"Kami balik dulu atuk opah. Maaf lah tak boleh nak duduk lama-lama. Iman tak cuti lama. Amin pun sakit kaki. Nak bawa ke hospital. Nak kena check tulang dia," Iman menyalami atuk dan opah berserta ciuman di kedua-dua belah pipi.
"Eh kamu ni Iman. Main cium-cium pulak. Geli atuk," atuk membuat gaya gelinya.
Lagi galak Iman mengusik. Di acahnya ingin mencium atuknya. Opah dan Amin hanya mampu ketawa.
"Atuk opah terima kasih sepanjang kami kat sini. Terima kasih sebab urut Amin," Amin menyalami atuk dan opah. Sopan je gayanya.
"Dah le tu. Tak payah nak acah cucu mithali," Iman mula menyampah dengan Amin.
"Kamu tak payah layan sangat si Iman ni. Dia jealous lah tu," kata opah. Masak sangat dengan perangai Iman.
Iman hanya mencebik. Dia sudah memasukkan semua bagasi ke dalam tempat letak bagasi. Dia juga sudah sedia di tempat duduk memandu.
"Kami gerak dulu atuk opah. Assalamualaikum," Amin berlalu ingin masuk ke tempat duduk penumpang. Akibat kakinya yang masih sakit dia berjalan macam itik je pada pandangan Iman.
Iman keluar dari kereta dan membantu Amin. Setelah menutup pintu kereta penumpang untuk Amin dia meluru masuk ke dalam kereta.
Atuk dan opah yang melihat hanya tersenyum. Dalam kuat menyakat Iman, dia lah yang paling boleh diharap dan suka membantu. Tak payah minta. Rela diri je dia. Kalau tak, tak adanya jadi doktor.
Amin pula berasa segan. Tapi seronok. 'Care jugak dia ni kat aku.' Sorak Amin riang dalam hati.
~~~
"Kita terus ke hospital tau. Risau tengok kaki kau bengkak tak surut-surut," Iman memulakan perbualan setelah 30 minit sepi.
"Ikut kau lah. Tahu pulak risau. Sebelum kenakan aku tak pulak fikir," Amin mula melancarkan perang mulut.
"Memang tak fikir pun. Lagi pun penyebab utama kaki kau sakit sebab jatuh bendang," selamba Iman membalas. Tak ada perasaan langsung.
"Kalau kau tak ajak aku ke bendang tak adanya aku nak jatuh. Lepas tu kau suruh aku guna bilik air lama," Amin tidak mahu mengaku kalah.
"Kalau nak jatuh tu akan jatuh jugak. Yang jatuh bilik air tu pun kau jatuh sendiri. Aku tak tahu pulak ada katak," Iman mula panas hati bila Amin seperti menunding jari ke arahnya. Semuanya salah dia pada mata Amin. Sia-sia aku risaukan dia.
"Dah bersalah tu mengaku je lah. Huh!" Amin berpeluk tubuh.
"Dah lah tu. Malas aku nak bertekak. Rugi air liur, rugi tenaga je berdebat dengan kau. Aku tahu lah aku yang salah. Puas?" Iman berasa nak menangis bila terasa semuanya itu salahnya. Dia membuka radio. Suasana sunyi sepi.
'Terasa ke minah ni? Padan muka kau. Puas hati aku. Alang-alang aku dah sakit kaki biar aku buli kau cukup-cukup. Hihihi.' Amin sudah ketawa jahat memikirkan apa yang dia akan buat terhadap Iman. Dia pun tidak sedar dia terlelap.
~~~
"Amin, bangun. Kita dah sampai hospital," Iman mengejutkan Amin daripada lenanya. Dari kampung sampai ke hospital dia tidur. Sedap je dia bermimpi. Dia pulak yang kena memandu sorang-sorang bertemankan radio.
"Ermm...dah sampai?" Amin menggosok mata. Dia menggeliat sedikit. Sengal-sengal badannya.
"Haah. Kejap aku pergi ambil kerusi roda. Tak kuat aku nak pimpim kau tu. Dah lah berat. Tunggu dalam kereta kejap," Iman terus berlalu pergi. Tidak memberi peluang kepada Amin untuk membalas kata.
Iman datang dengan satu kerusi roda. Iman membantu Amin keluar dari kereta dan duduk di atas kerusi roda. Iman menolak Amin yang sudah duduk di atas kerusi roda masuk ke dalam hospital.
"Eh, doktor Iman?! Dengar cuti kahwin seminggu. Kenapa datang ke hospital? Yang ni siapa pulak?" Tegur seorang jururawat perempuan.
"Ni suami kaki terseliuh. Nak buat x-ray. Doktor Darwishah ada?" Tanya Iman kepada jururawat itu. Amin hanya memerhati dan mendengar. Tahu lah dia yang hospital ni tempat kerja Iman. Dia sedia maklum bahawa Iman seorang doktor.
"Owh. Doktor Darwishah ada. Baru je terserempak dengan dia di kafeteria. Doktor saya ke wad dulu. Assalamualaikum," jururawat itu mengundur diri. Iman meneruskan perjalanan ke tempat x-ray.
Sesampai je...
"Assalamualaikum pengatin baru!" Tegur seseorang.
Iman yang mendegar terus menoleh. Kenal yang amat suara tu.
"Waalaikumsalam doktor bujang. Apa khabar? Dah jumpa jodoh," Iman berjabat tangan dengan doktor perempuan yang digelar sebagai doktor bujang oleh Iman.
"Kurang ajar kau. Mentang-mentang dia dah kahwin. Ni apa kes datang bawa pesakit ni? Kata cuti," Tanya doktor bujang.
"Ni hah. Laki aku kaki dia terseliuh. X-ray kejap. Kut ada tulang retak ke patah ke. Bengkak tak surut-surut ni," kata Iman.
Amin melihat doktor bujang. Cun sia! Takkan tak kahwin lagi? Mata tertacap pada nametag. DR. DARWISHAH.
"Pulak. Baru kahwin dah terseliuh. Tak ada hal. Aku pun baru habis appointment. Memang tengah free. Jom ikut aku," Iman membuntuti Darwishah. Mereka sampai di bilik persalinan.
Amin membuka baju dan memakai pakaian yang disesiakan.
Doktor Darwishah memulakan x-ray. Mereka menunggu keputusan x-ray. Sementara itu mereka solat zohor dan makan tengah hari di kafeteria.
Amin perasan bahawa tidak putus-putus orang bertegur dengan Iman. Dari jururawat, doktor dan pesakit, cleaner pun tegur. Dasyat Iman ni.
"Famous kau kat hospital," kata Amin memecah sunyi.
"Famous? Sangatlah. Biasa je."
"Iman?" Tegur seseorang. Suara garau. Iman menoleh. Wajahnya menjadi ceria.
"Zafiq! Lama tak nampak!" Riang suara Iman. Tadi masam je bila dengan Amin. Hanya senyum bila ada orang tegur. Jumpa dengan doktor laki ni terus senyum sampai ke telinga. Doktor lah kut sebab pakai jubah putih.
"Aku kan pergi khusus 3 minggu. Aku balik je kau tak ada. Siap dengar kau kahwin pulak tu," ceria suara doktor yang dipanggil Zafiq. Tapi bila sebut tang kahwin cam sedih je dengar. Bagi Amin.
'Mamat ni ada hati kat Iman ke? Boleh tahan handsome dia ni.' Amin berkata dalam hati. Serba sedikir terasa tercabar pulak dengan doktor Zafiq ni.
"Sorry tak bagi tau kau. Mengejut je ni. Aku pun terkejut. Umi dengan walid aku lah. Aku balik je terus diorang suruh aku kahwin. Tak ada tunang-tunang pun. Nikah je terus. Aku pun terima dengan hati yang terbuka. Jodoh sah sampai lah katakan," suara Iman dikendurkan. Tak nak orang lain dengar macam mana dia di kahwinkan dengan Amin.
'Iman ni pun ada hati ke dengan doktor ni? Tak boleh jadi ni. Musuh dah muncul.' Amin sudah tak senang duduk. Terasa pedih pulak hati ni bila tengok kemesraan Iman dengan Zafiq. Bertambah panas pulak telinganya apabila terdengar ada orang bergosip pasal Iman dengan Zafiq.
"Eh, doktor Iman dengan doktor Zafiq lah! Dah lama tak nampak diorang bersama."
"Haah. Secocok kan diorang tu. Bagai pinang dibelah dua."
"Tu la. Sama cantik sama kacak. Sepadan sangat."
"Ish korang ni. Tak dengar cerita ke? Doktor Iman dah kahwin lah. Dengar dek doktor Iman naya korang."
"Eh! Tak tahu pun. Kesian doktor Zafiq."
Ramai betul peminat doktor Zafiq dengan doktor Iman ni. Panas betul telinga Amin. Dah berasap-asap dah.
"Ehem!" Amin berdehem supaya Iman tidak terus hanyut dengan perbualannya dengan doktor Zafiq.
"Nak apa?" Iman bertanya apabila terdengar Amin berdehem. Terlupa kejap pasal Amin. Jangan marah ye encik suami.
"Tak nak kenalkan ke?" Tanya Amin. Kening dijongketkan sebelah. Matanya beralih kepada doktor Zafiq.
"Ops, lupa. Kenalkan ni Zafiq. Kawan satu universiti merangkap kawan sekerja. Zafiq, ni Amin. Suami aku," Iman memperkenalkan mereka berdua.
Zafiq agak terkejut juga apabila mengetahui bahawa lelaki yang berada bersama Iman itu ialah suaminya.
"Zafiq." Zafiq menghulurkan tangan untuk bersalam. Senyum dilemparkan. Pergh! Lesung pipit dia bagi. Kau ada?
"Amin." Nak tak nak je Amin menyambut. Tapi bila tengok Iman yang sudah menjeling disambut juga.
"Aku gerak dulu lah Iman. Assalamualaikum," Zafiq berlalu pergi. Apabila jarak mereka agak jauh, satu keluhan dilepaskan.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment