Monday, January 16, 2017

Manja Tak Bersalah! 26

"Assalamualaikum. Ira!" Iman menjerit.

"Waalaikumsalam! Iman, Ira ada kat dalam bilik dia. Meh masuk meh!" Kata mak kepada Nazirah, Puan Ismah.

Iman masuk ke dalam rumah setelah dijemput Puan Ismah. Terus sahaja dia masuk ke bilik Nazirah. Tanpa mengetuk pintu, Iman melulu masuk.

Dilihatnya Nazirah sedang nyenyak tidur. Tahulah kerja nurse. Tapi aku tak lah terlajak tidur sampai ke tengah hari. Aku sampai ke petang terus. Hahaha! Tapi masa tengah bendera merah lah.

"Anak dara siapalah yang tidur sopan betul ni," Iman menggeleng kepala melihat Nazirah.

Tidur sopan yang dimaksudkan Iman bukanlah tidur yang mengering ke kanan dan tangan diletakkan di bawah pipi kanan seperti sunnah Rasulullah saw. Tapi tidur yang meniarap, dengan air liur basi meleleh, komputer riba yang masih terbuka.

Ni terlajak tidur sebab layan drama ni. Bukan sebab penat kerja. Mana taknya kalau kat komputer tu ada drama korea yang diberhentikan. Kita tak layan lah korea-korea ni. Muka tak ori tapi melting jugak lah tengok diorang senyum.

Satu idea jahat menerjah akal fikiran Iman. Habis lah kau Nazirah. Siapa suruh kau defenseless time tidur. Hihihi. Iman sudah bergelak jahat.

Iman membuka tudung. Rambutnya yang panjang disanggulkan. Anak tudung berwarna hitam dipakai sekadar menuntup sanggulnya. Ala-ala pakai beanie gitu.

Kemudian perlahan-lahan Iman panjat ke atas katil Nazirah. Mujur katil queen. Iman baring di sebelah Nazirah. Mujur juga hari ni dia pakai baju kemeja lengan panjang dengan jeans. Iman memulakan langkah seterusnya.

Tangan Iman meletakkan tangannya di atas kepala Nazirah. Di belai rambut Nazirah yang agak pendek itu perlahan-lahan. Apabila melihat Nazirah yang seakan-akan akan tersedar bila-bila masa, Iman meletakkan tangannya di pinggang Nazirah. Mata dipejamkan.

'Kenapa rasa berat je pinggang aku ni. Aku nak tidur pun susah. Petang nanti nak kena drive lagi. Siapalah yang mengganggu tidur aku ni,' Nazirah membebel di dalam hati. Dia kini separuh sedar.

Nazirah menoleh kepala. Mata dicelikkan. Matanya dikedipkan beberapa kali. Dia tidak percaya dengan apa yang ada di sebelahnya kini. Nazirah menggosok matanya.

"Makk!!!!"
~~~

"HAHAHAHA!!!" Iman ketawa sambil memegang perutnya.

Wajah Nazirah masam. Sama masam macam lemon.

"Sudah lah tu. Kamu pun macam tak biasa dengan Iman ni hah. Dia kan memang kuat menyakat," Puan Ismah cuba memujuk.

Terkejut Puan Ismah apabila terdengar suara Nazirah yang menjerit. Gila kuat betul suara dia.

"Kalau nak menyakat pun agak-agak lah. Mati-mati Ira ingat lelaki yang peluk Ira tadi," kata Nazirah sambil memuncungkan bibirnya.

"Hahaha. Sorry ye Ira. Saja nak menyakat. Dah lama tak jumpa. Tak sangka pulak menjadi," tawa Iman masih bersisa.

Sungguh lucu bagi Iman. Nazirah hampir sahaja menangis kerana dia betul-betul ingat yang manusia yang baring di sebelahnya ialah lelaki.

Aku, Iman yang muka cun ni dia kata lelaki.

"Kau siapa hah?! Macam mana kau boleh masuk dalam bilik aku ni? Apa yang kau dah buat dekat aku?!" Berdas-das soalan Nazirah lontarkan. Air mata sudah bertakung. Tangan disilangkan menutupi dada. Walaupun ketika itu dia memakai baju berlengan panjang.

"Nazirah! Apa yang bising-bising tu?" Teriak Puan Ismah.

Pintu dibuka dari luar. Terbeliak Puan Ismah melihat ada makhluk lain di atas katil Nazirah. Kemudian matanya dikecilkan. Tak lama kemudian Puan Ismah melepaskan keluhan.

"Iman, kamu ni tak habis-habis mengusik," Puan Ismah berlalu pergi sambil menggelengkan kepala selepas berkata sedemikian.

'Iman?' Nazirah pelik kerana maknya mengenali makhluk ini. Kemudian di menatap wajah makhluk itu.

Iman senyum sambil membuat peace dan mengeyitkan mata.

"Kak Iman!!!"
~~~

"Tak baik tau kak Iman buat Ira macam tu," Nazirah sudah merajuk.

"Alalala...merajuk sudah adik kakak ni. Akak saje je nak ngusik adik. Adik balik bukannya lama. Bila lagi nak jumpa?" Iman cuba memujuk.

"Tapi melampau sangat lah akak ni. Mujur tak tercabut jantung..."

"Kamu main lah cabut-cabut jantung. Akak cabut jantung kamu betul-betul nanti," pintas Iman. Cukup pantang kalau orang main cakap cabut jantung atau gugur jantung atau seangkatan dengannya. Nanti tercabut betul-batul nanti mati katak je.

"Alah kak Iman ni. Dia yang buat orang. Lepas tu kita pulak yang disalahkan," Nazirah sudah mencebik. Rasa nak nangis pun ada. Uwahh!

"Ye lah. Kak Iman minta maaf. Janji tak buat prank tu lagi dah," ikrar Iman.

"Ada niat nak prank orang lagi lah tu," Nazirah seperti dapat membaca hati Iman. Iman hanya tersengih. Memang ada niat pun. Hihihi.

"Kak Iman datang buat apa?" Nazirah mula bertanya tentang kehadiran Iman yang memang jarang nak keluar rumah.

"Nak jumpa Ira," jujur Iman.

"Buat apa?"

"Pasal Hadi."

"Uhuk! Uhuk!" Nazirah terbatuk.

"Aik, minum tidak makan tidak boleh tersedak terbatuk bagai?" Iman pelik dengan Nazirah.

"Tersedak air liur. Kenapa dengan Hadi?" Nazirah menggosok dadanya.

"Dia kata dia ada merisik kamu. Betul ke?" Iman mula bertanya mengenai Hadi.

"Akak, tak cakap pasal tu boleh?" Nazirah cuba berdalih.

"Eh! Tak boleh! Tapi kan, rasanya semalam atuk cakap Hafif merisik kamu. Hafif mana ek?" Iman menggaru kepala yang gatal. Ada kutu ke apa ni.

Nazirah diam sejenak. Kemudian ketawanya meletus macam gunung berapi.

"Hahahaha!!" Sampai menekan-nekan perutnya ketawa. Iman pula semakin pelik dengan Nazirah. Nazirah yang perasaan dengan riak wajah Iman yang jelas kebingungan ketawanya semakin surut.

"Akak, Hadi dengan Hafif kan orang yang sama. Hafif Hadi Ahmad bin Yusri. Orang lain panggil Hafif akak je panggil Hadi. Konon nak kelainan," Nazirah menyeka air mata yang mengalir.

"Haah lah! Macam mana lah akak boleh lupa," Iman menggeleng kepalanya. Macam mana dia boleh terlupa nama sahabat baiknya di kampung. Nama Nazirah ingat pulak.

"Tu maksudnya akak dah tua!" Nazirah menjelir lidah lalu berlari masuk ke bilik menyelamatkan diri daripada Iman.

"Owh, main jelir lidah ye. Meh sini kamu akak potong lidah tu supaya kamu tak boleh jelir dah!" Iman mengejar Nazirah.

Mulalah aksi kejar mengejar Iman dengan Nazirah.

Puan Ismah hanya menggelengkan kepala melihat Iman dengan Nazirah. Sungguh macam budak tadika.

Bersambung...

Maaf lambat di update. Huhuhu.... tak ada idea. 

No comments:

Post a Comment