"Abang!!" Iman menjerit memanggil abang tercinta. Bukan Idlan ye. Tapi Ahmad Iman. Suami tercinta.
"Ye sayang, nak apa?" Sahut Ahmad Iman. Ahmad Iman tersenyum melihat isterinya yang sedang menuruni tangga.
Sudah genap tiga bulan mereka mendirikan berumah tangga. Tiga bulan jugak Idlan masih datang asyik mengganggu.
"Abang, disebabkan abang Idlan tu asyik sangat kacau kita punya sweet time, apa kata kita pergi honeymoon? Kita pun mana pernah lagi pergi honeymoon?" Iman mencadangkan. Ya lah, orang nak bersweet dia pulak datang mengacau. Tak pagi waktu malam. Bukan hari kerja hujung minggu. Huhuhu.
"Hmm, okay jugak tu. Sayang nak pergi mana?"
"Mana-mana je. Tak kisah. Tapi elok dalam negara je. Sebab dalam Malaysia pun sayang tak habis melancong lagi,"
"Sayang tak pernah pergi mana lagi?"
"Hmm...hah! Sabah bah jom!"
"Okay jugak. Alang-alang tu boleh jugak ke Sarawak. Abang pun ada saudara dekat Sarawak. Boleh lah jenguk diorang,"
"Okay je. Jadi on lah kan?" Ahmad Iman mengangguk tanda mengiyakan. Iman sudah bersorak gembira.
Ahmad Iman tersenyum melihat Iman gembira. Isteri happy meatilah kita suami pun happy. Lagi-lagi bila baru berkahwin. Mesti nak happy selalu. Akan datang belum tentu kita akan happy selalu. Dugaan pasti akan hadir dalam setiap hidup insan. Itulah lumrah kehidupan.
"Kita book sekarang eh?" Iman sudah tidak sabar mahu honeymoon.
Gila kau tak nak honeymoon. Semua pasangan baru mesti nak honeymoon. Kalau boleh nak pusing satu dunia. Tapi honeymoon bukan pergi tenpat jauh je. Yang dekat-dekat pun boleh honeymoon. Honeymoon is the time for newleyd to spend thier time together. Only the two of them.
Dapat ke Sabah dan Sarawak pun bersyukur. Ada yang tak pergi honeymoon pun ada. Buat apa membazir duit pergi tempat jauh-jauh. Kalau yang dekat pun ada tempat yang cantik-cantik baik pergi yang dekat. Save duit. Overseas lain kali lah pulak.
"Bila abang free?" Iman bertanya untuk kepastian. Nak beli tiket kena lah tahu tarikh nak pergi. Iman tak apa lah. Kerja jadi ilustration designer. Kerja kat rumah pun boleh. Ahmad Iman kerja arkitek. Tak boleh tangguh kerja.
"Hmm...nanti abang tengok jadual. Minggu depan cuti umum. Nanti abang try mohon cuti. Boleh lama sikit cuti. Kebetulan projek baru pun dah nak siap," kata Ahmad Iman. Pelbagai rancangan sedang bermain di dalam minda.
"Okay. Tapi, jangan bagi tau abang Idlan! Nanti dia menyibuk. Pergilah layan bini dia tu. Dulu marah orang selalu kacau dia," Iman memuncungkan bibirnya. Geram betul!
Dulu bukan main lagi dia tak bagu ikut. Bila nak ikut keluar dating mesti tak bagi. Sampai sanggup menipu! Huh! Bila kita pulak nak dating dia pulak menyibuk lebih.
"Auch!" Jerit Iman mematikan lamunannya.
Ini disebabkan oleh Ahmad Iman yang bertindak mencubit pipi gebu Iman. Mujur Iman ni chubby. Seronok cubit. Chubby is cute!
"Sakitlah abang. Habis merah pipi sayang ni," Iman sudah mencebik. Tangan disilangkan. Merajuk.
Ahmad Iman ketawa sebelum menjawab. Comel sangat. Marah-marah pun tetap comel. Rasa nak ngap je pipi tu.
"Sayang ni comel sangat. Marah pun comel. Tu yang geram tu," sekali lagi Ahmad Iman bertindak mencubit pipi Iman. Kali ni kedua-dua pipi Iman menjadi mangsa cubitan.
Iman memejamkan matanya. Tak boleh nak lari sebab tangan Ahmad Iman ni laju je cubit pipi.
"Aduh! Sakitlah abang oi! Merah dah pipi sayang ni," kata Iman sambil menggosok pipinya yang merah. Matanya berkaca. Sakit kut! Tangan ketam ke apa tangan dia ni.
"Hahaha. Alololo. Menangis pulak sayang manja abang ni. Abang minta maaf okay?" Ahmad Iman merapatkan wajah mereka dan dahi mereka bersentuhan.
Hembusan nafas mereka masing-masing dapat mereka rasakan. Mata mereka bertaut lama. Wajah Ahmad Iman semakin dekat dan dekat. Iman menutup matanya perlahan-lahan. Bibir mereka semakin hampir.
Krinngggg!!! Krinngggg!!!
Telefon Iman berdering minta diangkat. Tindakan mereka terhenti. Ahmad Iman menjarakkan wajah mereka.
"Angkatlah. Urgent mungkin," Ahmad Iman membenarkan Iman untuk menjawab panggilan telefon apabila melihat Iman yang seperti mahu-tidak mahu sahaja.
Iman memandang Ahmad Iman. Ahmad Iman mengangguk kepala tanda menyuruh Iman menjawab panggilan. Iman melepaskan keluhan. Tangannya mencapai telefon bimbit di atas meja kopi. Nama yang tertera tidak dipandang malah dijawab terus.
"Assalamualaikum adik manja abang! Rindu abang tak? Adik buat apa tu?" Suara riang
Idlan membuatkan Iman mengetap gigi. Urat di dahi π’ mula kelihatan. Ahmad Iman yang melihat wajah Iman dapat menganggak siapa yang telefon. Tak payah tengok wajah Iman. Suara Idlan di talian sangat jelas.
"Adik? Adik dengar tak ni? Abang rindu adik manja abang ni," sayu sahaja suara Idlan. Tapi tidak bagi Iman.
"Adik benci abang! Jangan call adik lagi!" Iman memutuskan talian sebaik sahaja selesai berkata sedemikian.
Iman memeluk tubuh. Pipi dikembungkan. Ahmad Iman ketawa melihat wajah Iman. Comel! Ditekan-tekan pipi Iman dengan jari telunjuk.
"Abang, jangan main cucuk-cucuk boleh tak?" Iman kelihatan sangat marah. Agaknya macam mana lah Idlan sekarang ni.
Idlan...
"Yang!!! Adik manja abang cakap dia benci abang! Dia suruh jangan call dia lagi. ・οΎοΎ・(>Π΄<)・οΎοΎ・" Ahmad Idlan sudah menangis. Kepala diletakkan pada bahu Manisah.
Manisah tak berkata apa. Hanya menggosok lembut belakang Idlan. Dulu sebelum adik tak kahwin tak pula dia nak layan. Sampai merajuk si Iman. Bila Iman dah kahwin terhegeh-hegeh pulak dia nak perhatian Iman. Kawan tu dah kahwin. Mestilah nak bersama suami je.
Kembali kepada Imans'
"Sayang, tak baik tau buat abang macam tu. Dia nak peehatian dari sayang je tu. Tak baik benci-benci ni," Ahmad Iman cuba memujuk Iman.
"Biar lah dia. Dulu orang nak bermanja dengan dia, dia sibuk dengan kak Manisah. Bila kita dah kahwin, sibuk pulak cari kita," Iman masih dengan rajuknya. Balas dendam nampak Iman ni.
"Hahaha. Tapi sebab Idlan jugak lah abang jatuh hati dekat sayang," kata Ahmad Iman lembut. Dia cium dahi Iman. Harapnya, rajuk Iman berkurang.
"Macam mana pulak abang boleh jatuh hati kat Iman? Pada hal kita tak pernah jumpa sebelum ni?" Iman seperti tertarik dengan topik yang tidak sengaja dibangkitkan. Kali pertama jumpa masa teman Suraya teman jumpa tunang dia.
Ahmad Iman gugup. Menyesal pulak dia bangkit soal ni. Dipandang Iman sekilas. Wajah berharap Iman membuatkan dia tidak sampai hati untuk mengubah topik lain. Segan sebenarnya.
"Abang cerita janji jangan gelak tau?" Ahmad Iman menunjukkan jari kelinkingnya. Iman yang melihat hanya tersenyum.
Pinky promise dibuat. "Janji."
"Waktu tu Idlan tak kahwin lagi. Iman pun tak habis belajar lagi."
*Flashback*
"Iman! Teman aku kejap," Idlan duduk kerusi yang kosong di hadapan Ahmad Iman.
"Pintu tak ketuk. Salam tak bagi. Main terjah je masuk bilik aku. Teman ke mana?" mereka kini masih di pejabat. Sebentar lagi tiba waktu lunch.
"Teman aku intip adik aku. Dia kata dia nak keluar dengan kawan," ajak Idlan. Ahmad Iman yang terdengar agak terkejut. Dia tahu kawan dia yang sorang ni ada sister-complex. Sikap melindungi adik yang teramat extreme.
"Kan dia nak keluar dengan kawan dia. Buat apa nak ikut dia. Macam stalker je," Ahmad Iman cuba menolak.
"Alah. Aku nak tahu dia keluar dengan kawan laki ke kawan perempuan. Aku risau lah dengan dia," Idlan mula membuat muka cuaknya. Fikirannya mula terbayang kalau-kalau adiknya keluar dengan mana-mana lelaki. Atau pun diculik. Atau pun...uwarghh!!! Tak nak fikir!
"Adik kau kan dah besar. Dia bukan budak kecil nak kau jagakan. Pandai lah dia berdikari. Kau tak payah lah risau sangat," Ahmad Iman masih lagi menolak. Daripada dia temankan si Idlan baik dia siapkan kerja dia. Cepat kerja aku siap. Tak payah overtime.
"Alah... teman aku. Please π!" Melihat Idlan yang bersungguh-sungguh tiada apa yang mampu dia katakan.
"Okay lah. Aku teman," putus Ahmad Iman. Idlan bersorak seronok.
~~~
"Asal kau tetiba ajak aku?" Tanya Ahmad Iman semasa dalam perjalanan ke destinasi. Tak pernah-pernah Idlan nak ajak dia.
"Hah, sebab nanti kalau terkantoi boleh lah aku ada alasan aku keluar lunch dengan kau," lancar sahaja Idlan berkata.
'Owh, mempergunakan aku lah ni. Mujur kawan. Kalau tak, saat ni jugak aku lompat dari kereta. Itu pun kalau tak sayang nyawa.' Ahamd Iman bermonolog.
Sampai sahaja ke destinasi, Ahmad Iman dan Idlan berjalan di sekitar mall. Mereka sekarang berada di One Utama.
"Idlan, belanja aku makan. Aku lapar lah. Aku dah teman kau ni, belanja lah makan," pinta Ahmad Iman. Perutnya dah mengaum dah.
"Okay lah. Aku pun lapar tiba-tiba," Idlan bersetuju.
Mereka menuju ke food court. Mata Idlan tertacap pada susuk tubuh yang amat dikenalinya. Iman Amani!
"Wei, aku jumpa adik aku. Sorok, sorok!" Arah Idlan. Takut kehadirannya disedari oleh Iman. Ahmad Iman hanya menurut. Dia juga turut tercari-cari adik Idlan. Nak jugak tengok muka. Siapa tak curious kalau abangnya terlampau protective.
"Adik kau yang mana?" Tanya Ahmad Iman.
"Yang pakai blouse labuh warna biru kain pink tudung shawl pink," ucap Idlan dengan mata masih terlekat pada Iman Amani.
Ahmad Iman mencari. Dan dia jumpa akhirnya. Dia memerhati adik Idlan. Kebetulan Iman Amani memalingkan wajah. Dapat dia lihat wajah adik Idlan.
π
Bagaikan dipanah hatinya. Cantik. Ayu. Sopan. Mata Ahmad Iman tidak berkelip daripada memandang adik Idlan.
Idlan memandang Ahmad Iman. 'Dah kenapa Iman ni? Muka tetiba memerah. Demam ke pulak dia ni?'
Idlan meletakkan tangannya ke dahi Ahmad Iman. Ingin merasa suhu badan Ahmad Iman.
'Tak demam. Asal muka dia merah? Dia ni tengok siapa?' Idlan memandang ke arah mata Ahmad Iman.
'Dia tengok adik aku ke? Jangan-jangan... No! Aku takkan benarkan!'
"Kau pandang siapa tu Iman?" π
"Eh, tak pandang siapa-siapa. Aku pergi order tau," Ahmad Iman baru tersedar. Dia bangun dan pergi ke gerai yang menjual pelbagai jenis lauk. Dia meraup wajah.
'Aku dah jatuh cinta ke?' Kemudian dia tersenyum sendiri.
Setelah selesai membeli dia kembali duduk di meja. Idlan juga sudah membeli makanannya.
Ahmad Iman membaca doa. Kemudian dia mula menikmati juadah. Sedap kut. Orang belanja lah katakan. Hahaha.
"Iman. Aku warning awal-awal. Kalau aku tahu kau tangkap cintan dengan adik kesayangan aku tu siap kau!" Berbau ugutan kata-kata Idlan.
"Uhuk! Uhuk! Air air," pinta Ahmad Iman. Tersedak dia.
"Hah! Tersedak ni. Kau tangkap cintan dengan adik aku ke?" Mata Idlan dibesarkan. Kelakar pun ada bila tengok si Idlan ni.
'Terlupa pulak aku yang Idlan ni ada sister-complex. Susah lah nampaknya aku nak kenal dengan adik dia.'
"Kalau ye kau nak buat apa?" Kita try dulu tengok riaksi dia.
"Aku akan pastikan kau dengan adik aku tak akan bersatu. Tak akan!" Tekad Idlan.
'Susah lah nampaknya. Tak apa. Kalau dah jodoh tak kan ke mana kan. Tak kan lari gunung yang dikejar.' Ahmad Iman cuba meyakinkan diri.
"Apa-apalah kau ni. Hah, dah tau adik kau keluar dengan siapa?" Ahmad Iman mengubah topik.
"Dah. Dengan kawan perempuan. Suraya," kata Idlan. Nada suaranya pun agak tenang. Lega lah tu adik dia keluar dengan kawan perempuan. Idlan, Idlan.
~~~
"Wei! Tengok ni tengok ni! Aku selfie dengan adik aku masa cuti dengan family. Cute kan dia. Melting aku tengok. Aku nak buat jadi wallpaper fon aku lah," Idlan menunjukkan gambar dia dengan adiknya.
Sudah tiga bulan berlalu sejak Idlan mengajaknya stalk adik dia. Dia lupa lah tu yang si Ahmad Iman ni ada hati dengan Iman.
"Mana? Bak sini aku tengok," Ahmad Iman merampas telefon Idlan. Dia melihat gambar Idlan dengan adiknya Iman Amani. Mereka memakai pakaian sedondon dan membuat peace.
"Eh! Bak sini. Mana boleh tengok lama-lama. Buah hati aku ni," Idlan merampas balik telefon dia.
Sebenarnya, balik je Ahmad Iman ke rumah selepas stalked adik Idlan, dia terus bukak laptop dan membuka laman sosial Facebook. Dia membuka dan melihat gambar-gambar Idlan. Idlan tag adiknya.
Iman Amani.
'Macam jodoh pulak nama sama.' Ahmad Iman tersenyum sendiri.
Jarang dia nak buka Facebook. Kerja berlambak. Tak ada masa nak layan Facebook.
Dilihat satu persatu gambar Idlan dengan Iman Amani. Sangat akrab. Sampai ada ingat mereka ni pasangan kekasih. Mana tidaknya. Baju sedondon. Siap tulis i love you bagai. Mana orang tak salah anggap.
*End of flashback*
"Sejak dari itu kalau Idlan ajak stalk sayang, kalau dia cerita pasal sayang abang dengar dan ikut je. Tapi abanh tak berani nak tanya banyak-banyak. Abang pun buat macam tak ambil kesah. Nanti dia dapat hidu yang abang ni suka kat sayang. Confirm dia tak akan cerita pasal sayang kat abang dah. Risau jugak abang kalau dia ajak orang lain stalk sayang. Nanti bertambah lah pesaing abang. Cukup lah Idlan sorang je," panjang Ahmad Iman bercerita. Iman pun hanya mendengar.
"Kiranya abang ni fell in live at the first sight lah ni?" Ahmad Iman mengangguk.
Ahmad Iman menutup wajahnya dengan tapak tangan. Malu pulak! ≧﹏≦
Iman ketawa melihat Ahmad Iman. Boleh dia nampak yang wajah Ahmad Iman merah yang amat.
"Sayang tak terkejut pun kalau abang Idlan stalk sayang. Sebab sayang memang perasan yang abang Idlan ada ikut sayang. Suraya pun perasan. Tapi kekadang perasan ada orang lain dengan abang Idlan. Tak sangka pulak itu abang," Iman ketawa apabila teringatkan kisah dia dan Idlan. Sungguh Idlan sangat protective. Tapi dia tak kisah. Bagi dia itu tanda yang abangnya ambil berat tentang dia.
"Masa kita jumpa pertama kali tu abang rancang jugak ke?" Tanya Iman. Dah Ahmad Iman bukak cerita nak lah dia tahu.
"Yang tu kuasa Allah. Allah dengar doa abang dia dekatkan abang dengan sayang. Masa pertemuan tu memang kebetulan. Abang tak tahu pulak yang tunang dia Suraya dan ada sayang sekali. Berdebar pulak tu," jujur Ahmad Iman.
"Hihihi. Ermm...nak call abang Idlan boleh?" Iman meminta izin dengan Ahmad Iman. Ahmad Iman mengizinkan. Tahu yang Iman ingin memujuk Idlan.
"Yeay! Terima kasih!"
Cup! Satu ciuman hinggap di pipi. Ahmad Iman terkejut dengan tindakan Iman.
"Pipi je ke? Kat sini?" Ahmad Imab meletakkan jari telunjuknya di bibirnya. Wajah Iman berona merah.
"Nanti sayang bagi." Bisik Iman di telinga Ahmad Iman. Ahmad Iman mengagguk gembira.
Iman segera menelefon abangnya.
"Assalamualaikum abang! Adik minta maaf! Adik sayang abang! Terima kasih untuk segala-galanya!" Ucap Iman gembira.
Ahmad Iman gembira dengan kehidupannya. Setiap hari dalam solat tidak pernah dia lupa agar kebahagiaannga kini kekal hingga ke jannah.
-TAMAT-
No comments:
Post a Comment