud pandangan Hanna hanya mengangguk tanda terima permintaan cik Lily. Hanna lambat-lambat mengangguk setuju.

"Terima kasih banyak-banyak cik dan encik!" Tampak bersinar wajah cik Lily. Lega benar dapat cari pengganti.

"Tak payah ber'encik' lah. Panggil je Hanif. Ni adik saya Hanna," jelas Hanif. Cik Lily hanya mengangguk.

"Okay, jangan buang masa. Jom ikut saya ke bilik persalinan," Cik Lily menarik tangan Hanna menuju ke bilik yang di maksudkan.

Sepasang gaun berlengan panjang berwarna krim dan coklat sungguh menambat hati Hanna. Ala-ala gaun dalam cerita princess gitu. Mata Hanna sudah bersinar.

"Okay, awak tukar baju dulu. Nanti akan ada orang yang akan make up awak. Kalau awak risau nanti orang kenal awak, jangan risau sebab tema kita masquared. Jadi takkan ada siapa yang akan cam awak," cik Lily menyakinkan Hanna lagi. Hanna dah tak kisah asalkan dia dapat pakai gaun tu.

"Mana model kita ni?! Dah dekat dua jam tunggu takkan tak sampai-sampai lagi?!" Marah pengarah. Ingat orang lain tak ada kerja ke nak kena tunggu dia?!

'Mak ai, garang giler pengarah tu. Kalau Hanna kena marah macam mana? Dia tu mana boleh kena tengkin,' Hanif mula risau apabila melihat amarah pengarah itu. Kalau kena tunggu dua jam gila tak mengamuk? 'Mana pulak Hanna ni. Lama pulak dia bersiap,' Hanif tercari-cari kelibat Hanna.

"Maaf lambat tuan pengarah. Model yang sepatutnya tak dapat datang. Tapi tuan jangan risau sebab saya dapat cari pengganti," cik Lily cuba memujuk pengarah itu. Dia memanggil Hanna untuk masuk.

Hanna melangkah keluar menghampiri cik Lily dan tuan pengarah.

'Ya Allah, jangan dia tengking aku sudah lah. Aku ni lemah semangat,' Hanna berdoa dalam hati. Lambat-lambat Hanna melangkah. Lembik kepala lutut sia!

"Hmm.." pengarah itu memandang Hanna dari atas hingga bawah.

'Udah kenapa dia pandang aku macam tu?' Hanna mula gugup.

"Okay cun. Cepat kita mulakan," arah pengarah itu. Hanna melepas nafas lega. Fuh!

Hanna mula posing seperti yang diminta. Cahaya kamera menyebabkan Hanna silau. Namun senyum tetap terukir.

"Nif, macam mana Hanna boleh jadi model pulak ni?" Pertanyaan Hanafi yang tiba-tiba mengejutkan Hanif. Nasib tak ada penyakit jantung. Kalau tak, dalam bumi dah dia sekarang.

"Kau ni, memang tak sayang kembar betul. Terkejut aku. Nampak tak perempuan yang kat hujung tu. Hah, tadi terserempak dia masa nak pergi kafe. Dia tunggu model untuk sesi ni tapi tak dapat datang. Aku offer nak tolong tapi model tu perempuan jadi Hanna tolong gantikan tempat model tu," panjang lebar Hanif bercerita hanya anggukkan di bals oleh Hanafi. Angguk je lah yang mampu.

"Okay cun!" Kata pengarah. Tiba-tiba...

"Maaf terlewat!" Datang seorang yang segak mengenakan baju ala-ala putera raja.

Sungguh Hanna terpegun. Gila tak terpegun, prince charming kot! Walaupun tak ada rambut blonde rambut coklat pekat pun jadi.

"Okay saya nak awak berdua berdiri bersebelahan," arah pengarah itu. Hanna turuti saja. Begitu juga dengan prince charming. Pelbagai posing mereka lakukan.

Jantung Hanna berdetak sama laju dengan cahaya kamera. Berdebar kut!

"Okay! Cukup sampai hari ni saja. Terima kasih kepada semua," hampir dua jam berposing, pengarah menamatkan sesi bergambar.

'Fuh, penatnya! Taubat aku nak buat kerja ni lagi,' Hanna serik dengan pengalamannya hari ni. Dah lah kena berdiri lama. Posing itu posing ini. Panas pulak tu. Serik, serik.

"Terima kasih Hanna sebab sudi tolong akak! Kalau Hanna tak ada mesti akak kena pecat," ucap Cik Lily tiba-tiba membuatkan Hanna sedikit terperanjat. Mujur dia kuat semangat.

"Tak ada apalah. Hari ni saya tolong akak. Hari lain akak tolong saya pulak," balas Hanna.

"Hanna!" Panggil Hanif agak kuat.

"Okaylah akak. Abang dah panggil. Nak pergi tukar baju dulu. Saya minta diri dulu," pinta Hanna mengundur diri.

"Okay. Terima kasih sekali lagi tau," mereka sempat berpelukan sebelum pergi haluan masing-masing.
~~~
"Seronok jadi model?" Tanya Hanafi di dalam kereta.

"Tak! Penat! Macam mana angah boleh tahan?" Pantas Hanna menjawab. Taubat. Tak nak buat dah! Hanna mengipas tangannya untuk menyejukkan wajahnya. Berpeluh sakan. Macam air terjun.

"Hahaha. Angah dah biasa. Itu lah, gatal lagi nak ikut. Dapat la rasa jadi model. Tapi dia cakap upah nanti dia bagi dekat achik," jawab Hanif.

"Dapat upah?! Wuuu, seronoknya!" Hanna bersorak gembira.

"Seronoklah dapat upah," kata Hanif yang berada di tempat duduk penumpang hadapan.

Hanna tersenyum sampai ke telinga. Baru lima minit dalam kereta, Hanna telah terlelap keletihan. Hanif dan Hanafi hanya ketawa halus melihat Hannah. Letih betul.

Bersambung...
Panjang sangat draft so decide kita bahagikan part. Sorry...dah tak macam cerpen pulak ada bersambung...but wait for the next part!!

Saturday, August 27, 2016

Cerpen : My Loves Story

"Aku terima nikahnya Nur Dahlia binti Dasuki dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai."

"Sah."

"Alhamdulillah." Orang ramai mengucap syukur kerana dengan sekali lafaz pasangan bahagia selesai di ijab kabul.

Ustaz membacakan doa. Pengatin lelaki terus membuat solat sunat di makmumkan oleh pengatin perempuan sebelum sesi pembatalan air sembahyang sejurus mengaminkan doa.

Pengatin lelaki menyarungkan cicin emas perak di jari manis pengatin perempuan. Pengatin perempuan mencium tangan pengatin lama. Terasa hangat tangan itu beradaa dalam gengaman.

Pengatin perempuan menyarungkan cincin seperti yang dilakukan pengatin lelaki tadi. Pengatin lelaki mencium dahi pengatin perempuan. Terada syahdu hati Dahlia. Ya, kina dia dan Haiqal sah sebagai suami isteri. Setelah enam bulan bertunang, akhirnya statusnya berubah.

Ya Allah, berkatilah masjid yang telah kami bina. Bimbinglah kami agar kami tidak tersasar jauh dariMu. ENGKAU restuilah rumah tangga kami. Itu doa Dahlia.

~~~

"Ibu," Dahlia memanggil ibu mertuanya. Ada hajat dia bertemu dengan ibu mertuanya. Alhamdulillah majlis persepsi dua-dua belah pihak sudah selesai.

"Ada apa Lia?" Tanya Puan Hajah Sakinah. Syukur anaknya sudah mendirikan rumah tangga. Dapat pulak isteri macam Dahlia. Lemah lembut, baik, penyayang, hormat orang tua pula tu.

"Boleh tak ibu ajar Lia masak makanan kegemaran Haiqal?" Itulah hajatnya ingin berjumpa dengan ibu.

Puan Hajah Sakinah tersenyum melihat menantunya. "Boleh sangat. Bila nak mula?"

"Tapi ibu, Lia ni tak pandai masak. Setakat goreng-goreng tu boleh lah," jujur Dahlia. Buat apa nak malukan? Kata pun bak berlajar. Bagi tahu siap-siap nanti tak adalah kena teruk-teruk.

"Memasak bukannya susah pun Lia. Senang je,"

"Kalau macam tu. Okaylah ibu. Sekarang tengah cuti sekolah. Haiqal pula sibuk dengan kerja dekat hospital. Ermm...apa kata Lia minta tinggal sini seminggu dua dari Haiqal?" Dahlia memberi cadangan.

"Elok sangatlah tu. Boleh teman ibu dekat sini. Boleh berbual panjang dengan Lia," kata Puan Hajah Sakinah gembira. Menantu sulung kut.

"Nanti Lia cakap dekat Haiqal."

~~~

"Awak,"

"Ya sayang, nak apa?" Haiqal memandang Dahlia yang sudah macam udang galah. Merah gila! Comel pulak.

"Saya nak tinggal kat sini dalam seminggu dua ni boleh?"

"Seminggu dua?!"

"Shushh! Suara awak tu kuat sangat lah. Nanti apa pulak orang kata," Dahlia sudah kalut apabila tanda-tanda nak tinggal dekat rumah mak mertua seperti tak diizinkan.

"Sayang nak buat apa tinggal sini? Lama pulak tu. Kita baru kahwin kut. Sampai hati sayang nak tinggal hubby sorang-sorang," wajah Haiqal sudah masam mencuka. Macam jeruk pun ada. Dah kecut-kecut dah sebab air keluar.

'Eh laki aku ni. Masa tunang tak ada pulak nak guna sayang bagai. Ada lah sikit-sikit dulu. Meremang bulu roma aku,' desis Dahlia.

"Saya nak teman ibu. Lagi pun awak nanti sibuk kat hospital. Lagi pun saya tengah cuti sekolah. Boleh saya teman ibu kat sini," Dahlia cuba supaya Haiqal izinkan dia tinggal di rumah ibunya.

"Jadi sebab saya sibuk awak nak tinggalkan saya dan duduk dekat sini? Sayang, saya boleh cuba cari masa untuk awak. Saya pun kalau boleh tak nak sibuk. Saya nak luangkan masa dengan awak," luah Haiqah. Jujur dia pun ingin meluangkan masanya dengan Dahlia. Namun, masanya sangat terhad. Banyak masa dihabiskan di hospital.

Haiqal duduk bersila di atas katil sambil menyilangkan tangannya. Tanda protes. Tidak setuju dengan idea Dahlia.

'Merajuk lah tu,' teka Dahlia.

Dahlia merapati Haiqal. Dia duduk di sebelah Haiqal. Haiqal memusingkan badannya. Tak nak tengok muka Dahlia. Merajuk!

"Awak.."

Tiada balasan daripada Haiqal.

"Hubby sayang, boleh lah sayang tinggal kat sini. Hubby kan ada cakap yang hubby banyak kerja kat hospital. Hubby selesaikan dulu kerja hubby. Lepas tu kita pergi honeymoon nak?" Dahlia cuba memujuk Haiqal dengan mengubah kata ganti nama mereka. Suara juga dimanjakan.

"Betul sayang nak pergi honeymoon dengan hubby?" Nampaknya Haiqal memakan pujukan Dahlia.

"Sayang janji. Pasangan suami isteri yang manalah tak nak pergi honeymoon? Tapi sayang nak duduk sini. Sayang nak teman ibu. Hubby pun tak habis pindah barang masuk rumah baru kita kan."

"Ya lah. Tapi hubby bagi 4 hari je. Mana boleh lama-lama terpisah dengan sayang biy ni. Rindu," kata Haiqal manja. Badan di pusingkan menghadap Dahlia. Pipi Dahlia dicubit manja.

"Yeay! Sayang biy!" Tanpa sedar Dahlia memeluk Haiqal. Haiqal agak terkejut dengan tindakan Dahlia.

Dahlia bagaikan baru tersedar cuba menjarakkan ruang antara mereka. Namun, Haiqal menarik badan Dahlia kembali dan memeluk Dahlia erat. Wajah Dahlia sudah merah akibat malu. Terasa panas wajahnya saat ni.

Haiqal melonggarkan pelukan tapi tanggannya masih setia di pinggang Dahlia. Haiqal merapatkan wajah mereka. Dahlia dapat merasakan hembusan nafas Haiqal.

Perlahan-lahan, Haiqal mengucup dahi Dahlia. Dahlia memejamkan matanya dan merelakan perbuatan Haiqal.
~~~
"Assalamualaikum ibu."

"Waalaikumsalam Dahlia. Haiqal mana?"

"Ada dekat depan dengan ayah. Ibu masak apa ni?" Tanya Dahlia apabila melihat ibu memotong sayur.

"Ibu nak masak nasi goreng kampung. Haiqal suka tau nasi goreng kampung. Mari ibu ajarkan," ajak Hajah Sakinah kepada menantunya.

"Assalamualaikum ayah," sapa Haiqal kepada Haji Harun yang duduk bersantai sambil membaca surat khabar.

"Waalaikumsalam. Awal bangun. Biasa tidur lagi waktu ni. "

"Mestilah bangun ayah. Tak ada orang kat sebelah. Tak lena tidur," usik Sharmila, adik perempuan Haiqal.

"Ish dia ni, pergi tolong ibu dekat dapur. Menyemak je," halau Haiqal. Sebenarnya tahan malu. Sebab apa yang Sharmila cakap tu betul. Hihihi.

"Alaa...bagi lah Mila rehat. Isteri abang ada tolong. Buat apa ramai-ramai dekat dapur tu," kata Sharmila malas. Penat kut. Seharian berdiri, ke sana ke mari. Lenguh kaki ni tak hilang lagi.

"Alasan je tu. Mila kalau masuk dapur habis macam reban ayam. Bersepah. Lepas tu bukan dia nak kemas. Ibu jugak," celah Hakim, adik lelaki Haiqal dan abang kepada Sharmila.

"Hei! Mila kemas okay. Lepas ni kalau abang Akim minta tolong Mila masak, Mila tak nak masak," mula sudah sesi rajuk-merajuk Sharmila. Sehari tak merajuk tak sah. Manja! Anak bongsu lah katakan.

"Eleh, abang Akim boleh masak sendiri lah. Lagi uhmm dari Mila masak," puji Hakim kepada diri  sendiri. Siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri. Ye dok.

"Sudah le tu. Asal abang balik je kamu berdua bergaduh. Naik bernanah telinga abang dengar kamu berdua bertikam lidah," Haiqal cuba meredakan adik-adiknya yang sedang hangat berdebat.

"Siapa suruh dengar!" Serentak Hakim dan Sharmila berkata sedemikian. Haiqal menggelengkan kepalanya tanda mengalah. Malas sudah layan adik-adiknya. Entah bila baru reda pun tak tahu. Kalau masa diorang kecik senang je nak diamkan diorang. Ayah tarik telinga dua-dua. Baru senyap.

"Apa yang riuh tu? Sampai ke dapur boleh dengar. Mari makan. Nasi goreng kampung dah siap," ajak Hajah Sakinah. Bila semua berkumpul memang riuh. Bila tinggal berdua sunyi je. Cepat-cepat lah dapat cucu. Boleh main dengan cucu!

"Wuu, patut lah wangi je. Sampai perut Haiqal ni nyanyi lagu rock dah," kata Haiqal girang. Jujur dia memang lapar. Dapat nasi goreng buatan ibu memang seronok perut dia hadam.

Mereka duduk di meja makan. Haiqal sudah semestinya menyimpan tempat duduk untuk Dahlia. Mana boleh berpisah. Sampai sanggup halau adik tu. Tak bagi duduk sebelah dia.

"Dahlia, cedok nasi untuk Haiqal," arah Hajah Sakinah.

Dahlia hanya turuti. Dicedoknya nasi goreng ke dalam pinggan untuk Haiqal, suami tersayang. Jelas senyuman gembira terpamir di wajah Haiqal.

Dahlia menyerahkan pinggan yang sudah dia cedok nasi goreng. Haiqal menyambut huluran Dahlia.

Haiqal membaca doa makan. Selesai mengaminkan doa, mereka sekeluarga menjamu selera.

Asyik betul mereka makan. Dahlia pula dalam menguyah nasi, dijeling juga suaminya. First time kut masak tak guna perencah!

Dahlia perhatikan riak wajah Haiqal. 'Berdebarnya rasa. Agak-agak dia perasan tak yang aku yang masak?'

"Dahlia yang masak eh nasi goreng ni?" Tu dia. Nak sangat. Tanya Haiqal. Dahlia apa lagi. Tersedak dia bila ditanya.

Haiqal cepat-cepat menuang air dan hulurkan kepada Dahlia. Dahlia meminum air dengan rakus.

"Ish kamu ni Haiqal. Kan dah tersedak si Dahlia ni. Kalau ya pun Dahlia yang masak apa salahnya?" Marah Hajah Sakinah.

"Kak Lia yang masak?!" Jerit Hakim dan Sharmila serentak.

"Kamu berdua ni kan. Dari tadi menjerit. Kalau perlahan tak apa. Ni orang duduk taman sebelah pun boleh dengar," marah Haji Harun.

"Terkejut. Nak buat macam mana. Suara ni tak boleh control," jawab Hakim.

"Tindakan refleks ayah," sokong Sharmila.

"Sudah, orang tersedak bukannya nak tolong. Bising je," Hajah Sakinah bersuara. Haiqal hanya menggelengkan kepala. Tangannya sibuk menggosok belakang Dahlia. Dengan harapan Dahlia semakim lega.

"Dah okay," kata Dahlia perlahan.

"Haiqal, bawak si Dahlia ni masuk bilik. Pucat dah ibu tengok muka dia," Hajah Sakinah memberi cadangan. Haiqal mengangguk setuju.

Haiqal membantu Dahlia berdiri. Dahlia cuba menolak tubuh Haiqal yang amat rapat dengannya. Tersedak je, bukannya nak terberanak.

"Sayang okay?" Tanya Haiqal risau.

"Okay lah. Tak payah risau sangat. Pergilah sambung makan tu," Dahlia cuba menenangkan Haiqal. Kalut sangat. Habis terbantut selera dia.

"Nanti lah. Risau lah tengok sayang ni."

"Lia okay lah. Tersedak je. Bukannya tercekik. Tak ada tulang pun nak tercekik."

"Ye...tapi betul ke sayang yang masak?"

Dahlia telan air liur. KBAT sangat soalannya.

"Kalau betul kenapa? Tak sedap eh?"

"Bukan tak sedap. Cuma...rasa dia lain.."

"Lain macam mana?" Dahlia memotong percakapan Haiqal.

"Dengar apa yang biy nak cakap ni. Rasa dia lain lah sebab biy kenal masakan ibu. Dekat 29 tahun biy makan masakan ibu. Jadi biy tau bukan yang masak sebab rasa sedap dia lain dari rasa sedap ibu," puji Haiqal.

"Jadi sedap lah nasi goreng tu?" Haiqal mengangguk mengiyakan. Dahlia sudah tersenyum gembira.

Secara tidak sedar ada sesuatu yang hinggap di pipi Dahlia. Lembut tapi hangat.

"Kiss sebab sayang sudi masak untuk biy dan sebab sayang comel sangat. Geram," kata Haiqal sambil mencuit hidung Dahlia. Wajah Dahlia merah macam lobster.

"Hahaha!" Haiqal ketawa melihat wajah Dahlia. Dahlia tidak turut ketawa tapi senyum bahagia. Alhamdulillah dia bahagia.
~~~
"Hai pengatin baru! Awal masuk kerja?" Sapa Doktor Luqman. Kawan sekerja Haiqal.

"Tak dapat cuti lama. Awal lah masuk kerja," kata Haiqal kurang bersemangat.

"Asal tak bersemangat je tengok. Biasa orang baru kahwin muka berseri," tanya Luqman. Risau pulak tengok kawannya begitu.

"Tak ada lah. Bini aku kat rumah mak aku," jujur Haiqal.

"Owh, kes rindu lah ni. Asal tak tinggal sekali?"

"Rumah sewa yang aku baru sewa tu boleh masuk esok. Tapi aku tak boleh nak pindah barang esok. Barang aku tak siap pack lagi. Barang rumah pun tak sampai lagi. Masa beli tu tak ada stock."

"Owh. Bila masuk rumah baru?"

"Hari jumaat. Aku ambil cuti empat hari. Nak jugak pergi honeymoon."

"Chill lah bro. Pejam celik pejam celik cepat je jumaat tu datang. Okay lah. Aku nak tengok patient aku. Blah dulu."

"Ye lah." Susuk badan Luqman semakin hilang dari penglihatan.

"Nak buat apa ek? Call Lia lah." Telefon dicapai. Nama Sayang dicari.

Tutt tutt...

"Hello assalamualaikum," Dahlia mengangkat telefon dan memberi salam. Apalah suami aku nak ni. Tak sampai 24 jam dah telefon.

Rumah keluarga Haiqal di Seremban. Rumah mak Dahlia di Damansara. Haiqal kerja di Hospital Sungai Buloh. Tinggal di Damansara.

Tak lah jauh mana pun sebenarnya Seremban dengan Damansara. Ada jugak idea dia nak berulang ke Seremban-Damansara. Gila apa? Dalam ekonomi yang tidak stabil, kita kena menyimpan duit untuk masa akan datang. Bazir petrol je berulang.

"Waalaikumsalam. Sayang buat apa?"

"Tolong ibu kemas rumah. Kenapa?"

"Tak ada apa. Rindu."

"Ish awak ni. Tak sampai 24 jam pun lagi dah rindu."

"Setiap saat tau biy rindu sayang."

"Mengadalah awak ni."

"Sayang..."

"Ye saya. Nak apa?"

"Tak nak lah panggil biy awak. Panggil lah abang ke, honey ke. Lagi best kalau sayang guna biy. Baru nampak mesra plus sweet."

"Segan lah."

"Apa yang nak disegannya?"

"Saya tak biasa. Tak apa, perlahan-lahan saya cuba ye. Dah lah, tak ada kerja ke call saya ni?"

"Nak mula lah ni. Tapi nak dengar suara sayang dulu." Ya Allah. Gediknya aku dengar suami aku cakap. Mujur suami. Kalau tak dah lama letak telefon. Ngilu telinga dengar.

"Dah dengarkan. Pergilah buat kerja. Tengok-tengok patient tu. Nanti ada patient complain plak. Doktor tak buat kerja. Nanti awak nak bagi saya makan apa kalau awak tak kerja?"

"Biy bagi sayang makan hati biy. Hihihi. Biy letak dulu tau. Orang dah pandang biy lain macam dah. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

"Amboi Doktor Haiqal. Bukan main biy-sayang bagai. Tau lah tengah bahagia sekarang ni," tegur Kak Nah.

"Kak Nah dengar ke? Malu lah pulak," Haiqal menggaru kepalanya yang gatal. Kelimumur banyak lah ni.

"Dari lif boleh dengar. Terasa gelombang bahagia dia ni," usik Hasnah.

"Hihihi. Kita sembang nanti lah kak. Kena tengok patient. Dah lewat ni," Haiqal meminta izin mengundur diri. Kepalanya ditundukkan sedikit sebelum berlalu pergi.

"Ya lah," Hasnah menyambung kerjanya. Fail di tangan dikemaskini.
~~~
"Dah sedia Dahlia?"

"Sedia!" Kata Dahlia penuh bersemangat. Hari ni kelas pertamanya dengan ibu mertuanya. Kelas memasak!

Hampir dua jam mereka bertapa di dapur. Riuh-rendah di dapur dapat didengar oleh Haji Harun yang sedang menonton televisyen.

Elok juga ada Dahlia. Gembira Hajah Sakinah sampai senyum hingga ke telinga. Menantu sulung lah katakan. Kalau tak moyok je. Sakit mata memandang.

"Ada bakat Lia ni. Semuanya menjadi. Ibu tengok Lia ni bukanlah janggal sangat kat dapur ni. Pandai guna pisau, tengok api. Ingatkan Lia memang tak tahu menahu pasal kerja dapur."

"Boleh lah sikit-sikit. Lia ada jugak tolong mama kat rumah. Kalau mama balik lambat atau penat lepas balik kerja, Lia yang take over kerja-kerja dapur. Tapi Lia pandai masak yang simple je. Setakat goreng-goreng lepas lah. Kalau suruh buat gulai ke masak kurma ke itu Lia tak reti," jujur Dahlia. Langsung tidak segan memberitahu kelemahannya. Ini lah masanya untuk dia perbaiki kelemahannya. Nak jaga hati suami kenalah jaga perut dulu.

"Bagus Lia ni. Jarang nak jumpa orang macam Lia. Jujur, lemah lembut, sopan. Untung Haiqal dapat Lia. Untung juga ibu dapat bermenantukan Lia. Pandai Haiqal pilih," Hajah Sakinah tersenyum sambil berkata sedemikian. Akibat lama berdiri kakinya terasa lenguh. Hajah Sakinah duduk di atas kerusi sambil matanya memerhatikan Dahlia yang sedang mengacau gulai.

"Ish ibu ni. Puji lebih-lebih pulak. Bukan Lia sorang je yang dalam dunia ni yang jujur. Ramai lagi. Lagi jujur dari Lia pun ada."

"Ya lah. Kamu cakap apa kat Haiqal sampai dia bagi kamu tinggal sini?" Hajah Sakinah agak tertanya-tanya. Tengok Haiqal balik semalam punya lewat. Pukul 11 malam tak balik lagi. Berkepit je dengan Dahlia. Nampak sangat tak nak berpisah. Sejak bila jadi manja macam tu pun tak tahu lah.

"Ada lah ibu. Rahsia. Tapi dia tak tahu pun yang Lia tinggal sebab nak belajar masak. Lia cakap nak teman ibu. Tapi susah jugak lah nak pujuk dia. Haiqal memang manja ke mak?" Dahlia bertanya ingin tahu. Dulu, jujur cakap, understanding giler! Memahami sungguh. Sekarang...susah betul nak pujuk. Baru seminggu kahwin.

"Entah lah Lia. Haiqal dia ni cepat beralah. Mungkin sebab dia anak sulung. Sebab itu kut dia senang je nak beralah, dengar kata. Tak banyak kerenah lah kiranya. Mungkin dia pendam je rasa nak bermanja-manja. Dah ada isteri itu lah kut dia lepas perasaan nak bermanja tu," kata Hajah Sakinah panjang lebar. Tersenyum nipis apabila teringatkan Haiqal semasa kecil-kecil dahulu.

"Boleh jadu jugak. Tapi Lia je yang tak reti. Lia kan anak tunggal," ucap Dahlia dengan nada lemah. Pernah sekali dia meminta untuk dapat adik sempena hari jadinya yang keenam. Sunyi. Tak ada kawan untuk bermain. Mama dan papa sibuk dengan kerja.

"Tak ada rezeki lah tu. Mama dan papa Lia mesti nak bagi Lia adik juga. Kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukannya. Lia kan dah dapat adik sekarang. Ada Hakim dan Sharmila," pujuk Hajah Sakinah.

Dahlia mengangguk. Bila teringatkan balik, lucu sangat. Budak-budak lah katakan. Wajah mama dan papa terkejut sangat. Mesti tak sangka yang anaknya akan minta adik untuk hadiah hari jadi.

Masa tu mama dan papa masih bersama. Berpisah ketika umurnya 10 tahun. Waktu tu sedih jugak lah. Tapi walaupun berpisah, papa tetap papa dan mama tetap mama. Tak ada apa yang berubah pun. Tapi depends dekat individu. Lain orang lain caranya.

Empat hari sudah berlalu...

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam! Haiqal, masuk lah," Haji Harun menyambut kedatangan anaknya. Tujuan kedatangan, tak payah cakap. Dah tahu dah. Nak ambil Dahlia lah!

Haiqal masuk ke dalam rumah. Bau harum rendang boleh dihidu oleh Haiqal walaupun baru berada di muka pintu.

"Sedapnya bau. Ibu masak rendang ke ayah?" Tanya Haiqal setelah menyalami ayahnya.

"Ibu mana ada. Ibu keluar. Hari ni kan hari jumaat. Ibu pergi pasar," kata Haji Harun. Kebiasaannya pada hari jumaat ada pasar tani.

"Haah. Lupa pulak. Habis tu, siapa yang masak?" Haiqal semakin pelik. Nak kata Sharmila, dia pun ada di universiti. Siapa lagi orang perempuan kat dalam rumah?

"Siapa lagi kalau bukan isteri kamu," jawab Haji Harun. Itu pun tak tau ka? Aiyoyo.

"Betul ke ayah?" Haiqal mohon kepastian. Macam tak percaya je.

"Pergi lah tengok sendiri. Orang cakap tak nak dengar," Haji Harun malas melayan Haiqal. Orang cakap betul dia tak percaya pulak.

Haiqal menuju ke dapur. Satu susuk yang amat dirinduinya ditatap. Walaupun tubuh itu membelakanginya, tapi dia cukup kenal susuk itu. Terus dia memeluk erat tubuh itu.

"Astafirullah'azim! Kus semangat," Dahlia menggosok dadanya. Terkejut apabila sesuatu tiba-tiba memeluknya dari belakang.

Hidung Dahlia mencium satu wangian yang amat dia kenal. Bau minyak wangi Haiqal. Tambahan pulak tangan sasa yang erat memeluk pinggang nya. Mujur di tangannya senduk dan bukan pisau. Kalau tak ada jugak yang nak merasa naik ambulans.

"Bila sampai?" Tanya Dahlia apabila dia sudah tenang. Terkejut sangat. Nasib jantungnya sihat wal'afiat.

"Baru je," kata Haiqal. Wajahnya disembamkan ke leher Dahlia yang agak cerah. Disebabkan Dahlia mengikat sanggul rambutnya kerana panjang yang amat, lehernya terdedah. Terasa panas apabila Haiqal menyebamkan wajahnya. Terasa hembusan nafas Haiqal. Kalau tak ikat rambut, jadi puntianak lah Dahlia. Mana taknya kalau panjang rambutnya separas pinggang.

"Biy, ayah tengok lah. Malu. Duduk dekat depan. Saya kan tengah masak," Dahlia cuba memujuk Haiqal untuk melepaskan pelukan. Lidahnya juga sudah terbiasa memanggil Haiqal biy. Kalau setiap kali telefon minta kena panggil biy tak ke lama-lama terbiasa.

"Tak nak. Nak duduk dengan sayang. Bila sayang pandai masak rendang? Kata dulu tak pandai masak," Haiqal menggeratkan lagi pelukan. Tak mahu lepaskan Dahlia. Tak lalu dah tahan rindu berjauhan dengan tulang rusuknya.

"Sayang belajar dari ibu," jawab Dahlia ringkas.

"Sebab itu lah sayang beria nak tinggal sini. Nak belajar masak. Sampai hati sayang. Sanggup tinggalkan biy," suara Haiqal menunjukkan tanda-tanda untuk merajuk.

"Untuk biy jugak. Nanti takkan nak makan lauk bergoreng je. Tak ke jemu? Biy pun mesti nak variasi. Tak nak makan lauk yang sama. Sebab tu sayang tinggal kat sini. Berlajar dengan ibu masak lauk kegemaran biy. Sayang kena jaga perut biy ni. Baru tuan dia tak cari lain," Dahkia mengusap lembut tangan Haiqal yang setia di pinggangnya. Diluahkan segala yang terbuku di hati.

"Kali ni biy maafkan. Sebab sayang buat semua ni untuk biy. Lepas ni nak buat apa pun kena cakap straight to the point. Kesian tau biy hari-hari rindu dekat sayang. Tapi biy tahu sayang, sayang gila-gila dekat biy sampai sanggup buat semua ni. Thanks sayang," Haiqal meleraikan pelukan. Tubuh Dahlia dipusingkan 180° darjah supaya mereka bertentangan mata.

Wajah Haiqal dirapatkan dengan wajah Dahlia. Hampir sahaja bibir mereka bertemu...

"Apa bau hangit ni?! Ya Allah! Haiqal! Yang kamu kacau isteri kamu memasak tu kenapa? Hangit rendang tu nanti. Kamu makan yang hangit tu," marah Hajah Sakinah apabila melihat adegan 18+. Nak buat pun kat dapur. Buat lah kat dalam bilik. Ish ish ish.

"Hihihi. Tak sengaja," Haiqal ketawa tak bersalah.

Dahlia pula tak payah kata. Malu tambah kalut. Merah menyala wajahnya. Tambahan pula rendang yang hampir hangit tu.

Inilah bibit permulaan kisah percintaan Dahlia dan Haiqal sebagai suami isteri. Banyak lagi liku-liku kehidupan yang perlu mereka harungi. Tapi, masa ini, kita nikmati dahulu. Saat-saat bahagia harus kita nikmati sehabis mungkin. Saat-saat ni macam makan gula-gula. Sangat manis tapi bila-bila masa manis itu akan hilang. Waktu itu, sama-sama lah buat balik gula-gula tu. Dapat rasa lagi manis gula-gula itu.

                              -TAMAT-

Friday, August 26, 2016

Dear Reader,

Kepada pembaca Manja Tak Bersalah! dan cerpen saya, minta maaf sangat2 sebab jarang update ::>_<::

Kalau dulu sibuk dengan aktiviti sekolah, aktif sana sini, sekarang nak fokus untuk SPM. Sekarang tengah trial. InsyaAllah lepas habis SPM saya update banyak2. Banyak dah saya draft dekat buku conteng tapi tak taip kat sini. Buat jugak sambil2 release stress. Belajar 24/7 jam pun tak elok jugak. Saya minta maaf sekali lagi kepada pembaca setia. Doakan kejayaan saya dalam SPM 2016!! 💪

Mungkin ada yang tak tahu tapi saya ada jugak buat cerita genre fantasi. Tapi nama bukan nama melayu. Mix. Dah campur nama orang putuh, jepun. Cerita shoujo pun ada jugak. Boleh take a look kat blog lagi satu.
shoujohotsukoi.blogspot.com

Friday, May 20, 2016

Manja Tak Bersalah! 23

Iman sedaya upaya menahan tawa. Bahunya terhenjut-henjut menahan tawa. Mulutnya ditekup dengan telapak tangannya supaya tidak terhambur. Amin yang melihat hanya memberikan jelingan maut.

"Nak gelak, gelak je lah. Tak payah tahan," akhirnya terburai juga tawa Iman.

"Hahaha!! Lawak lah kau ni Amin. Jujur aku cakap ni lawak paling best," kata Iman dengan tawa yang masih bersisa.

Wajah Amin sudah masam asam jawa. Hahaha. Comel!

Kisahnya begini...

"Iman, aku nak mandi. Bilik air kat mana?" Amin bertanya kepada Iman. Badannya sudah melekit-lekit. Ditambah pula kesan lumpur jatuh tadi. Kaki pun kurang sikit sakit lepas diurut opah.

"Larat ke nak mandi?" Iman menjawab pertanyaan Amin dengan soalan. Patutlah SPM Bahasa Melayu dapat A je.  Spoil habis keputusan dia. Subjek tu je yang dia gagal dapat A+. Subjek lain habis dikaut A+. Bersyukur lah nak.

"Eeii, ingat aku ni lembik sangat ke. Aku nak mandi lah. Badan aku dah melekit ni," bebel Amin. Membebel je tau. Patutlah tak ada yang melekat. Dah lah cakap macam kereta api. Laju je.

"Ish, ye lah. Jom aku tunjukkan. Boleh ke jalan?" Terbit rasa kasihan apabila melihat Amin yang terkial-kial mahu berdiri.

"Boleh."

Iman terus pergi ke arah Amin. Lengan Amin diangkat dan diletakkan di atas belakang lehernya. Tangannya melingkar di pinggang Amin. Tubuh Amin sudah tegak berdiri dengan bantuan Iman.

Amin terkejut dengan tindakan mengejut Iman. Kena rasuk ke apa? Tetiba baik je. Namun pertolongan Iman diterima baik. Tiada protes. Kaki dah sakit. Nanti tak pasal-pasal tempat lain pulak yang sakit.

"Sayang jugak kau kat aku kan," kata Amin bangga. Kembang kempis hidungnya. Siapa tak bangga kalau ada isteri yang penyayang dan prihatin kan. Ciri-ciri isteri idaman kot!

"Dah tu siapa lagi nak sayang kau? Lipas kat kaki kau?"

'Lipas?'

Tiba-tiba kakinya terasa sesuatu bergerak di atasnya. Lembut dan halus. Amin memandang kakinya.

"Mummy!!!!" Tanpa berlengah Amin terus melompat dan memeluk Iman. Kakinya dikibas-kibas sebelum disilangkan di badan Iman. Tangannya yang satu memang sedia ada di belakang leher Iman ditambah lagi sebelah tangannya. Ala-ala princess gitu. Terkejut Iman di buatnya. Mujur sahaja di sempat mengimbangkan badannya. Kalau tak memang macam tupai jatuh ke tanah dah gayanya.

Iman mengambil nafas. Terkejut punya pasal tambahan satu beban yang melilit badannya menyebabkan dia sesak nafas.

'Kuat jugak aku nak tampung mamat ni,' sempat Iman bermonolog.

Iman memandang Amin yang gelisah. Peluh macam air terjun. Banyak gila!

Amin tercari-cari lipas jahanam tu. Berani dia jalan atas kaki putih aku yang suci lagi murni. Dia menoleh kiri dan kanan. Matanya berhenti mencari makhluk kecil itu apabila matanya tertacap pada wajah Iman. Wajah Iman begitu hampir dengan wajahnya.

'Kenapa aku tak perasan yang dia ni cantik gila? Serius perempuan yang secantik dia tak ada pendamping? Untunglah aku dapat bini cun. Muka suci tanpa solekan, bibir merah yang munggil, parut jerawat..ada lah satu dua tapi tak nampak sangat,'

Amin ralit menilik wajah Iman. Iman pula yang rasa lain macam. Dah kenapa dia tengok-tengok aku? Tangan aku ni dah lenguh angkat dia. Hmm...apa kata kita test sound. Hihihi. Senyuman jahat sudah mekar di wajah.

Iman mendekatkan wajah mereka. Amin tidak sedar bahawa wajah mereka begitu hampir. Cukup hampir untuk merasakan hembusan nafas masing-masing.

Amin seakan-akan tersedar apabila wajah Iman begitu dekat dengan lehernya. Deruan nafas Iman membuatkan jantung laju melakukan tugas.

"Bangun Encik Amin oiii!!!" Jerit Iman lantang di telinga Amin. Amin yang terkejut cepat-cepat menutup telinganya. Bergegar gegendang telinga sia!

"Ish kau ni! Kat telinga aku jugak nak test suara. Sakit telinga aku," marah Amin apabila diperlakukan sedemikian. Iman hanya ketawa.

"Dah tu kau tu dok sibuk tilik muka apa tu pasal apa?"

"Mana ada aku tilik," Amin menafikan. 'Aduh, dia perasan lah pulak. Mana nak taruh muka handsome aku ni.'

"Aku ni bukan apa. Boleh je nak angkut kau dengan princess like. Tapi aku takut kau je lah yang tak nak," Amin berasa pelik dengan apa yang baru didengarnya. Dia memerhati keadaan meraka.

Zupp!!

Laju darah mengalir ke wajahnya. "Wei turunkan aku," perlahan Amin meminta. Wajahnya berona merah. Malu!

Iman yang senang hati menurunkan Amin. Nak lepas mengejut nanti tempat lain pulak sakit. Jadi Iman turunkan Amin dengan perlahan.

"Okay, jom aku tunjukkan bilik air," Amin hanya mengangguk.
~~~
"Serius ke?"

"Apa yang serius?"

"Kau nak aku mandi kat tempat macam ni?"

"Dah tu nak mandi mana?"

Amin melihat bilik air dihadapannya. Jamban kena cangkung. Tak ada shower. Kena cebuk you! Tak ada lampu. Hari dah nak malam ni kut. Nak mandi macam mana kalau gelap?

Amin memandang Iman. Jelas terpancar bahawa Amin tidak mahu mandi di bilik air ni.

"Kau nak mandi ke tak? Bau kau ni dah lah busuk. Kalah bau taik ayam. Nak aku teman ke?"

"Rela aku mandi bilik air ni asalkan kau tak ada depan aku. Dah lah. Pergi sana, aku nak mandi," pantas Amin menolak. Gila apa nak dia teman. Takkan!

Pintu dikunci. Amin duduk di atas kerusi plastik kecil yang sedia ada. Dia melihat sekeliling. Mujur ada cahaya matahari senja yang menyuluh membantunya untuk melihat.

'Nak mandi macam mana ek?' Amin menggaru rambutnya yang memang gatal. 'Eh, apa yang bergerak tu?'

"Iman, kamu buat apa kat luar ni?" Tegur atuk apabila terlihat cucunya masih di luar rumah.

"Tak ada buat apa. Menikmati keindahan Allah. Kenapa?" Balas Iman. Takkan nak bagi tahu atuk kut yang aku dajal Amin?

"Jangab kelentonglah. Atuk kenal kamu ni. Amin mana?"

Iman hanya tersengih lalu menunjukkan bilik air yang berada di seberang. Atuk hanya menggeleng.

"Iman, Iman. Kenapa tak cakap? Syabas! Bagus cucu atuk ni. Tak payah atuk susah-susah kenakan dia," balas atuk sambil ketawa.

Iman lupa yang atuknya satu kepala dengannya. Cayalah atuk!

"Jangan sampai opah tahu pulak. Naya kamu nanti," nasihat atuk sambil menepuk lembut bahu Iman. Iman hanya menunjukkan thumbs up sambil tersenyum.

"Iman!!!"

Perbualan Iman dengan atuk terhenti apabila Amin menjerit. Amin segera keluar dan berlari ke arah Iman. Sebelum sampai ke Iman, haish...malang tak berbau lah katakan. Terjatuh pulak. Elok pulak mendarat mencium tanah merah itu.

Iman dan atuk terkejut dengan apa yang berlaku. Tidak dapat menahan tawa terlepas jua tawa mereka

Itulah kisahnya...

"Kau ni kan. Dah lah tu. Baik kau tolong urut kaki aku ni. Sakit balik lah," rengek Amin.

"Dah tu siapa suruh lari?"

"Ada katak...besar," Amin berkata perlahan namun jelas.

"Amin, Amin. Katak pun nak takut. Dah lah, malas nak debat. Meh sini kaki, aku urut," Amin hanya menurut. Kejadian tadi menyebabkan dirinya mengalami kejutan melampau. Haish, apa lah nasib.

Bersambung...

Saturday, May 14, 2016

Cerpen : Jangan Pernah Tinggalkan Aku

Krinnngggg!!!

Nyanyian jam loceng mengejutkan Irdina daripada mimpi.

Irdina mengeliat kecil. Matanya tertacap gambarnya bersama orang yang tersayang. Mereka sedang tersenyum bahagia. Irdina tersenyum sendiri.

Masih segar bermain di ingatan Irdina saat bahagia itu.
~~~
"Dina, aku rasa aku dah fall in love lah," kata Fazrina sambil tersenyum malu.

"Serius?! Dengan siapa?" Irdina teruja mendengar apabila sahabatnya sudah jatuh cinta. Bukan senang nak buat sahabatnya yang seorang ni jatuh cinta. Mahal gila harga cintanya. Kalau korang offer mana-mana artis macam Izzue Islam ke Rosham Noor ke sikit pun dia tak berminat.

"Kau kenal," senyumnya semakin melebar. Haish, bahagianya rasa.

"Aku kenal? Siapa?"

"Mikail," tatkala menyebut nama jejaka itu Fazrina tersenyum dah wajahnya mula berona merah. Namun, tidak bagi Irdina.

Mikail?!

'Kenapa mesti Mikail?' Kecewa Irdina hanya di dalam hatinya.

"Wei, nanti tolong adjust aku dengan dia tau. Kau kan rapat dengan dia," pinta Fazrina sambil membuat muka comel.

... Tiada balasan.

"Helloo~~" kata Fazrina sambil melambai tangan di muka Irdina.

"Eh, sorry. Kau kata apa tadi?" Irdina baru sedar dari lamunannya. Fazrina membuat muka tak puas hati.

"Boleh pulak mengelamun. Aku cakap nanti tolong adjust aku dengan Mikail. Kau kan rapat dengan dia," ulang Fazrina. Entah apa-apa sahabat aku seorang ni. Boleh pulak mengelamun.

"Owh, okay."

"Yeah! Thanks Dina! Kau lah sahabat aku dunia dan akhirat," ucap Fazrina riang. Haribya sedang berbunga-bunga.

Irdina pula sudah tidak sedap hati. Bagaikan sesuatu yang buruk akan terjadi.
~~~
Jumpa awak kat tempat biasa -Irdina-

Mesej di hantar. Tidak sampai seminit, telefonnya berbunyi tanda mesej masuk.

Okay-Mikail-
~~~
"Kenapa tiba-tiba nak jumpa?" Tanya Mikail kepada Irdina. Jarang Irdina ingin berjumpa dengannya.

"Pasal Fazrina," Irdina berkata perlahan. Satu keluhan dilepaskan.

"Kenapa dengan Fazrina? Macam besar je masalah," tanya Mikail prihatin. Risau singgah di hatinya melihat Irdina, kekasihnya berwajah pucat.

"Dia, suka awak," kata Irdina perlahan namun jelas di gegendang telinga Mikail. Mikail agak terkejut dengan apa yang baru di dengarnya.

"Awak cakap apa?" Mikail masih cuba berlagak tenang. Kalau dia turut cemas, pasti Irdina makin tidak keruan.

"Saya tak cakap apa-apa. Tapi dia minta saya tolong adjustkan awak berdua. Apa yang saya kena buat?" Irdina bertambah resah.

"Awak tak jujur ke dengan dia yang kita ni bersama?" Irdina menggelengkan kepalanya apabila disoal sedemikian.

Mikail meraup wajahnya. Dia tahu kenapa Irdina berkeras merahsiakan hubungan mereka. Kerana Fazrina yang amat membencikan lelaki! Kerana ingin menjaga perasaan Fazrina, Irdina terpaksa merahsiakan hubungannya dengan Mikail.

Ada sebab kenapa hanya Mikail sahaja yang berani mendekati mereka. Kerana Mikail merupakan teman baik Irdina sejak di bangku sekolah. Merangkap senior mereka. Mikail juga merupakan ketua pelajar semasa sekolah menengah.

"Sekarang awak nak buat apa?" Tanya Mikail lagi. Risau apa yang bermain di dalam kotak fikirannya menjadi nyata.

"Awak..." Irdina seperti teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya.

Mikail ternanti-nanti. Jantungnya memainkan irama gendang.

"Awak rapat dengan Faz dulu boleh?"

Pak!!

Mikail menepuk dahinya kuat. Bahu Irdina juga terhenjut sedikit akibat terkejut.

"Saya dah agak dah awak nak cakap macam tu," Mikail menghembus nafas kasar.

"Kenapa awak cakap macam tu?"

"Saya dah kenal awak lama dah. Awak, perkara ni mana boleh buat main. Ni soal hati dan perasaan. Perasaan saya dan juga perasaan Fazrina."

"Perasaan saya awak tak fikir?" Mikail terkedu apabila Irdina berkata sedemikian.

"Awak, saya tahu susah. Saya pun tak nak awak rapat dengan Faz. Tapi dia satu-satunya sahabat saya," Irdina cuba memujuk Mikail.

"Kalau macam tu biar saya saja jadi sahabat awak," Mikail mencelah. Dia tiada mood untuk berbahas.

"Ni dah datang dah angin monsun dia. Awak, saya janji saya akan jujur dengan Faz pasal kita. Bagi saya sedikit waktu," Irdina memujuk lagi.

Akhirnya Mikail mengangguk setuju. "Saya tak nak ada sesiapa yang terluka. Janji dengan saya," terus mati senyuman Irdina apabila Mikail berkata sedemikian.

Irdina hanya mendiamkan dirinya. "Saya tak janji."
~~~
"Irdina!!" Jerit Fazrina memanggil Irdina. Terus di peluk tubuh Irdina dari belakang.

"Ya Allah Faz! Terkejut aku. Jangan sergah, peluk-peluk dari belakang. Lemah semangat aku," kata Irdina sambil memasamkan muka. Merajuk!

"Alalala Dina, jangan lah majuk. Tak comel dah kawan kita ni," Faz memujuk dengan membuat suara manjanya. Mujur sekarang tiada siapa di dalam dewan kuliah. Kalau tak terkejut mengalahkan gorila aku rasa budak sekuliah yang lain. Meremang bulu roma kot!

"Janji tak buat lagi?" Fazrina menggelengkan kepalanya.

"Dina, weekend ni kau free tak?" Fazrina bertanya kepada Irdina apabila Irdina sudah tidak merajuk lagi dengannya.

"Hmm, pagi aku free kut. Malam aku ada kerja. Kenapa?"

"Hah, cantik! Aku cadang nak pergi picnic. Nanti kau ajaklah Mikail sekali. Lepas tu kita pergi jalan-jalan ke, tengok wayang ke. Nak tak?" Mata Fazrina kini bersinar-sinar. Irdina berasa serba salah mahu menolak.

Petang tu sebenarnya, dia sudah berjanji dengan Mikail mahu ke rumah bonda. Hmm, macam mana ni?

"Nanti aku tanya Mikail. Kalau dia free aku bagi tahu," kata Irdina putus.

"Yeay! Kaulah sahabat aku dunia akhirat!" Fazrina kini teruja menanti hujung minggu ini.
~~~
Assalamualikum awak, free tak hujung minggu ni?-Irdina-

Pagi insha Allah saya free. Kenapa?-Mikail-

Faz ajak picnic.-Irdina-

Awak kata apa?-Mikail-

Saya cakap yang saya tanya awak dulu.-Irdina-

Esokkan kita nak ke rumah bonda.-Mikail-

Saya tahu. Sebab itu saya tanya awak dulu.-Irdina-

Tengoklah macam mana.-Mikail-

Mesej Mikail itu merupakan perbualan terakhir mereka pada malam itu.

Irdina gelisah memikirkan masalah yang dihadapinya. Patutkah dia jujur dengan Fazrina?

Dia tidak mahu melihat Fazrina kecewa. Lagi-lagi Fazrina kini sudah terbuka hati untuk menerima lelaki dalam hidupnya.

'Ya Allah, betulkah keputusan hambaMu ini? Bimbinglah aku ya Allah.'
~~~
"Dina!!" Jerit Fazrina memanggil sahabatnya apabila melihat kelibat Irdina yang seakan-akan mencari seseorang. Pasti mencari dirinya.

Irdina yang terdengar namanya diseru terus mencari empunya suara. Bibirnya terukir senyuman apabila melihat Fazrina yang sudah siap duduk di atas tikar. Irdina melangkah menghampiri Fazrina.

"Kau bawak apa?" Tanya Fazrina apabila melihat Irdina datang bukan bertangan kosong.

"Sandiwch dan macaroni bakar," ujar Irdina sambil menayang bekal yang di bawanya sebagai habuan mereka di pagi hari. Tidak ketinggalan milo dan teh panas.

Fazrina sudah teruja mendengar menu yang di bawa Irdina. Air tangan Irdina memang meletup. The best!

"Kau bawak apa?" Irdina bertanya kepada Fazrina apabila terlihat bekal makanan di sisi Fazrina.

"Hihi. Aku bawak...puding karamel dan cheesekut!" Ujar Fazrina teruja. Irdina sudah bertepuk tangan. Dessert kegemarannya mana boleh terlepas.

"Wei, Mikhail datang tak?" Fazrina tertunggu-tunggu bila buah hatinya akan muncul. Nak jugak tunjuk skill masaknya. Walaupun hanya tahu buat dessert je.

"Tak tahu. Kalau dia free datang lah tu," jawab Irdina. Namun, dalan hatinya berdoa agar Mikhail tidak munculkan diri. Entah kenapa perasaannya tidak enak.

"Hmm, so kita je lah hari ni. Tak apa, datang ke tak picnic kita kena tetap jalan," Fazrina sudah tidak sabar mengisi perutnya yang sudah menyanyikan lagu balada minta diisi.

Sementara mereka menjamah makanan,

"Sedapnya makan. Macam tak ingat dunia," Fazrina dan Irdina cepat-cepat beralih pandangan kepada punca suara tersebut. Mikhail!

"Datang jugak awak kan. Ingatkan tak datang tadi," Fazrina tersenyum hingga ke telinga apabila melihat susuk tubuh yang amat di sukainya. Irdina pula tidak seceria tadi.

Fazrina menepuk tempat di sebelahnya dan mengajak Mikhail duduk. Mikhail duduk di sebelah Fazrina, berhadapan dengan Irdina. Irdina sudah menundukkan kepalanya. Melarikan pandangannya daripada bertembung dengan Mikhail.

Irdina yang melihat kemesraan Mikhail dan Fazrina berasa seakan-akan hatinya ditikam bertubi-tubi. Sakit hatinya saat itu. Namun, tetap dihadiahkan juga senyuman kepada mereka.

Mikhail menyedari perubahan Irdina. Walaupun dia masih tersenyum tetapi dia tahu itu bukan senyuman yang dirinduinya. Senyuman itu plastik!

"Awak nak rasa cheesekut yang saya buat. Sedap tau. Irdina paling suka ni," Fazrina menghulurkan sedikit cheesekut buatannya ke atas pinggan kertas kepada Mikhail.

Mikhail teragak-agak untuk menerimanya. 'Aduh, cheese? Muaklah.' Mikhail berkata di dalam hati.

"Mikhail tak suka cheese. Benda manis pun tak," kata-kata Irdina telah menyelamatkan Mikhail daripada terpaksa makan makanan yang memuakkannya.

"Owh, habis tu awak nak makan apa?" Fazrina bertanya. Kebetulan pula makanan yang dibawanya manis-manis belaka.

"Ni saya ada buatkan sandwich sardin dan telur. Awak sukakan?" Irdina menghulurkan bekal makanan yang mengandungi sandwich. Sandwich Irdina memang memikat selera kerana cukup seimbang. Ada sayur, itu yang penting.

"Terima kasih," ujar Mikhail sambil makan sandwich buatan Irdina. Sedapnya sampai menjilat jari!

"Eee, sayur!" Fazrina sudah membuat muka cuak apabila melihat Mikhail makan sandwich yang penuh dengan sayuran hijau. Mana sardinnya?

"Sayur lah baik untuk kesihata. Cuba awak rasa. Sayur Irdina ni sedap tau. Crunchy," kata Mikhail sambil makan sandwich itu dengan rakus.

Fazrina hanya menggeleng. Dia mengambil keputusan untuk makan sandwich telur. Tiba-tiba Fazrina tersedak. Irdina terus menghulurkan secawan air milo panas kepada Fazrina.

Fazrina berasa lega selepas minum air milo. Macam manalah boleh tercekik? Buat malu je depan Mikhail.

Irdina menggeleng kepala melihat Fazrina. Makan tak ingat dunia. Irdina menuangkan air teh panas ke dalam cawan plastik dan dihulurkan kepada Mikhail. Mikhail menyambut huluran Irdina dengan gembira.

'Ingat jugak dia yang aku suka minum teh O panas pagi-pagi.' Mikhail bermonolog gembira.

Fazrina memandang tingkah laku Irdina dan Mikhail. Macam suami isteri. Bahagia je tengok. Apa yang diberi Irdina pasti disambut dengan senyuman oleh Mikhail.

"Eh, dah lewat. Faz aku kena gerak dulu. Aku ada janji," kata Irdina sambil mengemas.

"Haah, aku pun kena gerak," Mikhail turut bersuara.

"Owh. Kalau macam tu aku pun gerak lah," kata Fazrina lalu dikemasnya tempat mereka.

Fazrina berasa aneh apabila melihat Irdina dan Mikhail berjalan bersama. Mungkin satu jalan. Tapi mereka berbual mesra. Siap tersenyum lagi. Setahunya Irdina ni pendiam dan pemalu. Mikhail juga banyak tersenyum apabila bersama Irdina berbandingnya.

Fazrina mengambil keputusan untuk mengekori mereka. Fazrina terkejut apabila melihat Irdina yang masuk ke dalam kereta Mikhail. Memang Irdina tidak tahu memandu. Tetapi sudah jadi kebiasaan Irdina untuk menggunakan pengangkutan awam.

Fazrina mengekori mereka sehinggalah kereta Mikhail berhenti di hadapan sebuah rumah. Agak besar.

Rumah Yayasan Jannatul Firdaus.

'Buat apa mereka datang ke sini? Setahu aku ni rumah anak yatim yang Irdina tinggal dulu.' Fazrina semakin curiga dengan hubungan mereka.

"Assalamualikum bonda. Bonda apa khabar?" Irdina menyalami tangan tua yang dipanggil sebagai bonda itu lalu memeluk wanita tua itu.

"Bonda sihat, alhamdulillah. Dina sihat?" Tanya bonda pula.

"Alhamdulillah bonda. Macam yang bonda lihat."

"Bodyguard Irdina sihat?" Tanya bonda kepada Mikhail.

"Sihat bonda. Tapi sejak bila Mikahil jadi bodyguard dia?" Tanya Mikhail tidak puas hati. Bodyguard je taraf aku? Suami tak layak?

"Sejak kamu ada niat nak memperisterikan Irdina." Usik bonda. Mikhail sudah tersenyum.

Fazrina yang terdengar perbualan mereka terkejut? Isteri?!

"Ish bonda ni. Ke situ pulak." Irdina sudah malu apabila bonda berkata sedemikian.

"Apa yang nak dimalukan. Betul kan apa yang bonda cakap. Bila nak masuk meminangnya Mikhail. Baik kamu cepat. Anak bonda yang sorang ni ramai yang berkenan." Muka Irdina sudah merah apabila dikata sedemikian.

"Irdina ni ha, nak habiskan belajar. Mikhail pun ada satu semesta lagi. InsyaAllah habis je Mikhail belajar adalah rombongan hantar cincin." Kata Mikhail tanpa segan silu. Memang hajatnya ingin bersatu dengan Irdina telah diketahui oleh orang tuanya. Orang tuanya juga bersetuju dengan pilihan hatinya.

Fazrina yang dari tadi mendengar perbualan mereka mula menitiskan air mata.

'Sampai hati kau tipu aku Irdina.' Desis hati Fazrina. Tidak menyangka bahawa sahabatnya sanggup berahsia dengannya tentang perkara yang sepenting ini.

"Kakak kenapa nangis?" Tanya seorang kanak-kanak yang merupakan penghuni rumah tersebut.

Suara kanak-kanak yang lantang itu menarik perhatian Irdina, Mikhail dan bonda. Irdina agak terkejut apabila melihat Fazrina ada di sebalik pintu.

Fazrina mengamnil keputusan untuk pergi meninggalkan tempat itu. Hatinya sungguh sakit dipermainkan oleh Irdina dan Mikhail.

Mikhail terkedu. Kejadian ini berlaku dengan begitu pantas. Irdina mengejar Fazrina namun kereta Fazrina meluncur laju meninggalkan kawasan itu.

Mikhail mengekori Irdina.

"Awak, apa yang saya nak buat sekarang? Faz mesti dengar apa yang kita bualkan tadi." Irdina tidak mampu menahan air matanya daripada gugur menyembah bumi. Mikhail cuba memujuk Irdina.

"Bonda, apa yang Dina kena buat sekarang? Faz mesti marah dengan Dina sebab rahsiakan pasal ni." Tangis Irdina semakin kuat. Mikhail buntu bagaimana lagi untuk menenangkan Irdina.

"Dina kena buat. Bincang elok-elok dengan Faz. Mungkin dah sampai masanya Fazrina tahu perkara yang sebenar." Kata-kata bonda berjaya membuatkan tangisan Irdina semakin reda. Tetapi hatinya tetap gelisah. Inikah yang dirasakannya tadi?
~~~
"Sampai hati kau Dina mainkan perasaan aku! Kau pun Mikhail!" Marah Fazrina tidak dapat dibendung. Dia memukul stereng keretanya dengan kuat. Dia memandu keretanya dengan laju. Selaju amarah dan kecewanya.

Tidak pernah disangka bahawa Irdina sanggup menipunya. Kenapa dia mesti terima permintaan aku untuk dia dapat bersama dengan Mikhail? Kenapa Irdina sanggup berahsia dengannya tentang hubangan dia dengan Mikhail? Siapa aku dalam hidup dia?

Pelbagai persoalan muncul di dalam fikirannya. Yang pasti dia amat terkilan!
~~~
Di dewan kuliah, Irdina tercari-cari kelibat Fazrina. Dia ingin memberitahu Fazrina tentang perkara yang sebenar. Tentang dia dan Mikhail.

"Fazrina!" Irdina memanggil Fazrina apabila matanya tertacap kepada susuk tubuh amat dikenalinya. Irdina menghampiri Fazrina.

"Faz, aku ada benda nak bagi tahu kau." Ucap Irdina takut-takut. Wajah Fazrina tak seceria dulu.

"Tak ada apa yang perlu kau bagi tahu. Aku dah tahu segala-galanya. Sampai hati kau kan. Permainkan perasaan aku? Kau tahukan yang aku ni pernah sakit hati dengan lelaki? Sebab lelakilah maruah aku tergadai! Aku ingat Mikhail berbeza sebab dia terima aku seadanya. Rupanya korang tikam aku dari belakang!" Suara Fazrina mula meninggi.

Ya. Maruah Fazrina tercalar kerana kekasihnya dulu telah mencabulinya. Sejak dari itu, Fazrina membenci lelaki dan menganggap mereka semuanya sama! Bernafsu! Hanya Mikhail dan Irdina sahaja yang tahu perkara ini selain keluarganya. Kerana Mikhaillah yang telah menyelamatkannya dulu.

"Faz, aku minta maaf. Aku bukan sengaja tak nak jujur dengan kau. Tak pernah terdetik pun aku nak permainkan perasaan kau." Air mata Irdina tidak dapat dibendung lagi. Mujur tidak ada orang pada ketika itu. Kelas akan bermula setengah jam sahaja lagi.

"Aku tak nak dengar apa-apa lagi! Mulai sekarang, kau bukan sahabat aku lagi!" Marah Fazrina kepada Irdina lalu meninggalkan Irdina sendirian.

Irdina tidak mampu mengejar Fazrina. Hatinya sakit apabila Fazrina berkata sedemikia. Kata-kata itulah yang tidak ingin didengarnya. Dia tidak ada sesiapa di dunia ini selain Fazrina, Mikhail dan bonda. Orang tuanya yang sangat dicintai Irdina telah lama pergi bertemu dengan Ilahi. Hanya Fazrina tempat dia mengadu.

Kini semuanya musnah. Irdina tidak lagi bertemu dengan Fazrina sejak hari itu.
~~~
"Sayang termenung apa tu?" Tegur satu suara garau mematikan lamunan Irdina.

"Eh, tak ada apa abang. Dina teringat Fazrina," kata Irdina kepada suaminya, Mikhail.

"Sayang, tak baik termenung sahaja. Tak baik untuk kesihatan sayang dengan baby." Kata Mikhail perlahan sambil mengusap lembut perut Irdina yang baru kelihatan sedikit besar. Usia kandungan Irdina baru mencecah empat bulan. Mereka telah mendirikan rumah tangga sejak setahun yang lalu.

"Dah tiga tahun Fazrina menghilang tanpa khabar berita." Ucap Irdina perlahan. Luluh hatinya apabila teringatkan Fazrina.

"InsyaAllah kalau ada rezeki, sayang akan jumpa Fazrina. Sayang berdoa kepada Allah supaya diketemukan dengan Fazrina," pujuk Mikhail. Kehilangan Fazrina memberi impak yang besar dalam hidup Irdina.

"Assalamualikum!" Satu suara memberi salam. Mikhail bergegas ke pintu untuk melihat gerangan yang mrmberi salam.

"Siapa abang?" Tanya Irdina setelah dia menyarungkan tudung. Mana tahu tetamu mereka adalah lelaki.

"Tak tahu. Dia membelakangkan badan. Nampak macam perempuan," ujar Mikhail.

"Biar saya pergi tengok." Mikhail membenarkan Irdina pergi.

"Waalaikumsalam. Cari siapa?" Tanya Irdina kepada wanita yang tidak dikenalinya.

"Saya nak jumpa dengan sahabat saya, Irdina." Kata wanita dihadapannya sambil memusingkan badannya.

Irdina menutup mulutnya. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya kini. Fazrina!

Irdina segara membuka pagar dan memeluk sahabat yang dirinduinya. Tiga tahun mereka terpisah akhirnya mereka diketemukan kembali.

Irdina tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir. Daoanya selama ini dimakbulkan oleh Allah. Syukur alhamdulillah!

Fazrina menggosok belakang Irdina lembut. Sungguh dia rindu dengan sahabatnya. Dia terlampau ikutkan perasaan. Sejak pergaduhannya dengan Irdina tiga tahun lepas dia membawa diri ke Mesir untuk menyambung pelajaran.

"Mana kau pergi Faz? Aku rindu kau sangat-sangat," Irdina meluahkan perasaannya. Sunggub dia rindu dengan sahabatnya!

"Aku sambung belajar ke overseas. Aku baru balik dari Mesir," kata Fazrina seraya melapaskan pelukan. Ingin sahaja dia meneruskan sesi peluk-memeluj tetapi segan apabila diperhatikan.

"Hai Mikhail, apa khabar?" Tanya Fazrina apabila melihat Mikhaik di muka pintu.

"Alhamdulillah. Macam yang kau tengok." Kata Mikhail.

"Bersatu jugak korang ek. Aku rasa perut kau ni buncit sikit lah. Kau pregnant eh?" Tanya Fazrina.

Irdina mengangguk malu. Tapi bahagia. Sungguh.

Fazrina sudah teruja. Wajahnya sangat gembira. Tenang hatinya melihat Irdina sekarang. Tidak lagi keseorangan.

"Siapa tu?" Tanya Irdina apabila melihat seorang jejaka tampan keluar daripada kereta hitam milik Fazrina.

"Owh, kenalkan. Megat Faruq. My beloved husband." Ucap Fazrina. Faruq bersalaman dengan Mikhail.

"Faz, janji dengan aku yang kau takkan tinggalkan aku lagi."

"Aku janji yang aku takkan tinggalkan sahabat aku lagi." Ikrar Fazrina. Irdina senyum bahagia.

Dia bersyukur kerana pershabatannya dengan Fazrina kembali bertaut. Dia turut senang melihat Fazrina yang bahagia dengan suaminya. Semoga kebahagiaannya ini kekal hingga ke syurga. Amin.

-TAMAT-

Sunday, April 24, 2016

Cerpen : Please Be Nice With Me 2

"Abang!!!" Jerit Iman memanggil Ahmad Idlan.

"Apa yang bising-bising ni?" Ujar Puan Intan. Tak habis-habis Idlan dengan Iman.

"Mak, abang sorok baju nikah Iman..,"kata Iman meleret. Matanya mula berkaca.

"Astafirullah al'azim Idlan. Masa kamu nak nikah Iman buat penrangai, sorok cincin nikah. Kamu pula buat perangai sorok baju nikah Iman. Adik kamu nak pakai baju apa pula lusa kalau kamu dah sorok baju dia?" kata Puan Intan seraya menggelengkan kepalanya. Teringat pula semasa hari pernikahan Idlan. Jenuh mencari cincin nikah disorok dek Iman. Kena tengking dengan Idlan baru nak bagi tu pun merajuk seminggu.

"Biarlah. Batalkan aje nikah tu. Tak payah kahwin," kata Idlan ego.

"Awak, tak baik tahu buat macam tu kat Iman. Biarlah dia kahwin dengan si Iman tu. Awak pun kenalkan dengan Iman. Baik orangnya." Manisah cuba memujuk suaminya. Sayang sangat kat adik sampai sorok baju nikah.

"Idlam, kamu jangan nak buat hal," kata Encik Amir dengan nada mengugut. Telan air liur juga Idlan bila dengar abahnya kata begitu. Namun ego menguasai diri. Dia masih dengan tekadnya untuk membatalkan pernikahan Iman.

"Sampai hati abangkan..," kata Iman. Air matanya mula gugur. Dia bingkas mengambil kunci keretanya lalu enjin dihidupkan. Pedal minyak ditekan. Keretanya mula meninggalkan perkarangan rumah.
~~~
Ahmad Iman yang sedang tekun memilih hadiah untuk Iman sempena pernikahan mereka terganggu apabila telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

'Iman?' Ahmad Iman berasa aneh kerana Iman menelefonnya. Namun dijawab juga panggilan itu.

"Assalamualaikum, kenapa Iman?" Ahmad Iman memberi salam dan bertanyakan kenapa Iman menelefonnya. Jarang Iman nak telefonnya. Selalunya dia yang mengambil inisiatif untuk menelefon buah hatinya.

"Waalikumsalam...tsk, tsk.." jawab Iman tersedu.

"Awak kenapa ni? Awak nangis ke?" Ahmad Iman mula cemas. Adakah sesuatu yang buruk telah terjadi pada Iman?

"Abang..."

"Kenapa dengan abang?"

"Dia sorok baju nikah..."

"Hah? Sorok baju nikah? Pft, hahaha," Ahmad Iman ketawa apabila mendengar apa yang dikatakan tunangnya itu. Macam budak-budak bakal abang iparnya. Muka je macho tapi, hahaha. Lawaklah!

"Awak, saya serius ni. Awak gelak pulak," Iman seakan-akan ingin mula merajuk. Abangnya sudah buat hal, tunangnya pula boleh ketawa pasal itu. Ini masalah besar tahu!

"Maaf, dah tak gelak dah. Habis tu awak jumpa tak?" Tanya Ahmad Iman prihatin. Iman sekali merajuk payah nak pujuk. Namun tawanya masih bersisa.

"Cari tapi tak jumpa," nada Iman sungguh sayu. Tak bersemangat aja bunyinya. Orang dah nak nikah gembira ni sedih pula.

"Ala, kenapa bunyi tak semangat aje?"

"Macam mana nak bersemangat. Abang buat hal. Ni mesti nak balas dendam sebab Iman dulu pun ada sorok barang nikah dia jugak," Iman mula membuka cerita tentang dia yang menyorok cincin nikah abangnya. Bukan sorok dalam almari tapi dalam freezer tempat ais batu. Memang orang tak jumpa. Tempat persembunyian yang sangat strategik.

"Awak sorok apa?" Ahmad Iman bertanya. Sorok bila dengar cerita tentang Iman dan Idlan. Walaupun kekadang tu cemburu lah jugak dengan hubungan mereka.

"Cincin nikah. Sorok dalam freezer,"ucap Iman ringkas.

Ahmad Iman sedaya upaya menahan tawa. Serius lawak! Dalam freezer disoroknya. Memang tak akan jumpalah jawabnya.

"Menyesal tak rakam. Macam beruk abang cari," Iman ketawa nipis dihujung kata. Tenang sikit hati dia bila dapat dengar suara buah hatinya. Hihihi

"Hahaha. Sekarang macam mana?" Tanya Ahmad Iman. Risau juga dia. Nanti tak jadi nikah pula sebab baju kena sorok. Haru.

"Entahlah. Saya kat luar."

"Awak kat mana?"

"Dekat taman je. Tak tahu nak pergi mana. Suraya pergi beli barang untuk hantaran dia. Tak cukup bahan. Kelam-kabut dia," ucap Iman.

"Owh. Saya ada di shopping complex. Awak tunggu sekejap. Nanti saya datang."

"Hmm, saya pergi shopping complex je lah. Boleh saya tengok barang. Kut ada yang tak cukup lagi."

"Okay."

Sebelum perbualan mereka berakhir, Iman dapat menangkap satu suara yang tidak dikenalinya. Suara perempuan!

Ayat yang dapat ditangkap...

Abang...nak yang ni..

Pergh!! Meleret dia berela-ela. Kalah kain ela dekat Jakel.

'Dia keluar dengan siapa?'

Hati Iman mula tidak sedap hati.
~~~
Kita jumpa dekat restoran biasa.

Pesanan yang diterima daripada Ahmad Iman dibaca. Hatinya berasa tidak enak sejak panggilan tadi berakhir. Suara wanita tadi amat menarik perhatiannya.

~Pelbagai soalan yang berada di minda,
Banyak tanda tanya dan juga jawapannya,
Otak kata jangan hati pula kata ya,
Hidup tak menentu adakah ini cinta~

Maka, bernyanyi kecillah Iman dalam dilema. Orang susah hati menggelabah, ni siap bernyanyi lagu Najwa Latif Cinta Muka Buku. Macam orang tak ada masalah.

Iman berjalan menuju ke destinasi. Hampir sahaja dia dengan meja yang diduduki oleh tunang tersayang, dia melihat Ahmad Iman beramah-mesra, bergelak ketawa. Yang gatal matanya kerana dapat melihat mereka bertepuk tampar dan wanita itu memegang tangan Ahmad Iman!

Tangan ni dah sedia untuk menumbuk. Cuma tak ada mangsa dan korban je.

Iman sakit hati melihat kemesraan mereka. Kalau boleh nak korek biji mata lepas tu buang ke dalam tong sampah. Eh, derma kat orang buta. Lagi besar pahala.

"Lia tahu abang sayang kat Lia. Tak payah bohong," satu baris ayat yang sempat ditangkap oleh gegendang telinga Iman.

Perghh!!! Bernanah telinga! Gedik giler minah tu. Rasa macam nak cabaikan mulut minah tu. Aku pun tak macam tu.

Tak pernah macam tu? Hmm... adakah kerana aku yang tidak mempunyai intonasi gedik tahap Tera dan tidak pandai bermanja mengalahkan kucing parsi? Adakah disebabkan itu Ahmad Iman sanggup mencari yang lain?

Oh tidak!!

Kalau macam tu, aku yang mengundang permasalahan ini. Kalaulah ak ikut nasihat Suraya untuk jadi minah gedik mungkin tak jadi macam ni. Huhu..

Nasi sudah jadi bubur.

Iman mengambil keputusan untuk pulang tanpa bertemu dengan Ahmad Iman. Tak ada guna dia terus berada di situ kalau hanya membuatkan hatinya sedih, terluka, dikhianati, tertipu dan seangkatan dengannya.

Iman berlalu pergi. Air mata gugur menyembah bumi. Mata-mata yang melihat dibiarkan sahaja terus melihat. Bila lagi nak tengok agenda ala-ala dalam drama kan?
~~~
"Dah lama kita tunggu. Air yang Lia pesan pun dah nak habis. Mana tunang abang tak sampai-sampai lagi ni?" Rengek Lia ataupun lebih dikenali sebagai Kamelia.

"Entahlah. Sekejap abang telefon dia," Ahmad Iman menelefon Iman namun panggilannya tidak dijawab. Telefon buat kali kedua, telefon Iman dimatikan.

'Iman ni kenapa? Tadi bukan ke dia yang ajak jumpa. Sekarang batang hidung pun tak nampak lagi. Telefon dimatikan pulak tu. Tak pernah dia macam ni,' Ahamd Iman bermonolog di dalam hati. Wajahnya berkerut.

"Macam atuk je dah abang ni kerutkan dahi. Kenapa? Dia tak angkat call?" Duga Kamelia. Ahmad Iman menganggukkan kepala.

"Hmm, nampkanya tak ada rezeki nak tengok bakal kak ipar Lia," ucap Kamelia sambil melepaskan satu keluhan.

"Kamu lah yang gatal sangat pergi melancong masa abang tunang hari tu. Lagipun, kan abang dah hantar gambar dia dekat kamu," balas Ahmad Iman.

"Liakan baru habis belajar. Mestilah nak merehatkan minda yang asyik diperah ni. Lagipun abang pun salah. Tunang tak terancang. Tup tup ada calon. Tak bagi tahu Lia pun," nada suara Lia kedengaran sayu.

"Bukan abang tak nak bagi tahu. Masa tu masih berkawan."

"Hmm.. Tunang abang ni mana? Dekat 40 minit tunggu. Entah-entah tak datang kut."

"Ya la kut. Tak apalah, nanti abang pergi rumah dia. Risau jugak abang kalau-kalau jadi apa-apa kat dia. Melepas kamu nak dapat bakal kak ipar cun," gurau Ahmad Iman.

"Lia rasa, abang yang frust menonggeng sebab tak dapat bini cun. Lia nak ikut pergi rumah bakal kak ipar?" Tanya Kamelia dengan mata yang bersinar-sinar bagai bintang di langit malam. Cewah!!

"Kamu kena balik rumah. Tolong apa yang patut," kata Ahmad Iman sambil bangun meninggalkan restoran itu. Sebelum itu, dia membayar untuk minuman yang mereka pesan.
~~~
Kereta Iman meluncur laju masuk ke dalam perkarangan rumahnya. Iman segera masuk ke dalam bilik. Semua yang ada memandang aneh.

Orang kalau nak kahwin, berseri-seri je. Kalah kuih seri muka. Ni masam je. Macan mempelam muda. Sedapnya makan dwngan kuah rojak. Sekali rasa nak lagi.

Ahmad Idlan yang paling terkesan. Sebab dialah punca utama kenapa Iman menangis pagi tadi. Dialah yang jadi suspek utama dalam kes ini. Semua mata memandangnya. Tidak ketinggalan isteri tercinta.

"Okay, Idlan pujuk Iman sekarang," katanya sambil mengangkat kedua-dua tanganya macam pesalah. Memang pesalah pun.

Pintu bilik Iman diketuk.

"Iman, bukan pintu ni. Bagi abang masuk," kata Idlan lembut. Nak pujuk adik tercinta, kenalah lembut.

Pintu dibuka perlahan-lahan. Idlan masuk. Pintu ditutupnya perlahan-lahan.

Belum sempat Idlan bersuara, Iman telah memeluknya erat. Habis basah t-shirtnya akibat air mata Iman.

Sah!

Bukan salahnya Iman menangis.

"Ini mesti kerja si Iman tu yang buat adik abang menangis macam ni. Cakap kat abang apa yang dia buat kat adik abang yang comel ni sampai jadi tak comel."

"Adik nampak dia dengan perempuan lain..." ucap Iman perlahan tapi jelas.

"Dia apa?!" Api kemarahan Idlan sedang membara. Berani kau menduakan adik aku ya Iman. Siap kau aku kerjakan.

Kebetulan pula pada ketika itu...

"Assalamualaikum!" Suara Ahmad Iman memberi salam.

"Adik abang tunggu sini ya, biar abang ajar dia cukup-cukup," selesai sahaja berkata sedemikian, Idlan meninggalkan Iman di dalam bilik. Tangan ni dah lama tak tumbuk orang.

Ahmad Iman tidak databg bersendirian, Kamelia turut mengekori. Jenuh di suruh untuk tinggal di rumah tetapi dia enggan.

"Waalaikumsalam, Iman jemput masuk," pelawa Puan Intan. Kamelia menyalami Puan Intan.

"Iman ada tak mak cik?" Tanya Ahmad Iman.

"Ada dia di dalam bilik. Merajuk lagi lah tu kut dengan abangnya. Yang ini siapa?" Belum sempat Ahmad Iman menjawab...

"Iman! Baik kau keluar dari sini. Lepas apa yang kau buat kat adik aku masih berani tunjuk muka dekat sini. Pernikahan ini akan dibatalkan!" Tegas Idlan menghalau Ahmad Iman.

"Idlan, apa yang kamu cakap ni?" Kata Encik Amir. Nadanya satu not lebih rendah berbanding Idlan namun mampu membuatkan lututnya lembut. Telan air liur Idlan.

"Apa yang Iman buat sampai mesri batalkan pernikahan? Persiapan dah nak siap. Majlis tu lusa Idlan. Mak long kamu dari Johor sanggup datang ke sini seminggu lebih awal untuk majlis ni," Puan Intan pula bersuara. Lebih lembut namun mampu melembutkan sendinya.

Ahmad Iman pula terpinga-pinga. Apa yang dia buat? Kamelia pula, terkedu. Kaku terus. Keras je. Kalah batu.

"Iman ni curang dengan adik kesayangan Idlan. Mana Idlan tak marah."

"Curang? Betul ke kamu curang Iman?" Tanya Puan Intan lembut.

"Mana ada saya curang mak cik," Ahmad Iman membela diri.

"Habis, siapa perempuan tu?" Entah bila Iman turun pun tak tahu. Tup-tup dah ada dekat sebelah Idlan. Idlan pun apa lagi,

"Eh mak kau pi berambus!" Keluarlah sifat melatahnya.

Krikk...krikk...

"Hahahaha!!!!!" Meletuslah ketawa semua yang berada di situ. Ahmad Iman, Manisah, Kamelia dan Iman sedaya upaya menahan tawa. Habis merah muka mereka tahan gelak.

Idlan pula merahnya jangan cakap. Macam lobster!

"Iman, janganlah tetiba muncul tepi abang." Marah Idlan. Iman pula, apa lagi. Berlari ke belakang kak iparnya, Manisah dan memandang abangnya dengan mata yang berkaca.

Prangg!! Hancur hatinya apabila melihat Iman sedemikian.

"Umm, saya rasa ada sedikit salah faham di sini. Perempuan kat sebelah saya ni, adik saya, Kamelia." Jelas Ahmad Iman memecah sunyi.

"Adik? Awak tak cakap pun awak ada adik perempuan lain selain kembar awak," Iman yang masih di posisi yang sama bertanya.

"Kenapa abang tak cerita pasal Lia dekat kak Iman? Tengok apa yang dah jadi. Kalau Lia tak ikut mesti abang tak jadi kahwin. Menangis tak berlagu lah jawabnya." Marah Kamelia pula.

"Manalah abang tahu jadi macam ni." Bela Ahmad Iman.

"Sudah, dua-dua Iman pergi berbincang dekat luar. Selesaikan salah faham ni," celah Puan Intan. Macam-macam kerenah.

Mereka apa lagi, keluarlah. Kamelia pula di jemput Puan Intan untuk masuk.
~~~
"Sekarang apa yang awak nak tahu?" Tanya Ahmad Iman lembut sambik memandang tepat mata Iman. Jelas mata Iman agak bengkak kerana menagis. Perasaan berasalah menyerbu sanubarinya.

"Betul dia adik awak?"

"Betul."

"Kenapa saya tak pernah nampak dia?"

"Masa kita tunang, dia dekat Korea. Melancong dengab kawan. Merehatkan minda memandangkan dia baru habis belajar. Dia baru balik minggu lepas."

"Masa saya telefon awak, saya dengan suara perempuan. Siapa pulak dia?"

"Orang yang sama. Lia, dia teman saya shopping."

"Jadi awak tak curang?" Kini Iman membuat mata yang comel macam anak kucing. Nak saja Ahmad Iman memeluk Iman tapi bukan mahram. Sabar hati, lusa je.

"Tak. Saya sayang awak tahu. Tak ada perempuan lain selain awak dalam hati saya selain mak dan ahli keluarga perempuan saya."

Iman mengangguk. Wajahnya ditundukkan. Malu kerana salah faham. Namun, Iman baru teringat satu perkara. Baju nikah!!

"Abang!!! Baju nikah adik!!" Jerit Iman sekuat hati. Ahmad Iman hanya ketawa geli hati dengan gelagat dua beradik itu.

Ahmad Idlan apa lagi. Kalut habis. Mulalah adegan kejar-mengejar dua beradik ini.

Ahmad Iman masuk ke dalam dan melihat aksi itu. Geli hati melihat Iman dan Idlan.

"Abang, baik abang bagi balik baju nikah Iman sebelum..." sengaja Manisah tidak menyambung kata-katanya. Dia hanya tersenyum manis bak madu lebah.

Idlan yang melihat menelan air liur. 'Nanti tak pasal-pasal aku tidur luar pulak seminggu.' Idlan bermonolog.

Idlan berjalan menghampiri kabinet dapur yang berada di atas. Kabinet itu Puan Intan menyimpan semua koleksi tuppurware nya. Di sebalik tappurware di hadapan ada satu bekas air yang kecil yang berwarna. Di keluarkan bekas itu dan dipeluknya.

Idlan memandang orang-orang yang berada di situ. Perlahan-lahan Idlan mengeluarkan baju nikah Iman yang berwarna putih. Memanglah tak nampak sebab bekas itu bukan lut sinar.

Iman apa lagi terus menyambar baju nikahnya dan tersenyum gembira. Selesai sudah masalahnya.

Iman memberikan senyuman manis kepada tunangnya yang tersayang.

"Jangan pandang lama-lama. Iman, sekali lagi kau buat adik aku menangis aku takkan lepaskan kau." Idlan memberi amaran.

"Kau pun apa kurangnya. Buat bakal isteri aku menangis tunggu je hadiah dari aku." Kata Ahmad Iman sambik tersenyum. Ada aura gelap di sekeliling Ahmad Iman yang membuatkan Idlan gugup.

"Alhamdulillah. Selesai semua masalah. Jadi pernikahan duteruskan macam yang dirancang." Kata putus dari Puan Intan mendapat sambutan.

Dugaan sebelun bernikah. Biasalah. Yang penting cara kita selesaikan masalah. Semoga masjid yang bakal dibina ini akan utuh. Aminn.

-TAMAT-